Pages

Thursday, August 19, 2010

Keindahan Tabuk menjadi Taman Syurga berkat doa Rasulullah SAW


جنان تبوك التي تنبأ بها النبي صلى الله عليه وسلم
تاريخ المقال : 14/6/2010 | عدد مرات المشاهدت : 1100
صورة لعناقيد عنب من إنتاج إحدى مزارع تبوك
Lihatlah keindahan dan kesuburan bumi Tabuk, di arab saudi hasil daripada doa Rasulullah SAW apabila Baginda mengenangkan kejahatan orang Tabuk menzalimi Baginda tetapi Rasulullah SAW tetap mendoakan kebaikkan untuk bumi dan penduduk Tabuk.
إعداد فراس نور الحق
مدير موقع موسوعة الإعجاز العلمي في القرآن
عن مُعَاذَ بْنَ جَبَلٍ أَخْبَرَهُ قَالَ خَرَجْنَا مَعَ رَسُولِ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- عَامَ غَزْوَةِ تَبُوكَ فَكَانَ يَجْمَعُ الصَّلاَةَ فَصَلَّى الظُّهْرَ وَالْعَصْرَ جَمِيعًا وَالْمَغْرِبَ وَالْعِشَاءَ جَمِيعًا حَتَّى إِذَا كَانَ يَوْمًا أَخَّرَ الصَّلاَةَ ثُمَّ خَرَجَ فَصَلَّى الظُّهْرَ وَالْعَصْرَ جَمِيعًا ثُمَّ دَخَلَ ثُمَّ خَرَجَ بَعْدَ ذَلِكَ فَصَلَّى الْمَغْرِبَ وَالْعِشَاءَ جَمِيعًا ثُمَّ قَالَ « إِنَّكُمْ سَتَأْتُونَ غَدًا إِنْ شَاءَ اللَّهُ عَيْنَ تَبُوكَ وَإِنَّكُمْ لَنْ تَأْتُوهَا حَتَّى يُضْحِىَ النَّهَارُ فَمَنْ جَاءَهَا مِنْكُمْ فَلاَ يَمَسَّ مِنْ مَائِهَا شَيْئًا حَتَّى آتِىَ ». فَجِئْنَاهَا وَقَدْ سَبَقَنَا إِلَيْهَا رَجُلاَنِ وَالْعَيْنُ مِثْلُ الشِّرَاكِ تَبِضُّ بِشَىْءٍ مِنْ مَاءٍ – قَالَ – فَسَأَلَهُمَا رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- « هَلْ مَسَسْتُمَا مِنْ مَائِهَا شَيْئًا ». قَالاَ نَعَمْ. فَسَبَّهُمَا النَّبِىُّ -صلى الله عليه وسلم- وَقَالَ لَهُمَا مَا شَاءَ اللَّهُ أَنْ يَقُولَ – قَالَ – ثُمَّ غَرَفُوا بِأَيْدِيهِمْ مِنَ الْعَيْنِ قَلِيلاً قَلِيلاً حَتَّى اجْتَمَعَ فِى شَىْءٍ – قَالَ – وَغَسَلَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- فِيهِ يَدَيْهِ وَوَجْهَهُ ثُمَّ أَعَادَهُ فِيهَا فَجَرَتِ الْعَيْنُ بِمَاءٍ مُنْهَمِرٍ أَوْ قَالَ غَزِيرٍ – شَكَّ أَبُو عَلِىٍّ أَيُّهُمَا قَالَ – حَتَّى اسْتَقَى النَّاسُ ثُمَّ قَالَ « يُوشِكُ يَا مُعَاذُ إِنْ طَالَتْ بِكَ حَيَاةٌ أَنْ تَرَى مَا هَا هُنَا قَدْ مُلِئَ جِنَانًا ». رواه مسلم في صحيحه رقم الحديث(6086 ) باب معجزات النبي الجزء 15 الصفحة 184.
تقع إمارة تبوك في شمال غرب السعودية محاذية لبلاد الشام من الشمال و لها ساحل على البحر الأحمر.
