Pages

Wednesday, May 12, 2010

BIDAAH : ANTARA DUA PENDEKATAN



Definisi Bidaah
Bid‘ah dari sudut bahasa iaitu apa yang dilakukan tanpa mempunyai misal sebelumnya, antaranya firman Allah SWT: “Katakanlah aku bukanlah rasul yang pertama”[1]. Adapun dari segi istilah ia mempunyai pelbagai takrifan hasil daripada perbezaan pendapat di kalangan para ulama yang mentakrifkannya. Â 
Berkata Ibnu Daqiq al-‘Ied dalam Ihkam al-Ahkam: “Kami telah menegah perkara-perkara baru yang dijadikan syiar dalam agama, contohnya apa yang direka oleh golongan Rawafidh iaitu perayaan ketiga yang dinamakan sebagai perayaan al-Ghadir”[2] 
Berkata al-Munawi: “(Bid‘ah itu ialah) perkara baru dalam agama selepas sempurnanya agama, dan apa yang direka-reka mengikut hawa nafsu selepas Nabi SAW. Dan dikatakan: Ia kata nama bagi sesiapa yang mereka-reka sesuatu: (iaitu) mencipta atau membuat perkara baru (ikhtara’ahu aw ahdathahu), kemudian ia tersebar dengan meluas bagi mereka yang tidak memahami hukum syara‘ bahawa ianya perkara yang baik. Dan (juga ditakrifkan bid‘ah itu) ia adalah perkara yang menyalahi dasar Ahli Sunnah Wal Jama’ah dalam ‘aqidah sebagaimana yang dimaksudkan dalam hadith (tentang bid‘ah)”[3].      
Berkata Mustafa ‘Imarah dalam nota kaki kepada kitab al-Targhib: “Ia adalah setiap apa yang muncul tanpa mempunyai dalil nas atau ijma‘ atau qiyas”[4]. 
Berkata pengarang al-Mannar dalam nota kaki kitab ‘Tahqiq Ma’na al-Sunnah’: “Tidak disyaratkan untuk mensabitkan atau menetapkan (maksud) bid‘ah, meninggalkan sesuatu daripada Sunnah. Bahkan setiap perkara baru dalam agama dan syiar-syiarnya yang direka oleh manusia, sama ada percakapan mahupun perbuatan, yang tidak mempunyai sandaran daripada Nabi SAW, para Sahabahnya maka ia bid‘ah dan kesesatan”[5]. 
Sulayman al-Nadawi telah meletakkan kaedah untuk kita membezakan antara Sunnah dan bid‘ah seperti berikut: “Setiap perkara yang kita dapati diamalkan pada zaman tersebut (zaman Rasulullah SAW dan paraKhulafa’ al-Rasyidin) maka kita maklumi bahawa ia daripada agama dan diiktiraf sebagai Sunnah. Manakala setiap perkara baru yang dicipta selepasnya, kita maklumi bahawa ia dibawa masuk ke dalam agama, maka ia digelar bid‘ah”[6]. 
Berkata ‘Allal al-Fasi: “Di
sana terdapat perkara-perkara yang tidak dilakukan oleh Nabi SAW kerana ia tidak wujud pada zamannya dan sebab-sebab untuk mendorong ia wujud  juga tiada. Namun kewudunnya pada hari ini adalah antara tanda-tanda perkembangan dalam bidang ilmu dan ketamadunan. Oleh itu tidak mungkin untuk kita mengatakan ia terkeluar daripada Sunnah, tetapi ia hendaklah dinilai terlebih dahulu menerusi qawa’id al-Syariah. Apa-apa yang selari dengannya maka ia diterima dan apa-apa yang menyalahinya maka ia ditolak. Demikian itu adalah bidang ijtihad yang selama-lamanya tidak tertutup, kerana ia hanya mempraktikkan al-qawa’id al-Syar’iyyah kepada perkara-perkara cabang agama yang baru yang sememangnya tidak pernah selesai[7]
 
Antara takrif bid‘ah yang termasyhur adalah apa yang ditakrifkan oleh al-Syatibi. Beliau mengatakan bahawa bid‘ah iaitu jalan yang direka di dalam agama, yang menyerupai syariah, tujuan mengamalkannya untuk berlebihan dalam mengabdikan diri kepada Allah SWT[8] 
Kesimpulan daripada takrif-takrif bid‘ah di atas, dapat kita ringkaskan bahawa bid‘ah itu kembali kepada beberapa maksud seperti di bawah:- 
a)     Perkara-perkara baru yang dijadikan syiar dalam agama.b)     Perkara-perkara baru yang dicetuskan mengikut hawa nafsu selepas kewafatan Nabi SAW.c)      Perkara yang tidak diakui oleh syara‘ tentang kebaikannya.d)     Apa yang menyanggahi dasar Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam ‘aqidah.e)     Sesuatu yang tidak wujud pada zaman Nabi SAW.f)       Apa-apa yang menyalahi perintah Allah dan RasulNya.g)     Sesuatu yang tiada dalilnya daripada nas atau ijma’ atau qiyas.h)     Setiap apa yang baru dalam agama sama ada perkataan mahupun perbuatan yang tidak ada sandaran daripada Rasulullah SAW dan para Sahabat.i)       Setiap perkara baru yang direka selepas zaman Rasulullah dan Khulafa’ al-Rasyidin.j)       Apa yang direka yang tidak berasaskan sebarang bukti atau dalil.k)     Jalan yang direka di dalam agama, yang menyerupai syariah, tujuan mengamalkannya untuk berlebihan dalam mengabdikan diri kepada Allah SWT. 
Boleh dirumuskan bahawa takrifan-takrifan di atas merujuk kepada dua perkara utama iaitu:- 
Pertama: Menyandarkan maksud bid‘ah kepada makna dari sudut bahasa dan istilah syar‘i iaitu; setiap apa yang direka selepas zaman Nabi SAW sama ada dari segi ‘aqidah, ‘ibadah mahupun adat. 
Kedua: Meletakkan ikatan-ikatan bagi apa yang dinamakan bid‘ah, ia kesemuanya kembali kepada ikatan-ikatan yang disebut oleh al-Syatibi. 
Takrif Lanjut Bid‘ah Buat Golongan Yang Bertegas (Mutasyaddidin) 
Untuk menjelaskan lagi maksud bid‘ah menurut golongan yang bertegas, dibentangkan di sini dua takrif tambahan yang diletakkan oleh ulama beraliran tersebut dalam memahami konsep bid‘ah. 
