Pages

Thursday, March 20, 2014

Buaya Salai Jadi Hidangan Makan Malam

ADAKAH buaya ini mati di tampar Raja Bomoh seperti yang didakwanya dan di panggang?
Jawapannya adalah gambar tersebut mengenai, Chef Gene Rurka telah menyajikan hidangan luar biasa di majlis 110th Explorers Club Annual Dinner di Waldorf Astoria, New Yorkiaitu menu daging buaya panggang.
Dia merupakan ketua chef yang menyajikan pelbagai hidangan makanan ekstrem dan pelik pada malam tersebut.
Dua ekor buaya panggang itu disajikan kepada pengunjung dalam keadaan tubuh seperti asal dengan kepala buaya sekali.



Anak anjing RM6 juta


Seorang pemaju hartanah membayar 12 juta yuan (RM6 juta) untuk membeli seekor anak anjing berusia setahun itu di pameran ‘Haiwan Peliharaan Mewah’ di wilayah Zhenjiang, lapor akhbar Qianjiang Evening.

“Haiwan itu mempunyai genetik singa dan ia baka Mastiff paling baik,” kata pembiak baka berkenaan, Zhang Gengyun.
Dia juga memberitahu seekor lagi anjing dari baka sama dijual pada harga RM3.1 juta.

Dengan bulu yang banyak sekitar kepala menjadikannya kelihatan seperti singa dan haiwan itu menjadi simbol kemewahan di China.

Haiwan dengan bulu keemasan ini mempunyai ketinggian 80 sentimeter dan berat 90 kilogram.
Foto
SEORANG lelaki bergambar dengan anjing dari baka Tibetan Mastiff selepas ia dijual di pameran haiwan peliharaan mewah di Zhenjiang.
“Baka Tibetan Mastiff sangat jarang ditemui, sama seperti haiwan kebanggaan negara ini, panda, menyebabkan harganya tinggi,” katanya.

Rekod jualan anjing dari baka berkenaan sebelum ini ialah RM5.2 juta. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/20

Bangkai kambing jadi aktiviti sukan



DUA orang pemain berebut untuk mendapatkan bangkai kambing dalam sukan tradisi Kok-boru.


BISHKEK, Kyrgyzstan - Sekumpulan penduduk menyertai pertandingan merebut bangkai seekor kambing biri-biri yang dijadikan sebagai bola untuk mendapatkan pungutan mata di sini kelmarin.
Pertandingan yang disertai dua kumpulan yang masing-masing memiliki 10 orang pemain akan menunggang kuda dan mengejar pihak lawan untuk mendapatkan bangkai kambing biri-biri itu.
Namun, hanya empat orang pemain sahaja dibenarkan untuk berada di gelanggang dan setiap pemain memerlukan pengalaman selain kecekapan serta latihan yang cukup untuk menyertainya.
Menurut lagenda, pertandingan yang dikenali sebagai Kok-boru itu dijadikan penentu bagi memutuskan keputusan pemilik sesebuah kampung yang dijumpai oleh beberapa pemburu nomad.
Ia juga diadakan seperti satu sambutan perayaan tradisional, Navruz di mana penduduk tempatan perlu menunjukkan kekuatan dan semangat mereka.
Sukan itu menjadi semakin meluas ke beberapa negara yang lain termasuk Kazakhstan dan Uzbekistan manakala di Afghanistan sukan tersebut dikenali sebagai Buzkashi. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0320&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz2wRiGFnRX 
Hakcipta terpelihara