Pages

Saturday, April 23, 2011

Gempa Bumi Gegarkan Kepulauan Solomon



KUALA LUMPUR: Satu gempa bumi berukuran 6.9 pada skala Richter menggegarkan Kepulauan Solomon pada pukul 12.17 tengah hari Sabtu.
Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataannya berkata, pusat gempa bumi itu terletak 189 kilometer di tenggara Honiara di kepulauan itu dan 5,059 kilometer di tenggara Kunak, Sabah.
Bagaimanapun, gempa bumi itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia, kata jabatan itu. - BERNAMA

McCain lawat pemberontak di Libya



John McCain semasa tiba di kubu pemberontak di Benghazi, Libya, semalam. - AFP


BENGHAZI, Libta 22 April - Senator Amerika Syarikat (AS), John McCain hari ini melawat kubu pemberontak di Benghazi, kata koresponden AFP.
McCain dikerumuni orang ramai ketika tiba di sebuah mahkamah di bandar tersebut oleh kira-kira 50 orang yang melaungkan 'Bebas Libya, Berambus Gaddafi'' dan 'Terima kasih Amerika, terima kasih Obama'.
Beliau tiba di bangunan tersebut dengan dua jip hitam dan diiringi oleh pegawai pemberontak Majlis Peralihan Kebangsaan (TNC).
Senator berkenaan dijangka mengadakan pertemuan dengan pemimpin pemberontak TNC lewat hari ini.
McCain merupakan ahli politik paling kanan yang melawat kubu pemberontak di timur Libya sejak pemberontakan terhadap pemerintahan Muammar Gaddafi bermula pada pertengahan Februari lalu.
McCain pada 13 April lalu mendesak AS memulakan semula tindakan ketenteraan bagi menggulingkan Gaddafi dengan menyatakan NATO tidak mempunyai kuasa yang cukup untuk melakukannya. - AFP

Peluru berpandu AS bunuh 25 orang



RAKYAT Pakistan membakar bendera dan patung berupa Presiden Barack Obama semasa menunjuk perasaan membantah serangan AS ke wilayah Pakistan di Multan, Pakistan, semalam. – AFP


ISLAMABAD 22 April - Sekurang-kurangnya 25 orang terbunuh apabila 10 peluru berpandu drone Amerika Syarikat (AS) ditembak ke sebuah rumah di wilayah Waziristan Utara, Pakistan berdekatan sempadan Afghanistan hari ini, kata pegawai Pakistan.
Serangan tersebut dilancarkan sehari selepas ketua tentera Pakistan mengecam serangan seumpama itu dan menyebabkan hubungan antara Washington dan Islamabad bertambah tegang.
Serangan peluru berpandu terbaru AS itu menyerang perkampungan Spinwam, Waziristan Utara yang disyaki menjadi pangkalan kumpulan militan yang mensasarkan tentera AS dan NATO di Afghanistan.
Dua pegawai perisikan menyatakan orang awam dipercayai antara mangsa terbunuh dan sejumlah mangsa cedera dalam serangan AS itu.
Jumlah kematian yang dilaporkan agak tinggi untuk serangan peluru berpandu AS di mana AS jarang mengesahkan serangan seumpamanya.
Walaupun Pakistan telah lama mengecam serangan peluru berpandu kerana mengancam kedaulatan negara ini, ia dipercayai tetap bekerjasama secara rahsia dalam beberapa serangan.
Namun, hubungan Pakistan-AS semakin tegang pada tahun ini selepas seorang kontraktor CIA rakyat AS menembak mati dua warga Pakistan pada Januari lalu.
Satu serangan peluru berpandu pada bulan lepas yang didakwa membunuh berpuluh-puluh anggota puak di wilayah berkenaan turut meningkatkan kemarahan pemimpin Pakistan.
Dalam pada itu, beratus-ratus anggota militan menyerang pos pemeriksaan di barat Pakistan berdekatan sempadan negara ini menyebabkan 14 anggota pasukan keselamatan terbunuh. – AGENSI

AS kirim Predator



BENGHAZI: Amerika Syarikat akan menghantar pesawat tanpa juruterbang Predator ke ruang udara Libya selepas Perancis, Britain dan Itali mengirim penasihat tentera bagi membantu pemberontak di negara itu.
Setiausaha Pertahanan AS, Robert Gates, berkata Presiden Barack Obama mengizinkan penghantaran pesawat pembawa misil itu atas alasan kemanusiaan.


