Pages

Tuesday, January 24, 2012

Di kurung 10 tahun dalam bilik mandi

Baraa Melhem disekap ayahnya selama 10 tahun di dalam
sebuah kamar mandi yang sangat sempit




Jabatan Polis kota Qalqilya, Tebing Barat, Palestin, membebaskan seorang gadis 21 tahun yang dikurung ayahnya di kamar mandi berukuran 1  x 1.5 meter selama 10 tahun, Sabtu (21/1/2012).

Ayah wanita bernama Baraa Melhem itu mengakui perbuatannya. Katanya dia mengunci puterinya itu sejak Baraa berusia 11 tahun. Sang ayah mengatakan, dia mengunci puterinya dengan alasan "perselisihan keluarga". Namun, dia tidak menjelaskan perselisihan seperti apa yang membuatnya mengurung puterinya.

Kepada petugas dinas sosial yang mengurusinya saat ini, gadis itu mengaku dikurung selama siang hari dan dikeluarkan dari kamar mandi pada pukul 01.00 hingga 04.00 dini hari untuk membersihkan rumah. Kepada Voice of Palestine, Baraa mengatakan, dia digunduli lalu alisnya dicukur oleh ayahnya. Dia hanya boleh mandi sebulan sekali.

Kepala dinas kesejahteraan sosial Qalqilya, Azat Maluach, mengatakan, sesaat setelah bebas dari penyekapan itu, Baraa meminta gula-gula. Gadis itu mengaku selama dikurung dia tidak pernah mendapat makanan manis dalam bentuk apa pun.

Baraa sangat takjub dan setengah tidak percaya ketika keluar dari rumah. "Benarkah itu matahari? Apakah itu matahari yang saya impikan? tanyanya kepada petugas.

Menurut Maluach, ketika polis membebaskannya, gadis itu tidak percaya. "Dia bilang kepada kami, dia tidak pernah melihat siang hari selama sembilan tahun," kata Maluach seperti dipetik Ynetnews, Minggu (22/1/2012).

Gadis itu juga terkejut melihat begitu banyak orang. "Apakah orang-orang itu yang saya dengar di radio?" tanyanya.

"Di dalam rumah itu terdapat dua kamar mandi dan dia dikurung di salah satunya. Di situ juga dia makan. Dia juga mencuci baju di situ. Satu-satunya kontak dia dengan dunia luar adalah radio yang ditinggalkan ayahnya," ungkap Maluach.

Radio itu juga menjadi satu-satunya hiburan baginya. Dari radio itu dia mengetahui bahawa dia berbintang Leo yang berarti dia memiliki kepribadian yang berapi-api.

"Begitu kami membebaskannya, dia langsung menangis dan minta bertemu dengan ibunya. Kami menghubungi ibunya, yang segera datang dan memeluk serta menenangkan dia (Baraa)," lanjut pejabat dinas sosial itu.

Kedua orangtuanya bercerai ketika dia berusia empat tahun. Hak asuh diberikan kepada ayahnya. Baraa tinggal bersama ayah dan ibu tirinya. Kerana ayahnya, disebut bernama Hassan Melhem, berkewarganegaraan Israel,  Polis  Palestin menyerahkannya ke pihak berwenang Israel. Dia akan diadili oleh pengadilan Israel pada Rabu (25/1/2012).

Selama dikurung, Baraan dipukul dan jarang diberi makan. Dia hanya diberi selembar selimut, sebuah radio, dan sebilah silet. Oleh ayah dan ibu tirinya, dia disuruh membunuh diri sendiri.

"Saya tidak membenci ayah. Namun, saya membenci yang dilakukannya kepada saya. Mengapa dia melakukannya? Saya tidak memahaminya," ujarnya. Menurut gadis itu, penyekapannya berawal ketika dia lari dari rumah ketika dia berumur 10 tahun. Polis  kemudian membawanya pulang. Saat itu ayahnya memaksa dia menandatangani pernyataan bahawa dia tidak mau kembali ke sekolah.

Kini Baraa tinggal dengan ibu kandungnya di Maysoun, sebuah permukiman Arab di Jerusalem. "Sekarang saya bahagia. Kehidupan saya baru bermula," ujarnya.
http://idahsalam.blogspot.com

BOIKOT JANGAN TAK BOIKOT!

