Pages

Tuesday, December 21, 2010

Derhaka dalam taat.



Ghurur  bererti tipu daya, yang berasal dari perkataan “Ghaara” (terpedaya). Selain bermaksud tipu daya, “Ghurur” juga diertikan dengan syaitan dan segala yang sia-sia. Orang yang terkena penyakit Ghurur selalunya lupa bahawa disebalik ketaatan yang ditunjukkan secara zahirnya tersembunyi sifat derhaka atau dalam perkataan lain, derhaka dalam taat!

Derhaka dalam taat ialah tidak sedar amalan yang kelihatan pada zahirnya baik, tetapi hakikatnya ia dibenci dan dimurkai Allah, kerana terselit niat dan perasaaan tidak ikhlas, riak, ujub, sombong, mengharapkan ganjaran dunia, pujian, mencari pengaruh, dan lain-lain.

Dua golongan yang dianggap derhaka dalam taat iaitu:

1.Amal yang tidak sempurna
Orang yang mengamalkan syari’at lahir dan batin tetapi kedua-duanya tidak sempurna dan dalam masa yang sama masih terlibat dengan dosa dan maksiat, sama ada maksiat zahir atau batin. Sebagai contoh, melakukan semua perintah fardhu disamping “Fadhilul A’mal” (solat sunat tahajjud, puasa sunat, baca al-Quran dan lain-lain.) dan adakalanya dia pemurah, lemah-lembut tetapi dalam masa yang sama kehidupannya masih lagi terlibat dengan riba’, mendedahkan aurat, bergaul secara bebas, mengumpat, menfitnah, mencerca, sombong, cinta dunia dan lain-lain.
Imam Ghazali pernah berkata: “ Kalau kamu tidak boleh (belum mampu) bangun untuk solat tahajjud malam (amalan sunat), janganlah membuat dosa (haram) di siang hari. Kerana tidak ada gunanya berbakti kepada Allah di malam hari (tahajjud) tetapi derhaka (membuat perkara-perkara haram) di siang hari”.

2. Cuai dengan amalan batin
Golongan ini  banyak mengerjakan amalan-amalan lahir tetapi cuai terhadap amalan-amalan batin. Secara zahirnya dia sempurna, baik, tetapi hatinya penuh dengan hasad dengki, jahat sangka, sombong, bakhil, riak, ujub, cinta dunia, mementingkan diri  selain suka menghina dan memandang rendah kepada orang yang kurang ibadah kerana menyangka dirinya jauh lebih hebat berbanding orang-orang lain hinggakan sentiasa rasa tenang dan senang dengan ibadahnya bahkan yakin akan selamat di akhirat. Ia menyangka dengan amalannya pasti Allah akan memberinya kedudukan yang mulia di dalam syurga. Orang ini dianggap derhaka pada Allah dalam amalan taatnya. Tetapi sebenarnya dia telah menjarakkan diri daripada Allah.

Oleh itu, dalam menilai amalan para ulama’ sepakat menyimpulkan bahawa 'Biar sedikit malan biarpun sekadar yang fardhu sahaja, tetapi di dalam hati tersemat rasa takut kepada Allah (taqwa) daripada banyak amal lahir tetapi tiada rasa taqwa.  Walaupun banyak dan hebat ibadah seseorang, tetapi selagi hatinya tidak zuhud dengan dunia, selama itu ibadahnya tidak bernilai '.

Seseorang manusia yang telah selesai melakukan segala perintah Allah, tetapi dalam masa yang sama, jika hatinya tidak beradab dengan Allah, masih ada riak, ujub, dan lain-lain, belum tentu Allah menerima alamalannya. Firman Allah:
“ Ada pun orang yang enggan dan menyombongkan diri, maka Allah akan menyeksa mereka dengan seksaan yang pedih”. (An-Nisa: 173)

Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesungguhnya yang amat aku takuti sekali di antara segala perkara yang terjadi di atas kamu adalah syirik kecil”.  Lantas sahabat bertanya: “ Apakah syirik kecil itu?” Baginda s.a.w menjawab,” Riak (beramal dengan tidak ikhlas) kerana menunjuk-nunjuk . Di akhirat kelak iaitu sewaktu setiap manusia melihat amalnya, Allah s.w.t berfirman kepada mereka, “Pergilah kamu semua kepada sesuatu yang kamu niatkan (menunjuk-nunjuk) amalan kamu ketika di dunia. Lihatlah apa yang boleh kamu perolehi balasan dari mereka itu?” (Riwayat Ahmad dan al-Baihaqi)
Dalam hadis lain Rasulullah s.a.w menegaskan; “Allah s.w.t tidak menerima sesuatu amalan yang di dalamnya terselit perasaan riak walaupun sebesar zarah”. (hadis dalam kitab Ihya’ Ulumiddin oleh imam Ghazali)

Memang, mengurus hati itu sesuatu yang sukar. Berdoa dan bermujahadahlah dengan istiqamah agar hati itu sentiasa menjadi ’rumah’ yang mengingati Allah dan kematian. Didiklah hati, dan bernafaslah dengan jiwa seorang hamba. Persiapkan diri untuk melawan segala serangan Ghurur. InsyaAllah. Barakallahufikum.


Doa mengharap anak / kenalan anda hilang rasa untuk melakukan maksiat.


Letak tangan di dadanya, dan bacalah doa ini: (Jika sukar membaca, copy, 

pastekan di atas microsoft word anda dan besarkan saiz tulisan)

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ ذَنْبَهُ، وَطَهِّرْ قَلْبَهُ، وَحَصِّنْ فَرْجَهُ.

Maksudnya:  “Ya Allah, ampunilah dosanya, bersihkan  hatinya dan 

peliharalah kemaluannya”

Riwayat Ahmad no.22265


Doa ini dipetik dari sebuah hadis daripada Abu Umamah r.a, ketika seorang pemuda mendatangi Rasulullah SAW untuk meminta izin berzina. Rasulullah SAW tidak terus memarahi dan melarangnya, namun Baginda SAW memberikan analogi untuk mengugat perasaan lelaki tersebut dengan memberikan soalan:

apakah kamu suka bila perzinaan itu dilakukan terhadap ibumu?”

tentu saja dia menjawab tidak suka, manusia manakah yang mahu ibunya diperlakukan begitu. Lalu Rasulullah bertanya lagi secara berurutan, apakah ia suka bila dilakukan terhadap anak perempuannya, saudara perempuan dan makciknya. Pemuda tersebut kemudian sedar tentang impak buruk zina dalam masyarakat lalu terus bertaubat.

Batu karang terbesar dalam perut



Saiz baru karang yang biasa dijumpai adalah sebesar bola golf. Tapi kali ini seorang doktor telah menjumpai saiz yang lebih besar dari itu pada salah seorang pesakitnya. Amat mengejutkan, batu yang tinggal diperut pesakit itu selama ini adalah seberat 1.13 kg dan berdiameter 17 sentimeter.


