Pages

Monday, November 8, 2010

7 Perkara Ajaib Yang Kita Terlepas Pandang :)

Tatkala membaca tajuk di atas, Pasti kita terbayang binaan silam yang menjadi keajaiban dunia. Tetapi maaf, bukan itu maksud saya. YA SAYA SEDANG BERCAKAP TENTANG KEAJAIBAN DI SEKELILING KAMU. Yang mungkin kita terlepas pandang. InsyaAllah menjadi Peringatan buat kita semua. Apakah keajaiban itu?



1) MEREKA YANG MELIHAT KEKUASAAN ALLAH SWT, TETAPI ANGKUH MELAKUKAN MAKSIAT

“…Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir.”[an-Nahl, 16:69]






2) MEREKA MEMAKAI TUDUNG, TETAPI SEOLAH OLAH TERLANJANG

“Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur)”(7:26).




3) MEREKA MENGAKU UMAT NABI MUHAMMAD SAW, TETAPI TIDAK BERSELAWAT KEPADANYA


Sayidatina Aisyah r.ha sedang menjahit pada suatu dinihari. Tiba-tiba jarumnya terjatuh ke lantai. Tidak sempat dia hendak mengambil semula jarum itu, api pelita yang sedang menerangi terpadam ditiup angin. Dalam keadaan yang gelap dapatkah Sayidatina Aisyah mengambil jarum yang jatuh?

Dapat iaitu tidak lama kemudian sebaik sahaja Nabi s.a.w melangkah masuk, cahaya dari tubuh Nabi s.a.w menerangi ruang yang gelap itu. Sayidatina Aisyah merasa kagum dengan kebesaran Allah s.w.t. yang memberikan kemuliaan dan kelebihan yang sangat luar biasa kepada baginda.

"Subhanallah! Adakah di kalangan umatmu orang yang tidak dapat melihat cahayamu ini wahai Rasulullah?" tanya Sayidatina Aisyah r.ha.

"Ada" jawab Nabi s.a.w. "Iaitu mereka yang apabila namaku disebut dia tidak mahu berselawat kepadaku."

Sabda Nabi s.a.w. bermaksud : " "Hinalah hidung orang yang ketika disebutkan namaku tidak membaca selawat kepadaku. "

Dalam hadis yang lain Nabi s.a.w bersabda maksudnya : "Orang yang bakhil ialah yang disebut namaku kepadanya lalu ia tidak mahu berselawat kepadaku. "



4) MEREKA YANG MEMENUHKAN TABUNG-TABUNG AMAL, TETAPI DENGAN RASA RIAK

"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil).Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu?Baginda menjawab: Riak."(Hadis riwayat Imam Ahmad dan Baihaqi)









5) MEREKA YANG MEMPERTAHANKAN AGAMANYA TETAPI MEMBIARKAN SAUDARANYA MATI KEBULURAN

Rasulullah pernah bersabda,Tak sempurna iman seseorang jika dia tak mengasihi saudaranya sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri atau melebihi daripada mengasihi dirinya sendiri.



6) MEREKA YANG DITIMPA UJIAN SEBAGAI (PENGHAPUSAN DOSA) TETAPI BERSANGKA BURUK KEPADA TUHAN
“Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, pada hal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad di antara kamu dan belum nyata orang-orang yang bersabar.”

Firman Allah dalam Surah Az Zumar;10 yang maksudnya:
 “Sesungguhnya diberi ganjaran orang sabar dengan pahala tanpa hisab.”




7) TETAPI LEBIH AJAIB JIKA MEREKA MENGETAHUI (ILMU) TETAPI TIDAK BERPESAN-PESAN KE ARAH KEBAIKAN

Dari Abu Umamah al-Baahili radhiyallahu ‘anhu bahwa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Sesungguhnya Allah dan para Malaikat, serta semua makhluk di langit dan di bumi, sampai semut dalam lubangnya dan ikan (di lautan), benar-benar bershalawat/mendoakan kebaikan bagi orang yang mengajarkan kebaikan (ilmu agama) kepada manusia”


Apakah kita termasuk dalam golongan ''ajaib'' ini? WALLAHUALAM. :-)

5 Sinaran cahaya untuk 5 alam kegelapan

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs446.snc3/25603_387853723918_645813918_3855985_6056524_n.jpg
Abu Bakar As-Siddiq pernah berkata: " Kegelapan ada lima jenis dan lampu baginya ada lima jenis :
  1. Pencinta dunia adalah gelap dan lampunya adalah Taqwa.
  2. Semua jenis maksiat adalah gelap dan lampunya adalah Taubat.
  3. Kubur adalah gelap dan lampunya adalah لاإله إلا الله .
  4. Akhirat adalah gelap dan lampunya adalah Amal Soleh.
  5. Titian Siratul Mustaqim adalah gelap dan lampunya adalah Yakin."
Kitab Fadhaeil Amal, m/s : 175.

