Pages

Friday, July 30, 2010

Pemberi maklumat Afghanistan dalam bahaya


KABUL 29 Julai - Presiden Afghanistan, Hamid Karzai (gambar) hari ini mengutuk pendedahan nama pemberi maklumat tempatan dalam fail rahsia tentera Amerika Syarikat (AS) yang dibocorkan laman web WikiLeaks.
Perbuatan 'tidak bertanggungjawab' itu boleh mengancam nyawa pemberi maklumat berkenaan, kata Karzai.
"Saya mendapat tahu perkara ini semalam iaitu nama- nama rakyat Afghan yang bekerjasama dengan tentera Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) turut didedahkan dalam dokumen itu," tegas beliau.
Pengasas Wikileaks, Julian Assange berkata, dokumen itu telah diperiksa bagi memastikan tiada nama pemberi maklumat dan 15,000 dokumen sedemikian tidak disiarkan.
Namun akhbar Britain, Times melaporkan, hanya selepas dua jam meneliti dokumen tersebut, pihaknya menemui nama berpuluh rakyat Afghanistan yang dikatakan menyalur maklumat perisikan kepada tentera AS.
Pentagon juga berkata, pemberi maklumat yang namanya tertera dalam dokumen itu mempunyai sebab untuk merasakan nyawa mereka terancam.
Jurucakap Pentagon, Kolonel David Lapan berkata, sekurang-kurangnya seorang warga Afghan yang namanya didedahkan sudah pun membuat aduan kepada pegawai AS di Afghanistan. - AFP

Perakam video 3D pertama pengguna


PERAKAM video digital SDT750 dengan lensa penukaran 3D dipertonton kepada media di Tokyo, kelmarin. - AP


TOKYO 29 Julai - Gergasi elektronik Jepun, Panasonic Corp. semalam memperkenalkan produk yang di sifatkan sebagai perakam video peng guna pertama di dunia yang mem bolehkan sesiapa sahaja membuat rakaman tiga dimensi menggunakan lensa khas.
Panasonic yang sebelum ini me lancarkan perakam video 3D untuk kegunaan profesional berkata, per alatan baru HDC-SDT750 itu akan dilancarkan pada 20 Ogos ini di Je pun.
Menggunakan lensa penukaran 3D, ia merakam imej mata kiri dan mata kanan secara serentak untuk menghasilkan imej stereoskopik yang boleh dimainkan semula menggu nakan televisyen 3D.
Ia akan dijual di pasaran luar hu jung tahun ini pada harga anggaran AS$1,399.95 (RM4,470).
Perakam video itu juga mampu merakam imej definisi tinggi apabila lensa 3D tidak dipasang, selain di lengkapi ciri rakaman selang masa yang boleh memainkan babak seperti bunga berkembang pada kelajuan tinggi.
Industri hiburan dan teknologi ki ni banyak mengambil kesempatan atas kemajuan 3D yang semakin ba nyak digunakan, terutama selepas ke jayaan besar filem Avatar. - AFP

Pengguna Twitter tertua meninggal dunia


GAMBAR fail bertarikh 14 Mei 2009 menunjukkan Bean dengan akaun Twitternya. - AP


LONDON 29 Julai - Ivy Bean yang merupakan selebriti di dalam talian kerana menjadi pengguna tertua laman web rangkaian sosial Twitter meninggal dunia semalam pada usia 104 tahun.
Pat Wright, pengurus rumah kebajikan tempat Bean menetaip di Bradford, utara England berkata, war ga emas itu meninggal dunia dengan tenang semalam.
Menurut Wright, Bean dikenali sebagai seorang yang 'merebut pe luang menggunakan teknologi baru dan mencuba apa sahaja'.
Dia menyertai Twitter pada 2008 dan mengumpulkan lebih 56,000 teman pengikut, termasuklah Sarah Brown, isteri kepada bekas Perdana Menteri Gordon Brown.
Sarah Brown semalam membuat 'tweet' yang meluahkan rasa sedih dengan kematian Bean, seorang yang bersemangat besar, lucu dan sangat dihormati sebagai duta senior kepada Twitter.
Kali terakhir Bean membuat tweet ialah pada 6 Julai lalu dengan berkata, masa untuk makan tengah hari dan akan kembali sebentar lagi.
Wright berkata, Bean meninggalkan seorang anak perempuan. - AP