Naib Pengerusi Panglima Tentera AS, James Cartwright, pula berkata negara itu dan sekutunya mahu menghentikan tentera Muammar Gaddafi mengambil alih bandar dikuasai pemberontak.


Katanya, pesawat tanpa juruterbang itu membantu pemerintah tentera Bersekutu melakukan serangan tepat ke sasaran.


“Ketika ini keadaan berserabut dan sangat sukar mengenal pasti rakan atau musuh.


“Dengan adanya pesawat ini, ia mampu terbang rendah dan membantu kami mengenal pasti sasaran,” katanya.




Penghantaran fasa pertama pesawat tanpa juruterbang itu sepatutnya dibuat semalam tetapi dibatalkan Pentagon kerana cuaca tidak mengizinkan.


Semalam, tentera pemberontak berjaya mengambil alih satu pos kawalan di sempadan Tunisia - Mesir dalam kejayaan pertama mereka untuk tempoh beberapa minggu.
Sementara itu, Majlis Peralihan Kebangsaan yang dibentuk pemberontak di Benghazi menolak kehadiran tentera asing di kalangan mereka.


Jurucakapnya berkata, mereka hanya mahukan bantuan tentera asing menyediakan laluan selamat bagi membolehkan bantuan kemanusiaan disalurkan kepada orang awam.


Pemberontak pula berkata, mereka tidak dapat menerima kehadiran tentera asing untuk berperang bersama mereka.


“Kami belajar daripada sejarah bahawa orang tertindas mesti mendapatkan sendiri hak masing-masing, bukan dengan bantuan asing,” katanya. - AFP, mymetro

Mahkamah arah nama Hosni, Suzanne ditukar


KAHERAH: Sebuah mahkamah mengarahkan semua institusi awam menggunakan nama Hosni Mubarak atau ahli keluarganya digantikan dengan nama lain, semalam.
Perintah itu dikeluarkan seminggu selepas bekas presiden terbabit bersama dua anak lelakinya direman untuk disiasat dalam dakwaan rasuah dan salah guna kuasa.

Peguam yang memfailkan permohonan itu, Samir Sabry, berkata kewujudan nama Hosni serta keluarganya pada bangunan dan jalan ketika mereka dilihat sebagai simbol rasuah adalah provokasi kepada sentimen rakyat.

“Mengapa nama mereka perlu dikekalkan? Anda mengambil nama seseorang sebagai penghormatan, tetapi kini adakah kita perlu menghormatinya?” katanya.

Hujah itu diterima mahkamah.

Justeru, mulai semalam, semua nama dan gambar Hosni, dan isterinya, Suzanne akan dipinda daripada semua tempat awam, jalan, sekolah, persatuan, perpustakaan dan seluruh institusi Mesir.


Perintah itu dikeluarkan hakim Hassan Omar.

Kata Hassan, kewujudan nama Mubarak, 82, menyebabkan kerosakan besar dan penderitaan berpanjangan kepada keluarga mangsa pembunuhan pasukan keselamatan Mesir ketika rakyat negara itu bangkit berdemonstrasi menolak kerajaan sebelum ini. - Reuters, mymetro

Wira revolusi Mesir antara 100 paling berpengaruh



NEW YORK: Pengasas WikiLeaks, Julian Assange, Canselor Jerman, Angela Merkel dan bintang pop remaja, Justin Bieber adalah antara 100 orang paling berpengaruh di dunia.
Senarai tahunan yang dikeluarkan majalah Time itu semalam turut menyenaraikan Wael Ghonim, eksekutif Google berusia 30 tahun yang menjadi wira dalam revolusi Mesir.


