Pages

Thursday, October 13, 2011

‘Anu’ putus terkena bilah mesin bajak

MARANG: Tindakan seorang lelaki orang kelainan upaya (OKU), berehat di atas sebuah jentera pembajak berakhir dengan tragedi apabila dia terjatuh di belakang jentera berkenaan yang tiba-tiba bergerak sebelum bilah mata pembajak itu mengenai seluarnya menyebabkan kemaluannya putus dalam kejadian di sebuah ladang penternakan di Serating, di sini.

Menurut sumber, dalam kejadian jam 12 tengah hari Ahad lalu, mangsa seorang lelaki berusia 36 tahun dan berasal dari Gong Badak, Kuala Terengganu, sedang menjalani latihan amali di ladang berkenaan.


Sumber berkata, mangsa yang mahu berehat bertindak menaiki sebuah traktor yang digunakan untuk membuat batas sayuran di ladang penternakan itu.

“Difahamkan mangsa terjatuh di atas bilah mata mesin bajak itu yang tiba-tiba bergerak dan alat berkenaan kemudian dikatakan memulas bahagian seluar panjang mangsa sehingga dipercayai memutuskan kemaluannya,” katanya.


Menurut sumber itu, mangsa yang kesakitan dan berlumuran darah menerima bantuan daripada rakannya yang berada berdekatan tempat kejadian sebelum dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.


Sumber berkata, penyelia ladang ternakan berkenaan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Marang pada jam 12.30 tengah hari, Ahad lalu, dan laporan berkenaan dirujuk ke Balai Polis Merchang kerana kejadian berkenaan berlaku di kawasan itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Ahmad Mazlan Yahya yang mengesahkan kejadian berkata, mangsa kemudiannya dihantar untuk rawatan susulan di Hospital Universiti Sains Malaysia di Kubang Kerian, Kelantan, bagi menyambung semula kemaluannya yang putus.

myMetro | ‘Anu’ putus terkena bilah mesin bajak:

'via Blog this'

Pemimpin al-Qaeda gesa rakyat Algeria memberontak

myMetro | Pemimpin al-Qaeda gesa rakyat Algeria memberontak: "DUBAI: Pemimpin al Qaeda, Ayman al-Zawahri menggesa rakyat Algeria mencontohi penduduk Libya dan memberontak untuk menggulingkan pemimpin mereka.

Dalam ucapan video yang disiarkan menerusi laman sesawang kumpulan Islam semalam, Ayman turut menyelar pemimpin tentera di negara kelahirannya, Mesir, kerana mengekalkan hubungan rapat dengan Israel dan tidak bertindak untuk menyokong kebangkitan Arab yang menjatuhkan pemimpin Tunisia, Zine al-Abidine Ben Ali pada Januari dan pemerintah Mesir, Hosni Mubarak pada Februari.


“Kepada pejuang di Algeria! Lihat pada saudara anda di Tunisia dan Libya apabila mereka berjaya mencampakkan pemimpin mereka ke dalam tong sampah sejarah,” kata Ayman.

“Mengapa anda tidak memberontak terhadap pemerintah kuku besi kamu,” katanya, merujuk kepada Presiden Abdelaziz Bouteflika. - AP"

'via Blog this'

Pelancong wanita Australia koma lepas minum arak

SYDNEY: Seorang jururawat warga Australia mengalami kerosakan otak dan buah pinggang setelah meminum sejenis minuman keras yang dikenali sebagai ‘jungle juice’, ketika bercuti di Pulau Lombok Indonesia.

Jamie Johnston, 25, yang koma, diterbangkan ke Hospital Royal Darwin dari Bali selepas memesan satu jag arak yang dicampur dengan jus buah-buahan untuk dikongsi bersama ibunya.

Menurut laporan Sydney Morning Herald, arak itu menganndungi metanol, sejenis bahan kimia yang sering digunakan sebagai antibeku atau dicampur dengan cat, yang juga menyebabkan kematian empat pelancong pada 2009, di Bali.

