Pages

Wednesday, October 6, 2010

3 Perkara yang kamu kasihi adalah bukan untu anda


http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs709.snc4/62928_118867664837222_100001419666050_124866_4145182_n.jpg
  1. Kamu mengasihi diri kamu, sebenar adalah untuk hawa nafsu.
  2. Kamu mengasihi roh, sebenarnya kamu mengasihi Allah SWT.
  3. Kamu mengasihi harta, sebenarnya kamu mengasihi semua pewaris harta yang kamu tinggalkan.
Sarah Hikam. m/s : 55.

Dadah Di Palestin


Remaja dan masyarakat Palestin turut menghadapi ancaman dadah, lihatlah betapa banyaknya dadah yang dapat dirampas dibawah pemerintahan Hamas sedangkan kawasan di bawah naungan Fatah dipenuhi dengan dadah, arak dan hiburan.

2 Perkara yang kamu perjuangkan, Allah SWT telah sediakan


http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs256.snc4/40151_138530219527088_100001103330884_189292_7965367_n.jpg
  1. Kamu mencari kesenangan.
  2. Kamu mencari kesukaan.
semuanya telah Allah SWT sediakan di dalam Syurga.

Fatwa Terbaru Ulamak Yahudi : Tentera yahudi dibenar melakukan hubungan seks


http://www.paltimes.net/data/news/images/6486b3b92aba5eaa70092cbe2e555847.jpg

فتوى يهودية تبيح لـ “نساء الموساد” ممارسة الجنس

Pimpinan Tentera israeil membenarkan perlakuan seks dikalangan tentera mereka walaupun tanpa tali pernikahan.
أفتى حاخام يهودي بالسماح للمجندات العاملات في جهاز “الموساد” الصهيوني بإقامة علاقات جنسية غير شرعية مع “أجانب” من دول أخرى بهدف تحقيق “مصالح وطنية صهيونية” .
وأباحت الفتوى اليهودية لعميلات “الموساد” أن يقمن بممارسة علاقات جنسية مع الرجال المحسوبين على “أطراف معادية” للكيان الصهيوني؛ إذا كانت تلك العلاقات تجري من أجل المصلحة الوطنية.
يذكر أن الاحتلال يعتمد على الإسقاط الأخلاقي لإسقاط عملائه وتجنيدهم من خلال علاقات غير شرعية يتم تصويرها والتهديد بفضحه مقابل التعامل .

REBUTLAH NIKMAT YG KEKAL BUKANNYA YG SEMENTARA


Ustaz Zahazan Mohamed


by Ustaz Zahazan Mohamed on Wednesday, October 6, 2010 at 1:53pm
Imam Tajuddin Ibn al-Subki (w. 771H) bercerita dalam bukunya Tabaqat al-Syafi‘iyyah al-Kubra (beliau menukilnya daripada Tarikh Nisabur karya Imam al-Hakim) tentang seorang perempuan yang suaminya yang baru sahaja mati syahid. Ia lalu bermimpi berjumpa dengannya di dalam syurga. Suaminya memberi perempuan ini sedikit daripada makanan syurga yang sedang disantapnya. Wanita itu berkata, “Bentuknya seperti roti, namun warnanya lebih putih daripada salji dan susu. Rasanya lebih manis daripada madu dan gula. Lebih lembut daripada mentega dan samin.”

Setelah terjaga dari tidurnya, wanita ini berasa sangat kenyang. Dan sejak hari itu, ia tidak pernah berasa lapar dan haus lagi. Beliau juga tidak pernah mengeluarkan najis hingga akhir hayatnya.

20 calon PMR jalani peperiksaan di hospital




KOTA BHARU - Seramai 36,887 calon menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) mulai semalam sehingga 12 Oktober ini di 335 pusat yang disediakan. 

Pengarah Pelajaran Negeri (JPN) Hussain Awang berkata, daripada jumlah tersebut 30, 455 adalah calon dari Sekolah Bantuan Penuh Kerajaan dan selebihnya dari Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan Yayasan Islam Kelantan (YIK) dan calon persendirian. 

Menurutnya, pada tahun ini seramai 20 calon menduduki PMR di pusat peperiksaan sementara di beberapa buah hospital kerana kesihatan tidak mengizinkan dan kini masih menjalani rawatan. 

