Pages

Monday, November 23, 2015

Guna duit kecil beli apartmen

Shandong, China: Seorang lelaki yang jelas tidak mensia-siakan kegunaan duit kecilnya, membawa satu lori dipenuhi dengan syiling mata wang rendah dan nota kertas untuk membeli sebuah apartmen, minggu lalu.
China News melaporkan, pada 18 November lalu seorang broker hartanah dari bandar Rizhao mendapat panggilan daripada pembeli yang berminat membeli hartanah yang berharga 400,000 yuan (RM300,000).
Bagaimanapun, pembeli yang dikenali sebagai Gao itu bertanya beberapa soalan mengenai sama ada kaedah pembayarannya akan diterima atau tidak.
Pada keesokannya, lelaki itu muncul di depan pejabat hartanah menaiki lori dengan harapan duit syiling yang diletakkan dalam sembilan peti di tempat duduk belakang kenderaannya mampu membayar harga apartmen yang dibelinya.
Dua kakitangan bank ditugaskan mengira semua wang yang mengandungi campuran nota 0.5 dan 1 yuan serta syiling 1 yuan.
Bagaimanapun, sehingga 19 November lalu, mereka hanya mampu mengira sehingga 40,000 yuan (RM30,000).
Gao dilaporkan berurusan dengan syarikat pengangkutan awam tempatan yang sering membayarnya menggunakan wang kecil.
Ketika bercakap kepada wartawan, ketua bank tempatan itu memberitahu begitu jarang melihat seseorang membuat pembayaran dalam jumlah yang besar menggunakan wang kecil. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 23 November 2015 @ 10:19 AM


WANG yang dibawa di belakang lori.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/95086#sthash.kVVepMhK.dpuf

Salji turun sebulan lebih awal di Beijing


salji
Orang ramai menikmati snowscape di Jingshan Park di bandar Beijing, China, hari ini. China semalam mengeluarkan amaran ribut salji di Beijing dan kawasan-kawasan jiran akan melanda. - Foto EPA

BEIJING - CHINA. Sajli tiba sebulan lebih awal di Beijing dan ia menandakan telah bermulanya musim sejuk yang kebiasaannya bermula bulan Disember hingga Februari.
Penduduk kota Beijing dibangunkan dengan kehadiran salji pada pukul kira-kira pukul 7 pagi tadi dan ramai warganya tidak melepaskan peluang untuk keluar bermain salji.
Keadaan cuaca di Beijing juga dikatakan akan menjadi lebih sejuk dalam tempoh beberapa hari akan datang dengan suhu dijangka jatuh antara -2 dan -10 minggu depan.
Menurut laporan China Daily.com, Pusat Meteorologi Kebangsaan telah mengeluarkan amaran ribut salji dijangka melanda Beijing, Wilayah Autonomi Mongolia Dalam, wilayah utara Shanxi, Hebei dan Tianjin dengan salji berketebalan sehingga 12 milimeter.
Penduduk Beijing telah menyaksikan salji pertama pada 6 November dan minggu lepas dengan kadar sederhana dan kekerapan itu dikatakan tidak biasa berlaku pada bulan November.
Sementara itu pelajar Malaysia di Renmin University of China turut tidak melepaskan peluang untuk menyambut kedatangan salji awal sebulan itu yang disifatkan sebagai perkara luar biasa.
Nadia Majid, 20, berkata, tahun ini adalah pertama kali beliau menyambut kedatangan sajli di Beijing selepas tiga tahun menuntut ilmu di negara Tembok Besar itu.
"Dah tiga tahun di sini dan tahun ini paling istimewa kerana sudah dua tahun salji turun pada bulan Januari," katanya yang gigih membuat "Snowman" di kawasan universitinya walaupun sejuk menggigil.
Pelajar tahun kedua tajaan Yayasan Sime Darby dalam pentadbiran perniagaan itu berkata, tahun lalu beliau terlepas peluang bermain bermain salji kerana ketika itu sibuk dengan kelas dan sajli tidak tebal, manakala tahun lepas beliau pulang ke Malaysia ketika musim sajli. - Bernama

