Pages

Saturday, June 2, 2012

2 beradik sertai konvoi maut

2 beradik sertai konvoi maut - Semasa - Sinar Harian:

2 beradik sertai konvoi maut
Mohammad Noornazmin
2 beradik sertai konvoi maut
Mohammad Noornazafiq
2 beradik sertai konvoi maut
Motosikal milik Mohammad Norrnazmin tersadai di pembahagi lebuh raya.
IPOH – Keghairahan dua beradik menyertai konvoi buat kali pertama bersama 15 penunggang motosikal berkuasa tinggi berakhir dengan tragedi apabila motosikal yang ditunggangi mereka merempuh sebuah lori di Kilometer 271.3, Lebuh Raya Utara-Selatan di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 11 pagi, mangsa, Mohammad Noornazmin Mohd Norzri, 22, dan adiknya, Mohammad Noornazafiq, 18, berasal dari Lubok Cina, Melaka, menyertai konvoi dianjurkan oleh sebuah kelab bermula dari Kuala Lumpur menuju ke Pulau Pinang.

Mohammad Noornazmin yang juga Kadet Angkatan Tentera Malaysia (ATM) maut di tempat kejadian akibta kecederaan serius dengan sebahagian isi perutnya terburai sementara adiknya meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), tiga jam selepas kemalangan.

Ibu mangsa, Norhiah Abdul Rashid, 53, yang tiba di Unit Forensik pada jam 4 petang, tidak dapat menerima kematian dua anaknya serentak.

Menurutnya, dia sempat menghubungi Mohammad Noornazmin sebelum ke pasar pagi tadi dan memberitahu mereka tiba di Putrajaya dalam keadaan selamat.

“Pagi tadi Nazmin sempat berjemaah bersama kami dan saya meminta mereka untuk membatalkan hasrat menyertai konvoi ini kerana sudah merasa tidak sedap hati.

“Mereka nampak bersungguh-sungguh, jadi saya melepaskannya dan sempat menasihatkan supaya tidak menunggang laju. Tidak sangka, itulah pelukan terakhir kami,” katanya.

Norhiah berkata, kedua-dua beradik sangat rapat dalam melakukan apa sahaja aktiviti.

“Noornazafiq pula baru mendapat keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bakal mendaftar sebagai pelajar di Kolej Universiti Antarabangsa Kejururawatan dan Sains Kesihatan Kesihatan KPJ,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Azisman Alias berkata, pihaknya masih menyiasat punca kemalangan itu.

“Motosikal yang dinaiki dua beradik itu berada di lorong kanan sebelum terbabit dalam kemalangan. Mayat mangsa dihantar ke HRPB untuk bedah siasat dan siasatan masih diteruskan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Jenazah kedua-dua beradik itu akan dikebumikan ke Kampung Ramuan Cina Kechil, Lubok Cina, Melaka.

'via Blog this'

Fadhilat Hauqalah "La Hawla Wala Quwwata Illa Billah"


Ahmad Sanusi Husain.Com: Fadhilat Hauqalah "La Hawla Wala Quwwata Illa Billah"
Fadhilat Hauqalah "La Hawla Wala Quwwata Illa Billah"


Rasulullah SAW bersabda : “Siapa yang mengucapkan La Haula Wala Quwwata illa billahi, maka ia akan menjadi ubat kepada 99 penyakit. Yang paling ringan adalah kebimbangan”. (Hadis Riwayat Tabrani)

Hadis ini adalah riwayat at-Tabarani dalam al-Awsath dan al-Hakim yang berbunyi: “Man Qala La Haula wala Quwwata Illa Billahi Kana dawa’an min tis’atin wa tis’iina da’in, aisaruha al-Hammu” dan maksudnya adalah seperti di atas.

Intipati hadis tersebut adalah umat Islam digalakkan untuk tabah dan berusaha merawat penyakit asalkan mengikut peraturan agama. Penyakit yang dimaksudkan itu ada terkandung dalam beberapa ayat al-Quran dan hadis Rasulullah SAW.
Daripada Anas, bahawa Rasulullah SAW berdoa dengan doa: “Allahumma innii ‘auuzhu bika minal barashi wal junuuni wal-juzaami wa sayyi’il asqaam (yang bermaksud: “Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari penyakit sopak, gila, penyakit kusta dan penyakit-penyakit yang berat).” (Hadis Riwayat Abu Daud)

Begitu juga hadis riwayat Abu Daud menyebut bahawa Rasulullah SAW berdoa: “Allahuamma Inni a’uuzu bika minal hammi wal hazan, wa ‘auuzhubika minal ‘ajzhi wal kasal, wa’auuzhu bika minal Jubni wal-Bukhl, wa’uuzhubika min ghalabatid daini wa qahrir rijaal (yang bermaksud: “Ya Allah, saya berlindung kepada-Mu daripada penyakit gelisah dan dukacita, aku berlindung kepada-Mu daripada penyakit lemah dan malas, aku berlindung kepada-Mu daripada pengecut dan bakhil dan aku berlindung kepada-Mu daripada timbunan hutang dan penindasan orang.”
Apa yang penting pada hadis berkenaan ialah untuk menyatakan kelebihan dan manfaat besar kepada orang yang banyak menyebut ‘La Haula Wala Quwwata Illa Billah’. Maksudnya tiada daya dan kekuatan (untuk menolak sesuatu kemudaratan dan mendatangkan suatu yang manfaat) selain Allah SWT.

Ucapan itu dinamakan Hauqalah. Apabila kita ditimpa sesuatu yang kita tidak sukai, banyakkan menyebut hauqalah.  Imam a-Nawawi berkata: “La haula wa la quwwata illa billah”, itulah kalimah yang digunakan untuk menyerah diri dan menyatakan bahawa kita tidak mempunyai hak untuk memiliki sesuatu urusan. Ia kalimah yang menyatakan bahawa seseorang hamba tiada mempunyai daya upaya untuk menolak sesuatu kejahatan (kemudaratan) dan tiada mempunyai daya kekuatan untuk mendatangkan kebaikan kepada dirinya melainkan dengan kudrat iradat Allah SWT juga.

Dalam sebuah hadis menyebut daripada Abu Zar, beliau berkata: “Aku berjalan di belakang Rasulullah SAW, lalu Baginda berkata kepadaku: “Wahai Abu Zar, mahukah aku tunjukkan kepada kamu satu perbendaharaan daripada beberapa perbendaharaan syurga? Aku berkata: Mahu ya Rasulullah. Baginda bersabda: “La Haula wala Quwwata illa billah.”

Begitu juga hadis daripada Abu Musa, beliau berkata: “Rasulullah SAW bersabda kepadaku: “Mahukah aku tunjukkan salah satu perbendaharaan dari perbendaharaan syurga? Saya menjawab: “Mahu ya Rasulullah. Kemudian Baginda bersabda: La haula wala quwwata illa billah.”

Daripada Ibnu Mas’ud beliau berkata: “Rasulullah SAW bersabda: Wahai Muaz, adakah kamu tahu tafsir (maksud) La haula wala quwwata illa billah? Muaz menjawab: Allah dan rasul-Nya lebih mengetahui. Rasulullah SAW bersabda: La haula (tiada daya) dari menghindari maksiat kepada Allah melainkan dengan kekuatan Allah, wala quwwata (tiada kekuatan) atas mentaati Allah melainkan dengan pertolongan Allah SWT. Kemudian Rasulullah SAW menepuk bahu Muaz dan Baginda bersabda: “Demikianlah yang diberitahu oleh kekasihku Jibril daripada Tuhan.”

Sebenarnya apabila kita banyak menyebut Allah SWT atau berzikir mengingati-Nya sebanyak-banyaknya, ia mampu menjadi penyembuh, tetapi sekiranya kita banyak ingat kepada manusia ia boleh menjadi penyakit.


Read more: http://www.ahmad-sanusi-husain.com/2011/06/fadhilat-hauqalah-la-hawla-wala-quwwata.html#ixzz1we0WE9Si

Subhanallah! Bayi Lahir Bersama Al-Quran

Subhanallah! Bayi Lahir Bersama Al-Quran — Harian Metro Online:

LAGOS, Nigeria – Seorang bayi telah dilahirkan bersama al-Quran dari rahim ibunya. Kejadian itu telah memeranjatkan ibunya dan mendapat perhatian dari kalangan ulama. Akhirnya ibunya memeluk agama Islam.
Sebelum ini banyak kita mendengar kisah bayi yang dilahirkan mempunyai tanda-tanda keagungan Allah SWT antaranya tulisan kalimah tauhid di bahagian betis bayi. Kini satu kejadian menakjubkan telah berlaku di mana seorang bayi telah dilahirkan bersama sebuah al-quran kecil. Bayi ini diberi nama Abdul Wahab Iyanda Aderemi Irawo oleh sorang ulama yang dikenali sebagai Ustaz Abdul Rahman. Bayi ini telah selamat dilahirkan pada 7 mei 2012.

