Pages

Monday, November 21, 2011

Patah hati boleh membunuh?


Oleh : Wartawan Sinar Harian
Tarikh : November 20, 2011

WASHINGTON - Pengakhiran satu perhubungan atau kematian orang yang disayangi didakwa boleh menyebabkan serangan pada jantung dan wanita adalah golongan paling berisiko untuk berhadapan penyakit itu.

Kajian menunjukkan kejutan atau gangguan emosi terhadap golongan wanita mampu mencetuskan gejala berkaitan serangan jantung.

Pakar perubatan mendakwa golongan wanita adalah sembilan kali lebih berisiko untuk mengalami sindrom kekecewaan.

Tekanan darah mereka juga didakwa akan meningkat 7.5 kali lebih berbanding lelaki apabila emosi golongan tersebut tidak stabil.

Ini kerana, hormon estrogen yang mengawal ciri-ciri sekunder seks wanita dipercayai tidak mampu untuk menangani tekanan yang melibatkan perasaan kecewa atau sedih melampau berbanding lelaki.

Patah hati boleh membunuh? - Global - Sinar Harian:

'via Blog this'

2 beradik trauma dituduh perogol


Oleh : NUR FARHANA ABDUL MANAN
Tarikh : November 21, 2011
2 beradik trauma dituduh perogol

SUBANG JAYA - Bukan sahaja merasai trauma dan malu akibat dituduh sebagai perogol, dua beradik masing-masing berusia 10 dan 13 tahun, di sini mendakwa turut ‘dipulaukan’ rakan sebaya selepas kedua-duanya ditahan polis atas tuduhan merogol, seorang kanak-kanak, April lalu.

Difahamkan, kedua-duanya ditahan di sebuah pangsapuri, di sini selepas polis dikatakan menerima satu laporan berhubung kes rogol membabitkan seorang kanak-kanak perempuan yang dijaga ibu kepada dua beradik itu.

Ibu kepada dua kanak-kanak lelaki berkenaan yang mahu dikenali sebagai Ita berkata, dia terpaksa berdepan situasi memalukan dan dipandang serong jiran selama beberapa bulan akibat perbuatan kanak-kanak perempuan asuhannya yang membuat tuduhan merogol ke atas anak-anaknya.

“Pada 19 April kira-kira jam 11 malam, empat anggota polis datang mengetuk pintu rumah memaklumkan mereka ada menerima aduan berhubung kes rogol. Saya dan suami ketika itu sudah tidur dan yang berada di ruang tamu hanya anak perempuan sulong dan anak kedua menonton televisyen.

“Memang terperanjat apabila empat anggota polis itu memberitahu aduan kes rogol membabitkan kedua-dua anak lelaki saya. Polis membawa anak kedua saya (13 tahun) dan meminta saya membawa anak ketiga (10 tahun) yang tidur ketika itu menyusul ke balai kerana berdepan tuduhan sama,” katanya ketika pertemuan bersama Setiausaha Penyelaras Umno Dewan Undangan Negeri (Dun) Kinrara, Amran Ahmad, di sini.

Meskipun terkejut dengan tuduhan berkenaan, Ita dan suami akur dengan arahan pihak berkuasa.

Ita berkata, selepas beberapa jam kedua-dua anaknya disoal siasat, polis kemudian melepaskan kedua-duanya dengan jaminan polis kira-kira jam 2 pagi dan meminta saya hadir membawa anak ke mahkamah untuk dibicarakan pada 4 Mei lalu.

“Belum sampai tarikh berkenaan, anggota polis yang menyiasat kemudian menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) mengatakan tiada sebarang tindakan ke atas kedua-duanya. Saya difahamkan ia kerana laporan pemeriksaan hospital kerajaan dibuat oleh kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun menunjukkan tiada kesan koyak.

“Saya hendak membuat laporan polis kerana merasa seperti teraniaya, tetapi mereka (polis) tidak membenarkannya,” katanya.

Difahamkan, akibat kejadian itu, suaminya hampir setengah bulan tidak bekerja, malah dia turut kehilangan­ pendapatan berniaga kuih yang diusahakan secara kecil-kecilan.

Ita berkata, akibat insiden ‘tidak sengaja’ itu, anak-anaknya memberontak dan sering menangis apabila digelar perogol oleh rakan sebaya, malah ada yang mahu memukul mereka.

“Mereka tidak tahu apa itu rogol, saya cuba terangkan kepada mereka, bayangkan bagaimana perasaan saya, kami terpaksa panggil guru kaunseling untuk pulihkan semangat anak-anak,” katanya yang terpaksa berhabis ribuan ringgit untuk memulihkan kembali trauma dua anaknya itu.

Menurutnya, dia ingin menuntut keadilan untuk anak-anaknya kerana ia membabitkan soal maruah.