Pertama: Pandangan al-Syatibi yang mengatakan bahawa wujudnya maksud yang mengisyaratkan (kepada bid‘ah), tetapi (bid‘ah itu) tidak disyariatkan. Ini menunjukkan kepada maksud pembuat syariat (al-syari’) yang tidak membenarkan penambahan dilakukan terhadap perkara yang sudah sedia ada sebelumnya, sekiranya ditambah sesuatu tambahan maka jelas ia menyalahi tujuan pembuat syariat (al-syari’)[9] 
Kedua: Pandangan Ibnu Taimiyyah yang menganggap bid‘ah adalah setiap apa yang direka dalam ‘ibadah yang disyariatkan dengan tambahan-tambahan yang tidak disyariatkan. Melakukan tambahan-tambahan ini dan melazimi dalam mengamalkannya adalah bid‘ah dan kesesatan berdasarkan dua alasan: Pertama, dari sudut dia beri’tiqad bahawa perkara demikian adalah disyariatkan dan disunatkan. Kedua, dari sudut dia melazimi sesuatu yang tidak dilazimi oleh Nabi SAW[10].  
Daripada dua pandangan di atas, jelas menunjukkan bahawa golongan yang bertegas tidak menerima sebarang tambahan baru di dalam urusan agama adalah berdasarkan tiga alasan berikut:- Â 
a)     Sebarang tambahan tersebut sekiranya ia perlu sudah tentu syara‘ pada awal lagi akan mensyariatkan perkara tersebut. Namun apa yang pasti pembuat syara‘ tidak berbuat demikian menunjukkan ia sesuatu yang tercela kerana menyalahi kehendak pembuat syara‘.b)     Setiap tambahan yang dilazimi sentiasa akan membawa kepada anggapan bahawa ianya sunnah dan disyariatkan.c)     Melazimi sesuatu yang tidak dilazimi oleh Nabi SAW juga jelas menunjukkan ia merupakan satu perkara yang bid‘ah. 
Sebahagian Perkara Bid‘ah Menurut Persepsi Yang Bertegas 
Di sini dibentangkan beberapa contoh perkara yang dianggap bid‘ah oleh golongan yang bertegas, antaranya adalah seperti berikut:- 
a)     Al-Syatibi menganggap bahawa perbahasan dalam ilmu falsafah serta mendalaminya secara serius tanpa mempunyai sebarang manfaat dari sudut amalan merupakan sesuatu yang bid‘ah[11]. 
b)     Ibnu ‘Umar r.a. menganggap solat Dhuha sebagai bid‘ah, kerana baginya tidak sabit sebarang dalil tentang solat Dhuha. Beliau juga berpandangan bahawa solat tersebut tidak boleh dimasukkan di bawah keumuman solat. Demikian juga beliau berpendapat doa qunut tidak disunatkan[12]. 
c)      Abdullah ibn al-Mughaffal telah berkata kepada anaknya ketika mendengar anaknya membaca basmalah secara kuat (jahr): “Awas daripada mereka-reka”[13]. 
d)     Daripada Sa‘id ibn al-Musayyib r.a., bahawa beliau telah melihat seorang lelaki yang solat sunat dengan banyak selepas azan Subuh. Lalu beliau melontarnya dengan batu kelikir sambil berkata: “Sesungguhnya tiada solat selepas azan Subuh melainkan dua rakaat, maka berhentilah!” Berkata lelaki tersebut: “Wahai Abu Muhammad, adakah kamu bimbang aku diazab oleh Allah disebabkan banyaknya solat?” Lalu Sa‘id menjawab: “Tidak, bahkan aku bimbang kamu diazab oleh Allah kerana meninggalkan Sunnah”[14] 
e)     Sesungguhnya Sunnah telah mengakui tentang kemakruhan mengkhususkan bulan Rejab untuk berpuasa, begitu juga mengkhususkan hari Jumaat untuk berpuasa serta melakukan qiyam pada malamnya. Ini bertujuan untuk menyekat jalan-jalan yang menjurus kepada syariat yang tidak diizinkan Allah; iaitu dengan mengkhususkan masa tertentu atau tempat tertentu yang tidak dikhususkan oleh Allah dan RasulNya[15] 
f)       Imam Malik mengatakan tentang kemakruhan sujud syukur. Berkata Ibnu Rusyd: “Kerana beliau berpandangan ia tidak bersumber daripada hukum syara‘, tidak fardhu dan tidak sunat”[16]. 
g)     Antara perkara-perkara bid‘ah iaitu berdoa dalam bentuk beramai-ramai selepas selesai solat dengan satu suara[17] 
h)     Antara perkara bid‘ah iaitu apa yang dikatakan oleh sesetengah ahli tasawuf dan golongan batiniyah bahawa hukum-hakam syara‘ merupakan sesuatu yang dikhususkan untuk golongan awam[18] 
i)       Al-Syatibi berkata lagi: “Dan antara perkara bid‘ah itu bahawa Ibn Mas’ud telah memarahi golongan yang bertasbih di dalam masjid dengan menggunakan batu tasbih dan beliau menganggapnya sebagai golongan ahli bid‘ah..dan antaranya juga bahawa Imam Malik membenci menyusuli Ramadhan dengan puasa enam Syawal dan ia dipersetujui oleh Imam Abu Hanifah. Ini kerana takutkan bid‘ah serta bimbang orang akan menganggapnya satu kefardhuan atau menganggapnya sebahagian daripada puasa Ramadhan”[19] 
j)       Berkata Dr. Muhammad Muhammad Abu Syahbah: “Dan adapun apa yang dilakukan oleh sesetengah orang dalam menghidupkan malam Nisfu Sya’ban iaitu dengan membaca surah Ya Sin kemudian berdoa dengan doa yang masyhur, kemudian solat enam rakaat dengan niat panjang umur, dijauhi bala dan memohon pelepasan daripada kebergantungan kepada manusia. Perbuatan ini merupakan bid‘ah yang buruk yang tidak ada asalnya dalam hadith-hadith serta athar daripada Sahabah dan Tabi’in”[20]. 
Justifikasi Golongan Yang Bertegas Dalam Soal Bid‘ah 
Daripada contoh-contoh di atas kita boleh mengambil beberapa justifikasi yang dibuat oleh golongan yang bertegas dalam memahami konsep bid‘ah. Ia dapat dirumuskan seperti berikut:- 
a)     Berpegang kepada zahir riwayat hadith-hadith tentang bid‘ah dan berpandangan ianya mutlak daripada sebarang ikatan. Ia juga meliputi kesemua perkara baru yang direka-reka selari dengan lafaz umumnya. Seperti hadith (man ahdtha) bermaksud ‘sesiapa yang mereka-reka’, lafaznya umum, serta (wa kullu muhdithatin bid‘ah) bermaksud ‘dan setiap yang baru direka-reka itu bid‘ah’, lafaznya juga umum seperti sebelumnya. 
b)     Perkhabaran daripada Allah SWT tentang kesempurnaan syariatNya sebagaimana firmanNya “Pada hari ini aku sempurnakan buat kamu agama kamu”. Maka setiap perkara baru yang direka-reka adalah menafikan sifat kesempurnaan agama seperti yang digambarkan ayat ini. Berkata al-Syatibi: “Dan bid‘ah itu hasilnya adalah menyalahi i’tiqad tentang kesempurnaan syariat”[21]. 
