Pages

Thursday, March 6, 2014

KISAH SEORANG YANG TIDAK TAHU BACA AL-QURAN, TAPI KUBURNYA BERCAHAYA MENJULANG LANGIT.


Suatu kisah yang diceritakan dalam tazkirah di Masjid Sultan Zainal Abidin Kuala Terengganu yang sangat mengharukan dan boleh menitis air mata. Seorang lelaki melalui sebuah kawasan perkuburan di suatu malam yang kelam dan sunyi. Tiba-tiba ia terpandang suatu cahaya yang terang benderang muncul dari sebuah kubur, dan terus menjulang ke langit. Dia merasa sedikit ketakutan dan berdebar.

Terpegun dan kaku melihat kejadian itu. Dia terfikir kemungkinan kubur ini adalah kubur seseorang yang sangat istimewa. Samada ia seorang wali Allah atau ulama atau orang soleh yang istimewa kedudukannya di sisi Allah.

Diambilnya sebatang kayu lalu dipacak di atas kuburan yang bercahaya itu. Keesokan harinya lelaki itu datang lagi kekawasan perkuburan itu dengan ditemani beberapa orang kampung.

Beliau ingin menyelidiki dan ingin mengetahui kubur siapakah yang sangat ajaib itu. Apakah seorang tuan guru atau wali Allah atau alim ulama atau orang soleh yang terkenal!

Bila bertanya kepada orang kampung, mereka kehairanan kerana apa yang mereka ketahui dan pasti ini adalah kubur seorang lelaki tua, yang pernah mendiami sebuah pondok dihujung kampung bersama istrinya. 

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, lelaki itu berkunjung kerumah simati dan bertemu dengan isteri simati lalu menceritakan keajaiban yang dilihat diperkuburan suaminya.

Anihnya isteri simati terkejut dan kehairanan. Dia sangat mengenal suaminya. Suaminya bukan siapa-siapa. Suaminya seorang petani biasa saja.

Bukan seorang alim, bukan seorang ahli ibadat, bukan orang soleh, apa lagi bukan imam, bukan muazzin, bukan guru al-Quran. Malah suaminya tidak pandai membaca Quran dan dia tidak pernah mendengar suaminya membaca Quran. Hal ini benar-benar menimbulkan kehairan kepada lelaki tersebut dan isteri simati.

Akhirmya lelaki itu bertanya apakah perkara-perkara anih yang simati selalu lakukan dalam kehidupan sehari-harinya. Akhirnya isteri simati teringat suatu perkara yang selalu dilakukan oleh si mati, setiap kali sebelum tidur pada setiap malam suaminya akan mengambil wudhu, kemudian masuk di dalam suatu bilik lalu diambilnya al-Qur'an di atas rak, lalu dicium dan dipeluknya dengan penuh kecintaan dan kasih sayang. 

Ia akan duduk dan membelek al-Qur'an itu sehelai demi sehelai seperti sedang membaca, sedangkan ia seorang yang buta al-Qur’an. Dia akan meraba-raba ayat-ayat Qur’an itu dengan tangannya, seolah-olah sedang menyentuh dan mebelai sesuatu yang sangat dikasihi. Tambah isteri simati lagi, ia pernah mendengar rintihan dan esakan tangis suaminya yang sangat sedih, mendayu-dayu dengan penuh penyesalan.

“Tuhanku! Ampunkanlah aku kerana aku tidak mampu membaca kalimah-kalimahmu ini. Janganlah engkau hukum aku di atas kebodohanku ini ya Allah.”

“Wahai Qalam Allah, maafkan kesalahan ku. Aku tidak mampu membaca kalimah-kalimahmu. Aku tidak dapat bersahabat dengan mu. Aku tidak dapat memahami mu. Tapi aku sangat mengasihi mu. Aku sangat mencintaimu.“ 

“Wahai Qalamullah, jangan lah engkau mendakwa aku, jangan engkau menuduh aku dihadapan Allah diakhirat nanti”. 

