Pages

Sunday, February 27, 2011

Gambar-gambar bencana gempa bumi di christchurch

IMEJ rakaman video menunjukkan orang ramai keluar menyelamatkan diri daripada sebuah bangunan yang rosak teruk selepas gemap bumi di Christchurch, New Zealand, hari ini. Bencana itu melanda bandar kedua terbesar di negara berkenaan dalam tempoh lima bulan sehingga menyebabkan bangunan runtuh dan mengorbankan ramai nyawa selain mereka yang terperangkap di bawah runtuhan serta kebakaran. - Foto REUTERS
IMEJ rakaman video menunjukkan orang ramai keluar menyelamatkan diri daripada sebuah bangunan yang rosak teruk selepas gemap bumi di Christchurch, New Zealand, hari ini. Bencana itu melanda bandar kedua terbesar di negara berkenaan dalam tempoh lima bulan sehingga menyebabkan bangunan runtuh dan mengorbankan ramai nyawa selain mereka yang terperangkap di bawah runtuhan serta kebakaran. - Foto REUTERS
IMEJ yang diambil menerusi rakaman video menunjukkan orang ramai gempar apabila mereka memerhatikan sebuah bangunan runtuh selepas gempa bumi di Christchurch, New Zealand hari ini. Gempa bumi kuat melanda bandar kedua terbesar di negara itu adalah kejadian kedua dalam tempoh lima bulan menyebabkan bangunan runtuh, ramai nyawa terkorban, penduduk terperangkap di bawah runtuhan dan menyebabkan kebakaran. - REUTERS
IMEJ yang diambil menerusi rakaman video menunjukkan orang ramai gempar apabila mereka memerhatikan sebuah bangunan runtuh selepas gempa bumi di Christchurch, New Zealand hari ini. Gempa bumi kuat melanda bandar kedua terbesar di negara itu adalah kejadian kedua dalam tempoh lima bulan menyebabkan bangunan runtuh, ramai nyawa terkorban, penduduk terperangkap di bawah runtuhan dan menyebabkan kebakaran. - REUTERS
IMEJ yang diambil menerusi rakaman video menunjukkan orang ramai menyelamatkan diri selepas kejadian gempa bumi di Christchurch, New Zealand, hari ini. Gempa bumi kuat melanda bandar kedua terbesar di negara itu adalah kejadian kedua dalam tempoh lima bulan menyebabkan bangunan runtuh, ramai nyawa terkorban, penduduk terperangkap di bawah runtuhan dan menyebabkan kebakaran. - REUTERS
IMEJ yang diambil menerusi rakaman video menunjukkan orang ramai menyelamatkan diri selepas kejadian gempa bumi di Christchurch, New Zealand, hari ini. Gempa bumi kuat melanda bandar kedua terbesar di negara itu adalah kejadian kedua dalam tempoh lima bulan menyebabkan bangunan runtuh, ramai nyawa terkorban, penduduk terperangkap di bawah runtuhan dan menyebabkan kebakaran. - REUTERS
SEORANG wanita berjalan di tepi sisa runtuhan bangunan selepas gempa bumi di Christchurch, New Zealand, hari ini. Gempa bumi kuat melanda bandar kedua terbesar negara itu adalah kejadian kedua dalam tempoh lima bulan menyebabkan bangunan runtuh, ramai nyawa terkorban, penduduk terperangkap di bawah runtuhan dan menyebabkan kebakaran. - REUTERS
SEORANG wanita berjalan di tepi sisa runtuhan bangunan selepas gempa bumi di Christchurch, New Zealand, hari ini. Gempa bumi kuat melanda bandar kedua terbesar negara itu adalah kejadian kedua dalam tempoh lima bulan menyebabkan bangunan runtuh, ramai nyawa terkorban, penduduk terperangkap di bawah runtuhan dan menyebabkan kebakaran. - REUTERS
PEMANDANGAN menunjukkan runtuhan bangunan selepas gempa bumi di Christchurch, New Zealand, hari ini. Gempa bumi kuat melanda bandar kedua terbesar negara itu adalah kejadian kedua dalam tempoh lima bulan menyebabkan bangunan runtuh, ramai nyawa terkorban, penduduk terperangkap di bawah runtuhan dan menyebabkan kebakaran. - REUTERS
PEMANDANGAN menunjukkan runtuhan bangunan selepas gempa bumi di Christchurch, New Zealand, hari ini. Gempa bumi kuat melanda bandar kedua terbesar negara itu adalah kejadian kedua dalam tempoh lima bulan menyebabkan bangunan runtuh, ramai nyawa terkorban, penduduk terperangkap di bawah runtuhan dan menyebabkan kebakaran. - REUTERS
JALAN RAYA merekah selepas gempa bumi di Christchurch, New Zealand, hari ini. Gempa bumi kuat melanda bandar kedua terbesar negara itu adalah kejadian kedua dalam tempoh lima bulan menyebabkan bangunan runtuh, ramai nyawa terkorban, penduduk terperangkap di bawah runtuhan dan menyebabkan kebakaran. - REUTERS
JALAN RAYA merekah selepas gempa bumi di Christchurch, New Zealand, hari ini. Gempa bumi kuat melanda bandar kedua terbesar negara itu adalah kejadian kedua dalam tempoh lima bulan menyebabkan bangunan runtuh, ramai nyawa terkorban, penduduk terperangkap di bawah runtuhan dan menyebabkan kebakaran. - REUTERS
SEBUAH kenderaan rosak teruk di bawah runtuhan bangunan selepas kejadian gempa bumi di Christchurch, New Zealand. Gempa bumi kuat melanda bandar kedua terbesar negara itu adalah kejadian kedua dalam tempoh lima bulan menyebabkan bangunan runtuh, ramai nyawa terkorban, penduduk terperangkap di bawah bangunan dan menyebabkan kebakaran. - REUTERS
SEBUAH kenderaan rosak teruk di bawah runtuhan bangunan selepas kejadian gempa bumi di Christchurch, New Zealand. Gempa bumi kuat melanda bandar kedua terbesar negara itu adalah kejadian kedua dalam tempoh lima bulan menyebabkan bangunan runtuh, ramai nyawa terkorban, penduduk terperangkap di bawah bangunan dan menyebabkan kebakaran. - REUTERS
ORANG RAMAI mendapatkan rawatan selepas pasukan menyelamat berusaha mencari mereka yang terperangkap dalam bangunan Pyne Gould Corporation selepas gempa bumi di Christchurch, hari ini. Gempa bumi kuat melanda bandar kedua terbesar negara itu adalah kejadian kedua dalam tempoh lima bulan menyebabkan bangunan runtuh, ramai nyawa terkorban, penduduk terperangkap di bawah bangunan dan menyebabkan kebakaran. - REUTERS.
