Pages

Friday, August 3, 2012

China larang pegawai, pelajar berpuasa


SEORANG penduduk Islam membaca al-Quran di Aksu, Xinjiang pada 27 Julai lalu.


BEIJING - Pihak berkuasa di wilayah Xinjiang, barat daya China melarang para pegawai dan pelajar beragama Islam daripada berpuasa pada bulan Ramadan.
Tindakan itu mendorong sebuah kumpulan hak asasi memberi amaran keganasan terbaharu akan berlaku di rantau berkenaan.
Pekeliling yang disiarkan di beberapa laman web pemerintah meminta pemimpin Parti Komunis supaya mengehadkan aktiviti keagamaan penduduk Islam sepanjang bulan puasa termasuk berpuasa dan berkunjung ke masjid.
"Para pegawai Parti Komunis, kakitangan awam (termasuk mereka yang bersara) dan pelajar dilarang daripada menyertai aktiviti keagamaan pada bulan Ramadan," menurut pekeliling berkenaan.
Xinjiang dihuni oleh sembilan juta etnik minoriti Uighur yang beragama Islam.
Penduduk Islam sebelum ini mendakwa sering menjadi mangsa penganiayaan pemerintah China.
Keganasan etnik terburuk berlaku di Xinjiang pada 2009 apabila penduduk Uighur menyerang bangsa Han di bandar Urumqi yang menyebabkan 200 orang terbunuh. - AFP

4 perkara Masuk kategori munafik

GOLONGAN munafik wujud sejak zaman Rasulullah s.a.w lagi. Mereka berpura-pura mengikuti ajaran Islam tetapi hakikatnya hati mereka menyimpang daripada Islam.

Firman Allah bermaksud, “Apabila orang-orang munafik datang kepadamu (wahai Muhammad), mereka berkata, “Kami mengakui bahawa sesungguhnya engkau sebenar-benarnya Rasul Allah’. Dan Allah sememangnya mengetahui bahawa engkau ialah Rasul-Nya, serta Allah menyaksikan bahawa sesungguhnya pengakuan mereka adalah dusta.” (Surah al-Munafiqun, ayat 1). Dalam al-Quran, Allah menerangkan dengan jelas perihal orang Munafik malah menamakan satu surah, al-Munafiqun bagi menggambarkan bahayanya golongan itu.
Pada zaman Rasulullah s.a.w, mereka sentiasa berdolak-dalih apabila diminta keluar untuk berjihad ke jalan Allah.
Allah s.w.t merakamkan keadaan ini menerusi firman-Nya yang bermaksud: “Dan juga dengan tujuan Ia hendak melahirkan dengan nyata akan orang yang munafik yang dikatakan kepada mereka. Marilah berperang pada jalan Allah (untuk membela Islam), atau pertahankanlah (diri, keluarga, dan harta benda kamu)”… Mereka menjawab: “ Sekiranya kami mengetahui bagaimana hendak berperang , tentulah kami mengikut kamu (turut berperang).” (Surah Ali ‘Imran, ayat 167). Ulama mengkelaskan golongan munafik kepada dua. Pertama, munafik I’tiqadi iaitu kepercayaan dalam hati. Mereka hanya beriman kepada Allah secara luaran.
Mereka hanya berlakon di khalayak ramai, tetapi mendustakan agama Allah yang dibawa Rasul-Nya.
Firman Allah bermaksud: “Dan di antara manusia ada yang berkata: ‘Kami beriman kepada Allah dan hari Akhirat; padahal mereka sebenarnya tidak beriman.” (Surah al-Baqarah, ayat 8). Golongan itu terkeluar daripada agama Allah.

Yang kedua disebut munafik ‘Amali iaitu yang berkaitan dengan perbuatan. Rasulullah s.a.w menjelaskan hal ini dalam hadisnya yang bermaksud: “Tanda orang munafik itu ada tiga; apabila berkata ia berdusta, dan apabila berjanji ia mungkir, dan apabila diberi amanah ia khianat.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). Dalam hadis yang lain, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik yang jelas. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik hingga dia meninggalkannya iaitu apabila dipercayai ia khianat, apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran (menegakkan benang yang basah).” (Hadis riwayat Bukhari). Secara fitrahnya, kita tidak akan terlepas daripada melakukan dosa dan kesalahan. Sudah tentu saban hari kita menuturkan kata-kata, membuat janji dan memikul amanah. Persoalannya, adakah kita melakukan perbuatan berkenaan dengan cara yang betul menurut kehendak Islam? Ataupun kita melakukan perbuatan itu mengikut cara orang munafik melakukannya? Persoalan ini hanya mampu dijawab dengan positif bagi mereka yang memiliki iman yang kukuh.
sumber

Senarai 15 Tanda Kiamat

Kalau kita masih ingat lagi dalam peristiwa Israk dan Mikraj ketika Rasulullah SAW dibawa menaiki kenderaan yang bernama Buraq yang terpantas sepantas kilat baginda menoleh dan melihat bumi tempat tinggal manusia dan segala makhluk yang lain seumpama seorang wanita tua.

Tasybih (disamakan) bumi dengan seorang wanita tua ada kaitannya dengan usia bumi. Ditasybihkan agar manusia segera dan pantas memahami kehendak Allah melalui lisan baginda Rasulullah SAW.

Semoga dengan demikian manusia hendaklah mengambil iktibar dan pengajaran serta langkah-langkah yang sewajarnya dalam menjaga dan memelihara alam tabie yang menjadi amanah kepada manusia.

Maksudnya bumi diumpakan seperti wanita tua, dari sudut biologinya wanita tua kebiasaannya semestinya uzur. Bila uzur ada kaitan dengan keaktifan seseorang, yang pastinya yang muda tidak sama dengan yang atau dari segi kudrat dan tenaga, apatah lagi dari segi kesihatannya.

Bermula dengan tsunami dari tahun 2004 yang meragut jutaan nyawa manusia hinggalah yang terakhir gempa bumi di Padang dan banyak lagi.

Ditambah suhu panas yang semakin meningkat, atmosfera dan ozon yang semakin menipis sehingga suhu semakin membahang dari hari ke sehari.

Walaupun sebahagian kerosakan berpunca dari tangan-tangan manusia seperti firman Allah SWT yang bermaksud: Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat). (al-Rum: 41)

Punca kerosakan di daratan dan lautan adalah kerana ketamakan manusia merakusi bumi Allah SWT atas alasan pembangunan dan pemodenan kawasan. Maka berlakulah banjir kilat di beberapa tempat, tapi manusia tidak belajar.

Kebanyakan perkara yang dinyatakan telah pun berlaku dan ada yang masih berlaku, antaranya adalah tanda-tanda kiamat kecil.

Tanda-tanda kiamat

Tanda-tanda kiamat ada dua: tanda-tanda kiamat besar dan tanda-tanda kiamat kecil.

Tanda kiamat kecil adalah tanda yang datang sebelum kiamat dengan waktu yang relatif lama, dan kejadiannya biasa, seperti dicabutnya ilmu, dominannya kebodohan, minum khamr, berlumba-lumba dalam membangun, dan lain-lain. Terkadang sebahagiannya muncul menyertai tanda kiamat besar atau bahkan sesudahnya.

Tanda kiamat besar adalah perkara besar yang muncul mendekati kiamat yang kemunculannya tidak biasa terjadi, seperti muncul Dajjal, Nabi Isa a.s., Yakjuj dan Makjuj, terbit matahari dari Barat, dan lain-lain.

Para ulama berbeza pendapat tentang permulaan yang muncul dari tanda kiamat besar. Tetapi Ibnu Hajar berkata, “Yang kuat dari sejumlah berita tanda-tanda kiamat, bahawa keluarnya Dajjal adalah awal dari tanda-tanda kiamat besar, dengan terjadinya perubahan secara menyeluruh di muka bumi. Dan diakhiri dengan wafatnya Isa a.s.

“Sedangkan terbitnya matahari dari Barat adalah awal dari tanda-tanda kiamat besar yang mengakibatkan perubahan keadaan langit. Dan berakhir dengan terjadinya kiamat”.

Ibnu Hajar melanjutkan, “Hikmah dari kejadian ini bahwa ketika terbit matahari dari barat, maka tertutuplah pintu taubat”.

Di antara tanda-tanda kiamat kecil adalah:

1. Diutusnya Rasulullah SAW

Jabir r.a. berkata, “Adalah Rasulullah SAW jika beliau menyampaikan khutbah matanya merah, suaranya keras, dan penuh semangat seperti panglima perang, beliau bersabda, “(Hati-hatilah) dengan pagi dan petang kalian”. Beliau melanjutkan, Aku diutus dan hari Kiamat seperti ini. Rasulullah SAW mengibaratkan seperti dua jarinya antara telunjuk dan jari tengah (kiamat sangat hampir). (riwayat Muslim)

2. Disia-siakan amanah

Jabir r.a. berkata, tatkala Nabi saw. berada dalam suatu majlis sedang berbicara dengan para sahabat, maka datanglah orang Arab Badwi dan berkata, “bilakah masanya akan terjadi kiamat?” Rasulullah SAW terus melanjutkan bicaranya. Sebahagian sahabat berkata, “Rasulullah mendengar apa yang ditanyakan tetapi tidak menyukai apa yang ditanyakannya”.

Berkata sebagian yang lain, “Rasulullah tidak mendengar”. Setelah Rasulullah menyelesaikan bicaranya, baginda bertanya: “Mana yang bertanya tentang kiamat tadi?” Berkata lelaki Badwi itu, “Saya, wahai Rasulullah”. Rasulullah SAW berkata, “Jika amanah disia-siakan, maka tunggulah kiamat”. Lelaki itu bertanya lagi, “Bagaimana menyia-nyiakannya?” Rasulullah menjawab, “Jika urusan diserahkan kepada orang yang bukan ahlinya, maka tunggulah kiamat”. (riwayat Bukhari)

3. Penggembala menjadi kaya

Rasulullah ditanya oleh Jibril tentang tanda-tanda kiamat, lalu beliau menjawab: “Seorang budak melahirkan majikannya, dan engkau melihat orang-orang yang tidak beralas kaki, telanjang, dan miskin, penggembala binatang berlumba-lumba saling tinggi dalam bangunan. (riwayat Muslim).

6. Banyak terjadi pembunuhan

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Tidak akan terjadi kiamat, sehingga banyak terjadi haraj.. Sahabat bertanya apa itu haraj, ya Rasulullah?” Rasulullah menjawab, “haraj adalah pembunuhan, pembunuhan”. (riwayat Muslim).

7. Munculnya kaum Khawarij

Dari Ali ra. berkata, saya mendengar Rasulullah SAW bersabda, Akan keluar di akhir zaman kelompok orang yang masih muda, bodoh, mereka mengatakan sesuatu dari firman Allah. Keimanan mereka hanya sampai di kerongkong mereka. Mereka keluar dari agama seperti anak panah keluar dari busurnya. Di mana saja kamu jumpai, maka bunuhlah mereka. Siapa yang membunuhnya akan mendapat pahala di hari kiamat. (riwayat Bukhari).

9. Perang antara Yahudi dan Umat Islam

Dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: Tidak akan terjadi kiamat sehingga kaum muslimin berperang dengan yahudi. Maka kaum muslimin membunuh mereka sampai ada orang yahudi bersembunyi di belakang batu-batuan dan pohon-pohonan. Dan berkatalah batu dan pohon, “Wahai muslim, wahai hamba Allah, ini yahudi di belakangku, kemari dan bunuhlah ia”. Kecuali pohon Gharqad kerana ia adalah pohon Yahudi. (riwayat Muslim).