Teknik godam komputer mesin ATM didedah


LAS VEGAS 29 Julai - Seorang penggodam menemui kaedah memaksa mesin juruwang automatik (ATM) mengeluarkan wang dengan menggodam komputer yang berada di dalamnya.
Demonstrasi serangan itu dilakukan semalam yang disasarkan kepada mesin ATM tunggal. Namun ia mungkin dapat digunakan terhadap mesin ATM kendalian bank-bank biasa.
Penjenayah sejak dulu lagi mengetahui mesin ATM boleh diceroboh.
Terdapat pelbagai jenis serangan digunakan hari ini, menggunakan teknologi canggih hinggalah tindakan nekad seperti, memasukkan pembaca kad palsu bagi mencuri nombor kad, menyorokkan kamera kecil bagi mendapatkan nombor PIN, menutup slot yang mengeluarkan wang malah melarikan mesin ATM menggunakan lori sebelum dipecahkan kemudian.
Penggodam yang juga Pengarah Kajian Keselamatan syarikat IOActive Inc., Barnaby Jack mengambil masa selama dua tahun di apartmen Lembah Silikon miliknya yang dipenuhi mesin-mesin ATM yang dibeli secara dalam talian.
Ia adalah ATM seperti yang diletakkan di depan kedai serbaneka yang digodam dengan tujuan mencari jalan dengan mengeksploitasi kelemahan komputer di dalamnya.
Dia menunjukkan hasil ujiannya di persidangan Black Hat, satu perjumpaan tahunan yang diwujudkan dengan tujuan mendedahkan kelemahan terkini yang mengancam keselamatan komputer.
Serangannya mempunyai implikasi yang luas kerana menjejaskan pelbagai jenis ATM dan mengekploitasi kelemahan perisian serta keselamatan yang digunakan industri perbankan.
Ucapannya adalah antara yang paling dinanti-nantikan dalam persidangan ini kerana pada tahun lalu ia dibatalkan kerana bimbang ciri-ciri keselamatan belum dilaksanakan pada mesin-mesin ATM. - AP