PERKOSAAN VISUAL (wanita kena bace)

 Ketika kita masuk ke toilet, bilik mandi, bilik hotel, ruang ganti pakaian, dan lain-lain, seberapa besar anda yakin bahawa cermin yang tergantung di dinding dan kelihatannya seperti cermin biasa itu memang benar-benar cermin biasa, atau sebenarnya itu adalah cermin dua arah (orang di belakang cermin boleh melihat anda, sementara anda tidak dapat melihat mereka). Banyak tempat di mana orang memasang cermin 2 arah di dalam ruang ganti pakaian wanita, namun tidak menutup kemungkinan juga di ruang ganti lelaki. Adalah sangat sulit untuk secara jelas mengindentifikasi permukaannya hanya dengan melihatnya saja. Saatnyalah kita untuk berhati-hati. Jadi, bagaimana kita dapat menentukan dengan pasti apakah cermin tersebut adalah cermin biasa atau cermin 2 arah?. Kalau di bilik polis, iaitu di ruang soal siasat, sudah dapat dipastikan cerminnya 2 arah tapi untuk di Public Area do this thing : LAKUKANLAH TEST SEDERHANA (TEST KUKU JARI) Letakkan ujung kuku anda di atas permukaan cermin. Jika ada jarak (gap) antara kuku anda dan bayangan kuku anda di cermin, dapat dikatakan bahwa cermin itu adalah cermin biasa (selamat).Tetapi, jika kuku anda terus menyentuh bayangan kuku anda di cermin, hati-hatilah, kerana benda itu adalah cermin 2 arah ! Kerana itu ingatlah selalu, setiap kali anda melihat cermin di tempat-tempat umum seperti disebutkan di atas, lakukanlah "TEST KUKU JARI". Tidak perlu membayar. Mudah dilakukan, dan ini mungkin boleh menyelamatkan anda dari "PERKOSAAN VISUAL" ! Para wanita : beri tahu teman-teman anda yang lain. Para lelaki: beri tahu istri, anak perempuan atau teman wanita anda Lagi info menarik Tolong sebarkan informasi ini dengan fowardkan kepada semua kawan-kawan anda =)

amerika akan memecahkan wilayah-wilayah Iraq mengikut etnik

http://www.alquds.co.uk/latest/data/2010-11-08-07-29-16.jpg
Menteri luar amerika mencadangkan iraq dibahagi kepada beberapa wilayah mengikut etnik penduduk , untuk memudahkan urusan pentadbiran negara.
Pembahagian wilayah yang dicadangkan adalah bertujuan agar semua etnik dapat kuasa politik dan semua etnik boleh memainkan peranan dalam pemerintahan negara Iraq.