Hussain berkata, selain tiga calon Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) II manakala enam lagi pelajar menduduki PMR di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) dan selebihnya di hospital daerah termasuk swasta di jajahan masing-masing. 

“Selain itu, di Machang pula seramai 15 calon di Pusat Pemulihan Akhlak Machang turut menduduki peperiksaan PMR. 

“Kali ini juga seramai 144 calon dalam kalangan orang kurang upaya (OKU) bertempat di sekolah masing-masing turut menduduki peperiksaan sama,” katanya kepada media semalam selepas melawat tiga calon peperiksaan yang menerima rawatan di HRPZ II, semalam. 

Sementara itu, seorang calon, Wan Mohamad Hakimi Wan Maliki, 15, dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bunut Susu, Pasir Mas, bersyukur kerana masih mampu menduduki PMR walaupun dimasukkan ke hospital sejak dua hari lepas. 

Anak bongsu daripada lima adik-beradik dan berasal dari Kampung Binjai Manis, Pasir Mas itu menghidap penyakit darah tinggi dan salah satu organ penapisan (protein) bocor sejak berumur 8 tahun menyebabkan dia sering mengalami kembung perut dan cepat penat. 

“Saya bergantung kepada beberapa jenis ubat yang perlu dimakan setiap hari namun tidak ia sedikit pun melemahkan semangat saya dan tidak mengganggu tumpuan terhadap peperiksaan. 

“Saya juga sangat berharap mampu mengulangi kejayaan seperti dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tiga tahun lalu apabila memperoleh 4A dan 1B,” katanya.

Merungkai kesan portal Facebook


- ELVIZA MICHELE KAMAL 

Tidak faham kenapa saya harus membazirkan masa emas pada hari minggu, melayan kerenah perang minda dan hati. Si hati tegal enggan mengalah, bermati-matian menyuruh saya kusam di rumah untuk menelaah bahan-bahan bercetak. Sementara minda dan telefon pintar (kadang-kadang lebih cerdik daripada tuannya sendiri) pula, tidak putus-putus mengingatkan saya tentang tanggungjawab melunaskan jemputan rumah terbuka yang berpuluh-puluh itu. 

Jujur kata, dan selagi kita masih berbicara di ruang tertutup antara saya dan pembaca budiman sahaja, saya sebenarnya cukup malas untuk menghadiri rumah terbuka Syawal. Tetapi, bila teringat pesan nenda bahawa menghadiri jemputan sebegitu ada ganjaran pahalanya, saya gagahkan juga. 

Bukannya apa, pagi Ahad lepas, ada sesuatu yang menarik dalam majalah terbitan si orang putih, The New Yorker. Mereka telah menerbitkan penulisan tentang kehidupan peribadi Mark Zuckerberg dalam ruangan yang berjudul Letter from Palo Alto: The Face of Facebook. 

Sejak kali pertama saya mendaftarkan akaun di media sosial, Facebook, pada tahun 2007, saya sering tertanya-tanya siapakan gerangan pencipta laman web yang sungguh gargantuan pengaruhnya di seluruh dunia itu. Kali ini penulis, Jose Antonio Vargas, telah menjawab kemusykilan saya setelah meluangkan masa bersama Zuckerberg dan seterusnya menulis tentang kehidupan peribadi beliau. 

Antara fakta menarik dalam artikel Vargas: Sekiranya suatu hari, Zuckerberg membuat keputusan untuk memasarkan saham-saham Facebook di bursa saham, beliau akan menjadi lebih kaya dari si pencipta iPhone dan komputer riba MacBook yang masyhur itu! Zuckerberg khabarnya pernah menolak pelawaan MTV Networks, Google, dan Yahoo! untuk membeli Facebook. Laman jentera carian Yahoo! pernah menawarkan harga setinggi 1 bilion dolar untuk memiliki Facebook! 

Walaupun pernah menerima tawaran sebegitu lumayan, Zuckerberg tetap enggan menjual laman Facebook kepada sesiapa. Beliau memberitahu Vargas, bukan faktor wang menjadi ukuran, tapi laman itu seumpama bayi dan projek istimewa untuk dirinya. 