5 Matlamat Bersuci Daripada Al-Quran





http://www.moveed.com/data/media/119/01_Morocco.jpg
1-Supaya dijauhkan daripada pengaruh syaitan. Surah An-Nur, ayat : 21.
24:21
Sahih International
O you who have believed, do not follow the footsteps of Satan. And whoever follows the footsteps of Satan - indeed, he enjoins immorality and wrongdoing. And if not for the favor of Allah upon you and His mercy, not one of you would have been pure, ever, but Allah purifies whom He wills, and Allah is Hearing and Knowing.
Malay
Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; dan sesiapa yang menurut jejak langkah Syaitan, maka sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menyuruh (pengikut-pengikutnya) melakukan perkara yang keji dan perbuatan yang mungkar. Dan kalaulah tidak kerana limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu, nescaya tidak ada seorang pun di antara kamu menjadi bersih dari dosanya selama-lamanya; akan tetapi Allah membersihkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan (ingatlah Allah Maha Mendengar) lagi Maha Mengetahui
2-Menuju Allah SWT dan terbentuk rasa takut kepadaNya. Surah An-Nazia't, ayat : 18 & 19.
79:18
Sahih International
And say to him, 'Would you [be willing to] purify yourself
Malay
"Serta katakanlah kepadanya: `Adakah engkau suka hendak mensucikan dirimu (dari kekufuran)?
79:19
Sahih International
And let me guide you to your Lord so you would fear [Him]?'"
Malay
`Dan mahukah, aku tunjuk kepadamu jalan mengenal Tuhanmu, supaya engkau merasa takut (melanggar perintahNya)? ' "
3-Supaya tidak dizalimi. Surah An-Nisa', ayat : 49.
4:49
Sahih International
Have you not seen those who claim themselves to be pure? Rather, Allah purifies whom He wills, and injustice is not done to them, [even] as much as a thread [inside a date seed].
Malay
Tidakkah engkau perhatikan (dan merasa pelik wahai Muhammad) kepada orang-orang yang membersihkan (memuji) diri sendiri? (Padahal perkara itu bukan hak manusia) bahkan Allah jualah yang berhak membersihkan (memuji) sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya); dan mereka pula tidak akan dianiaya (atau dikurangkan balasan mereka) sedikitpun.
4-Merupakan asas kepada Kitab Suci Al-Quran dan Solat. Surah As-Saffat, ayat :168 & 169 dan Surah Al-A'la, ayat : 14 & 15.
37:168
Sahih International
"If we had a message from [those of] the former peoples,
Malay
"Kalaulah ada di sisi kami Kitab Suci dari (bawaan Rasul-rasul) yang telah lalu
37:169
Sahih International
We would have been the chosen servants of Allah ."
Malay
"Tentulah kami akan menjadi hamba-hamba Allah yang dibersihkan dari sebarang syirik!"
87:14
Sahih International
He has certainly succeeded who purifies himself
Malay
Sesungguhnya berjayalah orang yang - setelah menerima peringatan itu - berusaha membersihkan dirinya (dengan taat dan amal yang soleh),
87:15
Sahih International
And mentions the name of his Lord and prays.
Malay
Dan menyebut-nyebut dengan lidah dan hatinya akan nama Tuhannya serta mangerjakan sembahyang (dengan khusyuk).
5-Menyucikan harta. Surah At-Taubah, ayat : 103.
9:103
Sahih International
Take, [O, Muhammad], from their wealth a charity by which you purify them and cause them increase, and invoke [ Allah 's blessings] upon them. Indeed, your invocations are reassurance for them. And Allah is Hearing and Knowing.
Malay
Ambilah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk); dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
Mencari Kecerdasan Daripada Al-Quran.  m/s : 177.

Zionis berang dikecam

PERTUBUHAN hak asasi manusia berpangkalan di New York, Amerika Syarikat, Human Rights Watch (HRW), menegaskan warga Palestin yang tinggal di tanah jajahan Israel di Tebing Barat hidup melarat tanpa sebarang kemudahan asas.
Segala-galanya, kata HRW, berpunca daripada dasar diskriminasi Israel ke atas pemilik sebenar tanah berkenaan.

Justeru, HRW menggesa Washington menghukum Israel dengan hanya menyerahkan bantuan tahunan setara dengan subsidi diberi Tel Aviv kepada penduduk Palestin di Tebing Barat.

Dalam laporan setebal 166 halaman itu, HRW mendapati Israel menafikan hak penduduk Palestin daripada mendapat perkhidmatan seperti dinikmati pendatang haram Yahudi di situ.