Awas Perangkap pemuda Kristian terhadap remaja perempuan Islam






MUJAHID304 menulis "Pada hari Sabtu (22/07/2006) yang lalu, saya telah berkesempatan mengikuti satu sessi "Ceramah Keibubapaan" di sekolah menengah agama berasrama penuh dimana dua orang anak perempuan saya bersekolah. Penceramah jemputan yang pihak PIBG sekolah jemput adalah Dr. Rubiah Kulup Hamzah. Selain menjadi penceramah motivasi, Dr. Rubiah juga adalah pensyarah part-time di UM, UiTM, UKM dan OUM serta amat bergiat aktif dalam pergerakkan NGO Islam. Di sini, saya ingin berkongsi dengan anda sedikit maklumat yang disampaikan oleh Dr. Rubiah mengenai isu yang sedang hangat diperkatakan, iaitu isu "Murtad" dan "Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan"
PERANCANGAN
Berdasarkan penyelidikan beliau serta anggota NGO Islam yang lain, pihak-pihak yang memusuhi Islam, terutamanya pihak Kristian telah lama membuat perancangan rapi untuk menjadikan remaja-remaja Islam sebagai sasaran untuk dikristiankan. Umumnya, kita mengetahui bahawa mereka telah berjaya menjadikan"Dunia Hiburan" dan "Dunia Sukan" sebagai senjata untuk menjauhkan remaja-remaja kita dari agama Islam. Namun, satu pendedahan yang dibuat oleh Dr. Rubiah mengenai "Perangkap" yang digunakan oleh pihak kristian ini amat membimbangkan kami yang hadir semua. Berikut adalah kronologi bagaimana mereka memerangkap anak-anak gadis kita untuk dijadikan mangsa.MEMIKAT
Untuk makluman semua, pertubuhan-pertubuhan kristian telah bersepakat untuk memberi satu bentuk skim galakan kepada para jejaka kristian serta diberi tunjuk-ajar mengenai teknik untuk memikat gadis-gadis melayu Islam untuk dijadikan pasangan mereka. Berbagai-bagai teknik memikat akan digunakan dan ia bergantung kepada latar belakang gadis yang disasarkan. Tapi, apa yang membimbangkan kami semua adalah, sasaran utama mereka kini adalah gadis-gadis bertudung labuh yang berpendidikan agama. Teknik yang mereka gunakan adalah lebih kurang sama sahaja. Pada peringkat awal mereka akan mencari jalan untuk berkenalan dengan anak-anak gadis kita, samada melalui hubungan kerja, hubungan sesama pelajar mahu pun hubungan jiran tetangga. Kemudian, mereka akan berlakon seolah-olahnya mereka telah tertarik dengan kesopanan, cara berpakaian serta kelembuatan tingkah laku anak-anak gadis kita ini. Antara ungkapan yang sering digunakan adakah "Adakah semua anak-anak gadis melayu begitu ayu dan sopan?", "Di dalam masyarakat saya, tidak pernah saya bergaul dengan gadis yang begitu berakhlak", "Saya tertarik dengan tingkah laku awak". "Saya ingin mengenali awak dan agama awak dengan lebih dekat lagi" Biasanya, anak-anak gadis yang berpendidikan agama kita ini akan terbuka hatinya untuk menerima kehadiran jejaka kristian ini apabila si jejaka mula menyatakan keinginan untuk mengenali agama Islam dengan lebih dekat lagi.PERANGKAP
Apabila si jejaka merasakan anak gadis kita telah menerima kehadiran mereka, mereka akan menjalinkan persahabatan mereka dengan jujur, ikhlas, bersopan dan begitu "gentleman" sekali. Mereka akan ke perpustakaan, minum serta beriadah bersama dengan rakan-rakan yang lain. Pendek kata, sepanjang persabatan mereka, cubaan "ringan-ringan" pun tidak ada. Tetapi AWAS, para ibubapa. Satelah kian lama bersama serta mendapati sigadis telah mula ada perasaan cinta, si jejaka akan menunggu dengan sabarnya ketika untuk memulakan "langkah sebenarnya" yang pertama. Apabila si gadis didapatinya mula terleka, mereka akan digambarkan seolah-olah mereka terbawa-bawa oleh perasan cinta sehingga si gadis TerNODA. Ketika inilah, perangkap mereka sudah mula mengena.DILEMA
Perlakuan noda ini boleh berlaku mungkin sekali, dua, tiga atau seterusnya. Sebab bagi si jejaka, perangkapnya hanya dikira benar-benar mengena apabila si gadis didapati berbadan dua. Pada ketika ini, si jejaka akan menunjukkan kekesalannya yang tidak terhingga. Si jejaka kononnya akan bertanggungjawap di atas perbuatan mereka seraya berkata "Agama kita melarang kita menggugurkannya, maka terpaksa kita berkahwin, tetapi kita berlainan agama" Seterusnya kata si jejaka "Kalau kita ingin berkahwin secara Islam, saya sanggup memeluk Islam, tetapi kita terpaksa berhadapan dengan dua perkara. Pertama, mengikut hukum Islam, kita boleh dikenakan 100 sebatan sebagai balasan dosa. Kedua, masyarakat Islam akan mencemuh dan meminggirkan kita kerana mempunyai anak di luar nikah yang kita hasilkan bersama. Kita akan berasa amat malu, lebih-lebih lagi awak yang berpendidikan agama. Sanggup kah kita? Saya rasa, saya tidak sanggup menghadapinya"
Kata si jejaka lagi "Kalau kita berkahwin secara agama saya, awak hanya perlu untuk menukar agama, dan kita akan terlepas dari dua seksa. Pertama, mengikut agama saya, kita hanya perlu untuk membuat pengakuan di hadapan paderi di gereja untuk menghapuskan segala dosa. Kedua, masyarakat agama saya akan menganggap anak kita ini senasib dengan Jesus (Nabi Isa) yang dilahirkan tanpa bapa. Mereka juga akan menganggap awak senasib dengan Mary (Mariam) yang melahirkan Nabi Isa. Maka, kita pasti tidak akan dipersia. Saya rasa ini option terbaik buat kita" Untuk makluman semua, mereka hanya merancang agar anak jejaka mereka memikat anak gadis kita. Tetapi mereka tidak akan mencuba agar anak gadis mereka untuk mendampingi anak jejaka kita kerana mereka sedar bahawa perangkap mereka yang ini tidak akan mengena.MURTAD
Mengikut penyelidikan Dr. Rubiah serta rakan-rakan dalam NGO Islam yang lain, amat ramai gadis-gadis melayu Islam yang memilih option kedua walaupun ada segelintir yang berjaya diselamatkan dan terpaksa disembunyikan demi maruah agama & bangsa. Mereka seterusnya mengemukakan permohonan untuk menukar agama (murtad) di pejabat agama. Namun Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan menjadi penghalang utama rancangan mereka.
Menurut Dr. Rubiah lagi, pihak IFC (Inter-Faith Council) telah berjaya mendapat 2 juta tanda tangan sokongan agar Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan ini dapat dipinda. Tetapi katanya lagi, untuk mendapatkan 1 juta tanda tangan umat melayu Islam bagi menghalang usaha mereka, adalah sesuatu yang teramat seksa. Ramai yang terlalu merasa curiga dengan alasan mereka khuatir tanda tangan mereka akan disalahgunakan untuk menyatakan sokongan atau bantahan terhadap usaha yang lain pula. Alasan demi alasan diterima???hinggalah satu masa nanti saudara mara terdekat kita tiba-tiba menjadi sebahagian dari statistik puluhan ribu mangsa.
Adalah diharap, satelah perhimpunan di Masjid Wilayah, Ahad yang lalu (23/07/06), lebih 2 juta tanda tangan telah berjaya diterima. Dimanakah semangat kita? Kita belum lagi diperlukan untuk mengangkat senjata. Maka, marilah kita bersama-sama berusaha dan mengembeling tenaga agar gejala ini tidak terus melanda agama dan negara.DOA
"Doa adalah senjata para mukmin". Satelah kita berusaha, marilah kita bersama-sama berdoa agar anak-anak gadis kita akan terhindar dari menjadi mangsa. Doa juga dipanjatkan agar umat Islam di Palestin, di Lubnan, di Iraq dan seluruh dunia dihindari dari segala bencana. Amin??Ya Rabbil A'lamin.LAYARILAH BLOG KAMI DI:-
www.jasindaily.blogspot.com

