Pages

Thursday, May 19, 2011

10 Golongan Yang Tidak Dapat Mencium Bau Syurga

Blog Peribadirasulullah: "
1. Pembunuh orang kafir mu’ahadah iaitu orang kafir yang mengikat perjanjian keamanan dengan orang ISLAM.

2. Orang mengaibkan atau mensia-siakan tanggungjawab yang diamanahkan oleh ALLAH SWT. Contohnya, amanah anak-anak terhadap ibu bapa dan sebaliknya.

3. Orang yang berilmu tetapi ilmunya digunakan semata-mata mencari keuntungan dan kepentingan duniawi

4. Orang yang berangan-angan untuk beramal namun tidak pernah berusaha mengerjakannya.

5. Semua penderhaka sama ada kepada ALLAH SWT, Rasulullah SAW, Ibubapa dan lain-lain.

6. Peminum arak

7. Orang memutuskan silaturrahim.

8. Orang tua yang berzina

9. Orang yang sombong, bermegah dengan hal duniawi.

10. Isteri yang meminta diceraikan tanpa ada suatu kemunasabahan/kesalahan/keuzuran yang dibenarkan oleh syarak."

11 maut, 50 cedera di Afghanistan

KUNDUZ - Sekurang-kurangnya 11 terkorban manakala lebih daripada 50 cedera dalam kejadian tunjuk perasaan menuntut bela kematian empat ahli kumpulan pejuang Taliban berpusat di Afghanistan yang menjadi mangsa serangan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato), semalam.

Terdahulu, Bantuan Keselamatan Antarabangsa (ISAF) menyatakan Nato bertindak melancarkan serangan dengan mensasarkan sebuah kediaman di Kabul yang dipercayai menjadi markas operasi kumpulan pejuang militan Taliban di negara itu.

Kemungkinan motif serangan itu dilancarkan kerana mahu menghapuskan gerakan kumpulan tersebut yang sebelum ini turut mengecam Amerika Syarikat (AS) dan negara sekutunya serta berikrar akan menuntut bela di atas kematian Osama Laden.

Jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Zemerai Bashary berkata, kira-kira 2,000 penunjuk perasaan menyertai demonstrasi membantah serangan yang didalangi kuasa Barat itu.
SH

Taliban serang Peshawar




PASUKAN keselamatan Pakistan melihat lima mayat militan, termasuk tiga wanita yang mahu meletupkan diri mereka di Quetta, Pakistan, kelmarin. – REUTERS


PESHAWAR 18 Mei – Lebih 70 militan menyerang sebuah tempat pemeriksaan di pinggir bandar Peshawar hari ini yang mencetuskan insiden berbalas tembakan dan mengorbankan dua anggota tentera keselamatan serta lima lagi cedera.
Serangan berlaku berhampiran Khyber, kawasan bersempadan dengan Afghanistan, yang dianggap sebagai pusat global militan, termasuk al-Qaeda dan pergerakan Taliban Pakistan serta Afghanistan.
“Mereka menggunakan senjata AK-47 dan roket. Kami berjaya menangkis serangan pertama, tetapi mereka terus melancarkan serangan dan berlaku insiden berbalas tembakan selama lebih empat jam.
“Seorang polis dan seorang anggota separa tentera terbunuh dalam serangan itu,” kata pegawai keselamatan Abdul Jabbar.
Pegawai polis, Ejaz Khan memberitahu sekurang-kurangnya 15 militan turut terbunuh dalam insiden serangan itu.
Militan yang mempunyai kaitan dengan al-Qaeda dan Taliban meningkatkan serangan di Pakistan selepas pembunuhan Osama bin Laden di negara ini oleh pasukan tentera elit Amerika Syarikat (AS) pada 2 Mei lalu.
Pakistan turut menerima tekanan untuk membuktikan ia serius dalam memerangi militan selepas Osama didapati telah menetap di negara itu sekurang-kurangnya lima tahun.
Taliban Pakistan yang mempunyai kaitan rapat dengan al-Qaeda telah berjanji untuk membalas dendam atas kematian Osama dan mengaku bertanggungjawab atas insiden letupan berani mati di akademi separa tentera di bandar Charsadda di negara ini yang mengorbankan 80 orang minggu lalu.
Semalam, pasukan keselamatan menembak mati lima suspek militan Chechen yang mempunyai kaitan dengan al-Qaeda yang cuba melancarkan serangan berani mati di bandar Quetta. – REUTERS
Utusan Malaysia Online - Luar Negara