ORANG RAMAI mendapatkan rawatan selepas pasukan menyelamat berusaha mencari mereka yang terperangkap dalam bangunan Pyne Gould Corporation selepas gempa bumi di Christchurch, hari ini. Gempa bumi kuat melanda bandar kedua terbesar negara itu adalah kejadian kedua dalam tempoh lima bulan menyebabkan bangunan runtuh, ramai nyawa terkorban, penduduk terperangkap di bawah bangunan dan menyebabkan kebakaran. - REUTERS.
SEORANG wanita diselamatkan dari dalam bangunan Pyne Gould Corporation selepas gempa bumi melanda Christchurch, hari ini. Gempa bumi kuat melanda bandar kedua terbesar negara itu adalah kejadian kedua dalam tempoh lima bulan menyebabkan bangunan runtuh, ramai nyawa terkorban, pendudk terperangkap dalam runtuhan dan menyebabkan kebakaran. - Foto REUTERS
SEORANG wanita diselamatkan dari dalam bangunan Pyne Gould Corporation selepas gempa bumi melanda Christchurch, hari ini. Gempa bumi kuat melanda bandar kedua terbesar negara itu adalah kejadian kedua dalam tempoh lima bulan menyebabkan bangunan runtuh, ramai nyawa terkorban, pendudk terperangkap dalam runtuhan dan menyebabkan kebakaran. - Foto REUTERS
PASUKAN menyelamat memanjat di atas bangunan Pyne Gould Guinness yang runtuh di Christchurch. Gempa bumi kuat menyebabkan bangunan runtuh pada ketika kesibukan hari bekerja menyebabkan sekurang-kurangnya 65 orang terbunuh dan ramai lagi terperangkap dalam salah satu bencana alam terburuk melanda negara ini. - AP
PASUKAN menyelamat memanjat di atas bangunan Pyne Gould Guinness yang runtuh di Christchurch. Gempa bumi kuat menyebabkan bangunan runtuh pada ketika kesibukan hari bekerja menyebabkan sekurang-kurangnya 65 orang terbunuh dan ramai lagi terperangkap dalam salah satu bencana alam terburuk melanda negara ini. - AP
PASUKAN menyelamat dan helikopter berusaha memadamkan kebakaran di sebuah bangunan yang runtuh di tengah Christchurch, hari ini. Gempa bumi kuat menyebabkan bangunan runtuh pada ketika kesibukan hari berkerja menyebabkan sekurang-kurangnya 65 orang terkorban dan ramai lagi terperangkap dalam satu daripada bencana alam terburuk di negara ini. - Foto AP
PASUKAN menyelamat dan helikopter berusaha memadamkan kebakaran di sebuah bangunan yang runtuh di tengah Christchurch, hari ini. Gempa bumi kuat menyebabkan bangunan runtuh pada ketika kesibukan hari berkerja menyebabkan sekurang-kurangnya 65 orang terkorban dan ramai lagi terperangkap dalam satu daripada bencana alam terburuk di negara ini. - Foto AP
SERPIHAN bangunan runtuh kelihatan di Christchurch, hari ini. Gempa bumi kuat menyebabkan ramai terkorban dan sebahagian lagi terperangkap dalam runtuhan dan menyebabkan kebakaran serta mengakibatkan bangunan runtuh dalam bencana alam di bandar kedua terbesar negara itu. - REUTERS
SERPIHAN bangunan runtuh kelihatan di Christchurch, hari ini. Gempa bumi kuat menyebabkan ramai terkorban dan sebahagian lagi terperangkap dalam runtuhan dan menyebabkan kebakaran serta mengakibatkan bangunan runtuh dalam bencana alam di bandar kedua terbesar negara itu. - REUTERS
SEBUAH bangunan runtuh dipagar selepas gempa bumi di Christchurch, New Zealand, hari ini. Gempa bumi kuat menyebabkan bangunan runtuh pada ketika kesibukan hari bekerja menyebabkan ramai terbunuh dan sebahagian lagi terperangkap dalam salah satu kejadian bencana alam di negara itu. - AP
SEBUAH bangunan runtuh dipagar selepas gempa bumi di Christchurch, New Zealand, hari ini. Gempa bumi kuat menyebabkan bangunan runtuh pada ketika kesibukan hari bekerja menyebabkan ramai terbunuh dan sebahagian lagi terperangkap dalam salah satu kejadian bencana alam di negara itu. - AP
SEORANG lelaki mendukung kanak-kanak selepas gempa bumi di Christchurch, hari ini. Gempa bumi kuat menyebabkan ramai terkorban dan sebahagian lagi terperangkap dalam runtuhan, menyebabkan kebakaran dan bangunan runtuh dalam kejadian di bandar kedua terbesar negara itu. - REUTERS
SEORANG lelaki mendukung kanak-kanak selepas gempa bumi di Christchurch, hari ini. Gempa bumi kuat menyebabkan ramai terkorban dan sebahagian lagi terperangkap dalam runtuhan, menyebabkan kebakaran dan bangunan runtuh dalam kejadian di bandar kedua terbesar negara itu. - REUTERS
KAWASAN Bexley dilanda banjir berikutan kejadian gempa bumi, hari ini. Gempa bumi kuat menyebabkan bangunan runtuh pada ketika kesibukan hari bekerja mengakibatkan ramai terkorban dan sebahagian lagi terperangkap dalam salah satu kejadian bencana alam terburuk di negara itu - AP
KAWASAN Bexley dilanda banjir berikutan kejadian gempa bumi, hari ini. Gempa bumi kuat menyebabkan bangunan runtuh pada ketika kesibukan hari bekerja mengakibatkan ramai terkorban dan sebahagian lagi terperangkap dalam salah satu kejadian bencana alam terburuk di negara itu - AP
SEBUAH bangunan runtuh menghempap deretan kenderaan selepas gempa bumi berukuran 6.3 pada skala Ritcher di Christchurch, hari ini. Perdana Menteri, John Key, berkata sekurang-kurangnya 65 terbunuh dalam gempa bumi itu dan jumlah itu dijangka meningkat selepas kejadian berkenaan selepas bencana alam yang sama berukuran 7.0 pada skala Ritcher pernah melanda negara itu pada September tahun lalu. - AFP
SEBUAH bangunan runtuh menghempap deretan kenderaan selepas gempa bumi berukuran 6.3 pada skala Ritcher di Christchurch, hari ini. Perdana Menteri, John Key, berkata sekurang-kurangnya 65 terbunuh dalam gempa bumi itu dan jumlah itu dijangka meningkat selepas kejadian berkenaan selepas bencana alam yang sama berukuran 7.0 pada skala Ritcher pernah melanda negara itu pada September tahun lalu. - AFPsumber bharian