Rahsia-rahsia huruf dalam Al-Quran


http://profile.ak.fbcdn.net/profile-ak-snc1/object3/1224/18/n136342639720_2479.jpg
(2-1) : ويل لأمة جهلت تفسير أبجد :
- محمد بن سالم رفعة إلى أمير المؤمنين (عليه السلام) قال : قال عثمان بن عفان يا رسول الله ما تفسير أبجد ؟ فقال رسول الله (صلى الله عليه وغلى اله) تعلموا تفسير أبجد فان فيه الأعاجيب كلها ويل لعالم جهل تفسير 0
- قال موسى بن جعفر (عليه السلام) عن أبائه عن أبيه الحسن بن علي (عليه السلام) قال : جاء يهودي إلى رسول الله (صلى الله عليه وعلى اله) وعنده أمير المؤمنين علي(عليه السلام) فقال له : ما الفائدة في حروف الهجاء ؟ فقال رسول الله (صلى الله عليه وعلى اله) لعلي (عليه السلام) اجبه وقال : اللهم وفقه وسدده فقال علي(عليه السلام) : ما من حرف ألا وهو اسم من أسماء الله عز وجل ، ثم قال :
• الألف : فالله الذي لا اله ألا هو الحي القيوم 0
Alif : Adalah Nama Allah SWT Yang Sentiasa Hidup.
• الباء : فباق بعد فناء خلقة 0
Ba’ Yang  Kekal  walau setelah kehancuran semua ciptaan Allah SWT.
• التاء : فالتواب يقبل التوبة عن عبادة 0
Ta’ : Taubat, Yang  menerima semua taubat hambaNya.
• الثاء : فالثابت الكائن يثبت الله الذين آمنوا بالقول الثابت 0
Tha’  :, Yang Tetap perjanjian.
• الجيم : فجل ثناؤه وتقدست أسماؤه 0
Jim : Yang Mulia Lagi Suci
• الحاء : فحق حي حليم 0
Ha’ : Hak Yang Allah SWT Maha Benar dan Yang Membela Pihak Yang Benar.
• الخاء : فخبير بما يعمل العباد 0
Kha’ : Yang Maha Mahir atau Maha Mengetahui dengan apa yang dilakukan oleh HambaNya.
• الدال : فديان يوم الدين 0
Dal : Yang Memiliki segala agama.
• الذال : فذو الجلال والإكرام 0
Zal : Yang memiliki Kebesaran dan Kemuliaan.
• الراء : فرؤوف بعبادة 0
Ra’ : Yang Maha Pengasih kepada hambaNya.
• الزاي : فزين المعبودين 0
Zai : Yang Menghiasi hamba-hambaNya  yang menyembahNya.
• السين : فالسميع البصير 0
Sin : Yang Maha Mendengar dan Maha Melihat.
• الشين : فالشاكر لعبادة المؤمنين 0
Syin : Syukur, Yang Maha BerSyukur kepada HambaNya yang Mukmin.
• الصاد : فصادق في وعده ووعيده 0
Shad : Yang Maha Membenarkan segala janji baik dan janji buruk.
• الضاد : فالضار النافع 0
Dhad : Yang Maha Berkuasa memberi kemudharatan dan segala kemanfaatan.
• الطاء : فالطاهر المطهر 0
Tho: Yang Maha Mengampun atau Menyucikan sesuatu yang telah suci.
• العين : فعالم بعبادة 0
Ain : Yang Maha mengetahui dengan hamba-hambaNya.
• الغين : فغياث المستغثين 0
Ghin : Yang Menyempurnakan  segala permohonan.
• الفاء : ففالق الحب والنوى 0
Fa’ : Yang Maha Mengasihi segala permintaan dihati.
• القاف : فقادر على جميع خلقة 0
Ghaf : Yang Maha Brkuasa keatas seagala kejadianNya.
• الكاف : فالكافي الذي لم يكن له كفوا احد 0
Kaf : Yang Tiada Menyamai dengan segala  kejadian pun.
• اللام : فلطيف بعبادة 0
Lam : Latif , Allah SWT  Yang  Maha Kaya memberi penghormatan dan belaian kepada hambaNya.
• الميم : فمالك الملك 0
Mim: Yang Memerintah Segala Raja-Raja dan Kerajaan.
• النون : فنور السماوات والأرض من نور عرشه 0
Nun: Nur atau Cahaya yang menerangi langit dan bumi serta Arasy Allah SWT.
• الهاء : فهادي لخلقة 0
Ha’ : Yang Memberi Hidayah kepada hambanya.
• الواو : فواحد صمد لم يلد ولم يولد 0
Wau : Wahid yakni Allah SWT Maha Esa.
• اللام ألف : فلا اله ألا الله وحدة لا شريك له 0
Lam Alif : Tiada Tuhan melainkan Allah SWT yang berhak disembah dan tidak ada yang menyekutuiNya.
• الياء : فيد الله باسطة على خلقة 0
Ya’ : Tangan Allah SWT Yang Terbuka atau Allah SWT Maha Pemurah.
فقال رسول الله (صلى الله عليه وعلى اله ) : هذا هو القول الذي رضي الله عز وجل لنفسة من جميع خلقة فاسلم اليهودي 0