Soalan dalam kubur

By Hajee Haramain
Salah satu dari 5 soalan yang akan ditanya oleh dua malaikat didalam kubur nanti..
Siapakah/apakah imam (ikutan atau panduan) kamu....?

Orang yang hidup didunia dahulu....yang menjadikan Al-Quran sebagai panduan serta ikutan akan mudah menjawab....“Al-Quran adalah ikutan ku”

Akan tetapi..
Orang yg sengaja tidak mahu mengikut ajaran dan panduan dalam Al-Quraan..
Orang yg sengaja tidak mahu ikut jalan yg lurus dalam Al-Quraan..
Orang yg sengaja tidak mengendahkan larangan Allah dalam Al-Quraan..
Orang yg sengaja menolak hukum tutup aurat dalam Al-Quraan..
Orang yg sengaja menolak hukum haram judi dalam Al-Quraan..
Orang yg sengaja menolak hukum hudud dalam Al-Quraan..
Orang yg sengaja mempermainkan hukum Al-Quraan..
Adalah berat dan payah untuk menjawab "Al_Quraan adalah imam (ikutan) ku"
dialam barzakh nanti...
Kerana yg menjawab adalah "amalan" kita....bukan lidah kita
Mudah mudahan kita tergolong dalam golongan orang yang mudah menjawab soalan kubur nanti...Insya Allah..

Jagalah solat 5 waktu

Hajee Haramain

Dalam apa keadaan pun..
 Dalam apa situasi pun..
 Dimanapun kita berada..
 Dibumi manapun kita berada..
Janganlah kita tinggalkan solat..
Janganlah kita ringankan solat..
 Jagalah solat 5 waktu..
Solatlah diawal waktu..
 Berjemaahlah dimesjid..disurau termampu..
 Solat itu wajib...
 Solat mendidik kita rasa rendah diri dgn Allah..
 Solat mendidik kita rasa syukur dgn Allah..
walaupun kita tidak memiliki harta..
 Solat mendidiki kita tidak sombong..
walaupun kita kaya..
 Solat mendidik kita benci pada kemungkaran.
. Solat mendidik kita kenal siapa diri kita.. 
Solat mendekatkan diri kita dgn Allah..
 "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat;
 dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk;
(Iaitu) mereka yang percaya dengan yaqin bahawa mereka akan menemui Tuhan mereka, 
dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya “ Surah Al-Baqarah Ayat 45-46

SAYIDINA USMAN IBNU AFFAN RA

Ummie Fatimah Ibrahim
Mari kita lihat pula kata-kata hikmah daripada khalifah ketiga, Sayidina Usman Ibnu Affan r.a.

Di antaranya:

1. Aku mendapat kemanisan ibadah dalam empat perkara:
a. Sewaktu menunaikan apa yang difardhukan Allah.
b. Meninggalkan apa-apa yang Allah haramkan.
c. Ketika menyeru kepada kebaikan.
d. Ketika mencegah kemungkaran dan menjaga diri daripada membuat perkara yang menyebabkan kemurkaan Allah.

2. Katanya lagi: Empat perkara yang pada zahirnya fadhilat dan pada batinnya wajib:
a. Bergaul dengan orang soleh itu fadhilat, mengikut amalan mereka itu wajib.
b. Membaca Al Quran itu fadhilat, beramal dengannya itu wajib.
c. Menziarahi kubur itu fadhilat, bersedia untuknya itu wajib.
d. Menziarahi orang sakit itu fadhilat, menunaikan wasiat itu wajib

3. Pesanannya:
Antara tanda-tanda ‘arifin(org yg kenal Allah subhanahu wa ta'ala) itu ialah:
a. Hatinya berserta takut dan harap.
b. Lidahnya bertahmid dan memuji Allah.
c. Matanya berserta malu melihat perkara yang dilarang dan banyak menangis.
d. Kehendaknya bersih dari cinta dunia dan bertujuan menuntut keredhaan Allah.

Sesungguhnya martabat golongan yg 'arif akan Allah merupakan suatu martabat yg tinggi. Ganjaran mereka adalah besar.

# Marilah kita sama menilai dan menghargai Allah Subhanahu wa Ta'ala sewajarnya. MengenaliNya dgn betul serta tahu jalan2 mendekatiNya, tahu apa yg Ia redhai dan apa yg Ia murkai. Disamping itu juga samalah kita membersihkan jiwa.