PBB sebulat suara kenakan sekatan terhadap rejim Gaddafi


DUTA Britain ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Mark Lyall Grant (kiri) dan Duta Amerika, Susan Rice mengangkat tangan mengundi resolusi Majlis Keselamatan bagi mengenakan sekatan terhadap regim Presiden Muammar Gaddafi, awal hari ini. - Foto AP

2011/02/27

NEW YORK: Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebentar tadi sebulat suara memerintahkan sekatan perjalanan dan pembekuan aset terhadap regim Muammar Gaddafi, selain tuduhan terhadapnya kerana jenayah kemanusiaan.

Undi sebulat suara 15 negara Majlis Keselamatan yang dibuat pada mesyuarat yang berlarutan lewat tengah malam itu juga memerintahkan sekatan senjata dikenakan terhadap Libya apabila PBB memaklumlam lebih 1,000 orang sudah terkorban dalam serangan yang diarahkan Presiden Libya itu.

Majlis Keselamatan itu juga membuat tuntutan agar serangan pihak berkuasa Libya terhadap orang awam dihentikan serta merta.
Larangan perjalanan dan pembekuan aset mengikut Resolusi 1970 itu hanya membabitkan Presiden berusia 68 tahun itu, tujuh anak lelaki dan anak perempuannya Aisha, anggota keluarga dan pegawai tertinggi perisikan dan pertahanan yang dituduh memainkan peranan menyerang balas orang awam.

Terdapat 16 nama dalam senarai sekatan awal selepas disenaraipendekkan daripada 22 nama ketika awal persidangan majlis itu, awal hari ini.

Tuduhan jenayah kekejaman itu akan dirujuk kepada Mahkamah Jenayah Antarabangsa apabila majlis mendapati wujudnya serangan yang sistematik dan besar-besaran terhadap orang awam di Libya yang bertentangan dengan hak asasi.

Mengikut resolusi itu, semua urus niaga atau penjualan membabitkan senjata ke Libya mesti dihentikan serta merta.

Resolusi itu juga mengarahkan Libya menerima kemasukan bantuan kemanusiaan dan pemantauan badan hak asasi bagi melindungi orang asing di negara itu. - AFP
Berita Harian Online

Gaddafi mesti berundur sekarang, kata Obama


ASKAR Tunisia cuba mengendurkan ketegangan apabila ribuan warga Mesir bergegas mahu menaiki bas di sempadan Libya-Tunisa bagi menyeberangi sempadan Ras Jdir selepas konflik yang semakin memuncak di Libya. Penduduk di Tunisia dan Mesir dikatakan memandu kenderaan mereka ke sempadan untuk membantu membawa keluar rakyat Libya yang kini dianggarkan 30,000 orang mula meninggalkan negara mereka, hari ini. - Foto Reuters


2011/02/27

WASHINGTON: Presiden Barack Obama hari ini mahu Presiden Libya Muammar Gaddafi berundur sekarang dengan menegaskan bahawa pemimpin utama Libya itu kini kehilangan hak untuk memerintah selepas menyerang rakyatnya sendiri.

Ini adalah tuntutan paling jelas Obama sejak konflik tercetus di Libya yang menyaksikan tunjuk perasaan besar-besaran mahu Gaddafi meletakkan jawatan.

Rumah Putih berkata, tuntutan Obama itu dibuatnya dalam ketika menelefon Censelor Jerman, Angela Merkel yang bertanggungjawab untuk menyelaras tindakan terhadap konflik yang berlaku di Libya.
“Presiden Barack Obama menegaskan apabila seseorang pemimpin menggunakan keganasan terhadap rakyatnya sendiri semata-mata untuk mempertahankan kuasanya, pemimpin itu hilang kewibawaan untuk memerintah dan dia perlu meninggalkan negara itu," kata Rumah Putih dalam satu kenyataan. - AFP
Berita Harian Online

Raja Bahrain rombak Kabinet kendurkan tunjuk perasaan





2011/02/27

MANAMA: Raja Bahrain hari ini mengumumkan rombakan Kabinet berikutan tekanan yang diberi oleh pemimpin pembangkang serta ribuan penunjuk perasaan di ibu negara itu yang mahu kepemimpinan kesultanan Sunni itu berundur.

“Raja Hamad Issa al-Khalifa hari ini secara rasmi menerima angkat sumpah menteri baru bagi lima potfolio Kabinet," kata kerajaan Bahrain dalam satu kenyataan.
Keputusan baru yang dibuat kerajaan itu selepas 13 hari tunjuk perasaan diadakan di negara itu yang menuntut agar reformasi dilakukan dalam pemerintahan negara itu.
Ia bertambah memuncak selepas pemimpin pembangkang, Hassan Mashaima kembali ke negara daripada buangan di luar Bahrain.

Mashaima, yang muncul di tengah kumpulan penunjuk perasaan di Dataran
Pearl Square, turut mendapat sambutan gemuruh ketika menyampaikan ucapannya.

“Hari ini kita mesti dalam satu barisan, tidak kira ahli Sunni, Syiah, sekular dan semua kumpulan pembangkang untuk menentang regim sekarang.
“Kita perlu bertahan dalam 'peperangan' ini dan mencapai matlamat kini untuk mewujudkan negara yang adil dan berdaulat," katanya. - AFP
Berita Harian Online

3 maut rusuhan terbaru di Tunisia





2011/02/27

TUNIS: Tiga maut dalam pertempuran terbaru antara kumpulan antikerajaan dan pihak keselamatan di tengah ibu negara Tunisia, hari ini. 