c)      Perbuatan bid‘ah juga boleh membawa kepada tohmahan ke atas Rasulullah SAW serta Salafus Soleh. Mereka juga mungkin ditohmah sebagai lalai dalam menyampaikan syariat. Bahkan mungkin juga dianggap pengkhianatan Nabi SAW terhadap agama dan amanah[22] 
d)     Berhati-hati dalam memelihara agama. Ini memandangkan banyak agama lain mula terpesong apabila ia ditokok tambah dengan perkara-perkara baru di dalamnya. Lantaran itu, Imam Malik membenci perkara-perkara bid‘ah walaupun pada perkara yang baik sebagaimana dinyatakan sebelum ini. Ia bertujuan untuk menyekat jalan-jalan yang boleh mengubah keaslian agama[23] 
e)     Perbuatan bid‘ah merupakan perosak agama sebagaimana yang disebut oleh Ibn Qayyim al-Jauziyyah: “Bahawa rosaknya agama itu sama ada dengan terjebak ke dalam ‘aqidah yang batil serta membahaskannya, ini ialah bid‘ah, atau terlibat dalam melakukan sesuatu amalan yang menyalahi kebenaran, ini adalah mengikut nafsu. Yang pertama adalah dari sudut syubuhat (perkara yang meragukan) dan kedua adalah dari segi syahawat (nafsu syahwat)”[24]. 
f)       Perbuatan bid‘ah merupakan antara sebab perpecahan, perbalahan dan perselisihan yang tercela di dalam umat ini. Ia sebagaimana yang diriwayatkan dalam banyak hadith-hadith berkenaan bid‘ah. 
g)     Kesungguhan Nabi SAW memberi amaran supaya umatnya menghindarkan diri daripada perkara bid‘ah. Antaranya dengan sentiasa mengingatkannya setiap kali Baginda SAW memulakan ucapan. 
Bid‘ah Menurut Golongan Sederhana (Mu‘tadilin) 
Hakikatnya, kesederhanaan dalam persoalan bid‘ah tidak terhad kepada zaman mutakhir sahaja sebagaimana sangkaan sebahagian orang. Namun ia juga masyhur di kalangan para ulama terdahulu yang terkenal. Bahkan pada semua zaman, hatta pada sebaik-baik zaman selepas kewafatan Rasulullah s.a.w. iaitu zaman Sahabah. Di sini dinyatakan sebahagian pandangan, dalil-dalil serta praktis-praktis terhadap aliran sederhana ini supaya kita mendapat gambaran yang lengkap tentang kedua-dua aliran. Seterusnya supaya perkara yang serius ini dapat ditangani dengan maklumat yang sempurna dan meyakinkan. Ia adalah seperti berikut:- 
a)     Ibnu Jaziyy al-Maliki berkata: “Suatu ketika dahulu, para ulama terdahulu mencela bid‘ah secara mutlak, manakala para ulama terkemudian pula mengatakan bid‘ah itu di atas
lima bahagian: wajib, sunat, haram, makruh dan harus”[25]. Ia mengisyaratkan dengan pandangannya itu kepada Imam al-Izz ibn ‘Abd al-Salam tentang pembahagian bid‘ah kepada
lima bahagian yang disebutkan. Al-‘Izz telah berkata: Jalan (kaedah) untuk mengenali bid‘ah: “Hendaklah dikemukakan perkara bid‘ah itu menurut pertimbangan Qawa’id al-Syariah, sekiranya ia termasuk ke dalam qawa’id al-ijab maka ia wajib, atau tahrim maka ia haram…dan seterusnya”[26].
 
b)     Imam al-Munawi berkata: “Dan adapun apa yang dipuji oleh akal dan tidak dimungkiri oleh Usul al-Syariah maka ia baik (diamalkan)”[27]. 
c)      Al-Khattabi pula berkata: “Apa yang terbina di atas Qawa’id al-Usul, ia bukan bid‘ah dan tidak juga sesat. Terdapat dalamLisan al-‘Arab pandangan Ibnu al-Athir iaitu: “Bid‘ah itu dua; bid‘ah huda (petunjuk) dan bid‘ah dhalalah (sesat)…maka apa yang berlaku di bawah keumuman apa yang diharuskan oleh Allah atau RasulNya dan ia tidak mempunyai misal sebelumnya maka ia terpuji. Dan ia berkata lagi: Dan antara jenis (bid‘ah huda) ini iaitu ucapan Umar r.a.: Senikmat-nikmat bid‘ah adalah ini (mengerjakan tarawih 20 raka’at secara berjamaah)”[28] 
d)     Al-Munawi berkata: “Yang sebenar (al-tahqiq), bid‘ah itu sekiranya ia terletak di bawah perkara yang ditolak oleh syara‘ maka ia tertolak, dan sekiranya termasuk di bawah perkara yang diterima baik oleh syara‘ maka ia sesuatu yang baik, sekiranya tidak (di bawah kedua-duanya) ia kekal harus”[29]. 
e)     Al-Nawawi berkata: “Perkara-perkara baru itu dua bentuk: Pertama; perkara baru yang menyalahi al-Qur’an dan al-Sunnah atau athar atau ijma’, maka ini merupakan kesesatan. Kedua; perkara baru yang baik, tiada khilaf di kalangan ulama dalam perkara ini, maka ini merupakan perkara baru yang tidak dicela”[30]. Ia juga dipegang oleh Imam al-Syafi’i. Â 
f)       Ibn Daqiq al-‘Ied berkata: “Apa yang kami sebut tentang tegahan, kadang-kadang ia membawa makna tegahan haram dan kadang-kadang membawa makna tegahan makruh. Yang demikian itu berbeza memandangkan ia bergantung kepada nas-nas syara‘ sendiri yang amat tegas dalam perkara-perkara bid‘ah. Tidakkah sekiranya kita melihat kepada perkara-perkara bid‘ah yang berkaitan urusan duniawi, ia tidak sama dengan bid‘ah dalam perkara berkaitan hukum-hakam far’iyyah dalam syariat. Yang pertama mungkin kita boleh katakan ia memang pada asalnya langsung tidak makruh. Jika kita meninjau pula bid‘ah dalam perkara-perkara cabang ia juga tidak sama dengan bid‘ah dalam perkara-perkara berkaitan usul ‘aqidah”[31] 
g)     Ibnu Hajar al-Haithami pula berpandangan tentang hadith: “Setiap yang bid‘ah itu sesat” Ia membawa maksud kepada perkara-perkara yang diharamkan, tidak selainnya. Juga telah dinukilkan pendapat ini daripada al-Izz bin ‘Abd al-Salam[32] 
h)     Berkata al-Nawawi: “Sekiranya seseorang itu berkata selepas keluar daripada tandas, ‘Semoga Allah sentiasa mengurniakan kepadamu kenikmatan secara kelembutan’, dan doa-doa selainnya, maka ia tidak mengapa”[33]. Dan berkata lagi Imam al-Nawawi: “Adapun yang selalu dibuat oleh orang iaitu bersalaman selepas solat Subuh dan solat Asar, ia tidak ada asalnya dalam hukum syara‘ dalam bentuk ini, namun ia tidak mengapa, kerana asal bersalaman itu adalah sunnah…kemudian beliau (al-Nawawi) mengambil dalil daripada pandangan al-Izz ibn ‘Abd al-Salam”[34]. 
