Pages

Sunday, April 4, 2010

Benjamin Fulford : Wartawan Paling Berani




Wartawan paling berani itu ialah Benjamin Fulford yang pernah bertugas sebagai penganalisis laporan ekonomi bagi Majalah FORBES. Selama 7 tahun beliau berkhidmat dengan FORBES, akhirnya beliau memilih untuk berhenti kerja pada 2005.
Saya mengatakan Fulford lebih berani kerana berdasarkan dua interview yang dilakukannya sebelum ini. Menemuduga orang bukanlah suatu masalah, tetapi orang yang ditemuduganya adalah bapa segala konspirasi Yahudi dalam dunia ini iaitu David Rockefeller.
Apa yang membuatkan ramai orang terkejut ialah Fulford berani menanyakan tentang hal ehwal IlluminatiSecret Governement dan perancangan rahsia orang-orang tertentu untuk menguasai dunia.
Perjumpaan Dengan Heizo Takenaka
Sebelum berjumpa dengan David Rockefeller, beliau pada mulanya menemuramah bekas menteri kewangan Jepun yang juga ahli Trilateral Commission iaitu Heizo Takenaka. Dalam temuramah itu, Fulford menanyakan beberapa “killer question” yang membuatkan Heizo terkejut dan agak marah. Soalan yang ditanya juga tidak dijawab oleh Heizo dengan sempurna.
Antara soalan Fulford kepada Heizo ialah;
“Mengapa anda (Heizo) menjual keseluruhan sistem kewangan Jepun kepada keluarga Rothschild dan Rockefeller?”
Akibatnya, beberapa bulan selepas perjumpaan itu, beberapa perisik Jepun telah berjumpa Fulford dan mengugutnya sama ada berhenti menemuramah atau anda akan dibunuh. Beliau juga ditawarkan menjadi anggota freemason Jepun.
Namun Fulford tidak menghiraukan semua itu.
Perjumpaan Dengan David Rockefeller
Pada 14 November 2007, wartawan Kanada ini meneruskan agenda penyelidikan dengan menemuramah orang yang ‘sepatutnya’ tetapi ‘tidak sepatutnya’ ditemuramah. Fulford telah berjaya membuat temujanji dan berjaya menemuramah David Rockefeller di Tokyo, Jepun. (Kehadiran David Rockefeller yang kerap ke Jepun juga diragui).
Dalam temuramah itu, Fulford membuatkan jantung saudara seketurunan Dajjalitu hampir tersentak. Fulford menanyakan soalan-soalan berkaitan Illuminati,New World Order dan yang berkaitan.
Semasa mendengar soalan dari Fulford, David Rockefeller kelihatan agak terkejut dan beberapa kali memandang pengawal peribadinya yang berdiri di sebelahnya. Fulford juga kelihatan agak ketakutan untuk bertanya tetapi ia tetap teruskan.
Fulford juga memberitahu dalam ulasannya, apabila ditanya soalan berkenaan Ron Paul, riak wajah David Rockefeller kelihatan berubah dan mengambil masa yang lama untuk memberikan jawapan.
Beberapa “direct question” juga ditanya oleh Fulford kepada Rockefeller iaitu berkenaan sama ada ia terlibat dengan pelbagai konspirasi di seluruh dunia. Rockefeller menafikannya sama sekali. (mana mungkin Rockefeller mahu mengaku).
Kesimpulan
Kita sebagai peminat dan penyelidik konspirasi Yahudi mengharapkan orang-orang seperti Benjamin Fulford ini boleh membawa pembaharuan dalam mendedahkan maklumat-maklumat konspirasi terkini.
Wadah baru Fulford ini telah memberi satu suntikan baru dalam duniaConspiracy Theorists di mana perbincangan tidak lagi tertumpu kepada sejarah-sejarah tetapi lebih kepada menyelidik jangkaan perancangan-perancangan masa depan Illuminati.
Kita berharap juga umurnya panjang walaupun ugutan-ugutan bunuh telah pun diterimanya sepanjang penglibatannya dalam penyelidikan konspirasi.
Laman web Benjamin Fulford (http://benjaminfulford.com)

No comments: