Pages

Saturday, December 19, 2015

Kudung bukan penghalang cari rezeki


Kudung bukan penghalang cari rezeki
Lelaki berkenaan melukis menggunakan kakinya yang telah menarik minat ramai orang ramai.

CHONGQING - CHINA. Walaupun kehilangan kedua belah tangan, namun ia bukan penghalang seorang lelaki mencari rezeki sendiri dengan melukis menggunakan kaki.
Lelaki yang berusia 24 tahun yang namanya tidak didedahkan kehilangan kedua belah tangannya sejak dilahirkan namun dia tidak pernah berputus asa untuk mencari rezeki tanpa mengharapkan belas kasihan orang ramai.
Lelaki berkenaan dilihat melukis menggunakan kakinya di jalan di Chongqing yang telah menarik minat ramai orang untuk melihat kebolehannya itu.
Memetik China News, lelaki berkenaan mengambil masa lebih empat tahun untuk mempelajari teknik melukis menggunakan kaki yang kini menjadi sumber pendapatannya
.

Jalani pembedahan sambil main saksafon


Carlos Aguilera menjalani pembedahan sambil meniup saksafon

MALAGA - SEPANYOL. Seorang lelaki yang juga seorang pemuzik menjalani pembedahan membuang ketumbuhan pada otaknya sambil meniup alat muzik saksafon.
Carlos Aguilera, 27, memainkan beberapa muzik jazz seperti "Misty" ketika menjalani pembedahan yang mengambil masa kira-kira 12 jam.
Seramai 16 pakar pembedahan yang terlibat dalam pembedahan itu membiarkan lelaki berkenaan menjalani pembedahan dalam keadaan sedar untuk memastikan fungsi otaknya tidak terjejas terutamanya berkaitan percakapan, pendengaran dan pergerakan.
Jurucakap Hospital Wilayah Malaga berkata, teknik pembedahan ini merupakan kali pertama pernah dilakukan di Eropah
.

Jumpa ketulan emas bernilai AS$3.7 juta



SATU ketulan emas seberat 10.7 kilogram bernilai AS$3.7 juta. - AGENSI


SYDNEY, Australia – Satu ketulan emas seberat 10.7 kilogram bernilai AS$3.7 juta (RM15.8 juta) ditemui semula selepas tersimpan di dalam sebuah kotak wiket untuk menyimpan permainan kriket selama bertahun-tahun.
Ketua Menteri New South Wales, Mike Baird mendedahkan bagaimana turutan kejadian pelik yang menyebabkan ketulan emas sebesar buku roti yang diamanahkan kepada Perbendaharaan New South Wales itu ‘tersorok’ di depan mata.
“Seseorang secara teliti menyimpan emas itu dalam sebuah kotak. Masalahnya, mereka lupa untuk memberitahu sesiapa dan kotak itu menjadi peralatan untuk menyimpan alatan sukan kriket amatur,” jelas Baird.
Emas itu ditemui selepas seorang kakitangan jabatan berkenaan membuat keputusan untuk membuka kotak tersebut dan terperanjat apabila menemui ketulan emas yang digali di bandar Maitland pada 1887 itu.
Baird telah meminjamkan ketulan emas itu kepada Muzium Australia di Sydney Selasa lalu untuk pameran selama empat hari di samping mengarahkan jabatan perbendaharaan tersebut membuka semua kotak dalam simpanan mereka.
Ketulan emas itu pada asalnya dibeli Jabatan Perlombongan New South Wales pada tahun ia ditemui dan disimpan untuk memperingati kemuncak kegemilangan perlombongan emas abad ke-19. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1219&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz3uiIW09DN 
Hakcipta terpelihara 

Lelaki cipta katil kalis gempa bumi


Katil kalis gempa bumi yang dilengkapi bekalan makanan dan air
Katil kalis gempa bumi yang dilengkapi bekalan makanan dan air dipercayai dapat mengurangkan jumlah kematian setiap kali bencana itu berlaku. AGENSI
BEIJING 18 Dis. – Seorang pereka cipta China merancang untuk membangunkan katil kalis gempa bumi yang dipercayai dapat memberi penyelesaian mengurangkan jumlah kematian setiap kali bencana itu berlaku.
Katil yang diperbuat daripada logam itu direka Wang Wenxi selepas dua kejadian bencana sama yang meragut kira-kira 87,000 nyawa di Wenchuan pada 2008, manakala hampir 2,700 orang maut dalam gempa di Yushu pada 2010.
Meskipun Wenxi telah mendapatkan paten bagi pembangunan katil itu pada 2010, namun dia hanya mendedahkan video konsep terbaharu kelengkapan berkenaan di laman perkongsian YouTube, baru-baru ini.
Akhbar The Telegraph melapor­kan, katil itu mampu bertindak balas terhadap gegaran dengan melindungi individu yang berada di atas tilam ke dalam ruang bawah katil, sekali gus menjadikannya seperti sebuah kotak besi mini.
Individu yang berada di dalam kotak besi itu hanya perlu menunggu di dalam struktur yang dianggap seperti sebuah bilik panik kecil tersebut sehingga bantuan tiba.
Bagaimanapun, mereka yang berada di dalam ruang kecil itu tidak perlu risau kerana katil kalis gempa tersebut turut dilengkapi dengan ruang penyimpanan air, makanan dalam tin, dan beberapa keperluan lain.
Namun, video itu tidak menunjukkan bagaimana individu yang berada di dalam kotak tersebut dapat keluar sekiranya kelengkapan berkenaan dihempap serpihan konkrit besar.
Bercakap kepada media pada 2010, Wenxi berkata, gempa bumi di Wenchuan dan Yushu mengakibatkan kemusnahan besar di China dan kejadian itu mendatangkan idea kepadanya.
“Oleh itu, saya berfikir tentang sesuatu perkara yang boleh saya lakukan dengan mencipta sesuatu yang dapat mengurangkan kematian,’’ katanya.
Jelas pereka itu, katil tersebut sesuai untuk kegunaan di rumah banglo dan pangsapuri yang diperbuat daripada batu bata dan kon­krit.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/lelaki-cipta-katil-kalis-gempa-bumi-1.170506#sthash.6XdeKhEn.dpuf