11. Sedikitnya ilmu

12. Merebaknya perzinaan

13. Banyaknya kaum wanita

Dari Anas bin Malik ra. bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya di antara tanda-tanda kiamat adalah ilmu diangkat, banyaknya kejahilan, banyaknya perzinaan, banyaknya orang yang minum khamr (arak), sedikit kaum lelaki dan banyak kaum wanita, sampai nisbah bagi 50 wanita seorang lelaki. (riwayat Bukhari)

14. Bermewah-mewah dalam membangun masjid.

15. Berleluasnya riba dan harta haram

Dari Abu Hurairah ra. berkata, Rasulullah bersabda, “Akan datang pada manusia suatu waktu, setiap orang tanpa kecuali akan makan riba, orang yang tidak makan langsung, pasti terkena debu-debunya“. (riwayat Abu Dawud, Ibnu Majah dan Al-Baihaqi)

Dari Abu Hurairah ra. berkata, Rasulullah bersabda, Akan datang pada manusia suatu saat di mana seseorang tidak peduli dari mana hartanya didapati, apakah dari yang halal atau yang haram. (riwayat Bukhari dan Ahmad)
sumber

Dengan Guna 5F Yahudi Hancurkan Islam


1. Filem
Melalui filem bukan sahaja yahudi dapat mengaut keuntungan malah merosakkan aqidah Islam sehingga adanya laporan suatu kajian ilmiah yang dijalankan di mana ramai remaja Islam yang terlibat dengan pemujaan Syaitan seperti Black Metal, Jangan Ikut Tuhan (JIT) dan sebagainya antaranya disebabkan pengaruh filem. Begitu juga seks bebas dan sikap negatif yang ditanam melalui filem
2. Famili (keluarga)
Menanamkan amalan hidup bebas dalam keluarga Islam sehingga berleluasanya perbuatan bersedudukan dengan suami atau isteri orang, anak-anak dibiarkan mendeadh aurat dan bergaul bebas tanpa batasan
3. Fesyen
Memperkenalkan fesyen yang mendedah aurat dan mengghairahkan di mana setiap fesyen yang ditayangkan melalui filem terus dipasarkan secara meluas dengan harga yang murah. Umat Islam terus memakai pakaian yang menjolok mata dengan perasaan bangga kerana dianggap memakai pakaian mengikut peredaran masa
4. Fun (hiburan)
Hiburan yang melampau terus dihidupkan sehingga banyak masa umat Islam dihabiskan untuk berbincang perkara berkenaan artis dan filem sedangkan masalah yang besar diabaikan. Umat Islam berasa senang hati untuk hadir program hiburan serta merasakan suatu siksaan dan deraan bila diminta menghadiri majlis keagamaan
5. Food (makanan)
Umat Islam lebih selera dan suka menjamu makanan yang dihasikan oleh jenama yahudi dan sekutunya berbanding produk umat Islam sendiri. Kita tidak tidak sedar bagaimana adanya usaha mengedarkan gandum yang diproses di Israel yang dicampur dengan bahan untuk memandulkan manusia. Pernah berlaku di Mesir dan Jordan pengedaran telur ayam Israel yang disuntik ubat mandul. Jangan biarkan kita mandul semangat melawan Israel dan mandul keturunan kerana banyak menjamu selera makanan dan minuman yahudi

PETUA IMAM GHAZALI MENCARI LAILATUL QADAR



Dalam kita sibuk menjalani ibadah puasa, jangan kita lupa bahawa terdapat satu malam yang sedang menanti kita. Malam itu adalah malam lailatul qadar yang mana ia adalah lebih baik dari 1000 bulan.

Dalam mengerjakan ibadat dalam bulan ramadhan, sudah tentunya kita akan sentiasa tertunggu-tunggu 10 malam yang terakhir. Itulah malam yang mana ia berlaku pada satu malam daripada 10 malam terakhir iaitu hari ganjil bulan ramadhan. Adakah malam lailatul qadar ini jatuh pada 21, 23, 25, 27 atau 29 ramadhan tahun ini? Hanya orang yang berusaha sahaja akan merasai nikmat beribadat di malam lailatul qadar. Terdapat petua oleh Imam Ghazali dan lain-lain ulama untuk cari mencari malam Lailatul Qadar.

Jika awal ramadhan jatuh pada hari:

I) Ahad atau rabu malam qadar dijangka berlaku pada malam 29 ramadhan

II) Isnin – malam qadar dijangka berlaku pada malam 21 ramadhan;

III) Selasa atau jumaat – malam qadar dijangka berlaku pada malam 27 ramadhan;

IV) Khamis- malam qadar dijangka berlaku pada malam 25 ramadhan;

V) Sabtu- malam qadar dijangka berlaku pada malam 23 ramadhan

Kata sheikh abu hassan bahawa mula dia baligh, dia sentiasa dapat menghidupkan lailatul qadar pada malam yang tepat mengikut petua diatas. Walau bagaimanapun, janganlah ibadat pada malam ini sahaja, carilah malam qadar pada malam-malam ganjil yang lain juga.

Tanda malam qadar ialah :

Malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas;
Siangnya cahaya matahari warnanya pucat;
Pada malam itu malaikat jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu dan tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.

Marilah kita beramai-ramai memeriahkan suasana 10 malam terakhir ramadhan dengan beribadat kepada Allah SWT dengan ikhlas dan penuh keimanan, mudah-mudahan kita dapat kurniaan allah yang kelebihannya pahalanya melebihi 1000 bulan atau 83 tahun umur kita. Teringat ketika waktu sekolah dahulu, sentiasa tertungu-tunggu bilakah malam lailatul qadar tiba.

Subhanallah ! Api Pun Tahu Kebesaran Alquran

Al-quran tidak terbakar dalam kebakaran sebuah van yang hangus dijilat api. Sebarkan kepada sesama muslim moga menambahkan taqwa kita kepada Allah.Di bawah ini adalah bukti bahawa Allah Itu Maha Besar dan memelihara Al-Quran sehingga ke hari kiamat.




Facebook tempat intip bekas kekasih

OTTAWA: Kira-kira sembilan daripada 10 pengguna Facebook menggunakan kemudahan rangkaian sosial itu untuk mengintip aktiviti bekas kekasih masing-masing.
Tesis sarjana seorang mahasiswa Universiti Ontario Barat menunjukkan, 88 peratus pengguna Facebook memeriksa halaman bekas kekasih mereka untuk mendapatkan pelbagai maklumat. Kajian mendapati, ramai pengguna Facebook mendaftar masuk ke laman sosial popular itu menggunakan akaun rakan mereka bagi memudahkan aktiviti mengintip dilakukan.