Para ulama di sana telah menasihati ibu bayi tersebut bahawa bayinya bukanlah seorang nabi walaupun ia lahir dari rahimnya sambil memegang Quran. Akan tetapi ia merupakan suatu kehendak Allah SWT yang mana bayi itu dilahirkan dalam keadaan yang sungguh menakjubkan.
Selain ulama Ustaz Abdul Rahman yang hadir, terdapat juga ulama lain antaranya Sheikh Abdulraman Sulaiman Adangba,Ketua dari Komuniti Nasrulifathi,Ustad Alhaji Abdullahi Akinbode,dan Dr Ramoni Tijani dari Komuniti Islam Alifathiquareeb.
Kuasa Allah SWT dan hidayah dariNya, ibu bayi ini telah memeluk agama Islam pada 13 Mei 2012. Kini ibunya baru sahaja berusia 32 tahun dan telah menukar namanya dari Kikelomo Ilori kepada Sherifat.

'via Blog this'

Jutawan, Pengasas Bank Al-Rajhi Yang Memilih Untuk ‘Miskin’

Jutawan, Pengasas Bank Al-Rajhi Yang Memilih Untuk ‘Miskin’ — Harian Metro Online:

Jutawan Arab Saudi yang berjaya mengubah hidup beliau daripada seorang rakyat miskin hingga berjaya mengumpul kekayaan, Sulaiman Al-Rajhi, merupakan seorang dermawan yang terkenal di dunia.
Beliau adalah pengasas Bank Al-Rajhi, bank Islam terbesar di dunia, dan salah satu daripada syarikat terbesar di Arab Saudi.
Sehingga 2011, kekayaan beliau telah dianggarkan oleh majalah Forbes, bernilai sebanyak AS$ 7.7 bilion sekali gus disenaraikan sebagai orang ke-120 yang terkaya di dunia.
Yayasan Saar milik beliau adalah sebuah organisasi amal yang terkenal di negara tersebut.
Keluarga Al-Rajhi dianggap sebagai salah satu daripada keluarga kaya yang BUKAN daripada keluarga diraja, dan mereka adalah antara dermawan terkemuka di dunia.
Walaupun Al-Rajhi adalah seorang jutawan, tetapi beliau memilih untuk menjadi ‘miskin’ sehinggakan beliau tidak mempunyai sebarang wang dan juga saham yang dimiliki beliau sebelum ini.
Keadaan tersebut terjadi apabila beliau memindahkan kesemua aset yang dimiliki kepada anak-anak beliau dan mendermakan aset-aset yang selebihnya.
Bagi menghargai jasa beliau terhadap dunia Islam, termasuk mengasaskan bank Islam terbesar dunia dan juga segala usaha yang dijalankan untuk membasmi kemiskinan, Al-Rajhi telah dipilih untuk menerima Anugerah Antarabangsa Raja Faisal atas jasa beliau kepada Islam.
Dalam satu wawancara yang dibuat oleh Muhammad Al-Harbi dari Al-Eqtisadiah Business Daily, Al-Rajhi menceritakan tentang bagaimana beliau mampu meyakinkan ketua-ketua bank di dunia, termasuk Bank of England, hampir 30 tahun lalu, bahawa bayaran ‘faedah’ adalah sesuatu yang haram bagi kedua-dua agama iaitu Islam dan Kristian, dan bank secara Islam adalah penyelesaian yang terbaik bagi menaikkan taraf ekonomi dunia.
Kisah Al-Rajhi berkisarkan tentang bagaimana seseorang itu meraih kekayaan dari bawah.
Beliau terpaksa melalui kesusahan ketika beliau kecil sebelum menjadi kaya, dan kemudiannya meninggalkan segala harta yang ada setelah mengecapi kejayaan.
Al-Rajhi masih lagi aktif dalam bekerja walaupun usia beliau telah mencecah lebih daripada 80 tahun.
Beliau memulakan tugas harian sejurus selepas solat Subuh dan terus bekerja hingga selepas solat Isyak.
Beliau kini sedang memberikan tumpuan terhadap Yayasan SAAR, dengan berulang-alik di negara-negara Arab bagi menguruskan segala hal-hal yang berkaitan dengan yayasan tersebut.
Beliau sering membawa diari kecil untuk mencatatkan aktiviti harian beliau dan sentiasa memastikan tidak akan terlepas dari satu aktiviti pun.
Al-Rajhi juga merupakan seorang yang amat berjaya dalam apa jua bidang yang beliau ceburi.
Selain daripada mengusahakan bank Islam terbesar dunia, beliau juga telah mengasaskan ladang binatang ternakan yang terbesar di Timur Tengah.
Daripada segi perladangan, beliau telah menjalankan banyak eksperimen ternakan secara organik di negara-negara Arab, termasuk perladangan udang Al-Laith. Beliau juga turut mengasaskan perniagaan hartanah dan juga beberapa lagi pelaburan.
Temubual:
Sheikh Suleiman, adakah anda kini telah menjadi miskin semula?
Ya. Kini apa yang saya miliki hanyalah pakaian-pakaian saya. Saya telah membahagikan harta saya kepada anak-anak dan juga mendermakan selebihnya untuk menjalankan projek-projek amal. Ini bukanlah sesuatu yang aneh bagi saya. Kedudukan kewangan saya kini telah menjadi kosong sebanyak dua kali dalam hidup saya. Jadi, saya amat faham akan keadaan ini. Namun, kini perasaan itu dipenuhi dengan kegembiraan dan juga ketenangan. Sememangnya saya yang memilih untuk menjadi miskin.
Mengapa berbuat begitu?
Segala kekayaan dimiliki oleh Allah s.w.t, kita hanyalah ditugaskan untuk menjaga kekayaan tersebut. Ada beberapa sebab mengapa saya memilih untuk memilih jalan ini. Antara sebab-sebab utamanya adalah saya perlu menjaga sahabat-sahabat Islam dan juga anak-anak saya. Ia adalah antara perkara yang paling penting dalam hidup. Saya juga tidak suka untuk membuang masa di mahkamah hanya kerana ada antara mereka yang tidak bersetuju dengan jumlah harta yang diwariskan kepada mereka. Terdapat banyak contoh di mana anak-anak mula berpecah hanya kerana harta yang kemudiannya menghancurkan syarikat. Negara ini telah banyak kehilangan syarikat-syarikat besar kerana perbalahan harta yang boleh diselesaikan jika kita mencari jalan penyelesaian yang lebih berkesan. Selain daripada itu, setiap umat Islam perlu bersedekah sebagai bekalan pahala di akhirat kelak, Jadi, saya lebih suka jika anak-anak saya mencari kekayaan sendiri daripada bergantung dengan saya.
Adakah Sheikh mempunyai banyak masa terluang setelah membahagikan kesemua harta?
Seperti yang telah saya maklumkan tadi, saya masih lagi bekerja keras untuk mendapatkan lebih derma. Saya telah bekerjasama dengan pelbagai agensi bagi menjayakan projek ini. Secara kebiasaanya, umat Islam sering membahagikan satu per tiga ataupun suku daripada kekayaan mereka untuk bersedekah yang hanya akan diberikan setelah mereka meninggal dunia. Namun, bagi saya, saya mahu mula bersedekah ketika saya masih hidup. Jadi, saya telah membawa anak-anak saya ke Mekah pada hujung bulan Ramadhan dan memberitahu mereka idea saya. Mereka bersetuju terhadap idea tersebut. Saya telah meminta bantuan daripada agensi-agensi yang berkaitan untuk membahagikan kesemua harta saya termasuk saham dan juga hartanah kepada anak-anak dan juga untuk didermakan. Kesemua anak-anak saya berpuas hati terhadap inisiatif saya dan mereka kini sedang menguruskan segala harta yang saya berikan kepada mereka.
Berapa banyak harta yang dibahagikan kepada anak-anak dan juga untuk didermakan?
Beliau tergelak tanpa memberi sebarang jawapan.
Apakah perasaan Sheikh terhadap kesemua projek yang sedang dijalankan?
Saya ingin menegaskan bahawa terdapat beberapa faktor yang saya ambil sebelum melakukan sebarang pelaburan. Eksperimen yang saya lakukan terhadap pertukaran wang adalah salah satu daripada sebab mengapa saya mengasaskan bank. Ketiadaan bank Islam juga menjadi antara sebab mengapa saya mula mengasaskan Bank Al-Rajhi, yang kini merupakan bank Islam terbesar di dunia. Saya mulakan eksperimen saya dengan membuka pejabat di Britain dimana kami mula memperkenalkan sistem perbankan Islam ke peringkat yang lebih besar. Eksperimen tersebut kemudiannya mula berkembang dan ia mula mendapat sokongan daripada ulama-ulama Saudi pada ketika itu. Saya masih ingat lagi bagaimana permohonan saya untuk mendapatkan lesen untuk membuka bank tidak diterima pada mulanya. Ini adalah kerana pihak British tidak memahami apa-apa pun tentang sistem perbankan Islam. Saya kemudiannya pergi ke London dan berjumpa dengan Pengurus Bank of England dan dua daripada pegawai kanan beliau. Saya memberitahu mereka bahawa penggunaan faedah adalah haram bagi Islam dan juga Kristian dan kebanyakan daripada mereka sanggup menyimpan wang mereka di dalam kotak di rumah daripada menyimpan di dalam bank. Saya cuba untuk meyakinkan mereka bahawa (jika mereka mula membuka bank Islam) ini mampu menaikkan taraf ekonomi dunia. Mereka akhirnya bersetuju untuk mula membuka bank-bank Islam. Saya kemudiannya mula mengembara ke serata dunia di bahagian Timur dan Barat, dan berjumpa dengan ketua-ketua bank negara di beberapa buah negara dan memberitahu mereka bagaimana ciri-ciri yang terdapat dalam dunia ekonomi Islam. Kami mula bekerja dan mencapai kejayaan di negara-negara Arab dan melaksanakan perbankan Islam di London, saya kemudiannya berjumpa dengan Mufti Besar Sheikh Abdul Aziz bin Baz dan Sheikh Abdullah bin Humaid, dan memberitahu mereka tentang rancangan saya bahawa : ‘Kita mampu, dengan izin Allah, memajukan perbankan Islam. Mereka memuji saya atas inisiatif yang saya jalankan. Dari situlah kami mula mengusahakan Bank Al-Rajhi seperti mana yang anda dapat lihat hari ini. Bagi projek Ladang Ternakan Al-Watania pula, saya mula mendapat inspirasi untuk menjalankan projek tersebut apabila melawat ladang ternakan di luar negara. Saya dapati bahawa cara mereka menyembelih adalah salah. Saya kemudiannya mengambil keputusan untuk melabur dalam bidang ternakan atas nama Islam dan negara. Saya tetap menjalankan projek tersebut walaupun membuat pelaburan dalam industri ternakan adalah sesuatu yang agak berisiko pada masa tersebut. Kini, Al-Watania telah menjadi salah satu daripada projek mega di Saudi. Syarikat tersebut mendapat 40 peratus daripada saham di negara-negara Arab, dan ayam-ayam Al-Watania diberikan makanan yang cukup dan disembelih dengan cara yang halal menurut undang-undang syariah.
Walaupun dengan semua kekayaan yang dimiliki, mengapa syeikh tidak mempunyai satu pun kapal terbang sendiri?
Saya ada banyak kapal terbang, tetapi kesemuanya dimiliki oleh syarikat-syarikat penerbangan tertentu. Saya memilikinya setiap kali saya membayar tiket penerbangan untuk ke satu-satu destinasi (gurauan). Saya sering terbang dengan kadar kelas ekonomi kerana Allah tidak memberikan kita harta untuk ditunjuk-tunjuk.
Bagaimana pula dengan hobi syeikh?
Saya tidak mempunyai sebarang hobi yang khusus. Bagaimanapun, saya suka mengembara di padang pasir. Saya tidak pernah mengambil pakej percutian di negara-negara lain selain dari Saudi.
Ketepatan masa Al-Rajhi
Wawancara ini telah menunjukkan bagaimana disiplin Al-Rajhi dalam menepati masa. “Pada awal karier saya dalam industri, saya mempunyai beberapa perjumpaan dengan beberapa syarikat besar di Eropah. Saya masih ingat lagi kisah dimana saya terlambat selama beberapa minit dalam satu perjumpaan dengan salah seorang pegawai besar sebuah syarikat. Walaupun hanya beberapa minit, beliau tidak mahu meneruskan perjumpaan tersebut. Selepas kejadian tersebut, setelah projek kami mula berkembang, pegawai yang sama pula lambat untuk berjumpa dengan saya, jadi, saya pula yang tidak mahu meneruskan perjumpaan tersebut. Saya sering membawa kertas untuk menulis segala perjumpaan dan urusan dan sentiasa memastikan agar saya sering menepati masa walau apa pun.”
Al-Rajhi berkata lagi: Saya amat menepati segala perkara yang diterapkan dalam Islam sepanjang hidup saya. Saya pernah mendapat undangan daripada kerajaan Arab untuk menghadiri satu persidangan yang berkaitan dengan pelaburan. Kemudiannya, dalam persidangan yang sama, saya dijemput untuk mengambil bahagian dalam majlis makan malam mereka, saya dapati bahawa antara aktiviti yang dijalankan ketika majlis tersebut adalah bertentangan dengan ajaran Islam. Saya kemudiannya keluar dari majlis makan malam tersebut. Kemudian, Abdul Aziz Al-Ghorair dari UAE turut serta bersama saya. Tidak lama selepas itu, menteri yang bertanggungjawab terhadap persidangan tersebut datang kepada kami dan kami mula menerangkan kepada beliau bahawa aktiviti yang dijalankan di majlis tersebut adalah bertentangan dengan budaya Islam. Beliau kemudiannya berkata bahawa aktiviti-aktiviti di majlis tersebut akan dibatalkan. Apabila mereka membatalkan aktiviti tersebut, kami kembali menyertai majlis tersebut.
Penyelesaian Masalah
Al-Rajhi berkata: Pada satu masa, salah satu daripada kilang yang diuruskan oleh anak saya habis dijilat api. Apabila dia datang untuk memaklumkan perkara tersebut kepada saya, saya memberitahu: Sebut Alhamdulillah. Saya meminta anak saya supaya tidak membuat sebarang laporan tentang kerugian yang dialami bagi meminta pampasan daripada pihak berkuasa. Sebaliknya, pampasan yang diberikan oleh Allah adalah lebih penting bagi kita. Assam Al-Hodaithy, Pengurus Kewangan bagi syarikat Ternakan Al-Watania berkata: “Apabila kilang tersebut terbakar, kami telah membuat keputusan untuk tidak menyakiti hati Al-Rajhi dengan memberitahu beliau tentang apa yang terjadi. Kami kemudiannya berjumpa dengan beliau keesokan harinya dan memberitahu akan perkara yang terjadi, beliau mengarahkan kami untuk berpindah ke tempat lain dan membersihkan segala kerosakan sehingga semuanya dibaiki.” Perkara yang sama terjadi di satu lagi projek Al-Watania di Mesir. Syarikat tersebut kerugian kira-kira SR10 juta Pound Mesir. Apabila pegawai projek tersebut menghubungi Al-Rajhi untuk memberitahu perkara tersebut, beliau terkejut apabila Al-Rajhi menjawab dengan menyebut: “Alhamdulillah.” – Mynewshub.my