Namun tidak semuanya indah untuk anak muda kelahiran Palo Alto ini. Facebook telah dihujani kritikan getir daripada pengguna-pengguna berdaftar perihal isu privacy yang longgar. Zuckerberg juga masih berdepan dengan tuntutan saman mencecah jutaan dolar daripada bekas rakan-rakan yang menuduh beliau mencuri idea asal mereka dalam menubuhkan Facebook. Betapa mahalnya harga sebuah idea, boleh bikin orang seperti Zuckerberg hilang tidur malam. 

Bagi saya enteng sahaja, punca laman media sosial mendapat sambutan di luar jangkaan mutakhir ini, hanya satu: Mereka memberikan kuasa bersuara untuk orang kebanyakan yang lazimnya tidak berkuasa, atau mampu bersuara di laman media tradisional. Juga faktor laman Facebook yang mampu mendekatkan pengguna dengan kenalan mereka - yang jauh jadi dekat, yang asing jadi rapat. 

Saya juga mendengar desas-desus dan membaca artikel tentang pekerja-pekerja yang menjadi kurang produktif kerana terlalu leka melayari laman Facebook. 

Sekiranya anda adalah salah seorang daripada majikan yang berpendapat sedemikian, halang sahaja akses ke laman Facebook di pejabat anda. Selesai masalah. 

Tetapi bukankah sebelum lahirnya media sosial, pekerja swasta atau penjawat awam juga pernah ‘ditangkap’ kerana leka bermain Solitaire dan Minesweeper di komputer? Itu belum lagi dikira kerugian sumber dek kerana mereka asyik bergayut telefon berjam-jam lama, sebelum ombak revolusi internet melanda. 

Punca pekerja mencuri tulang tidak terhad kepada ketagihan laman media sosial sahaja. Kajian mendapati bahawa otak manusia tidak dicipta untuk memberikan tumpuan terhadap tugas yang diberi selama lapan jam berturut-turut. 

Kita memerlukan rehat singkat secara periodik untuk melepaskan beban tekanan yang ditunda ke atas otak. 

Sekiranya tidak, ianya akan menjadi punca kehilangan kreativiti dan membantutkan kelahiran idea baru. 

Khabarnya PDRM baru sahaja membuka laman Facebook mereka secara rasmi. Syabas untuk PDRM, semoga pasukan polis akan menjadi lebih efektif dengan menceburi dunia media sosial. Pihak berkuasa lain bila lagi? 

Akhir kalam, dan seperti yang dituntut oleh agama, segala cabang kehidupan – bukan setakat media sosial sahaja – harus didekati secara wasatiah, barulah hidup selamat dan berkat. 


� Elviza adalah penagih laman media sosial yang tegar. Temui beliau di laman Twitter http://twitter.com/elviza

Gadis 'ghaib' SMS dari kubur



  • Foto
    Siti Balqis Mohd Nor
  • Foto
    NAJIB Abdullah Ghani mengubati Siti Balqis sambil diperhatikan Adun Jabi, Ramlan Ali (dua dari kanan) di rumah di Kampung Gong Nangka, Apal, Jertih, malam tadi.
JERTIH: "Ibu cepatlah datang segera ke kubur, Siti takut tiada orang lain di sini." Itulah khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar Siti Balqis Mohd Nor, gadis yang mendakwa sering ghaib dari rumah selepas tiba-tiba menyedari berada di perkuburan Kampung Bukit Kenak, kira-kira lima kilometer dari rumahnya tiga hari sebelum Aidilfitri lalu.

Siti Balqis (atas), 22, yang menghadapi gangguan misteri sejak dua bulan lalu menyebabkannya sering ghaib dari rumahnya di Kampung Gong Nangka, Apal, di sini mendakwa ketika itu telefon bimbit yang ada bersamanya menunjukkan jam 2 pagi.
“Namun, saya tidak tahu bagaimana boleh berada di tanah perkuburan dan lebih dahsyat saya berada di dua tanah perkuburan pada malam itu.
Selepas tersedar berada di kubur Kampung Bukit Kenak, saya tiba-tiba berada pula di kubur Kampung Gong Rengas, kira-kira 10 kilometer dari rumah kami,” katanya ketika ditemui semalam.

Siti Balqis mendakwa hanya mengetahui kisah kubur berkenaan apabila dibawa semula ke kawasan berkenaan, tetapi hingga kini tidak tahu siapa yang membawanya, apa yang dilihat dan dilakukannya sepanjang lima hingga enam jam berada ‘di alam ghaib’.