Polis antirusuhan dan anggota polis yang memakai pakaian awam sebelum itu melepaskan tembakan amaran dan gas pemedih mata ke arah ratusan penunjuk perasaan yang turut membaling batu ke arah mereka.
“Tiga terbunuh daripada puluhan penunjuk perasaan yang cedera ketika pertempuran itu," kata Kementerian Dalam Negeri dalam satu kenyataan.
Beberapa anggota pasukan keselamatan juga dilaporkan cedera dalam kejadian itu. 

Penunjuk perasaan kembali mengadakan demonstrasi di tengah ibu negara itu Jumaat lalu bagi menuntut Perdana Menteri sementara, 
Mohamed Ghannouchi meletakkan jawatan. 

Ghannouchi adalah sebahagian daripada pemimpin regim pemerintahan Presiden Zine El Abidine Ben Ali yang digulingkan pada 14 Januari lalu berikutan tunjuk perasaan besar-besaran selama seminggu. - AFP 

Pemberontak kuasai kawasan terhad - Seif



TRIPOLI 26 Feb. - Anak lelaki Muammar Gaddafi, Seif al-Islam semalam mendakwa pertempuran dengan pemberontak yang telah menawan sebahagian besar negara ini adalah terhad.
Beliau menjangka gencatan senjata akan dicapai menerusi rundingan di dua bandar bergolak dalam sehari dua ini.
Ketika bercakap dengan wartawan asing di Tripoli, Seif al-Islam berkata, pemberontak yang menyerah diri tidak akan diapa-apakan dan Libya memerlukan pembaharuan.
Dakwaan beliau mengenai keadaan di negara ini, bagaimanapun kelihatan bercanggah dengan apa yang berlaku di Libya sejak beberapa hari lalu dan dengan laporan penduduk di Tripoli dan sekitarnya. - Reuters
Utusan Malaysia Online - Berita Utama

Gaddafi pertahan Tripoli




MUAMMAR Gaddafi melambai tangan ke arah ratusan penyokongnya yang berhimpun di Dataran Hijau, kelmarin selepas memberitahu mereka supaya bersedia mempertahankan Tripoli. – AFP/Libyan tv


TRIPOLI 26 Feb. – Senario di Libya terus meruncing. Keadaan dilihat semakin tidak memihak kepada pemimpin veteran Libya, Muammar Gaddafi.
Semua petunjuk memperlihatkan pemimpin itu sudah hilang kawalan ke atas beberapa wilayah di timur negara itu, setelah beberapa bandar jatuh di tangan penunjuk perasaan antikerajaan.
Namun, Gaddafi enggan tunduk, sebaliknya berikrar akan terus mempertahankan pemerintahannya.
Dalam ucapannya semalam, Gaddafi berikrar akan membuka gudang senjata Libya kepada penyokongnya, membayangkan Tripoli akan bermandi darah jika penentang rejim cuba menawan ibu negara ini.
Dalam ucapan ringkasnya yang berapi-rapi dan penuh amaran di Dataran Hijau, Tripoli semalam memberitahu ratusan penyokongnya supaya bersiap sedia untuk mempertahankan ibu negara ini.
Sementara itu, Duta Libya ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Mohammed Shalgham, rakan Gaddafi sejak kecil, menjadi pegawai terbaru berpaling tadah, menyusuli timbalannya, Ibrahim Dabbashi yang berbuat demikian, baru-baru ini.
“PBB, tolong selamatkan Libya. Tolong cegah pertumpahan darah, tolong cegah pembunuhan orang tidak bersalah.
“Kami meminta satu resolusi yang tegas, segera dan berani daripada anda semua,” kata Shalgham kepada Majlis Keselamatan PBB.
Sementara itu, penyokong setia Gaddafi membunuh ramai orang apabila mereka melepaskan tembakan ke arah penunjuk perasaan yang menyertai perarakan antikerajaan di Tripoli, semalam.
Ketika berucap dari atas bumbung sebuah bangunan di Tripoli semalam, Gaddafi menggesa penyokong yang berhimpun di Dataran Hijau di bawah sana supaya ‘mempertahankan Libya dan jika perlu, kita akan membuka semua gudang senjata’.
“Kita akan memerangi mereka dan kita akan menewaskan mereka,” katanya sementara penyokong menjulang potret beliau dan mengibarkan bendera hijau negara ini.
Hampir seluruh bahagian timur negara di Afrika Utara ini sudah terlepas daripada cengkaman Gaddafi sejak pemberontakan rakyat bermula di bandar pelabuhan Benghazi pada 15 Februari lalu.
Ucapan semalam adalah kenyataan terbuka ketiga yang dibuat oleh Gaddafi dalam minggu ini, selepas beliau menggesa pengikutnya supaya menumpaskan pemberontak dan kemudian menuduh rangkaian al-Qaeda menghasut golongan muda ‘yang khayal dengan dadah’ supaya bangkit untuk menumbangkan beliau. – AFP
Utusan Malaysia Online - Berita Utama

Obama kenakan sekatan ke atas aset Gaddafi



WASHINGTON 26 Feb. - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama semalam secara peribadi mengenakan sekatan ke atas Pemimpin Libya, Muammar Gaddafi dan empat anak lelakinya, dalam percubaan jelas untuk melemahkan rejimnya yang semakin goyah dan menghukum tindakan ganas pemimpin veteran itu ke atas rakyat Libya.
Obama menggunakan kuasanya sebagai Presiden dalam arahan eksekutif untuk merampas semua aset milik Gaddafi dan empat anak lelakinya iaitu Ayesa, Mutassimi, Seif al-Islam dan Khamis di AS dan di luar AS yang berada di bawah naungan institusi kewangan AS.
Kata Obama, maruah rakyat Libya sebagai manusia tidak boleh dinafikan.
Washington juga menutup kedutaannya di Tripoli, memberi amaran pengintip AS sedang mencari bukti 'kekejaman' di Libya dan menyifatkan Gaddafi sudah kehilangan kepercayaan rakyatnya sendiri, dalam kenyataan yang menggambarkan AS mahu pemimpin veteran itu disingkirkan.
Pegawai berkata, sekatan AS itu bertujuan untuk mencegah aset dan kekayaan Libya daripada digelapkan oleh Gaddafi dan anak-anaknya.
Obama mengambil tindakan itu menjelang sidang Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menimbangkan sekatan multilateral ke atas kerajaan Gaddafi.
"Kerajaan Gaddafi telah melanggar norma-norma antarabangsa dan tatasusila dan mesti dipertanggungjawabkan.
"Sekatan itu ditujukan terhadap kerajaan Gaddafi sambil melindungi aset rakyat Libya," ujar Obama.
Libya dan para pemimpinnya disyaki menyimpan berbilion-bilion dolar dalam akaun bank asing, wang tunai yang kebanyakannya hasil kekayaan minyak negara itu.
Menurut mesej daripada Kedutaan AS di Tripoli pada tahun lepas, diperoleh oleh WikiLeaks, dana kekayaan negara Libya mengandungi wang tunai berjumlah AS$32 bilion (RM99.2 bilion) manakala 'beberapa bank AS masing-masing mengurus dana berjumlah AS$300 juta (RM930 juta) hingga AS$500 juta (RM1.55 bilion)'. - AFP
Utusan Malaysia Online - Luar Negara