Cerita isteri simati lagi. Kadang-kadang suaminya tertidur di dalam bilik itu ditemani al-Qur’an buah hati kesayangannya. Begitulah suaminya setiap malam sebelum tidur.

Lelaki itu meminta untuk melihat al-Quran
kesayangan suaminya itu. Benar dan sangat
mengharukan apabila ia melihat naskah yang mulia itu kelihatan lusuh, helaian-helaiannya kelihatan selalu dibelek berkali-kali. Dan ada bekas-bekas airmata di kertasnya, tanda seseorang sering menangis berjurai airmatanya tatkala membuka lembaran yang maha suci ini.

Pastinya lelaki ini sangat mulia peribadinya.
Hatinya telah bersatu dengan ruh al-Qur’an. Dia sangat mengasihi kalimah-kalimah Allah itu dengan sesungguhnya. Bererti ia mengasihi Allah dengan seluruh jiwa dan raganya. 

Marilah kita menghidupkan al-Quran di dalam masjid kita, didalam rumah kita, di dalam diri kita, setiap masa dan ruangkan masa setiap hari untuk membaca dan fahami isi-isinya. —

‘Lamborghini air’ kawal perairan Dubai


Bot berkenaan dipercayai menjadi bot polis terpantas di negara anggota Majlis Kerjasama Teluk (GCC). 
Bot itu disiapkan sebelum Pameran Bot Antarabangsa Dubai ke 22 yang dirasmikan kelmarin di Kelab Marin Antarabangsa Dubai, Mina Seyahi. 

Pasukan pengendali bot terbaru itu, Victory Team, melabelkannya sebagai ‘Lamborghini air.’
Foto
BOT yang bakal digunakan pengawal perairan Dubai, Victory Team.

Dalam sesi temubual semalam, pengurus pasukan Victory Team, Ragesh Elayadeth memberitahu, bot itu boleh mencapai kelajuan melebihi 140 kilometer sejam.

Walaupun Polis Dubai mempunyai pelbagai bot tetapi model terbaru ini adalah yang paling laju, katanya lagi. 

“Polis mempunyai kenderaan terpantas di darat dan udara tetapi belum mempunyai kenderaan seumpama itu di air. Sehubungan itu keputusan memilikinya adalah sesuatu yang hebat,” jelasnya. 

Dubai mempunyai perairan yang luas dan bot ini akan memainkan peranan penting dalam mengawalnya,” katanya. 

Dia memberitahu bot berkenaan mempunyai kapasiti 31 tempat duduk dan 10 meter panjang. 

Ragesh, bagaimanapun tidak mendedahkan harga bot berkenaan. 

Jurucakap polis Dubai juga berkata, dua lagi bot terbaru kegunaan pasukan SWAT mereka akan diperkenalkan dalam pameran bot itu. 

Kereta berprestasi tinggi yang digunakan Polis Dubai kini termasuk Bugatti Veyron, McLaren MP4-12C, Ferrari FF, Lamborghini, Aston Martin One-77, Bentley Continental GT dan Mercedes SLS. 

Pameran Bot Antarabangsa Dubai menjanjikan persembahan menakjubkan dari segi kuasa, gaya dan ciri mewah bot dan kapal layar yang dipamerkan sehingga 8 Mac ini. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/06

Rela hidup bersama lelaki miskin, bisu


Sana’a: Seorang wanita jelita yang diceraikan dengan talak tiga oleh suaminya yang kaya menolak untuk kembali kepada lelaki itu.

Dia sebaliknya memutuskan untuk terus bersama suami barunya yang miskin dan bisu.


Bekas suaminya membayar sebanyak YR100,000 (RM1,520) kepada lelaki bisu berkenaan untuk menjadi cina buta supaya mengahwini bekas isterinya.

Islam melarang pasangan yang bercerai dengan talak tiga berkahwin semula kecuali selepas wanita itu berkahwin dan bercerai dengan lelaki lain.