Sekolah hanya ada seorang murid


Aron Anderson merupakan satu-satunya murid yang belajar di Sekolah Komuniti Skerries di Pulau Out Skerries, Scotland. AGENSI
EDINBURGH 22 Nov. - Seorang kanak-kanak lelaki berumur 10 tahun disifatkan sebagai murid paling ‘sunyi’ di Britain selepas dia menjadi satu-satunya murid yang belajar di sebuah sekolah di sebuah kepulauan terpencil di Scotland, kerana pulau itu tidak mempunyai penduduk yang ramai.
Keadaan itu menjadikan Aron Anderson sebagai murid yang `pertama sampai dan terakhir yang meninggalkan sekolah’, dan perlu menjawab setiap pertanyaan gurunya tanpa gagal, sekali gus membuatkannya sentiasa berada dalam keadaan terbaik.
Meskipun berasa sedikit kesepian ketika belajar di Sekolah Komuniti Skerries di Pulau Out Skerries, namun Anderson tetap mendapat perhatian daripada gurunya sepanjang masa.
Faktor unik itu juga menjadikan Anderson sebagai satu-satunya kanak-kanak yang mendapat pendidikan paling mahal di United KIngdom (UK), selepas majlis perbandaran membelanjakan sebanyak 75,357 pound (RM487,318) untuk persekolahannya setiap tahun.
“Keadaan ini kadangkala agak pelik apabila tidak mempunyai murid-murid lain di sekolah itu. Bagaimanapun saya sukakan pulau ini,’’ kata Anderson sebagaimana dilaporkan Mail Online.
Anderson meskipun berharap dapat mempunyai lebih ramai kawan belajar di sekolah itu dan dapat bermain bersama mereka, dia masih tahu bagaimana untuk membuatkan dirinya sibuk dengan melakukan pelbagai aktiviti dan tidak pernah terfikir untuk meninggalkan pulau itu.
“Saya boleh berbasikal sambil meneroka pulau ini dan pada musim panas, saya boleh berenang di laut dan terjun dari jeti,’’ katanya yang mahu menjadi seorang nelayan bila dewasa.
Sementara itu, ibu Anderson, Denise mengaku dia bimbang anaknya akan terasa kesunyian di sekolah itu.
“Ini pertama kali Aron berdepan musim sejuk dan sukar untuk gambarkan bagaimana dia akan menyesuaikan diri. Saya rasa kasihan dengan keadaannya, namun dia benar-benar gembira berada di sekolah itu,’’ katanya.
Pulau Out Skerries hanya mempunyai 70 orang penduduk dengan keluasan kawasan 5.1 kilometer.
Bandar paling dekat adalah Shetland yang boleh dihubungi dengan feri yang mengambil masa perjalanan selama dua jam setengah.
Pulau ini terletak 805 batu ke utara London dan 386 batu ke utara Edinburgh.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/sekolah-hanya-ada-seorang-murid-1.161164#sthash.pOCt5nCY.dpuf