~Barakallah ~

PELIK TAPI BENAR: Buah rambutan berisi batu jernih

BALING - Pelik tapi benar. Itu yang berlaku kepada seorang penoreh getah dari Kampung Keda, Sadik di Kupang dekat sini apabila menemui buah rambutan yang berisi batu.

Saayah Ibrahim, 56, berkata, dia tidak menyangka menemui satu objek seperti seketul batu jernih selepas mengupas kulit rambutan ketika mahu menikmati buah itu semasa keluar menoreh di sebuah kebun di Kuala Pegang dekat sini baru-baru ini.

"Saya terkejut apabila mendapati isi rambutan yang hendak dimasukkan ke dalam mulut adalah seketul batu berwarna jernih," ceritanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Keda, Sadik, Kupang dekat sini kelmarin.Blog Sensasi: PELIK TAPI BENAR: Buah rambutan berisi batu jernih:

'via Blog this'

Kisah benar: Akibat dedah AURAT di facebook.......

kisah ini mengenai seorang hamba Allah. Beliau merupakan seorang wanita yang aktif berfacebook... dalam facebook nya mempunyai banyak koleksi gambar yg tidak menutup aurat...

selepas beliau meninggal dunia, ibunya sentiasa bermimpi beliau merayu kepada ibunya supaya delete gambar2nya yg tidak menutup auratnya di facebook... malangnya tiada siapa yang mengetahui password facebooknya...

jadi, kemungkinan besar, rohnya tidak tenang dengan dosa auratnya yang dibiar begitu saja menjadi tatapan umum....
dan ingatlah, azab untuk kita yg sengaja membiarkan aurat kita dilihat oleh lelaki bukan mahram ialah API NERAKA!

*Cerita ini menjadi iktibar dan pengajaran buat kita, supaya usahlah letak gambar di facebook, terutama sekali gambar kita yang tidak menutup aurat dengan sempurna.... kita tak tahu bila kita akan mati... jadi, tolonglah kalau anda sayangkan diri anda, deletelah gambar yang tidak sepatutnya....

Akhir kalam, moga roh beliau dicucuri rahmat Ilahi...ameen...al-fatihah!... via Ahmad Taqiyuddin

Amalan Untuk Selamat Dari Seksaan Kubur



Jkkk Fan Club

::: KAWAN2..PAGI NK JKKK NAK BERKONGSI SEDIKIT ::::

Amalan Untuk Selamat Dari Seksaan Kubur.

Dikisahkan bahawa sewaktu Fatimah r.a. meninggal dunia maka jenazahnya telah diusung oleh 4 orang, antara :

1. Ali bin Abi Talib (suami Fatimah r.a)

2. Hasan (anak Fatima r.a)

3. Husin (anak Faimah r.a)

4. Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a

Sewaktu jenazah Fatimah r.a diletakkan di tepi kubur maka Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a berkata kepada kubur, "Wahai kubur, tahukah kamu jenazah siapakah yg kami bawakan kepada kamu? Jenazah yg kami bawa ini adalah Siti Fatimah az- Zahra, anak Rasulullah S.A.W." Maka berkata kubur, "Aku bukannya tempat bagi mereka yg berdarjat atau orang yg bernasab, adapun aku adalah tempat amal soleh, orang yg banyak amalnya maka dia akan selamat dariku, tetapi kalau orang itu tidak beramal soleh maka dia tidak akan terlepas dari aku (akan aku layan dia dengan seburuk- buruknya)."

Abu Laits as-Samarqandi berkata kalau seseorang itu hendak selamat dari seksa kubur hendaklah melazimkan empat perkara semuanya :-

1. Hendaklah ia menjaga solatnya

2. Hendaklah dia rajin bersedekah

3. Hendaklah dia rajin membaca al-Quran

4. Hendaklah dia memperbanyakkan membaca tasbih kerana dengan memperbanyakkan membaca tasbih, ia akan dapat menyinari kubur dan melapangkannya.


Adapun empat perkara yang harus dijauhi ialah :

1. Jangan berdusta.

2. Jangan mengkhianat.

3. Jangan mengadu-domba (jangan suka mencucuk sana cucuk sini).

4. Jangan kencing sambil berdiri.

Rasulullah S.A.W bersabda yg bermaksud : "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan seksa kubur itu berpunca dari kencing." [Hadith Riwayat Muslim]

Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam seksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yg bapanya sangat dekat dengan Allah S.W.T

Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yg telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini. Jangan sekali-kali kita berfikir bahawa kita akan dapat menjawab setiap soalan yg dikemukakan oleh dua malaikat Mungkar dan Nakir dengan cara kita menghafal.

