Pages

Saturday, September 27, 2014

Gunung berapi meletus di Jepun



GUNUNG berapi meletus di tengah Jepun hari ini menyebabkan kepulan debu tebal naik ke udara dan mengakibatkan amaran dikeluarkan kepada pendaki dan orang ramai supaya beredar dari kawasan kejadian. - Foto REUTRERS
TOKYO: Gunung berapi meletus di tengah Jepun hari ini menyebabkan kepulan debu tebal naik ke udara dan mengakibatkan amaran dikeluarkan kepada pendaki dan orang ramai supaya beredar dari kawasan kejadian.
Stesen penyiar Jepun, NHK memetik pihak berkuasa tempatan berkata, ada laporan mengenai kecederaan tetapi belum dapat dipastikan keadaan mereka yang terbabit.
Selain itu, terdapat orang ramai yang sudah dipindahkan dari tempat penginapan di kawasan pergunungan.
Gunung Ontake meletus sebelum waktu tengah hari ketika cuaca cerah. Gunung setinggi 3,067 meter itu berada di sempadan wilayah Nagano dan Gifu dekat kawasan pergunungan di Honshu, pulau terbesar di Jepun.
NHK turut menayangkan rakaman video menunjukkan pendaki bergegas meninggalkan kawasan puncak ketika kepulan debu tebal menjejaskan penglihatan mereka.
Sementara itu, Jabatan Meteorologi Jepun berkata, amaran akibat letusan Gunung Ontake dikeluarkan pada tahap tiga berdasarkan skala satu hingga lima dan menasihatkan orang ramai supaya menjauhi gunung berkenaan memandangkan debu boleh dilihat dari jarak empat kilometer. - AP

Pesakit kanser ditanam hidup-hidup?


- Foto: metro.co.uk
- Foto: metro.co.uk
THESSALONIKI - GREECE. Seorang penjaga kubur terkejut sebaik terdengar satu jeritan menakutkan datang dari sebuah kubur yang baharu sahaja ditanam pada hari tersebut.

Memetik laporan Metro.co.uk hari ini, pekerja tersebut yang ketakutan terus menghubungi pihak berkuasa untuk memaklumkan kejadian tersebut.

Dia kemudiannya menggali semula kubur tersebut dan memecahkan keranda yang menempatkan seorang wanita yang telah meninggal dunia sebelum itu.

Namun difahamkan, mereka sudah terlambat dan wanita tersebut benar-benar mati kali ini.

Menurut laporan, wanita tersebut merupakan seorang pesakit kanser berusia 49 tahun dan dilaporkan telah meninggal dunia akibat penyakit yang dihadapinya.

Pihak berkuasa hari ini turut mengesahkan kejadian yang berlaku di Tanah Perkuburan Peraia.

Manakala doktor yang mengesahkan kematian wanita terbabit, Chrissi Matsikoudi memberitahu pemberita, wanita tersebut sudah lama meninggal dunia dan mustahil untuk dikebumikan secara hidup-hidup.

“Kami telah menjalankan pelbagai ujian ke atasnya termasuk ujian kegagalan hati ke atas wanita tersebut,” jelasnya lagi.

Polis setakat ini masih belum mendedahkan nama mangsa.

Dalam pada itu pihak keluarga wanita terbabit telah membuat laporan susulan daripada tindakan doktor yang mengesahkan kematian mangsa.

Remaja terkejut temui 80 labah-labah dalam pisang


Hannah John terkejut selepas mendapati pisang yang bakal menjadi santapan paginya mengandungi sekurang-kurangnya 80 labah-labah kecil di dalamnya.
Hannah John terkejut selepas mendapati pisang yang bakal menjadi santapan paginya mengandungi sekurang-kurangnya 80 labah-labah kecil di dalamnya.
CARDIFF - WALES. Seorang remaja terkejut selepas mendapati pisang yang bakal menjadi santapan paginya mengandungi sekurang-kurangnya 80 labah-labah kecil di dalamnya.

Hannah John, 17, dikatakan membawa pisang tersebut sebagai bekalannya dari rumah ke sekolah.

Menurut laporan Metro.co.uk, gadis tersebut akan mengambil pisang tersebut sebagai salah satu snek sihat semasa di dalam kelas.

Namun dia terkejut lantas menjerit sebaik sahaja mendapati bahagian dalam pisang tersebut dipenuhi labah-labah.