Presiden Yaman setuju serah kuasa kepada pembangkang dalam tempoh sebulan


SANAA 18 Mei - Presiden Yemen, Ali Abdullah Saleh dan kumpulan pembangkang hari ini menandatangani perjanjian damai yang bakal menyaksikan Ali menyerahkan kuasa dalam tempoh sebulan, sekali gus menamatkan pemberontakan antikerajaan di negara ini yang tercetus sejak Mac lalu.

Menurut pelan damai itu, dalam tempoh sebulan dari sekarang Ali akan meletakkan jawatan dan sekali gus menamatkan pemerintahan Presiden itu selama 33 tahun.
Menurut pelan damai yang diusahakan oleh negara-negara Teluk itu yang sebelum ini tertangguh, Ali akan diberi kekebalan daripada didakwa dan beliau turut dibenarkan meletak jawatan secara terhormat.
"Selepas pelbagai usaha yang dilakukan oleh Amerika Syarikat (AS), Eropah dan negara-negara Teluk, Presiden menerima cadangan daripada wakil-wakil negara Teluk selepas membuat perubahan kecil dengan majlis menandatangani pelan damai itu diadakan hari ini," ujar pegawai pembangkang, Yahya Abu Usbua.
Stesen televisyen Al Arabiya dengan memetik penasihat Ali melaporkan majlis tandatangani perjanjian peralihan kuasa itu akan diadakan hari ini.
AS dan Arab Saudi yang menjadi sasaran serangan rangkaian al-Qaeda dari Yemen, tidak sabar-sabar menyaksikan krisis politik di Yemen berakhir dengan baik kerana bimbang kekacauan yang berterusan di Yemen akan membuka ruang kepada rangkaian militan itu bergerak bebas.
Namun, beberapa penganalisis politik sangsi perjanjian itu akan berjaya memandangkan pelan damai sebelum ini menemui kegagalan sebanyak dua kali di saat-saat akhir. - Reuters
Utusan Malaysia Online - Luar Negara

Turki tak kawal aktivis pro-Palestin


ANKARA: Turki semalam memberi amaran kepada aktivis pro-Palestin negara itu mengenai kemungkinan yang mereka hadapi dalam usaha memecahkan kepungan Israel terhadap Gaza.
“Kami mengingatkan rakyat negara ini mengenai kesannya tetapi rancangan pertubuhan bukan kerajaan itu adalah di luar kawalan kerajaan Turki,” kata Menteri Luar, Ahmed Davutoglu.

Israel sebelum ini meminta Turki menghalang aktivis negara itu menyertai konvoi bantuan antarabangsa ke wilayah Palestin itu bulan depan. - AFP

251 kg dadah RM16.13j dirampas




NOOR RASHID (kanan) dan Ketua Polis Negeri Pulau Pinang, Datuk Ayub Yakop menunjukkan peralatan memproses dadah yang dirampas di Georgetown, semalam.
NOOR RASHID (kanan) dan Ketua Polis Negeri Pulau Pinang, Datuk Ayub Yakop menunjukkan peralatan memproses dadah yang dirampas di Georgetown, semalam.

Polis bongkar enam makmal pemprosesan, tiga stor di Pulau Pinang

GEORGETOWN: Polis mencatatkan kejayaan besar memerangi sindiket memproses dan pengedaran dadah apabila merampas 251 kilogram (kg) dadah bernilai RM16.13 juta dalam serbuan di beberapa lokasi di negeri ini sejak Khamis hingga kelmarin.
Kejayaan terbesar di Pulau Pinang itu hasil serbuan ke atas tiga kondominium, dua rumah dan satu apartmen dalam serbuan pertama, Khamis lalu.
Dalam serbuan terakhir ke atas enam makmal memproses dadah dan tiga stor kelmarin, polis merampas keseluruhan dadah berjumlah 223.24 kg bernilai RM10.53 juta serta pelbagai jenis peralatan memproses dadah untuk edaran dalam negara.

Operasi bersama Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman dan Pulau Pinang turut merampas 11 kenderaan pelbagai jenis bernilai RM511,000 dan semua harta yang dirampas kini disiasat mengikut Akta Dadah Berbahaya (Pelucut Hak Harta).

Pengarah JSJN, Datuk Noor Rashid Ibrahim, berkata dadah dirampas adalah Ephederine seberat 109 kg, heroin (54.16 kg); heroin tulen (18.65 kg), syabu (16.9 kg); ketamin (16.36 kg); serbuk ectasy (7.82 kg), candu (350 gram), ganja (lima gram), 112,080 biji pil WY dan 12,650 pil ecstasy.

Polis turut menyita wang tunai tempatan dan antarabangsa, simpanan bank, barang kemas, kamera serta komputer riba berjumlah RM666,132.82 dan sepucuk pistol jenis Auto Ilama dan 77 butir peluru hidup.
Katanya, polis turut menahan 16 orang berusia 20 hingga 52 tahun, termasuk empat warga asing dalam operasi berkenaan.

Seramai 14 suspek sindiket memproses dadah termasuk dua wanita warga China ditahan selepas polis menyerbu makmal memproses dadah dan stor di Jalan Datuk Keramat, Jalan Ayer Itam, Jalan SP Chelliah dan Jalan Perak.

Dua warga Iran pula ditahan ketika cuba menyeludup masuk 27.8kg dadah jenis syabu di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP).

“Siasatan awal mendapati sindiket memproses dadah itu tiada kaitan dengan dua warga Iran yang ditahan di LTAPP,” katanya pada sidang media di sini, semalam. 

Jejak Osama bin Ladin: Berdepan misi balas dendam pengganas



SKUAD antipengganas tingkat kawalan di seluruh Pakistan.

SKUAD antipengganas tingkat kawalan di seluruh Pakistan.

PAKISTAN meningkatkan kawalan di seluruh negara berikutan kebimbangan terhadap kemungkinan serangan susulan pengganas.

Tindakan itu juga adalah susulan serangan pengebom berani mati di Charsadda, Peshawar minggu lalu yang mengorbankan 80 nyawa termasuk 60 pelatih polis separa tentera, manakala 140 lagi parah.

Lelaki makan 25,000 burger sejak 1972


WISCONSIN: Seorang pesara bekas pengawal keselamatan penjara mencatat rekod orang paling banyak makan burger Big Mac, produk keluaran restoran makanan segera McDonald’s. 


Don Gorske makan 25,000 burger itu sejak 39 tahun lalu. Dia diberi penghormatan dalam majlis di kampungnya, Fond du Lac, Wisconsin.
Sebagai pelanggan setia McDonald’s, Rekod Guinness World mengiktiraf pencapaian Gorske selama tiga tahun dan 2,000 Big Mac yang dimakan dalam tempoh itu dan lelaki berusia 57 tahun berkata beliau tidak berniat berhenti makan burger itu.
“Saya bercadang makan Big Mac sampai mati. Saya tidak akan mengubah selera saya. Ia masih menjadi makanan kegemaran saya. Tiada berubah sejak 39 tahun lalu. Saya memang menanti untuk makan burger itu setiap hari,” katanya. 

Sebelum makan burger ke 25,000 itu, beliau turut menunjukkan beberapa jenis kartun dan cerita mengenai Big Mac dikumpul sejak beberapa tahun lalu. 

“Sudah masuk tujuh tahun sejak burger ke 20,000. Benda sama akan saya lakukan. 
Mungkin mengambil 16 gigitan untuk habiskan burger ini,” katanya yang disambut dengan tepukan gemuruh orang ramai yang hadir menyaksikan majlis itu. – AP 

Mangsa cabul tak kenal Strauss-Kahn



MANGSA Strauss-Kahn meminta media tidak mengganggunya menerusi mesej pada pintunya.
MANGSA Strauss-Kahn meminta media tidak mengganggunya menerusi mesej pada pintunya.