Pada hari ini kalau kita berkata kepada saudara kita yg jahil takutlah kamu kepada Allah dan takutlah kamu kepada soalan yg akan dikemukakan ke atas kamu oleh Malaikat Mungkar dan Nakir, maka mereka mungkin akan menjawab, "Ah mudah saja, aku boleh menghafal untuk menjawabnya."

Itu adalah kata-kata orang yg tidak berfikiran. Seseorang itu tidak akan dapat menjawab setiap soalan di alam kubur jikalau dia tidak mengamalkannya sebab yg akan menjawab ialah amalnya sendiri.

*Nak share silakan....jkkk alu2 kan..

Pokok pisang lemak manis bertandan empat



MOHD. SAPUAN dan isterinya menunjukkan pokok pisang lemak
manis (dalam bulatan) yang mengeluarkan empat tandan
 pisang di Taman Kandis Permai, Jalan Kebun, Klang semalam.

KLANG - Sepasang suami isteri di Taman Kandis Permai, Jalan Kebun di sini terkejut apabila mendapati sebatang pokok pisang lemak manis yang ditanam mereka di atas tanah bersebelahan rumah mengeluarkan empat tandan buah.
Mohd. Sapuan Kamsee, 57, dan isterinya, Asmaniah Tamjis, 51, menyedari kejadian pelik itu ketika membersihkan kawasan tersebut pada Disember tahun lalu.
Menurut Mohd. Sapuan, pada peringkat awal, pokok pisang tersebut hanya mengeluarkan dua tandan pisang namun beberapa hari kemudian, kedua-dua tandan itu bercabang dua dan kesemua empat tandan pisang itu mempunyai jantung masing-masing.
"Ini merupakan buah sulung pokok ini sejak ditanam awal tahun lalu tetapi sebelum ini, tiada pula tanda-tanda aneh akan mempunyai empat tandan," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini semalam.
Kosmo! Online - Negara:

'via Blog this'

Amah didiskriminasi di Chile




DUA penunjuk perasaan yang membantah diskriminasi terhadap amah menyertai tunjuk perasaan di Chicureo, Chile pada Sabtu lalu.



SANTIAGO, Chile - Sudahlah bergaji kecil dan dibebani waktu kerja yang panjang, nasib pembantu rumah di Amerika Selatan lebih malang apabila mereka turut didiskriminasi oleh majikan.
Di rantau berkenaan, pembantu rumah perlu memakai pakaian seragam dan menaiki bas pekerja untuk ke rumah majikan mereka.
Kegagalan berbuat demikian menyebabkan mereka tidak dibenarkan memasuki kediaman tempat mereka bekerja seperti yang pernah berlaku kepada seorang pembantu rumah di Chile, Felicita Pinto.
Amah warga tempatan berusia 57 tahun itu diusir selepas dia berjalan kaki ke rumah majikannya kerana kelewatan bas pekerja.
Pekerja domestik juga tidak dibenarkan berenang bersama majikan di kolam mandi atau di laut semasa perkelahan.
Di bandar Raya Mexico pula sebahagian restoran mewah melarang pembantu rumah daripada makan semeja dengan majikan mereka.
Malah, pihak pengurusan beberapa bangunan tinggi di kota metropolitan tersebut melarang amah daripada menggunakan lif orang awam.
Situasi itu menyebabkan golongan amah mengadakan tunjuk perasaan di Chicureo, Chile pada Sabtu lalu. - Agensi
Kosmo! Online - Dunia:

'via Blog this'

Penyokong Gaddafi lancar siri serangan




2012/01/24

BENGHAZI, Libya: Pasukan tentera yang setia kepada bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi, melancarkan siri serangan di beberapa bandaraya, membunuh tujuh pejuang yang membantu menggulingkan rejim terdahulu.

Keganasan itu meletus ketika pemimpin baru Libya bertungkus lumus cuba menghapuskan tentangan daripada pasukan tentera pro-Gaddafi dan menyatukan negara yang berpecah itu selepas lapan bulan perang saudara.
Serangan itu dilancarkan di Bani Walid, Tripoli dan Benghazi di mana kebangkitan menentang Gaddafi bermula hampir setahun lalu. Bagaimanapun, tidak jelas sama ada serangan berkenaan adalah terancang. - AP
Berita Harian Online | Penyokong Gaddafi lancar siri serangan:

'via Blog this'

Sekatan minyak: Iran, Barat menuju ambang perang?


