Pages

Saturday, August 6, 2011

beberapa hadith tentang akhlak

 by Jamil Md Noh 
“Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang terbaik
akhlaknya.” (HR Tirmidzi)
“Sesungguhnya orang yang paling saya kasihi dan yang paling dekat
padaku di hari kiamat ialah yang terbaik budi pekertinya.” (HR.
Tirmidzi)
“Sesungguhnya sebaik-baik kalian ialah yang terbaik akhlaknya.” (HR
Muslim)
“Bertaqwalah kepada Allah dimana jua engkau berada dan balaslah
perbuatan buruk dengan perbuatan baik niscaya kebaikan itu akan
menutupi keburukan dan bergaullah sesama manusia dengan akhlak yang
baik.” (HR Tirmidzi)
Nabi pernah ditanya perihal orang yang paling banyak masuk syurga.
Baginda menjawab : “Taqwa kepada Allah dan Akhlak yang Baik.” (HR
Tirmidzi)
"Sesungguhnya engkau (Muhammad) mempunyai akhlak yang agung” (Al
qalam : 4).
Anas bin Malik ra. mengatakan : "Selama sepuluh tahun saya melayani
rasulullah, belum pernah saya ditegur : mengapa engkau berbuat ini ?
atau mengapa engkau tidak mengerjakan itu ?” (HR. Bukhari dan Muslim).
“ Yang paling memberatkan mizan (timbangan) pada hari kiamat adalah
akhlak yang baik.” (HR. Ahmad)
Rasulullah pernah berkata “Aku diutus oleh Allah ialah untuk
menyempurnakan akhlak.” (HR.Ahmad)

Kasih hakiki dan Suci Hati

by Jamil Md Noh 
“KASIH”

Kasih  seorang suami kepada isteri, juga kasih isteri kepada suami, berkasih sayang mereka sesama adik-beradik, berakhlak baik terhadap orang tua dan kasih seseorang kepada sahabatnya adalah dengan membimbing, memberi
tunjuk ajar dan membawa mereka ke jalan yang diredhai Allah. Itulah kasih yang
hakiki."

Kasih hakiki juga tidak boleh dipisahkan oleh tindakan berikut:

-Seruan makruf.
 biasanya amat sukar diterima, ibarat ubat yg pahit penawar penyakit.

 -Berusaha memberi teguran(nasihat)
  ini perlu kepada jihad, kerana risikonya ia akan di benci dan dipulaukan. Apalagi seruan untuk
  mencegah kemungkaran.

Hati yang suci mudah menerima nasihat:
Petua Mencuci Hati
Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada
beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati.
1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu
kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah
jadikan hatiku bersih"
2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum
tidur - Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping
dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan
mencetuskan semua perkara kebaikan.
3. Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci
hati dan menenangkan minda.
4. Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan
jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah
"Qulhu-allah" sebanyak 3X.
5. Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf
perlu sebutkan.
6. Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali
mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri.
katakan lah "Aku sebenarnya......(perkara yang elok-elok belaka)
7. Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum
tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku,
cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif,
positif". Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat
dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya - CUBALAH!!).
8. Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan
perkara-perkara kejahatan.
9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu
kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa).
10. Kekalkan wuduk.
11. Bersedekah.
12. Belanja orang makan.
13. Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat.
14. Berkawan dengan ulama.
15.Berkawan dan berakhlak mulia, bersopan santun dengan orang miskin(menginsafi) lebih-lebih lagi ibubapa yang miskin, samaada ibubapaisteri atau suami atau kaum kerabat yg terdekat.
16. Pesan pada orang, jadi baik.
17. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut...dsb), jangan dengar
orang mengumpat.

Jaga 7 Sunnah Nabi Muhammad SAW

by Jamil Md Noh
Cerdasnya orang
yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang sekejap
untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha
Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup.

Kita jangan
takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati.
Kerana, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT. Mati bukanlah cerita dalam
akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian
dengan penuh ketakwaan.

Hendaknya kita
selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu
adalah:

Pertama,
Tahajjud

kerana
kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Kedua, membaca
Al-Qur’an sebelum terbit
matahari

Alangkah
baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih
dahulu dengan penuh pemahaman.

Ketiga,

Jangan
tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun
langkahkan kaki ke masjid, karena masjid merupakan pusat keberkahan, bukan
karena panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman
untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat,

jaga shalat Dhuha kerana kunci rezeki terletak pada shalat dhuha.

Kelima

jaga sedekah setiap hari.

Allah menyukai
orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang
yang bersedekah setiap hari.

Keenam

jaga wudhu
terus menerus karena Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali
bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu
shalat walau ia sedang tidak shalat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa,
ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.

Ketujuh,
amalkan istighfar setiap saat.

Dengan
istighfar masalah yang terjadi karena dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Dzikir, 
adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berdzikir pula, oleh karena itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya.

“Dzikir merupakan makanan rohani yang paling baik,”  dengan dzikir berbagai
kejahatan dapat ditanggal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat hewani yang berpangkal pada materialisme .