Ibu Johnston, Lyn, memberitahu akhbar itu hasil ujian mendapati anaknya keracunan metanol selepas minum minuman itu pada 20 September di Restoran Happy Cafe.


Dia terus tidak sedarkan diri, tidak boleh bergerak atau bercakap dengan betul selepas mengalami kerosakan otak dan buah pinggang.

“Kami dalam perjalanan pulang apabila dia jatuh pengsan,” kata ibunya.

“Saya masih trauma. Orang ramai perlu diberitahu mengenai perkara ini. Dia boleh mati,” katanya.

myMetro | Pelancong wanita Australia koma lepas minum arak:

'via Blog this'

Putus tangan diputar mesin basuh

LEWIS selepas pembedahan.
LEWIS selepas pembedahan.
RACHEL tidak sangka anaknya boleh buka penutup  mesin basuh dengan mudah.
RACHEL tidak sangka anaknya boleh buka penutup mesin basuh dengan mudah.

LIVERPOOL: Tangan seorang kanak-kanak terputus selepas dia membuka penutup mesin basuh dan memasukkan tangannya ketika mesin itu berputar.

Lewis Wrench yang baru menyambut ulang tahun kelahirannya yang ketiga, merayap di dapur dan berjaya membuka pintu mesin basuh muatan depan itu ketika ia masih berputar dan memasukkan tangannya ke dalam.


Ibunya, Rachel, 24, berada di ruang tamu di kediaman mereka di Crewe apabila dia mendengar jeritan anaknya.

Dia mendapati anaknya berlumuran darah dengan lengannya masih berada di dalam mesin. Kanak-kanak itu dikejarkan ke Hospital Kanak-Kanak Alher Hey di Liverpool tetapi doktor gagal menyelamatkan tangannya yang terputus dari bawah bahu.


“Kini, apabila saya tanya apa yang terjadi, dia menjawab: ‘Saya membuka penutup itu dan saya berpusing-pusing, kemudian tangan saya tercabut.’” Mengimbas kembali kejadian itu, Rachel berkata: “Apabila saya meluru, mesin itu masih berputar.


Saya mematikan suisnya dan memeluk Lewis sambil berlari keluar dan menjerit meminta tolong kepada jiran.

“Anak perempuan saya, Kadie, masuk ke dapur dan melihat apa yang berlaku. Dia menjadi trauma.


“Saya tidak percaya Lewis berupaya membuka penutup mesin itu dengan mudah. Ia sungguh menakutkan. Saya begitu kecewa.” Mesin itu disewanya sejak 2009 dan agensi yang terbabit dalam hal berkaitan dengan pengguna, Trading Standards, melancarkan siasatan berhubung kejadian itu.

Kejadian ngeri itu berlaku jam 11.30 pagi pada 11 September lalu, seminggu selepas hari jadi ketiga Lewis.


Rachel berkata: “Secara keseluruhan, Lewis semakin pulih dan dia berani.


“Dia kidal tetapi kini sudah menyesuaikan diri dengan tangan kanannya.” Kanak-kanak itu perlu menjalani pembedahan lanjut dan kemungkinan dipasang dengan tangan palsu. - Agensi

myMetro | Putus tangan diputar mesin basuh:

'via Blog this'

Israel tunduk tuntutan Hamas

Foto


RAKYAT Palestin melaungkan slogan ketika berhimpun untuk menyambut perjanjian pertukaran antara askar Israel, Shalit dengan tahanan Palestin di Gaza.