“Wael Ghonim mewakili golongan muda yang menjadi sebahagian besar daripada penduduk Mesir,” menurut profile dalam majalah berkenaan.


Pengiktirafan juga diberikan kepada Hamada Ben Amor, penyanyi rap Tunisia yang lebih dikenali sebagai ‘El Jeneral.’ Lagunya, ‘Rais Lebled,’ (Tuan Presiden) membantu meningkatkan semangat rakyat Tunisia untuk memberontak sehingga menumbangkan Presiden Zine El Abidine Ben Ali yang memerintah negara itu selama 23 tahun. Saif al-Islam Kadhafi, yang berikrar untuk menumpaskan pemberontakan di Libya, turut tersenarai. - AP, mymetro

Hayama tak sangka filem erotik laris





SATU adegan Hayama dan Hara  dalam filem 3D Sex and Zen: Extreme Ecstasy.
SATU adegan Hayama dan Hara dalam filem 3D Sex and Zen: Extreme Ecstasy.

Filem lucah 3D raih RM6.61j atasi Avatar 


HONG KONG: Sebuah filem komedi erotik 3D dilabel sebagai filem lucah, memecahkan rekod pemecah panggung serta menyebabkan peminat filem tidak sabar menanti kemunculannya sekali gus menjadikan pelakon utama, Hiro Hayama menyesal tidak menuntut bayaran lebih.
Ditanya minggu lalu, Hayama yang berasal dari Jepun berkata: “Apabila saya bersetuju memegang peranan itu saya tidak sangka ia mendapat sambutan sehebat ini.
“Saya menyesal tidak menuntut bayaran lebih. Jika saya tahu filem ini akan menarik banyak perhatian, saya sepatutnya menuntut bayaran lebih tinggi,” katanya. 


Filem Kantonis berjudul 3D Sex and Zen: Extreme Ecstasy itu mengumpul AS$2.2 juta (RM6.61 juta) dalam tempoh dua hari tayangannya. 


Ramai beratur untuk menyaksikan filem yang memaparkan pelakonnya berbogel dan adegan berasmara belakang tabir namun tidak menunjukkan bahagian tubuh utama. 


Berhubung rahsia filem itu tidak menunjukkan kemaluan pelakonnya, Hayama menjelaskan: “Pertama, kami perlu memastikan kemaluan tidak muncul dalam layar, justeru pelakon lelaki guna pita perekat untuk sembunyikan zakar. 
“Kulit yang diletakkan pita menjadi gatal, saya terpaksa berjumpa pakar kulit kerana masalah itu,” katanya. 


Kutipan AS$2 juta filem itu adalah tujuh kali ganda kutipan filem seram Hollywood, Scream 4, yang mengumpul AS$320,000 (RM962,128.02) dalam tempoh sama tayangan. 


Filem itu turut dibintangi pelakon lucah Jepun, Saori Hara dan Yukiko Suo serta aktres Hong Kong Vonnie Liu, mengisahkan ahli akademik ‘terjebak’ di rumah pelacuran milik rakannya. 


Sama ada beliau ‘terganggu’ ketika berlakon bersama pelakon wanita yang berbogel, Hayama berkata: “Tiada sebarang reaksi fizikal. Walaupun berdepan dengan aktres bogel, ada berpuluh krew di set penggambaran. 


“Apabila kamera bergerak, saya perlu memfokuskan aksi, ekspresi, gerakan dan kedudukan kamera. Memang tidak rasa apa-apa,” katanya. 


Filem itu mencatat rekod selepas mengatasi sains fiksyen 3D 2009 Avatar arahan James Cameron yang mengutip HK$2.63 juta (RM1.02 juta) pada hari pertama tayangannya. – Agensi , bharian

Jepun bantah kartun akhbar


NEW YORK: Konsulat Besar Jepun membuat laporan membantah firma penerbitan New York Times (NYT) kelmarin kerana menyiarkan kartun menunjukkan Snow White membawa akhbar bertajuk Radiasi Nuklear Jepun dan bertanya wanita tua menawarkannya epal sama ada dia dari Jepun. 


