Pages

Wednesday, November 30, 2016

Lelaki paling gemuk di dunia lebih berat daripada disangka



GAMBAR dirakam awal bulan ini menunjukkan Franco dibawa keluar dari rumahnya. - DM



Mexico City: Lelaki paling gemuk di dunia didapati hampir 90 kilogram lebih berat daripada yang disangka.

Doktor sebelum ini percaya berat Juan Pedro Franco ialah 501 kilogram apabila dibawa ke hospital awal bulan ini untuk menjalani pembedahan bagi membantu dia berjalan semula untuk kali pertama dalam masa enam tahun.

Bagaimanapun, pemeriksaan yang dilakukan mendapati berat sebenarnya ialah 588 kilogram, kurang lapan kilogram berbanding seorang lagi warga Mexico, Manuel Uribe yang mati pada Mei 2014 dengan berat badan 596 kilogram.

Doktor Jose Antonio Castaneda, pakar yang membantu Franco menyifatkan penemuan itu mengejutkan tetapi dia masih merancang untuk menyaksikan pesakitnya diet selama tiga bulan sebelum menjalani pembedahan.

Franco menjadi tajuk berita di seluruh dunia awal bulan ini selepas gambarnya dibawa keluar dari rumahnya di Aguacalientes ke sebuah klinik di Guadalajara tersebar.

Dia merayu bantuan Julai lalu selepas mengumumkan beratnya melebihi 380 kilogram dan tidak keluar rumah selama enam bulan. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 28 November 2016 @ 10:56 AM