i)       Ibn ‘Allan telah berkata dalam komentar (hamisy) kitab al-Azkar: “Makruh duduk untuk mengucapkan takziah di sisi ulama Syafi’iyyah kerana ianya perkara baru dan ia bid‘ah. Berkata Imam al-Nawawi: “Ini merupakan karahah tanzih (makruh sahaja tidak haram), sekiranya tidak ada bersamanya perkara baru lain yang haram, sekiranya ada maka ia berubah menjadi haram”[35]. 
j)       Kata Imam al-Nawawi: “Diriwayatkan begitu banyak daripada ulama Syafi’iyyah tentang pendapat bahawa talqin mayat itu adalah digalakkan (istihbab) selepas pengebumian dan ia tidak diingkari. Bahkan zahir perkataannya bahawa ianya (pendapat membolehkan ini) disokong, walaupun ia bid‘ah, dan ia juga dinukilkan daripada Ibnu al-Solah bahawa dia mengakuinya”[36]. 
k)     Imam al-Nawawi berkata lagi: “Berdoa di atas anggota-anggota wudhu’ itu tidak ada sebarang dalil daripada Nabi SAW, namun ia disebut oleh (sebahagian) fuqaha’ bahawa disunatkan (istihbab) padanya doa-doa yang datang daripada (sebahagian) Salaf”[37]. 
l)       Dan telah berkata al-Nawawi: “Telah berpandangan para sabahat kita (Imam-imam dalam Mazhab al-Syafi’i) bagi sesiapa yang masuk ke dalam masjid dan tidak berkesempatan untuk solat tahiyyatul masjid disebabkan oleh berhadas atau kesibukan, disunatkan (istihbab) baginya untuk membaca zikir ini sebanyak empat kali: Subhanallah Walhamdulillah Wa Lailahaillallah Wallahu Akbar. Ianya telah diperkatakan oleh sebahagian Salaf. Kata al-Nawawi: Amalan ini tidak mengapa dengannya”[38]. 
m)  Dan berkata al-Nawawi: “Telah berpandangan sebahagian sahabat kita, disunatkan (istihbab) bagi orang yang berwudhu’ untuk membaca pada awal wudhu’nya selepas basmalah: Asyhadu an Lailahaillallah wa asyhadu anna Muhammadan ‘Abduhu wa rasuluh. Kemudian berkata al-Nawawi: Ini tidak mengapa, melainkan ia tidak mempunyai asalnya dari sudut sunnah dan kita tidak mengetahui seorang pun berpandangan sedemikian”[39]. 
n)     Berkata Ibn Hazm: “Antara bid‘ah-bid‘ah, ada yang tidak diberi pahala kepada pelakunya, dan dimaafkan kerana niatnya yang mahukan kebaikan. Dan antaranya bid‘ah yang diberikan pahala, ianya adalah baik, iaitu sesuatu yang asalnya adalah harus. Dalam erti apa-apa perbuatan yang baik yang terdapat nas tentang kesunatannya secara umum, walaupun tidak terdapat amalannya di dalam nas (secara khusus). Dan antaranya yang mazmum (dikeji)”[40] 
o)     Berkata ‘Allal al-Fasi: “Dan tidak termasuk bid‘ah, fatwa-fatwa para ulama mujtahid, walaupun mereka mengeluarkan pandangan yang belum pernah didahului sebelumnya dengan syarat bersandarkan dalil-dalil syar‘i”[41]. 
p)     Berkata Ibn Taimiyyah: “Adapun adat, ia adalah sesuatu yang biasa dilakukan oleh orang di dunia dan mereka memerlukannya. Maka asal sesuatu adat itu adalah dimaafkan dan tidak haram”[42]. 
q)     Al-Qarrafi juga mengikut al-‘Izz ibn ‘Abd al-Salam tentang pandangan terhadap pembahagian bid‘ah[43]. Dan antara mereka yang juga berpandangan tentang pembahagian bid‘ah kepada bid‘ahhasanah (baik) dan bid‘ah qabihah (buruk) ialah al-Ghazali, Ibn al-Jauzi dan ramai lagi di kalangan para ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah. 
r)      Berkata Syaikh Abu al-Faraj ibn al-Jauzi: “Telah terbukti wujud perkara-perkara baru yang tidak bertentangan dengan syariat, mereka tidak memandang ia sebagai sesuatu yang perlu dikhuatiri jika dilakukan. Dan ia sebagaimana yang disebut oleh al-Hasan al-Basri tentang bid‘ah cerita-cerita di dalam masjid. Beliau berkata: ‘Betapa ramai orang yang mendapat manfaat, dan dakwah yang diterima. Ini kerana memberi peringatan itu adalah dituntut oleh syara‘, oleh itu selagimana seseorang (yang mereka-reka itu) berpegang kepada asas yang disyariatkan, ia tidak dicela”[44] 
Meninjau Pandangan al-Syatibi Tentang Bid‘ah 
Al-Syatibi telah menerima pembahagian bid‘ah kepada 2 bahagian: Â 
a)     Bid‘ah al-Idhafiyyah: Iaitu bid‘ah yang disyariatkan dari satu sudut, namun dari sudut yang lain tidak, seperti meletakkan mashaf-mashaf al-Qur’an di masjid untuk bacaan selepas solat Subuh dan pada hari Jumaat. Membaca al-Qur’an di masjid memang disyariatkan pada umumnya, namun mengkhususkan masjid sebagai tempat untuk membacanya adalah sesuatu perkara yang baru direka.b)     Bid‘ah al-Haqiqiyyah: Iaitu bid‘ah yang tidak mempunyai sebarang sandaran dalil syar’i[45]. 
Al-Syatibi juga mengatakan tidak menjadi tradisi para ulama memutlakkan lafaz  bid‘ah kepada perkara cabang yang diijtihadkan. Demikian itu, tidak disebut bid‘ah kepada perkara-perkara cabang yang terperinci dalam ilmu akhlaq, kerana semuanya kembali kepada usul yang disyariatkan, antaranya adalah ilmu tasawwuf[46] 
Kata al-Syatibi lagi: “Kadang-kadang sesuatu amalan itu mempunyai asas yang disyariatkan tetapi ia dimasukkan ke dalam perkara bid‘ah dengan tujuan untuk menyekat jalan-jalan kerosakan. Misalnya: Melazimi berkumpul untuk menunaikan solat sunat secara berjemaah dalam satu bentuk yang tertentu di dalam masjid (seperti solat hajat-penulis)”[47]. 