Loji minyak terbesar Iraq diserang




GAMBAR fail bertarikh 18 September 2003 merakamkan anggota bomba bertungkus lumus memadamkan kebakaran di loji penapis minyak di bandar Beiji di sempadan Iraq-Turki akibat diletupkan oleh kumpulan bersenjata. - AP


SAMARRA 26 Feb. - Loji penapis minyak terbesar di Iraq diserang awal hari ini, menyebabkan dua jurutera terbunuh dan memaksa kemudahan itu ditutup apabila satu unit penapisnya mengalami kerosakan teruk.
Sekumpulan lelaki bersenjata menggempur loji penapis di Baiji, di wilayah Salaheddin, ke utara Baghdad pada kira-kira pukul 4.30 pagi ini (9.30 pagi waktu Malaysia), membunuh jurutera tersebut dan memasang bom di unit penapis.
"Kumpulan bersenjata memasuki loji penapis dan menembak mati dua juruteranya," kata timbalan ketua keselamatan loji, Abdul Qader al-Saab.
Penyerang kemudian meletupkan bom di sebuah unit penapis, unit Al-Shamal yang menghasilkan 25 peratus daripada keluaran loji itu, katanya.
Seluruh loji penapis terpaksa ditutup kerana unit itu rosak teruk.
Iraq buat masa ini mempunyai tiga loji penapis iaitu Baiji di utara, Basra di selatan dan Dora di selatan Baghdad.
Ketiga-tiga loji tersebut mengendalikan kapasiti 550,000 tong minyak mentah sehari, menghasilkan produk bertapis termasuk 12 juta liter petrol, 15 juta liter diesel, sembilan juta liter minyak pemanas dan sejumlah besar minyak bahan bakar untuk stesen jana kuasa.
Baiji sahaja mempunyai kapasiti keseluruhan untuk menapis 290,000 tong minyak mentah tetapi beroperasi pada tahap 70 peratus daripada kapasiti sebelum serangan itu. - AFP
Utusan Malaysia Online - Luar Negara

Adu polis harga minyak naik





2011/02/27

SEORANG lelaki mengisi minyak di sebuah stesen di San Francisco.
SEORANG lelaki mengisi minyak di sebuah stesen di San Francisco.


Pemandu berang kenaikan berlaku ketika sedang isi bahan bakar

WASHINGTON: Pejabat Sherif St John The Baptist Parish menerima panggilan paling pelik minggu ini apabila seorang pemandu meminta bantuan polis kerana pengusaha stesen minyak menaikkan harga ketika dia sedang mengisi minyak kenderaannya, lapor akhbar.
Panggilan itu pada Khamis lalu mengejutkan pegawai polis sekali gus dikelaskan dalam senarai baru, ‘aduan paling luar biasa’.
Aduan yang pernah diterima sebelum ini termasuk tak tahan bunyi anjing menyalak dan ‘anak saya tak mahu pergi ke sekolah.’

Apapun, panggilan paling luar biasa itu mungkin menunjukkan perubahan corak aduan sejajar dengan perubahan era.

Pada 2 petang hari itu, panggilan kecemasan 911 Sherif menerima panggilan seorang pemandu yang ‘naik darah’ melihat harga minyak tiba-tiba naik ketika dia masih mengisi minyak.

Pemandu tidak dinamakan itu memberitahu, ketika dia mula mengisi minyak di stesen itu yang terletak di 901 East Airline Highway, harga di pam adalah AS$3.049 segelen.
Tetapi, ketika dia masih mengisi, harga itu naik kepada AS$3.189 menyebabkan pemandu terbabit bertikam lidah dengan atendan stesen dan kemudian menelefon polis kerana tidak puas hati dengan apa yang dijelaskan.

“Pemandu itu anggap perbuatan stesen berkenaan tidak adil. Selain itu, atendan stesen pula tidak memberi kerjasama menyebabkannya menelefon kami,” kata Kapten Dane Clement.

Bagaimanapun, tiada siapa ditahan dan laporan itu akan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara dan dikategori sebagai ‘aduan sivil.’

Pengurus stesen, Sam Aljousi, berkata pemandu terbabit berhenti di stesen berkenaan ketika harga sedang diubah dan mahu harganya diturunkan.

“Semua orang sepatutnya menunggu (sehingga harga baru ditunjukkan). Jadi, tidak mungkin harga diturunkan. Lagipun, ia dilakukan komputer,” katanya lagi. – Agensi
Berita Harian Online | Adu polis harga minyak naik

Gaddafi lancar perang saudara





2011/02/27



  • Foto
    PENUNJUK perasaan anti-Gaddafi menghadiri solat Jumaat sebelum meneruskan protes terhadapnya di Tripoli, semalam.
  • Foto
    GAMBAR televisyen menunjukkan Gaddafi berucap penuh semangat kepada penyokongnya di Dataran Hijau.
Pemimpin Libya sedia beri senjata kepada penyokong serang penentang

TRIPOLI: Pemimpin Libya, Muammar Gaddafi melancarkan perang saudara selepas menyuarakan kesediaan untuk memberi senjata kepada penyokongnya untuk menyerang penentangnya, menyusuli keputusan Amerika Syarikat mengenakan sekatan ke atas ketua negara itu dan empat anak lelakinya.
Dalam ucapan serba ringkas di ibu negara kepada penyokongnya di Dataran Hijau, Gaddafi percaya penentangan terhadapnya akan dapat dihapuskan.
“Kita akan lawan mereka dan kita akan kalahkan mereka. Jika perlu, kita akan buka semua tempat simpanan senjata,” kata Gaddafi yang merampas kuasa ketika berpangkat kolonel pada 1969.