'via Blog this'

Subhanallah! Mayat masih terpelihara selepas 19 tahun

Subhanallah! Mayat masih terpelihara selepas 19 tahun — Harian Metro Online:

Palestin – Zionis Israel pada Khamis, 31 Mei lalu menyerahkan 91 cebisan mayat syuhada’ Palestin kepada keluarga masing-masing. Semua mayat tersebut adalah mereka yang melakukan serangan bom berani mati di kawasan-kawasan tumpuan bagi membunuh penduduk Israel beberapa tahun lalu.
Islammemo.cc melaporkan, dari kalangan mayat tersebut, seorang daripadanya, As-Syahid Syahib Ahmad Muhammad yang terkorban 19 tahun lalu masih terpelihara dan sedikitpun tidak terdapat kesan reput atau rosak pada mayatnya seolah-olah baru meninggal dunia beberapa minit yang lalu. Syahib meninggal dunia pada 24 April 1993 ketika melakukan serangan berani mati dan menemui syahid dalam operasi tersebut. Mengulas keadaan mayat Syahib, seorang ulamak tempatan yang juga Pengerusi Majlis Tertinggi Hakim Syar’ie, Syeikh Yusuf Ad’is berkata, “Demikian adalah petanda kemuliaan dari Allah ke atas mereka yang syahid bahawa jasad mereka tidak akan hancur. Ia juga tanda amalan soleh yang dilakukan olehnya diterima di sisi Allah.”
Menurut SAFA, 79 dari cebisan mayat syuhadak Palestin dibawa ke Ramallah untuk tujuan upacara sambutan pada jam sekitar 3 petang, kemudian akan dihantar ke wilayah-wilayah asal mayat syuhada’. Manakala, 12 dari cebisan syuhada’ akan dibawa pulang ke Semenanjung Gaza.
Kita yakin kemuliaanNya juga diberikan kepada sekalian syuhada’ di Syria. Kalian juga wajar menyemai cita-cita untuk syahid kerana kurniaan Allah amat luas buat para syuhada’ Nya. “Syahid cita tertinggi kami!”

'via Blog this'

Hosni Mubarak dipenjara seumur hidup

Hosni Mubarak dipenjara seumur hidup - Global - Sinar Harian:

Hosni Mubarak dihukum penjara seumur hidup
Rakyat Mesir yang probekas Presiden Hosni Mubarak memegang potret beliau
sementara menunggu keputusan mahkamah di Kaherah hari ini. - Foto EPA
KAHERAH - Bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak dihukum penjara seumur hidup selepas didapati bersalah berhubung tuduhan rasuah dan pembunuhan lebih 800 penunjuk perasaan ketika kebangkitan rakyat yang membawa kepada penggulingan beliau awal tahun lalu.
Dua anak lelaki Hosni, Gamal dan Alaa, yang berhadapan dengan tuduhan rasuah juga hadir di mahkamah. Tuduhan ke atas mereka digugurkan. Beberapa pembantu Hosni juga dibebaskan.
Bekas Menteri Dalam Negeri, Habib el-Adli, yang turut dikenakan tuduhan membunuh penunjuk perasaan, dikenakan hukuman penjara seumur hidup.
Pada Mei lalu, Habib didapati bersalah  atas tuduhan rasuah dan pengubahan wang haram, di mana ia membawa hukuman penjara 12 bulan.
Bekas presiden berusia 84 tahun itu disabitkan kesalahan selepas melalui perbicaraan selama 10 bulan di sebuah mahkamah khas.
Hosni merupakan bekas pemimpin pertama dibicarakan sejak Kebangkitan Arab awal tahun lalu.
Beliau didapati bersalah mengarahkan pihak tentera melepaskan tembakan ke atas para penunjuk perasaan.
Seramai 840 orang maut manakala lebih 6,000 orang cedera ketika kebangkitan rakyat, demikian menurut Amnesty International.
Hakim Ahmed Refaat terpaksa menangguhkan prosiding ekoran jeritan dan pergelutan tercetus dalam mahkamah selepas keputusan dibacakan.
Laporan menyebut ada kedengaran laungan "hukuman mati satu-satunya penyelesaian" dan "dia (Hosni) yang membunuh harus mati".
Insiden itu, yang disebabkan rasa tidak puas hati dengan hukuman yang dijatuhkan, memaksa hakim dan Hosni dibawa keluar dari bilik mahkamah khas yang dibentuk di Akademi Polis Kaherah.
Hosni memerintah Mesir selama 30 tahun sebelum digulingkan pada Februari 2011.