Sesetengah mereka juga memadamkan gambar yang boleh mengingatkan kepada detik bercinta.
Sebahagian pengguna Facebook pula membaca kembali catatan yang dimuatkan dalam akaun bekas kekasih masing-masing.

Selain itu, ada juga individu yang menggunakan Facebook untuk merosakkan hubungan bekas kekasih dengan orang lain. Penulis tesis itu, Veronika Lukacs, berkata dia membuat analisis mengenai Facebook kerana ia memberi kesan sosial yang serius. Kata Veronika, 25. hampir setiap pengguna Facebook melakukan aktiviti mengintip bekas kekasih itu. “Kajian sama menunjukkan, 48 peratus pengguna Facebook terus bersahabat dengan bekas kekasih mereka, manakala 74 peratus pula cuba mengetahui setiap perkembangan buah hati bekas kekasih mereka,” katanya. - DM

Kepala babi cemar masjid di Perancis

Laluan untuk ke Masjid Salam itu turut dicemari dengan darah babi.
Laluan untuk ke Masjid Salam itu turut dicemari dengan darah babi.
MONTAUBAN - Islamofobia dilihat  telah meningkat di Perancis susulan daripada penemuan dua kepala babi di luar masjid di bandar Montauban, kelmarin yang turut mencetuskan kemarahan orang Islam di kawasan itu.

Pengerusi Pemerhati Islamofobia, Abdallah Zekri berkata, perbuatan biadab seperti itu yang dilakukan pada bulan Ramadan sememangnya berunsur provokasi perkauman.

Dalam satu kenyataan, Datuk Bandar Montauban, Brigitte Bareges turut mengutuk tindakan pihak yang tidak menghormati agama Islam dengan meletakkan dua kepala babi tersebut pada tiang berhampiran pintu masuk Masjid Salam itu.

Beberapa khabar angin mendakwa kejadian menggemparkan tersebut mungkin bermotifkan dendam susulan daripada insiden suspek dikenali sebagai Mohammed Merah yang menembak mati tujuh bangsa Yahudi di bandar tersebut pada Mac lalu.

Sementara itu, konflik antara pihak berkuasa Perancis dengan masyarakat Islam di Perancis juga dilihat meningkat semula, Selasa lalu susulan pemecatan empat jurulatih di sebuah kem musim panas hanya kerana mereka berpuasa.

Dianggarkan 5 juta orang Islam di negara tersebut terpaksa berhadapan dengan layanan buruk sesetengah pihak yang terlalu mengamalkan sifat perkauman dan diskriminasi agama.

Lingkaran misteri muncul di Amerika Syarikat

Lingkaran misteri muncul di Amerika Syarikat
Corak lingkaran misteri di ladang gandum Wilbur itu dikatakan kelihatan seperti telinga watak animasi, Mickey Mouse.
SEATTLE - Penduduk di sekitar, Wilbur, timur Washington gempar  dengan kemunculan lingkaran misteri di ladang gandum berhampiran kawasan pengeluar hidro kuasa terbesar di Amerika Syarikat pada minggu lalu.
Pemilik ladang itu, Greg dan Cindy Geib berkata, corak lingkaran misteri itu dikatakan menyerupai telinga watak animasi Mickey Mouse.
"Corak sama seperti ini pernah dilihat di kawasan berhampiran pada 2008 dan 2010," menurut Cindy.
Sebelum ini, lingkaran misteri sering dikaitkan dengan kemunculan makhluk asing dan objek terbang tidak dapat dikenal pasti (UFO) yang boleh ditemui di beberapa negara.

Facebook kesan 83 juta akaun palsu

facebook
$entry.content.caption.value
SAN FRANCISO - Facebook percaya setakat ini lebih 83 juta akaun palsu telah diwujudkan melalui laman sosial terkenal itu.

 Menurut kenyataan syarikat itu yang diterbitkan pada minggu ini, sebanyak 8.7 peratus daripada 955 juta profil akaun telah menyalahi peraturan yang ditetapkan Facebook.

Selain itu, terdapat pelbagai kesalahan lain dilakukan seperti profil kedua yang didaftar atas nama pengguna yang telah berdaftar sebelum ini dengan 4.8% kes dilaporkan.

Sebanyak 2.4 peratus daripada jumlah keseluruhan yang dilaporkan itu terdiri daripada akaun profil peribadi yang digunakan untuk tujuan perniagaan atau haiwan peliharaan manakala sebanyak 1.5 peratus daripada akaun itu dikategorikan sebagai tidak begitu aktif dalam menggunakan laman sosial itu.

Kajian ini dilakukan untuk menentukan keberkesanan strategi  pemasaran sesebuah produk dan perkhidmatan sesebuah perniagaan yang menggunakan platform laman itu sebagai langkah promosi jualan mereka.

Facebook turut menjelaskan akaun ‘duplicate’ ialah akaun yang digunakan seseorang itu selain daripada akuan utamanya.

Manakala akaun yang diklasifikasi sebagai misclassified ialah pengguna yang menghasilkan akaun untuk kepentingan perniagaan, persatuan atau untuk binatang peliharaan mereka.

Facebook menambah, akaun yang dibuat menggunakan nama palsu selalunya digunakan untuk tujuan ‘spamming’, sekali gus telah melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh syarikat gergasi yang berpangkalan di Palo Alto, California itu.

 Pihak Facebok turut menjelaskan aktiviti tidak bermoral itu secara tidak langsung telah menjejaskan perniagaan mereka yang lebih tertumpu kepada aspek pengiklanan.

“Setakat ini kami tidak ada bukti untuk permasalahan itu,” kata jurucakapnya baru-baru ini.

Seramai  80 juta pengguna globalnya mungkin akan terus menggunakan dan membuka akaun untuk kepentingan mereka seperti menggodam laman profil individu atau sesebuah perniagaan itu.

Menerusi kajian juga, kegiatan ini lebih tertumpu di negara seperti Indonesia dan Turki yang menunjukkan peningkatan tinggi dari segi jumlah penggunanya.

Pihak pengiklan yang menggunakan khidmat pengiklanan di Facebook mengesa mereka untuk membuktikan bahawa setiap pautan ‘Like’ yang diterima adalah betul, selaras untuk perkembangan perniagaan klien itu sendiri.

“Kami menjana keuntungan hasil daripada pengiklanan dan kehilangan pengiklan ini  sedikit demi sedikit akan menjejaskan perniagaan kami,” kata jurucakapnya lagi.

Tentera Myanmar tindas etnik Rohingya

Tentera Myanmar tindas etnik Rohingya
Kerajaan di bawah pimpinan Presiden Thein Sein didakwa melakukan penindasan ke atas penduduk Rohingya.
BANGKOK - Kumpulan Hak Asasi Manusia (HRW), kelmarin mendedahkan perbuatan kejam pasukan keselamatan Myanmar terhadap penduduk Islam Rohingya, iaitu semasa keganasan tercetus di negeri Rakhine, sempadan Bangladesh sejak Jun lalu.
Timbalan Pengarah HRW Asia, Phil Robertson berkata, pihak berkuasa didakwa gagal untuk menangani konflik itu dan mereka dilaporkan bertindak menembak mati serta memperkosa penduduk Rohingya tersebut.
"Kerajaan berjaya mengaburi mata negara antarabangsa dengan perubahan yang kononnya sedang berlaku dalam politik di Myanmar sedangkan pencabulan hak asasi manusia masih terus berleluasa di negara tersebut," katanya.
Laporan itu dikeluarkan berdasarkan kaji selidik bersama saksi yang mendakwa kerajaan sebenarnya melakukan penindasan, penganiayaan dan diskriminasi terhadap etnik Rohingya walaupun mereka menafikan dakwaan tersebut sebelum ini.
Keganasan kaum yang melanda di negeri Rakhine itu sejak lebih dua bulan lalu telah menyebabkan kira-kira 80 orang terkorban.

2 anak Hosni Mubarak hadapi tuduhan rasuah baru

myMetro | 2 anak Hosni Mubarak hadapi tuduhan rasuah baru: "KAHERAH: Dua anak bekas Presiden Hosni Mubarak semalam disoal berhubung dakwaan rasuah oleh seorang hakim penyiasat.

Kedua-duanya, Gamal yang pernah satu ketika disebut sebagai bakal pengganti Hosni dan Alaa, ahli perniagaan kaya-raya dibebaskan daripada satu tuduhan rasuah lain pada 2 Jun.


Kedua-duanya ditahan sejak April tahun lalu.

Tuduhan terbaru itu ialah mengenai pembelian sekeping tanah pada 1993 daripada persatuan perumahan yang diketuai oleh Ahmed Shafiq, rakan lama dan perdana menteri terakhir Hosni.


Hakim berkenaan mendakwa kedua-duanya membeli tanah itu dengan harga jauh lebih murah daripada harga pasaran. - AP"

'via Blog this'

Lagi sekatan ke atas Iran

myMetro | Lagi sekatan ke atas Iran:

WASHINGTON: Kongres Amerika Syarikat semalam meluluskan sekatan baru terhadap Iran yang menyasarkan sektor tenaga dan pembinaan kapal negara itu.
Ia dilakukan sehari selepas Presiden Barack Obama mengumumkan langkah untuk melumpuhkan rancangan nuklear Republik Islam itu.

Anggota Dewan Perwakilan mengundi 421-6 untuk menyokong sekatan berkenaan yang dianggap Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Luar, Ilieana Ros-Lehtinen sebagai sekatan paling tegas pernah dikenakan terhadap negara itu.
Sekatan terbaru itu menyasarkan mana-mana orang atau syarikat yang bekerja dengan sektor petroleum atau gas asli, menyediakan insurans kepada Syarikat Minyak Kebangsaan Iran, terbabit dengan perlombongan uranium dengan negara itu, atau menjual kapal tangki minyak kepada Iran.

“Persetujuan antara penyokong kerajaan dan pembangkang di kedua-dua Dewan bertujuan mengetatkan sekatan terhadap kerajaan Iran,” kata Ilieana.

Menurutnya, sekatan itu meletakkan sektor tenaga Iran di luar jangkauan dan menyenaraihitamkan sebarang usahasama dengan negara itu dan sekali gus menyekat Iran daripada memperoleh sumber kewangan dan dana yang diperlukan untuk meneruskan program nuklearnya.
Rang undang-undang itu yang akan diserahkan kepada Obama untuk ditandatangani mengukuhkan lagi sekatan yang diluluskan oleh Kongres tahun lalu yang mengenakan tindakan terhadap institusi kewangan asing yang berurusan dengan Bank Pusat Iran atau lain-lain syarikat kewangan negara itu. - AFP

'via Blog this'

Bala ponteng kelas

DE terpaksa menderita  sebelum anggota bomba dapat memotong bilah pagar berkenaan dan mengejarkannya ke hospital.
DE terpaksa menderita sebelum anggota bomba dapat memotong
 bilah pagar berkenaan dan mengejarkannya ke hospital.

BEIJING: Seperti pepatah “buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat,” begitulah takdir menimpa seorang pelajar yang cuba ponteng sekolah semalam.
Gara-gara ingin melarikan diri dari kelas, De Fang menderita kesakitan amat sangat selepas bahunya ditembusi pagar sekolah.

De, 16, dilaporkan melarikan diri dari kelas dan memanjat pagar sekolahnya di daerah Suixi di wilayah Anhui, tengah China.
Bagaimanapun, dia tersilap langkah dan tergelincir, menyebabkan satu daripada bilah pagar itu tercucuk bahu kanannya.

Media tempatan melaporkan, De menjerit sekuat hati untuk meminta tolong.

Dia bernasib baik kerana suaranya segera didengari pelajar lain yang bertindak pantas menghubungi pihak sekolah.
Anggota bomba kemudian dikejarkan ke sekolah untuk menyelamatkan De.