Hampir keseluruhan wilayah timur Libya tidak lagi berada di bawah kawalan Gaddafi sejak penentangan meletus di bandar pelabuhan Benghazi pada 15 Februari lalu, menyusuli pemberontakan di Mesir dan Tunisia.

Di Benghazi, jurucakap revolusi berkata, penentang mahu satu pentadbiran sementara mengambil alih pentadbiran.

“Kami tunggu Tripoli tamatkan pemerintahan Gaddafi dan anak lelakinya, selepas itulah kami akan bentuk kerajaan sementara,” kata Abdelhafiz Ghoqa.
Di WASHINGTON, Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama dilaporkan mengenakan sekatan peribadi ke atas Gaddafi dan empat anak lelakinya, dalam satu cubaan jelas untuk melemahkan lagi rejim yang sudah goyah itu.

Obama menggunakan kuasa presidennya dalam satu arahan eksekutif kelmarin untuk merampas aset Gaddafi dan anggota keluarganya yang dinamakan di Amerika dan global di bawah naungan institusi kewangan Amerika, mengatakan ‘maruah kemanusiaan’ rakyat Libya ‘tidak dapat dinafikan.’

Washington turut menutup kedutaannya di Tripoli sambil memberi amaran perisiknya sedang mencari bukti ‘pembunuhan beramai-ramai’ di Libya.

Ia juga percaya, Gaddafi kehilangan keyakinan rakyatnya, membayangkan bahawa Washington mahu pemimpin Libya itu segera disingkirkan.

Pihak berkuasa berkata, sekatan Amerika itu adalah cubaan langsung untuk menghalang sebarang kecurian aset Libya dan kekayaan negara oleh Gaddafi dan anak lelakinya di tengah pergolakan yang melaporkan lebih 2,000 terkorban dan memecah belahkan negara itu.

Secara peribadi, sumber berkata, Washington berharap langkah itu akan menggalakkan lebih ramai pembelotan dari dalam rejim.

Menurut satu mesej 2010 dari kedutaan Amerika di Tripoli, diperoleh WikiLeaks, dana kekayaan negara dimiliki Libya berjumlah AS$32 bilion (RM97.63 bilion) dalam bentuk tunai dan ‘beberapa bank Amerika setiap satunya menguruskan antara AS$300 juta hingga AS$500 juta (RM915.3 juta dan RM1.53 bilion).’

Sekatan Obama secara khusus menyasarkan anak lelaki Gaddafi, Ayesa Gaddafi, Mutassimi Gaddafi, Seif al-Islam dan Khamis Gaddafi. – AFP
Berita Harian Online | Gaddafi lancar perang saudara

Jururawat batal hidup semati bersama Gaddafi



pix_gal0
Kolotnytska didakwa jadi kekasih risau kekecohan di Libya

LONDON: Seorang jururawat Ukraine membatalkan ikrar untuk terus menjaga pemimpin Libya, Muammar Gaddafi selepas protes antipemerintah makin serius di negara Afrika Utara itu.
Jururawat peribadi Gaddafi berambut perang dan bertubuh seksi itu, Galyna Kolotnytska, 38, (atas), kelmarin berkata beliau akan terus berada di sisi pemimpin itu selepas Gaddafi berikrar untuk berjuang hingga habis-habisan menghapuskan tentangan terhadapnya.
Gaddafi ‘tidak boleh mengadakan perjalanan’ tanpa wanita cantik berstatus janda yang berasal dari Ukraine serta dituduh menjadi kekasih pemimpin itu.

Wanita ibu tunggal itu arif mengenai rutin lelaki itu, kata dokumen bocor yang didedahkan kepada akhbar The Sun.

Pegawai Ukraine berkata pihaknya belum menerima sebarang permohonan untuk membawa wanita itu pulang.

Anak perempuan janda itu, Tatiana, 20, berkata:
“Ibu menelefon semalam. Dia berada di Tripoli.

“Ada kejadian tembakan, pertempuran dan kekacauan lain disiarkan di televisyen.

“Dia masih tenang menghadapi keadaan dan berkata akan pulang segera.”

Gaddafi lebih mengutamakan Kolotnytska berbanding pengawal peribadi wanita Amazon yang pakar dalam pertahanan diri dan dikatakan masih dara.

Nota rahsia 2009 kepada Setiausaha Negara Hillary Clinton disiarkan selepas didedahkan WikiLeaks memberitahu yang pemerintah kuku besi itu bergantung kepada wanita itu.

Gaddafi dikatakan pernah menghantar pesawat peribadi untuk membawa Kolotnytska dari Libya ke Portugal untuk bertemu dengannya berikutan kelewatan kedatangan wanita itu akibat masalah visa.

Pegawai politik Ukraine mengesahkan jururawat Ukraine sentiasa bersama-sama pemimpin itu ke mana saja.

“Sesetengah sumber mendakwa Gaddafi dan Kolotnytska mempunyai hubungan romantik,” katanya.

Gaddafi dikatakan terlalu taksub bergantung kepada pegawai yang dipercayainya seperti Kolotnytska.

Tetapi kini kehidupannya sebagai orang kepercayaan akan berakhir dan musuh Gaddafi pula terus mendapat kekuatan.

Di sempadan di antara Tunisia dan Libya, ahli sukan bina badan Nabil Mohamed, berkata “Eva Braun tinggal dalam kubu bersama Hitler, mengapa Kolotnytska tidak boleh tinggal bersama Gaddafi?” – Agensi
Lagi berita dan gambar di muka 23, 24 dan 25.
Berita Harian Online

145 sah maut

CHRISTCHURCH: Perdana Menteri New Zealand, John Key, berkata gempa bumi yang berlaku Selasa lalu mungkin menjadi bencana terburuk negara itu.
Key turut mengumumkan pakej bantuan kepada kira-kira 50,000 penduduk Christchurch yang terjejas akibat gegaran sekuat 6.3 magnitud itu.