Pengamal poligami dera dua budak perempuan

SAN ANGELO 5 Ogos - Ketua pengamal poligami di Amerika Syarikat (AS), Warren Jeff yang mengetuai kumpulan Mormon yang menyimpang, didapati bersalah hari ini kerana melakukan serangan seksual terhadap dua orang kanak-kanak perempuan yang 'dikahwininya secara batin'.
Juri Texas mensabitkan Jeff, 55, bersalah melakukan serangan seksual terhadap kanak-kanak berusia 12 dan 14 tahun di ladang kumpulan itu di Texas.
Dia berhadapan hukuman penjara sehingga 119 tahun.
Jeff yang dianggap sebagai pemimpin kerohanian di Gereja Fundamentalis Jesus Christ Of Latter Day Saints dengan berangnya mempertikaikan keputusan mahkamah Texas itu yang didakwanya menafikan urusan agamanya dengan membicarakan kes tersebut.
Kumpulan pengamal poligami itu yang dianggarkan mempunyai 10,000 pengikut di Amerika Utara telah dikecam oleh Gereja Mormon dan didakwa mempromosi perkahwinan antara lelaki tua dengan kanak-kanak perempuan.
Sepanjang perbicaraan dijalankan, Jeff berulang-kali menyatakan agamanya telah diserang, tetapi ditolak oleh Peguam Negara Texas, Greg Abbott.
"Apa yang dibicarakan di sini bukan tentang kepercayaan seseorang, bukan gereja, bukan konsep.
"Hanya satu saja yang dibicarakan di sini iaitu Warren Jeffs dan perbuatannya melakukan serangan seksual terhadap dua orang kanak-kanak perempuan.
"Tugas kami ialah mendakwa jenayah sedemikian, bukan terlibat dengan pendakwaan terhadap agama," kata Abbott ketika ditemui di luar mahkamah di San Angelo. - Reutersutusan

Israel bina 900 rumah baru Yahudi di Har Homa

BAITULMAQDIS 5 Ogos - Israel memberi lampu hijau kepada pembinaan 900 unit rumah baru di kawasan penempatan haram Yahudi di Har Homa, timur Baitulmaqdis, beberapa hari selepas rejim itu menyatakan kesediaan untuk memulakan rundingan damai baru dengan Palestin berdasarkan garis sempadan sebelum 1967.
Jurucakap Kementerian Dalam Negeri Israel, bagaimanapun tidak menyatakan tarikh projek berkenaan akan dimulakan, tetapi menjangka proses pembinaan akan dilaksanakan dalam tempoh dua tahun ini.
Projek tersebut sepatutnya diluluskan Mei lalu, tetapi ditangguh dua kali sebelum ini.
Langkah meluluskan projek tersebut menyaksikan rejim Zionis terus meluaskan penempatannya di kawasan penempatan penduduk atas bukit tersebut, yang mendapat kritikan hebat daripada Palestin serta masyarakat antarabangsa.
Har Homa terletak di barat daya Baitulmaqdis dan didakwa berada dalam kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Baitulmaqdis, walaupun lokasi sebenarnya lebih hampir dengan bandar Baitulaham di Tebing Barat.
Pemantau projek penempatan haram Israel daripada kumpulan Peace Now, Hagit Ofran berkata, kelulusan terbaru itu merupakan 'perkembangan yang sangat dramatik' disebabkan lokasinya.
"Projek itu menyekat kawasan antara timur Baitulmaqdis dengan Baitulaham dan mungkin menghalang hasrat Palestin menjadikan Baitulmaqdis sebagai ibu negara mereka dalam penyelesaian dua negara," katanya.
Menteri Dalam Negeri Israel, Eli Yishai dipetik laman web Ynet sebagai berkata, projek tersebut diluluskan berikutan bantahan penduduknya tentang kos perumahan yang semakin meningkat. - dpa/AFPutusan

Kemarau di Somalia makin buruk



Pelarian Somali berbaris menunggu giliran untuk mendaftar mendapatkan bantuan di khemah pelarian Dagahaley di kompleks Dadaab untuk menerima bantuan makanan, semalam. – AFP


GENEVA 5 Ogos - Persatuan Palang Merah Antarabangsa mengumumkan tambahan peruntukan bagi membantu masalah kebuluran yang dihadapi rakyat Somalia akibat musim kemarau, keganasan dan pergolakan politik dalaman.
Masalah kekurangan zat makanan di kalangan kanak-kanak Somalia pada usia lima tahun kini berada di atas paras 20 peratus dan semakin meningkat.
Presiden Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC), Jakob Kellenberger memohon bantuan dana sebanyak AS$86 juta (RM258 juta) untuk membantu kira-kira 1.1 juta rakyat Somalia yang menderita akibat kebuluran.
"ICRC Geneva telah menghantar bantuan bekalan makanan serta ubat-ubatan terbesar dalam tahun ini untuk keperluan 162,000 penduduk di tengah dan selatan Somalia," katanya.
Sementara itu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata, ramai penduduk Somalia mati akibat kemarau dan seramai 640,000 kanak-kanak mengalami masalah kekurangan zat makanan.
Somalia turut berhadapan dengan keganasan daripada militan rangkaian al-Qaeda yang menguasai wilayah-wilayah bermasalah.
"Palang Merah sedang mengadakan perbincangan dengan 'jawatankuasa kemarau' yang ditubuhkan kumpulan militan rangkaian al-Qaeda, Al-Shabab berhubung isu kebuluran, namun tiada sebarang penyerahan duit atau pampasan diberi kepada mereka," ujar Kellenberger.
Kumpulan tersebut bagaimanapun menafikan isu terbabit dan tidak membenarkan Program Makanan Dunia menghulurkan bantuan kepada penduduk Somalia.
Sementara itu, berpuluh-puluh ribu pelarian Somalia melarikan diri ke tengah selatan negara itu bagi mendapatkan makanan di kem pelarian di Ethiopia, Kenya dan Mogadishu.
Sementara itu, sekurang-kurangnya lima orang terbunuh apabila sekumpulan lelaki bersenjata menyerang sebuah kem pelarian di ibu negara Somalia dan mencuri bantuan makanan,
Menurut saksi yang juga seorang pemandu. Abdikadir Mohamed, lima orang terbunuh di tempat kejadian selepas puak militan melepaskan tembak untuk merampas bantuan makanan tersebut. - AFPutusan