“Saya tidak akan maafkan mereka yang menganiaya anak-anak saya, sehingga saat ini, tidak ada yang tampil untuk meminta maaf,” katanya.

Bagi mengurangkan rasa tekanan­ yang dialami anak-anaknya, Ita memaklumkan pernah meminta guru besar sekolah membuat pengu­muman di perhimpunan, namun pengurusan sekolah mahu bukti mengatakan anaknya tidak bersalah.

Bagaimanapun, menurutnya, polis tidak mengeluarkan sebarang jawapan bertulis bagi membuktikan anaknya tidak bersalah, hanya menghantar SMS.

“Kasihanilah anak-anak saya, mereka sudah tidak mempunyai kawan akibat fitnah ditabur, mereka trauma dan sering menangis.

“Saya hendak failkan saman malu kepada mereka untuk beri penga­jaran­, harap ada pihak yang sudi tampil untuk membantu,” katanya.

2 beradik trauma dituduh perogol - Selangor & KL - Sinar Harian:

'via Blog this'

Pujian yang dilarang oleh Rasulullah SAW


by peribadirasulullah

http://rumaysho.com/images/stories/pujian_memuji.jpg

Sebagian orang mungkin gila akan pujian sehingga yang diharap-harapkan adalah komentar baik orang lain. Padahal pujian seringkali menipu. Begitu pula kita pun sering berperilaku memuji orang lain di hadapannya. Dari satu sisi kala menimbulkan sisi negatif, ini adalah suatu hal yang tidak baik. Coba baca hadits-hadits berikut yang dibawakan oleh Imam Bukhari dalam kitab Al Adabul Mufrod dengan beberapa tambahan bahasan lainnya.

Memuji Orang Lain di Hadapannya Sama dengan Menyembelihnya

Dari Abu Bakrah, ia menceritakan bahwa ada seorang pria yang disebutkan di hadapan Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam, lalu seorang hadirin memuji orang tersebut. Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam lalu bersabda,

ويحك قطعت عنق صاحبك، (يقوله مراراً)، إن كان أحدكم مادحاً لا محالة، فليقل: أحسِبَ كذا وكذا- إن كان يرى أنه كذلك - وحسيبه الله، ولا يزكي على الله أحداً

"Celaka engkau, engkau telah memotong leher temanmu (berulang kali beliau mengucapkan perkataan itu). Jika salah seorang di antara kalian terpaksa/harus memuji, maka ucapkanlah, ”'Saya kira si fulan demikian kondisinya." -Jika dia menganggapnya demikian-. Adapun yang mengetahui kondisi sebenarnya adalah Allah dan janganlah mensucikan seorang di hadapan Allah.” (Shahih): [Bukhari: 52-Kitab Asy Syahadat, 16-Bab Idza Dzakaro Rojulun Rojulan]

Abu Musa berkata, "Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam mendengar seorang pria berlebih-lebihan dalam memuji seorang. Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam lalu bersabda,

أهْلَكْتُم- أو قطعتم ظهرَ - الرجل

”Kalian telah membinasakan atau mematahkan punggung orang itu.”(Shahih): [Bukhari: 78-Kitab Al Adab, 54-Bab Maa Yukrohu Minat Tamaduh. Muslim: 53-Kitab Az Zuhd, hal. 67]

Dari Ibrahim At Taimiy dari ayahnya, ia berkata, "Kami duduk bersama Umar [ibnul Khaththab radliallahu 'anhu]. Lalu ada seorang pria memuji orang lain yang berada di hadapannya. Umar lalu berkata,

عقرت الرجل، عقرك الله

"Engkau telah menyembelih orang itu, semoga Allah menyembelihmu.”(Hasan secara sanad)

’Umar berkata,

المدح ذبح

"Pujian itu adalah penyembelihan.”(Shahih secara sanad)

Muhammad (guru imam Bukhari-ed) berkata,

يعني إذا قبلها

“(Hal itu berlaku) apabila ia senang akan pujian yang diberikan kepadanya.”

Boleh Memuji Jika Aman dari Fitnah (Sisi Negatif)

Dari Abu Hurairah, ia menceritakan bahwa Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallambersabda,

نعم الرجل أبو بكر، نعم الرجل عمر، نعم الرجل أبو عبيدة، نعم الرجل أسيد بن حُضير، نعم الرجل ثابت بن قيس بن شماس، نعم الرجل معاذ بن عمرو بن الجموح، نعم الرجل معاذ بن جبل

"Pria terbaik adalah Abu Bakr, ‘Umar, Abu ‘Ubaidah, Usaid bin Hudhair, Tsabit bin Qais bin Syammas, Mu’adz bin Amru ibnul Jamuh dan Mu’adz bin Jabal.” Kemudian beliau mengatakan,

وبئس الرجل فلان، وبئس الرجل فلان

Pria terburuk adalah fulan dan fulan.” Beliau menyebutkan tujuh nama. (Shahih) Ash Shahihah (875): [Saya tidak mendapatkannya di salah satu kitab induk hadits yang enam]. Saya (Syaikh Al Albani) berkata: “Bahkan hadits ini diriwayatkan oleh At Tirmidzi. Silakan lihat Ash Shahihah.”