Katanya, kebanyakan mangsa mungkin tiada pekerjaan selama berbulan-bulan akibat kerja-kerja pembersihan dan pembinaan semula bandar berkenaan.

“Ini mungkin bencana paling tragik di negara ini,” katanya.

Key turut meluangkan masa bertemu mangsa bencana dan mencadangkan tafakur selama dua minit pada Selasa ini bagi memperingati korban gempa bumi berkenaan.


Sehingga semalam, jumlah korban bencana itu meningkat kepada 145 orang dan lebih 200 lagi masih gagal dikesan.


Pegawai polis Christchurch, David Cliff, berkata penyelamat sangat bimbang terhadap nasib mangsa lain yang belum ditemui.

Kenyataan itu membayangkan korban akan meningkat pada bila-bila masa.

Sementara itu, jurutera dan perancang bandar menganggarkan bahagian tengah bandar raya itu mungkin tidak dapat digunakan sepenuhnya sehingga beberapa bulan akan datang.

Penilaian mereka juga mendapati, sekurang-kurangnya satu pertiga bangunan juga mesti dirobohkan untuk dibina semula. - AP
myMetro145 sah maut

Bahrain tunduk desakan awam, rombak Kabinet

MANAMA: Bahrain merombak Kabinetnya dalam cubaan terbaru kerajaan meredakan kemarahan rakyat - kebanyakannya pengikut Syiah- yang mengadakan bantahan sejak pertengahan bulan ini.
Sumber kerajaan berkata, antara yang disingkirkan adalah Menteri Perumahan dan Menteri Kesihatan.

Bagaimanapun, sumber itu berkata, sehingga petang semalam surat pengesahan belum dikeluarkan.

“Saya menghubungi menteri terbabit malam tadi (malam kelmarin) dan dia memberitahu akan digantikan,” katanya.

Bahrain berdepan ketegangan terburuk sejak 1990-an apabila tujuh orang terbunuh dalam protes antikerajaan.


Kebanyakan rakyat negara itu bosan menjadi mangsa diskriminasi kerajaan yang menjadi sahabat kepada AS dan Arab Saudi. Ribuan penunjuk perasaan masih menduduki Dataran Permata di tengah Manama menuntut Kabinet meletak jawatan dan perlembagaan baru dirangka.

Ketika ini, Kabinet dilantik raja dan dua pertiga anggotanya terdiri daripada kalangan bangsawan. - ReutersmyMetroBahrain tunduk desakan awam, rombak Kabinet

Rakyat cemas hadapi serangan






SEDIH...Mohamed Shalgham (kiri) didakap timbalannya, Ibrahim Dabbashi, selepas memberi ucapan di Majlis Keselamatan PBB di New York, semalam.
SEDIH...Mohamed Shalgham (kiri) didakap timbalannya, Ibrahim Dabbashi, selepas memberi ucapan di Majlis Keselamatan PBB di New York, semalam.





TUNTUT REFORMASI...Amal Khamis (kanan) menjadikan wajahnya sebagai wadah menyatakan sokongan kepada kebangkitan rakyat Timur Tengah di New York, semalam.
TUNTUT REFORMASI...Amal Khamis (kanan) menjadikan wajahnya sebagai wadah menyatakan sokongan kepada kebangkitan rakyat Timur Tengah di New York, semalam.




TRIPOLI: Orang ramai berdebar-debar menunggu perkembangan terbaru protes antikerajaan semalam, selepas Muammar Gaddafi mengumumkan dia bersedia menyerahkan senjata kepada penyokongnya untuk bertempur.
Ketika AS mengenakan sekatan ke atas pemimpin Libya dan empat anak lelakinya, Libya terus berada dalam keadaan tidak menentu, manakala jumlah korban pula terus meningkat.

Dalam ucapannya di depan pengagumnya di Tripoli, Gaddafi berkata, kumpulan antikerajaan akan ditewaskan.

“Kita akan menentang dan mengalahkan mereka.

“Menyanyilah dan menarilah kerana kita sedang mempersiapkan diri menghadapi mereka.


“Jika perlu, semua gudang senjata akan dibuka,” katanya.


Pada masa sama, desakan menyingkirkan Gaddafi juga terus memuncak dengan puluhan ribu orang mengadakan protes di seluruh dunia Arab mengecam kekejamannya menghadapi kebangkitan rakyat.

Memimpin Libya sejak 1969, Gaddafi berdepan protes paling besar daripada rakyatnya dan ia turut mendapat sokongan diplomat serta anggota tentera.

Duta Libya ke PBB - juga rakan Gaddafi pada zaman kanak-kanak - Mohammed Shalgham, menjadi diplomat terbaru memberi sokongan kepada kebangkitan rakyat.

Sambil menitiskan air mata, dia merayu PBB bertindak menyelamatkan Libya daripada kekejaman Gaddafi.


Kenyataan itu mendorong Majlis Keselamatan PBB mengarahkan sidang khas diadakan bagi mempertimbangkan sekatan ke atas Gaddafi.


Sejurus selepas Mohammed Shalgham berucap di PBB, penduduk Tripoli bergembira seketika, sebelum tergamam tidak lama kemudian apabila bekalan elektrik dimatikan.


Seorang penduduk Tripoli berkata, mereka takut jika ia menandakan rejim Gaddafi bersiap sedia melancarkan serangan.


“Kami mencapai apa saja yang ada untuk dijadikan senjata dan berkurung dalam rumah,” katanya. - AFP
Rakyat cemas hadapi serangan

Gaddafi dan 40 pengawal wanita





GADDAFI sentiasa ditemani pengawal peribadi wanita tidak kira siang mahupun malam.



