Pages

Wednesday, July 7, 2010

Buah tembikai dijual RM184,906



Posted on the July 7th, 2010 under BeritaLuar NegaraUnik by Syedz
15/7

GAMBAR menunjukkan buah tembikai yang dijual RM184,906.
TURPAN – Sebiji tembikai yang paling manis di dunia dijual AS$57,729 (RM184,906) pada satu lelongan di sini, Xinjiang, China, lapor sebuah akhbar semalam.
Buah tembikai itu pada kebiasaannya mengandungi 20.2 gram gula bagi setiap berat 100 gram.
Harga itu merupakan cerita kejayaan untuk petani Lu Tan yang memiliki buah tersebut dan cuma memperoleh pendapatan AS$455.76 (RM1,459) sebulan.
“Saya merancang untuk membeli lebih banyak tanah dan menjual buah tembikai yang lebih besar pada tahun depan,” katanya. – Agensi
kredit : kosmo.com.my

Bakar wang kertas tanda protes



Posted on the July 7th, 2010 under BeritaLuar Negara by Syedz
15/7

GUDRUN SCHYMAN membakar wang kertas pada satu protes di Visby semalam.
STOCKHOLM – Sebuah parti feminis di Sweden membakar wang sebanyak 100,000 kronor Sweden (RM41,892) sebagai tanda protes kerana bayaran gaji tidak adil terhadap pekerja wanita.
Parti Inisiatif Feminis menyatakan wang yang dibakar di Pulau Gotland semalam itu mewakili jumlah wang yang tidak diperoleh oleh pekerja wanita bagi setiap minit berbanding lelaki.
Pemimpin parti itu, Gudrun Schyman berkata: “Tindakan membakar 100,000 kronor mungkin kelihatan terdesak.”
Sweden cukup dikenali di peringkat antarabangsa kerana pencapaiannya dalam isu-isu gender.
Namun, kaum wanitanya masih memperoleh gaji lebih sedikit daripada pekerja lelaki.
Menurut agensi statistik kebangsaan, purata gaji pekerja wanita yang bekerja sepenuh masa pada tahun 2008 adalah 19 peratus lebih rendah daripada apa yang diperoleh oleh pekerja lelaki. – AP
kredit : kosmo.com.my

Panas terik landa AS




SEORANG budak perempuan, Anna Stock membasahkan kepalanya dengan air pancut di Monumen Washington di Amerika Syarikat pada Ahad lalu.


WASHINGTON - Panas terik dijangka melanda timur laut Amerika Syarikat (AS) dengan suhu setinggi 38 darjah Celsius.
Suhu panas juga dijangka berlaku di New York, Washington dan beberapa kawasan lain di pantai timur.
Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan mengeluarkan amaran mengenai suhu panas yang boleh menjejaskan kesihatan terutama kepada kanak-kanak dan golongan tua.
Pihak berkuasa menasihatkan penduduk supaya minum air dengan banyak, berada dalam bilik berhawa dingin dan kerap memeriksa kesihatan keluarga dan jiran.
Ahli-ahli meteorologi memberitahu, sebahagian daripada kawasan tengah Atlantik telah merasai bahang cuaca panas tahun ini.
Musim bunga paling panas dalam sejarah juga dijangka berlaku.
"Kawasan selatan akan merasai panas terik pada lewat minggu ini," kata seorang ahli meteorologi, Alex Sosnowski. - AFP

Janda tinggal dengan mayat suami




GAMBAR menunjukkan Jean memegang potret suami dan dirinya yang dirakamkan pada 1940-an.