منطقة تبوك منطقة صحراوية كانت قليلة المياه في عهد النبي صلى الله عليه وسلم، ولكن بسبب التغيرات المناخية التي تأثرت بها المنطقة والكرة الارضية بشكل عام زادت فيها نسبة هطول الامطار وأصبحت من أهم موارد المياه في المملكة العربية السعودية وأصبحت تعتبر من المناطق الزراعية وبلغت مساحة الرقعة المزروعة في عام 1420هـ حوالي 2283840 هتكار، وتركز 70% منها حول مدينة تبوك على طريق المدينة المنورة وطريق الأردن ( الملك خالد سابقاً ) ويتصدر القمح المحاصيل المزروعة، ويوجد على بعد 45 كم تقريباً من مدينة تبوك بإتجاه الحدود الأردنية شركة تبوك للتنمية الزراعية (تادكوا) العملاقة أكبر شركة زراعية بالشرق الأوسط المتخصصة في إنتاج الفاكهة والأعلاف والحبوب والبطاطس والبصل، كما يوجد في تبوك شركة(أسترا) بمساحة 35 كم2 التي تنتج زهور القطف (الورد الجوري، القرنفل، الليليم، الأقحوان،الجربيرا، الآستر ) وتصديرها إلى الأسواق المحلية فقط، وكذلك تنتج مزارع تبوك العنب و الزيتون و الدراق والخوخ والمشمش والحمضيات والتفاح.
الإعجاز الغيبي والعلمي:
من الواضح من خلال قراءة الحديث أن المنطقة كانت تشكوا من قلة المياه في عهد النبي صلى الله عليه وسلم لذلك منع الصحابة من مس الماء عين تبوك حتى يأتي حتى يأتي ويدعوا لهم ولكن الأعجب ما قاله لمعاذ انه قال (يوشك يا معاذ إن طالت بك حياة أن ترى ما ها هنا قد مليء جناناً) وحدث ما تنبأ به النبي صلى الله عليه وسلم فقط انتشرت المزارع الآن في تبوك وخاصة حول المدينة وسوف تزداد المزارع اكثر في السنوات المقبلة نظراً لأمطار التي هطلت السنة والتي تسببت في فيضانات ضخمة لم تشهدها المنطقة من سنوات طويلة وإليكم بعض الصور.
وإليكم صور لبعض جنان تبوك التي تنبأ بها النبي صلى الله عليه وسلم
صورة في الأسفل للفيضان الذي حدث في تبوك بسبب كثير الأمطار الهاطلة
يستقبل الكاتب تعليقاتكم على المقال على الايميل:
feras@quran-m.com
ملاحظة مهمة:
أشكل على بعض الأخوة موضوع سب النبي صلى الله عليه وسلم لبعض الصحابة في هذا الحديث والرد على هذه الشبهة في حديث آخر ورد في صحيح مسلم:
عن عَائِشَةَ قالت: دخل على رسول اللَّهِ صلى الله عليه وسلم رَجُلَانِ فَكَلَّمَاهُ بِشَيْءٍ لَا أَدْرِي ما هو فَأَغْضَبَاهُ فَلَعَنَهُمَا وَسَبَّهُمَا فلما خَرَجَا قلت: يا رَسُولَ اللَّهِ من أَصَابَ من الْخَيْرِ شيئا ما أَصَابَهُ هَذَانِ قال وما ذَاكِ قالت قلت: لَعَنْتَهُمَا وَسَبَبْتَهُمَا قال صلى الله عليه وسلم: ” أَوَ ما عَلِمْتِ ما شَارَطْتُ عليه رَبِّي قلت اللهم إنما أنا بَشَرٌ فَأَيُّ الْمُسْلِمِينَ لَعَنْتُهُ أو سَبَبْتُهُ فَاجْعَلْهُ له زَكَاةً وَأَجْرًا “صحيح مسلم جـ 4 صـ 2007 حديث رقم 2600 وهذا سنده حدثنا زُهَيْرُ بن حَرْبٍ حدثنا جَرِيرٌ عن الْأَعْمَشِ عن أبي الضُّحَى عن مَسْرُوقٍ