'via Blog this'

Askar British mati ditembak di Afghanistan

Berita Harian Online | Askar British mati ditembak di Afghanistan: "LONDON: Seorang askar British mati ditembak ketika meronda di selatan Afghanistan, iaitu anggota ke-416 yang terbunuh sejak operasi ketenteraan bermula pada 2001.

Anggota Battalion Pertama, The Royal Welsh, itu sedang meronda di daerah Nahr-e Saraj, Helmand, apabila beliau ditembak semalam.
“Beliau mengalami kecederaan parah dan tidak dapat diselamatkan walaupun diberikan rawatan segera," menurut Kementerian Pertananan. - AFP"

'via Blog this'

AS pindah kapal tentera ke Pasifik

Berita Harian Online | AS pindah kapal tentera ke Pasifik: "SINGAPURA: Amerika Syarikat akan memindahkan sebilangan besar kapal tentera laut ke Pasifik menjelang 2020 sebagai tumpuan strategik baru ke atas Asia, kata Setiausah Pertahanan, Leon Panetta, pada sidang kemuncak di sini hari ini.

Katanya, keputusan untuk menempatkan lebih banyak kapal ke Lautan Pasifik serta mengembangkan jaringan kerjasama tentera di rantau ini, adalah sebahagian usaha bagi meningkatkan peranan AS di kawasan yang peting untuk masa depan Amerika. - AFP"

'via Blog this'

China tangkap perisik AS: NYT

Berita Harian Online | China tangkap perisik AS: NYT: "WASHINGTON: Kerajaan China menangkap seorang pegawai keselamatan awal tahun ini yang memberi maklumat sensisitf kepada Amerika Syarikat, lapor akhbar The New York Times.

Merujuk sumber yang tidak dinamakan, akhbar itu menyatakan pegawai berkenaan dipercayai seorang kakitangan Kementerian Keselamatan Negara, iaitu agensi perisikan utama China.
Menurut laporan itu, kerajaan AS dan China langsung tidak memberi bayangan kepada umum berhubung penemuan suspek perisik itu. - AFP"

'via Blog this'

Pesawat AS bunuh 3 militan di Pakistan

Berita Harian Online | Pesawat AS bunuh 3 militan di Pakistan: "PESHAWAR: Pesawat kawalan jauh Amerika Syarikat membedil sebuah kenderaan di barat laut Pakistan, menyebabkan sekurang-kurangnya tiga militan terbunuh.

Serangan berlaku di perkampungan Khawashi Khel, lima kilometer ke barat Wana iaitu bandar utama di wilayah Waziristan Selatan yang bersempadan dengan Afghanistan.
“Pesawat AS itu melepaskan dua peluru berpandu yang memusnahkan kenderaan terbabit. Sekurang-kurangnya tiga militan terbunuh," menurut seorang pegawai keselamatan Pakistan. - AFP"

'via Blog this'

Anak Mubarak tiba di mahkamah

Berita Harian Online | Anak Mubarak tiba di mahkamah:
KAHERAH: Dua anak lelaki presiden Mesir yang digulingkan, Hosni Mubarak, tiba di mahkamah untuk mendengar keputusan perbicaraan bersama mereka, menurut agensi berita MENA. 

Mubarak dijangka tiba dalam tempoh sejam lagi untuk mendengar penghakiman sama ada beliau bersalah di atas pertuduhan membunuh penunjuk perasaan semasa kebangkitan rakyat yang menggulingkan beliau.
Bekas Menteri Dalam Negeri, Habib al-Adly, dan enam ketua keselamatan juga tiba di Akademi Polis di sini di mana perbicaraan itu dilangsungkan.
Mubarak, anaknya Alaa dan Gamal serta rakan perniagaan, Hussein Salem, yang melarikan diri ke Spanyol, turut dibicarakan atas pertuduhan rasuah. 

Bekas Presiden Mesir itu juga dituduh menjual gas asli ke Israel pada harga lebih rendah berbanding pasaran. - AFP
'via Blog this'

91 rangka pejuang Palestin dipulangkan

91 rangka pejuang Palestin dipulangkan:

ANGGOTA keselamatan mengangkat keranda-keranda dibaluti bendera negara sebelum rangka 91 pejuang Palestin disemadikan di bandar Ramallah, Tebing Barat, semalam. - AFP
RAMALLAH 31 Mei - Israel hari ini menyerahkan semula kira-kira 91 rangka pejuang Palestin yang terbunuh dalam beberapa siri serangan anti Israel, termasuk mereka yang terkorban lebih 40 tahun lalu.
Menurut pihak berkuasa, urusan penghantaran itu bermula awal pagi ini di sebuah kawasan berhampiran bandar Jericho, Tebing Barat.
Sebanyak 79 daripada 91 rangka tersebut dihantar ke Ramallah, sementara 12 lagi ke Gaza.
"Awal pagi ini, kami menerima 91 rangka pejuang Palestin yang sebelum ini dikebumikan tidak mengikut prosedur dalam beberapa buah kubur di Israel.
"Semua rangka tersebut akan dikenal pasti dan dikebumikan dengan sempurna," kata Ketua Jawatankuasa Hal Ehwal Awam, Hussein al-Sheikh.
Jurucakap ketenteraan Israel mengesahkan penghantaran itu, namun proses tersebut masih belum selesai.
Sebelum ini, Pihak Berkuasa Palestin telah menamakan 91 rakyatnya yang mati syahid termasuk lapan anggota unit komando yang terbunuh dalam serangan Israel di Hotel Savoy, Tel Aviv pada Mac 1975.
Radio Israel melaporkan, rangka tersebut termasuk anggota pejuang yang bertanggungjawab melakukan pengeboman berani mati di Baitulmaqdis, Tel Aviv dan Beersheva.
Menteri Tahanan Palestin, Issa Qaraqaa berkata, rangka terbabit terlebih dahulu akan dibawa ke ibu pejabat Presiden Mahmoud Abbas di Muqqata untuk upacara penghormatan terakhir. - AFP

'via Blog this'

Perbicaraan Mubarak disiar secara langsung

Perbicaraan Mubarak disiar secara langsung:

KAHERAH 2 Jun - Stesyen televisyen kebangsaan Mesir akan menyiarkan secara langsung perbicaraan bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak, anak-anaknya dan beberapa pegawai berhubung dakwaan membunuh dan rasuah, hari ini.
Agensi berita MENA yang memetik Ketua Kesatuan Radio dan Televisyen Mesir, Tharwat al-Mekki berkata, media asing yang ingin membeli liputan tersebut perlu membayar AS$7,000 hingga AS$10,000 (RM21,700 hingga RM31,000).
Mubarak dan sekutunya didakwa membunuh tunjuk perasaan ketika pergolakan selama 18 hari yang membawa kepada penggulingannya pada 11 Februari tahun lalu. - AFP

'via Blog this'

Rantau Asia Barat dalam bahaya

Rantau Asia Barat dalam bahaya:

GENEVA 1 Jun - Syria dan seluruh rantau Asia Barat berada dalam keadaan bahaya jika krisis di negara itu meletus menjadi konflik besar, kata Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Navi Pillay.
"Jika situasi di Syria meletus menjadi konflik besar, masa depan Syria dan rantau itu (Asia Barat) berada dalam bahaya," katanya dalam satu kenyataan yang dibacakan pada satu mesyuarat khas Majlis Hak Asasi Manusia di sini, semalam.
Beliau turut menggesa dijalankan siasatan ke atas kejadian pembunuhan beramai-ramai orang awam di Houla.
Dalam kejadian itu 12 orang awam dibunuh oleh tentera kerajaan ketika mereka dalam perjalanan pulang selepas bekerja di sebuah kilang baja di selatan bandar Qusayr, semalam - AFP

'via Blog this'

China bina kapal perang canggih

China bina kapal perang canggih:

Model kapal perang pantas 022 Houbei yang digunakan oleh tentera laut China di perairan Laut China Selatan . - AGENSI
BEIJING 1 Jun - China sedang bekerjasama dengan sebuah syarikat perunding dari Australia bagi membina sebuah kapal perang canggih, yang dilihat sebagai sebahagian persediaan negara ini menghadapi pertikaian wilayah dengan beberapa negara jiran di Laut China Selatan.
Kerjasama dengan pereka AMD Marine Consulting itu bagi menghasilkan sebuah kapal yang mampu menyerang dengan pantas, dilengkapi kemudahan satelit, rangkaian komunikasi, helikopter, radar, enjin dan beberapa ciri-ciri khas, menurut pakar analisis tentera.
Ia dihasilkan bagi menggantikan kapal perang lamanya yang menggunakan teknologi Soviet.
Kapal tersebut dijangka mampu bergerak dengan kelajuan 36 knot dan membuat serangan pada jarak melebihi 200 kilometer.