WYALUSING, Pennsylvania - Seorang janda berusia 91 tahun, Jean Stevens tinggal di sebuah rumah bersama mayat suami dan kakak kembarnya yang disimpannya selama lebih sepuluh tahun sebelum pihak polis mengetahui situasi yang menyeramkan itu.
"Saya amat sukar menerima kematian," kata Jean dengan nada terkejut.
Apabila ditanya, dia tidak ingat siapa yang membantunya menggali mayat itu.
Jean menyalahkan seorang saudara mendiang suaminya kerana melaporkan perkara itu kepada polis.
Suaminya selama hampir 60 tahun, James Stevens meninggal dunia pada tahun 1999 akibat penyakit Parkinson manakala kakak kembarnya pula June Stevens meninggal dunia pada Oktober tahun lalu kerana kanser.
Mayat itu kini berada di bawah jagaan pihak berkuasa wilayah Bradford.
Mayat kakaknya itu pada mulanya ditanam di belakang rumahnya.
"Dengan cara ini (menyimpan mayat dalam rumah) saya boleh menyentuh, melihat dan bercakap dengannya." katanya.
Dia menyimpan mayat kakaknya yang dipakaikan kot terbaiknya di atas satu sofa lama di dalam sebuah bilik kosong dan turut menyemburkan kakaknya dengan minyak wangi mahal kegemarannya.
Suaminya yang sebelum ini pernah dikebumikan di tanah perkuburan berhampiran rumahnya dipakaikan sut gelap, kemeja putih dan tali leher berwarna biru.
Dia disimpan di atas sebuah sofa di dalam sebuah garaj.
Jean mungkin berdepan tuduhan 'mendera' mayat yang disifatkan sebagai satu kesalahan jenayah. - AP

Pernah minum 20 tin Coke sehari



BENTUK badan terkini Lisa McKay.


LONDON - Berat seorang wanita, Lisa McKay meningkat dengan mendadak sehingga mencecah 120.6 kilogram (kg) gara-gara ketagihannya meminum minuman berkarbonat Coca-Colasebanyak 20 tin sehari, lapor sebuah akhbar semalam.
Akibat ketagihannya itu, dia sanggup bangun pada pukul 4 pagi untuk minum minuman tersebut.
Pada usia 24 tahun, McKay perlu membeli dua kerusi ketika menaiki kapal terbang dan akan berasa keletihan walaupun berjalan sejauh beberapa meter.
Namun akhirnya, ibu kepada dua orang anak itu terpaksa menjalani satu pembedahan di Hospital Dolan Park kerana masalah kegemukannya. Selepas pembedahan itu, dia mengharamkan minuman Coca-Cola di rumahnya.
Kini, McKay sudah berjaya mengurangkan hampir 63.5kg berat badannya.
"Bukan senang menghilangkan ketagihan minum Coke. Saya mengalami simptom yang serius seperti menggeletar selepas berhenti meminumnya," kata McKay yang turut gemar memakan makanan ringan dan snek.
Dia menyedari perlu melakukan sesuatu mengenai berat badannya apabila badannya tersangkut di kawasan permainan kanak-kanak ketika menemani anaknya dan menyifatkannya sebagai satu pengalaman yang memalukan.
"Saya sekarang hanya mengambil 1,000 kalori sehari.
"Saya makan dua keping roti bakar untuk sarapan, sebiji pisang dan oren pada waktu makan tengah hari dan menjadikan sayur-sayuran sebagai juadah makan malam," kata McKay. - Agensi

Abdullah Ibn Saba' di sisi Syiah


Umpamanya di dalam kitab rijal yang paling utama di sisi Syi'ah iaitu Ikhtiyaru Ma'rifatir Rijal yang lebih dikenali dengan Rijal Kasyi pengarangnya Abu Ja’far Muhammad bin Al-Hasan Bin Ali At-Thusi telah menukilkan riwayat daripada Imam Ja'far As-Sadiq yang berbunyi:


عن ابن سنان، قال، قال أبوعبدالله عليه السلام: انا أهل بيت صادقون، لانخلو من كذاب يكذب علينا، فيسقط صدقنا بكذبه علينا عند الناس، كان رسول الله صلى الله عليه وآله أصدق البرية لهجة، وكان مسيلمة يكذب عليه. وكان أمير المؤمنين عليه السلام أصدق من برأ الله من بعد رسول الله صلى الله عليه وآله، وكان الذي يكذب عليه ويعمل في تكذيب صدقه بما يفتري عليه من الكذب عبدالله بن سبا لعنه الله

