Pages

Wednesday, February 9, 2011

Paris Hilton peluk Islam




Berita mengenai Paris Hilton memeluk Islam disampaikan oleh salah seorang pembaca blog MiLo SuaM ke email share.milosuam@gmail.com. Memandangkan berita tersebut berbahasa Inggeris, ReJaM© cuba menggunakan khidmat lebai google, dan berjaya menemukan blogger yang rajin menterjemah berita ini di Hotmalays.blogspot.com. di bawah ini laporannya.

JEDDAH - Arab Saudi - Selebriti Amerika, Paris Hilton telah masuk Islam, jurucakapnya, Ian Brinkham, mendedahkan berita tersebut di CBS News.

Bila menganuti Islam, Paris Hilton telah memutuskan untuk mengelakkan kehidupan lamanya sebagai selebriti liar.

Berbicara dari kehadirannya di Jeddah, ia berkata: "Saya telah menemui kedamaian penuh dalam hidup saya dari sebelumnya, saya dulu dikenali sebagai kupu-kupu malam, tapi kini semuanya telah berubah Segala puji bagi Allah .. "

Jihad

Paris merancang untuk kembali ke Los Angeles minggu depan untuk memulakan sekolah Islamnya sendiri di tengah Beverly Hills.

Paris Hilton kini sungguh bersemangat untuk menyebarkan kebaikan Islam dan Al-Quran. Dia juga sedaya upaya untuk melakukan yang terbaik bagi menggambarkan sifat seorang muslimah tulen.

Paris Hilton juga merancang untuk menukar namanya menjadi 'Tahirah' yang bererti 'murni, suci'dalam bahasa Arab. Sekolah Islam-nya akan di buka pada bulan Julai


[Hot Malays]


Ada pihak yang mendakwa berita ini sengaja disembunyikan bagi mengekang kebangkitan Islam apabila orang berpengaruh seperti Paris memeluk Islam malah ada blogger yang berpendapat Paris mungkin menerima nasib seperti Michael Jackson sekiranya hal ini tersebar.

Tidak kurang juga yang mendakwa ini hanyalah berita palsu. Apa pun terpulang kepada penilaian anda semua, anda boleh percaya dan juga sebaliknya.Di bawah ini disertakan gambar-gambar saat Paris Hilton sedangmempelajari cara bersolat, sila klik untuk membesarkan image.






:Batu Gajah Mari: PANAS!!- Paris Hilton peluk Islam

Harta Firaun


Oleh Hazirah Che Sab
zeehan@bharian.com.my
2011/02/06


  • Foto
  • Foto
  • Foto
    TENTERA Mesir berkawal di Muzium Antikuiti.
  • Foto
    ANTARA artifak yang dirosakkan perusuh.
Rusuhan di Mesir cetus kebimbangan artifaknya turut jadi sasaran pencuri

  • Foto
  • Foto
    TENTERA Mesir berkawal di Muzium Antikuiti.
  • Foto
    ANTARA artifak yang dirosakkan perusuh.
Rusuhan di Mesir cetus kebimbangan artifaknya turut jadi sasaran pencuri
KETIKA kekalutan melanda Mesir, khasnya Kaherah, yang memaksa pihak berkuasa memerah tenaga dan kepakaran ke tahap paling maksimum untuk mengawal kebangkitan rakyat, ada satu pihak lain diberikan tugas yang tidak kurang pentingnya.
Mungkin ia tidak membabitkan nyawa manusia tetapi harta yang perlu dijaga itu amat berharga kerana ia bertanggungjawab meletakkan Mesir dalam peta dunia serta menarik kunjungan jutaan warga asing menjadikan negara itu destinasi pelancongan yang wajib dilawati.
Kebangkitan rakyat yang mahukan pengunduran Presiden Hosni Mubarak secara langsung turut memaksa tentera negara itu memberikan kawalan ketat ke atas Muzium Antikuiti bagi melindungi khazanah tidak ternilai termasuk topeng emas Raja Tutankhamun daripada menjadi habuan lumayan penyamun.

Ancaman terbesar kepada Muzium Mesir itu dapat dilihat buat kali pertamanya daripada kebakaran di ibu pejabat parti pemerintah yang cuma terletak bersebelahan ketika bantahan antikerajaan semakin memuncak di negara berkenaan.

Berikutan itu, berpuluh-puluh pencuri mula memasuki perkarangan muzium berkenaan tetapi tindakan mereka berjaya dihentikan sekumpulan lelaki muda yang membentuk rantai manusia di luar pintu utama Dataran Tahrir dalam usaha melindungi koleksi berharga di situ.

Empat kereta perisai diletakkan di luar bangunan berkenaan di pinggir Kaherah dengan anggota tentera mengelilinginya dan bergerak ke dalam untuk melindungi mumia, tugu batu, barang kemas diraja dan artifak ketika pemerintahan Firaun.
Namun di sebalik usaha keras tentera Mesir melindungi khazanah itu, sebahagian harta karun purba dilaporkan mengalami kerosakan, antaranya dua artifak mumia Firaun dan patung kecil tidak ternilai daripada kubur Tutankhamun (Raja Tut).

Beberapa pakar arkeologi sebaliknya bimbang khazanah yang turut menjadi sasaran berkemungkinan sebahagian koleksi emas dan barangan kemas dikenali ‘harta karun Tanis.’

Bagaimanapun, objek paling berharga dalam muzium itu sudah pasti topeng emas pengebumian Raja Tut yang turut digelar Raja Budak berikutan usia mudanya.
Tutankhamun adalah antara raja terakhir Firaun dinasti ke-18 Mesir dan memerintah ketika tempoh penting dipenuhi pergolakan apabila fahaman Akhenaten berakhir dan kuasa dikembalikan kepada paderi lama yang memuja pelbagai dewa.

Malah seperti diakui ramai penganalisis, sejak penemuan khazanah berharga Raja Tut itu pada 1920-an, koleksi itu khususnya topeng emas Raja Tut itu ibarat wajah Mesir di persada dunia, malah jauh mengatasi kehebatan piramid dan Great Sphinx of Giza.

Artifak Raja Tut itu juga beberapa kali turut digunakan kerajaan Mesir sebagai lambang politik dan seakan ‘duta’ tidak rasmi apabila ia pernah menjadi sebahagian pameran kontroversi di Los Angeles, Amerika Syarikat. Hari ini, koleksi sama menjadi sasaran perusuh, tetapi setakat ini dapat dikawal pihak tentera.

Seperti diakui pakar arkeologi terkemuka Mesir, Zahi Hawass, ada sekurang-kurangnya 13 peti besi dirosakkan dengan sebahagian harta karun itu dibiarkan bersepah di lantai.