'via Blog this'

Ikan purba pupus akibat sampah

Ikan purba pupus akibat sampah:


IKAN Raja Laut yang banyak terdapat di perairan Manado Sulawesi kini diancam kepupusan.
MANADO - Spesies ikan purba di sini yang dikenali penduduk sebagai ikan raja laut atau nama saintifiknya coelacanth, kini dikhuatiri diancam kepupusan setelah ia didapati memakan pelbagai jenis sampah yang disangka makanannya.
Aktivis alam sekitar dan ahli majlis pengurusan Taman Negara Bunaken, Angelique Batuna berkata, hasil pembedahan yang dilakukan mendapati, pelbagai jenis sampah khasnya plastik ditemui dalam perut ikan purba itu.
''Saya menerima emel dari rakan penyelidik dari Jepun yang melakukan kajian di negara ini, menunjukkan banyak sampah terdapat di dalam perut ikan purba yang dipancing nelayan di kawasan Wawontulap dua tahun lalu.
''Ia menunjukkan perairan Wawontulap dipenuhi sampah, bagaimana pula dengan Teluk Manado di Sulawesi?,'' katanya kepada TRIBUNNEWS.COM.

Menurut Angelique, habitat ikan raja laut di Manado adalah di sepanjang kawasan Malalayang sehingga perairan Amurang.
Penyelidik dari Jepun dengan kerjasama Lembaga Ilmu Pengetahuan Indonesia dan Fakulti Marin UNSRAT telah mengadakan penyelidikan mengenai ikan berkenaan di kawasan itu kira-kira lima tahun lalu.
Menerusi kajian, mereka merakam video dan mendapati 'segunung' plastik sampah berada di kedalaman 200 meter di kawasan Malalayang tidak jauh dari habitat ikan raja laut itu.
Menurut Angelique, dia mengesyaki sampah plastik itu kini dimakan oleh ikan purba tersebut yang juga merupakan haiwan yang dilindungi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). - AGENSI

'via Blog this'

1,758 anak dibuang sejak kecil tiada pengenalan diri

1,758 anak dibuang sejak kecil tiada pengenalan diri - Selangor & KL - Sinar Harian:
PETALING JAYA – Sebanyak 1,758 anak-anak yang dibuang dijaga rumah kebajikan seliaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tidak mempunyai kad pengenalan atau sebarang dokumen pengenalan diri. Presiden Pertubuhan   Kebajikan Sosial Malaysia (Perbak),Muhammad Khairul Hafiz Abdullah berkata, ke semua anak-anak itu sekarang sudah dewasa dan telah pun keluar dari pusat kebajikan kini hidup merempat dan tidak dapat bekerja kerana ketiadaan dokumen berkenaan.

“Ini realiti yang berlaku mereka sukar untuk mencari kerja apatah lagi mahu berkahwin dan kebanyakan mereka berputus asa dan merempat dan menjadi golongan kutu rayau,”katanya pada sidang media di sini, semalam. Menurutnya  masalah seperti itu bukan perkara asing dan dia juga mengalami nasib yang sama seperti itu. “Saya adalah satu contoh anak yang dibuang dan ditemui di tong sampah tidak mempunyai identiti tetapi hanya selepas 24 tahun baru  saya dapat kad pengenalan,”katanya.

Menurutnya, dia hanya memperolehi taraf kewarganegaraan tahun lalu dan sebelum ini dia hanya menggunakan dokumen pemaustautin sementara yang perlu diperbaharui setiap tahun dari Jabatan Imigresen. “Saya didaftarkan oleh  JKM sebagai anak Cina dan diserahkan kepada keluarga angkat, selepas didera oleh mereka saya kembali ke rumah kebajikan. 

Anehnya ketika hendak mengambil kad pengenalan saya mempunyai satu lagi nama iaitu Marvan Tan sedang nama yang didaftarkan JKM ialah Leong Sesee Hsin,”katanya. Tambah rumit ketika keluar dari rumah kebajikan pada tahun  2004 dia hanya dibekalkan wang RM 500 dan dengan duit itu dia perlu meneruskan kehidupan sebelum mengambil keputusan memeluk Islam pada tahun 2010. “Malaysia adalah sebuah negara Islam, Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan sudah jelas mana-mana bayi yang ditemui di kawasan orang Islam tidak diketahui identiti perlu didaftarkan dengan agama Islam tetapi di pusat kebajikan perkara ini tidak membawa maksud apa-apa,”katanya.

Jelasnya, perkara ini telah cuba disuarakan melalui agensi terlibat namun usahanya dihalang pihak tertentu dengan alasan perkara yang hendak diketengahkan terpencil. “Paling saya terkilan apabila ada pegawai kerajaan yang secara  terang-terangan memberitahu perkara ini jika didedahkan tidak akan membantu BN untuk memenangi pilihanraya akan datang, saya bukan bela nasib mereka atas tiket politik tetapi atas niat mahu pusat atau rumah kebajikan mempunyai satu garis panduan jelas,”katanya. Jelasnya, tiga perkara yang perlu dilakukan kerajaan untuk memastikan golongan ini tidak dipinggirkan ialah pastikan anak-anak ini dapat kerakyatan, diberi bantuan kewangan sekurang- kurangnya setahun dan jaminan pekerjaan.
'via Blog this'

'Maafkan Su mak, maafkan Su ayah...'

'Maafkan Su mak, maafkan Su ayah...'
Suriani (tengah) memeluk ibunya sambil diperhatikan ayahnya.
SEPANG – Hanya ungkapan maaf yang mampu diluahkan Suriani Abd Wahab, 21, kepada ibu yang menyambut ketibaannya di Lapangan Terbang Tambang Murah (LCCT), Rabu lalu.

Dengan langkah longlai disertakan linangan air mata, Suriani atau dipanggil Su oleh keluarganya, terus mendakap erat ibunya, Siti Jeleko Wahab, 51.

“Maafkan Su mak...maafkan Su ayah,” tubuh tua itu dipeluknya. Satu demi satu.

Dilihat tindakan dan raut wajahnya, jelas terpancar seribu penyesalan selepas meninggalkan keluarganya sejak empat tahun lalu.

Mengimbas kembali detik itu, Su nekad membelakangkan keluarganya untuk mengikut teman lelaki ke Lombok, Indonesia.

Kerana cinta yang mendalam, dia lupa setiap pengorbanan ibu dan bapanya.

Selama empat tahun Su di sana, dia dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Ismadani, 3, selepas mendirikan rumah tangga bersama kekasihnya itu.

Biarpun jauh di rantauan, hati kecilnya tetap merindui keluarga di desa. Dia pernah menghubungi ibunya dan meluahkan hasrat untuk pulang.

Mungkin kehidupan di sana tidak seperti disangka.

Bagaimanapun, hasratnya itu hanya dipendam kerana Su sedar, dia masuk ke negara orang secara haram. Belum tentu dia dapat pulang.

Tanpa Su, rumah mereka di Baling, Kedah sunyi. Tanpa Su juga, keluarga mereka tidak lengkap terutamanya ketika menyambut perayaan Aidilfitri.

Mendung yang disangka sepanjang hari kembali cerah. Rupa-rupanya, ibu dan ayahnya, Abd Wahab Salleh, 52, meminta bantuan daripada Kelab Putera 1Malaysia.

Atas bantuan itu, Su dapat pulang ke pangkuan keluarganya. Su berjanji pada ibu dan ayahnya bahawa dia tidak akan mengulangi perbuatannya itu.

“Su sayang mak, Su sayang ayah,” air mata sesal terus mengalir.

Bayi 4 bulan maut ditekup

Bayi 4 bulan maut ditekup
Aik Zheng (kiri) dan Hui Kheng (tengah) masih bersedih dengan kematian anaknya.
BATU PAHAT - Bayi perempuan berusia empat bulan yang dikatakan hilang Rabu lalu dan kemudian ditemui tidak bernyawa di Tasik Y di sini kelmarin, disahkan menemui ajal akibat lemas ditekup dengan kain pada bahagian muka.

Berikutan itu, seorang janda berusia 42 tahun yang juga pengasuh bayi itu ditahan reman selama seminggu bermula semalam untuk membantu siasatan.

Menurut Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad, suspek bagaimanapun masih dirawat di Hospital Batu Pahat kerana patah kaki dan diletakkan di bawah kawalan pihak polis.

“Kami masih menyiasat kes ini termasuk dakwaan individu tertentu seperti disiarkan di laman sosial Facebook kononnya ada bayi lain yang mati sebelum ini ketika berada di bawah jagaan suspek,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat, semalam.

Din berkata, mayat Lim Xiu Yao, ditemui di sebalik pokok hiasan di kawasan Tasik Y di sini jam 7 malam kelmarin oleh orang awam yang sedang berjoging di sekitar tasik itu.

Menurutnya, sebelum itu, bapa mangsa, Lim Aik Zheng, 38, pergi ke rumah suspek di Taman Bandar di sini pada hari Rabu jam 9 malam untuk mengambil anaknya, namun mendapati Xiu Yao dan suspek tiada di rumah.