Saksi berkata, anggota bomba terpaksa mengangkat tubuh De ke udara untuk beberapa ketika sebelum mereka dapat memotong pagar berkenaan. Dia kemudian dikejarkan ke hospital tempatan untuk menjalani pembedahan kecemasan. Jurucakap hospital berkata, doktor memerlukan masa kira-kira sejam untuk mengeluarkan bilah besi itu sebelum dapat merawat kecederaannya. Sementara itu, De berkata, dia berasa begitu gementar ketika melompat pagar berkenaan.
Keadaan itu, katanya, menyebabkan tapak tangannya basah kerana berpeluh. “Saya tersalah langkah dan tergelincir ketika memanjat pagar,” katanya. - DM

Ramai pilih berpuasa di Dubai

Pekerja asing beragama Islam  berbuka dekat masjid di Dubai. - Foto AFPPekerja asing beragama Islam berbuka dekat masjid di Dubai. - Foto AFP
Ekspatriat Barat hayati Ramadan 

Dubai: Tempoh berpuasa yang agak panjang dan kurangnya semangat kemasyarakatan menjadi antara sebab ekspatriat Muslim negara Barat memilih menghayati Ramadan di Emiriah Arab Bersatu (UAE). 
“Di Kanada, tempoh berpuasa bermula kira-kira jam 3.20 pagi dan berakhir 9 malam. Ini menyebabkan saya hampir tiada masa untuk tidur atau makan, sebelum berpuasa semula,” kata seorang warga Kanada, Yvonne Whiste-Ahmad, yang bersama suaminya di Dubai untuk menyambut Ramadan kali ini. 

“Di Vancouver, saya tidak tahu apa perlu saya lakukan,” kata wanita berusia 26 tahun yang baru memeluk Islam. 

Berpuasa lebih mudah 

“Semua rakan saya akan keluar makan waktu tengahari dan saya berpuasa. Sekurang-kurangnya di sini ia lebih mudah bagi saya untuk berpuasa.” Seorang warga Britain, Nadia Tareq turut bersetuju dengan pandangan itu. 

“Di England, berpuasa bukan sesuatu yang mudah. Saya setuju keadaan terlalu panas di Dubai tetapi di England cuaca juga sukar diramalkan dan boleh bertukar panas kepada sejuk atau hujan dalam masa beberapa minit menyebabkan keadaan tidak selesa. 
“Selain itu, matahari juga lambat terbenam di sana dan berpuasa selama 17 atau 18 jam adalah sukar,” katanya. 

Seperti kebanyakan masyarakat Islam yang berpuasa Ramadan di Eropah, Amerika dan Kanada, waktu yang panjang menyebabkan ramai keliru sama ada mereka perlu mengikut peraturan matahari terbit dan terbenam atau bagi negara jauh ke utara seperti Finland, Sweden dan Alaska di mana musim panas hampir sepanjang hari atau mereka perlu mengikut negara Islam paling hampir. 

Matahari tidak terbenam 

Laporan media bulan lalu memfokuskan mereka yang berpuasa di Finland. Berdasarkan perkiraan, dalam tempoh dua atau empat tahun lagi, Ramadan akan jatuh ketika musim panas solstis pada lewat Jun apabila matahari tidak terbenam langsung. 

Ekspatriat Belgium, Sarah Sillis memilih untuk mengakhiri cuti musim panas mereka awal supaya boleh terbang ke Dubai ketika Ramadan. 

Dia percaya masuk akal bagi mereka yang tinggal di Alaska dan Finland untuk mengikut waktu berpuasa negara Islam paling hampir seperti Turki atau Maghribi. 

Puasa yang panjang, kesukaran mendapat makanan halal dan kurang semangat masyarakat menjadi punca mereka memilih untuk berpuasa di Dubai. - Agensi

3 juta perlu bantuan di Syria

Sekumpulan wanita berbaris untuk membeli roti di kedai wilayah Idlib, Syria, kelmarin. - Foto REUTERSSekumpulan wanita berbaris untuk membeli roti di kedai wilayah Idlib, Syria, kelmarin. - Foto REUTERS
FAO dedah keperluan ketika Bashar didesak letak jawatan 

Rome: Tiga juta penduduk Syria memerlukan bantuan makanan, tanaman dan ternakan, kata Pertubuhan Pertanian dan Makanan (FAO), sebuah agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). 
Daripada angka itu, 1.5 juta rakyat Syria amat memerlukan bantuan makanan segera dalam masa tiga hingga enam bulan akan datang terutama di kawasan konflik paling teruk hingga memusnahkan tempat tinggal, kata agensi itu. 

“Hampir sejuta penduduk perlukan bantuan tanaman dan ternakan seperti benih, makanan haiwan, minyak dan baik pulih pam saliran. Bantuan makanan diperlukan dalam masa 12 bulan akan datang apabila penduduk memerlukan sokongan zat dijangka mencecah tiga juta,” kata kenyataan bersama oleh FAO dan Program Makanan Sedunia (WFP). 

Sektor pertanian rugi RM5.58b 

Tinjauan, yang dibuat Jun lalu oleh FAO, WFP dan kementerian pertanian Syria mendapati sektor pertanian kerugian keseluruhan AS$1.8 bilion (RM5.58 bilion) tahun lalu disebabkan konflik. 

Kerugian termasuk kemusnahan tanaman seperti gandum, barli, ceri, pokok zaitun dan sayur, selain ternakan dan sistem pengairan. 
WFP mula menghantar bantuan makanan ke Syria pada Oktober 2011 dan menaikkan operasinya, untuk sampai kepada 540,000 penduduk Julai lalu. Kata ia mensasarkan bantuan tiba kepada 850,000 penduduk bulan ini. 

Desak henti bedilan 

Di New York, negara Arab semalam mendesak Perhimpunan Agung PBB mengeluarkan satu resolusi simbolik menuntut Presiden Syria, Bashar Assad meletak jawatan dan menyerahkan kuasa kepada sebuah kerajaan peralihan.

Mereka turut menuntut supaya tentera Syria menghentikan bedilan dan serangan helikopter selain berundur ke berek mereka. Satu undian dijangka dibuat pagi ini. 

Deraf resolusi diedarkan menghentam Russia dan China yang dituduh menyebabkan kegagalan Majlis Keselamatan untuk bertindak. 