35 Petua Pelajar Cemerlang





Berikut merupakan petua-petua dan ciri-ciri yang ada pada pelajar cemerlang, dari Dr Fadzilah Kamsah. Pelajar cemerlang akan

1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.
2. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
-1. kita ingat 10 % apayang dibaca
-2. kita ingat 20% apa yang didengar
-3. kita ingat 50 % apa yang didengar & dilihat
-4. kita ingat 70% apa yang dicakapkan
-5. kita ingat 90% setelah dipraktikkan
3. Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.
4. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah).
5. Belajar dalam persekitaran kondusif.

-1. pastikan cahaya adalah terang
-2. kurangkan gangguan bunyi
-3. tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
-4. tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
-5. kerusi dan meja menghadap kiblat
-6. jangan lupa untuk senyum
7. Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan.
8. Mengulang kaji menggunakan kaedah 'output learning' iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan.
9. Tahu teknik merangsang memori:
-1. memasukkan maklumat dalam memori (registration)
-2. menyimpan maklumat dalam sel memori (retention)
-3. mengingat kembali (recall)
-4. menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application)
10. Sentiasa awal dan mendahului:
-1. persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru.
-2. pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya.
-3. belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.
-4. untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.
13. Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru.
14. Mempunyai teknik membaca yang betul:
-1. duduk dengan tegak & bernafas dengan betul
-2. memberikan tumpuan sepanuhnya
-3. menggunakan jari telunjuk untuk membaca
-4. menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan
16. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas.
17. Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan.
18. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih.
19. Mengadakan rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji.
20. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.
21. Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar).
22. Mengulang kaji secara bersendirian atau berkumpulan.
23. Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum peperiksaan.
24. Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.
25. Mengulang kaji apabila mulai terlupa.
26. Tahu petua mengulang kaji
-1. cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita
-2. siapkan semua 'bekalan' dengan sempurna
-3. duduk tegak dikerusi yang selesa
-4. baca doa penerang hati
-5. baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul
-6. fikir dan ingat kembali isi utama
-7. catat/lakar
-8. semak semula ketepatan maklumat
-9. ulang sebut atau ceritakan pada orang lain
-10. buat rumusan
-11. jawab soalan
-12. tampal maklumat yang rumit di dinding
-13. baca doa tanda kesyukuran selepas belajar
28. Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas beajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya.
29. Tahu petua-petua agar tidak lupa:
-1. jangan makan kepala ikan
-2. jangan makan organ dalaman
-3. jangan minum semasa makan
-4. jangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut
-5. jangan melihat kemaluan
-6. jangan melihat buih
-7. jangan membaca nama pada batu nisan
-8. banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain
-9. banyakkan makan kismis, kurma dan madu
-10. banyakkan makan kekacang
-11. pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan
-12. jangan makan sehingga terlalu kenyang
-13. jangan kencing berdiri
31. Tahu kemahiran mengingat:
-1. tampal nota-nota penting di dinding
-2. tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
-3. gunakan kaedah akronim
-4. reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
-5. pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil
33. Cekap mengatur jadual belajar:
-1. mempunyai jadual belajar
-2. patuh kepada jadual
-3. buat jadual yang boleh diikuti
35. Tidak menangguh belajar pada saat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar.
36. Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahui. Sediakan perkara-perkara yang tidak diketahui dan dapatkan penyelesaian dari orang yang lebih arif.
37. Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan cara dan topik untuk belajar.
38. Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa.
39. Membawa nota ke mana-mana sahaja (kecuali ke tandas).
40. Pelbagaikan tempat belajar.
41. Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham
42. Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya.
43. Ciri-ciri pelajar cemerlang:
-1. taat kepada Allah
-2. mendirikan sembahyang
-3. menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka
-4. hormati & sayangi guru
-5. bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untuk mencapai kecemerlangan.
-6. suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari
-7. membantu rakan yang memerlukan
-8. berdoa dan bersyukur kepada Allah
-9. sentiasa bertawakal
-10. mahir dalam setiap mata pelajaran