Al-Syatibi juga berpendapat antara lain bahawa ilmu Usul telah menetapkan bahawa hukum-hakam syar’i itu ada
lima. Dikeluarkan tiga daripadanya dan bakinya adalah hukum makruh dan haram. Oleh itu terdapat dua kemungkinan bahawa bid‘ah itu ada dua bahagian; makruh dan haram[48]. Namun pembahagian ini terdapat kemusykilan sekiranya mahu diselaraskan dengan hadith Rasulullah SAW yang mengatakan (setiap yang bid‘ah itu sesat). 
 
Untuk keluar daripada permasalahan ini maka digunapakai pembahagian makruh yang disebut oleh ulama Usul iaitu pembahagian makruh kepadatahrimiyyah dan tanzihiyyah. Lalu dikuatkan maksud bid‘ah makruh iaitu makruh tahrim supaya ia sesuai diletakkan di bawah makna sesat (sebagaimana dalam hadith). Al-Syatibi juga mengatakan, untuk menentukan bahawa maksud bid‘ah itu sebagai bid‘ah makruh yang membawa makna menafikan dosa adalah suatu penentuan yang tidak ditentukan dengan sebarang dalil syar’i[49]    
Seterus al-Syatibi juga menyebut bahawa bid‘ah yang haram terbahagi kepada dua pembahagian dosa. Dosa kecil dan dosa besar. Bid‘ah membabitkan dosa besar iaitu apa-apa yang mencacatkan mana-mana asas yang menjadi dharuriyat dalam agama (perkara yang wajib diketahui dalam agama). Apa yang selainnya termasuk dosa-dosa kecil, tetapi ia termasuk dalam perlakuan sama ada haram ataupun makruh[50]. 
Kemudian al-Syatibi juga membahagikan bid‘ah kepada apa yang termasuk ke dalam bid‘ah yang menyeluruh dalam syariat seperti bid‘ah membaik dan memburukkan dengan akal. Kedua, bid‘ah juz’iyyah iaitu bid‘ah pada bahagian tertentu seperti bid‘ah melakukan iqamah untuk solat dua hari raya, dan ia dianggap sebagai dosa kecil yang diharapkan keampunan[51]       
Dapat difahami daripada pembahagian ini, terdapat percanggahan untuk memasukkan bid‘ah juz’iyyah di bawah mafhum hadith yang mengatakan hukuman buat pelaku bid‘ah itu adalah neraka. Oleh itu boleh dikatakan bahawa apabila terkumpul dua sifat dalam bid‘ah itu iaitu juz’iyyah (sebahagian) dan ta’wil, maka ia dihukumkan sebagai bid‘ah dosa kecil, seperti orang yang bernazar puasa berdiri atau bernazar untuk mengharamkan buat dirinya sebarang kenikmatan dunia yang harus. Â 
Dengan itu para ulama telah menetapkan beberapa syarat untuk mengatakan sesuatu bid‘ah adalah dosa kecil selagimana ianya menepati syarat-syarat berikut:- 
a)     Tidak sentiasa dilazimib)     Tidak menyeru orang lain melakukannyac)      Tidak menzahirkannya di khalayak orang ramaid)     Tidak memandangnya sebagai sesuatu yang remeh 
Kesimpulan daripada apa yang dikemukakan oleh al-Syatibi, kita dapati bahawa al-Syatibi mengakui bahawa bid‘ah itu juga terbahagi kepada bahagian tertentu. Namun begitu beliau tetap tidak mengiktiraf pengertian bid‘ah kepada baik atau buruk memandangkan hadith Rasulullah SAW yang memutlakkan lafaz kesemua bid‘ah itu adalah sesat dan sesat itu tempatnya di dalam neraka. Oleh itu beliau mengambil pendekatantawarru‘‘ (berhati-hati) dan memilih bahawa kesemua bid‘ah adalah tercela dan tidak diterima di dalam agama.  Â 
Konsep Bid‘ah Berasaskan Metod Salafiyyah Manhajiyyah 
Dr. Rajih Abdul Hamid al-Kurdi, Ketua Jabatan ‘aqidah dan Dakwah, Universiti
Jordan, dalam bukunya berjudul “Aliran Salafi: Antara Tulen dan Masakini”, telah membicarakan apakah maksud Salafiyyah yang sebenar. Beliau telah membahagikan Salafiyyah kepada tiga golongan[52]
 
Pertama, golongan yang dinamakan Salafiyyah Zamaniyyah. Mereka ialah kalangan Sahabah, Tabi’in dan Tabi’ al-Tabi’in pada tiga kurun yang pertama. Dalil tentang keutamaan golongan ini sebagaimana yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam Sahih nya, daripada Ibnu Mas’ud, Rasulullah SAW telah bersabda: “Sebaik-baik kurun adalah kurunku, kemudian mereka yang menyusuli selepas mereka, kemudian mereka yang menyusuli selepas mereka…”. Walau bagaimana pun golongan ini telah pun berakhir dengan berakhirnya tiga kurun pertama sebagaimana yang disebut oleh Rasulullah SAW. Â 
Kedua, Salafiyyah Manhajiyyah, iaitu golongan yang mengikuti jejak langkah golongan Salaf yang berada dalam tiga kurun pertama secara manhaj. Penyandaran kalimah ‘manhaj’ kepada Salafiyyah jenis ini memandangkan mereka mengekalkan manhaj yang telah dirintis oleh golongan terdahulu dalam menjadikan al-Qur’an dan al-Sunnah sebagai sumber rujukan utama. Â 
Mereka berpegang kuat kepada disiplin Qawa’id Usuliyyah (kaedah-kaedah dalam ilmu usul al-fiqh) dalam memahami segala perintah dan larangan yang termaktub di dalam al-Kitab dan al-Sunnah. Mereka adalah golongan usuliyyun (ahli usul) dan manhajiyyun (ahli manhaj) dalam berpegang teguh kepada sumber-sumber hukum dan kaedah-kaedah memahaminya.  Â 
Ketiga, iaitu golongan Salafiyyah Madhmuniyyah atau Fikriyyah yang mengambil pendapat dan pendekatan golongan Salafiyyah Manhajiyyahyang terdahulu dan mempratikkannya dalam kehidupan mereka tanpa sebarang penilaian semula atau penyesuaian. Pemahaman Salafiyyahjenis ini agak sempit dan rigid berbanding Salafiyyah Manhajiyyah 
Bagi Salafiyyah Manhajiyyah, mereka telah mengekalkan manhaj yang digunakan oleh golongan Salaf terdahulu tetapi melalui pendekatan yang berbeza sesuai dengan situasi semasa, keadaan manusia dan perubahan zaman. Dengan pendekatan yang meraikan keadaan sekeliling maka Salafiyyah Manhajiyyah cenderung untuk menghasilkan suatu pemikiran atau fiqh baru sesuai dengan keadaan semasa tanpa mencabuli asas-asas manhaj golongan Salaf. Â 
Salafiyyah jenis yang ketiga inilah akhirnya menjadi metod utama dalam banyak gerakan-gerakan Islam yang wujud di dunia Islam pada hari ini. Salah satu gerakan Islam tersebut adalah Ikhwan al-Muslimin yang diasaskan oleh tokoh Islam tersohor al-Syahid Hasan al-Banna. 