2011/10/13

Setuju tukar 1,000 tahanan Palestin dengan seorang tentera Yahudi

BAITULMAQDIS: Kerajaan Israel akhirnya tunduk dengan syarat pergerakan Hamas yang mentadbir Gaza kelmarin apabila bersetuju menukar lebih 1,000 tahanan Palestin dengan seorang tentera Israel yang kini ditawan kumpulan pejuang itu, Gilad Shalit, sekali gus menamatkan antara isu paling sensitif antara kedua-dua belah pihak.
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, yang meminta Kabinetnya meluluskan pertukaran itu selepas menerima tekanan dalaman berterusan untuk membawa pulang Shalit, berkata anggota tentera itu akan bersatu semula dengan keluarganya dalam tempoh terdekat.
Penduduk Palestin di Semenanjung Gaza yang menyambut baik perjanjian itu, yang menyaksikan Mesir dan Jerman bertindak sebagai orang tengah, melepaskan tembakan sebagai meraikannya.

Perjanjian yang sebelum ini berulang kali menemui kegagalan untuk membebaskan Shalit sejak ditangkap pada tahun 2006, tidak memberi kesan secara langsung kepada rundingan damai Asia Barat.

Prospek memulihkan keamanan di wilayah itu dibayangi permohonan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, supaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengiktiraf negara merdeka Palestin dan meminta tindakan meluaskan penempatan penduduk Israel dihentikan jika mahu rundingan dimulakan sekali lagi.

Sumber yang terbabit dalam rundingan berkata, perjanjian itu disarankan Mesir dan ia dijangka memperbaiki sedikit hubungan rejim Zionis dengan Kaherah yang berdepan masalah sejak kejatuhan pemimpin Mesir, Hosni Mubarak.
Pemimpin Hamas, Khaled Me-shaal, berkata Israel akan membebaskan 1,027 banduan dalam dua peringkat. Dalam masa seminggu, 450 akan ditukar untuk mendapatkan semula Shalit dan yang lainnya akan dibebaskan dua bulan kemudian. Dua puluh tujuh wanita antara yang bakal dibebaskan.

Dalam kempen yang dilancarkan ibu bapa Shalit untuk membebaskannya, saudara mara penduduk Israel yang maut dalam serangan penduduk Palestin, melobi Netanyahu tidak menyerah kalah kepada Hamas dengan membebaskan tahanan Palestin.

Ada kira-kira 6,000 tahanan Palestin di penjara Israel. Mereka dianggap wira dan digelar penduduk Palestin perjuangan menentang pencerobohan Israel dan memohon penubuhan negara berdaulat.

“Kami gembira dengan penca-paian ini dan amat bersyukur. Bagaimanapun, kegembiraan kami bercampur sedih kerana tidak mampu mendapatkan kebebasan untuk semua tahanan,” kata Meshaal dalam ucapan yang disiarkan dalam televisyen dari Damsyik.

Televisyen Israel memetik Netanyahu sebagai memberitahu ibu bapa Shalit sejak berkuasa tiga tahun lalu dia menunggu peluang membuat panggilan telefon untuk memberitahu mereka mengenai perjanjian itu.

Keluarga Shalit yang mendirikan khemah sebagai tanda protes berhampiran kediaman Netanyahu di Baitulmaqdis selama beberapa bulan, menuduh dia tidak cukup berusaha membebaskan Shalit. – Agensi
Berita Harian Online | Israel tunduk tuntutan Hamas:

'via Blog this'

Vitamin E punca barah prostat




2011/10/13

NEW YORK: Lelaki yang mengambil vitamin E setiap hari berkemungkinan mendapat barah prostat berbanding mereka yang tidak mengambil makanan tambahan itu, lapor satu kajian yang dijalankan terhadap 35,000 orang di Amerika Utara.

Ini bermakna sejak lebih sedekad, seorang atau dua lelaki daripada 100 yang mengambil vitamin E dijangka mendapat kanser prostat, kata penyelidik yang hasil kajiannya diterbitkan dalam Jurnal Persatuan Perubatan Amerika.
“Jika anda sudah cukup dengan vitamin ini dalam sistem anda, berlebihan tidak akan membantu langsung malah jika terlalu berlebihan akan mendatangkan mudarat,” kata seorang penulis kajian itu, Eric Klein dari Klinik Cleveland.
Kajian itu mendapati wanita tua yang mengambil vitamin pelbagai mempunyai kadar kematian lebih tinggi sedikit berbanding mereka yang tidak.

“Keputusan mendapati mengambil vitamin bukan hanya tidak membantu tetapi boleh memberi mudarat kepada mereka yang tidak mengalami kekurangan vitamin, tambah Klein.

Klein dan rakan penyelidiknya tidak jelas bagaimana vitamin E boleh meningkatkan risiko kanser prostat dan kajian terdahulu tidak menunjukkan sebarang bahaya vitamin itu. – Reuters
Berita Harian Online | Vitamin E punca barah prostat:

'via Blog this'

Anak lelaki Gaddafi ditangkap di Sirte




2011/10/13

SIRTE: Salah seorang anak lelaki pemimpin Libya, Muammar Gaddadi dilaporkan ditahan di perkampungannya di Sirte, demikian menurut Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) yang kini memerintah negara itu.

“Mutassim Kadhafi ditangkap di Sirte dan sudah dipindahkan ke Benghazi," kata Penasihat NTC, Abdelkarim Bizama kepada AFP.
Mutassim Kadhafi dilahirkan pada 1975 memulakan kerjayanya sebagai tentera dan doktor sehingga pernah dilantik sebagai Penasihat Keselamatan Negara.
Beliau dikatakan menjadi seteru kepada abangnya, Seif al-Islam dalam usaha untuk mengambil alih kuasa daripada ayahnya.

Seif al-Islam kini dipercayai masih bersembunyi di Bani Walid, yang dikatakan bersama Gaddafi yang melarikan diri sebaik askar penentang mengambil alih Tripoli, lewat Ogos lalu. - AFP
Berita Harian Online | Anak lelaki Gaddafi ditangkap di Sirte:

'via Blog this'

Serangan terakhir di bandar Sirte



Tentera ntc melepaskan peluru berpandu Grad ke arah tentera yang setia kepada Gaddafi di barisan hadapan di bandar Sirte, kelmarin dalam serangan terakhir untuk menawan bandar itu. - REUTERS


SIRTE 12 Okt. - Tentera Libya yang menyokong rejim baru melancarkan 'serangan terakhir' untuk menawan Sirte, bandar kelahiran bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi.

Tentera rejim peralihan berjaya menawan ibu pejabat polis di bandar ini semalam, ketika usaha menggempur pengikut setia bekas pemimpin Libya itu diteruskan.

Sementara itu, tentera Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) dalam pada itu menerima serangan hebat di bandar Bani Walid, satu lagi kubu kuat Gaddafi yang masih tinggal.

Di Sirte, penawanan ibu pejabat polis yang strategik itu diraikan dan bangunan itu diselongkar serta poster-poster Gaddafi dimusnahkan.

Bumbung pejabat bangunan itu menawarkan pandangan panoramik di bandar Sirte, sekali gus memberi kelebihan kepada tentera NTC.

Doktor di hospital selatan Sirte berkata, lima orang terbunuh dan 42 lagi cedera dalam operasi ketenteraan di bandar itu semalam, manakala di bahagian timur pula melaporkan 11 orang terbunuh dan 52 lagi cedera.

Tentera NTC telah menggempur bandar ini sejak 15 September lalu sebelum melancarkan operasi yang digelar 'serangan terakhir' Jumaat lalu dengan menyaksikan seramai 80 anggota mereka terbunuh dan beratus-ratus lagi cedera.

Komander NTC di barisan hadapan timur Sirte, Wissam bin Ahmid berkata, mereka semakin hampir menawan keseluruhan bandar ini tetapi masih bimbangkan dengan keselamatan orang awam.

Di bandar Bani Walid pula, tentera NTC dilaporkan mengambil 'tektik berundur' selepas menerima tentangan hebat Ahad lalu.