Daripada Ibnu Sinan katanya, Abu Abdillah a.s. berkata, "Sesungguhnya kami Ahlul Bait adalah orang-orang yang benar, kami tidak sunyi daripada pendusta-pendusta yang berdusta atas nama kami lalu gugurlah kebenaran kami di sisi manusia disebabkan oleh pendustaan yang dilakukan atas nama kami. Nabi s.a.w. adalah orang yang paling benar ucapannya dan Musailamah telah berdusta atas namanya. Amirul mukminin (Ali) a.s. adalah orang yang paling benar diciptakan oleh Allah selepas Rasulullah s.a.w. dan orang yang berdusta atas namanya serta berusaha dalam mendustakan kebenarannya dengan mengadakan dusta atas nama beliau adalah Abdullah bin Saba' semoga Allah melaknatnya". (Rijal Kasyi juz 4 hal 305)
Di antara tokoh-tokoh Syi'ah yang lain yang menyebutkan perkara sama ialah an-Naubakhti dalam “Firaq asy-Syi'ah” (hal: 43-44), al-Hulli dalam “Kitab al-Rijal” (hal: 469), Mamaqami seorang tokoh ulamak mutaakhir Syi'ah tentang Rijal dalam kitabnya “Tanqihu al-Maqal” Jilid 2 hal: 184), al-Ustarabadi dalam kitab “Manhaju al-Maqal” (hal: 203), Ibnu Abi al-Hadid dalam “Syarah Nahju al-Balaghah” (Jilid 2 hal: 309), Syeikh Abbas al-Qummi dalam kitabnya “Tuhfatu al-Ahbab” (hal: 184) dan lain-lain.

Amaran Turki kepada israeil, Putus hubungan atau Minta maaf





http://i.okezone.com/content/2010/07/05/18/349729/mi4oZQp3Tt.jpg
Turki mengancam akan memutuskan hubungan diplomatik dengan israel jika negara tersebut tidak meminta maaf atas tragidi serangan Kapal Mavi Marmara. Serangan tersebut telah menyebabkan 9 rakyat Turki Syahid.Amaran keras tersebut disampaikan melalui Menteri Luar Negara Turki Ahmet Davutoglu melalui Surat Khabar Hurriyet edisi Isnin, (5/7/2010).
Ahmet juga mengancam memutuskan hubungan dengan israeil, jika israeil menolak seruan Badan Siasatan Antarabangsa untuk membuat siasatan terhadap peristiwa yang telahb berlaku.
Ahmet menjelaskan, Turki tetap memaksa agar israeil memberi Badan Penyiasat Antarabangsa untuk membuat siasatan tanpa penglibatan israeil.
“Jika keputusan dibuat  bahawa serangan tersebut bertentangan undang-undang   mereka mesti meminta maaf, tidakan sedemikian pun sudah cukup,”  Beliau menegaskan bahawa Turki tetap menuntut keputusan dari negara yahudi tersebut.
Ahmet juga mengatakan Turki masih menutup ruang  udaranya untuk semua aktiviti  penerbangan tentera  israel sebagai respons dari insiden pada 31 Mei tersebut.