“Saya bawa pisang itu ke sekolah untuk sarapan pagi, tapi saya ternampak makhluk kecil dalam pisang itu,” katanya.

Jelasnya lagi melalui portal tersebut, terdapat satu lubang kecil pada pisang itu dan 80 labah-labah kecil hidup di dalamnya.

Pengantin cipta rekod dunia pakai gaun terpanjang


Gaun pengantin sepanjang 4.8 kilometer yang memerlukan 40 pengapit untuk mengangkatnya. - Foto: Metro.co.uk
Gaun pengantin sepanjang 4.8 kilometer yang memerlukan 40 pengapit untuk mengangkatnya. - Foto: Metro.co.uk
Gaun pengantin sepanjang 4.8 kilometer yang memerlukan 40 pengapit untuk mengangkatnya. - Foto: Metro.co.uk


BEIJING - CHINA. Kira-kira 40 pengapit diperlukan bagi mengangkat gaun pengantin sepanjang 4.8 kilometer yang dipakai oleh seorang pengantin perempuan yang melangsungkan hari bahagianya baru-baru ini.

Menurut laporan Metro.co.uk gaun pengantin yang seberat 50 kilogram yang dipakai oleh Jeng Mei yang berasal dari Chengdu, China.

Difahamkan, dia dan suaminya berhasrat memecahkan rekod dunia dengan memakai gaun pengantin terpanjang.

“Kami akan menghubungi World Guinness Record untuk mendapatkan pengikitirafan tersebut,” katanya.

Dalam pada itu menurut suaminya, Yuan pula, baju pengantin tersebut dianggarkan bernilai £4000 (RM21, 277).

Jali kemaruk


Kuala Terengganu: Lazimnya ayam betina bertelur dan mengeram selama 21 hari sebelum telur menetas, tetapi lain pula yang berlaku di Kampung Bukit Tumbuh, di sini, apabila seekor ayam jantan berkelakuan pelik kerana mengeram telur.
Jamsyaril Sawal Aziz, 30, berkata, ibu bapanya menternak ayam kampung sejak dia masih kecil, tetapi belum pernah berlaku kejadian pelik seperti itu.

“Macam cerita jenaka dan tidak masuk akal, tetapi itulah hakikat. Saya sendiri terkejut dan tidak pernah melihat kejadian seperti ini.
“Ramai rakan dan penternak ayam tidak percaya dan terkejut apabila datang ke rumah menyaksikan sendiri ayam jantan itu mengeram,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Menurutnya, usia ayam jantan dipanggil Jali itu sekitar dua tahun dan dipelihara sejak setahun lalu selepas dibeli daripada seorang kenalan di Marang.

“Jali bukan saja mengeram, tetapi turut mengikut keletah ayam betina yang sedang mengeram seperti mematuk sesiapa saja yang mengganggunya.
Foto
JALI mengeram telur di Kampung Bukit Tumbuh.
“Sudah hampir dua minggu Jali mengeram. Pada mulanya cuma lima telur, tetapi memandangkan ramai penduduk datang melihat keletahnya, Jali terganggu menyebabkan empat telur pecah dan sekarang tinggal hanya satu,” katanya.

Menurutnya, dia menyedari keletah Jali itu apabila ayam betina yang sepatutnya mengeram di situ tidak lagi memasuki reban kerana diganggu haiwan itu yang kemaruk untuk mengeram.
“Malah, perbuatan Jali mengeram sudah heboh diceritakan di laman sosial Facebook dan blog penternakan ayam,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Penternak Negeri Terengganu Hamid Salleh berkata, kejadian ayam jantan mengeram memang jarang berlaku dan jika berlaku, ia mungkin didorong faktor usia ayam yang terlalu tua serta nyanyuk.

“Walaupun ayam jantan itu mengeram telur seperti ayam betina namun telur berkenaan tidak akan menetas dan ia akan rosak begitu saja,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/27

Cincang mayat anak


Zhang Li, 46, bertindak demikian kerana mendakwa anaknya, Sutain, 12, memalukan keluarga mereka selepas tidak mencapai keputusan baik di sekolah.
Dia membuang mayat anaknya yang sudah dicincang itu di tandas awam tidak jauh dari rumah mereka di Bandar Wengzhou, wilayah Zhejiang, timur China.