Akhbar Japan Today memetik agensi berita Kyodo sebagai melaporkan tindakan konsulat berkenaan.
Konsulat itu berkata, oleh kerana kartun itu merujuk kepada cerita dongeng Grimm, merujuk kepada Snow White pengsan selepas makan epal beracun, kartun itu mungkin mencetuskan apa yang dikatakan sebagai kebimbangan terhadap keselamatan makanan dari Jepun.
Kartun itu disiarkan di muka surat lidah pengarang International Herald Tribune, milik NYT, kelmarin. 

Dalam kartun itu, Snow White ragu untuk mengambil epal ditawarkan, menggunakan kanta pembesar dan memberitahu wanita tua berpakaian seperti ahli sihir ‘Tunggu, adakah anda datang dari Jepun?’ – Agensi , bharian

19 mati pusat judi kena bom





SEORANG lelaki dirawat selepas cedera kena letupan di sebuah pusat perjudian di Karachi.
SEORANG lelaki dirawat selepas cedera kena letupan di sebuah pusat perjudian di Karachi.

Belum ada bukti militan bertanggungjawab atas kejadian di Karachi 


KARACHI: Seramai 19 orang terbunuh dan 40 lagi cedera akibat satu letupan bom yang berlaku dalam sebuah pusat perjudian haram di Karachi, bandar pelabuhan selatan Pakistan, semalam.
Belum dapat dipastikan bahawa letupan yang melanda kompleks perjudian terbesar bandar raya itu, Rummy Club adalah satu perbuatan jenayah atau ber-punca daripada tindakan pelampau agama dalam kejadian keganasan terbaru di bandar raya terbabit, kata pegawai kanan Kementerian Dalam Negeri.
“Tiga lagi mati akibat kecederaan di hospital menjadikan angka kematian 19 orang,” kata Sharfuddin Memon, dari kementerian itu sambil menambah bahawa lebih 40 orang mendapat rawatan hospital dengan tiga daripada mereka dalam keadaan kritikal. 


“Kami menyiasat jika serangan adalah daripada balas dendam antara kumpulan penjenayah atau daripada kumpulan pelampau yang terbabit,” kata Memon. 


Pihak berkuasa hospital Saleem Ahmed mengesahkan angka berkenaan. Bandar raya terbabit menempatkan banyak tempat perjudian yang tidak sah dan jarang menjadi sasaran serbuan polis. 


Polis berkata, bom berkenaan bersaiz kecil, dibuat daripada bahan letupan seberat dua kilogram dan angka kematian tinggi disebabkan dewan perjudian penuh sesak ketika kejadian. 
Karachi adalah pusat ekonomi kepada Pakistan, menempatkan pasaran saham dan kegiatan ekonomi lain. 


Tetapi bandar raya dengan jumlah penduduk seramai 16 juta orang dilanda pembunuhan etnik dan mazhab, jenayah dan penculikan. 


Karachi juga mengalami ketegangan politik membabitkan pesaing antara majoriti penduduk berbahasa Urdu dan etnik Pashtun dari barat laut yang dibelenggu pemberontakan Taliban. 


Kejadian berlaku ketika ketegangan semakin meningkat antara pergerakan Muttahida Qaumi Movement (MQM), yang mewakili masyarakat berbahasa Urdu dan Parti Kebangsaan Awami (ANP), yang disokong penduduk Pashto. 


MQM dan ANP bersekutu dalam pakatan pimpinan Parti Rakyat Pakistan (PPP) yang memerintah wilayah Sindh dengan Karachi ibu kotanya. – AFP ,bharian

Macam-macam: Telefon sebelum cuba bunuh diri


SEOUL: Bandar raya Seoul akan memasang telefon di sepanjang jambatan menyeberangi Sungai Han supaya sesiapa yang cuba membunuh diri mendengar nasihat di talian sebelum melakukannya. 