"Kami kehilangan 17 anggota dalam pertempuran Ahad lalu dan telah meninggalkan lapangan terbang yang telah ditawan sebelum ini," kata ketua komander tentera NTC, Salem Gheith. - AFP

Utusan Malaysia Online - Luar Negara:

'via Blog this'

Ikan jerung dalam tasik padang golf



KELIBAT seekor ikan jerung terdapat dalam tasik di Padang Golf Carbrook, Australia. - YouTube


SYDNEY, Australia - Orang ramai yang bermain golf di Padang Golf Carbrook di bandar Brisbane tidak perlu mencari bola jika ia memasuki sebuah tasik kerana ia mengandungi ikan jerung.

"Pastinya, jika anda kehilangan bola, anda tentu tidak akan mengejarnya," kata seorang pemain golf, Graham Casemore.

Padang golf itu dilanda banjir pada lewat 1990-an apabila Sungai Logan melimpah tebing.

Apabila banjir tersebut surut, tasik yang terletak di antara lubang ke-12 dan 15 itu didapati mengandungi ikan jerung.

Terdapat papan tanda amaran yang meminta orang ramai tidak berenang di tasik itu. - Reuters

Kosmo! Online - Dunia:

'via Blog this'

Lelaki tak kahwin kerana wanita terlalu sedikit di kampung India



BEBERAPA lelaki bujang tidur bersama di dalam sebuah bilik di kampung Siyani, India pada 5 Oktober lalu. - Reuters


SIYANI, India - Ramai lelaki di desa ini, negeri Gujerat, tidak dapat berkahwin kerana bilangan wanita yang jauh berkurangan berbanding kaum lelaki.

Sehingga kini, terdapat lebih 350 lelaki bujang berusia lebih 35 tahun ke atas di desa berkenaan yang dihuni sekitar 8,000 orang.

"Desa ini kekurangan prasarana atau pembangunan, justeru penduduknya rata-rata miskin dan tidak berpelajaran," kata seorang pemilik kilang gandum kecil, Prashant Dave, 41, yang bernasib baik kerana telah berumah tangga.

"Terdapat terlalu sedikit wanita dengan ramai di antara mereka meninggalkan desa untuk mencari kehidupan lebih baik," tambahnya.

Seorang penduduk Siyani, Bharatbhai Khair pula berkata, dia berusaha mencari calon isteri sejak 25 tahun lalu tetapi masih gagal.

"Saya kini berputus asa, biarlah saya hidup membujang," kata lelaki berusia 45 tahun itu.

Situasi tersebut berlaku ketika maklumat banci yang disiarkan tahun ini menunjukkan terdapat 914 perempuan untuk setiap 1,000 bayi lelaki di India.

Keputusan tersebut menunjukkan penurunan sejak 2001 apabila terdapat 933 perempuan untuk setiap 1,000 bayi lelaki. - Reuters

Kosmo! Online - Dunia:

'via Blog this'

Israel setuju tukar 1,000 tahanan Palestin



GILAD SHALIT


BAITULMUQADDIS, GAZA - Pemerintah Israel dan Gaza kelmarin bersetuju menukar lebih 1,000 tahanan Palestin dengan seorang askar Israel yang ditahan oleh kumpulan Hamas, Koperal Gilad Shalit sekali gus merungkai isu yang sebelum ini sukar diselesaikan.

Perkembangan tersebut berlaku ketika Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berdepan tekanan rakyat agar membawa Shalit pulang.

Dalam satu ucapannya, Netanyahu berkata, askar Yahudi itu akan pulang kepangkuan keluarganya dalam tempoh beberapa hari lagi.

Selain warga Israel, penduduk Palestin di Genting Gaza turut gembira dengan perjanjian pertukaran tahanan itu yang diusahakan oleh Mesir dan seorang pengantara Jerman.

Hamas mengesahkan bahawa perjanjian tersebut kini tinggal fasa teknikal untuk diselesaikan.

Mengulas mengenainya, ketua Hamas, Khaled Meshaal memberitahu, Israel akan membebaskan seramai 1,027 tahanan dalam dua peringkat.