“Hati saya sakit dan darah mendidih. Saya rasa semua yang saya usahakan sejak sembilan tahun lalu dimusnahkan dalam masa sehari tetapi pemeriksa, pakar arkeologi muda dan pentadbir, menghubungi saya dan memberitahu mereka sanggup bertarung nyawa menyelamatkan khazanah itu,” katanya.

Hawass berkata, dua mumia dalam muzium dirosakkan dengan kepalanya dipatahkan. Dalam satu gambar paling menyedihkan, kepala mumia dan tulang dapat dilihat berselerak di atas lantai.

Spekulasi lain turut menyatakan antara mumia yang dirosakkan milik Yuya and Tjuya yang sebelum ini dikenal pasti sebagai nenek moyang Raja Tut.

Bukan bertujuan melebihkan mumia kaku berbanding nyawa manusia menjadi sebab utama muzium berkenaan dilindungi ketat tetapi melihat kepada nilai yang tidak boleh dihitung khazanah yang tersimpan dalamnya, kerajaan Mesir mengambil langkah tepat mengetatkan kawalan ke atas bangunan itu.

Hakikatnya, apa yang berlaku di Mesir membangkitkan kembali detik hitam yang melanda Iraq apabila khazanah berharga miliknya, hilang sejurus kerajaan Saddam Hussein digulingkan.

Dilaporkan lebih 15,000 artifak berharga dicuri daripada Muzium Kebangsaan Iraq berikutan pencerobohan Amerika Syarikat pada April 2003.

Malah, banyak lagi artifak penting masih hilang yang menjadikan ia satu kerugian bukan saja kepada dunia arkeologi tetapi juga kemanusiaan secara amnya.

Usaha berpanjangan dilakukan untuk mendapatkan semula artifak itu termasuk menjanjikan pengampunan kepada pencuri. Banyak artifak ditemui di tempat yang jauh daripada negara itu seperti Switzerland, Jordan dan Jepun. Malah ada di antaranya, ditemui dilelong di laman eBay.

Namun harta karun Mesir masih bernasib baik kerana di tengah-tengah kekalutan itu, masih ada yang menolak ketidakpuasan hati dengan pemerintahan Mubarak semata-mata untuk melindungi khazanah tidak ternilai itu.

Seorang lelaki yang turut membentuk rantai manusia berjanji tidak akan membenarkan muzium itu dicerobohi dengan jeritan: “Kita bukan seperti Baghdad.”

Ada benarnya tindakan kerajaan dan penduduk Mesir melebihkan usaha melindungi khazanah amat berharga itu kerana jika kejadian di Iraq berulang, cuma kekesalan boleh disuarakan. Apa lagi yang boleh ditawarkan Mesir kepada dunia jika bukti keajaiban itu sudah lenyap akibat kecuaian sendiri.

INFO
Khazanah berharga:

Mesir


  • Muzium Antikuiti Mesir atau Muzium Mesir di Kaherah, menempatkan koleksi besar artifak berharga negara itu.




  • Ia mempunyai 120,000 artifak.




  • Turut ditempatkan, kamar Mumia Diraja daripada era Firaun.




  • Topeng emas Raja Tut ialah khazanah paling terkenal dan berharga.




  • Artifak lain termasuk mumia, tugu batu, barang kemas diraja dan artifak lain ketika pemerintahan Firaun.



    Iraq




  • Artifak disimpan di Muzium Kebangsaan Iraq adalah antara koleksi paling berharga di Asia Barat.




  • Ia termasuk zaman kuno Mesopotamia (tanah terletak antara dua sungai iaitu sungai Dajlah dan sungai Furat).




  • Kawasan Mesopotamia merangkumi Iraq (moden), sebahagian Syria, barat daya Turki dan wilayah Khuzestan di Iran.




  • Antara artifak yang dilaporkan hilang di Muzium Iraq termasuk Pasu Warka, patung Raja Entemena Lagash dan plak gading gajah dari Namrud.




  • Lebih 15,000 artifak berharga dicuri daripada Muzium Kebangsaan Iraq berikutan pencerobohan Amerika Syarikat pada April 2003, tetapi hanya satu pertiga dikembalikan.




  • Anting-anting emas Neo-Assyrian berusia 2,800 tahun antara khazanah yang dikembalikan kepada Kedutaan Iraq di Washington DC.



  • Berita Harian Online | Harta FiraunBerita Harian Online | Harta Firaun

    Petua ISLAM Untuk Kecantikan Diri


    1. Untuk mendapatkan wajah yang segar, berseri-seri dan cantik, cucilah sekurang-kurangnya 5 kali sehari dengan air wudhuk. Jangan dilap atau dikeringkan air tersebut di anggota, biarkannya kering sendiri. Ambil sejadah, solat, berdzikir, dan berdo'a.

    2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah pergerakan. Perbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkomunikasilah dgn Allah SWT melalui zikir dan do'a.

    3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman.  Tidak hanya di bibir tetapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan 'kata kunci', "Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii" (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku). (HR Ahmad).-  (DOA TENGOK CERMIN)

    4. Untuk mempunya bibir yang cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.

    5. Untuk mendapatkan tubuh langsing, amalkan diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika berkeupayaan, berpuasa seperti Nabi Daud A.S. yakni selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

    6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan.


    Sudan selatan pilih untuk merdeka hampir sebulat suara


    GEMBIRA AKAN MERDEKA: Penduduk Sudan selatan kegembiraan kelmarin menyambut pengumuman rasmi keputusan pungutan suara di Juba yang mengesahkan wilayah itu akan menjadi sebuah negara merdeka. -- Foto AP


    Putusan berpisah daripada utara hasilkan negara baru tapi tambah ketidakpastian di rantau


    KHARTOUM: Sudan selatan secara besar-besaran mengundi untuk merdeka dalam keputusan akhir pungutan suara yang diumum kelmarin.
    Ini membuka jalan bagi penubuhan sebuah negara Afrika terbaru, tetapi turut meningkatkan ketidakpastian bagi rantau yang berpecah belah itu.Beratus-ratus warga Sudan selatan menari, menjerit dan mengibar bendera sejurus mendengar pengumuman itu daripada sederet peti televisyen yang diletak di sebuah dataran di tengah Juba, sebuah bandar utama di selatan.Sebanyak 98.83 peratus daripada pengundi di bahagian Sudan yang menghasilkan minyak itu memilih untuk berpisah daripada utara negara itu dalam pungutan suara bulan lalu, kata pengerusi suruhanjaya penganjur, Encik Mohammed Ibrahim Khalil.Namun pengumuman rasmi itu terganggu sebentar oleh seorang wanita utara yang meraung kesedihan dan dibawa keluar dari situ.'Sudan satu negara. Mengapa ia mesti terpisah?' katanya kepada wartawan, sambil berkata beliau ada saudara-mara di selatan.Pungutan suara itu puncak satu perjanjian keamanan utara-selatan pada 2005 yang bertujuan menamatkan perang dingin paling panjang di Afrika dan menanamkan demokrasi di negara itu.Presiden Sudan, Encik Omar Hassan al-Bashir, berkata beliau menerima keputusan itu, sekali gus meredakan kebimbangan bahawa pemisahan akan mencetus semula konflik merebut simpanan minyak.Pegawai selatan berkata nama bagi negara baru itu belum diputuskan, tetapi mungkin juga ia kekal sebagai 'Sudan Selatan'.Pemimpin Sudan Selatan, Encik Salva Kiir, berjanji akan membantu Khartoum menghapuskan hutang- hutang yang boleh melumpuhkan negara itu, selain meredakan sekatan niaga antarabangsa.Ramai di selatan melihat undi itu sebagai peluang menamatkan penindasan bertahun-tahun oleh utara, yang menurut mereka sudah berlaku sejak serangan pedagang hamba abdi pada kurun ke- 19.Kesatuan Eropah (EU) antara yang pertama menerima keputusan pungutan suara itu.'EU berharap dapat menjalin hubungan jangka panjang rapat dengan Sudan Selatan, yang bakal menjadi satu negara baru pada Julai 2011,' kata wakil EU di Sudan, Encik Carlo de Filippi.Presiden Amerik Syarikat, Encik Barack Obama, pula berkata negaranya berniat mengiktiraf Sudan sebagai negara berdaulat Julai ini.Arab Saudi berkata berharap keputusan Sudan selatan, yang kebanyakan penduduknya penganut Kristian, berpisah daripada, yang majoriti Muslim, akan membawa keamanan kepada rantau itu.China menghormati keputusan itu, kata jurucakap Menteri Luar, Encik Hong Lei, semalam.'China berharap kedua-dua pihak akan terus berusaha menyelesaikan isu-isu kontroversial melalui rundingan, sejajar dengan prinsip saling memahami dan saling menyesuaikan diri,' katanya.Namun masih terdapat ketidakpastian mengenai kestabilan politik dan ekonomi kedua-dua pihak sepanjang lima bulan akan datang.Sudan selatan, sebuah kawasan tanpa laut, bergantung hampir sepenuhnya pada hasil minyak dan sukar mencari hasil daripada sumber lain.Utara pula menghadapi inflasi meningkat. -- Reuters, AFP, Agensi.Cyberita Online Luar Negara

    Mubarak ke Jerman untuk pemeriksaan kesihatan


    http://www.hespress.com/_img/mubarak_egypt047512.jpg
    Hosni Mubarak
    Pakar  undang-undang Jerman mengancam akan menggugat Presiden Mesir Hosni Mubarak dalam kes dia pergi ke Jerman untuk ujian perubatan sebagai salah satu senario untuk menyelesaikan krisis saat ini di Mesir.
    Laman web, “Spiegel” website Isnin malam bahawa Presiden Mubarak harus meninggalkan Mesir untuk “pemeriksaan perubatan panjang” di Jerman, menunjukkan bahawa “idea-idea mengenai lawatan perubatan dengan Mubarak ke Jerman telah menjadi lebih konkrit dari yang kita duga sampai sekarang.”
    Situs sebuah “perundingan awal dengan sejumlah rumah sakit, dan khususnya klinik Max – Grundig di Paulus dalam Padi – Württemberg di Jerman barat daya,” dan, mengutip sumber-sumber di klinik.
    Dalam sebuah pernyataan kepada surat khabar “Frankfurter Runde Shaw,” mengumumkan Selasa Jerman Setiausaha Agung Pusat Eropah untuk niat Manusia Wolfgang Hak Kallick membawa tindakan terhadap Mubarak, dibenarkan bergerak atas hal yang diharapkan akan diseksa di masa lalu telah dilakukan atau dekad terakhir pemerintahannya.
    Dia menunjukkan bahawa hak asasi manusia Eropah sejak berlakunya undang-undang jenayah hak asasi manusia di Jerman, pihak berkuasa wajib untuk memulakan tuntutan jenayah ketika hidup tidak pasti di Jerman. Menurut laporan surat khabar, peguam kemajuan Kallick sudah mengajukan tuntutan terhadap U. S. Pertahanan Donald Rumsfeld.
    Rumor Mubarak pergi ke sebuah institusi perubatan di hari-hari sebelum media Jerman, dan dalam menjawab pertanyaan tentang kesahihan maklumat ini, “kata juru bicara pemerintah Jerman Stephen Seibert: Itu bukan kemajuan,” setiap permintaan formal maupun informal dalam kunjungan yang sama “.
    British Broadcasting Corporation BBC “”, mengutip laporan dari Jerman sebelum ini, bahawa gabungan berkuasa, dipimpin oleh tawaran Canselor Jerman Angela Merkel untuk Presiden Mubarak untuk menerima rawatan jika diminta oleh berlepas dari Mesir.
    Dikutip oleh BBC untuk Andreas Huknhov, wakil presiden dari blok parlimen dari Parti “Kesatuan Kristian Demokrat” di Jerman yang mengatakan: “. Jika anda ingin memainkan peranan konstruktif Jerman dalam peralihan damai kuasa di Mesir dengan membiarkan Presiden Mubarak untuk melakukan perjalanan ke Jerman, kita harus Nstdifa jika ia menginginkannya”
    Hal ini juga disahkan K-Hoff, juru bicara pasangan LDP dalam pemerintahan koalisi, bahawa tuan rumah menyambut Mubarak dan keberangkatannya ke Jerman untuk mempromosikan kestabilan di Mesir, menunjukkan bahawa itu akan menjadi “suaka politik”.
    Ia menjalani Mubarak pada Mac 2010 untuk proses kolesistektomi dan penghapusan diet dua belas di klinik Heidelberg (Barat), dan kekuasaan diamanahkan kepada Menteri Ahmed Nazif Perdana.”

    .