Seorang wartawan Perancis juga mahu fail dakwaan terhadap Pengarah Urusan IMF

NEW YORK: Pekerja hotel yang menjadi mangsa cubaan rogol Pengarah Urusan Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF) tidak tahu siapa Dmonique Strauss-Kahn sehingga sehari selepas serangan.
Pekerja hotel Sofitel berusia 32 tahun itu ibu tunggal kepada seorang anak perempuan berusia 15 tahun, kata peguam, Jeffrey Shapiro. Mereka berhijrah ke New York dari Guinea di Afrika Barat, kira-kira tujuh tahun lalu, katanya.
“Wanita itu tidak kenal identiti penyerang dan tidak pernah berurusan dengannya,” kata Shapiro.

“Seorang rakan memberitahunya dan berkata adakah awak tahu siapa lelaki ini,” kata Shapiro yang memaklumkan anak guamnya kini bersembunyi.

Serangan itu didakwa berlaku jam 12 tengah hari waktu tempatan Sabtu lalu. Pendakwa menuduh Strauss-Kahn, 62, menyerang ketika mangsa bertugas dan tidak sedar bilik mewah itu masih ada tetamu.

Masalah dihadapi Strauss-Kahn semakin bertambah selepas seorang wartawan Perancis turut mendakwa menjadi mangsa cubaan rogol pada 2002 dan menimbang memfailkan aduan jenayah.
Peguam wartawan berkenaan, David Koubbi berkata, langkah itu sedang difikirkan oleh anak guamnya, Tristane Banon yang mendakwa diserang di pangsapuri Strauss-Kahn ketika sesi wawancara. Ketika itu, Banon berusia 22 tahun.

“Kami bergaduh dan bergelut di lantai. Saya tidak menamparnya. Saya menendangnya, dia cuba menanggalkan coli dan seluar jeans saya,” kata Banon.

Isnin lalu, ketika sesi perbicaraan pertama Strauss-Kahn di Mahkamah Jenayah Manhattan, dia didakwa cuba merogol mangsa tetapi tidak berjaya sebelum memaksa pekerja hotel itu melakukan seks oral terhadapnya.

Peguam bela menafikan tuduhan itu selain cubaan membunuh, penderaan seksual, dipaksa menjadi tahanan dan disentuh secara paksa.

Tertuduh tidak dibenar ikat jamin dan diarahkan untuk hadir di mahkamah esok. Beliau menghadapi hukuman penjara 25 tahun jika bersalah.

Shapiro berkata, selepas wanita lari daripada bilik hotel, dia terus melaporkannya kepada pihak keselamatan dan polis New York diminta melakukan siasatan.

“Mangsa adalah seorang yang menghormati fakta undang-undang di negara ini. Beliau datang dari tempat undang-undang belum bersedia dilaksanakan. Dia rasa adalah tanggungjawabnya untuk membuat laporan.

“Dia tiada agenda selain untuk menjawab soalan yang dikemukakan dan menceritakan perkara sebenar,” katanya.

Wanita bukan rakyat Amerika itu berkata, dia mempunyai visa untuk bekerja di Amerika, ada pendidikan dan pengalaman tetapi perlu bekerja keras bagi memastikan terus dapat bekerja di Sofitel.

Shapiro yang diperkenalkan kepada wanita itu oleh seorang rakannya Ahad lalu, memberitahu sejak kejadian itu wanita itu tidak pulang ke rumahnya di Bronx dan hanya bertemu dengan anaknya kelmarin. – Reuters 

Wartawan al-Jazeera hilang di Syria selamat


Dorothy Parvaz
Dorothy Parvaz

DOHA: Wartawan al-Jazeera, Dorothy Parvaz yang hilang sejurus tiba di Syria bulan lalu dibebaskan dan sudah keluar dari negara Arab bergolak itu, kata saluran berita itu dalam laman webnya semalam.

“Rangkaian al-Jazeera mengesahkan beliau sudah dibebaskan dan berada dalam keadaan selamat dan sihat,” kata satu kenyataan dalam laman web itu.
Al-Jazeera berkata, Parvaz, 39, kembali semalam ke Doha dari Iran selepas hilang sejurus tiba di Damsyik pada 29 April lalu. Parvaz memiliki pasport Amerika Syarikat, Kanada dan Iran, ditahan di Syria ketika tiba di Damsyik 19 hari lalu ketika bertugas.
“Ketika tempoh itu, beliau tidak dibenarkan berhubung dengan dunia luar,” ia menambah.