“Dua anak suspek yang berada di rumah memberitahu Aik Zheng, ibu mereka keluar bersama Xiu Yao ke Tasik Y sejak awal pagi lagi.

“Aik Zheng kemudian bergegas mencari mereka di Tasik Y kira-kira jam 10 malam setelah gagal menghubungi suspek menerusi telefon. Namun mereka tiada di situ,” katanya.

Din berkata, keesokan paginya selepas mendapat berita suspek dimasukkan ke Hospital Batu Pahat kerana patah kaki, bapa bayi itu terus ke sana untuk bertanyakan di mana anaknya.

“Suspek memberitahu dia keluar bersama Xiu Yao ke Tasik Y seawal jam 4.30 pagi untuk menampal iklan bagi menawarkan khidmat mengasuh.

“Menurutnya, tiba-tiba dia ditarik masuk ke dalam kereta oleh tiga lelaki tidak dikenali Ketika itu Xiu Yao masih berada di dalam keretanya,” katanya.

Din berkata, suspek mendakwa dia berjaya melepaskan diri ketika sampai di jalan berdekatan Stadium Batu Pahat, namun dalam keadaan panik itu dia terjatuh dan kakinya patah.

Aik Zheng yang bimbang keadaan bayinya segera membuat laporan polis setelah berasa curiga dengan cerita suspek.

“Bagaimanapun mayat bayinya ditemui beberapa jam kemudian,” katanya.

Menurut Din, kes tersebut kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenainya menghubungi balai polis berdekatan.

Sementara itu, ibu bayi malang berkenaan, Tan Hui Kheng, 35, tidak menyangka suspek sanggup berbuat demikian terhadap bayinya.

“Saya sungguh terkilan dengan insiden ini, saya belum puas tatap wajah anak saya. Jika benar suspek yang melakukannya, saya amat berharap pihak polis dapat mengheretnya ke muka pengadilan,” katanya dengan nada sebak.

Lagu Sesame Street jadi 'alat seksaan'

Lagu Sesame Street jadi 'alat seksaan'
Lagu Sesame Street sering menjadi siulan kanak-kanak didakwa disalah guna di penjara Guantanamo.
WASHINGTON - Ia mungkin kedengaran pelik kerana lagu berunsur pengajaran kepadakanak-kanak dalam siri terkenal, Sesame Street didakwa telah digunakan sebagai 'alat seksaan' terhadap tahanan di penjara Teluk Guantanamo di Cuba.

Agensi berita, Al Jazeera membuat pendedahan itu menerusi dokumentari susulan daripada dakwaan yang menyatakan lagu berentak rock dan heavy metal pernah dimainkan tanpa henti di penjara tentera tersebut pada 2008.

Laporan itu mendedahkan lagu Sesame Street telah disalah guna untuk tindakan tidak berperikemanusiaan yang diamalkan di penjara tersebut.

Tahanan dipaksa untuk mendengar beberapa lagu menyakitkan telinga termasuk lagu tema Sesame Street hasil ciptaan komposer Christopher Cerf sepanjang hari tanpa henti.

"Saya tidak setuju dengan idea menggunakan lagu dipasang terlalu kuat untuk sesi soal siasat supaya mereka membuka mulut kerana ia memberi kesan kesakitan jangka panjang terhadap tahanan," menurut Cerf.

Difahamkan, dokumen Garis Panduan Kaedah Soal Siasat milik Agensi Perisikan Pusat (CIA) menunjukkan penggunaan lagu bingit selama 18 jam sehari untuk memperoleh maklumat daripada tahanan adalah dibenarkan.

Dalam kenyataan lain, pegawai tentera di Guantanamo tidak mengesahkan atau menafikan dakwaan laporan itu, sebaliknya hanya memberi ulasan kaedah tersebut kononnya tidak lagi digunakan pada masa ini.

Kotak hitam Sukhoi Superjet 100 ditemui

Kotak hitam Sukhoi Superjet 100 ditemui
Kotak hitam diserahkan kepada KNKT untuk siasatan.
JAKARTA - Kotak hitam atau perakam data penerbangan (FDR) pesawat Sukhoi Superjet 100 ditemui dalam keadaan baik, berhampiran lokasi kemalangan pesawat, semalam.

Menurut agensi berita tempatan, FDR ditemui oleh penduduk berhampiran Gunung Salak di Bogor, Jawa Barat, lokasi kemalangan yang meragut 45 nyawa pada 9 Mei lalu.

Ketua Marshal Udara, Agensi Penyelamat negara (Basarnas), Daryatmo menyerahkan kotak hitam itu kepada Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Negara (KNKT) untuk siasatan.

“Kami masih boleh membaca data dari peranti itu, berbanding perakam suara kokpit pesawat,“ katanya.

Myanmar tidak perlu pelaburan bawa rasuah

Suu Kyi: Myanmar tidak perlukan pelaburan yang membawa kepada rasuah
Aung San Suu Kyi berucap di Forum Ekonomi Sedunia di Bangkok
BANGKOK - Myanmar tidak perlukan lebih banyak pelaburan yang membawa kepada rasuah dan ketidaksamaan sosial, tetapi amat memerlukan pelaburan yang dapat memperbaiki hidup rakyat dan negara, kata pemimpin pembangkang Aung San Suu Kyi hari ini.
  
"Burma menawarkan peluang kepada anda dan kami. Bantulah kami memenuhi keperluan kami," katanya pada Forum Ekonomi Dunia mengenai Asia Timur, di sini.
  
Penerima Anugerah Nobel Keamanan pada 1991 itu berkata keutamaan Myanmar ketika ini ialah mewujudkan peluang pekerjaan berikutan kadar pengangguran yang tinggi, yang disifatkan beliau sebagai "bom jangka".
  
Golongan muda yang menganggur di negara ini terlibat dalam aktiviti negatif seperti menagih arak, dadah dan berjudi, serta tidak menyumbang kepada perubahan negara, katanya.
  
"Tiada gunanya bercakap mengenai demokrasi jika kita tidak dapat memperkasa rakyat sendiri," kata ikon demokrasi Myanmar itu.

Suu Kyi menggesa pelabur agar tidak terlalu memikir tentang pulangan pelaburan sebaliknya berfikir mengenai faedah kepada rakyat Myanmar dan negara itu.
  
"Kami cuma mahu meningkatkan keadaan di Myanmar, bukan untuk faedah orang tertentu atau kumpulan atau organisasi," katanya.
  
Beliau berkata negara itu juga amat memerlukan kumpulan besar golongan berpendidikan bagi membawa perubahan kepada negara.
  
Myanmar terlalu bertumpu kepada pendidikan tertiari dan mengabaikan pendidikan asas pada masa ini, sedangkan yang diperlukan untuk perubahan negara ini ialah sekumpulan besar rakyat berpendidikan menengah, katanya.
  
Suu Kyi berkata negara itu memerlukan komitmen kebangsaan untuk pendamaian seluruh negara.
  
Dalam menarik pelaburan ke Myanmar, beliau meminta pelabur berhati-hati memandangkan negara itu tidak memiliki seistem kehakiman yang bebas dan bersih bagi mentadbir undang-undang berkaitan pelaburan.
  
Mengenai Asean, beliau berkata kumpulan 10 anggota itu tidak wajar memberi bantuan kepada Myanmar, sebaliknya menyenaraikan harapan mereka apabila Yangoon mempengerusikan kumpulan tersebut pada 2014.
  
Suu Kyi yang mesra dikenali sebagai "The Lady" menghabiskan lebih 20 tahun di bawah tahanan di rumah di Yangoon, melakukan perjalanan ke luar negara yang pertama ke sini selepas 24 tahun.
  
"Saya terpesona dengan lampu-lampu di Bangkok ketika menyaksikannya dari dalam kokpit kapal terbang selepas dipelawa juruterbang. Pada masa itu saya fikir Yangoon juga boleh menjadi seperti Bangkok daripada segi pembangunan jika tidak kerana masalah dalam negara," katanya.
  
Suu Kyi, 67, juga berkongsi bagaimana beliau memperolehi kekuatan bagi memperjuangkan demokrasi di negaranya selama bertahun-tahun.

"Ini ada kaitan yang banyak dengan DNA. Ibu saya mendidik saya bahawa tanggungjawab lebih penting berbanding perkara lain dalam hidup ini," katanya.
  
Pada sidang media selepas itu, Suu Kyi berkata sebarang bantuan pembangunan ke negara itu mesti dilakukan secara telus agar dapat memberi manfaat kepada rakyatnya.
  
"Jika anda melakukannnya secara senyap-senyap, tiada apa yang dapat kami lakukan bagi memastikan bantuan sampai ke tangan rakyat," katanya.
  
Mengenai pindaan perlembagaan di Myanmar, beliau berkata perkara itu amat sukar dilakukan kerana memerlukan sokongan lebih 75 peratus  wakil parlimen.
  
"Undi orang awam hanya 75 peratus dan baki adalah undi tentera. Jika anda perlu lebih 75 peratus, anda perlu sekurang-kurangnya satu undi daripada tentera dan itulah yang paling sukar," katanya. - Bernama

Inkuiri Syria dakwa pemberontak bunuh lebih 100 di Houla

Inkuiri Syria dakwa pemberontak bunuh lebih 100 di Houla - Global - Sinar Harian:
DAMSYIK - Siasatan kerajaan Syria berhubung insiden Houla minggu lalu mempersalahkan puak pemberontrak melakukan tindakan kejam dalam usaha memaksa pihak asing campur tangan.

