Pages

Sunday, August 11, 2013

Lima maut gunung berapi meletus di Indonesia

GUNUNG Rokatenda yang meletuskan asap dan debu panas setakat ini telah meragut lima nyawa di Nusa Tenggara semalam.


JAKARTA - Sebuah gunung berapi yang meletuskan debu panas dan batu di wilayah timur Indonesia semalam membunuh lima orang mangsa.
Gunung berapi Rokatenda yang terletak di wilayah Nusa Tenggara di Pulau Palue itu turut menyemburkan asap dan debu setinggi 2,000 meter ke udara.
Letusan dikatakan bermula pada pukul 4.27 pagi (waktu tempatan) dan berlanjutan selama hampir empat jam.
Agensi Mitigasi Kebangsaan Indonesia memberitahu, gunung berapi tersebut mengalirkan laharnya ke kawasan pantai berhampiran dan membunuh lima orang termasuk dua kanak-kanak.
Hampir 3,000 penduduk telah dipindahkan dari Pulau Palue yang dihuni oleh kira-kira 7,000 orang.
Gunung Rokatenda diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga sejak Oktober tahun lalu. Pihak berkuasa juga menghalang orang ramai daripada melakukan sebarang aktiviti dalam jarak tiga kilometer dari gunung tersebut.
"Kami telah menemui mayat mangsa dewasa dan masih mencari mayat dua kanak-kanak malang itu.
"Operasi mencari mangsa sukar kerana kawasan terlibat sangat panas," jelas agensi itu.
Ketua pusat vulkanologi, Surono menyatakan pihaknya tidak tahu apa yang dilakukan oleh mangsa di lokasi kejadian. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0811&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz2bca8z1YC 
Hakcipta terpelihara 

Bangunan 47 tingkat tiada lif

FotoMadrid: Sebuah bangunan setinggi 200 meter, InTempo, yang dibina di Benidorm, dianggap sebagai ‘wawasan masa depan’ dan menjadi simbol pemulihan Sepanyol daripada krisis kewangan.
Bangunan kediaman 47 tingkat itu juga dianggap sebagai menara apartmen paling tinggi di Eropah.
Tetapi, dengan hanya beberapa bulan sebelum ia dapat disiapkan, kontraktor menyedari mereka berdepan dengan masalah. Mereka terlupa membina lif.

Bangunan itu mulanya direka untuk ketinggian 20 tingkat saja. Bagaimanapun, pemajunya yang bercita-cita tinggi mengambil keputusan menggandakan ketinggiannya pertengahan jalan.

Lif yang ada hanya untuk 20 tingkat pertama sementara hanya terdapat tangga untuk menaiki tingkat lebih atas.

Menurut laporan akhbar tempatan, El Pais, tidak ada ruang lagi untuk menempatkan satu lagi lif.

Ia antara beberapa masalah yang dihadapi projek itu.

Menurut laporan itu, pekerja binaan yang tidak dibayar gaji selama empat bulan pada 2010 sebelum projek itu dihentikan, terpaksa naik dan turun tangga selama beberapa bulan kerana ketiadaan lif perkhidmatan.

Lif yang dipasang sehingga 23 tingkat pertama pula runtuh pada Julai 2011. - Agensi
sumber:hmetro