Pihak berkuasa Syria berkata, wartawan itu diusir ke Iran kerana melakukan perjalanan menggunakan pasport Iran tamat tempoh.

Kementerian Luar Iran, kelmarin berkata, ia sedang ‘mengikuti’ pergerakan Parvaz selepas Kedutaan Syria di Washington meletakkan satu kenyataan beliau diusir ke Tehran.

“Kami meneliti isu itu. Mendapatkan maklumat berhubung situasinya penting buat kami,” kata jurucakap kementerian, Ramin Mehmanparast kepada media, menyokong kenyataan Syria bahawa beliau memasuki Syria menggunakan pasport Iran tidak sah sambil membawa pasport lain.
Beliau menegaskan Teheran tidak mengiktiraf kewarganegaraan pelbagai.

Al-Jazeera merayu kepada Iran minggu lalu supaya membebaskan segera Parvaz. Kedua-dua pihak berkuasa Amerika dan Kanada melahirkan kebimbangan berhubung kesnya.

Satu ruangan dalam Facebook bertajuk ‘Free Dorothy, please urge Iran to release her immediately’ (Bebaskan Dorothy, tolong gesa Iran bebaskannya segera) mempunyai lebih 16,000 pelawat.

Pihak berkuasa Syria menutup negara itu kepada kebanyakan media antarabangsa ketika mereka mengenakan tindakan keras ke atas penunjuk perasaan kerajaan pimpinan Presiden Bashar al-Assad yang meletus dua bulan lalu.

Syria juga menuduh al-Jazeera dan saluran satelit lain sengaja membesar-besarkan bantahan dan imej penyiaran tanpa mengesahkan kesahihannya.

Oleh kerana hanya segelintir wartawan asing boleh memasuki Syria, media antarabangsa bergantung penuh kepada rakaman video dikeluarkan penunjuk perasaan dalam laman internet seperti YouTube. – AFP 

Bekas tentera ketuai al-Qaeda


Spekulasi konflik pemimpin berlegar 


WASHINGTON: Pergerakan al-Qaeda memilih bekas pegawai pasukan khas Mesir sebagai pemimpin sementara kumpulan pelampau berkenaan selepas kematian pemimpinnya, Osama bin Laden awal bulan ini, lapor CNN, kelmarin.
Pemimpin kanan tentera dan pakar strategi al-Qaeda, Saif al-Adel, yang berusia dalam lingkungan lewat 40-an dikatakan rapat dengan Osama pada 1990-an, sebelum ditahan di Iran selepas melarikan diri dari Afghanistan berikutan kerajaan Taliban digulingkan tentera Barat diketuai Amerika Syarikat pada 2001.
Akhbar Pakistan, The News melaporkan pelantikan itu semalam tanpa menamakan sumber dalam artikel ditulis dari Rawalpindi, bandar ibu pejabat pasukan tentera Pakistan, berdekatan ibu negara, Islamabad. 

Keputusan memilih Adel yang juga dikenali sebagai Muhamad Ibrahim Makkawi, muncul di tengah-tengah kegelisahan militan terhadap ketiadaan pengganti formal kepada Osama yang dibunuh dalam serbuan dramatik komando Amerika di Pakistan pada 2 Mei. 

Timbalan Ketua al-Qaeda yang sejak sekian lama, Ayman al-Zawahiri, yang juga rakyat Mesir sebelum ini disebut-sebut sebagai pengganti Osama. 
Berikutan perlantikan Adel, timbul spekulasi berlaku perselisihan di kalangan pemimpin peringkat tertinggi al-Qaeda pada peringkat wilayah dan pusat kumpulan itu. 
Jika disahkan dalam jawatan berkenaan, pelantikan Adel adalah tamparan hebat kepada Zawahiri. 

Zawahiri, 59, dilaporkan oleh akhbar itu diberi tugas mengarah operasi luar al-Qaeda, satu jawatan yang lazimnya tidak dipegang lama oleh pemegangnya. 