Menurutnya, dalam tempoh seminggu, 450 orang akan ditukar untuk Shalit manakala bakinya akan dibebaskan dua bulan kemudian termasuk 27 tahanan wanita. - Reuters

Kosmo! Online - Dunia:

'via Blog this'

Aktor filem Austin Powers disyaki bunuh banduan dalam penjara



JOSEPH SON


SACRAMENTO - Seorang pelakon yang muncul dalam filem Austin Powers, Joseph Son dalam kes pembunuhan seorang banduan sebiliknya di sebuah penjara di California, kata beberapa pegawai pemulihan banduan kelmarin.

Son yang berusia 40 tahun kini menjalani hukuman penjara seumur hidup kerana merogol secara beramai-ramai seorang wanita dalam kejadian yang berlaku pada 1990 lalu.

Aktor itu melakonkan watak salah seorang konco Dr. Evil yang bernama Random Task dalam filem Austin Powers: International Man of Mystery pada 1997.

Son turut berlakon dalam beberapa filem dan video lain pada tahun 1990-an.

Dia tiba di Penjara Negeri Wasco pada 16 September lalu untuk menjalani hukuman penjara itu.

Banduan yang mati itu merupakan seorang pelanggar parol yang menjalani hukuman penjara dua tahun kerana gagal mendaftar diri sebagai pesalah seks.

Dia ditemui mati pada Isnin lalu di dalam bilik penjara yang dikongsi bersama Son.

Jurucakap Jabatan Pemulihan dan Hukuman, Terry Thornton berkata, kematian itu dianggap sebagai satu pembunuhan. - AP

Kosmo! Online - Dunia:

'via Blog this'

Gambar bogel mayat Raja Pop didedahkan



GAMBAR bogel mayat Michael Jackson didedahkan dalam perbicaraan kes kematiannya di Mahkamah Tinggi Los Angeles kelmarin. - AFP


LOS ANGELES, Amerika Syarikat (AS) - Pihak pendakwa raya menunjukkan gambar mayat Raja Pop, Michael Jackson dalam keadaan bogel semasa perbicaraan doktor peribadi Jackson, Conrad Murray, memasuki minggu ketiga kelmarin.

Murray, didakwa kerana menyebabkan kematian Jackson dengan memberi dos berlebihan ubat bius kuat, propofol kepada penyanyi legenda tersebut.

Ketika perbicaraan berlangsung, gambar mayat Raja Pop dengan bahagian kemaluannya dihitamkan ditunjukkan di Mahkamah Tinggi Los Angeles di sini.

Terdapat beberapa kesan lubang halus di kedua-dua tangan dan kaki iaitu tempat ubat bius propofol dimasukkan ke dalam badannya menerusi tiub perubatan.

Ibu Jackson, Katherine yang turut hadir pada perbicaraan itu, dilihat bergegas keluar dari bilik mahkamah sebaik sahaja gambar mayat anaknya didedahkan, dipercayai kerana tidak sampai hati melihat anaknya dalam keadaan menyedihkan.

Semasa gambar tersebut ditunjukkan, pendakwa raya menyoal koroner, Dr. Christopher Rogers yang memeriksa mayat Raja Pop selepas kematiannya pada Jun 2009 berhubung kemungkinan Jackson sendiri menyuntik dos tambahan propofol ke dalam badannya.

"Pada pendapat saya, penggunaan sendiri ubat propofol tidak menyokong kematian Jackson," kata Rogers.

Menurutnya, kemungkinan yang berlaku adalah Murray terlebih memberikan ubat propofol kepada Jackson untuk membantu dia tidur.

Murray memberitahu polis dalam sesi soal siasat yang diperdengarkan di mahkamah pada minggu lalu bahawa dia beredar dari katil Jackson selama dua minit pada 25 Jun, 2009 untuk ke tandas.

Sekembalinya dari tandas, dia mendapati penyanyi itu sudah tidak bernafas.