Ditinggalkan selepas bersalin

KUALA LUMPUR 5 Ogos - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mencari waris seorang bayi perempuan dan seorang bayi lelaki dipercayai sengaja ditinggalkan oleh ibu masing-masing di Hospital Ampang kira-kira empat bulan lalu.
Penolong Pegawai JKM Hulu Langat, Noor Adelin Nordin berkata, buat masa ini dua bayi tersebut berada di bawah jagaan pihaknya.
Katanya, bayi perempuan yang diberi nama Nur Najihah Najwa berusia 3 bulan dan Muzammil Syukri berusia 2 bulan itu ditinggalkan ibu masing-masing selepas dilahirkan.
"Selepas dilahirkan, ibu kandung mereka larikan diri dari hospital dan sehingga kini tidak dapat dikesan.
"Kini, bayi tersebut ditempatkan sementara di JKM setelah diserahkan pihak hospital," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.
Mereka yang mengetahui ibu bapa atau waris bayi tersebut, diminta menghubungi Noor Adelin Nordin di talian 03-87378008/5067/5069 atau 016-6666376.utusan

‘Polis’ kena RM3,000

KUALA LUMPUR: Dua sahabat didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam terhadap tuduhan menyamar anggota polis dan memeras ugut RM4,000 milik seorang warga Bangladesh, dua bulan lalu.
Majistret Aizatul Akmal Maharani menjatuhkan hukuman itu selepas Hairil Halfzall Lockman, 31, dan Mohd Isa Tajudiin, 34, mengaku bersalah terhadap tuduhan yang dibacakan jurubahasa mahkamah.

Mahkamah memerintahkan Hairil yang juga juruteknik dan Mohd Isa yang bekerja sebagai subkontraktor dipenjara empat bulan sekiranya gagal menjelaskan denda.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua tertuduh bersama dua orang yang masih bebas didakwa mendatangkan ketakutan dengan meminta wang RM4,000 daripada S Ripon jika tidak mahu ditangkap di kedai runcit 78 AR 1, Jalan Haji Hamzah, Masjid Segambut, Brickfields di sini pada jam 1.30 tengah hari, 29 Julai lalu.

Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara hingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua dari seksaan.

Bagi pertuduhan kedua, di tempat, tarikh dan waktu sama, mereka bersama dua orang yang masih bebas didakwa menyamar anggota polis yang didakwa mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara hingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.


Terdahulu, kedua-dua tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon dikenakan hukuman denda yang ringan.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Siti Aisyah Ahmad memohon hukuman setimpal dikenakan terhadap kedua-dua tertuduh untuk mencegah kesalahan sama berulang pada masa depan.hmetro

Penjual burger terima padah


KUALA LUMPUR: Gara-gara memiliki senjata dan menceroboh sebuah rumah hujung bulan lalu, seorang penjual burger didenda RM7,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam.
Majistret Zaki Asyraf Zubir menjatuhkan hukuman itu selepas Mohd Sharizad Abd Rashid, 20, mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan jurubahasa mahkamah.

Dia boleh dipenjara enam bulan sekiranya gagal menjelaskan denda.

Mengikut pertuduhan, Sharizad didakwa menceroboh masuk rumah Mohamad Jahir di belakang Masjid Jamek, Sungai Besi, Cheras, antara jam 9.30 malam hingga 10.30 malam, pada 31 Julai lalu.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tiga tahun atau denda hingga RM5,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Manakala bagi pertuduhan kedua, di tempat sama, dia didakwa membawa senjata berbahaya iaitu dua pisau ketika ditangkap pada jam 5 pagi, 1 Ogos lalu.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan dan Letupan Senjata Berbahaya 1958 (Akta 357) yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun dan sebat jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Sharizad yang diwakili peguam bela, Nur Ain Jaafar memohon anak guam dikenakan hukuman ringan memandangkan dia sudah insaf.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Fitril Hakim Ab Jalil memohon hukuman setimpal.hmetro

Peragut silap sasaran



KUALA TERENGGANU: “Saya minta maaf, ambillah semula gelang ini. Jangan belasah saya,” rayu seorang peragut apabila mendapati wanita yang diragutnya di Bulatan Jalan Sultan Omar di sini, kelmarin, adalah seorang anggota polis.
Namun, lelaki berusia 26 tahun itu cuba melarikan diri, tetapi dikejar anggota polis wanita berkenaan sebelum dia ditahan anggota Pasukan Khas Ragut yang tiba tidak lama selepas itu.