    Masdar pelopor bandar masa depan




    Pelancong asing melawat bangunan Kampus Institut Masdar, yang merupakan sebahagian daripada projek di bandar raya Masdar di Abu Dhabi baru-baru ini. - Agensi


    LONDON 8 Feb. - Bandar-bandar masa depan yang menawarkan perkhidmatan wifi percuma tanpa had, jalan raya yang dibina bagi aliran bebas pengangkutan awam, bebas pencemaran karbon dan bebas penggunaan kereta mungkin masih belum menjadi kenyataan, tetapi ia sebenarnya sudah wujud.
    Bandar Masdar yang terletak hanya beberapa kilometer dari hab ekonomi Asia Barat, Abu Dhabi, akan beroperasi sepenuhnya pada 2020.
    Menggunakan tenaga solar untuk beroperasi sepenuhnya, bandar ini merancang untuk mengitar semula semua bekalan airnya.
    Ia juga akan melarang penggunaan kenderaan yang melepaskan gas dan digantikan dengan sistem pengangkutan yang dijana oleh kuasa bateri.
    Selain Masdar, bandar-bandar masa depan turut dibangunkan di Dezhou, utara China yang menyaksikan pembinaan 'lembah solar' dengan lampu-lampu jalan dan kolam renang dihangatkan oleh matahari dan 80 peratus daripada bangunannya dilengkapi pemanas air solar.
    Kesesakan lalu lintas dan pengangkutan sering menjadi faktor pencemaran di bandar-bandar besar.
    Di China, masalah itu diselesaikan melalui skim pengkongsian 50,000 basikal, sementara bandar Hangzhou menawarkan perkhidmatan sewa basikal percuma pada jam pertama bagi menggalakkan penggunaan basikal.
    Di Tallinn, Estonia, perkhidmatan wifi percuma ditawarkan tanpa had di taman-taman, muzium, kafe dan kereta api, sementara bandar raya Minneapolis di Amerika Syarikat (AS) dilengkapi talian Internet seluas 94 kilometer persegi.
    Selain perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan, arkitek-arkitek turut membina struktur bangunan luar biasa untuk melengkapkan bandar masa depan antaranya satu 'dunia dipenuhi menara pokok', piramid terapung yang dipenuhi pencakar langit serta rumah-rumah yang terapung di atas air.
    Beberapa binaan mengagumkan bakal dibina di Asia Timur dengan Jepun dan China mengetuai bidang pembinaan model bandar masa depan tersebut.
    Britain juga tidak ketinggalan menerusi pembinaan menara Shard dengan reka bentuk futuristik yang membuatkannya berbeza dengan menara-menara lain di dunia. - AgensiUtusan Malaysia Online - Luar Negara

    Google cabar penggodam ceroboh Chrome



    CALIFORNIA 8 Feb. - Google yang sangat yakin dengan pelayar Chrome rekaannya tidak mampu digodam berjanji memberikan hadiah sebanyak AS$20,000 (RM60,709) dan sebuah komputer riba kepada individu pertama yang berjaya membuktikan bahawa andaian itu salah.
    Syarikat itu mengemukakan cabaran tersebut menjelang pertandingan menggodam Pwn2Own tahunan kelima yang bakal berlangsung bulan depan.
    Hadiah itu adalah yang terbesar ditawarkan setakat ini dalam cabaran yang diadakan pada persidangan keselamatan CanSecWest di Vancouver, British Columbia pada 9 Mac ini.
    Menggunakan mesin untuk operasi Windows 7 atau Mac OS X, penyelidik akan cuba menggodam Google Chrome serta Internet Explorer yang dibangunkan Microsoft, Mozilla Firefox dan pelayar Safari ciptaan Apple.
    Microsoft, Mozilla dan Apple masing-masing menawarkan sebanyak AS$15,000 (RM45,532) kepada individu pertama yang boleh menggodam sistem keselamatan pelayar mereka, tambahan sebanyak AS$5,000 (RM15,177) yang diberikan kepada penggodam yang berjaya pada pertandingan tahun lalu.
    Google, bagaimanapun telah menggandakan jumlah hadiah dengan menawarkan sebanyak AS$20,000 (RM60,709), satu tanda keyakinan eksekutif kanan bagi syarikat yang berpangkalan di California itu.
    "Kami menaikkan jumlah taruhan kali ini dan jumlah keseluruhan wang tunai yang diperuntukkan untuk hadiah-hadiah telah meningkat kepada AS$125,000 (RM379,387)," kata Aaron Portnoy daripada HP TippingPoint, penaja pertandingan Pwn2Own.
    Dalam cabaran untuk merebut hadiah wang tunai beserta komputer riba Chrome CR-48, penggodam perlu mencari dan mengeksploitasi bahagian kod yang mudah terdedah kepada bahaya pada hari pertama pertandingan yang berlangsung selama tiga hari itu, laporComputerWorld.com.
    Hari kedua dan ketiga pula, penggodam boleh menggunakan pepijat dari luar Chrome untuk cuba menyusup masuk ke dalam sistem keselamatannya.
    Penyelidik pertama yang berjaya akan menerima AS$20,000 (RM60,709), tetapi separuh daripada hadiah wang tunai itu akan dibayar oleh penaja TippingPoint. - AGENSIUtusan Malaysia Online - Luar Negara

    Sempadan Thai, Kemboja terus tegang



    PRAEH VIHEAR, Kemboja 8 Feb. - Tentera Thai dan Kemboja diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga, hari ini selepas siri pertempuran tercetus sejak beberapa hari lalu di kawasan sempadan yang dipertikaikan antara kedua-dua negara berdekatan kuil purba Praeh Vihear.
    Tentera kedua-dua negara tidak melepaskan tembakan tetapi kekal berada di kedudukan masing-masing kerana khuatir pertempuran akan berlaku semula di kawasan sempadan seluas 4.6 kilometer persegi yang dituntut kedua-dua negara berjiran itu.
    Thai dan Kemboja masing-masing menuding jari berhubung pertempuran yang membunuh sekurang-kurangnya dua rakyat Thai dan lapan rakyat Kemboja sejak Jumaat lalu, selain memarakkan lagi tunjuk perasaan 'Baju Kuning' di Thailand yang mendesak kerajaan meletak jawatan.
    Di wilayah Praeh Vihear, Kemboja, tentera membenarkan pemberita masuk ke negara itu melalui pusat pemeriksaan tentera berhampiran kuil Hindu kurun ke-11 tersebut.
    Sementara di Thailand, kawasan perkampungan seperti Ban Sangam di wilayah Si Sa Ket yang terletak kira-kira 4.3 kilometer dari sempadan sunyi sepi dan hanya bunyi trak tentera kedengaran.
    Gabenor wilayah Si Sa Ket, Somsak Suvarnsujarit berkata, kira-kira 16,654 penduduk telah dipindahkan.
    Dalam perkembangan berkaitan, Kabinet Thailand hari ini menguatkuasakan undang-undang keselamatan khas di tujuh daerah di Bangkok termasuk kawasan kompleks membeli belah terbesar di bandar raya itu serta sekitar pejabat kerajaan, menjelang tunjuk perasaan oleh aktivis 'Baju Kuning'.
    Jurucakap kerajaan Panitan Wattanayagorn berkata, Akta Keselamatan Dalam Negeri itu meliputi daerah-daerah yang menempatkan pejabat Perdana Menteri dan Parlimen.
    "Kabinet meluluskan penggunaan undang-undang ini bagi mengekalkan keamanan dan keselamatan di kawasan yang boleh mendatangkan ancaman semasa bantahan dilancarkan," katanya, sambil menambah kata bahawa undang-undang tersebut akan berkuatkuasa mulai esok hingga 23 Februari ini.
    Pergerakan 'Baju Kuning' yang sebelum ini membantu Perdana Menteri Abhisit Vejjajiva berkuasa, kini berpaling tadah dan mendesak beliau meletak jawatan selepas pemimpin itu dilihat gagal mengambil tindakan tegas berhubung kes pertikaian sempadan dengan Kemboja. - ReutersUtusan Malaysia Online - Luar Negara