Wakil HRW, Carroll Bogert, berkata penduduk Palestin itu menghadapi diskriminasi bersistematik hanya kerana faktor keturunan, etnik dan asal-usul mereka.

“Penduduk terbabit dinafikan hak mendapat bekalan elektrik, air bersih, sekolah dan akses ke jalan utama,” katanya.

Pada masa sama, kata Carroll, pendatang Yahudi itu diberi layanan baik walaupun taraf penempatan mereka dianggap haram mengikut perspektif undang-undang antarabangsa.

“Warga Palestin seperti terperangkap dalam ruang waktu silam.

“Bukan saja mereka tidak mendapat hak persamaan, malah kadang-kadang dizalimi apabila diusir dari tanah sendiri,” katanya.

Seperti kelaziman mana-mana penganut Zionis, Tel Aviv dengan pantas menafikan laporan HRW dan mendakwa pertubuhan itu bersikap berat sebelah.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, berkata pertubuhan hak asasi manusia kononnya selalu bersikap hipokrit dan ia mesti didedahkan kepada umum.

“Mereka memejamkan mata terhadap rejim paling kejam di dunia kerana merejam wanita sehingga mati dan menggantung pengamal homoseks.

“Sebaliknya, pertubuhan itu hanya menyerang satu-satunya negara liberal dan demokratik di Timur Tengah,” katanya.

Jurucakap kerajaan, Mark Regev, pula berkata HRW membenarkan agenda anti-Israel mempengaruhi pandangan mereka terhadap sesuatu isu.

Sambil menafikan laporan HRW, Regev berkata, berlaku pembangunan pesat di wilayah dikuasai Pihak Berkuasa Palestin (PA) di Tebing Barat sejak dua tahun lalu.

“Sesiapa saja yang memberi perhatian secara objektif dapat melihat hakikat itu.

“Kerajaan Israel komited bekerjasama dengan PA bagi kepentingan semua pihak,” katanya.

Namun, di sebalik penafian membabi-buta Tel Aviv itu, penulis laporan dan penyelidik HRW, Bill Van Esveld, berkata penelitian pertubuhan itu membuktikan kewujudan dua sistem berbeza yang diamalkan oleh satu rangkaian undang-undang diskriminasi dan ketenteraan.

“Kita membincangkan isu dua kumpulan penduduk yang tinggal di satu kawasan sama, tetapi mendapat layanan berbeza tanpa sebarang alasan,” katanya.

Menurut Van Esveld, ketika pendatang haram Yahudi boleh berhubung secara langsung dengan pentadbir tanah jajahan itu, warga Palestin pula tidak dilayan sama sekali.

Diskriminasi itu, katanya, menyebabkan mustahil bagi penduduk asal tanah Palestin itu mendapat permit bagi membina kediaman.

Katanya, selepas menghadapi pelbagai kesukaran dan kezaliman Zionis, diskriminasi di penempatan haram Yahudi itu menambahkan lagi keperitan warga Palestin di Tebing Barat.

Kekecewaan mendorong kebanyakan penduduk asal berpindah ke kawasan lain.

“Diskriminasi itu sangat ketara,” katanya.

Justeru, HRW mencadangkan komuniti antarabangsa mengenakan tindakan ke atas rejim Zionis, termasuk memotong bantuan kepada Israel.

“AS - yang menyediakan bantuan bernilai AS$2.75 bilion (RM8.7 bilion) setahun - perlu menggantung peruntukan itu dan hanya menyalurkannya mengikut nilai subsidi dibelanja Tel Aviv untuk penduduk Palestin,” kata laporan itu.

Berdasarkan kajian pada 2003, nilai perbelanjaan Israel untuk penduduk Palestin di Tebing Barat hanya AS$1.4 bilion (RM4.4 bilion).

HRW juga menggesa Washington bersikap lebih adil apabila memberikan pengecualian cukai terhadap mana-mana pertubuhan yang menyalurkan bantuan kepada penempatan haram di Tebing Barat.