Seorang jurucakap polis berkata, Zhang, membuat laporan polis mengenai kehilangan anaknya selepas didesak oleh isterinya.
Foto
Tempat kejadian Sutain dibunuh dan dicincang bapanya. Gambar kecil, Sutain.

“Bagaimanapun, kami ragu-ragu dengan laporan itu. Dia tidak kelihatan kecewa atau bimbang,” kata jurucakap itu.

Menurutnya, jiran Zhang yang disoal polis berkata, lelaki itu tidak berusaha untuk mencari Sutain. Sebaliknya, dia dilihat gembira dengan ketiadaan anaknya itu. 

Tiga hari selepas laporan itu dibuat, polis menemui mayat mangsa setelah seorang pekerja penyelenggaraan membuat laporan menemui tangan manusia ketika membersihkan tandas berkenaan.

Zhang disyaki kerana tingkah lakunya tidak sama seperti kebanyakan ibu bapa yang kehilangan anak.

“Selepas disoal siasat, dia mengaku membunuh Sutain kerana kecewa mangsa gagal menjadi anak yang baik dan memalukan keluarga,” kata jurucakap itu.

Zhang kini berdepan dengan hukuman penjara seumur hidup.- AFP
Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/27

Jemaah haji boleh solat di kawasan baharu Masjidil Haram


Jemaah haji musim ini dibenar menunaikan solat di kawasan Masjidil Haram yang telah diperluaskan. - AGENSI
MEKAH 26 Sept. - Lebih dua juta jemaah haji yang akan menunaikan haji pada tahun ini dibenar menggunakan kawasan yang baharu di bawah projek pembesaran Masjidil Haram untuk melakukan ibadah solat berdasarkan arahan yang dikeluarkan oleh Raja Arab Saudi, Raja Abdullah.
Menurut laman web arabnews.com, arahan yang dikeluarkan itu membolehkan jemaah menunaikan solat di dalam masjid yang telah diperbesarkan di bahagian utara, barat, selatan dan timur.
Sebanyak 67 peratus daripada projek itu hampir disiapkan. Raja Abdullah turut mengarahkan pegawai-pegawainya untuk membuka kawasan tawaf (mataf) di sekitar Kaabah.
Imam Masjidil Haram, Sheikh Abdul Rahman Al-Sudais, gembira dengan arahan yang dikeluarkan kerana masalah kesesakan jemaah di masjid dapat dikurangkan dan dalam masa sama dapat memberi keselesaan kepada jemaah untuk melaksanakan ibadah dengan baik.
"Projek di bawah pembesaran Masjidilharam ini akan meningkatkan kapasiti untuk dua juta jemaah, manakala kawasan mataf dari 52,000 orang kepada 130,000 orang dalam masa satu jam," kata Sheikh Abdul Rahman.
Tambah beliau, projek yang diselenggara itu menggunakan standard kualiti terbaik yang dilakukan pada sistem elektrik, mekanikal, sistem keselamatan dan pemasangan penghawa dingin.
"Ini termasuk projek pembinaan lantai khas dekat mataf yang disediakan untuk orang kurang upaya," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140927/lu_05/Jemaah-haji-boleh-solat-di-kawasan-baharu-Masjidil-Haram#ixzz3ESXcCZTV
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Marco Polo teroka benua Amerika lebih awal?