Dalam al-Usul al-‘Isyrin (usul dua puluh) yang digariskan oleh al-Banna di bawah rukun bai‘ah Ikhwan al-Muslimin yang pertama iaitu kefahaman, beliau antara lain telah menyebut beberapa perkara penting seperti berikut:- 
a)       Pendapat seorang ketua dan naibnya yang tidak mempunyai sebarang nas, memiliki pelbagai bentuk dan berkaitan dengan al-masalih al-mursalah, boleh diamalkan selagimana tidak bercanggah dengan qa’idah Syar’iyyah. Ia boleh jadi berubah berdasarkan keadaan, budaya dan adat. Sedangkan asal pada ‘ibadah adalah untuk pengabdian tanpa melihat kepada makna manakala asal pada perkara kebiasaan yang lain adalah melihat kepada rahsia-rahsia, hikmah-hikmah dan maksud-maksudnya[53]. 
b)       Perbezaan pendapat fiqh dalam perkara cabang tidak boleh dijadikan alasan untuk berpecah belah dalam agama. Ia juga tidak sepatutnya membawa kepada permusuhan bahkan setiap mujtahid baginya satu pahala. Malah tiada tegahan untuk membuat kajian ilmiyah secara terperinci dalam masalah khilaf. Ia hendaklah atas dasar cinta kepada Allah SWT dan saling membantu untuk mencapai kepada hakikat sebenar tanpa terselit rasa sombong dan ta’assub[54] 
c)       Setiap bid‘ah dalam agama Allah yang tidak mempunyai sebarang asas tetapi dipandang baik oleh manusia dengan hawa nafsu mereka (sama ada dengan menambah atau mengurangkan sesuatu) adalah sesat. Wajib memeranginya dan menghapuskannya dengan cara terbaik yang tidak menyebabkan berlaku apa yang lebih buruk daripadanya[55]. 
d)       Adapun bid‘ah idhafiyyah, bid‘ah tarkiyyah dan beriltizam dengan ‘ibadah-’ibadah mutlaq, ia adalah perselisihan pendapat fiqh. Setiap orang mempunyai dalil masing-masing dan tidak mengapa untuk mencari hakikat sebenar berasaskan dalil dan bukti[56]. 
Pandangan al-Banna pada perkara (d) jelas menunjukkan bahawa beliau seorang yang amat sederhana dalam menangani persoalan bid‘ah. Bagi beliau ketiga-tiga jenis bid‘ah iaitu bid‘ah idhafiyyah, bid‘ahtarkiyyah[57] dan beriltizam dengan ‘ibadah-’ibadah mutlaq adalah termasuk dalam masalah-masalah ijtihadiyyah. Ia boleh berkisar soal yang mana yang rajih atau marjuh. Oleh itu saudara sesama Islam perlu berhemah dan berpada-pada dalam membincangkan perkara tersebut untuk mengelakkan sebarang mudarat yang lebih besar seperti perbalahan dan perpecahan. Â 
Pandangan al-Qaradawi Tentang Bid‘ah 
Dr. Yusof al-Qaradawi juga adalah salah seorang yang mempratikkan kesederhanaan dalam memahami konsep bid‘ah. Beliau dilihat berpegang kepada manhaj golongan Salafiyyah Manhajiyyah dalam kegiatan dakwahnya. Dalam bukunya ‘Fiqh Keutamaan’ beliau telah menggariskan bahawa bid‘ah itu mempunyai tingkatan tertentu dan tidak boleh disamaratakan kesemua sekali. Â 
Beliau berkata: “Bahawa bid‘ah itu bukanlah semua sekali berada dalam satu tingkatan, di
sana terdapat bid‘ah mughallazah (sangat berat), bid‘ahmukhaffafah (ringan), bid‘ah muttafaq ‘alaiha (disepakati ulama) dan bid‘ah mukhtalaf fiha (diperselisih ulama)”[58]. Bid‘ah- bid‘ah tersebut diringkaskan seperti berikut:-
 
a)     Bid‘ah mughallazah (sangat berat): Iaitu bid‘ah yang membawa kepada kekufuran seperti kumpulan-kumpulan yang menyanggahi usul al-’aqidah termasuk antaranya kumpulan Nusairiyah, Duruz dan Isma‘iliyyah Batiniyyah. 
b)     Bid‘ah ghalizah (berat): Iaitu bid‘ah yang agak berat tetapi tidak mengeluarkan pelakunya daripada Islam. Ia sekadar menyebabkan pelakunya menjadi fasiq dan berdosa. Kefasiqan itu pula berlaku pada ‘aqidah bukan pada amalan. Boleh jadi ia banyak melakukan solat tetapi ‘aqidahnya disaluti dosa, ia termasuk kumpulan Khawarij dan Mu‘tazilah. 
c)      Bid‘ah ringan: Iaitu bid‘ah yang berlaku disebabkan kesilapan dalam berijtihad, atau kekeliruan dalam mengambil hukum daripada nas. Ia dikira termasuk dosa-dosa kecil dalam bab ma‘siat. 
d)     Bid‘ah yang diperselisihi ulama: Iaitu bid‘ah yang diakui oleh satu puak dan dimungkiri oleh puak yang lain. Contohnya seperti hukum tawassul dengan Nabi SAW. Ia sebenarnya bukan termasuk perkara ‘aqidah sebaliknya hanya merupakan soal cabang fiqh. Begitu juga tentang masalah melazimi sesuatu ‘ibadah tertentu. Berlaku khilaf di kalangan umat, ini menunjukkan ia hanyalah perbezaan pendapat dalam masalah cabang hukum syara‘ yang dibenarkan. Â 
Pendekatan Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia (JAKIM) Dalam Persoalan Bid‘ah
 
Dalam menangani isu-isu bid‘ah JAKIM telah mengambil pendekatan dengan mengkaji secara teliti dan mendalam setiap perkara yang dikatakan bid‘ah tersebut. JAKIM juga membezakan antara bid‘ah pada perkara usul atau asas ‘aqidah dan ‘ibadah serta bid‘ah yang berlaku kepada cabang ‘ibadah dan adat atau kebudayaan. 
Sebagai contoh dalam menangani perkara bid‘ah pada usul ‘aqidah, JAKIM telah mengambil pendekatan menolak sebarang konsep tasawuf teosofi yang menyeleweng yang ditambah di dalam ‘aqidah Ahli Sunnah Wal Jama‘ah. Justeru itu JAKIM menolak konsep Wahdat al-Wujud, Martabat Tujuh dan Nur Muhammad, dengan tujuan untuk menyekat jalan-jalan yang boleh merosakkan ‘aqidah umat Islam secara umum[59]. 