    Penduduk Mesir kembali protes




    Penunjuk perasaan antikerajaan kembali memenuhi Dataran Tahrir di Kaherah, semalam bagi terus mendesak Mubarak berundur. – AFP


    KAHERAH 8 Feb. – Beribu-ribu penunjuk perasaan kembali memenuhi Dataran Tahrir hari ini, kebanyakan mereka merupakan muka baru dan bertenaga bagi mendesak Presiden, Hosni Mubarak meletak jawatan masuk hari ke-15 setelah dataran itu lengang seketika minggu lalu.
    Penunjuk perasaan meluahkan perasaan tidak puas hati mereka kerana mendakwa media kerajaan menipu berhubung perletakan jawatan presiden tersebut.
    Perhimpunan hari ini dilihat lebih besar berbanding hari-hari sebelumnya dengan ruang kosong di Dataran Tahrir dipenuhi dengan penunjuk perasaan dengan begitu cepat, menyertai sebahagian rakan-rakan mereka yang berkampung di dataran itu sebelum ini.
    Wartawan Reuters, Dina Zayed berkata, perhimpunan hari ini lebih besar berbanding pada Jumaat lalu.
    “Ini merupakan salah satu perhimpunan paling besar sejak tunjuk perasaan tercetus pada 25 Januari lalu bagi mendesak Mubarak berundur,” katanya.
    Berdasarkan anggaran kasar, luas kawasan tunjuk perasaan itu boleh mengisi suku juta orang jika kawasan itu betul-betul padat dipenuhi dengan orang ramai.
    Tunjuk perasaan turut kembali berlaku di bandar-bandar lain hari ini termasuk di Iskandariah dengan penduduk membawa sepanduk-sepanduk menggesa Mubarak berundur.
    Penunjuk perasaan itu daripada semua lapisan umur dan latar belakang datang dari seluruh pelusuk Mesir sejak tengah hari.
    Bekas menteri pengangkutan Mesir, Essam Sharaf yang menjadi menteri dari 2004 hingga 2005 dilihat turut menyertai penunjuk perasaan berarak menuju ke Dataran Tahrir hari ini dengan bersorak: “Kami mahu gulingkan rejim (Mubarak).”
    Sementara itu, Mubarak semalam mengumumkan kenaikan gaji sektor awam sebanyak 15 peratus dan mengarahkan siasatan berhubung keganasan maut dalam tunjuk perasaan baru-baru ini, sebagai cubaan meredakan protes jalanan yang terus mendesaknya meletakkan jawatan.
    Keputusan itu dibuat Mubarak selepas beliau mempengerusikan mesyuarat Kabinet barunya untuk kali pertama semalam, sementara rejimnya berusaha menggerakkan semula ekonomi, meskipun menghadapi demonstrasi.
    Lapor agensi berita rasmi MENA, Kabinet meluluskan rancangan untuk memberi kenaikan gaji sebanyak 15 peratus kepada kakitangan awam mulai April ini dan membelanjakan 6.5 bilion pound Mesir (RM2.91 bilion) bagi menaikkan pencen. – ReutersUtusan Malaysia Online - Luar Negara

    517 kes buang bayi dilaporkan dari 2005 hingga Jan 2011

    Utusan Malaysia Online - Terkini: "

    09/02/2011 2:25pm

    KUALA LUMPUR 9 Feb. – Sebanyak 517 kes pembuangan bayi dilaporkan sejak tahun 2005 hingga Januari tahun ini.

    Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin berkata, jumlah itu merangkumi 203 orang bayi lelaki, 164 orang bayi perempuan dan 150 orang bayi yang tidak diketahui jantinanya.

    'Bagi kes tidak dikenal pasti jantina, ini adalah kerana keadaan mayat yang reput dan bedah siasat tidak dapat dilakukan,” katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini.

    Beliau berkata, daripada 517 bayi itu, sebanyak 230 merupakan bayi yang hidup, manakala 287 pula bayi yang telah meninggal dunia.

    Mohd Bakri berkata, seramai 37 orang suspek telah ditangkap dari 2005 hingga tahun ini termasuk empat orang pada Januari ini berhubung kes pembuangan bayi.

    Menurutnya, hasil kajian mendapati lokasi yang paling popular untuk jenayah ini adalah di kawasan perumahan dan tempat pembuangan sampah selain di tepi jalan, masjid, sungai, semak dan dalam tandas. – Bernama"

    Misteri dua makhluk aneh



    JITRA- ‘Bayi kami menjerit sangat kuat secara tiba-tiba, dan serentak dengan itu juga saya ternampak satu kelibat, seperti manusia tanpa pakaian namun tidak mempunyai wajah berada di belakang kereta ketika hendak menuruni bukit dari puncak Gunung Jerai dalam kejadian lewat petang Jumaat lalu,” kata seorang lelaki berusia 27 tahun.

    Tengku Uwais Masdani Tengku Mohd Adlan mendakwa ketika kejadian dia bersama isteri, Nor Hafizah Mohd Noor, 27, dan anak kedua mereka, Tengku Nur Qaira Damia, 3 bulan, dalam perjalanan turun ke bawah selepas kira-kira 30 minit berada di puncak gunung itu untuk mengambil gambar sambil bersiar-siar.

    Menurutnya, semasa dalam perjalanan menuruni bukit, setiba di satu selekoh, kenderaan yang dipandunya sukar membelok sehingga memaksanya untuk mengundur kereta sebelum cuba membelok sekali lagi namun usaha itu gagal.

    “Sehinggalah saya terpaksa mengundur kereta sambil membuka pintu untuk melihat keadaan di belakang sama ada melepasi jarak untuk membelok atau tidak.

    “Sebaik melihat ke arah belakang, saya tergamam apabila melihat satu kelibat yang sangat tinggi seperti manusia tetapi tidak berpakaian dan tidak berwajah sedang memerhati saya.

    “Dengan pantas ketika itu saya segera tutup tingkap dan pintu kereta lalu memecut dengan kelajuan sehingga 50 kilometer sejam menuruni bukit yang sangat curam sambil terbayang-bayang kelibat yang dilihat dengan sangat jelas, kerana ketika itu ia hanya berada kira-kira tiga meter sahaja dari tempat duduk pemandu,” katanya ketika ditemui Sinar Harian, di sini, semalam.