Menyiramkan (pasir) ke Wajah Orang–orang yang Doyan Memuji

Dari Abu Ma'mar, ia berkata, "Ada seorang pria berdiri memuji salah seorang gubernur. Miqdad [ibnul Aswad] lalu menyiramkan pasir ke wajahnya dan berkata,

أمرنا رسول الله صلى الله عليه وسلم أن نحثي في وجوه المداحين التراب

"Kami diperintahkan oleh Rasulullah untuk menyiramkan pasir ke wajah orang-orang yang memuji.” (Shahih) Ash Shahihah (912), [Muslim: 53-Kitab Az Zuhd, hal. 68]

Dari Atha' ibnu Abi Rabah bahwa ada seorang pria memuji orang lain di hadapan Ibnu Umar. Ibnu Umar lalu menyiramkan pasir pada mulutnya dan berkata, "Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda,

إذا رأيتم المداحين، فاحثوا في وجوههم التراب

"Jika kalian melihat orang-orang yang doyan memuji maka siramkanlah pasir ke wajahnya .”(Shahih) Ash Shahihah (912)

Dari Mihjan Al Aslamy berkata, "Raja' berkata,

أقبلت مع محجن ذات يوم حتى انتهينا إلى مسجد أهل البصرة، فإذا بريدة على باب من أبواب المسجد جالسٌ، قال: وكان في المسجد رجل يقال له: سكبة، يطيل الصلاة، لما انتهينا إلى باب المسجد - وعليه بردة- وكان بريدة صاحب مزاحاتٍ. فقال: يا محجن! أتصلي كما يصلي سكبة؟ فلم يرد عليه محجن،ورجع،

”Saya berjalan bersama Mihjan pada suatu hari hingga kami sampai di masjid milik penduduk Basrah. Pada saat itu Buraidah [ibnul Hushaib] sedang duduk di salah satu pintu masjid. Pada masjid itu terdapat seorang pria bernama Sukbah sedang melaksanakan shalat dalam tempo yang terhitung lama. Ketika kami tiba di pintu masjid –di mana Buraidah sedang duduk disana-, Buraidah berkata -Buraidah adalah seorang yang suka bergurau-,

يا محجن! أتصلي كما يصلي سكبة؟

"Wahai Mihjan, apakah engkau shalat seperti shalatnya Sukbah?” Mihjan tidak menjawabnya tetapi dia lalu pulang.

Raja’ berkata, ”Mihjan lalu berkata, "Sesungguhnya Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam pernah memegang tanganku lalu kami pergi bersama hingga menaiki gunung Uhud. Kemudian beliau menatap kota Madinah, beliau lalu bersabda,

ويل أمها من رية، يتركها أهلها كأعمر ما تكون؛ يأتيها الدجال، فيجد على باب كل من أبوابها ملكاً، فلا يدخلها

”Kota ini (Madinah) terancam bahaya. Dia ditinggalkan oleh penghuninya dalam keadaan makmur. Dajjal mendatanginya lalu mendapati malaikat pada setiap pintunya, maka dia tidak dapat memasukinya.”

Beliau lalu turun kembali. Ketika kami sampai di masjid, Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam melihat seorang pria melaksanakan shalat, sujud dan ruku'. Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam lalu bertanya kepadaku,

من هذا؟

”Siapa dia?”

Saya berkata dengan nada memujinya,

يا رسول الله ! هذا فلان، وهذا

”Wahai Rasulullah, dia adalah fulan dan kondisinya demikian ...” Beliau lalu bersabda,

أمسك، لا تُسمعه فتهلكه

"Cukup jangan engkau memperdengarkan pujianmu sehingga engkau membinasakannya.”

Mihjan berkata, ”Beliau lalu pergi. Ketika sampai di kamarnya beliau seolah meniup dua tangannya sambil bersabda,

إن خير دينكم أيسره، إن خير دينكم أيسره

"Sesungguhnya sikap beragama yang terbaik adalah mengerjakan kewajiban agama sesuai dengan kemampuan.” Beliau mengucapkannya sebanyak tiga kali. (Hasan) Ash Shahihah (1635)

Jangan Tertipu dengan Pujian Orang Lain

Ibnu ‘Ajibah mengatakan, “Janganlah engkau tertipu dengan pujian orang lain yang menghampirimu. Sesungguhnya mereka yang memuji tidaklah mengetahui dirimu sendiri kecuali yang nampak saja bagi mereka. Sedangkan engkau sendiri yang mengetahui isi hatimu. Ada ulama yang mengatakan, “Barangsiapa yang begitu girang dengan pujian manusia, syaithon pun akan merasuk dalam hatinya.” (Lihat Iqozhul Himam Syarh Matn Al Hikam, Ibnu ‘Ajibah, hal. 159, Mawqi’ Al Qaroq, Asy Syamilah)