Lelaki yang menjadi cina buta itu menerima wang berkenaan selepas menerima syarat yang diberikan iaitu menceraikan wanita itu selepas sebulan mengahwininya.


Akhbar Al-Rai berkata, lelaki itu memilih lelaki bisu berusia 35 tahun untuk mengahwini bekas isterinya yang berusia 28 tahun atas dasar dia miskin dan sudah bersetuju menceraikannya selepas berkahwin. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/06

Ibu askar terima cek satu sen

Cpl. Justin Stark
Justin Stark

This one-cent cheque, dated Feb. 28, was sent to the home of Cpl. Justin Stark. The 22-year-old committed suicide in 2011 in Hamilton.
Montreal: Menteri Pertahanan Kanada semalam memohon maaf kepada ibu seorang askar yang menerima cek bernilai satu sen sebagai ‘bayaran pelepasan’ tiga tahun selepas anaknya membunuh diri.

Rob Nicholson menyalahkan kesilapan birokratik yang tidak sensitif mengakibatkan bayaran tidak munasabah itu dibuat kepada keluarga Justin Stark, 22.

Stark membunuh diri pada 2011 selepas pulang daripada tugasan selama tujuh bulan di Afghanistan.

“Saya akan mengambil langkah segera untuk memastikan perkara seumpama ini tidak berulang,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.


Perkara itu turut dikutuk ahli parlimen pembangkang, Wayne Marston.


“Cukuplah apa dilalui ibu Stark, memang kejadian ini tidak masuk akal langsung,” katanya. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/06

Remaja wanita bantu saintis kaji kanser hati





NEW YORK - Seorang remaja perempuan di Amerika Syarikat (AS) yang pulih daripada penyakit kanser hati kini membantu para saintis dalam satu kajian saintifik yang mungkin satu hari nanti menemui penawar untuk penyakit berbahaya itu, lapor portal berita perubatan Medical Daily kelmarin.
Remaja tersebut, Elana Simon, (gambar) 18, disahkan menghidap kanser hati yang jarang berlaku dalam kalangan manusia ketika berusia 12 tahun.
Dia dianggap antara individu yang bertuah kerana berjaya sembuh daripada penyakit berkenaan selepas menjalani pembedahan untuk membuang sebahagian hatinya.
Penyakit itu tiada penawar menyebabkan pembedahan merupakan satu-satunya cara untuk menyelamatkan nyawa si pesakit.
Beberapa tahun selepas bebas daripada penyakit berkenaan, Simon menggunakan kemahirannya dalam bidang sains komputer yang dipelajari di sekolah untuk mengasingkan beribu-ribu data bagi mencari satu pembayang apa yang menyebabkan sel-sel kanser menjadi aktif.
Teknik yang digunakan remaja itu kemudiannya dibuktikan berkesan apabila dia berjaya mengasingkan satu mutasi genetik yang dipercayai menjadi punca kanser hati yang sering menyerang remaja dan orang dewasa yang masih muda.
Simon yang merupakan seorang penari dan akrobat berkata, dia tidak percaya mampu melakukan perkara itu.
Remaja itu kini yang akan belajar di Universiti Harvard di AS dalam bidang sains komputer menyertai satu kumpulan saintis yang turut disertai bapanya, Dr. Sanford Simon iaitu seorang saintis di Universiti Rockefeller.
Dalam satu laporan yang dikeluarkan oleh kumpulan itu pada minggu lalu, mereka berjaya menemui satu keanehan apabila satu bahan genetik yang terputus bersambung dengan gen yang lain.
Keadaan itu menyebabkan satu protein tidak normal yang terbentuk di dalam tisu kanser dan bukannya di dalam tisu hati.
Kumpulan penyelidik itu menyatakan kemungkinan itu yang menyebabkan sel kanser membesar.
Laporan itu juga menyebut mereka menjumpai kesemua keadaan itu dalam sejumlah 15 sel kanser yang mereka uji setakat ini.
Dr. Simon berkata, kajian itu masih di peringkat awal dan lebih banyak kajian diperlu dilakukan. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0306&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_07.htm#ixzz2v8PqGMEs 
Hakcipta terpelihara 

Facebook mahu beli firma pembuat dron



AP
GAMBAR tidak bertarikh menunjukkan sebuah pesawat Solara 50 keluaran Titan Aerospace.


