Pages

Monday, September 26, 2016

Guna Kerusi Roda Selama 43 Tahun Akibat Kesilapan Doktor


Diterbitkan: Isnin, 26 September 2016 3:47 PM

LISBON: Seorang lelaki berusia 61 tahun terpaksa belajar berjalan semula pada usia 50-an selepas menghabiskan masa 43 tahun menggunakan kerusi gara-gara kesilapan doktor.

Lelaki itu, Rufino Borrego didapati menghidap penyakit otot yang tidak boleh sembuh di bahagian kaki apabila mendapatkan rawatan di sebuah hospital di Lisbon pada usia 13 tahun.

Sejak itu, Borrego menggunakan kerusi roda untuk bergerak sehingga pada 2010 seorang pakar saraf menyedari dia mengalami penyakit lain yang hanya membuatkan ototnya menjadi lemah atau dikenali sebagai myasthenia.

Penyakit tersebut boleh dirawat dengan mengambil ubat penyakit lelah dan dalam tempoh setahun sahaja, Borrego sudah boleh berjalan semula buat kali pertama ke sebuah kafe yang sering dikunjunginya.

"Kami fikirkan keajaiban berlaku pada Borrego," kata pemilik kafe tersebut, Manuel Melao kepada akhbar tempatan.

Kini Borrego boleh menjalani kehidupan seperti normal dan hanya perlu menghadiri dua sesi fisioterapi setiap tahun.

Dia mengakui tidak menyimpan dendam terhadap pihak hospital yang tersalah memberi maklumat tentang penyakitnya memandangkan myasthenia hanya diketahui dalam bidang perubatan pada 1960-an.

"Saya hanya mahu menghabiskan sisa-sia hidup ini," katanya.