Kata HRW, Washington perlu menjelaskan bagaimana dasar itu selari dengan tanggungjawab AS yang kononnya bersungguh-sungguh memastikan semua negara mematuhi undang-undang antarabangsa.

Ketika ini, kira-kira 500,000 pendatang haram Yahudi menetap di lebih 130 lokasi diceroboh dan dijajah rejim itu di seluruh Tebing Barat. - AFP

Tercampak sebelum diseret badan bas



Oleh Kasdi Ali, Norhayati Abllah dan Ravale Savarinathan
am@hmetro.com.my
 REMUK...keadaan bas yang terbabit
dalam nahas ngeri di Jalan Simpang
Pulai-Cameron Highlands, semalam.
REMUK...keadaan bas yang terbabit dalam nahas ngeri di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands, semalam.

Foto
ANGKAT...anggota Jabatan Pertahanan Awam membawa keluar mayat mangsa daripada bas terbabit.


Foto
BANTU...pasukan penyelamat merawat mangsa yang cedera di tempat kejadian, semalam


Foto
RAWAT...seorang mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Raja Pemaisuri Bainun, Ipoh, semalam


Foto
TINJAU...Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Chong Ha (kiri) bersama Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan, Datuk Solah Mat Hassan (dua dari kiri) melawat tempat kejadian.


Foto
LANGGAR...batu pembahagi jalan pecah akibat dilanggar bas pesiaran.

IPOH: “Kejadian berlaku begitu pantas dan saya melihat beberapa penumpang tercampak keluar selain ada antara mereka diseret badan bas yang menggelongsor lebih 50 meter,” kata Monat Rahen, 19, antara saksi terawal kemalangan terburuk dalam sejarah negara yang mengorbankan 27 nyawa, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 11.40 pagi itu, 24 pelancong Thailand dan tiga rakyat tempatan terbunuh manakala 10 lagi parah apabila bas persiaran dua tingkat dinaiki mereka terbabit kemalangan di Kilometer 15, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai, berhampiran Kampung Juang, di sini.

Monat berkata, sebelum kejadian dia yang memandu Proton Satria bersama seorang di sebelahnya, melihat bas terbabit yang datang dari arah bertentangan meluru laju ketika muncul dari selekoh tajam di depannya.

Melihat keadaan itu, dia memperlahankan kenderaan kerana tidak sedap hati melihatkan keadaan badan bas dua tingkat itu yang tidak stabil dan senget seperti mahu terbalik.


“Firasat saya benar-benar berlaku apabila bas itu merempuh konkrit pembahagi jalan menyebabkan ia terbalik ke laluan bertentangan dan menggelongsor sebelum terhumban ke dalam longkang satu meter,” katanya.

Menurutnya, jarak kereta dipandunya dengan tempat bas itu terhumban ke dalam longkang kira-kira 50 meter.
“Tindakan saya memperlahankan kelajuan menyelamatkan nyawa saya dan rakan kerana jika tidak pasti kereta kami dihimpit bas itu kerana kenderaan kami berada di depan sekali ketika kejadian,” katanya.
Monat berkata, selepas memberhentikan kenderaannya, dia bersama rakan segera ke tempat kejadian dan hatinya sayu apabila melihat ramai penumpang bergelimpangan atas jalan.
“Sebahagian besar mereka parah dan sudah tidak bergerak, dipercayai sudah meninggal dunia. Saya mengangkat beberapa mangsa yang parah ke tepi jalan,” katanya.

Seorang lagi saksi yang menaiki bas henti-henti yang ketika itu berada tidak jauh di belakang kereta dinaiki Monat, Muhammad Shafwan Mohd Nan, 17, berkata dia tidak berani membantu mangsa kerana begitu ngeri melihat keadaan beberapa penumpang terutama yang tercampak atas jalan dan diseret bas.

Pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan Tasik Damai, di sini, berkata dia menaiki bas itu bersama tiga rakannya untuk bercuti ke Cameron Highlands.

“Bas kami berhenti mengejut sebelum pemandu memberitahu berlaku kemalangan. Saya bersama rakan turun untuk menghulurkan bantuan selepas melihat dari jauh terdapat ramai orang bergelimpangan atas jalan.

“Bagaimanapun, saya membatalkan hasrat itu kerana terlalu takut melihat keadaan mangsa yang bergelimpangan dan tersepit dalam bas dalam keadaan mengerikan.

“Saya percaya kebanyakan mangsa sudah meninggal dunia selain kaki dan tangan mereka patah, malah kepala beberapa mangsa juga pecah dengan otak bertaburan atas jalan. Keadaan ketika itu begitu menyayat hati dan menakutkan,” katanya.
hmetro

Koleksi permainan taikun AS dilelong RM7.23 juta


KOLEKSI bot dan kapal dalam simpanan taikun Michael Forbes dan anaknya.





NEW YORK - Satu koleksi permainan milik ahli perniagaan penerbitan, Malcolm Forbes dan anak lelakinya dilelong pada harga AS$2.3 juta (RM7.23 juta) pada Jumaat lalu.
Salah satu permainan yang paling mahal dilelong itu ialah replika kapal persiaran Lusitania pada 1915 yang dilelong pada harga AS$194,500 (RM611,896).
Taikun itu membeli replika itu pada 1983 dengan harga cuma AS$28,600 (RM89,975).
Turut dijual dalam lelongan itu ialah satu set asli permainan Monopoly buatan tangan Charles Darrow pada 1933 milik keluarga taikun tersebut.
Set permainan itu dijual pada harga AS$146,500 (RM460,888.99) berbading jangkaan asal AS$80,000 (RM251,679.99).
Dua set pahlawan pada zaman pertengahan yang dibuat pada 1930-an turut dilelong pada harga AS$15,000 (RM47,190).
Forbes yang meninggal dunia pada 1990 semasa berumur 71 tahun merupakan pengasas majalahForbes dan merupakan rakan rapat aktres Elizabeth Taylor. - Agensi
kosmo

Permainan video untuk kucing


LAMAN YouTube menunjukkan seekor kucing bermain dengan permainan video komputer tablet iPad baru-baru ini.





LOS ANGELES - Sebuah syarikat mencipta permainan untuk kucing di komputer tablet iPad, lapor sebuah akhbar semalam.
Satu video promosi permainan itu menunjukkan haiwan tersebut seolah-olah 'terpukau' dengan imej tikus yang muncul di skrin iPad.
Kucing itu cuba untuk menangkap tikus yang terdapat dalam permainan tersebut.
Selain tikus, aplikasi permainan itu turut mengandungi satu cahaya laser yang menarik minat haiwan tersebut untuk menangkapnya.
Menurut akhbar metro.co.uk, permainan itu boleh didapati secara percuma di iTunes Store keluaran Apple. - Agensi
kosmo

Orang utan diberi layanan kelas pertama


SEEKOR orang utan duduk di kelas pertama sebuah feri dari Sepanyol ke Dorset, Britain baru-baru ini.





LONDON - Seekor orang utan berusia 11 bulan yang diberi nama Silvestre diberi layanan istimewa apabila ia dibenarkan duduk di kelas pertama dalam perjalanan feri dari Sepanyol ke Dorset, lapor sebuah akhbar baru-baru ini.
Haiwan itu dibawa ke Pusat Menyelamat Mawas Dunia dekat Wareham di Dorset dari Zoo Santillana di Sepanyol selepas ibunya meminggirkannya selepas ia dilahirkan.
Perpindahan haiwan itu diiringi oleh beberapa kakitangan zoo tersebut. - Agensi
kosmo

Salji ganjil di Australia




GAMBAR yang dirakamkan semalam menunjukkan sebuah kampung diselubungi salji di Mt. Hotham, Australia semalam.