Mangsa, konstabel Siti Hawa Norashid, 25, yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu berkata, kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu bermula apabila dia dihampiri suspek yang menunggang sebuah motosikal Yamaha ketika tiba di Jalan Sultan Omar sebelum lelaki itu meragut gelang emas di tangan kanannya.

“Saya yang terkejut dengan kejadian itu, nekad mengejarnya. Pada masa sama, suspek yang hilang kawalan gagal mengawal motosikalnya sebelum dia terbabas dan jatuh.

“Dalam keadaan kakinya yang berdarah, suspek sempat meminta maaf dan memulangkan semula gelang saya. Bagaimanapun, saya sempat bergelut dan memukulnya antara dua hingga tiga kali menggunakan topi keledar,” katanya ketika ditemui di Bulatan Jalan Sultan Omar di sini, kelmarin.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner K Manoharan berkata, suspek bertindak meragut gelang emas di tangan kanan mangsa yang menunggang skuter MZ Mosquito sebelum melarikan diri.


Menurutnya, mangsa yang berang mengejar suspek yang melarikan diri ke arah sebuah stesen minyak berhampiran.

“Suspek yang kelam kabut, gagal mengawal motosikalnya lalu terbabas dan jatuh sebelum mangsa tiba tidak lama selepas itu.
“Sebaik tiba, mangsa cuba menahan suspek, tetapi lelaki itu yang ketakutan, melarikan diri dengan meninggalkan motosikal dan beg serta gelang emas diragutnya,” katanya di pejabatnya di sini, semalam.

Manoharan berkata, suspek berasal dari Taman Keramat, Kuala Lumpur dan bekerja sebagai pembantu juruukur itu ditahan anggota Pasukan Khas Ragut yang tiba tidak lama selepas itu.

Katanya, suspek yang juga positif dadah kini direman tiga hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan kerana samun.hmetro

Lebam disyaki didera ibu



MELAKA: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun di Bukit Rambai, dekat sini, dipercayai menjadi mangsa didera ibu kandungnya sendiri hingga lebam pada anggota badan termasuk tangan.
Difahamkan kejadian berkenaan hanya disedari guru tadika selepas seminggu mangsa mengalami penderaan menyebabkannya membuat laporan di Balai Polis Batang Tiga.

Sumber Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan pihaknya sudah melawat mangsa di rumahnya bulan lalu sebelum membawanya mendapatkan rawatan di Hospital Melaka.

Katanya, doktor yang merawat mangsa mengesahkan dia dipercayai didera berdasarkan kesan kecederaan dialaminya.

“Kejadian difahamkan berlaku pada 21 Julai lalu yang mana mangsa yang juga anak ketiga daripada empat beradik dikatakan didera ibunya.

“Siasatan pegawai JKM juga mengetahui bahawa keluarga mangsa dikategorikan bermasalah kerana ibunya terbabit dalam penyalahgunaan dadah.



“Selain itu, ibu mangsa juga dikatakan bernikah melalui sindiket dan perkahwinannya tidak didaftarkan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri, Daud Arbah mengesahkan menerima laporan kes berkenaan dan pihaknya sudah mengambil tindakan menyelamatkan kanak-kanak itu.
Katanya, Pegawai Pelindung Kanak-Kanak JKM Melaka Tengah, Muslim Abdullah dan Nurhezlin Jaafar sudah membuat permohonan bagi perintah jagaan sementara kanak-kanak terbabit di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, kelmarin.

“Kami berjaya mendapat perintah jagaan sementara diputuskan Majistret Muhammad Hazri Hanafi bagi menempatkan kanak-kanak itu di bawah penjagaan orang yang layak iaitu, ibu saudaranya mengikut peruntukan Seksyen 17 (1) (e) Akta Kanak-Kanak 2011,” katanya.hmetro

Pukul isteri, anak sangka barang disorok


SERDANG: Hanya kerana barangan miliknya hilang, seorang lelaki sanggup membelasah anak dan isterinya kerana menyangka mereka menyorokkan barangan itu di kediamannya Taman Bukit Serdang, Kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, lelaki berusia 30-an itu mencari barang miliknya di dalam rumah, namun tidak ditemui menyebabkan dia tiba-tiba naik angin dan terus memarahi anaknya yang berusia dua tahun.

Menurut sumber, lelaki terbabit yang beranggapan anaknya mengambil barangnya itu, memarahi kanak-kanak berkenaan.

“Bagaikan dirasuk setan, lelaki itu merotan dan memukul anaknya sambil menyuruh memulangkan barangan yang hilang.

“Kanak-kanak terbabit yang tidak tahu apa-apa hanya menangis kesakitan menyebabkan ibunya yang berada di dapur terus berlari mendapatnya,” katanya.

Sumber berkata, wanita itu yang terkejut dengan tindakan keterlaluan suaminya terus memarahi dan bertanya kenapa perlu memukul anak mereka.



Teguran itu menyebabkan lelaki berkenaan bertambah marah lalu mengambil sebilah pisau di dapur sebelum mengacukan ke arah isterinya.

Menurutnya, lelaki itu terus memukul kepala dan tangan isterinya menggunakan belakang pisau berkenaan menyebabkan mangsa cedera di tangan dan kepala.
“Bimbang kejadian lebih buruk, isterinya cuba menghubungi polis, namun gagal apabila telefon bimbit dirampas sebelum menghempasnya ke lantai.