Namun, Siti Balqis mendakwa sepanjang di tanah perkuburan itu, dia mendengar orang menangis, meminta tolong dan mengaji al-Quran. 

Sementara itu, ibunya, Norizan Said, 47, berkata, pada malam mendapat SMS Siti Balqis, beliau bersama suami serta seorang lagi anaknya bergegas ke kubur berkenaan, tetapi selepas puas mencari, mereka tidak menemuinya. 
“Kami bergegas pula ke kubur di Kampung Gong Rengas dan di satu kubur baru, ada bekas seperti diduduki seseorang, tetapi Siti tiada di situ,” katanya dan menambah mereka kemudian ke Balai Polis Jertih pada jam 5 pagi untuk membuat laporan. 

Bagaimanapun, sejurus masuk ke rumah kira-kira jam 6 pagi, Siti muncul di depan rumah dengan tubuhnya dibasahi air dan baju berlumuran tanah merah.

Kisah Siti Balqis menggemparkan penduduk daerah ini hinggakan ramai yang sukarela membantu berjaga bersama keluarganya selepas anak sulung empat beradik itu dikatakan ghaib ke pelbagai tempat termasuk siling rumah, atas pokok, dalam mesin pembancuh simen dan atas kubur. 

Siti Balqis juga mendakwa dia luka pada tangan dan kaki ketika berada di sebuah mesin pembancuh simen tidak jauh dari rumah dan ketika di atas pokok manggis, di belakang rumahnya. 

Dia juga mendakwa ternampak saudara mara dan orang kampung mencarinya, malah ketika berada di sebuah rumah tinggal, dia menyentuh bapa saudaranya tetapi tidak perasan kehadirannya. 

Malam tadi, Norizan menggunakan khidmat tujuh bomoh untuk mengubati anaknya secara tradisional dan wakil Berita Harian turut berada di rumah Siti Balqis bagi meninjau dan memastikan dakwaan dia ghaib.

Sementara itu, kalangan ahli agama di negeri ini berpendapat kejadian itu mungkin disebabkan gangguan jin yang cuba merosak keimanan manusia dan cara terbaik mengatasinya ialah amalan zikir dan membaca al-Quran serta solat hajat dan tahajud. 

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, Muhammad Ramli Nuh, berkata kejadian adalah luar biasa tetapi perlu dilihat secara positif dari sudut agama. 

Muhammad Ramli berkata, cara terbaik mengatasinya ialah ahli keluarga Siti Balqis sentiasa berdoa kepada Allah meminta dilindungi daripada perbuatan sihir dan diganggu syaitan. 

Timbalan Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Negeri (Operasi), Omar Musa, pula berkata apa yang dialami Siti Balqis itu mungkin ada kaitan dengan gangguan makhluk halus.

Katanya, keluarga mangsa hendaklah bersabar dan mendapatkan rawatan alternatif perubatan Islam bagi membolehkannya tidak lagi diganggu oleh makhluk halus.

“Tetapi, perlu diingatkan jangan sekali-kali beranggapan apa yang terjadi terhadap Siti Balqis ada kaitan dengan keramat kerana ada makhluk jin yang mahu merosakkan dan menyesatkan pemikiran dan akidah orang Islam,” katanya.

Rumah untuk miskin tegar




SABAH mendahului senarai dengan bilangan miskin tegar paling tinggi di Malaysia.