Rogers bagaimanapun berkata, dalam jangka masa sesingkat itu, Jackson yang sudah dipengaruhi ubat bius tidak mungkin dapat menyuntik lebih banyak propofol melalui tiub yang dimasukkan di kakinya sehingga menyebabkan pernafasannya terhenti sebelum Murray kembali.

"Senario yang diceritakan Murray kurang munasabah," kata Rogers kepada mahkamah.

Menurutnya, dia sebaliknya percaya doktor peribadi itu tersilap memberikan dos propofol semasa cuba menidurkan Jackson.

Perbicaraan di Mahkamah Tinggi Los Angeles di sini dijangka berlangsung selama lima minggu sehingga akhir bulan ini.

Murray boleh dipenjarakan selama empat tahun sekiranya dia didapati bersalah kerana membunuh tanpa sengaja. - AFP

Kosmo! Online - Dunia:

'via Blog this'

Jalan bertukar menjadi sungai



SEBATANG jalan raya bertukar menjadi sungai di wilayah Nonthaburi, Thailand semalam. - Reuters


AYUTTHAYA - Thailand semalam mengumumkan satu pertiga daripada wilayahnya akan menjadi zon bencana ekoran banjir besar di negara ini.

Tindakan kerajaan itu bertujuan untuk meningkatkan operasi bantuan semasa banjir tersebut meragut 281 orang serta berjuta-juta rumah dan penduduk terjejas.

beberapa batang jalan raya di sini juga bertukar menjadi sungai manakala seorang penduduk, Pathumwan Choichuichai berkata, tiada siapa menyangka air banjir akan meningkat tinggi.

Beberapa hari lalu, banjir tersebut mengubah Ayutthaya menjadi zon bencana dengan beberapa daerah hanya boleh dihubungkan melalui bot.

Imej di bandar ini menyebabkan penduduk Bangkok bimbang ibu kota Thailand tersebut akan dilanda banjir.

Penduduk yang panik telah membeli semua barang makanan di pasar raya semalam termasuk air botol serta mi segera.

Beg-beg pasir juga disimpan di sekitar beberapa hotel mewah bagi persediaan menghadapi banjir.

- Agensi

Kosmo! Online - Dunia:

'via Blog this'

Iran didakwa rancang bunuh duta Arab Saudi ke AS



SEORANg jurugambar merakamkan bangunan Kedutaan Arab Saudi di Washington D.C kelmarin. - AFP


TEHERAN - Iran melahirkan rasa marah dan menafikan tohmahan Amerika Syarikat (AS) yang menuduhnya merancang plot pembunuhan duta Arab Saudi ke AS dan menegaskan Washington sengaja menimbulkan ketegangan antara Teheran dan Arab Saudi.

Pegawai-pegawai di Teheran menganggap dakwaan yang dibuat kelmarin oleh Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) dan Jabatan Keadilan AS adalah satu situasi yang direka-reka yang bermaksud untuk mengalih perhatian dunia.

Iran sebelum ini mendakwa Israel dengan sokongan AS bertanggungjawab ke atas pembunuhan sekurang-kurangnya dua ahli sains nuklear dalam tempoh dua tahun yang lalu.

Menurut penasihat akhbar Presiden Iran, Mahmoud Ahmadnejad, Ali Akbar Javanfekr, ia merupakan penipuan untuk mengalih perhatian masyarakat dunia daripada masalah dalaman yang dialami oleh AS sendiri.

Tambah beliau, kerajaan AS dan Agensi Perisikan Pusat (CIA) mempunyai banyak pengalaman dalam usaha mengalih perhatian dunia daripada mengetahui masalah dalaman di AS sendiri.

Duta Iran, Mohammad Khazaee mengirim sepucuk surat kepada pemimpin Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon dan Majlis Keselamatan PBB, mengutuk tuduhan yang cukup memalukan itu dan berkata ia adalah satu plot pemikiran yang cukup jahat.