    Terdahulu mereka yang dalam perjalanan pulang dari Batu Feringhi singgah ke Gunung Jerai kira-kira jam 6.30 petang itu bagi mengambil angin petang sebelum pulang ke Jitra.

    Tengku Uwais berkata, sepanjang perjalanan menuruni bukit itu, anaknya itu langsung tidak berhenti berteriak dan menjerit-jerit sehinggalah mereka berhenti seketika di surau sebaik sahaja tiba di bawah sebelum bergerak pulang ke Jitra.

    Menurutnya, dalam perjalanan pulang dia langsung tidak bercakap apa-apa dengan isterinya sehinggalah tiba di rumah, barulah semua kejadian yang berlaku d diimbas kembali dan diceritakan kepada isterinya.

    Sementara itu, Nor Hafizah berkata, pada awalnya lagi dia merasakan ada sesuatu yang berlaku ketika dalam perjalanan menuruni puncak itu, namun mulut berat hendak bertanya sehinggalah semua yang berlaku diceritakan kembali suaminya sebaik tiba di rumah pada malam itu.

    Menurutnya, sambil bercerita mereka turut melihat kembali semua gambar yang dirakamkan dalam telefon bimbit dan kemudian apabila melihat sekeping daripada beberapa keping gambar yang diambil, dia terkejut melihat wajahnya pada gambar itu seakan-akan hodoh, lalu mereka membesarkan imej itu untuk melihatnya dengan lebih dekat.

    “Tetapi apa yang mengejutkan, kami ternampak satu lagi objek yang rupanya seakan-akan binatang mempunyai tanduk namun berjubah putih dalam keadaan tergantung di sebalik pokok dan cahaya-cahaya lampu yang dihiaskan pada pokok terbabit.

    Dia berkata, sebelum ini arwah bapa pernah juga memesan supaya jangan sesekali naik ke puncak gunung itu namun dia tidak tahu apa sebabnya.

    “Ini kali pertama saya naik ke puncak itu dan pesanan arwah ayah mungkin bersebab dan tidak menyangka ia terjadi kepada kami.

    “Mungkin ini kali pertama dan terakhir saya menaiki puncak itu kerana khuatir sesuatu berlaku selepas ini jika tidak berjaga-jaga,” katanya.
    SH

    Sejarah pemerintahan Raja Farouk I







    Raja Farouk I dilahirkan di Kaherah pada 11 Februari 1920. Beliau menerima pelajaran pertamanya di Kaherah dan kemudian melanjutkan pelajarannya di Akademi Ketenteraan Diraja di Woolwich, England. Beliau dipanggil menaiki takhta Mesir pada 1936 dan dimahkotakan secara rasminya pada 1937. Farouk adalah raja kedua memerintah Mesir moden dari 1920 hingga 1965. Walaupun beliau dilihat sebagai seorang raja yang menjanjikan dan berdedikasi pada awalnya, tetapi akhirnya menjadi penyebab keruntuhan monarki negara itu.


    Kejatuhan Farouk I

    Ketika Perang Dunia Kedua semakin hampir, campur tangan Britain di Mesir tidak dapat dielakkan, terutama sekali ia berkaitan dengan keselamatan Kerajaan Britain dan keperluan masyarakat Mesir.

    Britain bekerjasama dengan kerajaan Itali dan memaksa Raja Farouk I menggugurkan Kabinet pro-Itali dan menggantikan dengan Kabinet Wafd pada 4 Februari 1942.

    Farouk kemudian menyerah takhtanya kepada tuntutan Britain dan Wafd memerintah sehingga 1944.

    Campur tangan Britain dalam urusan dalaman Mesir dan pemerintahan menyebabkan berlaku pembubaran sistem beraja dan parti negara itu.

    Tentera Mesir yang diketuai Kolonel Gamal Abdel Nasser merampas kuasa dan memaksa Farouk turun takhta pada 26 Julai 1952 dan hidup dalam buangan di Itali.

    Setelah Farouk turun takhta, anak lelakinya ditabalkan menjadi raja seterusnya dan majlis pemangku raja pula ditubuhkan, tetapi akhirnya Mesir diisytiharkan menjadi sebuah negara republik.

    Farouk meninggal dunia pada 18 Mac 1965, di Itali akibat sakit jantung dan dibawa pulang ke Mesir untuk dikebumikan.



    Permulaan era baru mesir moden

    Sejarah Mesir moden bermula ketika negara itu menjadi sebahagian daripada pengaruh kuasa Britain.

    Mesir menjadi negara jajahan Britain pada 1914, dan mencapai kemerdekaan pada 1922, serta Mesir diisytiharkan sebagai negara republik pada 1952.

    Sejak pemerintahan Presiden Mesir kedua, Gamal Abdel Nasser pada 1952, banyak perubahan telah berlaku, terutamanya di bawah pimpinan Anwar Sadat sehingga kerajaan kini yang dipimpin oleh Hosni Mubarak.



    Pemimpin-pemimpin republik mesir

    I) Gamal Abdel Nasser Hussein (23 June 1956 – 28 September 1970):

    Beliau dilahirkan pada 15 Januari 1918 di Iskandariah, Mesir. Beliau memegang jawatan sebagai presiden kedua negara itu pada 1956 sehingga beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 1970.

    Bersama Muhammad Naguib, presiden pertama Mesir, beliau mengetuai Revolusi 1952 Mesir, di mana beliau menggulingkan pemerintah beraja negara itu dan Sudan, serta mengumumkan era baru pemodenan dan pembaharuan sosial bersama kemajuan penyatuan negara Arab, termasuk penyatuan singkat bersama Syria.

    Nasser dilihat sebagai salh satu tokoh politik yang paling penting dalam kedua sejarah Arab moden dan politik dunia ketiga pada abad ke-20. Di bawah pimpinannya, Terusan Suez diiktiraf dan memainkan peranan penting dalam usaha antipenjajahan dalam Negara Arab dan Afrika.

    Beliau juga berperanan dalam pembentukan Gerakan Berkecuali antarabangsa. Beliau juga terkenal kerana dasar nasionalis dan versi penyatuan negara Arab, yang juga dikenali sebagai Nasserisme, yang berjaya mempengaruhi jumlah pengikut besar di negara Arab sepanjang 1950 dan 1960.

    Walaupun statusnya sebagai ‘pemimpin orang Arab’ dicemari oleh kemenangan Israel ke atas tentera arab dalam Perang Enam Hari, ramai rakyatnya masih melihat Nasser sebagai simbol martabat Arab dan kebebasan.