“Mangsa yang ketakutan berlari bersama anak ke Balai Polis Seri Kembangan untuk membuat laporan,” katanya.
hmetro

Dua beradik maut dirempuh lori baja

BOTA: “Suami tidak pernah keluar rumah tanpa memaklumkan kepada saya sejak kami berumahtangga lebih 10 tahun lalu. Tapi, pagi tadi (semalam), saya terkejut melihat dia sudah tiada ketika pergi ke ruang tamu selepas mengemas dapur.
“Saya tidak sangka perubahan sikap mendadak itu adalah petanda dia akan pergi meninggalkan saya dan anak buat selama-lamanya,” kata Sazura Mohd Yahya, 37, isteri kepada Aminuddin Kamaruddin, 42.

Aminuddin, seorang kakitangan Jabatan Kerja Raya (JKR), di Kampung Gajah dan adiknya, Mohamad Termizi, 37, berasal dari Batu 16, Kampung Lambor Kanan, Parit, terbunuh apabila kereta dinaiki mereka dirempuh sebuah lori membawa baja di Kilometer 8, Jalan Bota Kanan-Teluk Intan, dekat Parit, pagi semalam.

Dalam kemalangan kira-kira jam 7 pagi itu, dua beradik malang berkenaan meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala dan badan selepas tersepit dalam kereta yang remuk.

Sazura berkata, arwah juga bersikap pelik apabila bercadang membeli pakaian baru beberapa hari sebelum Aidilfitri.

“Sebelum ini arwah akan membawa saya dan lima anak kami berusia antara 13 hingga dua tahun membeli-belah beberapa hari sebelum Ramadan.


“Saya sedih kerana hajat arwah tidak kesampaian dan tragedi ini meragut kegembiraan kami sekeluarga untuk meraikan Aidilfitri,” katanya sebak.

Sementara itu, isteri Mohamad Termizi, Norhana Ahmad Kamal, 23, masih trauma dengan kejadian yang menimpa suaminya kerana baru beberapa minit berbual dengan arwah melalui telefon bimbit sebelum kemalangan.

Tangisan iringi hukuman mati


BERSALAH...Masoumeh dibawa keluar dari Mahkamah Tinggi Shah Alam, semalam.
BERSALAH...Masoumeh dibawa keluar dari Mahkamah Tinggi Shah Alam, semalam

SHAH ALAM: Seorang wanita Iran menangis teresak-esak apabila dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini, selepas didapati bersalah mengedar hampir tiga kilogram (kg) syabu di sebuah hotel di Petaling Jaya, dekat sini, dua tahun lalu.
Hakim Noor Azian Shaari membuat keputusan itu terhadap pekerja salun, Masoumeh Ghulami Khaveh, 25, selepas berpuas hati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Noor Azian pada penghakimannya berkata, mahkamah menolak keterangan tertuduh ketika membela diri bahawa dadah dalam beg yang ditemui bersamanya kepunyaan lelaki bernama Amin.

Beliau berkata, ini kerana tertuduh membawa beg berkenaan dari lapangan terbang ke hotel penginapannya dan dadah itu tidak ada kaitan dengan Amin. Malah, katanya, ada banyak keterangan wanita itu yang tidak munasabah termasuk berasal dari keluarga susah, tetapi pada masa sama sudah memasuki negara sebanyak enam kali.

Menurutnya, keterangan Masoumeh bahawa keluarganya akan mengirimkan duit melalui sebuah syarikat asing diragui.

Pada masa sama, katanya, tindakan pihak pendakwaan tidak memanggil Amin saksi juga tidak memudaratkan kes pendakwaan.

“Sudah tentu, Amin tidak akan mengakui dadah itu miliknya,” katanya. Mengikut pertuduhan, Masoumeh didakwa mengedar 2.865kg syabu di Hotel One World, Petaling Jaya, kira-kira 8.10 pagi, pada 15 November 2009.Dia didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh didakwa mengikut Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.Pada prosiding semalam, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhamad Asyraf Md Kamal, manakala tertuduh diwakili oleh peguam bela, Datuk N Sivananthan.Sepanjang perbicaraan, seramai lima saksi pendakwaan dan seorang saksi pembelaan tampil memberi keterangan.hmetro

Ambulans bawa biri-biri

TAIF: Di sesetengah tempat, kegunaan ambulans bukan saja untuk membawa pesakit, tetapi juga mengangkut daging biri-biri menyebabkan persekitaran yang tidak selamat dalam kenderaan hospital itu, lapor akhbar Saudi Gazatte.
Menurut pegawai pejabat Hal Ehwal Kesihatan di Taif, pihaknya sedang menyiasat sebuah ambulans yang didakwa digunakan mengangkut biri-biri untuk disembelih di rumah sembelihan sebelum daging dihantar untuk pengedaran.

Pemandu ambulans dikatakan menggunakan siren di jalan yang sibuk kerana bimbang daging di dalam kotak yang dibawa akan membusuk.

Pengguna jalan raya lain yang memberi laluan kepada ambulans berkenaan pastinya tidak tahu terdapat berkotak-kotak daging biri-biri di dalam ambulans itu. Jurucakap pejabat Hal Ehwal Kesihatan Taif, Sa’eed Al-Zahrani berkata pihaknya mengeluarkan larangan serta-merta kegunaan ambulans untuk tujuan selain daripada membawa pesakit.