Pegawai-pegawai yang mengadakan inkuiri menafikan sebarang bentuk peranan kerajaan dalam kematian lebih 100 orang dengan satu pertiga dikatakan golongan kanak-kanak.

Bagaimanapun laporan terdahulu menyebut tentera Syria atau tentera awam yang prokerajaan bertanggungjawab atas kejadian itu.

Duta Amerika Syarikat (AS) ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menyifatkan kenyataan pegawai inkuiri itu sebagai satu pembohongan.

Dalam pada itu, di Copenhagen, Denmark, Setiausaha Negara AS, Hillary Clinton semalam berkata, dasar Rusia terhadap Syria berpotensi menyumbang kepada perang saudara dahsyat di negara itu.

Beliau memberi komen tersebut selepas Rusia dan China memperbaharui pendirian mereka berhubung tindakan Majlis Keselamatan PBB.

Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon mengulangi amaran bahawa Syria boleh mencetuskan perang civil berikutan pembunuhan beramai-ramai di Houla.

Tentera Syria Bebas (FSA) Kolonel Qassim Saadedine berkata, jika tidak ada sambutan kerajaan menjelang waktu makan tengah hari hari ini, FSA akan menganggap dirinya tidak lagi terikat dengan rancangan itu tetapi, Ketua FSA, Riyad Assad menafikan kewujudan tarikh tersebut.

Khamis lalu, Syria mengumumkan keputusan awal siasatan sedang dijalankan.

Jeneral Qasem Jamal Suleiman berkata, kumpulan pengganas bersenjata melakukan pembunuhan untuk menunjukkan kepada dunia luar yang Syria telah terjerumus ke dalam perang saudara atas campur tangan pihak luar.

Clinton bercakap dalam satu lawatan ke Denmark  berkata, campur tangan tentera semakin kuat setiap hari.

“Pihak Rusia memberitahu saya yang mereka tidak mahu melihat perang saudara. Saya memberitahu mereka polisi mereka akan membantu untuk menyumbang kepada perang sivil,’katanya.

Pegawai PBB berkata, mereka akan mengadakan satu sesi khas di Syria hari ini bagi mengkaji isu pembunuhan beramai-ramai tersebut.

Seramai 15,000 telah terbunuh sejak pemberontakan terhadap Presiden Bashar al-Assad bermula sejak Mac tahun lalu.

Rusia nafi lindung Presiden Syria, PBB siasat tragedi Houla

Rusia nafi lindung Presiden Syria, PBB siasat tragedi Houla
Sebahagian daripada 108 orang yang ditembak mati di Houla, bandar sebelah timur Syria, minggu lalu, dikebumikan. - Foto ihsan amnestyus
NEW YORK - Rusia menafikan dakwaan Amerika Syarikat (AS) bahawa pihaknya 'melindungi' Presiden Syria Bashar al-Assad yang berhadapan dengan tekanan yang berterusan ekoran kematian lebih 100 orang di Houla minggu lalu sambil menegaskan, Moscow tidak menjual senjata kepada Damsyik.

Sebaliknya, Rusia mendakwa usaha masyarakat antarabangsa kemungkinan telah menyebabkan ketidakstabilan dan keganasan di negara itu.

Kelmarin, Setiausaha Negara AS, Hillary Clinton mendakwa Rusia membantu sekutu lamanya, Bashar untuk memperkukuhkan kedudukannya ketika berhadapn dengan kebangkitan rakyat sejak setahun lalu.

"Sebenarnya Rusia masih meneruskan perdagangan ketika masyarakat antarabangsa berusaha untuk mengenakan sekatan dan menghalang aliran masuk senjata kepada rejim Bashar," kata Clinton di Oslo, Norway semalam.

Dipetik CNN, Presiden Rusia Vladimir Putin dalam responsnya kepada dakwaan AS itu menafikan sebarang hubungan penjualan senjata atau kerjasama ketenteraan dengan Syria.

"Satu perkara yang menjadi kebimbangan kami (di Syria) ialah kemungkinan (elemen) perubahan keadaan, situasi sudah tidak terkawal dan kematian orang awam," kata Putin selepas mengadakan pertemuan dengan Presiden Perancis yang baru, Francois Hollande di Paris.

"Matlamat kami ialah untuk membawa konflik kepada keamanan. Kami tidak memecahbelahkan mereka, (mengalihm mereka) kepada pihak kami, dan bukan orang kami," katanya lagi.

Dalam pada itu, Majlis Hak Asasi Manusia semalam meluluskan Suruhanjaya Inkuiri Antarabangsa Bebas PBB untuk menyiasat tragedi Houla.

Perkara itu diumumkan oleh jurucakap majlis itu, Rupert Colville semalam.

Sebanyak 41 negara meluluskan resolusi penubuhan suruhanjaya itu pada satu mesyuarat di Geneva, Switzerland manakala usaha itu ditentang oleh Rusia, China dan Cuba.

Seramai 108 mati dalam tragedi itu termasuk 49 kanak-kanak.

Nasib bekas Presiden Mesir Hosni diumum hari ini

Nasib bekas Presiden Mesir Hosni diumum hari ini
Bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak digulingkan awal tahun 2011.
KAHERAH - Bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak akan mengetahui nasibnya hari ini - bersalah atau tidak berhubung tuduhan berkonspirasi membunuh 850 penunjuk perasaan ketika kebangkitan rakyat awal tahun lalu.

Mahkamah negara itu akan memutuskan sama ada Hosni, yang digulingkan selepas tiga dekad berkuasa, dan enam yang lain termasuk dua anaknya, memberi arahan agar menembak penunjuk perasaan.

Kesemua tujuh tertuduh itu telah menafikan pertuduhan ke atas mereka.

Jika disabitkan kesalahan, mereka boleh dihukum mati.

Pendakwa raya mahu bekas presiden berusia 84 tahun itu digantung sampai mati.

Mei tahun lalu, pendakwa raya Mesir mengisytiharkan bahawa Hosni akan dibicarakan berhubung kematian 850 penunjuk perasaan tidak bersenjata sepanjang 18 hari demonstrasi.

Selain Hosni, enam yang lain termasuklah:

- Bekas Menteri Dalam Negeri, Habib al-Adly
- Dua anak Hosni, Alaa dan Gamal
- Ahli perniagaan Hussein Salem, yang dibicarakan tanpa kehadirannya
- Dua lagi pegawai kanan Kementerian Dalam Negeri

Hosni juga berhadapan dengan tuduhan berasingan menyalahgunakann kuasa untuk menghimpunkan kekayaan. Tuduhan itu dikenakan bersama dengan dua anak lelakinya, Alaa dan Gamal.

Ogos lalu, Hosni dibawa ke mahkamah dengan kerusi roda selepas dilaporkan dimasukkan ke hospital kerana masalah jantung.

Media kena bayar RM30,000

SEORANG lelaki melukis gambar bendera Mesir pada lengan rakannya ketika berdiri di hadapan grafiti menggambarkan bekas Presiden Mesir yang digulingkan Hosni Mubarak di Kaherah, semalam. - Foto AFP

SEORANG lelaki melukis gambar bendera Mesir pada lengan rakannya ketika berdiri di hadapan grafiti menggambarkan bekas Presiden Mesir yang digulingkan Hosni Mubarak di Kaherah, semalam. - Foto AFP
5,000 polis, 2,000 askar kawal sesi perbicaraan Hosni Mubarak

KAHERAH: Stesen televisyen Mesir akan menyiarkan secara langsung keputusan dan hukuman ke atas bekas Presiden Hosni Mubarak, anak lelaki dan ketua keselamatannya dalam perbicaraan bunuh dan rasuah, lapor media rasmi.
“Media asing akan dikenakan bayaran antara AS$7,000 (RM21,000) dan AS$10,000 (RM30,000) untuk membeli siaran liputan,” lapor agensi berita rasmi MENA yang memetik kenyataan ketua Kesatuan Radio dan Televisyen Mesir, Tharwat al-Mekki, sebagai berkata.
Media asing akan dikenakan bayaran antara AS$7,000 (RM21,000) dan AS$10,00 (RM30,000) untuk membeli siaran liputan. - Agensi berita rasmi MENA
Beberapa sesi keterangan pertama perbicaraan yang bermula Ogos lalu disiarkan secara langsung tetapi Ketua Hakim, Ahmed Rifaat, mengarahkan kamera dikeluarkan sebelum saksi mula memberi keterangan. 

Mubarak dan ketua keselamatannya didakwa dengan tuduhan membunuh berhubung pembunuhan penunjuk perasaan ketika kebangkitan rakyat selama 18 hari yang menumbangkan pemerintahannya pada 11 Februari 2011.

Beliau juga berkongsi tuduhan rasuah dengan dua anaknya, Alaa dan Gamal.
Perbicaraan diadakan dalam akademi polis yang pernah dinamakan sempena nama Mubarak di pinggir bandar raya Kaherah.
Pada pembukaan keterangan, yang disiarkan secara langsung di Mesir dan luar negara, Mubarak membuat penampilan pertama sejak penyingkirannya dengan tiba di atas pengusung.

Kamera memfokus beliau secara dekat ketika Mubarak terbaring manakala Alaa dan Gamal cuba menghalang bapa mereka daripada pandangan orang ramai.