BAGI kebanyakan rakyat Malaysia sebuah rumah dengan kemudahan asas merupakan tempat bernaung yang cukup untuk seluruh keluarga. Apa sahaja yang lebih daripada itu dianggap sebagai mewah.
Tetapi kepada mereka yang tinggal di luar bandar dan jauh daripada arus pembangunan, sebuah rumah tiga bilik yang sederhana bagaikan syurga.
Kepada golongan masyarakat miskin tegar, kediaman milik sendiri merupakan langkah pertama untuk keluar daripada kepompong kemiskinan. Kepada golongan tersebut, rumah yang disediakan oleh kerajaan di bawah Program Bantuan Rumah (PBR) begitu bermakna.
Mereka yang layak mendapat rumah itu adalah 30,114 rakyat Malaysia yang disenaraikan sebagai miskin tegar sementara 53,025 lagi dikenalpasti sebagai miskin.
Sejak inisiatif Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) diperkenalkan, Kementerian Luar Bandar dan Pembangunan Wilayah (KKLW) telah menyediakan 2,496 kediaman di bawah PBR. Ia adalah kediaman baru atau yang diperbaiki dengan sasaran untuk menyediakan sejumlah 16,626 kediaman di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
Lebih selesa
Usaha tersebut adalah sebahagian daripada sasaran 50,000 rumah yang ditetapkan bagi program tiga tahun di bawah program NKRA. Rumah tersebut didirikan di tanah milik negeri atau swasta yang disediakan dengan kemudahan air yang dirawat dan bekalan elektrik 24 jam.
Sebuah rumah asas PBR tiga bilik di Semenanjung dianggarkan bernilai RM33,000 sementara di Sabah dan Sarawak harganya mencecah RM43,000. Di bawah sub-KRA Infrastruktur Asas Luar Bandar, Kementerian menyediakan 109 kediaman di Sabah, 1,437 di Sarawak dan 950 di Semenanjung.
Bagi Nuraine Nasir, 37, peserta Program Bantuan Rumah Berkelompok e-Kasih Kampung Londah, Gemas di Negeri Sembilan, kediaman baru beliau lebih selesa daripada pondoknya di Rokan.
“Saya bersyukur dapat rumah ini”, kata ibu tunggal tiga anak itu. Nuraine menyara hidup dengan menjual minuman sejuk di sekitar kawasan perumahan baru itu yang terletak 10 kilometer (km) dari bandar Gemas.
Beliau adalah kumpulan pertama penduduk miskin tegar yang mendapatkan kunci rumah selepas Pejabat Daerah memaklumkan permohonannya untuk mendapatkan rumah PBR itu siap untuk diduduki.
Bulan lalu, Menteri Luar Bandar dan Pembangunan Wilayah Datuk Seri Shafie Apdal melancarkan program perumahan tersebut dengan membuka pintu 50 buah rumah yang masing-masing bernilai RM33,000 lengkap dengan bekalan air dan elektrik 24 jam.
Jiran Nuraine, Mohd. Isa Ibrahim, 47, berharap dapat mengharungi masa depan yang lebih baik bersama lima anaknya setelah memiliki kediaman sendiri.
“Rumah ni macam syurga bagi kami orang susah ni. Mana nak dapat rumah percuma kalau kerajaan tak tolong kami”, katanya.
Program Bantuan Rumah (PBR) Berkelompok e-Kasih Kampung Londah merupakan satu lagi harapan yang disampaikan oleh kementerian kepada mereka yang dikenalpasti sebagai miskin tegar.
Kementerian juga bertanggungjawab menyediakan jalan-jalan di kawasan luar bandar di bawah Program Jalan Luar Bandar (JALB), bekalan air yang dirawat di bawah Program Bekalan Air Luar Bandar (BALB) dan Program Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB).
Ini adalah empat daripada sub-KRA. Masing-masing menyasarkan untuk membina jalan baru sepanjang 7,000 km dan menaik taraf jalan-jalan bagi penduduk di luar bandar. Selain itu, menyampaikan bekalan air bersih kepada 360,000 isirumah dan elektrik bagi 140,000 kediaman sehingga tahun 2012.
Sehingga ini, kementerian telah membina jalan sepanjang 477.8 km, yang terdiri daripada 171 km jalan di Sabah, 17.1 km di Sarawak dan 289.7 km di Semenanjung.
Jalan-jalan di luar bandar itu menghubungkan 91.4 peratus daripada mereka yang tinggal dalam lingkungan lima km dari jalan yang diturap di bawah JALB.
Sehingga ini, Kementerian telah membekalkan air bersih untuk 10,524 kediaman daripada sasaran 70,181 rumah di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

KEDIAMAN yang menempatkan penerima Program Bantuan Rumah (PBR) Berkelompok Desa E-Kasih di Kampung Londah, Gemas, Negeri Sembilan.