3 Tindakan orang bijak pandai

http://profile.ak.fbcdn.net/hprofile-ak-snc4/hs167.ash2/41594_143715425646388_6539_n.jpg
Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Ali bin Abi Thalib r.a. berkata: "Saya telah mendengar Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Seharusnya seorang yang berakal itu tidak tekun kecuali dalam tiga macam iaitu:
  • Usaha untuk keperluan hidupnya
  • Beramal untuk hari kemudian
  • Bersuka-suka yang tidak haram

5 Sifat yang tidak dimilki oleh orang munafiq



http://profile.ak.fbcdn.net/hprofile-ak-snc4/hs626.snc3/27544_115554525163842_2493_n.jpg
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Lima sifat yang tidak ada pada orang munafiq iaitu:
  • Pengertian agama
  • Berhati-hatilah dalam lidah
  • Senyum dimuka
  • Nur (terang) dalam hati
  • Cinta kepada kaum muslimin

4 Tindakan terbaik terhadap jiran tetangga



http://profile.ak.fbcdn.net/hprofile-ak-snc4/hs322.snc4/41569_141175719245187_3876_n.jpg
Abul-Laits berkata: "Kesempurnaan baik kepada tetangga itu ada empat macam iaitu:
  • Membantu dengan apa yang kita milki  kepadanya
  • Tidak menginginkan kepunyaan tetangganya
  • Tidak mengganggu kepadanya
  • Sabar atas gangguan tetangganya

NGO Perlis kecam tulisan Nakhaei



KANGAR - Lima pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Perlis semalam membantah penyiaran sebuah artikel bertajuk “Penyelewengan Wahabi” yang turut dikaitkan dengan pegangan agama di negeri itu.

Persatuan Al Islah Negeri Perlis, Persatuan Melayu Negeri Perils (Pemanis), Pertubuhan Kebajikan al Qalam Perlis, Persatuan Bekas Pegawai Perkhidmatan

Pendidikan Malaysia cawangan Perlis dan Persatuan Baiturahim Perlis berkata, Perlis tetap mengamalkan Sunnah Wal Jamaah sebagaimana termaktub dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri.

Yang Dipertua Persatuan Al Islah Negeri Perlis, Datuk Ahmad Jusoh Amin berkata, artikel itu yang ditulis oleh Datuk Mohd Nakhaie Ahmad dalam majalah Milenia Muslim keluaran Ogos 2010, seolah-olah merupakan satu hasutan terhadap Perlis.

Katanya, ayat yang ditulis dalam artikel itu ialah “Tindakan negeri Perlis keluar daripada Jemaah dan mengambil jalan sendiri, kononnya mengembangkan Islam tanpa mazhab adalah salah dan mesti ditentang,” adalah keterlaluan.

Pertubuhan-pertubuhan itu mencadangkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menghentikan segera perbincangan bersabit isu Wahabi yang mengaitkannya dengan negeri Perlis dan memohon Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) mendesak penulis dan penerbit majalah Milenia Muslim menarik balik tuduhan dan memohon maaf secara terbuka. - Bernama

250,000 berbuka di Masjid Nabawi

MADINAH: Lebih 250,000 umat Islam berbuka puasa di Masjid Nabawi di sini setiap hari.
Khemah yang dipasang di luar perkarangan masjid berkenaan membantu mengurangkan suhu panas.
Ia membolehkan orang ramai berbuka puasa di perkarangan kawasan berkenaan.

Khemah itu amat berguna kerana peningkatan suhu di Madinah ketika ini.

Rata-rata pengunjung berpuas hati menziarah makam Rasulullah (SAW) dan bersolat di masjid Baginda.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada Raja Abdullah kerana keprihatinannya dan perkhidmatan cemerlang yang kami nikmati sejak menjejakkan kaki di negara ini,” kata Amin Al-Saddiq, jemaah dari Sudan ketika di wawancara oleh akhbar Arab News.

Beliau memuji pembangunan kemudahan asas di sekitar Madinah dan berkata, khemah baru di perkarangan masjid berkenaan bukan setakat melindungi pengujung daripada cuaca panas malah juga hujan.

Zain Al-Abdeen dari Bangladesh berkata, dia sentiasa mengimpikan untuk mengunjungi Makkah dan Madinah. “Saya sudah sekian lama menyimpan wang untuk perjalanan ini. Saya bergembira dapat menunaikan umrah dan bersolat di Masjid Nabawi ketika Ramadan,” katanya. Zain berkata, dia tidak dapat menahan air mata apabila melihat Kaabah buat julung kalinya dan melakukan tawaf pertamanya.

“Impian untuk melakukan tawaf sekeliling kaabah dan minum air zamzam berjaya saya tunaikan,” katanya. Secara tradisinya, penduduk Madinah membawa juadah buka puasa ke Masjid Nabawi selepas solat Asar untuk mengagihkannya kepada pengunjung.

Sebahagian mereka meletakkan makanan itu di perkarangan masjid sementara ada yang membawanya masuk.

Juadah itu biasanya terdiri daripada kurma, jus, susu, dadih, air dan buah-buah- an.
Pengunjung biasanya berbuka bersama-sama, duduk bersebelahan satu sama lain tanpa mengira bangsa, warna kulit atau kewarganegaraan kerana Islam yang menyatukan mereka. - Agensi

6 jam tersepit di tingkap

LONDON: Seorang penganggur tersepit dan terperangkap di tingkap selama hampir enam jam apabila cubaannya mencuri bertukar menjadi insiden memalukan.

BERI BANTUAN...anggota bomba memotong besi untuk mengalihkan bingkai tingkap sebelum menarik keluar suspek.
BERI BANTUAN...anggota bomba memotong besi untuk mengalihkan bingkai tingkap sebelum menarik keluar suspek.
HAJAT TAK SAMPAI... suspek kesakitan apabila tersepit di celah tingkap.
HAJAT TAK SAMPAI... suspek kesakitan apabila tersepit di celah tingkap.


Lelaki terbabit dipercayai mahu meloloskan dirinya melalui tingkap tidak berkunci di sebuah rumah di kawasan Tomlins Grove, di Bow, kira-kira jam 2 pagi.
Bagaimanapun ruang seluas 20 sentimeter kali 20 sentimeter itu tidak cukup untuk membolehkannya masuk.

Keadaan itu menyebabkan lelaki terbabit tersangkut di pinggangnya dan dia terpaksa menahan kesakitan hampir enam jam sebelum dilihat pemilik rumah berkenaan yang turun untuk bersarapan.

Polis, ambulans dan bomba terpaksa dipanggil untuk mengeluarkan penganggur terbabit kira-kira jam 7.30 pagi.

Dia kemudian ditarik keluar dari lubang sempit itu oleh 10 anggota bomba yang datang bersama dua jentera.

Mereka turut menggunakan tangga bagi menyokong kaki pencuri terbabit yang tergantung di tingkap sementara bingkai besi di situ dipotong dengan gergaji.

Keadaan aneh tetapi melucukan itu turut menarik perhatian seluruh kejiranan Tomlins Grove.

Seorang penduduk berkata, selepas mendapat tahu keadaan sebenar, dia ketawa terbahak-bahak melihat keadaan pencuri terbabit.

“Tentu lelaki itu kini sedar betapa bodohnya dia.

“Ramai daripada jiran mahu dia dibiarkan saja di situ,” katanya.
Menurut lelaki itu, ada seorang doktor bedah yang menawarkan kepakarannya ‘mengeluarkan pencuri terbabit tanpa merosakkan tingkap rumah’ berkenaan.

“Bagaimanapun, polis dan bomba menolak secara baik dan mahu kes itu dikendalikan pihak berkuasa tanpa mencederakan sesiapa,” katanya.

Selepas 30 minit barulah pencuri terbabit berjaya dikeluarkan dari tingkap berkenaan, tetapi dalam keadaan tidak berbaju.

Dia kemudian digari dan dibawa ke sebuah ambulans untuk pemeriksaan.
Selepas didapati tidak mengalami sebarang kecederaan serius, lelaki yang digambarkan sebagai ‘putih dan kurus’ itu dibawa menaiki van polis.

Jurucakap polis berkata, mereka menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 7.30 pagi dan pengadu menyatakan ada seorang lelaki terperangkap di tingkap.

“Pengadu berkata, separuh badan lelaki itu berada di luar dan separuh lagi dalam rumah,” katanya.

Jurucakap itu berkata, suspek dikeluarkan tanpa sebarang kecederaan selepas bingkai tingkap berkenaan dialihkan.

Scotland Yard pula berkata, seorang penganggur, Paul Joseph Keenan, 36, dari Jalan Rounton, Bow, didakwa di mahkamah kerana mencuri. Dia akan dibicarakan di Mahkamah Majistret Thames, hari ini. - Agensi

Warga Palestin pecah masuk kedutaan Turki




2010/08/19


INJAZ menceroboh Kedutaan Turki di Tel Aviv untuk menuntut suaka politik.
INJAZ menceroboh Kedutaan Turki di Tel Aviv untuk menuntut suaka politik.

TEL AVIV: Seorang rakyat Palestin yang memecah masuk ke Kedutaan Turki di Israel untuk cuba menawan dan menuntut suaka politik, diserahkan kepada pihak berkuasa Israel lewat, kelmarin. 

Tujuh jam selepas memasuki kedutaan, penyerang diiring keluar dan dibawa menaiki ambulans Israel.Dengan mengenakan baju biru muda dan sedikit tempang berikutan cedera akibat tembakan, dia mengangkat tangan dan menjerit sebelum pasukan polis Israel dan paramedik menahannya.Pengawal kedutaan menahan lelaki itu ketika cuba menawan timbalan konsul selepas menjerit untuk mendapatkan suaka politik, kata kenyataan Turki sambil menambah lelaki terbabit bersenjatakan pisau, tin gasolin dan senjata api mainan. 

Jurucakap kementerian luar Israel, Yigal Palmor mengenal pasti penyerang sebagai Nadim Injaz, rakyat Palestin dari bandar Ramallah, Tebing Barat. 

Polis Israel berkata, Injaz baru keluar penjara selepas menjalani hukuman kerana melakukan serangan terhadap kedutaan Britain empat tahun lalu, juga untuk mendapatkan suaka politik. 

Channel 2 TV memainkan rakaman panggilan telefon yang didakwa daripada penyerang. 
Saya mempunyai dua tawanan. Saya akan letupkan kedutaan ini. Jika mereka tidak benarkan saya tinggalkan negara ini sekarang, saya akan bakar seluruh bangunan, katanya dalam bahasa Hebrew. 

Seorang peguam yang mendakwa bercakap dengan Injaz melalui telefon memberitahu 
Radio Israel, tawanan terbabit iaitu konsul dan isterinya dibebaskan. 
Injaz berkata, dia meminati Pemimpin Turki, Recep Tayyip Erdogan. 
Saya sayangkan dan hormati beliau, katanya. 

Pemimpin Turki itu perlu memberikan perlindungan politik terhadap pembunuh Zionis ini, membunuh Yahudi, katanya yang mengaitkan insiden dengan ketegangan antara Israel dan Turki. AP 

Sharifah Aini, Siti berbaik


Oleh Farihad Shalla Mahmud

2010/08/19

Tak gaduh lagi.
Tak gaduh lagi.
KUALA LUMPUR: Krisis peribadi Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini dengan Datuk Siti Nurhaliza sejak enam tahun lalu, berakhir apabila dua penyanyi terkemuka tanah air itu dipertemukan dalam sesi fotografi khas bersama Berita Harian, di Hotel The Royale Chulan, di sini petang semalam. 

Walaupun pernah bertembung dalam beberapa majlis sebelum ini, ini kali pertama mereka disatukan dalam sesi fotografi selepas dikaitkan dengan kontroversi yang pernah menggemparkan dunia hiburan tanah air dan mendapat liputan meluas media.Kontroversi tercetus apabila Sharifah Aini didakwa membuat fitnah menerusi e-mel dengan niat merosakkan reputasi Siti Nurhaliza. Bagaimanapun, pendakwaan terhadap penyanyi itu digugurkan selepas didapati tiada kes yang boleh mengaitkannya.Sharifah Aini ketika ditanya kesudiannya memenuhi undangan itu, berkata beliau bersetuju kerana tidak mahu orang ramai terus berprasangka buruk terhadap hubungan mereka berdua. 

Sebenarnya antara kami tiada apa yang berlaku. Kami menjadi mangsa keadaan. Pada saya, Siti seorang yang baik dan masih seperti yang saya kenal dulu, katanya. 

Siti Nurhaliza ketika ditanya sama ada masih memendam perasaan terhadap apa yang berlaku, berkata perkara itu sudah dilupakannya. 

Apa yang berlaku sudah lama Siti lupakan. Siti anggap ini semua keberkatan Ramadan. Siti harap, selepas ini hentikan semua spekulasi yang tidak baik, katanya. 
Sepanjang lima jam di lokasi penggambaran, dua diva itu kelihatan mesra dan saling bertanyakan perkembangan masing-masing. Sambil mengakui pasti akan ada cakap-cakap nakal mempertikaikan keikhlasan mereka, dua penyanyi itu menegaskan mereka tidak mempedulikannya serta mengharapkan ikatan yang terjalin akan berkekalan. 