    Pada 28 September 1970, Nasser mengalami sakit jantung dan beliau meninggal dunia tidak lama selepas itu.



    II) Muhammad Anwar El-Sadat (15 October 1970 – 6 October 1981)

    Muhammad Anwar El-Sadat dilahirkan pada 25 Disember 1918 di Mit Abu al-Kum, Mesir. Beliau dilantik menjadi presiden negara itu pada 15 Oktober 1970 sehingga beliau dibunuh oleh ahli fundamentalis pada 6 Oktober 1981.

    Beliau juga pernah memegang jawatan sebagai pegawai tinggi Free Officers, sebuah gerakan yang menggulingkan Dinasti Muhammad Ali dalam Revolusi 1952 Mesir, dan menjadi orang paling dipercayai oleh Presiden Gamal Abdel Nasser.

    Selama sebelas tahun pemerintahannya sebagai presiden, beliau mengubah beberapa prinsip ekonomi dan politik Nasserisme dengan memperlembagakan sistem pelbagai parti dan melancarkan Infitah.

    Kepimpinannya dalam Perang Oktober 1973, menjadikan beliau sebagai wira Mesir dan di seluruh negara Arab. Beliau turut dianugerahkan Hadiah Nobel Keamanan untuk peranannya Camp David Accords, namun rundingan bersama Israel dan Perjanjian Keamanan Mesir-Israel tidak mendapat perhatian di antara penduduk negara Arab, mengakibatkan penggantungan sementara keahlian Mesir dalan Liga Arab.

    Pada 6 Oktober 1981, Anwar Sadat dibunuh semasa perarakan sambut kemenangan tahunan yang diadakan di Kaherah untuk menyambut Mesir berjaya menyeberangi Terusan Suez.

    Fatwa untuk membunuh Sadat dikeluarkan oleh Omar Abdel Rahman, seorang ulama yang kemudian dihukum di Amerika Syarikat untuk peranannya dalam pengeboman bangunan Pusat Dagangan Dunia di New York pada 1993.



    III) Muhammad Hosni Sayid Mubarak (14 Oktober 1981 – kini)

    Muhammad Hosni Sayid Mubarak dilahirkan pada 4 May 1928 di Kafr-El Meselha, Mesir. Beliau merupakan presiden negara itu yang keempat Republik Mesir.

    Beliau dilantik sebagai timbalan presiden pada 1975 dan dijadikan presiden pada 14 Oktober 1981, selepas pembunuhan Presiden Anwar El Sadat. Beliau juga seorang pemimpin yang paling lama berkhidmat sejak Muhammad Ali Pasha.

    Sebelum beliau memasuki dunia politik, beliau merupakan seorang pegawai tinggi dalam Tentera Udara Mesir, menjawat jawatan sebagai Komander daripada 1972 hingga 1975.

    Bermula pada 25 Januari 2011, satu demonstrasi besar-besaran antikerajaan diadakan, menuntut pemerintah kuku besi itu meletak jawatan dengan segera.

    Pada 1 Februari 2011, Mubarak mengumumkan dia tidak akan bertanding untuk merebut jawatan presiden dalam pilihan raya September depan.

    Pada 5 Februari 2011 pula, media kerajaan melaporkan beberapa pemimpin Parti Demokrasi Nasional pimpinan Mubarak, meletak jawatan dalam parti masing-masing untuk meredakan rusuhan yang berlaku di negara itu.

    Walau bagaimanapun, Mubarak akan tetap mengekalkan jawatan sebagai presiden sehingga baki tempoh jawatannya tamat pada September depa
    n.SH

    Kahwin sambil protes


    SEPASANG pengantin baru meraikan perkahwinan mereka di Dataran Tahrir selepas bertemu jodoh ketika tunjuk perasaan di Mesir, baru-baru ini. Setakat ini empat pasangan pengantin sudah melangsungkan perkahwinan mereka di dataran berkenaan. - Foto Effendy Rashid


    Gara-gara tak mahu ditinggal

    myMetro | Gara-gara tak mahu ditinggal: "


    SANTIAGO: Seorang wanita yang terdesak untuk memastikan teman lelakinya tidak meninggalkannya, membuat ancaman bom palsu ketika pesawat yang dinaiki lelaki itu bersiap sedia untuk berlepas, semalam.

    Francisca Galleguillos dituduh membuat panggilan bom palsu itu ketika teman lelakinya, Marco Arancibia, 39, hendak berlepas dari ibu negara Chile ini ke Madrid di Sepanyol untuk mula bekerja di atas kapal peranginan selama lapan bulan.


    Francisca ditangkap dan kini ditahan di sebuah penjara di Santiago.

    Pihak berkuasa terpaksa memindahkan 312 penumpang dan memeriksa pesawat terbabit tetapi mendapati tidak ada ada bom didalamnya. - AFP"

    Perompak sopan ditangkap

    myMetro | Perompak sopan ditangkap: "


    SEATTLE: Pihak berkuasa semalam menangkap seorang perompak yang dianggap oleh mangsanya sebagai sungguh sopan.

    Dalam rompakan itu, perompak terbabit turut mengacu pistol pada pemilik kedai di selatan Seattle, John Henry.


    Henry menawarkan AS$40 (RM120) kepada perompak itu tetapi dia mengambil semua wang yang ada, kira-kira AS$300 (RM900) sambil berkata, dia terpaksa membayar bil dan membeli makanan untuk anaknya. Ketika meninggalkan kedai itu, perompak berkenaan berjanji akan membayar semula wang itu jika berjaya memperoleh pekerjaan. Jurucakap Pejabat Syerif King County, Sarjan John Urquhart berkata, pegawainya tidak mengambil masa lama untuk mengenal pasti perompak itu selepas menerima maklumat orang ramai sebaik rakaman video rompakan itu disiarkan menerusi Internet. - AFP"

    Rejim Zionis tersepit


    SEORANG kanak-kanak yang turut dibawa bapanya untuk menyertai tunjuk perasaan anti-Hosni Mubarak, mengibarkan bendera Mesir di depan kereta perisai tentera di Medan Tahrir, Kaherah, semalam.
    SEORANG kanak-kanak yang turut dibawa bapanya untuk menyertai tunjuk perasaan anti-Hosni Mubarak, mengibarkan bendera Mesir di depan kereta perisai tentera di Medan Tahrir, Kaherah, semalam.


    BEIRUT: Setiausaha Agung Hezbollah, Sayyed Hassan Nasrallah (gambar) semalam berkata, Israel mengenakan tekanan terhadap semua institusi politik di seluruh dunia untuk melindungi Presiden Mesir, Hosni Mubarak.
    Beliau berkata, revolusi di Mesir dan Tunisia baru-baru ini memaksa Israel mengkaji semula strategi keselamatannya apabila mendapati dirinya terpencil di Timur Tengah selepas kehilangan satu demi satu sekutunya.