Kita juga perlu ingat pelajar yang cemerlang, adalah juga cemerlang pada akhlak dan tingkah lakunya dan seimbang dalam kehidupannya. Kecemerlangan pelajar bukan semata-mata dilihat pada nilai akademiknya sahaja. Semoga bermanfaat. :)

Disediakan oleh;
Biro Akademik dan Kebajikan
Jabatan Pembangunan Remaja
Negeri Terengganuhttp://nursyawalini.blogspot.com

GANGUAN SYAITAN SEMASA SAKRATUL MAUT

Iblis dan Syaitan akan sentiasa mengganggu manusia, bermula dengan memperdayakan manusia dari terjadinya dengan setitik mani hinggalah ke akhir hayat mereka, dan yang paling dahsyat ialah sewaktu akhir hayat iaitu ketika sakaratul maut. Syaitan mengganggu manusia sewaktu sakaratul maut disusun menjadi 7 golongan dan rombongan.Hadith Rasulullah s.a.w.. menerangkan:

Yang bermaksud: “Ya Allah aku berlindung dengan Engkau daripada perdayaan Syaitan di waktu maut.”

Rombongan 1

Akan datang Syaitan dengan banyaknya dengan berbagai rupa yang pelik dan aneh seperti emas, perak dan lain-lain, serta sebagai makanan dan minuman yang lazat-lazat. Maka disebabkan orang yang di dalam sakaratul maut itu di masa hidupnya sangat tamak dan loba kepada barang-barang tersebut, maka diraba dan disentuhnya barangan Syaitan itu, di waktu itu nyawanya putus dari tubuh. Inilah yang dikatakan mati yang lalai dan lupa kepada Allah s.w.t. inilah jenis mati fasik dan munafik, ke nerakalah tempatnya.

Rombongan 2

Akan datang Syaitan kepada orang yang didalam sakaratul maut itu merupakan diri sebagai rupa binatang yang di takuti seperti, Harimau, Singa, Ular dan Kala yang berbisa. Maka Apabila yang sedang didalam sakaratul maut itu memandangnya saja kepada binatang itu, maka dia pun meraung dan melompat sekuat hati. Maka seketika itu juga akan putuslah nyawa itu dari badannya, maka matinya itu disebut sebagai mati lalai dan mati dalam keadaan lupa kepada Allah s.w.t., matinya itu sebagai Fasik dan Munafik dan ke nerakalah tempatnya.

Rombongan 3

Akan datang Syaitan mengacau dan memperdayakan orang yang di dalam sakaratul maut itu dengan merupakan dirinya kepada binatang yang menjadi minat kepada orang yang hendak mati itu, kalau orang yang hendak mati itu berminat kepada burung, maka dirupai dengan burung, dan jika dia minat dengan Kuda lumba untuk berjudi, maka dirupakan dengan Kuda lumba (judi).

Jika dia minat dengan dengan ayam sabung, maka dirupakan dengan ayam sabung yang cantik. Apabila tangan orang yang hendak mati itu meraba-raba kepada binatang kesayangan itu dan waktu tengah meraba-raba itu dia pun mati, maka matinya itu di dalam golongan yang lalai dan lupa kepada Allah s.w.t.. Matinya itu mati Fasik dan Munafik, maka nerakalah tempatnya.

Rombongan 4

Akan datang Syaitan merupakan dirinya sebagai rupa yang paling dibenci oleh orang yang akan mati, seperti musuhnya ketika hidupnya dahulu maka orang yang di dalam sakaratul maut itu akan menggerakkan dirinya untuk melakukan sesuatu kepada musuh yang dibencinya itu. Maka sewaktu itulah maut pun datang dan matilah ia sebagai mati Fasik dan Munafik, dan nerakalah tempatnya

Rombongan 5

Akan datang Syaitan merupakan dirinya dengan rupa sanak-saudara yang hendak mati itu, seperi ayah ibunya dengan membawa makanan dan minuman, sedangkan orang yang di dalam sakaratul maut itu sangat mengharapkan minuman dan makanan lalu dia pun menghulurkan tangannya untuk mengambil makanan dan minuman yang dibawa oleh si ayah dan si ibu yang dirupai oleh Syaitan, berkata dengan rayu-merayu “Wahai anakku inilah sahaja makanan dan bekalan yang kami bawakan untukmu dan berjanjilah bahawa engkau akan menurut kami dan menyembah Tuhan yang kami sembah, supaya kita tidak lagi bercerai dan marilah bersama kami masuk ke dalam syurga.”