Dokumentari Islamik Ramadan




DOKUMENTARI Syahadah yang memasuki musim keenam penerbitannya tidak ketinggalan mencuri tumpuan khalayak penonton di saluran TV1.


DOKUMENTARI Islamik memang banyak dipertontonkan kepada khalayak pada bulan Ramadan. Namun, ia tidak hanya menarik perhatian penonton beragama Islam sahaja.
Berdasarkan sambutan yang diterima oleh beberapa stesen televisyen di Malaysia, dokumentari Islamik turut menarik minat penonton yang bukan beragama Islam.
Ia berikutan intipati yang ditonjolkan dalam dokumentari Islamik tidak terhad kepada penghayatan penonton Islam semata-mata, malah turut menampilkan sejarah, isu semasa dan keindahan Islam itu sendiri untuk difahami khalayak bukan Muslim.
Terdapat beberapa dokumentari Islamik popular yang hanya ditayangkan ketika Ramadan. Begitupun, masih ada beberapa program yang disiarkan pada hari biasa masih terus bertahan dan diingati sehingga ke hari ini.
Jejak Rasul
Dokumentari Jejak Rasul boleh dikatakan perintis kepada program dokumentari Islamik yang ada di Malaysia. Mula ditayangkan di TV3 pada tahun 1995, Jejak Rasul mendapat sambutan hangat masyarakat. Sejak itu, waktu siarannya ditunggu-tunggu umpama satu perkara wajib bagi masyarakat Malaysia setiap kali tiba bulan Ramadan.
Program yang cukup sinonim dengan pengacaranya Zainal Ariffin Ismail itu telah menjelajah ke merata dunia antaranya Afrika Utara, Eropah, China, Mesir dan pelbagai tempat lagi dengan satu tujuan iaitu menjejaki dan mengetahui dengan lebih jelas kisah perjuangan dan kehidupan 25 Rasul.
Oleh kerana sambutan hangat yang diterima, Jejak Rasul telah sampai ke musim ke-16. Tahun ini, ia kembali dengan Trilogi Suara Kebenaran yang menyingkap kisah srikandi, jihad, Yahudi dan bani Israel dalam sejarah Islam.
Menemui penonton sepanjang bulan Ramadan ini, bermula 11 Ogos lalu pukul 6 petang setiap Isnin hingga Ahad, Jejak Rasul musim ke-16 telah diberi nafas segar dan kini diterajui oleh pengacara berpengalaman iaitu Ezzah Aziz Fawzy, Mohd. Sidek Majin dan Mohd. Fasil Mohd. Idris.
Syahadah
Dokumentari Syahadah pula, cukup sinonim dengan penonton TV1 dan TV2. Mula disiarkan pada tahun 2005 Syahadah menjadi program tonggak bagi RTM setiap kali menyambut kedatangan bulan Ramadan.

NAMA pengacara Zainal Ariffin Ismail (kiri) begitu sinonim dengan dokumentari kebanggaan Malaysia, Jejak Rasul, sama seperti pengacara bagi musim ke-13 program itu, Norzie Pak Wan Chek.


Memberi penekanan kepada perkembangan dan pembangunan negara dan umat Islam di seluruh pelosok dunia, rancangan ini diterbitkan dalam dwibahasa iaitu bahasa Melayu untuk tayangan di saluran TV1 dan bahasa Inggeris di TV2.
Rancangan yang berjaya memikat tumpuan penonton itu memaparkan realiti kehidupan komuniti Muslim di negara-negara Balkan dan Eropah serta negara bekas jajahan Soviet Union di Asia Tengah.
Dokumentari Syahadah 2010 musim keenam kini kembali menemui penonton dengan kupasan sejarah dan penemuan artifak yang terdapat di Semenanjung Malaysia dan beberapa negara Asia lain seperti Indonesia, Kemboja, India, China, Jepun dan Korea Selatan.
Dokumentari yang menjejaki latar belakang dan cara hidup Muslim dunia itu diterbitkan oleh Unit Majalah dan Dokumentari RTM dan disiarkan sepanjang bulan Ramadan bermula 11 Ogos lalu pukul 6.30 petang di TV1.
Ziarah
Program Ziarah yang diterbitkan oleh produksi One To One Sdn. Bhd. telah ditayangkan pada tahun 2006 di Astro Ria juga pada bulan Ramadan.
Penggambaran Ziarah dilakukan ketika kemelut politik negara-negara Arab sedang memuncak menentang gerakan Zionis di bumi Palestin dan ketika peperangan masih meletus di Lebanon.
Ziarah memulakan penggambaran di Asia Selatan (Afghanistan dan Pakistan), Asia Tengah (Jordan, Syria dan Lebanon), Asia Selatan (Uzbezkistan dan Kazakhstan).
Krew Ziarah diketuai oleh Zainal Rashid Ahmad dengan hosnya Wan Kamarudin Wan Ibrahim dan Dang Suria Zainuddin. Mereka merupakan kumpulan pertama wartawan Malaysia yang tiba di lokasi peperangan ketika itu.