Mike Tyson menitis air mata di Bumi Madinah Munawwarah



http://www.voa-islam.com/photos2/Azka/mike-tyson-umroh-4.jpg
http://www.voa-islam.com/timthumb.php?src=/photos2/Azka/mike-tyson-umroh-1.jpg&h=235&w=355&zc=1
http://www.voa-islam.com/photos2/Azka/mike-tyson-umroh-2.jpg
Mike Tyson bertukar pandangan  dengan Dr Muhammad Al-Uqala, president of the Islamic University di Madinah
http://www.voa-islam.com/photos2/Azka/mike-tyson-umroh-3.jpg
Si Leher Beton Mike Tyson insan gagah dan bengis semasa dalam gelanggang tinju. Tetapi di Masjid Nabawi tunduk menitis air mata semasa melihat kubur Rasulullah SAW.
Inilah pengalaman yang amat berguna buat Mike Tyson sehingga menyentuh perasaannya semasa melakukan ibadat umrah dan melawat Madinah Munawwarah. 2 Julai 2010.
Beliau sempat memberi ceramah kepada pelajar Universiti Islam Madinah.
Kunjungannya ke Arab Saudi adalah anjuran  Asosiasi Dakwah Kanada (CDA),CDA merupakan Pertubuhan  dakwah yang banyak menguruskan selebriti yang baru memeluk Islam  untuk melawat  ke Arab Saudi untuk tujuan melaksanakan rukun Islam.
Lihatlah saudara-saudariku seagama, tiada kepuasan dalam kehidupan melainkan dengan Islam, kita tidak layak melakukan maksiat, apabila kita melakukan maksiat kepada Allah SWT pasti hidup kita tidak akan tenteram kecuali apabila kita telah ditipu oleh  Syaitan. Jika seseorang yang dapat merasakan Allah SWT sedang melihat aksinya semasa berpesta maksiat, pasti dia tidak akan tenang selagi tidak bertaubat kepada Allah SWT.
Manusia yang bernama Mike Tyson pun  mencari ketenangan di Masjid dan Raudhah.. Marilah kita bersyukur kerana hidup kita umat Islam mempunyai matlamat.. hidup kita penuh berharga dan bernilai di sisi Allah SWT,  semua gerak-geri kita Allah SWT bayar dengan pahala dan Syurga.

Alasan Mengapa AS Menyerang Iraq (1)