Moscow dan Beijing menggunakan kuasa veto mereka sebanyak tiga kali untuk menyekat keputusan yang boleh membuka pintu kepada sekatan terhadap Syria. - Agensi

Henti bantu Rohingya

SEORANG penunjuk perasaan Pakistan berdiri di atas bendera Amerika Syarikat sambil membakar bendera Myanmar terbakar semasa demonstrasi di Multan bulan lepas, membantah pembunuhan umat Islam di Myanmar. Pertempuran baru-baru ini di barat Myanmar antara etnik Buddha Rakhine dan Muslim Rohingya mengakibatkan berpuluh-puluh maut dan beribu kehilangan tempat tinggal dan berpuluh ribu Muslim Rohingya menjadi pelarian. . - Foto AFP
SEORANG penunjuk perasaan Pakistan berdiri di atas bendera Amerika Syarikat sambil membakar bendera Myanmar terbakar semasa demonstrasi di Multan bulan lepas, membantah pembunuhan umat Islam di Myanmar. Pertempuran baru-baru ini di barat Myanmar antara etnik Buddha Rakhine dan Muslim Rohingya mengakibatkan berpuluh-puluh maut dan beribu kehilangan tempat tinggal dan berpuluh ribu Muslim Rohingya menjadi pelarian. . - Foto AFP




Bangladesh anggap bantuan PBB galakkan kebanjiran pelarian berkenaan

Dhaka: Bangladesh mengarahkan tiga badan kebajikan antarabangsa berhenti memberi bantuan kepada pelarian Rohingya yang berada di sempadan negara itu untuk lari daripada penindasan dan kekejaman di Myanmar. 
Agensi itu termasuk Doctors without Borders (MSF) dari Perancis, Action Against Hunger (ACF) dan Muslim Aid UK Britain. 


Kami minta mereka hentikan semua projek di Cox’s Bazaar atas arahan Biro Hal Ehwal NGO”. - Joynul Bari, Pegawai pentadbiran tempatan
Mereka diminta menggantung perkhidmatan di daerah Cox’s Bazaar yang bersempadan dengan Myanmar, kata pegawai pentadbiran tempatan, Joynul Bari.

“Badan kebajikan memberi bantuan kepada berpuluh ribu pelarian Rohingya yang tidak berdaftar secara haram. Kami minta mereka hentikan semua projek di Cox’s Bazaar atas arahan Biro Hal Ehwal NGO,” katanya.

Galak kebanjiran pelarian

Bari berkata, badan kebajikan terbabit menggalakkan kebanjiran pelarian Rohingya supaya merentasi sempadan dari negeri Rakhine di Myanmar berikutan keganasan kaum yang menyebabkan sekurang-kurangnya 80 orang etnik itu terbunuh. 
Badan kebajikan terbabit menyediakan penjagaan kesihatan, latihan, makanan kecemasan dan air minuman kepada pelarian yang tinggal di Cox’s Bazaar sejak awal 1990-an.

MSF mengendalikan sebuah klinik berhampiran satu daripada kem pelarian Rohingya dan memberi khidmat kepada 10,000 orang.

Etnik Rohingya yang bercakap dialek Bengali hampir sama dengan penduduk selatan Bangladesh, dilihat sebagai pendatang haram oleh Myanmar, negara majoriti beragama Buddha.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pula mengkategorikan mereka sebagai satu daripada kumpulan minoriti paling tertindas di dunia.

Henti beri bantuan

Ketua Muslim Aid UK di Bangladesh, Obaidur Rahman, mengesahkan bahawa pertubuhan beliau menghentikan projek Rohingya selepas menerima arahan terbabit.

Kerajaan Bangladesh berkata, kira-kira 300,000 penduduk Islam Rohingya tinggal di negara itu, majoritinya di Cox’s Bazaar.

30,000 didaftarkan sebagai pelarian yang tinggal di dua kem yang dikendalikan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Sejak beberapa minggu lalu, Bangladesh bertindak menghantar pulang bot yang membawa pelarian Rohingya yang lari daripada keganasan di Myanmar, walaupun dikenakan tekanan Amerika Syarikat dan kumpulan hak asasi supaya memberikan taraf pelarian kepada mereka.

Pasukan keselamatan Myanmar melepaskan tembakan terhadap penduduk Islam Rohingya, memperkosa wanita selain menyokong serangan perusuh yang menjadi saingan mereka sejak tercetusnya keganasan kaum. - AFP

Tentera Syria bunuh 43 penduduk Damsyik

Tentera Syria bunuh 43 penduduk Damsyik:

BEIRUT 2 Ogos - Pemantau Hak Asasi Manusia Syria hari ini mendakwa tentera kerajaan menyerbu sebuah kawasan kediaman berdekatan Damsyik dan membunuh 43 orang dengan beberapa orang daripada mereka diseksa sebelum mereka dibunuh.
Agensi itu berkata, tentera memasuki daerah Jdaidet Artuz dan menahan 100 pemuda dan membawa mereka ke sebuah sekolah sebelum diseksa.
''Selepas operasi tersebut selesai, sebanyak 43 mayat ditemui di situ pagi ini,'' kata agensi itu dalam satu kenyataan.
Sementara itu, seramai 35 orang lagi maut, kebanyakannya orang awam apabila tentera Syria melancarkan serangan di Jdaidet Artuz semalam, kata penduduk dan aktivis.
''Kereta kebal dan askar beredar (dari Jdaidet Artuz) pada kira-kira pukul 4 petang. Apabila keadaan sudah reda, kami menemui sekurang-kurangnya 35 mayat,'' kata seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Fares.

'via Blog this'

Pindah rumah dengan baj




TIGA buah rumah diangkut dengan menggunakan sebuah baj yang bergerak di Sungai Fraser, Richmond kelmarin.


RICHMOND - Sebuah baj digunakan untuk mengangkut tiga buah rumah yang dibina pada tahun 1915 ke Teluk Union dekat Comox di Pulau Vancouver, Kanada kelmarin.
Rumah tersebut dibeli oleh Ben Ford dan isterinya bagi mengelak ia dirobohkan oleh sebuah syarikat hartanah di 37th Avenue, Vancouver.
Ia dihantar ke Sungai Fraser dengan menggunakan sebuah trak sebelum diangkut dengan menggunakan baj.
Pembelian dan pemindahan rumah itu melibatkan kos sebanyak K$150,000. (466,073.91). - Agensi

Ikan yu paus terdampar di pantai Jawa




DUA penduduk memeriksa ikan yu paus yang mati di pantai Pandan Simo Baru.


