Pages

Monday, November 18, 2013

Jual ikan guna van tahun 1971

SEORANG pelanggan membeli ikan di van milik Rambeau di Arcachon Basin pada 5 November lalu. - REUTERS


BORDEAUX, Perancis - Seorang penjual ikan, Nicolas Rambeau melaburkan sejumlah wang bagi mengubah suai sebuah van keluaran tahun 1971 menjadi gerai bergerak untuk menjual ikan segar.
Rambeau, 29, menggunakan van Citroen itu sejak sepuluh tahun lalu dengan melakukan pengubahsuaian supaya ia dilengkapi dengan ciri-ciri kebersihan yang moden.
Rambeau menjual ikan segar di Arcachon Basin dekat sini untuk penduduk kampung yang tinggal di kawasan terpencil. - Reuters


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1118&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz2kzCalVx5 
Hakcipta terpelihara 

Bangkai ikan paus ditemui di pantai

BANGKAI seekor ikan paus ditemui di sebuah pantai dekat bandar Mielno, Poland pada Jumaat lalu.


WARSAW, Poland - Bangkai seekor ikan paus ditemui di sebuah pantai dekat bandar Mielno pada Jumaat lalu yang dianggap sebagai kejadian yang luar biasa.
Ia dianggap sebagai luar biasa kerana Laut Baltik bukan habitat ikan tersebut.
Ketua sebuah agensi penyelidikan hidupan laut, Krzysztof Skora berkata, bangkai ikan paus jantan itu seberat tiga tan metrik.
Menurutnya, haiwan itu merupakan spesies bottlenose.
Dia menyatakan, habitat ikan tersebut terletak di kawasan utara Lautan Atlantik.
Skora menjelaskan, ikan itu mungkin berenang ke luar habitat asal.
Sekumpulan saintis menunggu peralatan khas untuk mengangkat ikan itu ke lokasi tempat bedah siasat yang akan dilakukan bagi mengetahui punca kematiannya.
Bangkai ikan paus spesies yang sama pernah ditemui di Sungai Thames, London pada tahun 2006. - AP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1118&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz2kz6yZonO 
Hakcipta terpelihara