Adapun dalam perkara cabang ‘ibadat seperti membaca talqin ke atas mayat, tahlil arwah, upah membaca al-Qur’an[60], wirid berjamaah selepas solat dan sebagainya, itu semua dianggap sebagai tidak termasuk perkara bid‘ah bahkan diharuskan untuk melakukannya. Manakala perkara-perkara adat seperti bersalaman selepas solat
lima waktu, mengadakan upacara sambutan Maulid Rasul dan sebagainya ia juga tidak termasuk perkara bid‘ah selagimana kandungan majlis tersebut tidak menyalahi mana-mana hukum syara‘.  
 
Kesimpulan 
Berdasarkan perbincangan di atas, boleh disimpulkan bahawa untuk mentakrifkan setiap perkara bid‘ah itu sebagai sesat adalah merupakan sesuatu yang amat sukar. Ia menjadi sedemikian kerana definisi bid‘ah itu sendiri sering dirujuk kepada dua manhaj atau pendekatan utama. Pertama, iaitu golongan ulama yang mentakrifkan bid‘ah dari sudut bahasa yang am. Kedua, golongan ulama yang melihat bid‘ah dari sudut istilah yang lebih khusus. Â 
Bagi golongan yang menggunakan manhaj bahasa, mereka berpandangan bid‘ah iaitu setiap perkara yang direka-reka yang tidak mempunyai misal sebelumnya. Dalam erti kata lain ia adalah perkara baru selepas zaman Nabi SAW dan kurun-kurun yang diakui kebaikannya. Takrifan ini secara amnya, memasukkan apa-apa sahaja yang baik mahupun tidak baik atau pun berbentuk ‘ibadah mahupun bukan ‘ibadah. Â 
Punca kesemua unsur-unsur tersebut dimasukkan adalah kerana terdapat lafaz bid‘ah yang terkadang menunjukkan makna celaan dan terkadang menunjukkan makna pujian. Oleh yang demikian maka bid‘ah membawa dua pengertian sekaligus, sama ada yang tercela atau pun yang terpuji. Imam al-Syafi’i berkata: “Perkara-kara baru itu terbahagi kepada dua. Pertama, perkara baru yang menyalahi al-Qur’an, al-Sunnah, athar atau ijma‘ ulama, maka ini adalah bid‘ah yang sesat. Kedua, perkara baru yang baik, maka ia perkara baru yang tidak dicela”. 
Melalui manhaj pertama ini yang meliputi makna perkara baru yang tercela dan terpuji, maka Izz al-Din ibn ‘Abd al-Salam telah membahagikan bid‘ah kepada
lima hukum syara‘. Wajib, seperti menyusun disiplin ilmu bahasa Arab. Sunat, seperti mendirikan sekolah-sekolah. Haram, seperti melagukan al-Qur’an sehingga mengubah lafaz-lafaz bahasa Arab. Makruh, seperti keterlaluan menghiasi masjid. Harus, seperti menyediakan makanan yang pelbagai jenis untuk hidangan.  
 
Adapun golongan yang berpegang kepada manhaj kedua mentakrifkan bid‘ah sebagai satu jalan yang direka-reka atas dasar ia adalah sebahagian daripada agama sedangkan ia langsung tiada kaitan dengan agama. Atau sebagaimana yang dijelaskan oleh al-Syatibi: “Bid‘ah iaitu jalan yang direka di dalam agama, yang menyerupai syariah, tujuan mengamalkannya sebagaimana tujuan mengamalkan apa yang mengikut jalan syara‘”. Â 
Termasuk dalam pengertian ini ialah segala jenis perbuatan sama ada ‘ibadah atau bukan ‘ibadah. Sebahagian ulama hanya menghadkan kepada jenis ‘ibadah sahaja. Berdasarkan takrifan ini maka kesemua bid‘ah adalah tercela dalam apa jua keadaan dan ia tidak terikat dengan pembahagian
lima hukum syara‘. 
 
Dengan pengertian al-Syatibi ini juga, ia menepati hadith Rasulullah SAW yang menyebut: “Setiap bid‘ah itu sesat”. Ia juga menepati kata-kata Imam Malik: “Sesiapa yang mereka-reka sesuatu bid‘ah dalam Islam yang dilihat baik oleh dirinya, maka (seolah-olah) dia mendakwa Muhammad SAW telah mengkhianati (amanah dalam menyampaikan) risalahnya”. Golongan ini juga menganggap hadith Umar tentang bid‘ah solat tarawih tidak lain hanya membawa makna dari sudut bahasa sahaja.  Â 
Sekiranya diteliti apa yang menjadi permasalahan adalah kesukaran para ulama dalam membezakan antara apa yang dikatakan dengan urusan agama dan urusan dunia. Ini mungkin disebabkan oleh kesyumulan hukum-hakam Islam yang meliputi segenap urusan manusia. Berpunca dari sini ada sebahagian ulama yang menganggap bid‘ah hanya berlaku kepada perkara ‘ibadah sahaja sedangkan sebahagian yang lain menganggap ia berlaku kepada segenap bidang kehidupan manusia sama ada ‘ibadah mahupun bukan ‘ibadah. 
Oleh itu, jalan yang terbaik adalah berada di tengah-tengah antara golongan yang bertegas dan golongan yang langsung mengambil ringan terhadap perkara bid‘ah. Dalam perkara ‘aqidah dan ‘ibadat, yang terbaik adalah apa yang telah digariskan oleh syara‘ tanpa sebarang penambahan dan pengurangan. Ini kerana soal ‘aqidah dan ‘ibadat adalah perkara yang tidak diketahui â€˜illah (tujuan dan sebab) pekerjaan tersebut melainkan ia dilakukan sebagai kepatuhan dan perhambaan kita kepada Allah SWT. Â 
Manakala perkara-perkara selain ‘aqidah dan ‘ibadat, iaitu perkara-perkara harus yang didiamkan oleh syara‘ serta tidak disebut sama ada dituntut atau ditegah, maka ia terbuka luas untuk sebarang penambahan selagimana tidak bercanggah dengan mana-mana hukum syara‘. Â 
Persoalan yang berbaki, perkara-perkara yang dilihat bercampur aduk antara adat dan ‘ibadat hingga mengelirukan sesetengah orang. Oleh itu, perkara ini perlu dirujuk kepada kaedah-kaedah yang telah ditetapkan oleh para ulama yang mahir sebagaimana yang telah disebut dan dibentangkan oleh penulis dalam kertas ini. Apa yang penting setiap orang berhak untuk memilih menjadi tegas (mutasyaddid) atau sederhana (mu‘tadil) dalam soal bid‘ah, tetapi yang penting jangan sampai salah menyalahi antara satu sama lain. 