Akhbar Korean Times melaporkan lapan telefon tetap akan dipasang di jambatan Mapo dan Hannam menjelang Jun, dua jambatan yang direkodkan lokasi pertama dan ketiga paling popular untuk membunuh diri dengan terjun ke sungai itu.
“Telefon ini akan membantu orang yang mahu membunuh diri mengurangkan tekanan menerusi perbualan dengan orang lain,” kata pegawai bandar itu. – Agensi

Russia bunuh 'duta al-Qaeda' di Chechnya


MOSCOW: Pasukan keselamatan Russia membunuh seorang rakyat Arab Saudi di Chechnya yang digelar 'duta al-Qaeda' di Caucasus Utara dan bertanggungjawab atas beberapa serangan maut. 


Pejuang itu dikenali dengan nama pena Moganned adalah seorang daripada tiga pemberontak terbunuh dalam satu pertembungan dengan pasukan keselamatan Russia di sekitar perkampungan Serzhen-Yurt di Chechnya tengah hari kelmarin, katanya.
“Seorang daripada lelaki yang dibunuh dikenal pasti sebagai wakil khas al-Qaeda di Caucasus Utara, warga Arab Saudi dikenali dengan nama Moganned,” kata anggota Jawatankuasa antipengganas dalam satu kenyataan.
Ia berkata, bersama pemimpin pejuang Chechen Doku Umarov, lelaki paling dikehendaki Russia yang mana tentera keselamatan berulang kali gagal membunuhnya sejak beberapa tahun lalu, Moganned menjadi individu penting di kalangan pemberontak di rantau ini. – AFP , bharian

Enam askar maut di sempadan Thailand-Kemboja


Foto
Foto
Seorang askar Thailand dibantu rakannya selepas cedera dalam pertempuran di sempadan dengan tentera Kemboja yang turut menyebabkan penduduk dekat kawasan dua negara itu dipindahkan ke tempat lebih selamat. Sekurang-kurangnya enam askar maut dalam pertempuran terbaru. Ia kejadian pertama dilaporkan sejak dua negara itu bertarung empat hari berturut-turut pada Februari lalu. Dalam kejadian di kuil kurun ke 11, Preah Vihear, sekurang-kurangnya lapan terbunuh. Pertempuran tercetus beberapa kali sejak 2008, apabila kuil Preah Vihear diberikan status Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Gabenor wilayah Surin, di Thailand, Serm Chainarong, tempat pertempuran berlaku, berkata pihak berkuasa di sana bersiap sedia memindahkan 5,000 penduduk. Jurucakap Kementerian Pertahanan Kemboja, Leftenan Jeneral Chhum Socheat, berkata pertempuran berlaku di sekitar kuil yang juga menjadi pertikaian di Ta Krabey, 250 kilometer ke barat Preah Vihear. – AP

Sambutan hari jadi berdarah


ORANG ramai melihat keadaan kereta Perodua Myvi yang remuk selepas bertembung dengan lori tangki dalam kemalangan di Pekan, Pahang semalam.

PEKAN – Sukar digambarkan betapa luluhnya hati seorang ibu apabila mendapati empat ahli keluarganya mati serentak dalam satu kemalangan ngeri apabila kereta Perodua Myvi yang dinaiki bertembung dengan sebuah lori tangki di Kilometer 63, Jalan Kuantan-Segamat dekat Paloh Hinai di sini semalam.
Kejadian pukul 4.50 pagi itu mengakibatkan Diong Kah Keng, 24; isterinya, Koh Kiah Hui, 23; adik Kah Keng, Diong Kah How, 21 dan sepupu mereka, Choi Kok Sin, 23, mati akibat cedera parah di kepala.
Pertembungan itu berlaku apabila Kah Keng cuba memotong sebuah kenderaan lain di hadapannya di jalan berbukit di situ.
-KOSMO

Gimnasium bogel di Sepanyol





BEBERAPA pengguna berbogel semasa menggunakan peralatan bersenam di gimnasium Easy Gym di Arrigorriaga, Sepanyol baru-baru ini.