WARTAWAN SINAR HARIAN
January 24, 2012
Minyak
Sekatan minyak

BRUSSELS - Iran meningkatkan kata dua terhadap Barat semalam selepas negara-negara Eropah mengenakan sekatan ke atas nadi ekonominya - minyak, sekali gus diramal akan membawa kepada implikasi politik dan ekonomi dunia dalam waktu terdekat.

Ekoran tindakan Eropah itu, Teheran mengugut ia akan menutup Selat Hormuz, yang digunakan sebagai laluan satu per lima bekalan minyak dunia, manakala pegawai-pegawai Amerika Syarikat (AS) memberi amaran bahawa Barat akan menggunakan kekuatannya untuk memastikan perairan itu kekal dibuka kepada laluan antarabangsa, lapor akhbar Guardian.

Keputusan sekatan minyak yang diputuskan oleh menteri-menteri luar Kesatuan Eropah (EU) secara dramatik meningkatkan ketegangan antara Iran dan Barat berhubung program nuklear kontroversi Iran, yang sudah berlarutan bertahun-tahun.

EU memutuskan bahawa tidak harus ada sebarang kontrak minyak antara anggota EU dan Iran, tetapi penyerahan bekalan dibenarkan sehingga Julai ini.

Malah, EU juga membekukan aset-aset bank pusat Iran dan mengharamkan transaksi emas, logam-logam berharga dan berlian.

Sementara sekatan ini berkuat kuasa hari ini, kesan sebenarnya dijangka hanya akan dirasai menjelang musim panas.

Pegawai kanan Iran menyifatkan perkembangan terbaru ini akan membawa kepada 'perang mulut' dengan dunia Barat.

"Sebarang bentuk gangguan berkenaan dengan penjualan minyak Iran, sudah pasti Selat Hormuz akan ditutup," demikian amaran Mohammad Kossari, timbalan ketua jawatankuasa parlimen berkenaan hal ehwal luar negara dan keselamatan negara.

Ivo Daalder, duta AS di Nato pula bertekad negaranya dan sekutu mereka akan melakukan apa sahaja untuk memastikan laluan itu terus dibuka kepada laluan perkapalan dan bisnes minyak antarabangsa.

"Selat Hormuz perlu kekal dibuka dan kita perlu pastikan ia kekal laluan antarabangsa," katanya kepada BBC.

"Kita akan melakukan apa yang perlu dilakukan bagi memastikan ia kekal dibuka jika wujud keadaan sedemikian (ditutup)," katanya lagi.

Sekatan minyak: Iran, Barat menuju ambang perang? - Bisnes - Sinar Harian:

'via Blog this'

Gempa bumi besar diramal gegar Tokyo waktu terdekat


WARTAWAN SINAR HARIAN
January 24, 2012
Bandaraya Tokyo

TOKYO - Jepun yang dilanda malapetaka berganda awal Mac lalu dijangka akan berhadapan dengan gempa bumi besar, di ibu negaranya Tokyo, dalam empat tahun lagi.

Laporan BBC memetik penyelidik-penyelidik dari Universiti Tokyo berkata, kajian pihaknya menunjukkan ada kebarangkalian 75 peratus gempa bumi pada skala tujuh akan melanda rantau itu.

Kerajaan Jepun berkata kemungkinan kejadian itu adalah 70 peratus dalam 30 tahun akan datang.

Amaran ini dikeluarkan tidak sampai setahun selepas wilayah timur laut Jepun dilanda gempa bumi dan tsunami, dan disusuli dengan krisis nuklear.

Kali terakhir Tokyo dilanda gempa bumi besar adalah pada 1923, pada skala 7.9 menyebabkan lebih 100,000 orang terbunuh, kebanyakannya akibat kebakaran.

Penyelidik-penyelidik di institut kajian gempa bumi di Universiti Tokyo itu membuat ramalan ini berdasarkan peningkatan kejadian gegaran di Tokyo susulan malapetaka berganda pada 11 Mac lalu.

Menurut mereka, berbanding dengan tahun-tahun yang normal, peningkatan gegaran yang dikesan di kawasan metropolitan Tokyo adalah lebih kali ganda.