Merakam detik perjalanan keimanan






JIKA anda berpeluang menyaksikan segmen dokumentari bertajuk Seven Wonders of The Muslim World di saluran Discovery Astro 551 yang ditayangkan baru-baru ini, pasti perasaan terharu menyelubungi diri terutama bagi mereka yang beragama Islam.
Apabila mengimbas semula perjalanan dakwah dan perkembangan Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW, mustahil jika seseorang itu tidak merasai getaran keinsafan jauh di dalam sudut hati. Ternyata, peninggalan dan pengorbanan Baginda dapat dilihat hingga ke hari ini.
Dokumentari itu bermula dengan menyingkap sejarah keagungan tujuh buah masjid paling ikonik dalam dunia Islam. Ia meliputi aspek seni bina dan rekaan yang diilhamkan melalui ayat-ayat dalam al-Quran oleh individu ternama yang telah memeluk Islam.
Penonton disajikan paparan Masjid al-Aqsa di Baitul Maqdis, Palestin diikuti Alhambra di Granada, Sepanyol; Masjid Biru (Istanbul, Turki); Masjid Agung Djenne (Mali, Afrika Barat); Masjid Imam (Esfahan, Iran), Masjid Badashahi (Lahore, Pakistan) dan berakhir Masjidil Haram di Mekah al-Mukarramah.
Penjelasan bagi setiap rumah ibadat itu bertambah menarik kerana ia dilengkapi cerita perjalanan keimanan enam orang anak muda yang berasal dari sekitar kawasan masjid itu dibina.

AKHIRNYA perjalanan panjang (dari kiri) Naureen Saleem, Erhan Yukselci, Isack Lopez Rejo'n dan Amadou Thiam dari penjuru dunia yang berbeza dipertemukan di Masjidil Haram.


Sameh Abdin, Isack Lopez Rejo’n, Amadou Thiam, Erhan Yukselci, Rana Naeem dan Naureen Saleem masing-masing tinggal berdekatan dengan masjid tersebut. Dokumentari itu turut menyorot cara hidup harian mereka termasuk rutin menunaikan solat di masjid berkenaan.
Bagaikan formula sebuah program televisyen realiti, kemuncak penggambaran tersebut merakamkan perjalanan penting apabila mereka terpaksa berpisah dengan keluarga tersayang untuk menuju ke Baitullah yang merupakan kiblat bagi sekalian umat Islam.
Sepanjang perjalanan penuh bermakna itu, perasaan setiap daripada mereka diluahkan di hadapan kamera sehinggalah mereka tiba ke kota suci Mekah.
Mesej dan sejarah
Selain mengajak penonton menerokai sejarah dan keistimewaan setiap masjid, ia juga sebenarnya membawa mesej mengenai pengertian Islam dari kaca mata pemuda-pemudi tersebut.
Walaupun masing-masing berbeza keturunan dan bangsa, namun hakikatnya mereka menganut agama yang diwariskan oleh rasul akhir zaman, Muhammad SAW yang selama ini telah tersebar ke serata dunia.
“Setiap hari dan di mana jua saya berada di dunia ini, saya akan bersembahyang menghadap ke arah kiblat. Kini saya berada betul-betul di hadapannya.
“Tiada apa lagi yang saya mahukan apabila saya sudah berada di hadapannya. Ia satu perasaan yang bercampur-baur. Saya gembira tetapi pada masa yang sama menangis kerana terharu dapat menjejakkan kaki di hadapan Kaabah,” kata Isack dalam dokumentari tersebut.
Bagi Erhan pula, dia bertuah kerana terpilih menjadi tetamu Allah.

KAABAH yang terletak di Masjidil Haram, Mekah menjadi impian dan titik pertemuan bagi watak-watak utama dari pelbagai negara dalam dokumentari ini.


