Pages

Monday, May 11, 2015

Jutawan sorok harta karun


Forrest Fenn
Forrest Fenn
NEW YORK 10 Mei – Seorang pe­ngumpul hasil seni, Forrest Fenn mencetuskan pencarian harta karun besar-besaran selepas mendedahkan dia menyem­bunyikan satu peti mengandungi emas dan barangan kemas bernilai berjuta-juta dolar di kawasan Pergunungan Rocky, lima tahun lalu.
Portal Oddity Central melapor­kan, setakat ini, puluhan ribu orang telah menyertai pencarian untuk menjejaki peti tersebut.
Fenn yang meminati aktiviti pengembaraan mendedahkan, dia menyembunyikan petunjuk lokasi peti tersebut dalam bukunya bertajuk The Thrill of the Chase.
Hartawan itu menyatakan, dia mendapat idea untuk menyembunyikan hartanya tersebut selepas dikesan menghidap kanser buah pinggang pada 1988.
“Apabila dimaklumkan saya mempunyai peluang tipis untuk pulih, saya terfikir cara untuk berkongsi kemewahan yang saya miliki.
“Ketika dirawat untuk penyakit ini, saya membeli sebuah peti diperbuat daripada gangsa dan mengisinya dengan pelbagai koleksi sejarah dan antik yang telah saya kumpul,’’ katanya yang kini pulih daripada penyakit itu.
Beliau berkata, beberapa orang termasuk pemberita akhbar New York Times, Douglas Preston menjadi saksi kandungan harta karun tersebut sebelum dia menyembunyikan peti berkenaan.
“Antara barangan dalam peti itu adalah 256 syiling emas, kepingan emas sebesar telur ayam, patung kecil diperbuat daripada batu jed China, artikel haiwan pra-Cloumbia, batu-batu delima, zamrud, biru nilam, dan berlian,’’ katanya.
Fenn hanya mengesahkan peti itu mungkin berada di Colorado, Montana, New Mexico, atau Wyoming tetapi orang ramai perlu mengikut petunjuk yang diberikannya untuk mencarinya.
Beliau berkata, dia tidak kisah jika peti itu tidak ditemui dalam tempoh seribu tahun.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/jutawan-sorok-harta-karun-1.90441#sthash.b44h2vSj.dpuf

Hartawan murah hati


Bawa 6,400 pekerja melancong ke Paris

PARIS 10 Mei - Seorang hartawan budiman dari China, mencipta rekod dunia apabila membawa 6,400 kakitangannya bercuti serentak selama empat hari ke Perancis untuk menyambut ulang tahun ke-20 syarikatnya.
Li Jinyuan (kanan) sempat bergambar bersama pekerja-pekerjanya ketika berada di Paris. Agensi
Menurut laporan Daily Mail, Pengerusi Kumpulan Tiens, Li Jinyuan, 57, yang turut tersenarai antara individu terkaya oleh majalah Forbes, memberi kejutan manis dengan menempah 4,760 buah bilik hotel bertaraf empat dan lima bintang di Cannes dan Monaco.
Syarikat konglomerat antarabangsa milik Jinyuan terlibat dalam perniagaan bioteknologi, pengurusan kesihatan, e-dagang, perhotelan, dan pelancongan.
Ketika berada di pusat peranginan terkenal Cote D’Azur, kumpulan besar pelancong dari China itu turut mencipta rekod baharu Guinness World Record kerana menggunakan khidmat 147 buah bas untuk mengambil mereka dari hotel ke Promenade des Anglias di Nice.
Hasil pelancongan mewah kumpulan itu sahaja, Perancis mendapat keuntungan sebanyak 33 juta euro (RM132.91 juta) dan Nice mendapat lebih 20 juta euro (RM80.55 juta).
Pada tahun 2013, sebahagian besar pengunjung ke Perancis adalah dari negara-negara Eropah yang lain, tetapi kira-kira 3.1 juta datang dari Amerika Syarikat dan 1.7 juta dari China.
Hampir 85 juta pelancong membantu menaikkan industri pelancongan dengan anggaran 150 billion euro (RM604.13 bilion) setahun atau tujuh peratus yang turut membantu Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara ini.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/hartawan-murah-hati-1.90448#sthash.hfzAMbiF.dpuf