Perkembangan itu dilihat sebagai penurunan pangkat kepada tokoh yang bukan hanya rapat dengan Osama, tetapi juga terkenal. 

Sebelum ini, kumpulan berkaitan al-Qaeda di Iraq dan Yaman menyatakan sokongan sepenuhnya kepada Zawahiri dan mungkin tidak menerima kepemimpinan Adel, walaupun dalam kapasiti sementara. 

Seorang pakar forum jihad internet, Evan Kohlmann, pemimpin kanan sudah melihat Zawahiri sebagai pemimpin al-Qaeda. 

Kohlmann melaporkan beberapa kumpulan ekstremis sudah menggelar al-Qaeda sebagai ‘Jund al-Ayman’ yang bermakna ‘tentera Ayman.’ 

Pengekalan rangkaian kumpulan bersekutu yang dibentuk oleh Osama adalah cabaran terbesar yang dihadapi pemimpin baru al-Qaeda itu. – AFP/Agensi 

INFO 

Saif al-Adel
 

  • Dikenali sebagai Muhamad Ibrahim Makkawi 
  • Berusia lewat 40-an 
  • Bekas pegawai pasukan khas Mesir 
  • Rapat dengan Osama pada 1990-an 
  • Ditahan di Iran selepas melarikan diri dari Afghanistan

Jerit nama Allah sebelum ajal




DI sinilah Mohamad Jefridin maut selepas terkena renjatan elektrik di Kampung Sakan, Alor Setar kelmarin.


ALOR SETAR - Jeritan 'Allahuakbar' (Allah Maha Besar) yang dilaungkan oleh seorang pembaca meter air rupa-rupanya menjadi petanda yang dia akan menemui ajal apabila terkena renjatan elektrik dalam kejadian di Kampung Sakan, Jalan Datuk Kumbar di sini kelmarin.
Kejadian pukul 4.30 petang itu berlaku ketika Mohamad Jefridin Saari (gambar kecil), 33, hendak membuat pemasangan wayar di sebuah rumah yang dalam proses pengubahsuaian milik seorang lelaki yang dikenali sebagai Pak Det, 52.
Difahamkan, selain menjadi pembaca meter, Jefridin turut berkebolehan membuat pendawaian secara sambilan dan memiliki sijil dalam bidang itu.
Menurut Pak Det, sebelum kejadian, mangsa telah memanjat tangga untuk memeriksa wayar berhampiran kotak fius utama di ruang tamu rumah satu tingkat itu.
Katanya, ketika itu dia sedang berehat di beranda rumahnya sebelum terdengar mangsa menjerit
'Allahu akbar.'
"Jeritan itu sangat kuat dan saya bergegas ke tempat dia bekerja lalu terperanjat apabila mendapati mangsa sedang direnjat di atas tangga.
"Saya cuba menarik kakinya tetapi gagal menyebabkan saya turut terasa renjatan elektrik tersebut," ceritanya di sini semalam.

Maut dirempuh kereta sewa


ORANG ramai mengangkat motosikal Honda EX5 ditunggang Mohd. 
Shazwan yang maut dalam kemalangan di Kuala Terengganu kelmarin.


KUALA TERENGGANU - Seorang bapa tidak menyangka akan bertemu dengan anaknya yang telah bertahun tidak bertegur sapa dalam keadaan menyayat hati apabila remaja itu meninggal dunia selepas motosikal yang ditungganginya bersama rakan wanita dirempuh sebuah kereta sewa kelmarin.
Kejadian pukul 8.30 malam itu menyebabkan Mohd. Shazwan Yusrien, 19, mati di tempat kejadian selepas dia tercampak kira-kira 50 meter dari lokasi dia dirempuh di persimpangan lampu isyarat Kuala Ibai dekat sini.
Rakan wanita Mohd. Shazwan bersama pemandu dan penumpang kereta sewa berkenaan turut cedera dan dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah.
Difahamkan, kemalangan itu berlaku apabila motosikal jenis Honda EX5 ditunggang Mohd. Shazwan yang dalam perjalanan dari Jalan Tok Adis ke Masjid Tengku Tengah Zaharah telah melanggar lampu merah di persimpangan tersebut lalu dirempuh kereta sewa berkenaan. Kereta itu dalam perjalanan dari Kuala Terengganu ke Chendering.
Yusuf Mohamad, 43, memberitahu, Mohd. Shazwan tidak menegurnya selepas dia mengambil keputusan untuk berpisah dengan bekas isterinya beberapa tahun lalu.KOSMO

Budak tersepit di celah dinding



WAJAH budak lelaki yang tersepit di celah dua bangunan di Daye, tengah China.