Peta Kapal yang dilakar di atas kulit kambing biri-biri dipercayai salinan pelayar terkemuka Itali, Marco Polo ketika merenterasi Alaska dan Selat Bering pada abad ke-13. - AGENSI
NEW YORK 26 Sept. - Satu peta yang dilakar oleh pelayar terkemuka, Marco Polo menunjukkan pengembara Itali itu mungkin telah meneroka benua Amerika pada abad ke-13, 200 tahun lebih awal berbanding seorang lagi peneroka dari negara yang sama, Christopher Columbus.
Laporan portal berita Mail Online yang memetik kenyataan majalah sejarah, Smithsonian berkata, peta tersebut dilakar semula di atas kulit kambing biri-biri yang dipercayai menunjukkan keseluruhan Selat Bering, Alaska, Kepulauan Aleutian dan barat kawasan pesisiran pantai Amerika Utara.
Jelas laporan itu, peta yang digelar sebagai Peta Kapal (Map With Ship) merupakan antara 14 dokumen yang dikaji dengan teliti buat pertama kali selepas ditemukan di dalam sebuah peti simpanan milik Polo yang tinggal di San Jose, California.
Tambahnya, semua dokumen berkenaan dipercayai ditulis oleh anak Polo, Bellala yang menceritakan semula pelayaran ayahnya termasuk pertemuan dengan seorang pedagang Syria di Semenanjung Kamchatka, jauh di pinggir timur benua Asia sebelum belayar merentasi Teluk Bering ke Amerika Utara.
"Jika Polo belayar ke Amerika Utara, beliau akan merentasi Teluk Bering sejauh 82 kilometer, hamparan yang menghubungkan titik paling hujung di timur Asia ke titik paling hujung di barat Alaska.
"Menurut dokumen itu, tanah yang diteroka oleh Polo dikenali sebagai Semenanjung Seals yang dua kali lebih jauh dari Kamchatka di China," kata laporan tersebut.
Jika dokumen terbabit sahih, ia boleh mengubah sejarah sebelum ini yang dilakar oleh Columbus yang dilaporkan berjaya mengelilingi dunia dari Portugal pada 1942.
Seorang ahli sejarah Universiti Philadelphia yang mengkaji dokumen itu, Benjamin B. Olshin, berkata, Polo dipercayai mempunyai pengalaman mengembara di barat laut Amerika Utara yang mungkin dimaklumi oleh pedagang Arab atau China.
Buku sejarah yang ditulis Benjamin, The Mysteries of the Marco Polo Maps, dijangka dipasarkan pada November ini.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140927/lu_12/Marco-Polo-teroka-benua-Amerika-lebih-awal#ixzz3ESWyH7MJ
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Budak 8 tahun perolehi pendapatan RM4.2j

Evan, 8, mampu menjana pendapatan lebih RM4.2 juta setahun hanya dengan bermain permainan popular kanak-kanak di hadapan kamera video. - AGENSI
NEW YORK 26 Sept. - Seorang kanak-kanak berusia lapan tahun di Amerika Syarikat dilapor memperolehi pendapatan lebih AS$1.3 juta (RM4.2 juta) setahun hanya dengan bermain permainan popular kanak-kanak di hadapan kamera video.
Kanak-kanak itu ialah Evan, figura yang menghiasi saluran EvanTubeHD, sebuah saluran YouTube mesra keluarga yang mengulas tentang permainan dan permainan video kanak-kanak.
Video Evan sering mendapat perhatian ramai dengan setiap satu yang dimuat naiknya mampu menarik lebih sejuta pengunjung, sekali gus membolehkannya menarik syarikat iklan untuk memuatkan iklan mereka pada klip tersebut.
Kisah kejayaan Evan itu bermula selepas dia dan bapanya, Jared yang sering bermain bersama, merakam video singkat tentang permainan kanak-kanak daripada model tanah liat Angry Birds.
"Semasa kami bermula, kami merakam sebuah klip video setiap bulan sebagai satu projek kecil yang menyeronokkan," kata Jared ketika mengulas kenangan bersama anaknya itu, sebagaimana dilaporkan oddicitycentral.
Menurut Jared, video itu agak comel dan menjadi semakin popular, hinggalah mencapai satu juta tontonan dan dia menyedari tentang potensi besar daripada rakaman video tersebut sebelum menjadikannya sebagai satu model perniagaan yang serius.
"Penerbitan video seperti ini adalah sesuatu yang 'di luar kotak'. Kami cuba menyediakan maklumat tentang produk," kata Jared yang turut mempunyai seorang lagi anak perempuan, Jillian, 6, yang turut membuat penampilan dalam video Evan.
Jared yang menguruskan syarikat video dan fotografi berkata, dia dan isterinya mahu menjaga kehidupan Evan supaya menjadi normal dan disebabkan faktor itu, pada saluran EvanTubeHD, tiada maklumat lanjut tentang nama akhir Evan.
''Saya dan isteri teragak-agak sama ada mahu menyiarkan atau tidak maklumat yang boleh digunakan bagi mengesan di mana kami tinggal dan di mana anak-anak kami bersekolah,'' katanya.
Selain EvanTubeHD, keluarga itu turut mempunyai dua lagi saluran YouTube iaitu EvanTubeRaw dan EvanTube Gaming, malah Jillian dilaporkan mahu mewujudkan salurannya sendiri yang dipanggil JillianTube.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140927/lu_13/Budak-8-tahun-perolehi-pendapatan-RM42j#ixzz3ESWNB48N
© Utusan Melayu (M) Bhd