BIBLIOGRAFI 
al-Azkar, al-Nawawi.al-Faqih wa al-Mutafaqqih, Ibn al-Khatib al-Baghdadial-Fatawa al-Hadithiyyah, Ibnu Hajar al-Haithami, Dar al-Ma‘rifat, Beyrut.al-I‘tisam,Abu Ishaq al-Syatibi, Dar al-Ma‘rifat, Beyrut.al-Ihkam fi Usul al-Ahkam, Abu Muhammad ‘Ali ibn Hazm al-Andalusi.al-Ittijah al-Salafi Baina al-Asalah Wa al-Mu’asarah, Rajih ‘Abd al-Hamid al-Kurdi, Dar ‘Ammar, 1989. al-Muwafaqat, Abu Ishaq al-Syatibi.al-Targhib wa al-Tarhib, al-Hafiz al-Munzari, cet. 2, 1373H.Faydh al-Qadir, â€˜Abd al-Ra’uf al-MunawiFi al-Fiqh al-Awwaliyyat, Yusof al-Qaradawi, Maktabat Wahbah, 1995.I‘lam al-Muwaqqi‘in, Ibn Qayyim al-Jauziyyah, 1968.Ihkam al-Ahkam Syarh ‘Umdat al-Ahkam, Ibn Daqiq al-‘Ied, cet. 1, 1976. Majmu‘at al-Rasa’il al-Kubra, Ibn Taimiyyah, Beyrut. Majmu‘at al-Rasa’il, al-Syahid Hasan al-Banna.Maqasid al-Syari‘ah al-Islamiyyah â€˜Allal al-Fasi, al-Dar al-Baydha’.Penjelasan Hukum, Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia, cet.1, 1998.
Qawa‘id al-Ahkam al-Syar‘iyyah, ,Ibnu Jaziyy al-Maliki. Qawa‘id al-Ahkam fi Masalih al-Anam, al-Izz ibn ‘Abd al-Salam, 1968.Tahqiq  Ma‘na al-Sunnah wa Bayan al-Hajat Ilayh,Sulayman al-Nadawi, al-Qahirah, 1377H.  Talbis Iblis, Ibn al-Jawzi.

[1] Surah al-Ahqaf: 9
[2] Ihkam al-Ahkam, jld. 1, hal. 159
[3] Faydh al-Qadir, jld. 1, hal. 73-74
[4] al-Targhib wa al-Tarhib, jld. 1, hal. 78
[5] Tahqiq  Ma‘na al-Sunnah, hal. 22
[6] Ibid, hal. 24
[7] Maqasid al-Syari‘ah al-Islamiyyah, hal. 182
[8] al-I‘tisam, hal. 27
[9] al-Muwafaqat, jld. 2, hal. 306
[10] Majmu‘at al-Rasa’il al-Kubra, hal. 247
[11] al-Muwafaqat, jld. 1, hal. 22
[12] al-Ihkam, jld. 1, hal. 159
[13] Ibid., jld. 1, hal 160
[14] al-Faqih wa al-Mutafaqqih, jld. 1, hal. 147
[15] I‘lam al-Muwaqqi‘in, jld. 3, hal. 145
[16] al-Muwafaqat, jld. 2, hal. 306
[17] Ibid., jld. 1, hal. 305
[18] al-I‘tisam, jld. 2, hal. 44
[19] Ibid., jld. 2, hal. 27, 32
[20] Majalah Rabitah al-‘Alam al-Islami, Bil. 7, Tahun 7/1389H, hal. 11
[21] al-‘Itisam, jld. 2, hal. 62
[22] Berkata Imam Malik: “Sesiapa yang mengada-adakan sesuatu yang baru dalam ummah ini yang tidak pernah dibuat oleh golongan Salaf sebelumnya, maka ia telah menganggap bahawa Nabi SAW telah  mengkhianati agamanya”. (al-I‘tisam, jld. 2, hal. 53)
[23] Berkata al-Syatibi: “Setiap perbuatan yang asalnya sabit dari sudut syara‘ melainkan pada menzahirkan amalannya dan sentiasa melaziminya sehingga ditakuti ia dianggap sebagai Sunnah, maka ia dituntut supaya meninggalkannya secara keseluruhan bertujuan untuk menyekat jalan-jalan bid‘ah”. (al-I‘tisam, jld. 2, hal. 32)
[24] I‘lam al-Muwaqqi‘in, jld. 1, hal. 136
[25] Qawa‘id al-Ahkam al-Syar‘iyyah, hal. 19
[26] Qawa‘id al-Ahkam, jld. 2, hal. 205
[27] Faydh al-Qadir, jld. 1, hal. 84
[28] Lihat Lisan al-‘Arab madah bid‘ah / lihat juga Faydh al-Qadir, jld. 1, hal. 84 nukilannya tentang pendapat Ibnu al-Atsir daripada al-Nihayah
[29] Ibid., hal. 83
[30] Ibid., hal. 83
[31] al-Ihkam, jld. 1, hal. 159
[32] al-Fatawa al-Hadithiyyah, hal. 150, 151
 
[33] al-Azkar, hal. 237
[34] al-Azkar, hal. 237
[35] Ibid., hal. 136
[36] Ibid., hal. 148
[37] Ibid., hal. 30
[38] Ibid., hal. 34
[39] Ibid., hal. 29
[40] al-Ihkam, jld.1, hal. 43
[41] Maqasid al-Syari‘ah, hal. 184
[42] Daripada artikel Ustaz Abdul Salam al-Basyuni dalam Majalah Mannar al-Islam bil.11/10/1405H.
[43] al-I‘tisam, jld. 1, hal. 190
[44] Talbis Iblis, hal. 27-28
[45] al-I‘tisam, jld. 1, hal. 172
[46] al-I‘tisam, jld. 1, hal. 208
[47] Ibid., jld. 1, hal. 344
[48] Ibid., jld. 2, hal. 36
[49] Ibid., jld. 2, hal. 50-51
[50] Ibid., jld. 2, hal. 57-59
[51] Ibid., jld. 2, hal. 59
[52] al-Ittijah al-Salafi Baina al-Asalah Wa al-Mu’asarah, hal. 12-17
[53] Majmu‘at al-Rasa’il, hal. 12
[54] Ibid., hal. 13
[55] Ibid., hal. 14
[56] Ibid.
[57] Iaitu seperti seseorang yang meninggalkan sesuatu yang dihalalkan oleh syara‘ atas dasar memelihara agama. Contohnya, seseorang tidak berkahwin hanya kerana mahu menekuni ‘ibadahnya kepada Allah SWT.
[58] Fi al-Fiqh al-Awwaliyyat, hal. 196-197.
[59] Berlandaskan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dan keputusan Panel Kajian ‘Aqidah JAKIM.
[60] Lihat buku : Penjelasan Hukum, JAKIM, 1998.