NEW YORK - Laman jaringan sosial Facebook kini dalam perbincangan untuk membeli sebuah firma pembuat dron berkuasa solar, Titan Aerospace, menurut laporan blog teknologi Techcrunch dan laman berita kewangan CNBC.
Memetik kenyataan kedua-dua laman web berkenaan melaporkan pembelian tersebut melibatkan urusniaga berjumlah AS$60 juta (RM196.2 juta).
Jurucakap kedua-dua firma berkenaan enggan mengulas berhubung laporan itu.
Namun, menurut laporan berkenaan, pembelian itu selaras dengan matlamat projek internet Ketua Pegawai Eksekutif Facebook, Mark Zuckerberg untuk menghubungkan lebih lima bilion penduduk dunia yang masih belum berhubung menerusi internet.
Menurut data terkini, penduduk dunia kini dianggarkan mencecah tujuh bilion orang.
Dron- dron berkuasa solar itu akan dilancarkan ke atmosfera Bumi untuk berfungsi sebagai satelit pemancar wi-fi di kawasan pedalaman seluruh dunia. - AP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0306&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz2v8PQdQXY 
Hakcipta terpelihara 

Kereta terlaju dunia dipamerkan di Geneva



REUTERS
KERETA Bugatti Veyron Grand Sport Vitesse Rembrandt edisi terhad turut dipamerkan pada pertunjukan kereta itu.


STOCKHOLM - Firma pembuat kereta sport Sweden, Koenigsegg memperkenalkan kereta terbaharunya yang dipercayai sebagai kereta kegunaan jalan raya paling laju di dunia.
Kereta Koenigsegg Agera One:1 itu mampu menghasilkan 1,322 kuasa kuda (bhp) sekali gus lebih pantas daripada kereta McLaren P1, La Ferrari dan Porsche 918 Spyder.
Malah, One:1 yang pertama kali dipamerkan kepada umum pada Pertunjukan Kereta Geneva kali ke-84 di Geneva, Switzerland yang kini sedang berlangsung juga lebih laju berbanding kereta Bugatti Veyron Super Sport yang mempunyai 1,322 bhp.
Menurut Koenigsegg, kereta sports terbaharu itu mampu mencecah kelajuan maksimum 436.8 kilometer sejam (km/j).
Sebelum ini, rekod kereta kegunaan jalan raya paling laju menjadi milik Hennessey Venom GT dan Veyron Super Sport dengan setiap kenderaan itu masing-masing mencatat kelajuan 432 km/j dan 428.8 km/j.
"Kelajuan tinggi ini mampu dicapai dengan kombinasi casis gentian fiber, reka bentuk aerodinamik dan tayar yang kukuh," menurut kenyataan Koenigsegg.
Namun, syarikat Koenigsegg masih belum mengumumkan harga kereta tersebut.
Pertunjukan Kereta Geneva berlangsung dari 6 hingga 16 Mac depan. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0306&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz2v8PB0f5F 
Hakcipta terpelihara 