Amerika Serikat tidak menyerang Iraq untuk minyak. Kenyataannya mereka telah menghabiskan miliaran dolar untuk perang ini dan yang paling banter mereka dapatkan ketika keluar dari Iraq adalah untuk mendapatkan uang mereka kembali. Jadi minyak hanyalah sebagai kompensasi besar saja.
Yang benar adalah bahwa sama seperti Israel yang menyerang Libanon untuk membuat Hizbullah terlihat seperti pahlawan, AS menyerang Iraq sebenarnya untuk membuat Muqtada al-Sadr sebagai pahlawan Iraq.
Lihatlah, sejak Pemerintah Saddam Hussein dihancurkan oleh AS, Moqtada al-Sadr didudukkan untuk mengambil alih Iraq. Inilah sebabnya mengapa kita melihat bahwa media mainstream (yang dikendalikan oleh orang yang sama yang mengontrol Pemerintah) berbicara tentang menentang perang dan pertentangan itu dikendalikan oleh begitu banyak golongan kiri palsu.
Perang di Afghanistan dibungkam oleh media kiri palsu dan mengatur protes yang mengabaikan Afganistan, dan hampir seluruhnya berkonsentrasi ke Iraq sebagai gantinya.
Kita juga melihat bagaimana penyiksaan Abu Ghurayb tersebar di semua surat kabar utama dan TV. Ini adalah surat kabar dan saluran TV yang sama yang telah menyensor 99% kebenaran tentang peristiwa dunia dan menutupi sebagian besar kejahatan Pemerintah barat. Semua orang tiba-tiba tampaknya berbalik melawan perang Iraq.
Kita juga melihat bagaimana Pemerintah AS menuduh Iraq memiliki WMDs (Weapon Of Mass Destruction), tapi sampai saat ini tak pernah terbukti.
Ini adalah pemerintah yang sama yang telah menutupi apa yang sebenarnya terjadi pada 9 / 11. Setelah serangan WTC, Pemerintah Amerika Serikat segera menyalahkan Al-Qaeda, dan Osama bin Laden. Segala cara dilakukan untuk mencoba dan meyakinkan orang bahwa bin Laden bertanggung jawab atas serangan tersebut.
Tetapi sekali lagi, ketika menyangkut masalah Iraq, hal-hal itu menjadi berbeda. Para politisi AS baru saja keluar dan mengakui bahwa mereka tidak menemukan WMDs, sehingga dengan sengaja dan kebetulan membuat perang tidak populer.
Bush juga menuduh Saddam terlibat dalam 9 / 11, tapi aneh, ia kemudian menyangkalnya. Kenapa dia menyangkal? Jika dia berbohong di fase pertama, mengapa ia tidak terus berbohong? Jika ia tidak punya bukti di fase pertama, mengapa tidak ia terus berbohong tanpa bukti? Atau mungkinkah bahwa dia dengan sengaja ingin dilihat sebagai pembohong, sehingga perang Iraq dan sayap kanan AS akan dilihat sebagai sesuatu yang lebih tidak populer lagi.
Collin Powell mengakui bahwa Iraq sama ssekali tidak memili WMDs. Dan pertanyaan yang sebenarnya adalah, mengapa Amerika Serikat khawatir tentang senjata Kimia dan bom Hayati Iraq, ketika justru sebalijnya Iran telah lama diduga membuat bom nuklir?
Tentu senjata nuklir harus menjadi perhatian yang lebih besar. Tapi anehnya Amerika dan media Barat hanya berbalik mata terhadap Iran setelah jelas bagi seluruh dunia bahwa Iraq tidak memiliki WMDs.
Dengan kata lain, jika sekarang Amerika Serikat menuduh Iran membuat WMDs, tidak ada yang percaya karena mereka telah berbohong tentang Iraq.
Tetapi pertanyaan sebenarnya adalah mengapa mereka tidak menyerang Iran sebelum Iraq? Padahal, menurut kabar entah darimana, Iran konon adalah musuh terbesar AS saat ini terbesar di Timur Tengah, dan sementara Saddam bekas sekutu AS.
Iran juga merupakan tetangga Afghanistan, sehingga lebih mudah bagi AS untuk memindahkan pasukan dari Iran ke Afghanistan dan begitu pula sebaliknya dari Afghanistan ke Iran.
Sekarang media berlomba-lomba memberitakan kepada kita agar berpikir bahwa Amerika ingin menyerang Iran setelah Iraq. Mungkin dalam hal ini sebenarnya ada sesuatu yang lain. AS tidak menyerang Iran karena mereka sama sekali tidak ingin menyerang Iran.
Jika kita masih ingat, mungkin kita akan ingat bahwa ketika pertama AS menyerang Iraq, seorang ulama Syiah dengan nama Moqtada al-Sadr muncul, dan mengklaim bahwa rakyat bangkit melawan penjajah dan membebaskan Irak.
Media tiba-tiba berkonsentrasi pada dirinya, meskipun ia dan pasukannya telah melakukan sangat sedikit usaha dalam memerangi tentara Amerika. Tentara Moqtada al-Sadr, yang ia sebut sebagai "Tentara Mahdi," terlihat sebagai kekuatan yang serius yang harus diperhitungkan. Mereka dipandang sebagai "Hizbullah" dari Iraq. Kenyatannya, mereka erat bersekutu dengan "Hizbullah" dan mereka selalu memuji Hasan Nasrallah.
Tidak diragukan lagi bahwa Moqtada al-Sadr dimaksudkan untuk menjadi Nasrallah dari Iraq. Dengan kata lain, rencananya bahwa ia akan bangkit melawan AS, dan AS kemudian akan meninggalkan Iraq dnegan tiba-tiba. Sadr kemudian akan dianggap sebagai pahlawan dan penyelamat Iraq, dan dengan perginya Saddam pergi, Sadr akan mengambil alih Irak dan akhirnya menyerahkannya kepada Iran. Inilah skenario terburuk yang pernah dibayangkan oleh semua pengamat politik.
Bersambung
(sa/islamicawakening)

http://www.eramuslim.com/berita/laporan-khusus/alasan-sesungguhnya-mengapa-as-menyerang-iraq-1.htm

Definasi Iman Mengikut Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani


http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs131.snc3/17872_101217096574113_100000574692941_31386_7238750_n.jpg
Iman itu berkata dengan lidah.
Kenal dengan Hati.
Beramal dengan segala anggota.
Bertambah dengan Amalan Ketaatan.
Berkurang dengan Dosa.
Kuat dengan Ilmu.
Lemah dengan Jahil.