Doa yang Diucapkan Ketika Dipuji Orang Lain

Lihatlah apa yang dilakukan oleh Abu Bakr Ash Shidiq tatkala beliau dipuji oleh orang lain. Beliau–radhiyallahu ‘anhu- pun berdo’a,

اللَّهُمَّ أَنْتَ أَعْلَمُ مِنِّى بِنَفْسِى وَأَنَا أَعْلَمُ بِنَفْسِى مِنْهُمْ اللَّهُمَّ اجْعَلْنِى خَيْرًا مِمَّا يَظُنُّوْنَ وَاغْفِرْ لِى مَا لاَ يَعْلَمُوْنَ وَلاَ تُؤَاخِذْنِى بِمَا يَقُوْلُوْنَ

Allahumma anta a’lamu minni bi nafsiy, wa anaa a’lamu bi nafsii minhum. Allahummaj ‘alniy khoirom mimmaa yazhunnuun, wagh-firliy maa laa ya’lamuun, wa laa tu-akhidzniy bimaa yaquuluun.

[Ya Allah, Engkau lebih mengetahui keadaan diriku daripada diriku sendiri dan aku lebih mengetahui keadaan diriku daripada mereka yang memujiku. Ya Allah, jadikanlah diriku lebih baik dari yang mereka sangkakan, ampunilah aku terhadap apa yang mereka tidak ketahui dariku, dan janganlah menyiksaku dengan perkataan mereka] (Diriwayatkan oleh Al Baihaqi dalam Syu’abul Iman, 4/228, no.4876. Lihat Jaami’ul Ahadits, Jalaluddin As Suyuthi, 25/145, Asy Syamilah)

Selalu Raih Ikhlas dan Jangan Cari Muka (Cari Pujian)

Abul Qosim juga mengatakan, “Ikhlas adalah membersihkan amalan dari komentar manusia.”

Dzun Nuun menyebutkan tiga tanda ikhlas:

1. Tetap merasa sama antara pujian dan celaan orang lain.

2. Melupakan amalan kebajikan yang dulu pernah diperbuat.

3. Mengharap balasan dari amalan di akhirat (dan bukan di dunia).

(Lihat At Tibyan fi Adabi Hamalatil Qur’an, An Nawawi, hal. 50-51, Maktabah Ibnu ‘Abbas, cetakan pertama, tahun 1426 H)

Jika kita sedang melakukan suatu amalan maka hendaklah kita tidak bercita-cita ingin mendapatkan pujian makhluk. Cukuplah Allah saja yang memuji amalan kebajikan kita. Dan seharusnya yang dicari adalah ridho Allah, bukan komentar dan pujian manusia.

Semoga yang sederhana ini bermanfaat. Wallahu waliyyut taufiq.

@ Ummul Hamam – Riyadh KSA, 14 Dzulqo’dah 1432 H (12/10/2011)

www.rumaysho.com

Bila Mesir akan aman?


Oleh : Wartawan Sinar Harian
Tarikh : November 21, 2011
Bila Mesir akan aman?

KAHERAH - Rakyat Mesir menggulingkan pemimpin kuku besi negara itu, Hosni Mubarak dengan harapan mendapat kebebasan dan keamanan serta kehidupan lebih baik pada masa depan.

Namun jika diukur dengan perkembangan yang dapat dilihat di Mesir, lebih sembilan bulan selepas kejatuhan Mubarak, harapan penduduk negara itu mungkin masih terlalu jauh untuk dicapai.

Kekacauan terbaru berterusan buat hari kedua di Mesir, semalam, selepas pertempuran antara penunjuk perasaan dan polis, kelmarin, menyebabkan dua orang terbunuh dan 676 lagi cedera.

Perkembangan ini membimbangkan kerana ianya adalah kekacauan terbesar di negara itu sejak Februari lalu dan ianya berlaku kurang 10 hari sebelum pilihan raya negara itu dijadual berlangsung.

Corak kekacauan terbaru itu dilihat serupa dengan kebangkitan rakyat Mesir selama 18 hari yang menggulingkan Mubarak, 11 Februari lalu selepas pemerintahan beliau selama 30 tahun.

Penunjuk perasaan kini menuntut Majlis Tertinggi Tentera Mesir yang meme-rintah negara itu buat sementara waktu supaya segera mengumumkan tarikh penyerahan kuasa kepada kerajaan baru yang akan dibentuk selepas pilihan raya.