Maka dia pun sudi mengikut pelawaan itu dengan tanpa berfikir lagi, ketika itu waktu matinya pun sampai maka matilah dia di dalam keadaan kafir, kekal ia di dalam neraka dan terhapuslah semua amal kebajikan semasa hidupnya.

Rombongan 6

Akan datanglah Syaitan merupakan dirinya sebagai ulamak-ulamak yang membawa banyak kitab-kitab, lalu berkata ia: “Wahai muridku, lamalah sudah kami menunggu akan dikau, berbagai ceruk telah kami pergi, rupanya kamu sedang sakit di sini, oleh itu kami bawakan kepada kamu doktor dan bomoh bersama dengan ubat untukmu.” Lalu diminumnya ubat, itu maka hilanglah rasa penyakit itu, kemudian penyakit itu datang kembali. Lalu datanglah pula Syaitan yang menyerupai ulamak dengan berkata: “Kali ini kami datang kepadamu untuk memberi nasihat agar kamu mati didalam keadaan baik, tahukah kamu bagaimana hakikat Allah?”

Berkata orang yang sedang dalam sakaratul maut: “Aku tidak tahu.”

Berkata ulamak Syaitan: “Ketahuilah, aku ini adalah seorang ulamak yang tinggi dan hebat, baru sahaja kembali dari alam ghaib dan telah mendapat syurga yang tinggi. Cubalah kamu lihat syurga yang telah disediakan untukmu, kalau kamu hendak mengetahui Zat Allah s.w.t. hendaklah kamu patuh kepada kami.”

Ketika itu orang yang dalam sakaratul maut itu pun memandang ke kanan dan ke kiri, dan dilihatnya sanak-saudaranya semuanya berada di dalam kesenangan syurga, (syurga palsu yang dibentangkan oleh Syaitan bagi tujuan mengacau orang yang sedang dalam sakaratul maut). Kemudian orang yang sedang dalam sakaratul maut itu bertanya kepada ulamak palsu:

“Bagaimanakah Zat Allah?” Syaitan merasa gembira apabila jeratnya mengena .

Lalu berkata ulamak palsu: “Tunggu, sebentar lagi dinding dan tirai akan dibuka kepadamu. “

Apabila tirai dibuka selapis demi selapis tirai yang berwarna warni itu, maka orang yang dalam sakaratul maut itu pun dapat melihat satu benda yang sangat besar, seolah-olah lebih besar dari langit dan bumi.

Berkata Syaitan: “Itulah dia Zat Allah yang patut kita sembah.”

Berkata orang yang dalam sakaratul maut: “Wahai guruku, bukankah ini benda yang benar-benar besar, tetapi benda ini mempunyai jihat enam, iaitu benda besar ini ada di kirinya dan kanannya, mempunyai atas dan bawahnya, mempunyai depan dan belakangnya. Sedangkan Zat Allah tidak menyerupai makhluk, sempurna Maha Suci Dia dari sebarang sifat kekurangan. Tapi sekarang ini lain pula keadaannya dari yang di ketahui dahulu. Tapi sekarang yang patut aku sembah ialah benda yang besar ini.”

Dalam keraguan itu maka Malaikat Maut pun datang dan terus mencabut nyawanya, maka matilah orang itu di dalam keadaan dikatakan kafir dan kekal di dalam neraka dan terhapuslah segala amalan baik selama hidupnya di dunia ini.

Rombongan 7

Rombongan Syaitan yang ketujuh ini Syaitan terdiri dari 72 barisan sebab menjadi 72 barisan ialah kerana dia menepati Iktikad Muhammad s.a.w. bahawa umat Muhammad akan terbahagi kepada 73 puak (barisan). Satu puak sahaja yang benar (ahli sunnah waljamaah) 72 lagi masuk ke neraka kerana sesat.

Ketahuilah bahawa Syaitan itu akan mengacau dan mengganggu anak Adam dengan 72 macam yang setiap satu berlain di dalam waktu manusia sakaratul maut. Oleh itu hendaklah kita mengajarkan kepada orang yang hampir meninggal dunia akan talkin Laa Ilaaha Illallah untuk menyelamatkan dirinya dari gangguan Syaitan dan Iblis yang akan berusaha bersungguh-sungguh mengacau orang yang sedang dalam sakaratul maut.

Bersesuaian dengan sebuah hadith yang bermaksud: “Ajarkan oleh kamu (orang yang masih hidup) kepada orang yang hampir mati itu: Laa Ilaaha Illallah.” 

TIADA CUPING TELINGA? Sabarlah wahai anakku

''tengok bayi saya?" ibu muda yang baru bersalin itu bersuara antara dengar dan tidak kepada seorang jururawat.
Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih merah itu.Si ibu menyambut dengan senyum meleret. Dibuka selimut yang menutup wajah comelitu, ciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada di pangkuan.

Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya keluar tingkap. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga.

Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih berganti sehingga bayi yang sedang lena itu merengek. Dokto rbagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu normal, sesuatu yang cukup mengembirakan si ibu.



~~~...Masa terus berlalu...~~~

Pulang dari sekolah suatu tengahari, anak yang tiada cuping telinga itu yang kini telah memasuki alam persekolahan menangis memberitahu bagaimanadia ejek rakan-rakan.

"Mereka kata saya cacat,"katanya kepada si ibu.

Si ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata semangat. Si anak menerimanya dan dia muncul pelajar cemerlang dengan menyandang pelbagai jawatan di sekolah. Bagaimanapun tanpa cuping telinga, si anak tetap merasa rendah diri walaupun si ibu terus memujuk Ayah kanak-kanak itu bertemu doktor. "Saya yakin dapat melakukannyajika ada penderma,"kata pakar bedah. Bermulalah suatu pencarian bagimencari penderma yang sanggup berkorban.

Setahun berlalu…
"Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah mendapatkan seorang penderma, tapi dia mahu dirinya dirahsiakan," kata siayah.

Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai manusia baru, kacak serta bijak. Pelajarannya tambah cemerlang dan rasa rendah diri yang kerap dialaminya hilang.

Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya. Si anak cukup seronok,bagaimanapun dia tidak mengabaikan pelajaran. Pada usianya lewat 20-an, si anak menjawat jawatan tinggi dalam bidang diplomatik.

"Sebelum saya berangkat keluar negara, saya ingin tahu siapakah penderma telinga ini, saya ingin membalas jasanya," kata si anak berkali-kali.

"Tak mungkin," balas si ayah. "Perjanjian antara ayah dengan penderma itu masihberjalan. Tunggulah, masanya akan tiba."

"Bila?"tanya si anak.

"Akan tiba masanya anakku," balas si ayah sambil ibunya mengangguk-angguk.Keadaan terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya.

Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak berdiri di sisi keranda ibunya, perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibunya yang kaku.

Gelap seketika pandangan si anak apabila melihatvkedua-dua cuping telinga ibunya tiada.

"Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya," siayah berbisik ke telinga anaknya. "Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat, dia tetap cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita paling cantik yang pernah ayah temui. Tak percaya… tanyalah pada sesiapapun kenalannya."


Ps : Kecantikan seseorang bukan terletak pada fizikal tetapi di hati.Cinta sejati bukan pada apa yang dilakukan dan dihebah-hebahkan tetapi pengorbanan tanpa diketahui.

Selagi ibu kita ada didunia ini, ciumlah dia, cium tangannya, sentiasa minta ampun darinya, berikan senyuman kepadanya,bukannya dengan bermasam muka, kasih ibu tiada tandingannya, ingatlah SYURGA DI BAWAH TELAPAK KAKIIBU, penyesalan di kemudian hari tidak berguna,selagi hayatnya ada,curahkanlah sepenuh kasih sayang kepadanya, ‘loveu mom’

Awas! Pelancong bertukar menjadi pelacur



- DR AMINUDIN MANSOR 


Kemakmuran dan kemewahan negara ini telah menarik berjuta-juta pelancong untuk datang melancong dan bercuti bers:ama keluarga. Pelancong dari Timur Tengah iaitu Arab Saudi biasanya datang pada cuti musim panas sekitar Jun hingga Ogos setiap tahun dengan membawa anak-anak bercuti di negara ini. 


Sementara pelancong dari negara-negara lain tidak bergantung pada musim cuti persekolahan. Kebanyakan mereka datang ke negara ini mempunyai beberapa tujuan di sebaliknya selain melancong. Antaranya bertujuan mencari peluang perniagaan, peluang pekerjaan, peluang belajar dan ada pelancong yang tiba-tiba di sini bertukar wajah menjadi pelacur. 


Memetik laporan Bernama, dianggarkan 17 juta pelancong dari China dan Hong Kong melakukan perjalanan ke luar negara tahun lalu, Malaysia mendapat sebahagian besar daripada pasaran yang semakin berkembang ini, terutamanya pelancongan mewah. 


Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen berkata, kempen promosi terkini kementerian itu adalah ke Hong Kong dan Selatan China tahun lalu membuahkan beberapa hasil menarik: terdapat minat semakin berkembang dalam pelancongan mewah di samping pelancongan seni dan budaya selain ekopelancongan dalam kalangan pelancong China yang berada. 


Menurutnya, pelancongan mewah bermaksud pakej pelancongan mestilah RM5,000 ke atas setiap satu dengan penginapan yang menepati cita rasa golongan berada, makanan hebat dan aktiviti eksklusif yang digabungkan bagi pelancongan kelas atasan . 