BEIJING - Seorang budak lelaki dari Daye di wilayah Hubei tengah China tersepit di celah dinding bangunan selama tiga jam sebelum diselamatkan beberapa anggota bomba, lapor sebuah akhbar semalam.
Budak lelaki itu bersembunyi di celah ruang kecil berukuran 15 sentimeter di antara dua bangunan semasa dia bermain permainan sembunyi bersama rakan-rakannya baru-baru ini.
Pihak bomba dihubungi selepas beberapa rakan dan orang ramai gagal menariknya keluar dari celah bangunan itu.
Beberapa anggota bomba bertindak memasuki salah sebuah bangunan bagi memecahkan dinding berhampiran budak itu untuk menyelamatkannya. - Agensi

Seratus UFO di Shinjuku




KIRA-KIRA 100 objek terbang tidak dikenali (berwarna putih) berlegar-legar di ruang udara Shinjuku, Tokyo pada April lalu.


TOKYO - Sekumpulan cahaya misteri yang dipercayai objek terbang tidak dikenali (UFO) berlegar-legar dengan laju di ruang angkasa Shinjuku, Tokyo, lapor laman Rocketnews24 semalam.
UfO itu muncul pada 8 April lalu pada pukul 4 petang dan klip video tersebut disiarkan di laman YouTube.
Menurut individu yang merakamkan klip itu, sejumlah orang turut melihat UFO itu di luar rumahnya.
Dia berkata, terdapat 100 UFO yang bergerak sebelum ia berkurangan sehingga menjadi 20 buah sahaja.
Terdapat dua buah pesawat terbang berdekatan UFO itu tetapi objek tersebut mungkin berada pada altitud yang lebih tinggi, katanya. - Agensi

Sakit jantung sudah wujud pada zaman firaun




GAMBAR yang disiarkan kelmarin menunjukkan salah satu mumia yang diimbas dengan menggunakan komputer di Muzium Kaherah Mesir pada 10 Mei lalu.


PARIS - Seorang puteri Mesir yang hidup di antara 1580 dan 1550 Sebelum Tahun Masihi merupakan manusia pertama dalam sejarah diketahui menghidap penyakit jantung koronari.
Penyakit itu dikesan menerusi imbasan komputer yang memberikan imej terperinci ke atas mumia Puteri Ahmose-Meryet-Amon yang meninggal dunia semasa berumur dalam lingkungan 40-an.
Menurut Persatuan Kardiologi Eropah, puteri itu didapati mempunyai aterosklerosis atau satu pengumpulan bahan lemak di dua dari tiga saluran koronari.
"Pada hari ini, dia mungkin memerlukan pembedahan pintasan jantung," kata ketua analisis mumia itu, Gregory Thomas yang juga Pengarah Pendidikan Nuklear Kardiologi di Universiti of California di Irvine, Amerika Syarikat menerusi telefon.
Menurutnya, dia berasa terkejut dengan jumlah pengumpulan lemak yang ditemui itu.
Separuh daripada mumia yang dikaji itu menunjukkan terdapat tanda-tanda pengapuran dalam saluran arteri yang menunjukkan tanda aterosklerosis.
Purata kematian mumia itu ialah kira-kira 45 tahun. - AFP

Detik-detik cemas wanita mahu bunuh diri




LEHER wanita itu sempat ditarik daripada jatuh oleh seorang pegawai tempatan.


