Pages

Saturday, January 25, 2014

Nelayan tangkap sotong gergasi


25 Januari 2014

Nelayan tangkap sotong gergasi
Nelayan tangkap sotong gergasi Sotong gergasi ditangkap nelayan Jepun.



SEKUMPULAN nelayan Jepun dapat menangkap sotong gergasi sepanjang 3.4 meter di perairan barat negara itu, kelmarin.

Difahamkan, hidupan laut seberat 100 kilogram itu masih hidup ketika ditangkap di perairan wilayah Tottori tetapi mati sebelum bot nelayan tiba di daratan.

Menurut laporan AP, sotong gergasi berkenaan dipercayai cedera kerana dua daripada sesungut panjangnya didapati hilang.

Ketibaan sotong itu menjadi tumpuan penduduk dan media tempatan.

Kebanyakan mereka membayangkan, jumlah sajian yang boleh dihidangkan jika sotong itu dipotong menjadi sashimi.

Bagaimanapun, kandungan ammonia yang tinggi dalam sotong itu dikatakan akan menjejaskan rasa enaknya.

Sotong itu dianggarkan boleh mencecah lapan meter panjang jika sesungutnya masih ada dan dipercayai berada di kawasan perairan sedalam antara 300 hingga 1,500 meter di dasar laut. 

Guna najis lembu tampal dinding rumah



SEORANG lelaki menampal dinding rumahnya dengan najis lembu di kampung Subalpur, India semalam.


KOLKATA, India - Seorang penduduk menggunakan najis lembu untuk membina dinding rumahnya di kampung Subalpur, 240 kilometer dari sini semalam.
Penggunaan najis lembu untuk menampal dinding rumah itu sudah menjadi tradisi dalam kalangan penduduk luar bandar di India.
Menurut satu kajian saintifik, najis lembu itu boleh menyejukkan ruang di dalam rumah berkenaan.
Najis itu juga boleh membunuh bakteria yang mampu menjejaskan kesihatan manusia. - Agensi

Pekerja dapat guni berisi wang bonus di China



SEORANG pekerja memikul guni yang mengandungi wang tunai pada satu majlis penyerahan bonus oleh majikannya di Zhecheng baru-baru ini.


ZHECHENG, Henan - Para pekerja di sebuah firma pembangunan hartanah di sini gembira apabila mereka menerima bonus dalam bentuk wang tunai yang diletakkan di dalam guni, lapor akhbar MailOnline kelmarin.
Salah seorang pekerja itu memperoleh bonus sebanyak £200,000 (RM1.1 juta) dalam bentuk wang tunai.
Penyerahan bonus itu diadakan pada satu majlis di sini baru-baru ini.
Apa yang menarik, penerima bonus itu akan menari sambil naik ke pentas apabila namanya dipanggil untuk menerima bayaran bonus.
Syarikat pelaburan hartanah itu telah memperuntukkan sebanyak £1.1 juta (RM6 juta) dan membayar bonus kepada para kakitangannya. - Agensi