Gempa bumi besar diramal gegar Tokyo waktu terdekat - Global - Sinar Harian:

'via Blog this'

Remaja hilang ikut teman lelaki


WARTAWAN SINAR HARIAN
January 24, 2012
Hilang

KULAIJAYA – Seorang ibu dari Kampung Melayu Sengkang, di sini merayu agar anak gadisnya pulang ke pangkuan keluarga selepas empat hari didapati hilang tanpa sebarang khabar berita.

Tukinah Mahmood, 49 berkata, anaknya, Nurul Shafiqa Abu Amin, 16, tidak pulang ke rumah sejak Jumaat lalu selepas dia dikatakan mahu bermalam di rumah rakan baik­nya di Taman Manis, Kelapa Sawit, di sini.
“Jumaat lalu dia pulang ke rumah seperti biasa selepas balik dari sekolah, tetapi kemu­dian kira-kira jam 2.30 petang, dia keluar menaiki bas sekolah yang sering dinaiki dan turun di Pekan Kulai.
“Sudah puas kami menghubungi telefon bimbitnya namun gagal, malah rakannya yang berada di Taman Manis memberitahu Shafiqa tiada di rumahnya,” katanya ketika ditemui Sinar Harian, semalam.
Tukinah berkata, salah seorang rakan Shafiqa yang tinggal berhampiran, menceritakan bahawa anak bongsunya itu ada memberitahu mahu lari dari rumah sambil mena­ngis teresak-esak pada hari kejadian, sebelum dia menghilangkan diri.
“Sebelum ini dia berkelakuan seperti biasa, malah tidak pernah merungut atau menceritakan sebarang masalah yang dihadapi,” katanya.
Katanya, akibat resah de­ngan kehilangan anaknya itu, dia dan suami bergegas ke rumah salah seorang buruh ladang warga Indonesia di kawasan berhampiran yang dikatakan mempunyai hubu­ngan dengan anaknya.
“Saya diberitahu, Shafiqa ada berkawan dengan buruh Indonesia bernama Mahsup yang bekerja di ladang berhampiran dan segera mencarinya di rumah buruh berkenaan.
“Namun setibanya di sana, kami dapati Mahsup sudah keluar dari rumah berkenaan dengan membawa semua pakaian dan telefon bimbitnya,” katanya.
Tukinah berkata, susulan kejadian itu beliau mengesyaki anaknya mungkin keluar dari rumah bersama lelaki berkenaan dan telah membuat laporan polis di Balai Polis Kulaijaya pada 21 Januari lalu.
Dia berharap orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai anaknya agar segera menghubunginya di talian 019-7364955.
Remaja hilang ikut teman lelaki - Jenayah - Sinar Harian:

'via Blog this'

Gempa kuat landa selatan Pulau Fiji



January 24, 2012

KUALA LUMPUR - Satu gempa bumi berukuran 6.4 pada skala Richter dikesan di kawasan selatan Pulau Fiji pada pukul 8.52 pagi tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan, berkata pusat gempa terletak 758 kilometer dari Suva, Fiji dan 7,318 km dari Tawau, Sabah.
Kejadian itu tidak membawa ancaman tsunami. - BERNAMA
Gempa kuat landa selatan Pulau Fiji - Global - Sinar Harian:

'via Blog this'

Misteri 90 ikan paus terdampar di New Zealand


WARTAWAN SINAR HARIAN
January 24, 2012
ikan paus

WELLINGTON - Sekumpulan 90 ekor paus spesies pilot didakwa terdampar di sebuah lokasi tumpuan pelancong di Golden Bay, Nelson di New Zealand, di kawasan sama di mana tujuh ekor haiwan mamalia itu ditemui mati di tepi pantai pada awal bulan ini.

Pengurus jabatan pemuliharaan serantau, John Mason berkata, kaki tangan jabatan tersebut dan sukarelawan berusaha untuk memastikan kesemua ikan paus itu dapat hidup sehingga air laut pasang bagi membolehkan ia terapung dengan sendiri.

Awal bulan ini, 25 ikan paus terdampar di tepi pantai itu dan 47 lagi dilaporkan mati di kawasan sama kira-kira dua bulan lalu.

Difahamkan, ikan paus pilot tersebut sering ditemui di perairan New Zealand dan insiden itu telah mencetuskan persoalan yang diang­gap misteri bagi penduduk setempat.