CHANGCHUN - Ratusan orang berkumpul untuk melihat detik-detik cemas seorang wanita yang memakai baju pengantin berwarna putih duduk di tepi tingkap apartmennya di sini kerana mahu membunuh diri kelmarin.
Wanita berusia 22 tahun itu cuba terjun dari tingkap di tingkat tujuh tetapi dia sempat diselamatkan oleh seorang pegawai tempatan.
Dia dipercayai mahu membunuh diri selepas teman lelakinya selama empat tahun memutuskan hubungan selepas mereka merancang untuk berkahwin.
Namun, wanita itu akhirnya diselamatkan oleh seorang pegawai tempatan, Guo Zhong Fan yang pantas memegang leher, bahu dan gaun wanita tersebut.
Seorang lagi lelaki kemudian memanjat keluar dari satu lagi tingkap untuk menolak kaki wanita itu bagi membantu menyelamatkan mangsa. - Agensi

Tentera Mesir tiada rancangan maafkan Hosni



KAHERAH - Majlis ketenteraan yang mentadbir Mesir buat sementara menolak spekulasi bahawa ia akan memaafkan bekas Presiden, Hosni Mubarak.
Hosni, 83, yang kini sedang disiasat kerana rasuah dan penyalahgunaan kuasa ditahan di sebuah hospital di pusat peranginan Sharm el-Sheikh di negara ini.
Isterinya, Suzanne yang juga sakit semasa ditahan pihak berkuasa telah dibebaskan kelmarin selepas bersetuju menyerahkan sejumlah aset tetapi berdepan dengan siasatan rasuah.
"Majlis Tertinggi Angkatan Tentera menegaskan tidak terdapat sebarang kebenaran berhubung apa (berita) yang disiarkan oleh media bahawa pihak majlis akan memaafkan bekas presiden dan keluarganya," kata satu kenyataan tentera yang disiarkan di laman Facebook.
Hosni meletakkan jawatan pada 11 Februari lalu selepas penunjuk perasaan berkumpul selama 18 hari di Dataran Tahrir, Kaherah bagi menuntut beliau meletakkan jawatan selepas berkuasa hampir 30 tahun. - Agensi

Kawan rosakkan kereta Lamborghini RM1.1 juta



KERETA Lamborghini Murcielago yang remuk teruk dalam kemalangan di Sydney pada Ahad lalu.


SYDNEY - Seorang remaja berusia 22 tahun dilaporkan memandu sebuah kereta sport Lamborghini Murcielago bernilai AS$363,657 (RM1.1 juta) milik kawannya yang melanggar sebuah teksi, lapor sebuah akhbar semalam.

Dia memandu kereta itu pada pagi Ahad lalu sebelum hilang kawalan di sebatang jalan raya di Sydney, Australia. Lebih malang lagi, kereta tersebut kemudian bertembung dengan sebuah teksi yang mengakibatkan kedua-dua buah kereta mengalami kerosakan teruk.

Pemandu teksi itu merupakan wanita berusia 51 tahun dan dia terperangkap di dalam kenderaan lebih sejam sebelum diselamatkan dengan sebelah kakinya patah.

Pemilik kereta Lamborghini Murcielago yang berusia 30 tahun itu mungkin berdepan masalah untuk menuntut kerugian daripada syarikat insurans kerana kereta tersebut tidak diinsuranskan kepada pemandu berusia bawah 25 tahun.

Dia memberi pinjam kepada rakannya itu namun keretanya kini sukar untuk dikenali pasti kerana remuk teruk.

"Saya menganggap pemandu kereta itu berada (dirawat) dalam ambulans kedua. Sukar dipercayai dia masih boleh berjalan tanpa sebarang kecederaan," kata seorang saksi, Daisy Buckle.

Seorang lagi penumpang kereta sport itu yang berusia 26 tahun mengalami cedera ringan di bahagian dada.

Kereta sport Lamborghini Murcielago didedahkan kepada umum pada tahun 2002.

Pembuat kereta dari Itali itu menggunakan enjin bersesaran 6.2 liter V12.

Pihak polis sedang menyiasat kemalangan itu dan akan mendakwa pemandu tersebut kerana memandu secara berbahaya.

Seorang jurucakap polis mengesahkan bahawa pemandu itu tidak berada di bawah pengaruh alkohol. - Agensi

Kosmo! Online - Dunia