Sejumlah 5,789 kediaman di Sabah kini menikmati bekalan air di bawah BALB dengan 1,096 di Sarawak dan sejumlah 3,639 di Semenanjung.
Memeta golongan miskin
Kementerian membekalkan 2,691 rumah dengan bekalan elektrik 24 jam daripada sasarannya sebanyak 25,312 kediaman pada tahun 2010. Daripada jumlah itu, 1,476 adalah di Sabah, 1,090 di Sarawak dan 125 di Semenanjung.
Projek-projek NKRA yang dilaksanakan oleh Kementerian adalah menerusi kerjasama daripada Bahagian Infrastruktur, Bahagian Kesejahteraan Rakyat dan unit NKRA.
Bahagian Kesejahteraan Rakyat baru-baru ini melaksanakan langkah memeta taburan golongan miskin tegar.
Sejumlah 30,114 rakyat Malaysia dikategorikan sebagai miskin tegar dan 53,025 lagi sebagai miskin sehingga Jun lepas.
Sabah mendahului senarai dengan bilangan miskin tegar paling tinggi iaitu sebanyak 14,184 orang dan 13,669 lagi dikategori sebagai miskin.
Sarawak pula di tempat kedua dengan mencatatkan 9,993 orang miskin tegar dan 13,993 orang miskin. Di Semenanjung, Kelantan mencatat bilangan miskin tegar tertinggi iaitu 2,357 orang dan 6,285 orang miskin.
Melaka pula adalah negeri yang mencatatkan bilangan orang miskin tegar terendah iaitu 25 orang, manakala 259 orang miskin sementara Labuan tidak mempunyai orang miskin tegar tetapi seramai 69 orang dikategorikan sebagai miskin. – Bernama

Tersilap pandu kereta ke platform kereta api




BEBERAPA anggota polis berdiri dekat sebuah kereta yang terbabas ke platform Stesen Kereta Api di Esher di Surrey, Britain pada Sabtu lalu.


KINGSTON - Seorang pesara memandu keretanya ke platform sebuah stesen kereta api selepas dia tersilap membelok kenderaannya, lapor sebuah akhbar semalam.
Puluhan penumpang terpaksa mengelak daripada dilanggar oleh kereta yang dipandu lelaki berusia 80 tahun itu semasa ia meluru ke stesen berkenaan.
Pesara itu yang memandu keretanya 75 meter ke platform Kereta Api Stesen Esher di Surrey pada Sabtu lalu.
Keretanya hampir terjatuh dari platform itu selepas lelaki tersebut bertindak menghentikan keretanya.
Semasa kejadian, isterinya turut berada di dalam kereta tersebut.
Polis kemudian menguruskan kereta itu untuk ditarik keluar daripada platform itu.
Bagaimanapun, malang bagi pesara itu kerana dia ditahan atas dakwaan memandu dalam keadaan bahaya. - Agensi

Pedagang diarah bayar balik RM20.7 bilion




JEROME KERVIEL (tengah) tiba di sebuah mahkamah di Paris untuk mendengar penghakiman ke atasnya semalam.


PARIS, Perancis - Seorang pedagang Perancis, Jerome Kerviel dipenjara lima tahun semalam kerana melesapkan berbilion-bilion euro dalam urus niaga haram dan memalukan sebuah bank tempatan utama.
Namun, Kerviel menganggap dirinya sebagai orang biasa yang terperangkap dalam lubuk ketamakan eksekutif-eksekutif perbankan.
Dia didapati mempertaruhkan hampir lima bilion euro (RM21.3 juta) dalam beberapa urus niaga berisiko sebagai pedagang indeks pasaran hadapan untuk Societe Generale yang merupakan antara bank terbesar di Eropah.
Kerviel turut diperintah membayar balik kerugian Societe Generale berjumlah 4.9 bilion euro (RM20.7 bilion).
Kerviel berdiri tanpa menunjukkan sebarang reaksi semasa hakim mahkamah memutuskannya bersalah terhadap semua dakwaan ke atasnya.
Dia didapati bersalah terhadap dakwaan pecah amanah, pemalsuan dan menggunakan komputer tanpa kebenaran untuk melindungi pertaruhan hampir 50 bilion euro (RM213.5 bilion) di antara lewat 2007 dan awal 2008.
Dilabel penjenayah oleh bekas majikannya dan kambing hitam oleh pihak lain, Kerviel bertegas bahawa pihak atasannya mengetahui tentang aktiviti haramnya.
Bagaimanapun, katanya, majikannya memilih untuk memejamkan mata asalkan dia dapat membawa masuk keuntungan untuk bank yang menjadi tempatnya bekerja.
Dalam satu memoir yang diterbitkan sebelum perbicaraannya, Kerviel berkata, dia diseret ke dalam kancah pesta ketamakan perbankan.
Walaupun dia mendatangkan keuntungan berbilion-bilion euro untuk bank berkenaan, Kerviel tinggal di sebuah flat sederhana di pinggir bandar raya ini.
Dia turut menaiki kereta api untuk melawat ibunya di Brittany, barat daya Perancis, ketika bercuti tanpa berkereta mewah.
"Saya cuma orang biasa. Saya bukan gila," katanya semasa siasatan dilakukan berhubung skandal itu selepas Bank Societe Generale terpaksa melakukan beberapa transaksi kecemasan mencecah 50 bilion euro (RM213.5 bilion) untuk menutup kerugian yang dialaminya.
"Pendapatan saya bukan berjuta-juta dan saya tidak memandu kereta Porsche," katanya.
Dia dibayar gaji 50,000 euro (RM213,567) setahun di samping bonus berjumlah berpuluh-puluh ribu euro apabila skandal tersebut terbongkar pada Januari 2008.
"Anda pernah melihat pangsapuri saya? Ia cuma seluas 45 meter persegi, tiada lukisan mewah. Ia dilengkapi perabot Ikea yang menandakan gaya kehidupan yang sederhana," tambahnya. - Agensi