Misteri 90 ikan paus terdampar di New Zealand - Global - Sinar Harian:

'via Blog this'

EU kenakan embargo eksport minyak Iran


BRUSSELS 23 Jan. - Negara-negara anggota Kesatuan Eropah (EU) hari ini memperketatkan sekatan ke atas Iran, kali ini ditujukan kepada eksport minyak negara tersebut dalam usaha menyekat dana untuk kegiatan nuklear kontroversinya, lapor diplomat.

"EU mempersetujui satu perjanjian politik berhubung sekatan eksport minyak Iran," kata seorang diplomat yang enggan dikenali selepas satu pertemuan antara duta-duta 27 negara anggota blok tersebut di sini, hari ini.

Perjanjian itu diluluskan secara rasmi oleh Menteri-menteri Luar EU dalam pertemuan sehari mereka hari ini.

Kata sepakat tersebut yang dicapai selepas perbincangan selama berminggu-minggu, serta-merta melarang pengimportan minyak mentah Iran dan pemberhentian kontrak sedia ada secara perlahan-lahan yang bertarikh mulai hari ini hingga 1 Julai ini.

Kebergantungan Greece terhadap minyak Iran menyebabkan sekatan tersebut tergendala sebelum ini kerana ia mengimport satu pertiga minyak daripada negara Asia Barat tersebut, selain turut mempunyai masalah dari segi kewangan dengan Teheran.

Greece pernah memohon tempoh peralihan sehingga setahun atau lebih dan perbincangan intensif telah dijalankan selama berminggu-minggu bagi mencari sumber alternatif minyak serta menyelesaikan isu tersebut.

Iran mengeksport kira-kira 20 peratus minyak mentahnya kepada negara-negara EU dengan Greece, Sepanyol dan Itali sebagai pembeli utama.

Selain sekatan itu, duta-duta EU turut bersetuju mengenakan sekatan ke atas bank pusat Iran dan larangan perdagangan terhadap produk petrokimia, emas, logam berharga, berlian, wang kertas serta duit syiling. - AFP

Utusan Malaysia Online - Luar Negara:

'via Blog this'

ICC nafi Saif al-Islam dibicarakan di Libya


24/01/2012 1:46am

THE HAGUE 24 Jan. - Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) semalam menafikan bersetuju untuk mengadakan perbicaraan Saif al-Islam di Libya.

“ICC tidak membuat sebarang keputusan mengenai perbicaraan Saif,” kata jurucakap ICC, Fadi el-Abdallah.

Penafian ICC dibuat susulan dakwaan Menteri Kehakiman Libya, Ali H'mida Ashur yang mengatakan bahawa anak Muammar Gaddafi itu akan dibicarakan di Libya.

Saif dihadapkan ke ICC atas kesalahan jenayah kemanusiaan kerana menggunakan kekerasan terhadap penunjuk perasaan prodemokrasi di Libya. - AFP

Utusan Malaysia Online - Terkini:

'via Blog this'

Empat maut dalam pertempuran di Bani Walid


24/01/2012 1:47am

TRIPOLI 24 Jan. - Penyokong-penyokong bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi dan kumpulan militia yang setia kepada Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) dilaporkan bertempur di bandar Bani Walid, kira-kira 200 kilometer di tenggara Tripoli, semalam.

Menurut saksi, sekurang-kurangnya empat terbunuh manakala 20 lagi cedera dalam pertempuran melibatkan penggunaan senjata berat.

Keganasan itu tercetus susulan penangkapan beberapa penyokong setia Gaddafi oleh militia berkenaan.

Bani Walid merupakan kubu kuat bagi rejim tentera Gaddafi semasa perang saudara yang berlaku selama sembilan bulan. - REUTERS

Utusan Malaysia Online - Terkini:

'via Blog this'

Palestin minta Israel bebaskan 24 penggubal


TEL AVIV 23 Jan. - Pihak berkuasa Palestin menggesa Israel membebaskan 24 penggubal undang-undangnya termasuk Speaker Parlimen, Aziz Dweik (gambar) yang ditahan minggu lepas, lapor akhbar Jerusalem Post semalam.

Menurut akhbar tersebut, ketua perunding Palestin, Saeb Erekat telah pun menyerahkan senarai nama tahanan terlibat kepada utusan Israel, Yitzhak Molcho di ibu negara Jordan, Amman, kelmarin.

