ICC menuduh Seif melakukan jenayah kemanusiaan atas dakwaan terbabit dalam tindakan ganas terhadap penunjuk perasaan anti Gaddafi awal tahun lalu sebelum bapanya yang memerintah 42 tahun, ditahan dan ditembak mati.
Aisha mengemukakan permintaan itu menerusi peguamnya, Nick Kaufman untuk bertindak sebagai ‘sahabat mahkamah’ dengan memberi maklumat kukuh bagi membantu hakim memutuskan langkah selanjutnya.
“Maklumat itu akan membantu hakim ICC memutuskan sama ada pihak berkuasa Libya benar-benar mahu membicarakan Seif dengan adil serta membenarkan diwakili peguam,” kata Aisha.
Aisha berkata, dia mahu memberi maklumat mengenai cubaannya menghubungi Seif dan dua panggilan telefon kepada timbalan pendakwa raya Libya.
“Berdasarkan perbualan saya dengan mereka, boleh disimpulkan bahawa pihak berkuasa Libya yang menyiasat dan menghukum Seif sebenarnya tidak mahu berurusan dengan wakil perundangan antarabangsa,” kata fail Aisha.
ICC meminta Libya memberi akses kepada Seif dan butir penahanannya. Pihak berkuasa Libya juga mengemukakan fail bagi membalas langkah Aisha pada 23 Januari lalu.
Seif dikenakan dakwaan bersama bapanya dan ketua perisikan Libya era Gaddafi, Abdullah al-Senoussi. Kes Gaddafi kemudian ditutup manakala tiada siapa tahu di mana Al-Senoussi. – AP Berita Harian Online | Anak Gaddafi tawar selesai kes Seif al-Islam:
'via Blog this'