Menurut laporan media, ribuan perusuh di Kaherah, Iskandariah dan Suez berarak, kelmarin, sambil melaungkan ‘Rakyat mahu gulingkan kerajaan’ semasa menyerbu ke arah polis antirusuhan yang menggunakan peluru getah dan menembak gas pemedih mata bagi menghalang penunjuk perasaan.

Perusuh dilaporkan turut memecahkan simen daripada laluan pejalan kaki dan membaling serpihannya ke arah polis semasa pertempuran di Dataran Tahrir, iaitu lokasi utama yang menjadi antara simbol revolusi dunia Arab.

Selain itu, media melaporkan sekurang-kurangnya sebuah bangunan kerajaan turut dibakar dalam kekacauan terbaru di Kaherah itu.

Undian bagi pilihan raya pertama Mesir selepas kejatuhan Mubarak dijadual bermula, 28 November ini namun ia mungkin tertangguh jika keganasan kembali tercetus di negara itu.

Majlis Tertinggi Tentera Mesir menerima sokongan rakyat untuk mengawal keadaan negara semasa permulaan pemberontakan terhadap Mubarak tetapi penduduk Mesir kini mula mendakwa institusi itu ingin mengekalkan kuasa sebagai pemerintah walaupun selepas kerajaan baru dibentuk kelak.

Bila Mesir akan aman? - Global - Sinar Harian:

'via Blog this'

Syria semakin parah


Oleh : Wartawan Sinar Harian
Tarikh : November 21, 2011
Syria semakin parah

DAMSYIK - Sekurang-kurangnya dua butir bom tangan meletup di bangunan milik parti pemerintah Syria, Parti Baath di Damsyik, semalam.

Serangan itu adalah yang pertama dilaporkan di ibu negara itu sejak pemberontakan terhadap Presiden Bashar Al-Assad bermula, lapan bulan lalu.

Menurut laporan saksi, serangan berlaku beberapa jam selepas berakhirnya tempoh diberikan Liga Arab kepada kerajaan Syria supaya menghentikan kekerasan terhadap penduduk negara itu.

"Asap tebal dapat dilihat daripada bangunan yang hampir kosong itu. Nampaknya serangan ini adalah tanda amaran kepada rejim Bashar," menurut seorang saksi yang enggan dinamakan.

Namun laporan serangan itu tidak dapat disahkan secara tepat kerana kerajaan Syria menghalang media luar daripada memasuki negara itu sejurus kebangkitan rakyat bermula, Mac lalu.

Bashar kelmarin mengumumkan pilihan raya akan diadakan Februari atau Mac depan dan perlembagaan baru akan dibuat oleh Parlimen yang dipilih rakyat semasa pilihan raya itu.

Syria semakin parah - Global - Sinar Harian:

'via Blog this'

Saif nafi mahu serah diri


Oleh : Wartawan Sinar Harian
Tarikh : November 21, 2011
Saif nafi mahu serah diri

ZINTAN - Anak lelaki bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi, kelmarin, menafikan dia menghubungi Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) untuk menyerah diri seperti dilaporkan, bulan lalu.

Saif Al-Islam menegaskan laporan kononnya dia sedang berunding dengan ICC adalah penipuan semasa perkara itu disoal wartawan agensi berita Reuters yang menemui anak lelaki Gaddafi itu di dalam kapal terbang ke Zintan selepas penangkapannya.

Ketua pendakwa raya ICC bulan lalu mengesahkan menerima pertanyaan daripada Saif melalui orang tengah mengenai layanan yang akan diterima jika dia menyerah diri kepada mahkamah itu yang mengeluarkan waran tangkap ke atasnya atas dakwaan melakukan jenayah kemanusiaan.

Sementara itu, Perdana Menteri Libya, Abdurrahim El-Keib memberi jaminan kepada dunia bahawa Saif akan menerima perbicaraan adil.

Saif, 39, yang sebelum ini dianggap sebagai pewaris utama Gaddafi berada dalam persembunyian sejak kematian bapanya, 20 Oktober lalu, namun berjaya ditangkap pemberontak di kawasan gurun selatan negara itu sebelum dibawa ke bandar Zintan, kelmarin.

Kuasa Barat yang menyokong pemberontak Libya menggesa kerajaan baru negara itu memberikan Saif perbicaraan adil dan bekerjasama dengan ICC kerana khuatir anak Gaddafi itu akan menerima nasib sama seperti bapanya yang dipukul dan ditembak mati selepas ditangkap pemberontak, bulan lalu.

Saif nafi mahu serah diri - Global - Sinar Harian:

'via Blog this'

2 wanita warga Thailand maut



ANGGOTA polis mengangkat mayat salah seorang wanita yang maut dalam kemalangan di Hulu Selangor.