Selain itu, menurutnya mengenai maklum balas daripada pengusaha pelancongan dan pengembaraan di Hong Kong dan Selatan China, beliau berkata Malaysia berada pada kedudukan yang baik untuk mendapat lebih banyak kedatangan pelancong dari Hong Kong dan China pada tahun ini. 


Setiap pelancong dari luar negara yang ingin melancong ke negara ini seharusnya memahami budaya, adat resam pelbagai kaum di negara ini. Sensitiviti penduduk di negara ini juga harus dijaga ketika melancong ke negara ini. Sikap ramah-tamah dan baik hati penduduk negara ini jangan disalahgunakan oleh pelancong luar negara. 


Pada masa kini, boleh dikatakan setiap malam pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) terpaksa memantau dan memeriksa pusat-pusat maksiat seperti rumah urut, spa dan sebagainya dan mendapati ramai para pelacur yang menyalahgunakan permit kemasukan ke negara ini sebagai pelancong dan kemudiannya bertukar menjadi pelacur. Inilah kenyataan yang terpaksa dihadapi. 


Adalah menjadi kebimbangan penduduk di negara ini, kemasukan terlalu ramai pelancong seperti dari Iran yang sering dikaitkan dengan pembawa dadah. Pelancong dari Uzbekistan, China dan Hong Kong sering dikaitkan dengan kegiatan pelacuran di negara ini. 


Masalah dalaman negara yang kini menghadapi pelbagai masalah gejala sosial dalam kalangan rakyatnya seperti kes pembuangan bayi, masalah sosial dalam kalangan remaja sudah cukup rumit dan semakin sukar untuk dibendung. Penduduk merasakan kedatangan terlalu ramai orang asing juga membawa pelbagai masalah yang mengganggu ketenangan dan kedamaian hidup seperti kes jenayah rompakan, pergaduhan, pembunuhan, pecah rumah dan sebagainya. 


Ada juga pelancong yang sudah tamat tempoh melancong datang ke negara ini tidak mahu pulang ke negara asal mereka dan hilang tanpa dapat dikesan. Dalam usaha memikat pelancong dari luar negara datang ke negara ini, kita tidak mahu mereka membawa pelbagai masalah dan gejala sosial dan menambahkan lagi masalah kepada penduduk tetap di negara ini yang sudah pun menghadapi pelbagai masalah dalam kehidupan mereka. 


- Penulis ialah penyair, mantan pendidik. PhD Persuratan Melayu, UKM, Bangi

Bunyi gegaran Merapi bergemuruh



GAMBAR yang dirakamkan Jumaat lalu menunjukkan rumah-rumah terbakar manakala seorang sukarelawan mengangkat mangsa terbakar akibat letusan Gunung Merapi di Kampung Argomulyo.


KLATEN, Pulau Jawa - Gunung Merapi di sini mengeluarkan bunyi gemuruh dan gegaran kecil pada kira-kira pukul 7 pagi semalam, lapor sebuah akhbar Kompas.com semalam.
Gegaran itu dirasai di kawasan Kantor Kecamatan Kemalang yang terletak di lingkungan 15 hingga 17 kilometer dari Gunung Merapi yang meletus pertama kali pada 26 Oktober lalu.
Ketua Bencana dan Vulkanologi, Kementerian Sumber Daya Mineral dan Tenaga Indonesia, Surono mengakui gunung setinggi 2,941 meter itu mengeluarkan bunyi bergemuruh dan letusan tidak berhenti-henti.
Menurutnya, aktiviti di gunung itu tidak pernah berhenti sejak 3 November lalu.
Surono berkata, penduduk diminta mematuhi arahan supaya berada sejauh 20 kilometer dari puncak Gunung Merapi.
Gunung itu didapati turut memuntahkan lahar semalam manakala 166,000 orang telah dipindahkan ke kawasan perlindungan.
Agensi berita Dpa melaporkan awan menjulang setinggi 6,000 meter semalam. Sementara itu agensi berita AFP melaporkan sebuah agensi pengurusan bencana menyatakan, jumlah kematian keseluruhan akibat letusan itu dikurangkan kepada 117 orang berbanding 122 sebelum ini.
Namun, jurucakap agensi itu, Sutopo Purwo Nugroho berkata, jumlah kematian akan meningkat selepas para anggota penyelamat tiba di kampung-kampung yang terjejas akibat debu panas.
Menurutnya, mangsa-mangsa yang mati ditanam dalam kubur besar di Yogyakarta.
Sementara itu, syarikat-syarikat penerbangan membatalkan berpuluh-puluh penerbangan ke Indonesia semalam ekoran debu panas berterbangan di udara.
Sebanyak 50 penerbangan dibatalkan semalam berbanding 36 kelmarin.
Antara syarikat penerbangan yang terjejas ialah Singapore Airlines, AirAsia, Cathay Pacific, Emirates, Malaysia Airlines, Turkish Airlines and Lufthansa.
Namun jurucakap Lapangan Terbang Sukarno-Hatta yang mengendalikan 900 penerbangan sehari tetap dibuka.
Letusan itu turut menjejaskan penerbangan ke bandar Yogyakarta, Solo dan Bandung menyebabkan ribuan penduduk terjejas.
Stesen-stesen bas dan kereta api dipenuhi dengan orang ramai yang mahu meninggalkan lokasi yang terjejas akibat debu panas itu ke tempat yang lebih selamat. - Agensi