ARRIGORRIAGA - Para pengguna gimnasium Easy Gym di sini, Sepanyol dibenarkan berbogel termasuk wanita semasa mereka menggunakan peralatan untuk bersenam, lapor sebuah akhbar semalam.
Pemilik gimnasium itu, Mercehe Laseca memberitahu Perbadanan Penyiaran Britih bahawa keputusan itu dibuat adalah kerana untuk mendapatkan lebih ramai pengunjung.
"Ekoran krisis (ekonomi), kami mengetahui hanya terdapat sejumlah kecil orang yang menggunakan gimnasium.
"Namun, inisiatif (membenarkan pengguna berbogel) adalah kerana wang," kata Laseca.
Namun, dia berasa kecewa pada hari pertama para pengguna dibenarkan berbogel kerana hanya empat orang sahaja termasuk wanita yang tidak memakai sebarang pakaian semasa bersenam.
Walaupun sambutan kurang menggalakkan, seorang guru yoga sudah menawarkan untuk membuka kelas untuk para pelajarnya berbogel di gimnasium tersebut. - Agensi

Ikan paus gergasi jinak di lagun Mexico




SEBUAH bot pelancong mendekati seekor ikan paus gergasi di lagun San Ignacio, Mexico baru-baru ini.


BANDAR RAYA MEXICO - Para pelancong kini boleh melihat beberapa ekor ikan paus kelabu gergasi seberat 40 tan di barat pantai Mexico, lapor sebuah akhbar semalam.
Sejumlah pelancong dari seluruh dunia bermain dengan sekumpulan keluarga ikan paus tersebut yang tinggal di lagun San Ignacio, Mexico dengan menyentuh lidah dan menggosok badan haiwan tersebut.
Seorang ahli zoologi Mark Carwardine berkata: "Jika anda tidak menggaru dan mengeletek haiwan itu, kumpulan ikan paus tersebut akan mencari sebuah bot lain yang membawa pelancong untuk berbuat demikian."
Pihak berkuasa Mexico menetapkan kawasan yang boleh dilalui bot pelancong untuk melihat ikan paus tersebut yang sebahagian haiwan berkenaan sepanjang 13.71 meter. - Agensi

Batu mistik selamatkan penduduk terkena tsunami




SEBUAH batu yang mengandungi amaran pembinaan rumah menyelamatkan penduduk kampung terkena ombak tsunami di Aneyoshi pada 11 Mac lalu.


IWATE - Sebongkah batu setinggi 1.21 meter didakwa menyelamatkan nyawa penduduk kampung di Aneyoshi ketika bencana tsunami melanda Jepun 11 Mac lalu di timur laut Jepun akibat gempa bumi kuat dalam laut, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Padanya, ditulis amaran yang meminta penduduk jangan membina rumah melepasi batu berkenaan kerana mereka mungkin berdepan dengan bencana banjir akibat tsunami.
Penduduk kampung tersebut mematuhi larangan purba itu.
Hasilnya, komuniti yang hanya melibatkan 11 buah rumah dan 34 orang penduduk terselamat daripada terkena ombak tsunami.
Aneyoshi terletak di kawasan pergunungan wilayah Iwate yang terjejas teruk dalam bencana tsunami baru-baru ini. Kira-kira 91.4 meter ke bahagian bawah bukit dari batu itu terdapat satu garisan biru dicat di atas jalan.
Garisan itu menandakan paras air banjir tsunami pernah sampai pada takat tertingginya iaitu 38.8 meter.
Sejarah Jepun menghadapi tsunami membawa kepada kewujudan batu-batu amaran itu yang juga menjadi pemandangan biasa di sepanjang pantai negara tersebut.
Generasi terdahulu cuba memberi amaran kepada anak cucu mereka tentang bahaya tsunami. Ada antara batu itu yang berusia 600 tahun.
"Batu-batu tsunami ini menjadi amaran dari satu generasi ke generasi. Ia memberitahu supaya mengelak daripada penderitaan yang dialami oleh nenek moyang mereka," kata pakar bencana alam dari Universiti Ritsumeikan di Kyoto, Itoko Kitahara.
Tsunami yang berlaku pada tahun 1896 dan meragut 22,000 nyawa telah meyakinkan penduduk Aneyoshi untuk berpindah ke kawasan tinggi.
Namun, apabila populasi kian bertambah, mereka berpindah semula ke kaki bukit. Apabila sekali lagi dilanda tsunami pada tahun 1933, hanya empat orang yang terselamat.
Selepas bencana itu, orang kampung menanam batu amaran dan berjaya menyelamatkan nyawa mereka apabila tsunami berlaku pada tahun 1960.
"Mereka tahu betapa dahsyatnya tsunami, jadi batu itu didirikan untuk memberi amaran kepada kami," kata ketua kampung di Aneyoshi, Tamishige Kimura. - Agensi