Budak obses benda berkaitan sampah


William Bateman begitu obses dengan benda berkaitan sampah dan kitar semula sehingga pernah membida sebuah lori sampah sebenar yang berharga 3,500 pound (RM19,109) di e-Bay menggunakan kad kredit ibunya. - AGENSI
LONDON 5 Mac - Kebiasaannya kanak-kanak mempunyai hobi seperti mengumpul setem, bermain bola, membaca buku dan melayari Internet.
Namun, lain pula kisahnya di Britain tentang seorang kanak-kanak berusia lapan tahun yang mempunyai minat pelik, iaitu suka mengumpul benda berkaitan dengan sampah.
DailyMail Online melaporkan, William Bateman memiliki koleksi tong sampah kitar semula, lori sampah mainan, dan gemar melihat pengangkut atau lori sampah yang lalu di depan rumahnya di Great Paxton, Cambridgeshire.
Malah, menurut ibunya, Fleur, ketika Bateman berusia lima tahun, dia pernah memenangi bidaan sebuah lori sampah berharga 3,500 pound (RM19,109) melalui laman web jualan lelong, e-Bay.
Wanita berusia 45 tahun itu berkata, dia terlupa untuk menutup akaun e-Bay dan anaknya telah membida lori berkenaan menggunakan kad kredit miliknya.
“Apabila saya mengetahui Bateman memenangi bidaan itu, saya terus menelefon e-Bay untuk membatalkan pembelian lori sampah berkenaan.
“Bateman begitu obses dengan sampah dan lori sampah. Malah, saya tidak sangka dia boleh membida lori sampah yang sebenar," katanya.
Meskipun hasrat Bateman untuk memiliki sebuah lori sampah tidak kesampaian, ibunya tetap menyokong minatnya itu dengan membelikannya buku yang mengisahkan tentang kehidupan pengangkut sampah, selain barangan mainan dan tong sampah kitar semula untuk anaknya.
Malah, kanak-kanak itu menyimpan cita-cita untuk menjadi seorang pengurus kilang kitar semula dan sering mendidik kawan-kawan ibu bapanya tentang kepentingan kitar semula.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140306/lu_12/Budak-obses-benda-berkaitan-sampah#ixzz2v8DxYgG7
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Bahaya minuman tenaga


Pengambilan minuman tenaga tinggi kafein boleh meningkatkan risiko diserang penyakit jantung. - AGENSI
LONDON 5 Mac - Orang ramai yang gemarkan air tenaga yang tinggi kafein, diminta supaya berwaspada selepas satu kajian mendapati minuman itu mampu mengubah kadar denyutan dan meningkatkan potensi diserang penyakit jantung.
Menurut kajian oleh penyelidik dari Universiti Bonn di Jerman, orang dewasa yang sihat dan minum minuman tenaga tinggi kafein, akan mengalami peningkatan kadar denyutan jantung sejam selepas pengambilan air tersebut, lapor Daily Mail.
Penyelidik Jerman itu membuat kajian terhadap kesan meminum air yang mengandungi kafein dan taurine (asid amino) ke atas 18 golongan dewasa sihat dengan purata usia 27.5 tahun.
Setiap responden kemudiannya menjalani pemeriksaan pengimejan resonans magnetik (MRI) jantung sebelum dan sejam selepas meminum air tenaga yang mengandungi taurine, (400 miligram /100 mililiter) dan kafein (32 miligram/100 mililiter).
Selepas minum air itu, setiap responden mengalami kemuncak peningkatan tekanan dan denyutan pada rongga kecil di kiri jantung, bahagian yang menerima darah beroksigen daripada paru-paru dan mengepamnya ke saluran besar dalam sistem salur nadi dan membekalkannya ke seluruh bahagian badan.
“Sehingga kini, kami masih belum mengetahui secara tepat kesan minum air tenaga ini kepada fungsi jantung.
“Kami juga tidak mengetahui bagaimana peningkatan kadar denyutan jantung mempengaruhi aktiviti seharian atau prestasi aktiviti sukan.
“Kami memerlukan kajian tambahan bagi memahami mekanisme tersebut dan menentukan jangka masa kesan minum air tenaga itu akan berakhir,’’ katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140306/lu_11/Bahaya-minuman-tenaga#ixzz2v8DHiUFX
© Utusan Melayu (M) Bhd