BANTUL, Indonesia - Seekor ikan yu paus yang terdampar kelmarin di pantai Pandan Simo Baru, Yogyakarta akhirnya mati, lapor akhbar Jakarta Post semalam.
Ikan sepanjang 13 meter itu mati selepas satu pasukan penyelamat yang terdiri daripada nelayan tempatan gagal untuk menariknya ke laut.
Pada minggu lalu, seekor ikan paus sperma turut terdampar di laluan cetek di pantai Pakis Jaya, Karawang, Jawa Barat.
Namun, ikan sepanjang 11 meter itu juga mati selepas sehari ia ditarik dengan beberapa buah bot ke kawasan laut dalam.
"Ia masih hidup semasa kami menemuinya pada pukul 6 petang kelmarin," kata seorang nelayan, Gambos.
Menurut seorang anggota penyelamat, ikan tersebut mati kerana kelemasan selepas ia cuba untuk kembali ke laut.
Dia berkata, anggota-anggota pasukan penyelamat cuba untuk memindahkan ikan tersebut kembali ke laut dengan menggunakan sebuah bot.
Namun, katanya, bot tersebut terlalu kecil untuk menarik ikan seberat empat tan itu.
"Selain saiz yang besar, ikan itu masih muda. Panjangnya mungkin mencecah 20 meter (dalam tempoh beberapa tahun)," katanya.
Menurut Bandis yang merupakan seorang penyelaras pertubuhan Rakan-Rakan Haiwan Yogyakarta, ikan tersebut mendekati pantai kerana ia mencari makanan.
Ikan itu makan ikan-ikan dan sotong kecil, plankton, kerang-kerangan kecil dan alga.
Bandis berkata, ikan tersebut berhijrah dari perairan Australia dan melalui perairan Indonesia," kata Bandis.
Beliau menjelaskan, ikan itu berpisah daripada kumpulannya.
Menurutnya, beliau telah melihat tujuh ekor ikan yu paus yang mendekati kawasan pantai.
"Namun, ikan-ikan tersebut boleh mencari arah ke laut dalam," tambahnya.
Bandis menyatakan pihaknya telah berunding dengan penduduk tempatan tentang cara untuk menanam bangkai ikan tersebut.
Bangkai ikan itu menjadi tumpuan ramai penduduk tempatan yang mahu melihat haiwan tersebut.
"Bukannya setiap hari kami melihat ikan gergasi itu," kata seorang penduduk tempatan Santoso. - Agensi

Waris akan peroleh rangka penjenayah paling kejam




GAMBAR fail menunjukkan rangka tulang Ned Kelly di Rumah Mayat Institut Perubatan Forensik Victoria di Victoria pada 1 September 2011.


SYDNEY - Rangka penjenayah yang paling kejam di Australia akan dikembalikan kepada keluarganya selepas 132 tahun dia dihukum mati.
Pegawai kerajaan negeri Victoria semalam berkata, rangka penjenayah itu, Ned Kelly akan diberikan kepada waris keturunannya.
Kelly mengetuai sekumpulan perompak bank di Victoria pada abad ke-19 dan dia telah dihukum gantung pada tahun 1880.
Lokasi mayatnya tidak diketahui sejak beberapa dekad lalu namun tengkoraknya dilaporkan hilang dicuri.
Namun, pada tahun lepas beberapa saintis forensik mengenal pasti rangka itu milik Kelly selepas ia ditemui di dalam sebuah kubur besar di sebuah penjara yang telah ditutup pada 1929.
Waris-waris keturunan Kelly mahu rangka itu dikembalikan kepada mereka supaya satu upacara pengebumian yang teratur boleh dilakukan. - Agensi

Pemberontak Syria bedil pangkalan tentera



GAMBAR menunjukkan seorang lelaki membawa barangnya dari kedai miliknya di Aleppo kelmarin.- REUTERS



BEIRUT – Kumpulan pemberontak Syria semalam membedil Pangkalan Tentera Udara Menagh di Aleppo dengan menggunakan sebuah kereta kebal yang dirampas daripada askar-askar tentera Presiden Bashar Al-Assad.
Penggunaan kereta kebal itu menunjukkan kumpulan pemberontak mula menempatkan senjata berat yang dirampas sejak beberapa minggu lalu daripada tentera Syria.
Pangkalan tentera Menagh di utara Syria itu digunakan helikopter dan pesawat untuk mengebom kumpulan pemberontak.
Bandar Aleppo dianggap penting buat kumpulan pemberontak yang menentang kepimpinan Bashar.
“Jika Aleppo jatuh (menjadi milik pemberontak) kami akan menubuhkan ibu pejabat di Istana Presiden,” kata seorang anggota Majlis Kebangsaan Syria, Burhan Ghalioun lewat kelmarin di Paris.
Tentera Bashar turut melakukan serangan dekat Damsyik, Syria menyebabkan 43 orang terbunuh.
Serangan itu dilakukan kelmarin di daerah Jdaidet Artuz.
Tentera Bashar menangkap kira-kira 100 belia dan dibawa ke sebuah sekolah dan didera.
Dalam perkembangan berkaitan, tiga juta penduduk Syria memerlukan bekalan makanan ekoran krisis di negara itu yang bermula sejak Mac tahun lalu.
Menurut laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan pemerintah Syria, seramai 1.5 juta penduduk memerlukan bekalan makanan dengan segera terutama di kawasan yang dilanda pertempuran.
Sementara itu, Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama telah menandatangani satu dokumen yang membenarkan AS memberi sokongan kepada para pemberontak Syria.
Dokumen tersebut membenarkan Agensi Perisikan Pusat (CIA) melakukan tindakan secara rahsia.
Bagaimanapun, para pegawai White House enggan memberikan komen berhubung laporan tersebut.
Lebih 19,000 orang dilaporkan mati dalam pertempuran antara kumpulan pemberontak dengan tentera Bashar sejak Mac tahun lalu.
Pertubuhan Kerjasama Islam juga dijangka membincangkan untuk menggantung keanggotaan Syria.
Agensi berita Antara melaporkan Menteri Luar Indonesia, Marty Natalegawa berkata lebih banyak langkah perlu dilakukan bagi menamatkan konflik di Syria. – Agensi