Kebanyakan penggubal undang-undang yang ditahan di penjara Israel merupakan pemimpin dari parti Hamas.

Erekat baru-baru ini menyatakan, Israel sengaja menahan Dweik sebagai cubaan menggagalkan usaha damai antara Fatah dan Hamas.

Rejim Yahudi itu enggan mendedahkan sebarang maklumat tentang rundingan mereka, pertemuan yang keempat tahun ini dengan Palestin selepas rundingan secara terus terhenti selama 15 tahun.

Satu lagi pertemuan akan berlangsung Khamis ini.

Amerika Syarikat (AS), Rusia, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Kesatuan Eropah (EU) menetapkan Khamis ini sebagai tarikh akhir bagi Palestin dan Israel untuk mengemukakan usul tentang isu keselamatan dan perkongsian sempadan.

Jurucakap Presiden Palestin Mahmoud Abbas berkata, pihaknya mungkin dipaksa membuat keputusan sekiranya pertemuan minggu ini masih tidak mencapai perkembangan.

Dweik ditahan di pondok kawalan tentera Israel ketika beliau dalam perjalanan ke Hebron di selatan Tebing Barat pada 19 Januari lalu.

Beliau merupakan anggota kanan pergerakan Hamas yang berpangkalan di Tebing Barat, lapor agensi berita Xinhua. - DPA

Utusan Malaysia Online - Luar Negara:

'via Blog this'

Balas kebiadaban tentera AS



Gambar yang dipetik dari video YouTube yang tidak bertarikh, menunjukkan askar Marin AS kencing ke atas mayat militan Taliban di Afghanistan. – REUTERS


KABUL 23 Jan. – Seorang tentera Afghanistan yang menembak mati empat tentera Perancis berkata, dia melakukan serangan itu selepas berang menonton rakaman video yang menunjukkan empat anggota Marin Amerika Syarikat (AS) mengencing mayat pemberontak Taliban.

Serangan ke atas tentera Perancis yang tidak bersenjata itu pada Jumaat lalu, berlaku di pangkalan timur Afghanistan dan turut menyebabkan 15 lagi tentera cedera dengan lapan daripadanya parah.

Insiden itu turut menyebabkan Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy mengancam menarik keluar tenteranya di negara ini dan menghantar Menteri Pertahanan, Gerard Longuet ke Kabul.

Seorang tentera Afghanistan, Abdul Mansour, 21, telah ditahan dan disoal siasat ekoran insiden serangan itu.

“Ketika siasatan awal oleh tentera Perancis, dia memberitahu melakukan serangan itu kerana berang dengan tindakan anggota Marin AS itu,” kata seorang pegawai tentera Afghanistan kepada AFP.

Kenyataan itu sekali gus menyokong sumber perisikan daripada Kementerian Pertahanan Afghanistan yang enggan dikenali yang menyatakan, Abdul tidak mempunyai hubungan dengan Taliban.

Menurut sumber itu, Abdul turut merujuk kepada satu lagi rakaman video yang menunjukkan tentera Britain mencabul kanak-kanak Afghanistan.

Kurang seminggu selepas tersebarnya video anggota Marin AS itu, polis tentera Britain telah menahan dua anggota tenteranya kerana dituduh mencabul seorang kanak-kanak lelaki dan perempuan, kedua-duanya berusia 10 tahun, dan merakam kejadian itu.

Seorang jurucakap di kedutaan Britain di Kabul berkata, siasatan sedang dijalankan berhubung tuduhan pencabulan itu tetapi enggan mengulas mengenai komen tentera Afghanistan itu. – AFP

Utusan Malaysia Online - Luar Negara:

'via Blog this'

Perancis mahu lukisan 32,000 tahun jadi warisan



GAMBAR fail menunjukkan beberapa lukisan yang berusia di antara 30,000 hingga 32,000 tahun lalu di Gua Chauvet, selatan Perancis.


CHAUVET - Pemerintah Perancis menyarankan supaya sebuah gua di negara berkenaan dijadikan tapak warisan utama dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan PBB (UNESCO).

Gua Chauvet yang terletak di sini, selatan Perancis memiliki pelbagai lukisan gua yang diiktiraf tertua di dunia.

Lukisan di gua berkenaan yang kebanyakannya bermotifkan binatang seperti kuda dipercayai berusia antara 30,000-32,000 tahun dahulu. - AFP

Kosmo! Online - Dunia:

'via Blog this'