Dia turut menuduh Israel dengan sokongan AS, menjadi dalang kepada pembunuhan saintis nuklear Iran.

AS kelmarin mendedahkan bahawa ia mematahkan satu komplot yang didalangi pemerintah Iran untuk membunuh duta Arab Saudi ke Washington.

Washington juga berjanji akan mengheret Teheran ke muka pengadilan.

Jabatan Kehakiman AS mendakwa dua lelaki kerana bersubahat dengan sayap pemerintah Iran untuk membunuh Duta Arab Saudi, Adel al-Jubeir di AS dalam satu serangan bom.

"Dakwaan itu menyatakan bahawa komplot ini didalangi, dibiayai dan diarahkan dari Iran serta bercanggah dengan undang-undang AS dan antarabangsa," kata Peguam Negara, Eric Holder.

Dakwaan jenayah dikenakan terhadap seorang warga AS yang memegang pasport Iran, Manssor Arbabsiar, 56, dan Gholam Shakuri yang merupakan anggota Pasukan Quds iaitu pasukan elit Tentera Pengawal Revolusi Iran.

Shakuri masih bebas dan dipercayai berada di Iran manakala Arbabsiar ditangkap pada 29 September 29 tahun lalu di Lapangan Terbang John F. Kennedy di New York. Dia dihadapkan di sebuah mahkamah di Manhattan kelmarin.

Peguamnya berkata, dia akan membuat pengakuan tidak bersalah sekiranya didakwa.

Komplot tersebut didedahkan oleh sumber berbayar AS yang menyamar sebagai anggota sebuah kartel dadah Mexico yang digeruni kerana melakukan banyak pembunuhan termasuk membunuh orang kenamaan.

Kedua-dua defendan percaya kartel berkenaan akan membekalkan bahan letupan untuk serangan terhadap Duta Arab Saudi itu.

Sementara itu, bekas ketua perisikan Arab Saudi, Putera Turki al-Faisal menyatakan bukti Iran mendalangi plot untuk membunuh duta tersebut adalah kukuh. - Agensi

Kosmo! Online - Dunia:

'via Blog this'

Jolie lawat Libya

ANGELINA JOLIE melawat seorang penduduk yang cedera di sebuah hospital di Misrata, Libya kelmarin.


MISRATA, Libya - Aktres dan Duta Muhibah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Angelina Jolie semalam memuji penglibatan luar biasa rakyat Libya dalam perjuangan revolusi di tanah air mereka.

Aktres berusia 36 tahun yang popular menerusi filem pecah panggung seperti Tomb Raider dan Mr. & Mrs. Smith itu melawat bandar ini selepas tiba di Libya kelmarin.

Sebahagian penduduk Libya yang menjadi pejuang menawan bandar ini selepas pertempuran sengit selama beberapa minggu dalam kemaraan mereka untuk menggulingkan pemerintah Libya, Muammar Gaddafi pada awal tahun ini.

Bercakap di lobi sebuah hotel di bandar ini, Jolie memuji pembabitan luar biasa orang awam dalam perjuangan dan pihak berkuasa peralihan yang berusaha untuk membentuk Libya menjadi sebuah negara yang baharu.

"Ramai pejuang prorevolusi sama ada anggota tentera mahupun orang awam mengalami kecederaan malah ramai yang turut kehilangan anggota badan tetapi mereka terus berjuang demi masa depan negara dan masa depan anak-anak mereka. Perjuangan mereka luar biasa dan amat menyentuh hati," kata Jolie.

Jolie kemudian menaiki sebuah kenderaan utiliti untuk meninggalkan hotel berkenaan dengan diiringi kumpulan pengawal bersenjata menuju ke ibu negara Libya, Tripoli.

Rejim Gaddafi tumbang pada Ogos lalu. Gaddafi kini bersembunyi selepas diburu oleh para pejuang yang menentang kepimpinannya sejak Februari lalu. - Agensi

Kosmo! Online - Dunia:

'via Blog this'