PADA Jun 2009, pemimpin Libya, Muammar Gaddafi tiba di Rom, Itali dengan 300 ahli rombongan. Mereka menggunakan tiga buah pesawat Airbus.
Seperti kebiasaan apabila melakukan lawatan ke luar negara, Gaddafi akan membawa bersama khemah gergasi Badwi yang didirikan di tengah-tengah bandar.
Beliau lebih suka tidur bahkan bertemu pemimpin negara asing di khemah itu berbanding hotel mewah.
Pada tahun 2007, Gaddafi bukan sahaja memacakkan khemah di kawasan lapang sebuah hotel lima bintang di Paris malah mempamerkan untanya di situ.
Senarai sisi eksentrik Gaddafi seperti yang dilaporkan akhbar Britain, Daily Mail termasuklah tindakannya membawa unta gurun Sahara sebagai sebahagian daripada rombongan pengiringnya semasa beliau melawat Perancis.
Gaddafi memerlukan lima buah kapal terbang untuk mengangkut semua ahli rombongannya.
Gaddafi memacakkan khemahnya di estet milik jutawan Amerika, Donald Trump di New York semasa menghadiri Perhimpunan Agung, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada September 2009. Gaddafi mengembara dengan membawa khemah bagi menonjolkan asal-usul Badwi.
Masyarakat Badwi merupakan kumpulan puak yang tinggal di kawasan padang pasir di Afrika.
Khemah
Apabila mereka berkelana merentas padang pasir, mereka akan mendirikan khemah bagi bermalam atau berlindung daripada cuaca buruk termasuk ribut pasir.
Kain khemah itu biasanya diperbuat daripada bulu biri-biri yang ditenun dengan tangan.
Dengan memakai gel dan rambut yang diwarnakan semasa tiba di Itali dua tahun lalu, Kolonel itu disifatkan media Barat mirip gaya Raja Pop, Michael Jackson.
Di tengah dadanya tersemat sekeping gambar pemimpin pemberontak Libya yang telah dihukum gantung oleh penjajah Itali pada tahun 1931. Beliau diberi sambutan negara oleh Perdana Menteri Silvio Berlusconi.
Pakaian Gaddafi sememangnya sering menarik perhatian. Beliau gemar memakai jubah yang panjang berjela dan mengenakan cermin mata seperti seorang juruterbang.
Beliau yang memakai topi tentera, kelip merah dan pakaian lengkap seorang kolonel tentera masih mencuri tumpuan.
Namun, pasukan pengawal peribadi Gaddafi, kini berusia 68 tahun, lebih memukau. Mereka memakai uniform khaki dan beret merah sambil menggalas senapang Kalashnikov buatan Rusia.


GAYA Gaddafi tidak banyak berubah sejak berkuasa lebih 40 tahun lalu.


Kira-kira 42 tahun lalu, Gaddafi menggulingkan raja terakhir Libya, Raja Idris atas nama revolusi Islam. Beliau juga mengisytiharkan dirinya sebagai pelopor sosialisme Islam.
Bagaimanapun, pengawal peribadi wanitanya itu tidak menyorokkan wajah mereka di sebalik burqa.
Menurut Gaddafi, mereka adalah simbol kepercayaannya pada emansipasi wanita.
"Wanita patut dilatih untuk berlawan, jadi mereka tidak mudah dipermainkan oleh musuh," kata Gaddafi.
Raja Afrika
Semua wanita itu dikatakan telah mengangkat sumpah taat setia kepada Gaddafi dan sanggup menyerahkan seluruh hidup mereka untuk lelaki itu.
Ternyata, dikatakan tiada seorang pun daripada mereka pernah meninggalkan Gaddafi baik siang mahupun malam.
Gaddafi juga menegaskan semua pengawalnya masih dara iaitu syarat wajib sebelum dibenarkan bertugas dalam pasukan elit itu.
Malah, pekerjaan yang dianggap berprestij itu sentiasa menjadi buruan wanita Libya.
Mereka dilatih di sebuah kolej khas dan mengikuti program fizikal yang lasak.
Mereka dilatih untuk menjadi pembunuh, pakar senjata api dan mahir dalam seni mempertahankan diri.
Gaddafi akan membuat sendiri pemilihan terakhir, namun ada khabar angin kononnya pengawal peribadi itu turut dikehendaki melayan kehendak seksual Gaddafi.
Wanita-wanita itu memakai lipstik, barang kemas, kuku yang dikilatkan bahkan kasut tumit tinggi tetapi ketangkasan mereka telah diuji berulang kali.
Pada tahun 1998, salah seorang daripada mereka terbunuh dan tujuh yang lain cedera selepas kumpulan fundamental Islam di Libya menyerang kenderaan Gaddafi.
Gadis yang mati itu dikatakan merupakan pengawal kesukaan Gaddafi. Dia 'menerbangkan' dirinya untuk melindungi tubuh Gaddafi.
Dia rela mati ditembusi peluru berbanding membiarkan peluru itu mengenai tuannya.
Kehebatan Gaddafi adakalanya dipuji lawan dan kawan. Malah, ramai yang tertanya-tanya bagaimana Gaddafi, yang pernah dianggap oleh Barat sebagai bapa keganasan dan lelaki di sebalik pengeboman Lockerbie pada tahun 1988, diberi layanan istimewa oleh Berlusconi.

SUASANA lapangan terbang di Tripoli minggu ini yang menyaksikan ramai rakyat asing meninggalkan Libya berikutan pergolakan anti-Gaddafi.


Sebenarnya, tidak ramai pemimpin dunia seperti Gaddafi mengekalkan kuasa dan mengharungi pelbagai tekanan sepanjang 40 tahun pemerintahannya.
Beliau menulis sendiri buku Green Book yang memaparkan pandangan politik dan teori sosialnya.
Apabila beliau berkuasa pada tahun 1969, Gaddafi sanggup menghukum musuhnya tanpa belas kasihan.
Pada tahun 1970, beliau sendiri mengarahkan hukuman gantung sampai mati dilakukan di tempat awam.
Pada tahun 1977, beliau hadir semasa pelajar-pelajar yang memberontak ke atas rejimnya dihukum gantung.
Kuasanya bukan setakat di Libya malah diakui di seluruh Afrika. Dua tahun lalu, Gaddafi menjemput lebih 200 kerabat raja Afrika dan pemimpin puak ke bandar Benghazi yang terletak di pinggir Laut Mediterranean bagi menyokong kempen 'Penyatuan Afrika' Gaddafi.
"Kita mahu tentera Afrika mempertahankan Afrika, kita mahu mata wang tunggal Afrika dan kita hanya perlukan satu pasport untuk mengembara ke seluruh negara di Afrika," beritahu Gaddafi kepada kumpulan itu yang datang dengan memakai mahkota emas dan pakaian kebesaran berwarna-warni.
Selepas peristiwa itu, Gaddafi mula digelar 'Raja Segala Raja' di Afrika. - Agensi
Kosmo! Online - Rencana Utama