“Ia adalah masjid yang diperkatakan oleh umat Islam di seluruh dunia dan sudah menjadi impian seumur hidup saya untuk sampai ke situ.
“Berada berhampiran Kaabah membuatkan saya rasa dekat dengan rahmat Allah. Ia satu perasaan yang sukar diungkapkan dengan kata-kata,” ujar remaja yang berasal dari Republik Mali di Afrika Barat itu.
Cabaran penggambaran
Menurut penerbit Seven Wonders of The Muslim World, Faris Kermani, pembikinan dokumentari yang berdurasi selama satu jam itu mengambil masa tujuh hingga lapan bulan.
Faris, seorang pengarah filem berketurunan Pakistan-Britain yang berpangkalan di London mengakui banyak cabaran telah dihadapinya untuk menerbitkan dokumentari tersebut.
“Walaupun saya pernah menjalani penggambaran di banyak tempat yang berbahaya seperti zon peperangan dan sebagainya, namun rakaman di Arab Saudi jauh lebih mencabar.
“Paling sukar tentunya apabila cuba mengumpulkan enam orang dari lokasi berbeza di seluruh dunia untuk sampai ke Arab Saudi pada masa yang sama untuk penggambaran terakhir dokumentari itu,” kata Faris dalam sidang media melalui telefon bersama wartawan-wartawan dari Asia Tenggara baru-baru ini.
Apa yang pasti, jelasnya program ini terhasil daripada kombinasi terhadap keinginan untuk menunjukkan kepada dunia tentang aspek keindahan dalam Islam itu sendiri.
Ditanya mengenai pemilihan enam anak muda yang terlibat dalam dokumentari itu, Faris memberitahu, nama mereka didapatkan daripada individu yang mentadbir masjid di setiap lokasi penggambaran awal.

KEINDAHAN reka bentuk dan sejarah Masjid Biru memang tiada tolok bandingnya.


Kemudian, pihaknya membuat pemilihan berdasarkan pelbagai kemungkinan sebelum menemui individu yang diinginkan.
Turut berkongsi pengalaman menunaikan umrah di Mekah bersama penonton ialah Naureen, seorang wanita moden dan bekerjaya dari Lahore, Pakistan.
Ujarnya ketika mengelilingi Kaabah, dia langsung tidak menyedari apa yang berlaku di sekitarnya. Dia mengatakan bahawa dirinya sudah tidak mengeluh dan peduli apabila dilanggar jemaah lelaki dan wanita yang mengerjakan ibadah serupa di situ.
“Ketika itu, saya tenggelam dalam munajatnya pada Allah. Saya rasa seperti hanya saya seorang yang ada di sana. Apabila beristighfar memohon keampunan pada Allah, saya seolah-olah merasakan semua dosa itu hilang dan diri ini seperti dilahirkan semula.

KUBAH BATU berwarna emas ini terletak dalam perimeter Masjid al-Aqsa.


“Saya rasa sungguh kagum dan terharu. Saya ketawa dan menangis pada masa yang sama. Sukar untuk mempercayainya kerana perasaan teruja dalam diri saya adalah lebih daripada apa yang dijangkakan,” ungkap Naureen selepas selesai mengerjakan rukun umrah.
Tarik perhatian
Sementara itu, Profesor di Jabatan Fiqh dan Usul, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Datuk Dr. Mahmood Zuhdi Abdul Majid ketika dihubungi berkata, penghasilan dokumentari sedemikian sangat baik untuk Islam.
Sebagai saluran dokumentari yang memang dikenali di persada antarabangsa, sudah pasti penyiaran program tersebut mampu menarik perhatian masyarakat seluruh dunia.
“Sekurang-kurangnya penerbitan dokumentari itu boleh dianggap jihad untuk menunjukkan keagungan Islam melalui ketamadunan yang dibina oleh umatnya satu ketika dahulu.
“Harus diingat dalam hidup ini, ada dua wajah iaitu baik dan buruk yang sentiasa menyelubungi kita. Maka, dalam konteks ini, kita harus menunjukkan apa yang terbaik yang ada pada Islam bagi menangkis tanggapan negatif dunia terhadap anutan kita ini,” terang beliau sambil berharap lebih banyak penerbitan dokumentari seumpama itu dihasilkan dari semasa ke semasa.