Pages

Monday, August 3, 2015

CEO 'potong gaji sendiri' kini rasa susah



Dan Price, 31, memberitahu New York Times bahawa beliau terpaksa menyewakan rumahnya untuk menambah pendapatannya kini.

"Saya bekerja keras untuk memastikan yang keputusan saya adalah betul," kata Price sambil merujuk kepada keputusan yang dibuat beliau April lepas.

Tindakan Price memotong gajinya sendiri dan menaikkan gaji 120 pekerjanya sehingga USD70,000 (RM267,750) setahun menyebabkan syarikatnya Gravity Payments kehilangan pelanggan dan dua pekerja berkebolehan.

[ARTIKEL BERKAITAN: CEO potong gaji sendiri, naikkan gaji pekerja]

Salah seorang pekerja tersebut, Maisey McMaster, 26 memberitahu bahawa Price menaikkan gaji pekerja-pekerja baru setaraf dengan pekerja-pekerja lama.

"Price memberi kenaikan gaji yang banyak kepada pekerja yang kurang berkebolehan untuk membuat kerja, dan mereka yang berkeupayaan tidak menerima kenaikan yang setimpal," kata McMaster.

McMaster mendakwa bahawa Price menuduhnya mementingkan diri sendiri ketika mereka membincangkan perkara tersebut.

McMaster meletakkan jawatan tidak lama kemudian.

Seorang lagi pekerja, Grant Moran, 29, juga meletakkan jawatan selepas mendakwa kenaikan gaji tersebut 'membingungkan'.

"Pekerja biasa juga mendapat gaji yang sama seperti saya. Ia menyebabkan pekerja berkeupayaan tinggi 'terikat' dengan pekerja yang biasa," katanya ketika ditemuramah.

Gravity Payments yang merupakan sebuah syarikat pemprosesan kad kredit juga kehilangan pelanggan kerana menjangkakan syarikat tersebut akan menaikkan caj untuk menampung kenaikan gaji tersebut.

Memburukkan lagi keadaan, Price akan berhadapan dengan tuntutan mahkamah selepas abangnya, Lucas yang memiliki 30 peratus saham syarikat menuduh Price mengeluarkan berjuta-juta dolar wang syarikat untuk menjayakan kenaikan gaji tersebut.

Jambatan gantung terlebar di dunia


Hubungkan Asia-Eropah di Turki

Pembinaan Jambatan Sultan Yavuz Sultan Selim bermula sejak 2013
Pembinaan Jambatan Sultan Yavuz Sultan Selim bermula sejak 2013 dijangka siap pada hujung tahun ini untuk menjadi jambatan gantung paling lebar di dunia, sekali gus menghubungkan benua Asia dan Eropah. AGENSI
ISTANBUL 2 Ogos - Benua Eropah dan Asia bakal dihubungkan dengan jambatan gantung paling lebar di dunia apabila Jambatan Yavuz Sultan Selim siap sepenuhnya pada penghujung tahun ini.
Menurut laporan portal Voice of America, beribu-ribu pekerja dan jurutera bertungkus-lumus be­kerja 24 jam sehari bagi memastikan jambatan sepanjang 2,164 meter itu disiapkan mengikut jadual.
Jelas laporan tersebut, jambatan berkenaan berukuran 60 meter lebar dan dilengkapi lapan laluan trafik selain dua landasan kereta api, sekali gus menjadi jambatan paling gantung paling panjang mempunyai sistem landasan kereta api.
Projek berkenaan bermula sejak 2013 dengan menelan kos sebanyak AS$3 bilion (RM11.4 bi­lion).
Jambatan Yavuz Sultanan Selim merupakan jambatan gantung ketiga yang dimiliki Turki dan dilengkapi laluan pejalan kaki yang telah siap pada 26 Julai lalu.
Jambatan itu juga mempunyai dua menara untuk menyokong kabel yang digunakan menampung berat struktur terbabit.
Ketinggian menara di Kampung Garipce yang terletak di benua Eropah adalah 322 meter, manakala menara di daerah Poyrazkyo di bahagian Asia berketinggian 318 meter.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/jambatan-gantung-terlebar-di-dunia-1.119814#sthash.LX8qS4YV.dpuf