HULU SELANGOR 20 Nov. - Hasrat dua gadis warga Thailand pulang ke kampung halaman selepas empat bulan bekerja sebagai tukang urut di negara ini, tidak kesampaian apabila mereka maut dalam kemalangan di Kilometer 416.5 Lebuh Raya Utara-Selatan di sini awal pagi ini.

Kemalangan pukul 3 pagi itu, turut mengakibatkan empat rakan senegara dan seorang lelaki yang memandu kenderaan mengalami cedera parah.

Insiden berlaku apabila kenderaan Toyota Hilux dinaiki keenam-enam mangsa yang dalam perjalanan dari Melaka ke Hatyai, Thailand, hilang kawalan semasa cuba mengelak daripada merempuh sebuah motosikal dinaiki oleh seorang lelaki.

Akibatnya, kenderaan pacuan empat roda dinaiki mangsa terbabas merempuh besi penghadang lebuh raya dan memasuki laluan bertentangan sebelum terjatuh ke gaung sedalam kira-kira 20 meter.

Dua mangsa iaitu Kanchana Wisaiphrm, 26, dan And Shuhisa, 22, maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala selepas tercampak dari kenderaan.

Pemandu kereta, Ng Chin Thai, 38, dan empat lagi penumpang, Suphannch Nianthaisy, 30; Sakauya Paumanel, 29; Ratu Pharkun, 38; dan Kunyanut Sitthisne, 23, masing-masing mengalami cedera parah, manakala penunggang motosikal, Eyu Seng Chong, 33, hanya mengalami cedera ringan.

Ketua Polis Daerah, Supritendan Norel Azmi Yahya Affandi berkata, kelima-lima mangsa yang cedera parah dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk mendapatkan rawatan lanjut, manakala dua wanita yang terbunuh dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk dibedah siasat.

Beliau berkata, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan saksi kejadian diminta menghubungi mana-mana balai polis berhampiran untuk membantu siasatan.

Sementara itu, Kunyanut ketika ditemui di Hospital Sungai Buloh dekat sini memberitahu, dia bersama rakan-rakannya berasal dari Bangkok dan datang ke Melaka untuk bekerja di sebuah pusat urut berdaftar pada empat bulan lalu.

"Selama bekerja di pusat urut tersebut, kami berasa tidak gembira kerana majikan melayan kami dengan buruk, malah pasport kami turut dirampas dan disimpan olehnya (majikan).

"Kami kemudian berkenalan dengan Chin Thai yang merupakan salah seorang pelanggan di situ dan meminta bantuannya untuk menghantar kami ke Hatyai dengan membayarnya RM3,500," katanya.

Kunyanut berkata, mereka memilih untuk pergi ke Hatyai sebelum menaiki kenderaan lain pulang ke rumah di Bangkok kerana tidak mempunyai pasport memandangkan ia masih dalam simpanan majikan mereka.

Katanya, dia yang memang berharap cepat sampai ke kampung halaman tidak menyangka ditimpa kemalangan ngeri dan kehilangan dua rakan.

Utusan Malaysia Online - Jenayah:

'via Blog this'

Kemalangan teruk babitkan 52 kenderaan di Jerman



PANDANGAN udara lokasi kemalangan membabitkan 52 kenderaan dan membunuh tiga orang yang dipercayai akibat kabus tebal di Autobahn A31 dekat Heek di Jerman, kelmarin. - AFP


BERLIN 20 Nov. - Sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh manakala 35 lagi cedera apabila 52 kenderaan terlibat dalam kemalangan besar di sebuah autobahn (lebuh raya) yang diselubungi kabus tebal di barat Jerman, kelmarin.

Kemalangan tersebut berlaku pada malam Jumaat lalu di bandar berdekatan Muenster selepas kabus menyelubungi lebuh raya tersebut.

Seramai 14 orang dibawa ke hospital-hospital berhampiran dan 21 yang lain hanya mengalami kecederaan kecil.

Bagaimanapun, punca sebenar kemalangan tidak diketahui dan pasukan pakar masih menyiasat kejadian tersebut.

Beratus-ratus pekerja bantuan kecemasan dikerah ke lokasi kemalangan dan laluan sepanjang 10 kilometer terpaksa ditutup.

Sementara itu, dalam satu lagi kejadian berasingan, lima orang terbunuh dan dua yang lain cedera parah selepas dua buah kereta bertembung di barat bandar Aachen, semalam.

Polis berkata, kemalangan tersebut dipercayai berpunca daripada pemandu yang memandu laju. - AGENSI

Utusan Malaysia Online - Luar Negara:

'via Blog this'

ICC mahu Libya serahkan Saif al-Islam untuk dibicara


THE HAGUE 20 Nov. - Libya perlu menyerahkan anak bekas pemimpin negara itu Muammar Gaddafi, Saif al-Islam yang ditahan semalam kepada Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC), kata pegawai.

Seorang jurucakap ICC berkata, Ketua Pendakwa Raya, Luis Moreno-Ocampo akan ke Tripoli minggu depan untuk mengadakan perbincangan dengan kerajaan baru Libya, ketika pemimpin dunia menggesa pihak berkuasa negara itu melaksanakan keadilan mengikut undang-undang.

Jurucakap Moreno-Ocampo, Florence Olara berkata, pihaknya sedang bekerjasama dengan Kementerian Kehakiman Libya bagi mencari tindakan bersesuaian berdasarkan undang-undang berhubung Saif.

Jurucakap ICC, Fadi al-Abdallah berkata, pihak berkuasa perlu bekerjasama dengan ICC dan menyerahkan Saif seperti yang termaktub dalam resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berhubung Libya.

''Jika mereka mahu Saif dibicarakan di Libya, mereka perlu mengemukakan permohonan menggugurkan kes dan prosedur di Libya perlu mengikut dakwaan sama seperti tuduhan yang dikemukakan di ICC,'' katanya.

Saif ditangkap di selatan Libya, selepas sebulan penangkapan dan pembunuhan ayahnya.

Saif diburu oleh ICC di atas dakwaan terhadap jenayah kemanusiaan kerana didakwa menggunakan kekerasan terhadap penunjuk perasaan pro-demokrasi pada Februari lalu.

Gaddafi, Saif dan ketua keselamatannya, Abdullah al-Senussi dituduh menggunakan ''semua cara' terhadap penunjuk perasaan bagi membendung pemberontakan rakyat.

Wakil Khas Rusia ke Afrika, Mikhail Margelov berkata, pihaknya gembira pihak berkuasa Libya tidak mengambil tindakan tergesa-gesa terhadap Saif. - AFP

Utusan Malaysia Online - Luar Negara:

'via Blog this'

Bashar al-Assad tidak akan tunduk


LONDON 20 Nov. - Presiden Bashar al-Assad menegaskan Syria tidak akan tunduk kepada tekanan antarabangsa yang semakin meningkat berhubung tindakan kerasnya terhadap penunjuk perasaan.

Assad memberitahu akhbar mingguan Britain, The Sunday Times, beliau sudah bersiap sedia menentang dan mati untuk Syria jika berdepan dengan campur tangan asing.

Menurut pemimpin Syria itu, beliau turut sedih melihat setiap titisan darah rakyatnya, tetapi bertegas Damsyik perlu mematahkan geng pemberontakan bersenjata dan menguatkuasakan undang-undang.

"Konflik ini akan berterusan dan tekanan untuk menguasai Syria juga tidak akan berhenti. Saya tegaskan kami tidak akan tunduk kepada sebarang tekanan luar," katanya.

Beliau turut menuduh Liga Arab yang sebelum ini memberi tempoh masa kepada Syria untuk menamatkan keganasan, mencipta helah bagi membolehkan campur tangan tentera Barat yang akan mencetuskan 'gempa bumi' di seluruh Asia Barat.

"Secara logik dan rasionalnya, mereka tidak akan melakukannya kerana kesannya amat buruk. Campur tangan tentera akan menyahstabilkan keseluruhan rantau ini dan semua negara akan terjejas," ujar Assad dalam wawancara di Istana Tishreen di Damsyik.

Assad berkata, penyelesaian kepada keganasan yang dikatakan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah mengorbankan lebih 3,500 orang sejak pertengahan Mac lalu itu bukanlah dengan mengundurkan tenteranya.

"Satu-satunya cara ialah memburu geng bersenjata, menyekat kemasukan senjata dari negara jiran, menghalang sabotaj dan menguatkuasakan undang-undang dan peraturan,'' ujarnya.

Tempoh masa yang diberikan oleh Liga Arab telah tamat pada pukul 2200 GMT semalam (6 pagi hari ini waktu Malaysia), tetapi Assad tidak mengendahkannya. - AFP

Utusan Malaysia Online - Luar Negara:

'via Blog this'

Singapura pandang serius anggota tentera hina Islam



PAPARAN akaun Facebook milik Christian Eliab Ratnam iaitu anggota tentera Singapura yang mencemuh Islam beserta bendera Israel. - AGENSI


SINGAPURA 20 Nov. - Kementerian Pertahanan Singapura (MINDEF) memandang serius tindakan seorang anggota tentera yang mencemuh Islam dalam laman web sosial Facebook.

MINDEF berkata demikian dalam jawapannya kepada pertanyaan media mengenai laporan seorang anggota tentera kebangsaan (NSF) menyiarkan gambar ayat mengkritik Islam di dalam akaun Facebook miliknya.

"Kami memandang serius kelakuan anggota kami di khalayak umum," kata kementerian itu, lapor CNA hari ini.