SYDNEY - Salji muncul buat kali pertama di Australia semalam dalam bulan Disember yang pada kebiasaannya mengalami cuaca panas.
Beberapa tempat di negeri-negeri pantai timur seperti New South Wales dan Victoria diselubungi salji yang menyebabkan beberapa resort ski yang sebahagiannya bebas salji dalam bulan ini dipenuhi dengan salji setebal 10 sentimeter.
"Ia putih, semuanya putih," kata Pengurus Besar Hotel Kosciuszko, Michelle Lovius di Charlotte Pass.
Beliau berkata, pada kebiasaannya, jumlah salji itu adalah sesuatu yang luar biasa pada awal Disember.
"Kami berharap ia akan kekal selama lima hari lagi dan kami akan meraikan Krismas dalam suasana bersalji," katanya.
Di negeri Victoria, kawasan Mt. Hotman diselubungi salji setebal 10 sentimeter kelmarin manakala di Mt. Buller salji setebal sehingga lima sentimeter. - AFP
kosmo

Bekas petani bina rumah atas pokok





2010/12/21

BEIJING: Seorang bekas petani di China membina sebuah rumah – lengkap dengan dapur dan bilik air – di atas pokok setinggi 15.24 meter. 

Xiong Yuhu, 63, dari perkampungan Xingping di daerah Yaojiang wilayah Hunan berkata dia mendapat inspirasi daripada Stadium Olimpik Sarang Burung di sini.
“Stadium Sarang Burung kelihatan seperti sarang burung di atas tanah. Saya terfikir mengapa kita tidak boleh membina sarang burung sebenar di atas pokok,” ujarnya. – Agensi
bharian

Pemandu baru 3 bulan kendali bas





2010/12/21

ANTARA mangsa  kemalangan bas yang meragut 27 nyawa.
ANTARA mangsa kemalangan bas yang meragut 27 nyawa.

Foto
KANGAR: Pemandu bas, Omar Shahidan yang terbunuh bersama sebahagian besar pelancong Thailand, di Kilometer 15 Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai semalam baru tiga bulan memandu bas dua tingkat yang baru dibeli pemiliknya.

Sepupunya, Julie Mahmud, 33, berkata beliau difahamkan Omar yang pernah menjadi pemandu lori pernah membawa keluarganya menaiki bas itu bersiar-siar di sekitar Perlis.
Seorang rakan Omar yang bertugas di syarikat pengangkutan sama berkata, pula berkata, beliau tidak pasti sama ada Omar atau pembantu pemandu yang baru bertugas memandu bas ketika kejadian.
“Omar adalah pemandu berpengalaman dan kerap diarah memandu bas membawa pelancong, terutama dari Thailand ke Malaysia. Bagaimanapun, saya mengesyaki bas itu dipandu pembantu pemandu ketika menuruni laluan berbukit di Cameron Highlands,” katanya.

Julie juga berkata, sepupunya itu sempat membawa isteri dan tiga anaknya melancong di Hatyai, Selatan Thailand, pada Jumaat lalu dan sejurus pulang, dia diarahkan pemilik syarikat, memandu bas dari Thailand ke Cameron Highlands pada Sabtu lalu.

Beliau dimaklumkan isterinya, Puspalela Ramli, 45, yang arwah akan pulang ke rumah esok dan bercadang melancong lagi ke Thailand sejurus selesai kerjanya.

“Saya tidak menyangka lawatan ke Hatyai bersama isteri dan tiga anak adalah yang terakhir bagi arwah,” katanya yang menetap berhampiran rumah Omar ketika ditemui di Behor Empiang, dekat sini petang semalam.
Beliau berkata, semua keluarga Omar, termasuk di sebelah mentuanya bergegas ke Hospital Ipoh sejurus dimaklumkan kemalangan pada jam 4.30 petang semalam.