Ambulans hospital kerajaan dan persendirian yang melanggar arahan akan didenda.hmetro

Tak boleh berhenti ketawa


LONDON: Seorang kanak-kanak tidak boleh berhenti ketawa selepas menjalani satu pembedahan otak.
Enna Stephens, tujuh, menghidapi masalah berkenaan selepas menjalani pembedahan membuang ketumbuhan. Kini, apa saja yang kelihatan aneh akan menyebabkan dia ketawa.

Ibu bapanya sebelum ini diberi amaran pembedahan itu akan menyebabkan Enna murung atau sentiasa marah memandangkan pesakit sepertinya sering mengalami perubahan personaliti jangka pendek.

Tetapi dalam kes Enna, dia sentiasa ketawa.

Ibunya, Vana, 40, berkata: “Enna akan ketawa selama 15 minit pada satu masa, sepanjang hari. Ketika dia sedar selepas pembedahan, dia ketawa.

“Pernah neneknya memegang pisang seperti telefon untuk membuatnya dia ketawa. Dia ketawa tidak berhenti. Sungguh seronok mendengar dia ketawa selepas melihat derita yang dilalui selama ini. “Apabila dia mula ketawa, kami juga ketawa. Ia seperti berjangkit dan menjadi satu cara terbaik untuk meluahkan emosi kami.” Vana, anggota polis, berkata: “Dia masih ketawa dan apabila ia bermula, sukar baginya untuk berhenti.” - Agensi
hmetro

Remaja Malaysia telan 84 kapsul heroin ditahan di Surabaya

SURABAYA: Kastam Indonesia menahan seorang warga Malaysia berusia belasan tahun yang cuba menyeludup 700 gram heroin dengan menelannya.
Pegawai kastam Lapangan Terbang Surabaya, Buhari Surait berkata semalam, Ling Shao Chi, 18, ditahan di lapangan terbang itu Sabtu lalu, sebaik tiba dengan penerbangan dari Kuala Lumpur.

“Ling mengaku dibayar 2.5 juta rupiah (RM750) untuk menyeludup dadah itu dengan menelan 84 kapsul serbuk heroin,” kata Buhari.

Beliau menganggarkan nilai dadah itu ialah kira-kira 1.7 juta rupiah (RM602,000).

Mereka yang didapati bersalah menyeludup dadah di Indonsia boleh dihukum penjara seumur hidup atau mati. - AFPhmetro

Anggota polis letak jawatan beramai-ramai

CIUDAD JUAREZ: Keseluruhan anggota satu pasukan polis terdiri darpada 26 pegawai meletakkan jawatan di bandar utara Mexico selepas dua rakan mereka terbunuh dalam serangan.
“Pegawai berkenaan takut dan meletak jawatan,” kata Jaime Dominguez Loya, Datuk Bandar Ascension, bandar yang didiami 5,000 penduduk di negeri Chihuahua, tempat terletaknya bandar paling ganas Mexico, Ciudad Juarez.

Perletakan jawatan secara beramai-ramai itu menyusuli beberapa serangan sejak beberapa minggu lalu di bandar itu. Ia mendorong datuk bandar berkenaan meminta bantuan daripada pihak berkuasa wilayah dan persekutuan.

Keseluruhan anggota satu pasukan polis pernah bertindak demikian di Villa Ahumada, sebuah lagi bandar di Chihuahua pada 2009, selepas serangan yang didakwa dilakukan kumpulan dadah.

Pasukan keselamatan wilayah dan serantau kini mengawasi bandar berkenaan.

Lebih 41,000 orang mati dalam keganasan yang didakwa dilakukan kartel dadah Mexico sejak 2006 apabila Presiden Felipe Calderon menempatkan kira-kira 50,000 tentera bagi menangani jenayah terancang. - AFP
hmetro

Remaja pandu 1,200 km untuk pujuk teman wanita

JERMAN: Seorang remaja Jerman berusia 15 tahun yang patah hati, mencuri kereta bapanya dan memandu sejauh 1,200 kilometer dari Austria ke utara Jerman untuk memujuk teman wanitanya, semalam.
Polis Jerman berkata, remaja itu yang sedang bercuti dengan keluarganya di Austria telah bertengkar dengan teman wanitanya di laman sosial.

Teman wanitanya berada di Flensberg, dekat dengan sempadan Jerman-Denmark.

Remaja lelaki itu terus mengambil kunci kereta baru bapanya dan memandu selama dua hari ke Flensburg.

Keluarga remaja terus menelefon polis tetapi tidak menemui remaja itu sepanjang perjalanan ke sana. Remaja itu ditahan sebaik saja tiba di rumah kawannya di Flensburg. Remaja itu akan didakwa kerana memandu tanpa lesen.

Umur memandu minimum di Jerman adalah 17 tahun dan dapat lesen memandu apabila berumur 18 tahun. - AFP.
hmetro

Kepala lembu melekat di stereng

ALOR GAJAH: Kepala seekor lembu betina melekat pada stereng kereta Perodua Kancil dipandu seorang lelaki yang merempuh haiwan itu dalam kejadian di Kampung Lendu Dalam, dekat sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 malam, haiwan itu yang berada di bahu jalan dirempuh pemandunya itu apabila kenderaannya hilang kawalan.

