Pages

Saturday, December 6, 2014

Cuba makan anak sendiri

Guangdong: Seorang bayi yang baru dilahirkan dilapor cuba dimakan oleh ibunya di sebuah hospital di sini, kelmarin.
Tindakan pantas jururawat, Liu Tianlun, yang melihat perbuatan wanita itu berjaya menyelamatkan bayi berkenaan.
Jururawat terbabit yang membuat pemeriksaan biasa ketika itu menjerit apabila melihat wanita berkenaan, Li Zhenghua, 24, menggigit tangan anaknya.
Dia cuba membebaskan bayi itu tetapi Li melawan dan enggan melepaskannya.
Doktor akhirnya terpaksa menyuntik wanita terbabit dengan ubat penenang untuk menyelamatkan bayi baru lahir berkenaan daripada terus digigit ibunya.-AFP
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 6 Disember 2014 @ 7:05 AM


KESAN gigitan pada tangan bayi itu selepas digigit ibunya.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/14190#sthash.RpAl0kQB.dpuf

Kucing berbulu hijau gemparkan penduduk

Kucing berbulu hijau ditemui berkeliaran di sekitar bandar Laut
Kucing berbulu hijau ditemui berkeliaran di sekitar bandar Laut Hitam di Varna, Bulgaria, baru-baru ini. – AGENSI
VARNA 5 Dis. – Penduduk tempatan gempar dengan kehadiran seekor kucing liar berwarna hijau terang yang ditemui berkeliaran di sekitar Varna, sebuah bandar pelancongan di Laut Hitam di Bulgaria, baru-baru ini.
Laman web, MailOnline melaporkan, pada mulanya, penduduk tempatan menganggap kucing berkenaan menjadi mangsa individu nakal.
Mereka turut menubuhkan satu halaman kumpulan dalam Facebook yang dipanggil ‘Hukuman kepada Pesalah Jenayah Ini’ bagi menangkap individu yang bertanggungjawab melakukan perbuatan tersebut terhadap kucing berkenaan.
Namun, sebenarnya kucing itu mempunyai bulu berwarna hijau kerana haiwan tersebut tidur di atas longgokan cat hijau sintetik dalam sebuah garaj yang menyebabkan kucing itu kelihatan lebih hijau setiap hari.
Kini, kucing hijau itu menjadi semakin terkenal apabila satu rakaman video yang dimuat naik dalam laman web, YouTube menunjukkan haiwan tersebut bermain dengan seekor kucing perang.
Persatuan Diraja Pencegahan Kekejaman Terhadap Haiwan (RSPCA) memberi amaran bahawa tindakan mengecat atau menukar warna bulu binatang atas tujuan kosmetik boleh menyebabkan kesan buruk kepada haiwan itu.
Varna yang merupakan bandar terbesar Bulgaria adalah sebuah destinasi popular di negara ini yang terletak di tepi pantai Laut Hitam.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/kucing-berbulu-hijau-gemparkan-penduduk-1.33115#sthash.7LC77q9I.dpuf

Amerika iktiraf kebaikan berkhatan

Pakar perubatan AS mengumumkan bahawa terdapat bukti perubatan
Pakar perubatan AS mengumumkan bahawa terdapat bukti perubatan jelas tentang kebaikan berkhatan. – AGENSI
NEW YORK 5 Dis. - Kerajaan Amerika Syarikat (AS) buat pertama kali mengiktiraf kebaikan berkhatan berbanding risiko, yang bakal dialami lelaki yang melaksanakan prosedur membuang kulit zakar.
Pusat bagi Pencegahan dan Kawasan Penyakit (CDC) yang mengeluarkan draf garis panduan selepas membuat kajian selama tujuh tahun di Afrika berkaitan berkhatan, sekali gus bakal mengetepikan tanggapan sesetengah lelaki Amerika yang mendakwa amalan tersebut boleh menjejaskan kepuasan seks mereka.
Sumber Mail Online memetik CDC sebagai berkata, berkhatan boleh mengurangkan risiko lelaki mendapat penyakit bawaan seksual, barah zakar, jangkitan pada saluran kencing serta menghalang penyebaran virus AIDS.
“Manfaat berkhatan bagi lelaki menjadi semakin jelas sejak lebih 10 tahun lalu,’’ kata Dr. Aaron Tobian, seorang penyelidik dari Universiti John Hopkins yang terlibat dalam kajian di Afrika itu.
Tobian berkata, garis panduan itu disifatkan penting selepas kadar kelahiran bayi lelaki yang berkhatan sedang menunjukkan penurunan.
Menurut garis panduan itu, berkhatan lebih selamat bagi bayi lelaki yang baru lahir dan kanak-kanak, berbanding lelaki dewasa, dengan mengandaikan kadar komplikasi akan meningkat daripada 0.5 peratus bagi bayi sehingga sembilan peratus bagi kanak-kanak berusia setahun sehingga sembilan tahun.
Menurut CDC, terdapat bukti kuat menunjukkan bahawa risiko lelaki berkhatan untuk mendapat HIV daripada wanita yang dijangkiti penyakit itu adalah hanya pada kadar antara 50 dan 60 peratus.
Berkhatan juga mampu mengurangkan risiko jangkitan genital; HPV (virus Papilloma) kepada 30 peratus; jangkitan saluran kencing semasa peringkat awal dan barah zakar.
Bagaimanapun, kajian itu tidak menunjukkan berkhatan akan mengurangkan risiko lelaki yang menghidap HIV daripada menyebarkan virus itu kepada wanita termasuk pasangan gay.
Garis panduan itu yang akan dibahaskan bagi membolehkan orang ramai mengemukakan pendapat mereka dalam tempoh 40 hari dijangka mendapat tentangan daripada kumpulan antiberkhatan.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/amerika-iktiraf-kebaikan-berkhatan-1.33117#sthash.yWv6a8WA.dpuf