Anggota itu dikenal pasti sebagai Christian Eliab Ratnam yang menyiarkan gambar teks berbunyi 'Islam bukan suatu agama tetapi doktrin politik autoritarian yang dikuatkuasakan secara paksa'.

Ratnam juga dilaporkan menyokong perjuangan Israel dan Yahudi, berdasarkan bendera dan simbol Tentera Pertahanan Israel pada akaun Facebooknya, selain menganggotai kumpulan penyokong rakyat Israel dan Yahudi di Singapura.

Tindakannya turut dikecam oleh rakyat Singapura dan akaun Facebooknya telah ditutup.

Dalam satu kenyataan hari ini, Pengarah Hal Ehwal Awam MINDEF, Kolonel Desmond Tan berkata, siasatan polis sedang dijalankan.

Menurutnya, MINDEF sedang membantu siasatan dan akan mengambil tindakan sewajarnya jika perlu.

Siasatan seumpama ini adalah yang kedua dalam bulan ini.

Sebelum ini, seorang bekas anggota sayap Pemuda Parti Tindakan Rakyat (PAP), Jason Neo disiasat kerana kenyataannya di dalam Facebook yang menghina kanak-kanak Melayu yang menaiki bas sekolah. - AGENSI

Utusan Malaysia Online - Luar Negara:

'via Blog this'

32 individu ditahan buang bayi tahun ini

KUALA LUMPUR: Sekurang-kurangnya 32 individu ditahan tahun ini kerana membuang bayi, menjadikan keseluruhan 63 individu ditangkap sepanjang dua tahun lalu, peningkatan ketara berbanding hanya 38 individu ditahan dalam tempoh tiga tahun dari 2007 hingga 2009.

Tangkapan tahun ini, termasuk terbaru membabitkan wanita berusia 20 tahun yang ditahan kerana disyaki membuang bayi baru dilahirkannya ke dalam parit kebun sawit di Kampung Melayu Raja, Ledang, Johor, minggu lalu.
Perangkaan terbaru Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga menunjukkan jumlah tangkapan tahun ini melebihi 31 tangkapan sepanjang tahun lalu, dengan sebahagian besar suspek adalah wanita selain sebilangan kecil warga asing.
Pada 2007, hanya lapan tangkapan direkod berbanding 76 kes pembuangan bayi, manakala 16 individu ditahan pada tahun berikutnya berbanding 102 kes dan pada 2009 pula, 11 tangkapan dicatat dari 79 kes buang bayi.

Daripada keseluruhan 94 tangkapan sepanjang lima tahun lalu, 19 individu sudah didakwa di mahkamah dengan 15 daripadanya wanita, manakala 12 dijatuhkan hukuman dengan sembilan perempuan.

Bagaimanapun, perangkaan itu tempoh dua tahun menunjukkan jumlah tangkapan masih rendah berbanding keseluruhan kes pembuangan bayi dalam tempoh itu, iaitu 164 kes, termasuk 96 bayi ditemui sudah mati.

Mengulas mengenainya, Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye, berkata tindakan proaktif pelbagai pihak perlu bagi ramai suspek kes buang bayi ditangkap.
Katanya, cadangan banyak pihak supaya diwujudkan pangkalan data mencatatkan butiran lengkap kelahiran bayi dan ibu bapa di negara ini, termasuk rekod ujian asid deoksiribonukleik (DNA) perlu dilaksanakan segera dalam usaha mengesan pasangan yang membuang bayi.

“Cadangan mewujudkan pangkalan data DNA sesuai dipertimbangkan kerana ia boleh membantu polis mengesan penjenayah termasuk kes buang bayi,” katanya kepada Berita Harian.

Berita Harian sebelum ini melaporkan 73 kes pembuangan bayi, termasuk yang dibunuh kejam dicatatkan di seluruh negara antara Januari hingga Ogos tahun ini, menjadikan keseluruhan 571 kes direkodkan sepanjang lima tahun lalu dengan 318 bayi mati, manakala 253 pula ditemui masih hidup.
Berita Harian Online | 32 individu ditahan buang bayi tahun ini:

'via Blog this'

Angka kematian banjir di Thailand melepasi 600 orang

BANGKOK: Jumlah kematian akibat banjir terburuk di Thailand dalam tempoh lebih setengah abad kini mencecah 600 orang.

Banjir yang mula melanda pada lewat Julai lalu, berpunca daripada hujan lebat dan ribut kencang bertali arus.
Air menenggelamkan seluruh bandar apabila bergerak dari tengah Bangkok dan Teluk Thailand.
Lebih dua pertiga daripada 77 wilayah negara berkenaan ditenggelami air sepanjang krisis empat bulan itu.

Kerajaan berkata, jumlah kematian kini ialah 602 orang, kebanyakannya akibat lemas. - AP
Berita Harian Online | Angka kematian banjir di Thailand melepasi 600 orang:

'via Blog this'