Pages

Tuesday, January 12, 2016

Arab Saudi negara ketiga 'paling gembira'

ISNIN, 11 JANUARI 2016 @ 12:05 PM


 GAMBAR sebahagian daripada pembangunan yang sedang dalam perancangan, dengan 15 peratus daripada 70 bandar batu persegi telah dibina di Arab Saudi. - Foto ihsan http://www.selsor.com/news/cedar-is-the-new-selsor-distributor-for-saudi-arabia/


RIYADH: Arab Saudi berada di tempat ketiga negara paling gembira di dunia dalam satu tinjauan pendapat yang hampir tidak menyenaraikan negara Eropah. Di sebalik kritikan kumpulan hak asasi manusia, dan berpecah berikutan ketegangan agama antara mazhab, Arab Saudi cuma dipintas Fiji dan Colombia yang berada di dua tempat teratas. Pada suhu purata 26 darjah Celsius pada Januari, Fiji yang indah memang ada sebab dipilih negara paling gembira tetapi Colombia yang berdepan peperangan pesaing kartel dadah dan rasuah, adalah negara yang berada di tempat pertama senarai daripada 68 negara. Malah Mexico berada di tempat kelapan negara paling gembira di dunia di sebalik bilangan kematian di negara itu mengatasi gabungan angka korban di Afghanistan dan Iraq antara 2007 dan 2014 disebabkan keganasan kumpulan penjenayah. Penyelidikan dilakukan WIN/Gallup International, persatuan tinjauan pendapat yang menemubual 66,040 penduduk di 68 negara. - Agensi

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/113185

Meteor dipercayai lebih tua dari bumi ditemui



PERTH - AUSTRALIA . Batu meteor yang dipercayai berusia lebih tua dari bumi dijumpai di Australia.
Batu angkasa lepas itu dikatakan jatuh dari atmosfera ke bumi pada 27 November tahun lalu dan disedari oleh penduduk setempat di William Creek dan Marree yang terletak di selatan Australia.
Dalam pada itu, Desert Fireball Network yang memantau meteor di kawasan pedalam turut menyedari perkara tersebut.
Memetik Metro.uk, pakar mengambil masa lebih tiga hari untuk mencari batu berkenaan.
Meteor berkenaan kemudiannya dijumpai tertanam 16.5 inci di dalam tasik garam lumpur beberapa hari kemudian dan dibersihkan.
Batu berkenaan dipercayai berusia lebih 4.5 juta tahu lalu dan dianggarkan lebih tua dari usia bumi.
Sementara itu, Phil Bland dari Universiti Curtin berkata, ia adalah usaha mengagumkan dari kumpulan penyelidik.
"Penemuan meteor ini memberi maksud istimewa terhadap kamera pemerhatian yang digunakan untuk mengira posisi meteor yang jatuh ke bumi serta memberi maklumat penting untuk kajian masa depan.
"Ia menunjukkan bahawa mesin gergasi yang dibina benar-benar berkesan," katany
a

'Kembar' dalam perut remaja lelaki


Narendra Kumar bersama "kembarnya" yang dibuang

ALLAHABAD - INDIA. Seorang remaja yang sering mengadu sakit perut terkejut selepas diberitahu punca penyakitnya itu adalah disebabkan oleh "kembarnya" yang hidup didalam perutnya sejak dia dilahirkan.
Doktor yang merawat Narendra Kumar, 18, menjumpai  janin  yang mempunyai 2.6 kg jisim tulang, rambut serta gigi di dalam abdomen remaja itu.
Menurut doktor Hospital Swaroop Narayan di utara India di Uttar Pradesh, Dr Rajeev Singh  berkata, ia telah hidup seperti parasit dalam badan remaja berkenaan sejak dia dilahirkan.
"Keadaan tersebut berlaku ketika peringkat awal kehamilan kembar apabila salah satu fetus memasuki fetus yang lain melalui tali pusat.
"Ia menjadi parasit dan akan 'hidup' di dalam kembar yang lagi satu," katanya dipetik MailOnline.
Narendra menderita sakit dan sering muntah-muntah malah turut hilang berat badan sejak bertahun lalu namun keluarganya gagal mengetahui punca mengapa berlaku demikian.
Perkara itu hanya diketahui selepas doktor melakukan pembedahan pada Isnin dan menemui janin tersebut yang menjadi punca penyakitnya itu.
Sementara itu, bapa remaja itu, Prem Chandra berkata, dia berasa lega kerana penyakit anaknya itu sembuh.
"Ia telah menyeksanya sejak bertahun dulu dan  kini telah dibuang. Saya berasa lega dan kini dia boleh ke sekolah dan mampu menjalani kehidupan seperti biasa," ujarnya
.

Tiga jam beratur dapatkan kalendar percuma


Orang ramai terpaksa beratur panjang untuk mendapatkan kalendar percuma.

SHANDONG - CHINA . Penduduk di bandar Shandong sanggup beratur lebih dari tiga jam semata-mata untuk mendapatkan kalendar dinding percuma.
Memetik laporan NetEase, orang ramai mula membentuk barisan sejak jam 7.00 pagi untuk mendapatkan kalendar percuma yang diberikan oleh seorang peniaga dari Liaocheng.
Kalendar tahun monyet percuma tersebut diberikan oleh peniaga tersebut yang membuka sebuah gerai di tengah-tengah bandar itu sebagai salah satu usaha untuk mempromosikan perniagaannya.
Apa yang menarik, orang ramai sanggup beratur lebih dari tiga jam di dalam cuaca sejuk kurang dari 5 darjah celsius serta terpaksa berdepan dengan pencemaran udara semata-mata untuk mendapatkan kalendar percuma yang harganya hanyalah 20 yuan.
Berita mengenai sambutan luar biasa oleh penduduk di China untuk mendapatkan barangan percuma bukanlah sesuatu yang baru.
Sebelum ini, media melaporkan orang ramai beratur lebih dua kilometer untuk mendapatkan nasi dan minyak percuma
.

2 calon payung emas

Taif: Dua wanita yang bermadu bertindak meminang dan mengahwinkan suami mereka yang sudah tua sebagai cara untuk menzahirkan cinta mereka kepadanya.
Awad bin Owaimier Al Dhuwaibi yang berusia 70-an berkata, dia amat terkejut apabila dua isterinya menawarkannya isteri ketiga.
“Saya mula menyangka mereka berjenaka. Tetapi mereka yakinkan saya bahawa mereka ikhlas.
“Mereka memberitahu bahawa mereka mahu mencari isteri muda untuk saya kerana mereka sayangkan saya dan mahukan saya gembira,” kata Awad kepada akhbar Okaz.
“Mereka mengadakan majlis kahwin itu minggu lalu dan saya kini berbulan madu. Saya tidak akan lupa apa yang mereka lakukan kepada saya,” katanya kepada wartawan di Taif, bandar di barat Saudi. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 11 January 2016 @ 7:01 AM


- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/106299#sthash.4tvpVuU4.dpuf