Askar Israel menari di sekeliling tahanan wanita



BAITULMUQADDIS - Satu rakaman video yang menunjukkan seorang askar menari di sekeliling seorang tahanan wanita yang ditutup matanya telah mencetuskan kemarahan masyarakat Palestin semalam.
Klip itu mendapat perhatian selepas ditayangkan di sebuah televisyen swasta Israel, Channel 10 lewat malam kelmarin.
Ia menunjukkan seorang askar menari mengikut irama sebuah lagu Arab di sekeliling tahanan wanita tersebut.
Imej itu boleh dilihat menerusi laman YouTube.
Mangsa yang memakai tudung itu menghadap ke arah dinding dan matanya ditutup dengan menggunakan kain putih.
Wanita itu dilihat mengungkapkan perkataan Alllahuakbar berulang kali.
Berdurasi hanya lebih seminit, video tersebut pantas dikecam oleh pihak berkuasa Palestin sebagai sangat menghina maruah wanita.
"Ini adalah gambaran jijik tentang mentaliti sakit penceroboh. Ini bukan insiden terpencil," tegas satu kenyataan daripada pejabat Perdana Menteri Palestin, Salam Fayyad.
Sebagai maklum balas, tentera Israel mengutuk klip itu dan menyatakan polis tentera telah membuka satu siasatan atas insiden yang disifatkannya sebagai terpencil. -AFP

Lumpur toksik landa tiga daerah Hungary




BEBERAPA orang penduduk membersihkan lumpur toksik di kampung Devecser, Hungary semalam.


BUDAPEST - Pihak berkuasa semalam mengisytiharkan darurat di tiga buah daerah yang dicemari tumpahan lumpur toksik, kata Kementerian Dalam Negeri Hungary.
Setakat ini, tiga orang terbunuh manakala 120 yang lain cedera dalam tragedi berkenaan.
Kementerian itu memberitahu, darurat dikuatkuasakan di daerah, Veszprem, Gyor-Moson-Sopron dan Vas, barat Hungary selepas sebuah takungan sisa sebuah loji aluminium pecah dan mengeluarkan lumpur merah yang membanjiri perkampungan Devecser dan Kolontar serta mengancam lima kampung lain.
Datuk Bandar Kolontar, Karoly Tily berkata, antara yang maut termasuk seorang kanak-kanak berusia tiga tahun manakala jumlah kecederaan meningkat kepada 120 orang.
Sementara itu, Setiausaha Kementerian Alam Sekitar Hungary, Zoltan Illes, menyifatkan tragedi tersebut sebagai kemalangan kimia terburuk pernah melanda Hungary.
Sisa toksik merah itu terhasil daripada pengeluaran aluminium dan mengandungi bahan-bahan berbahaya seperti plumbum serta bahan menghakis.
Sebanyak tiga tan sisa itu dihasilkan dalam pengeluaran setiap satu tan aluminium. - AFP

Serpihan roket jatuh dari langit




PENDUDUK kampung melihat serpihan roket yang jatuh dari langit di sebuah kampung di mukim Suichuan, China baru-baru ini.