Pengawal keselamatan berkata, 5,000 anggota polis dan 2,000 anggota tentera ditugaskan menjaga sesi esok dan mengangkut Mubarak dari hospital tentera, lokasi beliau ditahan. Mubarak akan tiba di akademi dengan helikopter perubatan. 

Bekas presiden berusia 84 tahun itu, yang menerima rawatan kerana masalah jantung, disorong memasuki kandang defendan di atas pengusung dalam sesi keterangan sebelum ini, dan selalunya dilindungi selimut. 

Alaa dan Gamal, kedua-duanya memakai seragam penjara, berdiri di sebelah bapa mereka, kadang-kadang dilihat berbisik kepadanya apabila Mubarak kelihatan tidak mendengar apa yang dikatakan hakim atau saksi.

Mubarak, Menteri Luarnya, Habib al-Adly, dan enam komander polis berdepan hukuman mati jika disabitkan bersalah. Kira-kira 850 penduduk maut dalam kejadian itu.

Pemerhati berkata, keputusan mungkin memberi impak kepada pusingan kedua pilihan raya pada 16 dan 17 Jun ini antara calon Ikhwanul Muslimin, Mohammed Morsi dan bekas Perdana Menteri, Ahmad Shafiq, yang berikrar tidak akan meneruskan pemerintahan kuku besi Mubarak. – AFP

Global: Asap beracun perokok cilik

WALAUPUN sambutan Hari Tanpa Tembakau Sedunia sudah berlalu (pada 31 Mei lalu), usaha mengurangkan jumlah perokok tidak berhenti. Di Indonesia contohnya, penyokong antitembakau bercadang memfailkan saman bulan ini dan mengemukakan kes penagih kanak-kanak dengan harapan ia dapat mengetatkan peraturan merokok.
Kadar merokok di Indonesia sangat tinggi iaitu satu dari�pada tiga penduduknya adalah perokok. Ini adalah cubaan yang jarang dilakukan untuk mengekang industri tembakau di negara keempat terpadat di dunia itu. Malah, perkembangan cita rasa penduduk tempatan terhadap rokok menjadikan jualan bahan tidak bermanfaat itu meningkat berkali ganda berbanding negara lain. 
Antara perkara yang dimasukkan dalam saman terhadap syarikat tembakau dan kerajaan Indonesia itu ialah peraturan yang sangat lemah dan menyebabkan kanak-kanak terdedah kepada risiko merokok.

“Ada kanak-kanak yang menjadi mangsa kepada kesan (pemasaran) syarikat rokok dan budaya merokok. Mereka kini ketagih merokok. Dalam konteks hak orang ramai, syarikat rokok meletakkan masyarakat dalam keadaan buruk,” kata Ketua Jawatankuasa Perlindungan Kanak-kanak Nasional, Arist Merdeka Sirait.

Sejak dulu lagi Indonesia seolah-olah menjadi syurga kepada perokok dan syarikat rokok; yang mempunyai jumlah perokok kelima teramai di dunia. Tabiat buruk ini diterima baik oleh semua pihak dan boleh dikatakan semua penduduk di negara yang agak miskin ini mampu membeli rokok.

Tabiat merokok di Indonesia menjadi semakin popular dengan perkembangan ekonominya. Pada 1995, satu daripada empat penduduk Indonesia merokok. Lima belas tahun selepas itu, kadarnya meningkat kepada satu daripada tiga.

Senario inilah yang menarik minat syarikat tembakau antarabangsa untuk datang ke Indonesia dan menyertai persaingan dengan jenama tempatan yang mempunyai keuntungan tinggi seperti Gudang Garam, PT Djarum dan Hanjaya Mandala Sampoerna yang kini menjadi sebahagian daripada Philip Morris International.

Malah, kerajaan memberi insentif cukai kepada pengusaha rokok gulung kerana ia menyediakan banyak peluang pekerjaan kepada penduduk khususnya di timur Jawa di mana tertumpunya syarikat rokok tempatan.

Bagaimanapun, dalam isu saman ini, wakil Sampoerna berkata, mereka hanya melihat laporan cadangan saman dan tidak boleh memberikan sebarang komen. Bahkan pengeluar rokok lain juga enggan membuka mulut.

Jurucakap Kesatuan Pengusaha Rokok Indonesia berkata, dia ada mendengar mengenai saman berkenaan, tetapi dia juga tidak mahu mengulas apa-apa berkaitan perkara itu kerana ia tidak ditujukan kepada kesatuan.

“Jika kanak-kanak merokok, adakah ia masalah iklan atau ibu bapa?” soal jurucakapnya, Hasan Aoni.

Wajah perokok cilik, Ilham Hadi mencuri tumpuan apabila dia menjadi model untuk poster kempen antimerokok.

Menurut ibunya, Nenah, Ilham mula merokok ketika berusia empat tahun apabila dia diberikan duit 3,000 rupiah (0.95 sen) bagi membeli jajan (makan ringan) di sekolah. Malangnya wang berkenaan digunakan untuk membeli rokok.

Tabiat merokok itu membuatkan gigi Ilham menjadi hitam, merosakkan kulitnya dan berdasarkan cerita kawannya, kanak-kanak berumur sembilan tahun yang sebelum ini lincah bertukar kepada pemain bola sepak yang lemah dan kerap semput.

“Kadangkala pada jam 4 pagi dia sudah mengetuk tingkap kedai dengan kuat untuk membeli rokok,” kata Iin Indriyani, yang membuka kedai runcit kecil di depan rumahnya.

Rumahnya terletak kira-kira 100 meter dari rumah keluarga Ilham.

“Setiap kali dia mahu membeli rokok, dia kelihatan seperti khayal,” kata Indriyani sambil memberitahu, kadangkala perokok kecil itu memukul dia dan anaknya kerana mahukan rokok.

Ilham menghisap dua kotak rokok sehari dan keadaan ini menambahkan tekanan kepada kewangan keluarga�nya apatah lagi pendapatan ayahnya yang bekerja sebagai buruh dan pemandu motor teksi sambilan hanyalah sekitar RM15 hingga RM18 sehari.

“Apabila tiada wang di rumah dan tiada apa yang boleh dijual, dia akan pergi ke kedai runcit dan mendapatkan duit dengan menolong orang meletakkan kenderaan. Dengan duit itulah dia beli rokok, kadang-kadang satu kotak, kadangkala dua dan memilih jenama yang mahal,” rungut ayahnya, Umar.

Tabiatnya yang tidak boleh dibendung itu juga membawa banyak perhatian yang tidak dikehendaki seisi keluarga. Ini kerana ramai wartawan mula mengunjungi rumah mereka yang terletak di lereng bukit bersebelahan sawah padi
di Kampung Kerawang Girang, 25 kilometer di selatan Jakarta.

Suruhanjaya Perlindungan Kanak-kanak membayar supaya Ilham diberikan rawatan pada Mac lalu, tetapi malangnya perokok kecil itu menghentikan rawatan dan beberapa minggu lalu, dia melarikan diri dari rumah. Itu bukanlah kali pertama dia lari dari rumah untuk mendapatkan rokok dan sehingga kini, Ilham masih belum ditemui.

Kes Ilham ini mendapat perhatian ramai sehingga mencetuskan perdebatan di kalangan 344 penduduk kampung mengenai merokok dan cubaan ketua kampung untuk menjadikan Kerawang Girang sebagai zon bebas rokok, kata Hussein, pekerja kesihatan di jabatan kerajaan tempatan.

Namun, peluang untuk menjadikan perbincangan mengenai bahaya rokok hingga ke peringkat nasional, agak tipis kerana di Indonesia, merokok dilihat sebagai bergaya dan sofistikated.

Sebahagian besar perokok Indonesia menghisap rokok yang diletakkan cengkih dipanggil kretek, perkataan yang dicipta berdasarkan bunyi rekahan apabila rempah itu terbakar.

Berdasarkan maklumat daripada Biro Statistik, tabiat merokok yang berakar umbi dalam masyarakat Indonesia menjadikan rokok sebagai barang kedua utama dalam setiap rumah selepas beras.

Dalam soal ini, pekerja kesihatan, Husein, menyalahkan iklan yang sangat mempengaruhi pemikiran dan kehidupan rakyat negara itu. Mana tidaknya, papan iklan besar di jalan utama di kampung itu menayangkan iklan rokok, malah acara hiburan tempatan juga kebanyakannya ditaja oleh syarikat tembakau. Keadaan inilah yang boleh dilihat di seluruh kepulauan Indonesia.

Menurut penganalisa ekonomi Institut Demografi Universiti Indonesia, Abdillah Ahsan, kos tahunan bagi penyakit berkaitan rokok dianggarkan berjumlah 11 trilion rupiah (RM315 juta).

Berdasarkan laporan Kementerian Kewangan, syarikat rokok dianggarkan mengeluarkan 268.4 bilion rokok pada 2012 dan menyumbang RM25.4 juta dalam keun-
tungan cukai.

Jumlah itu cukup besar untuk memberhentikan langkah pihak berkuasa tempatan dan serantau daripada mengetatkan peraturan atau berisiko hilang sumber pendapatan negara.

“Amat sukar untuk membuat peraturan di sini kerana di setiap peringkat ada saja kerenah birokrasi, yang semuanya sudah dibeli oleh industri tembakau,” kata ahli Suruhanjaya Kawalan Tembakau Nasional Indonesia, Tutus Abaci. - Reuters