Jambatan paling berbahaya di dunia


Jambatan Kuandinsky di Rusia dianggap sebagai jambatan paling
Jambatan Kuandinsky di Rusia dianggap sebagai jambatan paling berbahaya di dunia kerana laluan yang sempit dan tidak mempunyai ciri-ciri keselamatan. AGENSI
MOSCOW 22 Nov. – Sebuah jambatan di Rusia dianggap sebagai jambatan paling berbahaya di dunia kerana laluannya yang sempit dan tidak mempunyai sebarang ciri-ciri keselamatan.
Menurut laporan portal Oddity Central, Jambatan Kuandinsky yang terletak di wilayah Trans-Baikal sepanjang 570 meter dan selebar kira-kira dua meter sering digunakan pengguna kenderaan untuk melintasi Sungai Viltim.
Tambah laporan itu, jambatan berkenaan tidak mempunyai penghadang tepi yang boleh menghalang kenderaan terjatuh ke sungai yang membeku, selain hanya diperbuat daripada campuran struktur logam dan kayu yang sudah mereput.
Jelas laporan tersebut, pada asalnya jambatan itu dibina sebagai landasan kereta api tetapi tidak dibuka secara rasmi menyebabkan kira-kira 1,500 penduduk di kampung Kuanda menggunakan kemudahan berkenaan untuk melintasi sungai terbabit.
“Disebabkan Jambatan Kuandinsky tidak pernah dirasmikan, tiada kerja-kerja pembaikan dilakukan sejak dibina kira-kira 30 tahun lalu.
“Malah keadaan cuaca sejuk dan perubahan masa menyebabkan jambatan itu selalu rosak, lebih-lebih lagi apabila kenderaan berat melintasinya,” kata laporan tersebut.
Melintasi jambatan itu pada musim sejuk merupakan satu cabaran, terutamanya melibatkan kenderaan berat yang mudah tergelincir disebabkan jalan yang licin.
Meskipun dianggap berbahaya, tiada sebarang insiden kematian dilaporkan di Jambatan Kuandinsky sejak ia mula digunakan oleh orang ramai.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/jambatan-paling-berbahaya-di-dunia-1.161216#sthash.nyqdXZZ1.dpuf

Kanak-kanak diserang sawan 40 kali sehari


Maisie OBrien dirawat di hospital ditemani ibunya Nicky OBrien. AGENSI
LONDON 22 Nov. – “Cuba anda ba­yangkan perasaan saya, dengan keadaan anak kecil saya yang baru berusia 15 bulan diserang sawan hampir 40 kali sehari dalam tempoh 24 jam” itulah luahan seorang ibu dari Britain.
Menurut Nicky O’Brien, 29, anak kecilnya itu mula menghidap sawan sejak berusia tujuh bulan.
Akhbar The Sun Uk melaporkan, Maisie O’Brien dipercayai menghidap sejenis gangguan genetik yang jarang-jarang berlaku, dipanggil ‘Shox Depletion’ atau kehilangan sebahagian kromosom x dalam badannya,
Nicky dari Wisbech, Cambridgeshire, baru-baru ini berkata, pernah anaknya mengalami penyakit itu sebanyak 46 kali, dan paling sedikit sebanyak dua kali sehari.
“Keadaan ini sangat menakutkan kami sekeluarga, dulu Maisie merupakan seorang kanak-kanak normal, riang serta penyayang. Tapi kini setiap saat yang kami lalui sangat menyedihkan. Keadaan dirinya menyayat hati.
“Keadaan dirinya telah mengubah kami sekeluarga, doktor pernah memberitahu keadaan ini sangat jarang berlaku serta amat berbahaya,” katanya kepada The Sun, baru-baru ini.
Nicky yang kini menjadi suri rumah sepenuh masa berikutan keadaan anaknya itu berkata, doktor pada awalnya hanya menyangka penyakit Maise mungkin konvulsi febril yang menyebabkan tubuh seseorang kaku serta kulit tangan kaki pula berkedut.
“Bagaimanapun selepas beberapa bulan berlalu, keadaannya bertambah buruk, malah badannya sudah tidak dapat digerakkan seperti sebelum ini.
“Apabila usianya menjangkau sembilan bulan, Hospital Queen Elizabeth mendapati anak saya sebenarnya menghidap Shox Depletion. Ketika ini, belum ada cara untuk merawat penyakit itu,” jelasnya.
Wanita itu berkata, ketika ini keluarganya berharap ihsan daripada masyarakat supaya membantu meringankan kos perubatan.
“Maisie memerlukan katil khas yang mempunyai sistem penggera... sekiranya dia diserang sawan, kami boleh bersedia,” ujar Nicky.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/kanak-kanak-diserang-sawan-40-kali-sehari-1.161219#sthash.YqbGykuS.dpuf