BEIJING - Penduduk di sebuah kampung di mukim Suichuan, China terkejut selepas mereka melihat beberapa serpihan logam jatuh dari langit pada waktu malam, lapor sebuah akhbar semalam.
Pada mulanya penduduk kampung itu menganggap berlaku gempa bumi pada tengah malam selepas mereka mendengar dua bunyi letupan yang kuat, baru-baru ini.
Namun, selepas bangun pada waktu pagi, mereka melihat beberapa serpihan logam yang dipercayai serpihan sebuah roket China yang dilancarkan ke bulan.
Serpihan logam itu jatuh dari langit setelah roket Long March 3C yang membawa kapal peninjau pesawat ke bulan, Chang'e II berlepas ke angkasa lepas dari sebuah pusat pelancar roket di wilayah Sichuan, China pada malam Jumaat lalu.
Tidak ada seorang pun dipercayai mengalami kecederaan akibat terkena serpihan itu.
Askar-askar China turut mengalihkan serpihan logam itu untuk dipindahkan ke tempat lain. - Agensi

Video klip Lady Gaga cecah 1 bilion penonton



LOS ANGELES 5 Okt. - Penyanyi terkenal, Lady Gaga dan Justin Bieber bakal mencipta sejarah dalam industri muzik antarabangsa apabila klip video mereka yang disiarkan di laman web YouTube menghampiri angka satu bilion penonton.
Pengarah Komunikasi TubeMogul, David Birch berkata, jika video klip Lady Gaga mengekalkan jumlah purata penonton seramai 1.8 juta sehari, beliau meramalkan, angka satu bilion itu akan berjaya diperoleh menjelang 20 Oktober ini.
Kata Birch, beliau menjangkakan video klip Justin Bieber pula akan ditonton sebanyak satu bilion kali menjelang 1 November ini, jika jumlah purata penontonnya sebanyak 3.7 juta sehari berkekalan.
Selepas Lady Gaga dan Justin, Birch berkata, video klip Michael Jackson memperolehi kutipan ketiga terbanyak dengan ditonton sebanyak 600 juta kali.
Walaupun video klip Lady Gaga akan menjadi yang pertama menerima jumlah satu bilion penonton, namun, video klip Justin kekal sebagai yang paling popular setakat ini dengan jumlah purata harian 3.98 juta berbanding Lady Gaga yang hanya memperoleh angka 2.04 juta penonton.
Kualiti klip video yang konsisten merupakan faktor utama mengapa orang ramai gemar menonton video Justin.
Sejak April hingga Ogos lalu, Justin memenangi sembilan daripada 10 anugerah terbaik bulanan, sekali gus membuktikan betapa popularnya artis remaja itu. - AGENSI

Berlian AS$38j dilelong



GENEVA 5 Okt. - Sebutir berlian berwarna merah jambu yang jarang ditemui bernilai lebih AS$38 juta (RM118 juta) akan dilelong di Geneva pada bulan depan.
Menurut firma lelong Sotheby, kerana harganya yang mahal, berlian seberat 24.78 karat itu mendapat gelaran 'berlian paling diidami di dunia'.
Berlian yang juga dikenali sebagai Berlian Merah Jambung Paling Istimewa ini didatangkan bersama sebentuk cincin dan merupakan koleksi peribadi.
Batu permata yang merupakan antara paling bernilai daripada jenisnya itu hanya mempunyai dua peratus berlian dan kali terakhir dilihat dipasaran kira-kira 60 tahun lalu ketika dijual oleh jauhari legenda Amerika Syarikat (AS), Harry Winston.
"Sepanjang 35 tahun bersama Sotheby, saya mempunyai peluang menilai banyak batu permata yang mengkagumkan dan jarang ditemui, tetapi ini merupakan yang paling dingini dan pernah saya lihat.
"Berlian ini sangat istimewa kerana gabungan warnanya yang luar biasa dan ketulenannya dalam bentuk zamrud klasik seperti gaya pemotongan biasa berlian putih," kata pengerusi jabatan jauhari antarabangsa Sotheby Eropah dan Asia Barat.
Sotheby menjangkakan berlian itu akan dijual pada harga antara AS$27 juta hingga AS$38 juta (RM84 juta hingga RM118 juta) semasa majlis lelong pada 16 November ini. - AFP