Pages

Sunday, August 10, 2014

Keadaan bumi sebelum Dajjal muncul di akhir zaman


http://detikislam.blogspot.com | .
Manusia menghadapi ujian yang sangat berat sebelum kedatangan Dajjal. Langit tidak menurunkan hujan dan bumi menjadi kering kontang sehingga tanaman tidak dapat tumbuh.

Dalam Sunan Ibn Majah, Shahih Ibn Khuzaimah dan Mustadrak al-Hakim diriwayatkan dari Abu Umamah bahawa Rasulullah SAW bersabda:

"Sesungguhnya menjelang kemunculan Dajjal ada tiga tahun yang sangat berat. Pada tahun-tahun tersebut, manusia dilanda bencana kelaparan. Pada tahun pertama, Allah memerintahkan langit untuk tidak menurunkan pertiga hujannya, dan memerintahkan bumi untuk tidak menumbuhkan pertiga tumbuhannya.

"Pada tahun kedua, Allah memerintahkan langit untuk tidak menurunkan dua pertiga hujannya, dan memerintahkan bumi untuk tidak menumbuhkan dua pertiga tumbuhannya. Pada tahun ketiga, Allah memerintahkan langit untuk tidak menurunkan semua hujannya, sehingga tidak ada setitik pun air hujan, dan Allah memerintahkan bumi untuk tidak menumbuhkan semua tumbuhannya, sehingga tumbuhan hijau tidak berkembang.

"Akibatnya, haiwan-haiwan ternakan semuanya binasa dan mati kecuali yang dikehendaki hidup oleh Allah."

Beliau ditanya, "Apa yang membuat manusia hidup pada zaman itu?"

Jawab beliau, "Tahlil, takbir, tahmid. Itu semua mencukupi untuk mereka seperti adanya makanan." [Sumber: Ensiklopedia Kiamat / Karya: Dr Umar Sulayman al-Asykar / Penerbit: Serambi]

* Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber islampos.com | Sebelum Dajjal Muncul di Akhir Zaman, Akan Ada Bencana Kekeringan dan Kelaparan

Wajah si cilik tak bertulang


Penyakit dikenali sebagai sindrom Apert menyebabkan Kira Yates juga tidak mempunyai tangan serta kaki yang berbentuk normal, namun kini kanak-kanak itu mempunyai harapan untuk kelihatan seperti rakan sebayanya biarpun terpaksa melalui pelbagai pembedahan rumit serta menyakitkan untuk membina semula tulang-tulang wajah serta badannya. 
Sebelum berusia setahun, Kira, yang berasal dari Doncaster melalui pembedahan untuk memperbaiki bentuk mukanya, malah pernah mempunyai 27 temu janji dengan doktor dalam hanya sebulan. 

Sejak itu dia menjalani pelbagai prosedur lain termasuk pembedahan 14 jam yang melihat tengkoraknya dipecah-pecahkan sebelum dibentuk semula selain kepingan besi dimuatkan pada mukanya untuk membentuk struktur wajah.
Foto
KIRA terpaksa melalui pembedahan rumit untuk membentuk semula tulang wajah serta tengkoraknya.
Foto
KIRA terpaksa melalui pembedahan rumit untuk membentuk semula tulang wajah serta tengkoraknya.
Foto
KIRA terpaksa melalui pembedahan rumit untuk membentuk semula tulang wajah serta tengkoraknya.

Dia turut dimuatkan batang besi pada tengkuknya untuk menyokong struktur badannya.

Sindrom Apert yang berpunca daripada kecacatan kromosom mengakibatkan tulang tengkorak bercantum terlalu cepat sehingga menghalang pembentukan normal kepala dan wajah. 

Kanak-kanak yang mengalami Apert mempunyai mata yang nampak tersembul, namun ‘jatuh’ pada alisnya selain bermasalah gigi disebabkan tulang rahang yang tidak sempurna serta jari tangan dan kaki melekat seperti kaki itik. 

Sementara itu, ibunya, Michelle, 47, mengakui keadaan dihadapi sukar, malah dia sekeluarga terkejut ketika Kira dilahirkan. 

“Sebaik dia dilahirkan, dia terus dibalut dan diambil daripada saya. Doktor tidak tahu apa yang dihidapinya dan pakar terpaksa dipanggil untuk mendiagnos keadaannya. 

“Dia terpaksa disusun semula seperti permainan susun suai gambar. 

“Saya tidak pernah mengeluh kerana menganggap Kira cekal dan ‘ajaib.’ Doktor juga terkejut kerana dia menunjukkan tindak balas positif terhadap setiap rawatan,” katanya. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/10

Cuping telinga terbesar di dunia

Kala Kaiwi yang juga pakar tatu mempunyai cuping telinga dengan diameter lubang sebesar 4.3 inci selain badannya turut dipenuhi pelbagai tatu serta ‘hiasan’ lain. 
Kaiwi baru pulang dari Milan, Itali di mana dia menerima anugerah berkenaan dan ramai juga tertanya-tanya sama ada dia bermasalah melalui sistem keselamatan di lapangan terbang disebabkan pelbagai besi yang turut menembusi wajah serta tubuhnya.

Selain cuping telinga, Kaiwi turut mempunyai tanduk silikon ditanam di kepalanya, subang gergasi pada kedua-dua belah hidungnya, ketulan besi di seluruh wajahnya selain bulu kening ditatu.
Foto
KAIWI

Foto

Malah, dia turut membelah lidahnya menggunakan flos gigi dan ‘sesungut’ besi yang tajam di atas dahinya.

Kaiwi mendapat latihan di Las Vegas pada 1999 sebelum pulang ke Hawaii dan membuka kedainya, Sin City Body Modification and Tattoo shop.

Perbuatan membesarkan lubang cuping telinga semakin popular sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Amalan yang sebelum ini banyak dilihat dalam kalangan masyarakat orang asli dan mengikut sejarah, ia juga pernah dilakukan firaun terkenal Mesir Tutankhamen.

Namun, pada zaman ini kita lebih berkemungkinan melihat orang kebanyakan di Barat mengamalkan perbuatan ini berbanding golongan diraja.

Ia mula menjadi fesyen tersendiri selepas dilihat pada Otzi the Ice Man yang dipercayai berasal dari 3300 sebelum masihi dan mumia paling tua ditemui pada 1991 di pergunungan Alps.- Agensi
Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/10