Pages

Friday, October 3, 2014

Pensyarah arah mahasiswa buka purdah

Seorang mahasiswi diarah membuka purdahnya sewaktu sesi pengajian berlangsung di Universiti La Sorbonne.
Seorang mahasiswi diarah membuka purdahnya sewaktu sesi pengajian berlangsung di Universiti La Sorbonne.
PARIS - PERANCIS. Kontroversi yang menyelubungi wanita Islam yang bertudung di Perancis kembali selepas seorang mahasiswi diarah membuka purdahnya sewaktu sesi pengajian berlangsung di Universiti La Sorbonne.

“Adakah anda merancang untuk memakai 'benda itu' sepanjang kelas saya?” soal pensyarah geografi kepada pelajarnya, lapor akhbar Perancis, Le Monde.

Bagaimanapun, nama pensyarah dan mahasiswi berkenaan tidak didedahkan kepada umum.

"Saya di sini sedang membantu anda mengintegrasikan diri ke dalam kehidupan profesional dan 'benda itu' (purdah) akan menyebabkan anda bermasalah," tambah pensyarah itu.

Apabila mahasiswi itu enggan membuka tudungnya, pensyarah itu dilaporkan telah meminta wanita itu 'pergi ke kelas yang lain'.

Pada 2004, kerajaan Perancis menguatkuasakan undang-undang yang melarang memakai atau paparan simbol agama secara terbuka di sekolah-sekolah Perancis, tetapi ia tidak dikuatkuasa di universiti.

Dan pada 2010, satu undang-undang larangan mengenakan niqab atau burqa (tudung yang menutup keseluruhan wajah seorang Muslim) telah dikuatkuasakan di negara itu.

Undang-undang tersebut melarang pemakaian niqab atau burqa dihadapan umum, namun ia tidak termasuk tudung yang dipakai oleh seorang Muslimah bagi menjaga auratnya.

Perancis berpendapat, larangan tersebut yang telah diluluskan oleh Majlis Perlembagaan perlu digunapakai untuk melindungi budaya sekular negara dan beberapa peraturan lain antara agama dan negara.

Baru-baru ini sebuah agensi kerajaan Perancis mencadangkan pengharaman pemakaian hijab atau tudung bagi wanita Muslim di universiti di negara tersebut.


Insiden luar jangkaan

Tenaga pengajar atau profesor universiti Perancis pada kebiasaannya mengamalkan sikap keterbukaan dan tolak ansur dan Perancis pula difahamkan sebagai sebuah negara bebas.

Insiden pengharaman pemakaian purdah  oleh pelajar Muslim seolah menunjukkan rasa tidak hormat ke atas pelajar dan agama Islam itu sendiri.

Jean-Marie Salamito, profesor sejarah Kristian purba di Université Paris-Sorbonne 1, memberitahu Al Arabiya, ia insiden 'sangat jarang berlaku'.

Menurut Salamito, sikap tersebut menunjukkan peningkatan terhadap fahaman Islamophobia dalam sistem pendidikan Perancis.


Mohon Maaf

Ekoran kemarahan pelbagai pihak yang wujud akibat sebuah insiden di La Sorbonne, Presiden Universiti, Philippe Boutry tampil memohon maaf kepada pelajar pada minggu ini, lapor media barat, Le Monde.

Dalam surat permohonan maaf beliau, Boutry menyatakan kejadian itu adalah disebabkan salah faham pensyarah tersebut terhadap undang-undang pada 2004.

Bagaimanapun pelajar tersebut sebaliknya menuntut supaya pensyarah tersebut dikenakan tindakan tatatertib bagi mengelakkan kejadian sama berulang pada masa akan datang.

Insiden tersebut bukanlah yang pertama berlaku di Perancis, malah perbincangan mengenai pakaian Muslim dalam integrasi individu dalam masyarakat Perancis merupakan satu kelaziman biasa bagi para profesor untuk membincangkannya di dalam kelas.

Menurut Salamito lagi, hanya hijab jenis burqa sahaja yang mungkin bermasalah kerana profesor tidak dapat melihat wajah pelajar yang sedang berkomunikasi dengan mereka.

“Tudung sepatutnya tidak menjadi masalah. Ia adalah komunikasi biasa,” jelasnya.

Leila al-Hakim, seorang pelajar Muslim di La Sorbonne, melahirkan rasa terkejut berhubung kejadian yang menimpa.

Menurutnya, kakitangan universiti mesti menghormati pelajar tidak kira asal atau agama mereka.

Kata al-Hakim lagi, kejadian itu mencerminkan ketidaksamaan yang berterusan di antara Islam dan pelajar-pelajar lain di universiti.

Perancis adalah salah sebuah negara yang mempunyai jumlah penduduk Islam terbesar di Eropah Barat.

35,000 walrus terdampar di Alaska

Puluhan ribu walrus terdampar di pantai dipercayai akibat perubahan suhu air laut.
Puluhan ribu walrus terdampar di pantai dipercayai akibat perubahan suhu air laut.
LOS ANGELES - AMERIKA SYARIKAT . Sekurang-kurangnya 35,000 walrus terdampar di pantai Alaska susulan pencairan ais Artik yang berpunca daripada perubahan iklim, menurut pakar kaji cuaca, kelmarin.

Jurucakap Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) berkata, keadaan tersebut telah berlaku sejak hampir enam hingga lapan tahun lalu disebabkan pemanasan global.

"Anak walrus yang terdampar di pantai terdedah kepada risiko kematian akibat dipijak dan kebiasaannya haiwan mamalia yang menyerupai anjing laut itu hanya akan keluar ke permukaan ais untuk makan,"katanya, dipetik dari laporan AFP.

Sementara itu, Pegawai Penyiasatan dari udara Artik Marine Mamalia Megan Ferguson memberitahu, pada awalnya terdapat hanya 1,500 walrus yang terdampar, namun jumlah itu meningkat sehingga 24 kali ganda dalam beberapa hari.

Jambatan kaca setinggi 180 meter

GELAGAT dua pengunjung yang ketakutan ketika melintasi jambatan kaca di daerah Pingjiang dalam wilayah Hunan, tenggara China.


HUNAN – Sepasukan jurutera membina sebuah jambatan kaca yang menghubung dua lereng bukit setinggi 180 meter di daerah Pingjiang dalam wilayah Hunan, tenggara China, lapor Metro Online kelmarin.
Jambatan sepanjang 300 meter ini berbeza daripada sebuah lagi jambatan gantung di wilayah Hebel kerana struktur tersebut berbuai apabila ditiup angin.
Seorang wanita tempatan, Yun Ku, 23, berkata, dia teruja apabila berpeluang menyeberangi jambatan kaca itu.
“Pada awalnya, saya tidak berasa apa-apa tetapi kaki saya longlai selepas berjalan kira-kira 100 meter di atas jambatan tersebut,” kata Ku.
Bantuan kakitangan yang dilatih khas turut disediakan bagi membantu pengunjung untuk menyeberangi jambatan tersebut. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1003&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_07.htm#ixzz3F2FRcgKg 
Hakcipta terpelihara 

‘Jemput datang mencuri’


Riyadh: Seorang lelaki yang berang selepas rumahnya berulang kali menjadi sasaran pencuri, meletakkan papan tanda di depan rumah dan mencabar pencuri terbabit mencuri lagi.

“Kepada pencuri yang sentiasa masuk ke rumah ini untuk mencuri. Saya sudah mengenali sebahagian daripada anda.


“Kerana hilang sabar, saya sudah membeli pistol dan mempunyai lesen. Saya tidak akan teragak-agak untuk menggunakannya. Saya pelawa kamu supaya datang dan mencuri lagi. Saya akan pastikan semua pintu dibuka siang dan malam,” menurut tulisan pada papan tanda berkenaan.



Akhbar berbahasa Arab, Al Weam yang melaporkan kejadian berkenaan bagaimanapun tidak mendedahkan nama lelaki terbabit, mahupun alamat rumahnya. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/03

Rayu pulang seluar dalam


Bulawayo (Zimbabwe): Seorang wanita mendakwa tertekan hingga tidak nyenyak tidur selepas kehilangan seluar dalamnya, dipercayai dicuri oleh bekas kekasih teman lelakinya yang mengancam untuk menyihirnya.

Ruth Ndlovu kini hidup dalam ketakutan selepas kekasih teman lelakinya, Shipilakahle Dube dari bandar sama datang ke rumahnya dan mencuri seluar dalam itu.


Ruth kelmarin merayu majistret di mahkamah awam Bulawayo, Mrylene Mtshina, mengarah Shipilakahle mengembalikan seluar dalamnya.



“Saya sentiasa dalam ketakutan. Wanita berkenaan mengancam untuk menyihir saya dengan mengguna seluar dalam itu. “Dia mengambilnya ketika saya tidak ada di rumah. Dia menuduh saya merampas teman lelakinya,” kata Ruth.


Dalam rayuannya itu, Ruth turut merayu mahkamah mengeluarkan perintah melarang Shipilakahle daripada datang ke rumahnya lagi. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/03

4.1kg rambut dalam perut


Ayperi Alekseeva dimasukkan ke hospital baru-baru ini selepas mengadu sakit perut hingga tidak boleh menelan makanan dan sukar untuk minum.

Ujian pengimbasan sinar-X menunjukkan terdapat gumpalan rambut tersekat di dalam perutnya yang memerlukan dia menjalani pembedahan secepat mungkin.
Pakar bedah di hospital Bishkek, Profesor Bahadir Bebezov berkata gumpalan rambut di dalam perut Ayperi itu terbentuk akibat kegemarannya mengutip rambut yang digugur di permaidani sebelum memakannya. Dia juga mempunyai tabiat untuk mengunyah rambutnya sendiri.

“Keadaan perutnya begitu teruk. Ia membengkak kerana gumpulan rambutnya. Terdapat juga bulu permaidani bersama-sama rambutnya apabila kami mengeluarkan dari perutnya,” kata Bahadir.

Selepas menjalani pembedahan itu, Ayperi berjanji untuk menghentikan tabiat buruk itu.
Foto
GUMPALAN rambut seberat 4.1kg yang dikeluarkan dari perut gadis berusia 18 tahun.

Foto
GUMPALAN rambut seberat 4.1kg yang dikeluarkan dari perut gadis berusia 18 tahun.
Dia bukan satu-satunya orang yang terpaksa menanggung padah kerana mempunyai tabiat pelik.

Pada Oktober 2012, doktor di Indore, India membuang gumpalan rambut seberat dua kilogram dari perut dan usus kecil seorang wanita berusia 19 tahun.
Seperti Ayperi, dia juga suka memakan rambut, tetapi dicampur dengan kapur. - AFP
Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/03