Samsung saman balas Apple




Seorang pekerja syarikat Samsung di Seoul semalam menunjukkan telefon pintar keluaran syarikatnya, Galaxy S (kiri) dan iPhone 4 keluaran Apple.


SEOUL - Pengeluar barangan elektronik Korea Selatan, Samsung memfailkan saman hak cipta terhadap Apple berhubung gajet iPhone dan iPad keluaran firma Amerika Syarikat (AS) berkenaan dalam kes saman balas selepas Apple mendakwa Samsung meniru produknya.
Apple sebelum ini mendakwa telefon pintar dan komputer tablet buatan Samsung ditiru daripada iPhone dan komputer iPad keluarannya.
Saman balas Samsung itu dikemukakan beberapa hari sebelum ia melancarkan produk terbarunya.
Tindakan itu boleh menjejaskan hubungan perniagaan kedua-dua syarikat gergasi komunikasi tersebut.
Apple memfailkan saman terhadap Samsung pada Jumaat minggu lalu dengan mendakwa firma Korea Selatan itu melanggar paten dan hak cipta membabitkan gajet iPhone dan iPad keluarannya.
Dalam satu kenyataan semalam Samsung sebaliknya mendakwa bahawa gajet iPhone dan iPad keluaran Apple telah melanggar paten teknologi mudah alih pihaknya.
Sehubungan itu, Samsung meminta Apple supaya berhenti meniru teknologinya dan membayar sejumlah ganti rugi.
"Apple menyaman Samsung baru-baru ini kerana ia bimbang dengan kebangkitan Samsung dalam pasaran gajet yang sebelum ini dicipta olehnya," kata seorang penganalisis firma Daewoo Sekuriti, James Song semalam.
Apple telah menjual 18.6 juta telefon pintar iPhone dalam suku pertama tahun ini namun Samsung dilaporkan menjual sekitar 13 juta telefon pintarnya pada suku sama dan merancang untuk menjual 60 juta telefon itu pada tahun ini. - Reuters

Asbut tebal landa London, Wales




ASBUT tebal melanda tengah London semalam menyebabkan pemandangan menjadi terhad.


LONDON - Kerajaan United Kingdom meminta orang ramai tidak melakukan senaman di luar rumah ekoran asbut yang memenuhi ruang udara London.
Kombinasi cuaca panas dan kondisi tiada angin yang berlaku akibat sistem tekanan yang tinggi menyebabkan lapisan ozon dan partikel-partikel tercemar dikenali sebagai PM10s dijangka meningkat di seluruh England dan Wales.
Beberapa stesen pemantau di London menunjukkan kadar pencemaran sederhana atau tinggi pada pagi semalam. London juga mengalami suhu tinggi ketika warganya sedang bersedia menyambut perayaan Easter.
Asbut itu dikatakan terdiri daripada jelaga, debu, kotoran dan titisan cecair beracun.
Ia merupakan campuran kabut dengan asap.
Mereka yang menghidap asma, golongan kanak-kanak dan warga emas akan terjejas kerana udara tercemar itu akan menjangkiti paru-paru mereka serta membuatkan pernafasan menjadi sukar.
Jabatan Alam Sekitar, Makanan dan Luar Bandar Britain menasihat orang ramai agar mengelakkan penggunaan kenderaan ke lokasi dekat untuk mengurangkan asbut.
Amaran itu dibuat ketika warga Britain bersiap sedia untuk menikmati cuti musim panas. - Agensi