Antara tujuh lukisan terkenal yang dilaporkan dicuri dari muzium di Rotterdam, kelmarin.Foto: AP
Antara tujuh lukisan terkenal yang dilaporkan dicuri dari muzium di Rotterdam, kelmarin.Foto: AP
ROTTERDAM - Lukisan pelukis terkenal seperti  Pablo Picasso, Vincent van Gogh, Andy Warhol dan Claude Monet dilaporkan hilang dari ruang  pameran di muzium Belanda Selasa lalu dan ruang pameran kini ditutup dari kunjungan orang ramai.
Menurut jurucakap, Mariette Maaskant, tujuh karya nilai yang besar hilang dalam rompakan muzium.
“Siasatan awal menunjukkan pencuri yang terlibat telah lama bersedia untuk melakukan rompakan," kata polis dalam satu kenyataan.
Setakat ini, polis telah mengambil keterangan daripada saksi dan penyiasat turut melihat rakaman dari kemera keselamatan.
Lukisan termasuk Pablo Picasso "TĂȘte d'Arlequin"; Henri Matisse "La Liseuse en Blanc et Jaune"; dan Claude Monet "Waterloo Bridge, London" dan "Charing Cross Bridge, London," antara yang dicuri dalam rompakan berkenaan.
Tiga lukisan lain ialah Paul Gauguin "femme devant une fenĂȘtre ouverte, dite la Fiancee," "Autoportrait" Meyer de Haan dan Lucian Freud "Woman with Eyes Closed”.
Sistem penggera muzium berbunyi pada jam 3 pagi waktu tempatan dan sejurus polis tiba, lukisan yang dipamerkan telah hilang.

Menurut sumber, lukisan yang ditayangkan merupakan pertunjukan kali pertama kepada orang awam.