Kepala lembu itu dikatakan terputus daripada badan, melekat pada stereng sebelum Perodua Kancil dipandu lelaki dikenali Ah Boi berusia 20-an itu melanggar tebing dan terbalik.

Seorang penduduk, Mahazarul Mazlan, 40, berkata, dia yang ketika itu berbuka puasa bersama keluarganya dikejutkan dengan dentuman kuat lalu keluar untuk memeriksa.

“Mulanya saya terpandang seekor lembu terbaring tanpa kepala dan pada masa sama melihat sebuah Perodua Kancil terbalik tidak jauh dari situ.

“Saya terus menghampiri kenderaan itu dan ternampak seorang lelaki berusaha untuk keluar,” katanya di sini, semalam.

Menurutnya, dia kemudian membantu lelaki itu keluar melalui cermin depan keretanya yang pecah.Katanya, selepas berjaya mengeluarkan pemandu kereta itu, dia terkejut melihat kepala lembu yang dirempuh itu melekat pada stereng kereta. “Apa yang menghairankan saya dan penduduk kampung, bagaimana kepala lembu itu boleh melekat pada stereng kereta itu. “Pemandu kereta itu hanya cedera ringan di anggota badan,” katanya.
Sementara itu, jurucakap Hospital Alor Gajah berkata, lelaki itu yang cedera di leher dirawat sebagai pesakit luar.
hmetro

Isteri curang belasah suami

KAJANG: Seorang suami menerima nasib malang apabila isteri yang dikahwininya bukan saja berlaku curang malah sanggup bertindak membelasahnya menggunakan kayu kaki meja di kediaman mereka di Taman Kajang Ria, di sini, tengah hari semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, suami malang terbabit cuba bertanyakan perbuatan terkutuk isterinya yang dikesan membawa pulang seorang lelaki ketika ketiadaannya.
Pertanyaan itu menyebabkan wanita berusia lewat 20-an itu tiba-tiba melenting dan mencapai kaki meja yang sudah patah dan membelasah suaminya bertubi-tubi.

Menurut sumber, kejadian bermula apabila lelaki berusia 31 tahun itu mempersoalkan tindakan isterinya membawa pulang seorang lelaki setiap kali ketiadaannya.

“Menyedari rahsia dirinya terbongkar, isteri mangsa cuba berdolak-dalik hingga berlaku pertengkaran antara mereka sebelum wanita itu naik berang dan mencapai kaki meja di sudut rumahnya dan memukul mangsa tanpa belas kasihan,” katanya.hmetro

Onar jiran

TAHAN...empat suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Ipoh untuk mendapatkan perintah tahanan reman.
TAHAN...empat suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Ipoh untuk mendapatkan perintah tahanan reman.

IPOH: Penjenayah kejam yang mencerobohi rumah Timbalan Pengarah (Kesihatan) Jabatan Veterinar Perak, Dr Rohani Kasim, 38, sebelum mencekik mangsa hingga mati dipercayai tinggal di tingkat sama dengan rumah mangsa di Pangsapuri Permai Lake View Tambun.Menurut penghuni pangsapuri berkenaan yang juga jiran mangsa, terdapat empat lelaki tinggal di rumah bertentangan dengan kediaman mangsa di tingkat satu.Dia yang enggan identitinya disiarkan berkata, mangsa tinggal di unit F-1-09, manakala empat lelaki terbabit iaitu tiga berbangsa Melayu dan seorang seperti berdarah kacukan India-Cina mendiami unit F-1-02.Keempat-empat lelaki terbabit sering dilihat melepak di tangga berhampiran kediaman mereka dan beberapa rakan juga pernah menduduki unit yang didiami mangsa.Mereka kemudian berpindah sebelum arwah menyewanya. Saya percaya mereka terbabit dalam pembunuhan mangsa kerana saya dan beberapa jiran lain melihat dua daripada empat lelaki itu ditahan polis tidak lama selepas mayat Rohani,” katanya.Dia bertambah yakin keempat-empat suspek adalah penghuni unit F-1-02 kerana pengawal keselamatan turut melihat dua daripada mereka melarikan diri pada hari kejadian.Allahyarham Rohani yang baru dinaikkan pangkat memegang jawatan kini berkuat kuasa 1 Julai lalu ditemui mati kira-kira jam 3.30 pagi kelmarin, dipercayai dicekik sehingga mati sebelum pembunuh membalut mayatnya sebelum mengusungnya keluar dari rumah mangsa.Suspek disyaki mahu membuang mayat mangsa di lokasi lain bagi mengelakkan jenayah itu dikesan.Bagaimanapun, cubaan itu terbantut selepas tindakan mereka mengusung cadar berisi mayat mangsa disedari pengawal keselamatan di pangsapuri berkenaan yang melakukan rondaan rutin.Menurut sumber, pengawal yang memeriksa tilam di lantai tangga Pangsapuri Permai Lake View Tambun, dekat sini, menemui mangsa sudah tidak bernyawa dalam keadaan tangan dan kaki terikat sebelum menghubungi polis.Arwah pernah menyuarakan kebimbangan keselamatannya tinggal di pangsapuri berkenaan kepada ahli keluarga kerana pernah kerugian hampir RM15,000 apabila barang kemasnya dilarikan penjenayah yang memecah masuk kediaman itu pada minggu kedua mendiaminya.Mangsa yang juga anak ketujuh daripada 10 beradik, sebelum ini bertugas sebagai pendaftar di Kolej Pertanian Sintok, Kedah sebelum berpindah ke Ipoh.Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Zakaria Yusof berkata, posmen dan tentera antara empat suspek yang ditahan di tiga lokasi berasingan sekitar negeri ini. Katanya, dengan penahanan itu, pihaknya yakin dapat menyelesaikan kes itu dalam tempoh kurang 24 jam.Siasatan mendapati motif dipercayai samun berikutan penemuan beberapa barang kes seperti telefon bimbit dan barang kemas bersama suspek.Tangkapan pertama terhadap dua lelaki masing-masing berumur 26 tahun di sekitar kawasan kejadian pada jam 4 pagi. Dua lagi suspek masing-masing berusia 20 dan 22 tahun ditahan di Tanjung Malim pada jam 4.30 petang dan di Slim River jam 10.25 malam tadi (kelmarin),” katanya.Menurutnya, seorang daripada suspek berada dalam senarai individu dikehendaki polis bagi kes rogol di Slim River manakala seorang lagi askar yang lari daripada tugas.Dua daripada suspek direman selama empat hari manakala dua lagi suspek direman tujuh hari bermula semalam dengan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.hmetro