    Sayyed Hassan bagaimanapun memberi amaran mengenai pendapat sesetengah pihak bahawa revolusi di kedua-dua negara Arab itu adalah rekaan Amerika Syarikat (AS) dan agensi perisikan serta tenteranya.

    Ketua Hezbollah itu menyifatkan anggapan itu sebagai tidak adil dan menghina kedua-dua negara Afrika Utara itu.

    “Siapa yang boleh percaya bahawa AS akan berusaha menggulingkan rejim yang memenuhi segala permintaannya, rejim yang melindungi kepentingan dan projek Amerika di rantau ini?” katanya.


    Beliau mengingatkan orang ramai dan kumpulan pejuang: “Mereka (AS) cuba menonjolkan diri mereka sebagai pelindung rakyat serta hak dan kepentingan mereka selepas puluhan tahun menyokong seorang pemerintah kuku besi paling teruk pernah kita lihat di rantau ini.”

    “Seperti yang ditunjukkan dalam keputusan kajian pendapat yang dijalankan oleh institusi akademik Amerika, majoriti penduduk di rantau ini menentang dasar AS.
    “Jika rakyat menentang rejim sesebuah negara, pentadbiran Amerika akan berdiri di tengah-tengah dan tidak akan menyokong sengketa berdarah dengan rakyat kerana ia tahu kesan amat buruk akan menimpanya dan juga sekutunya,” kata Sayyed Hassan.
    “Ia akan cuba mempamerkan dirinya sebagai pelindung rakyat dan memberi jaminan beberapa bentuk peralihan kuasa kepada pihak yang akan mengekalkan hubungan dengannya dan melindungi kepentingannya,” kata pemimpin Hezbollah itu.

    Jutaan penduduk Mesir mengadakan tunjuk perasaan sejak dua minggu lalu untuk mendesak Hosni meletakkan jawatan. - Agensi

    Riuh kijang masuk rumah


    MANA MAHU LARI...kijang selepas ditangkap Perhilitan. Gambar kecil, anggota Perhilitan mengikat kijang berkenaan.
    MANA MAHU LARI...kijang selepas ditangkap Perhilitan. Gambar kecil, anggota Perhilitan mengikat kijang berkenaan.


    AMPANG: Sukar dipercayai apabila petugas Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) menerima panggilan kecemasan mendakwa seekor kijang sesat dengan melanggar bertalu-talu dinding dan pintu rumah seorang penduduk di Taman Tun Abdul Razak, di sini.
    Kijang berkenaan yang dipercayai datang dari kawasan hutan berhampiran ditemui dalam keadaan cemas dan berlari-lari di dalam kawasan rumah penduduk kira-kira jam 8 malam kelmarin .

    Laporan itu bagaimanapun disahkan benar apabila sepasukan empat anggota Pasukan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) yang tiba di banglo berkenaan dan mendapati seekor kijang berlari.

    Ketua Operasinya, Leftenan Muda JPAM Shahrul Kamar Johari, berkata anggota bertugas mengepung kawasan rumah berkenaan bagi menangkap kijang betina itu.

    “Kijang berkenaan melanggar pagar rumah dan dinding berkali-kali kerana panik. Ia turut melompat melepasi tembok pagar dua banglo berhampiran sebelum ditangkap seorang anggota JPAM. Usaha menangkap kijang yang cedera itu mengambil masa kira-kira 20 minit.


    “Hasil pemeriksaan mendapati haiwan itu cedera di kepala, kaki dan badan selain keletihan akibat tindakannya yang agresif melanggar pintu dan tembok rumah di kawasan itu,” katanya.

    Beliau berkata, kijang itu dibawa ke ibu pejabat JPAM sebelum perkara berkenaan dimaklumkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).

    “Jabatan Perhilitan diketuai Timbalan Pengarahnya, Celescoriano Razond yang tiba tidak lama kemudian merawat kijang itu sebelum membawanya pulang untuk tindakan lanjut,” katanya.

    Katanya, penemuan kijang di taman berkenaan kejadian kedua selepas seekor kijang dilaporkan tersesat di kawasan sama pada 2007.

    Beliau berkata, haiwan itu dipercayai sesat dari hutan tebal di belakang taman berkenaan yang luasnya hingga ke daerah Hulu Langat.


    “Ada kemungkinan haiwan liar itu tersesat dari habitat asal atau dikejar anjing liar hingga menceroboh masuk ke kawasan rumah berkenaan.


    “Kijang berkenaan akan diberikan rawatan dan dipindahkan ke Zoo Melaka,” katanya.
    myMetro | Riuh kijang masuk rumah

    Wanita 70-an lawan enam perompak




    SEBUAH skuter dinaiki tiga perompak terjatuh dekat sebuah kedai barang kemas di Northampton pagi kelmarin.


    NORTHAMPTON, Britain - Seorang wanita berusia dalam lingkungan 70-an berjaya menggagalkan percubaan sekumpulan enam lelaki untuk merompak sebuah kedai barang kemas di sini dengan hanya menggunakan tas tangannya, lapor sebuah akhbar semalam.
    Wanita itu yang namanya tidak didedahkan berlari ke arah kedai emas tersebut semasa beberapa pejalan kaki tidak menghiraukan dua perompak sedang memecahkan cermin kedai tersebut pagi kelmarin.
    Tiga perompak lagi yang menunggang dua buah skuter dan sebuah motosikal menunggu di luar kedai berkenaan semasa rakan mereka memecahkan cermin kedai berkenaan.
    Namun, wanita tua itu dengan penuh keberanian memukul semua perompak itu dengan tas tangannya menyebabkan mereka gagal mencuri lebih banyak barang kemas.
    Wanita tua itu hanya bertindak berseorangan tanpa dibantu oleh beberapa orang yang berjalan dekat dengan kedai emas tersebut.
    Keenam-enam perompak tersebut yang amat terkejut dengan tindakan nekad wanita berkenaan bertindak menghentikan rompakan dan cuba melarikan diri dengan segera.
    Apa yang lebih melucukan lagi ialah sebuah skuter perompak itu terjatuh semasa wanita tersebut memukul mereka dengan tas tangan berulang kali.
    Tiga perompak yang menunggang sebuah skuter yang terjatuh bergegas melarikan diri. Namun terdapat beberapa orang awam kemudian yang prihatin dengan kejadian tersebut bertindak menangkap salah seorang daripada perompak terbabit.
    Selepas serangan itu, wanita tersebut dibawa ke sebuah kafe berhampiran untuk minum secawan kopi sebelum beberapa anggota polis mencatatkan maklumat daripadanya berhubung kejadian tersebut. - AgensiKosmo! Online - Dunia