“Mereka hanya mendapatkan pengesahan berhubung kematian Omar daripada pemilik syarikat bas berkenaan kira-kira jam 3.30 petang.

“Sebelum itu, keluarga di sini, masih samar-samar berhubung kemalangan selepas melihat berita terkini di televisyen kira-kira jam 1 tengahari,” katanya.

Tinjauan Berita Harian mendapati keluarga terdekat Omar sedang membuat persiapan menerima jenazahnya yang dijangka tiba awal pagi ini.

Turut maut dalam nahas berkenaan, pemandu pelancong, Soontorn a/l Kian, 38 tahun.

Julie berkata, sebelum itu, anak sulung Omar, Siti Nazirah, 20, yang sedang berkerja di sebuah pasar raya di sini, menghubungi Puspalela untuk mengetahui mengenai kemalangan yang menimpa ayahnya.

“Nazirah sudah dihubungi rakannya iaitu anak kepada rakan ayahnya yang bertugas sebagai pemandu yang memaklumkan kemalangan terbabit. Saya dan Pusparela dua kali menghubungi arwah menerusi dua telefon bimbit tetapi tidak dijawab walaupun ada nada dering selepas dimaklumkan kejadian itu. Dari situ, kami sudah mengesyaki sesuatu buruk berlaku," katanya.


KRONOLOGI


Nahas bas pada 2010







  •  16 Disember – Empat kakitangan Jabatan Penjara Tawau terbunuh apabila bas jabatan itu terbabas lalu terjatuh dalam gaung di Kampung Moyog, 35 kilometer dari Penampang dekat Kota Kinabalu.











  • 14 Disember – 14 pekerja kilang cedera apabila bas kilang terbabas dan terbalik di KM 156.2 Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Nibong Tebal, Pulau Pinang, selepas bergesel dengan sebuah treler yang turut terhumban dalam parit.











  • 11 Disember – Tiga pelajar Institut Kemahiran Mara Jasin, Melaka parah apabila bas ekspres terbabas dan terbalik di Kilometer 304.5 Lebuh Raya Utara-Selatan, dekat Gopeng, Perak.











  •  4 November – Seorang maut dan dua cedera parah selepas bas ekspres terbabas sebelum terbalik dalam sebuah tali air 
    di Kampung Sungai Miang, di Kilometer 20 Jalan Pekan-Nenasi, Pahang.











  •  29 Oktober – Tujuh penumpang maut dan 39 cedera, termasuk 17 parah dalam kemalangan di KM36 Lebuhraya Karak ke Kuala Lumpur.











  •  10 Oktober – 13 penumpang maut dan 40 cedera apabila bas ekspres terbabit dalam kemalangan di Km 223 Lebuh Raya Utara-Selatan menghala utara berhampiran Plaza Tol Simpang Ampat-Rembau.











  •  2 September – Lapan belas cedera apabila bas persiaran terbabas dan terbalik di Kilometer 35.1 Lebuhraya Karak-Kuala Lumpur.











  • 27 Ogos – Seorang pemandu bas ekspres terbunuh, manakala tiga cedera parah dan enam cedera ringan dalam kemalangan di KM306.2 Lebuh Raya Utara-Selatan.











  •  17 April – Seorang penumpang patah tulang rusuk, manakala enam cedera ringan apabila bas ekspres dari Johor Baharu ke ibu negara terbabas di KM32 Lebuh Raya Utara-Selatan, dekat Kulai Jaya, Johor.











  •  20 Mac – 40 penumpang sebuah bas ekspres nyaris maut apabila terbabas dan terperosok ke dalam tali air di KM42 Jalan Kuantan-Kemaman.











  •  4 Februari – 15 penumpang bas Ekspres Konsortium dalam perjalanan ke Kuala Lumpur nyaris maut selepas bas melanggar dua kenderaan lain di Plaza Tol Sungai Dua, Pulau Pinang.