Pujuk cara halus

BUKTI...antara risalah dan kitab Kristian yang diberikan gereja kepada wanita berkenaan.
BUKTI...antara risalah dan kitab Kristian yang diberikan gereja kepada wanita berkenaan.
KUALA LUMPUR: Beberapa individu beragama Islam yang menyertai aktiviti keagamaan di sebuah gereja di Seksyen 13, Petaling Jaya, ketika pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) membuat pemeriksaan malam kelmarin, hanya sebahagian kecil yang berjaya dikesan, manakala sebahagian besar golongan itu dipercayai menyertainya secara sembunyi atau ‘bawah tanah’.
Kebanyakan mereka terdiri daripada kaum Melayu dan golongan mualaf yang menyertai kumpulan berkenaan disebabkan kesempitan wang untuk menyara diri dan keluarga serta gagal mendapat bantuan daripada pihak berwajib.
Mereka menyertai kegiatan keagamaan berkenaan secara senyap-senyap di premis persendirian termasuk rumah kedai dan dewan komuniti, bukan saja di Lembah Klang, malah pergerakan ‘bawah tanah’ ini sudah berkembang di seluruh negara termasuk di Kelantan dan Terengganu.

Ia didedahkan sendiri seorang wanita Melayu yang mengikuti kumpulan itu sejak lebih setahun lalu, selepas dibelenggu masalah kewangan sehingga tidak mampu membiayai keperluan seharian.


Katanya, pendakwah kumpulan berkenaan membantu mereka dengan memberi seberapa banyak wang diperlukan dan selepas itu, mereka memujuk individu yang sudah diberi bantuan menyertai program keagamaan mereka.bharian

Kikis lapan isteri

BUKTI...mangsa menunjukkan laporan polis yang dibuat dan gambar suaminya.
BUKTI...mangsa menunjukkan laporan polis yang dibuat dan gambar suaminya.
KUALA LUMPUR: “Saya terpedaya dengan pujuk rayunya dan tidak menduga dia sudah berkahwin dengan tujuh wanita yang semuanya ditinggalkan begitu saja selepas tembelangnya pecah.
“Dia (suami) memperdaya saya kononnya bakal mewarisi harta pusaka sebanyak RM1.4 juta hasil tinggalan ibu bapanya semata-mata mengaburi saya supaya mengahwininya,” kata pemilik kedai dobi, Latifah, (bukan nama sebenar) isteri kelapan suami barunya berusia 42 tahun yang mengaku golongan atasan bagi memperdaya wanita untuk berkahwin dengannya sebelum mengikis harta mereka.
Sebelum berkahwin pada 31 Ogos tahun lalu di Thailand tanpa pengetahuan keluarga, lelaki itu mendakwa sebagai pengusaha kolam ikan keli di Teluk Kumbar, Pulau Pinang, bagi mengukuhkan pembohongannya.

“Selepas rahsianya terbongkar dia bukan orang kaya, dia mendakwa pula bekerja sebagai pegawai polis dan pegawai imigresen yang digantung kerja. Namun, itu semua dusta belaka yang digunakan suami untuk mendapatkan wang saya sebelum dia menghilangkan diri,” katanya.


Latifah berkata, sebelum berkahwin suaminya mendakwa duda beranak dua, namun hakikatnya, selepas diselidik dia sudah berkahwin dengan tujuh wanita dan kebanyakannya ditinggalkan begitu saja selepas tembelangnya diketahui isteri-isterinya.bharian

Sogok wang gadai akidah

Foto
JASMINE mengaku menerima bantuan daripada sebuah komuniti gereja di Damansara Utama, Petaling Jaya.

Foto
ALKITAB versi bahasa Melayu diberikan kepada setiap orang Islam yang menyertai pertubuhan agama Kristian.



Pertubuhan berselindung di sebalik kebajikan

KUALA LUMPUR: Ada pertubuhan di negara ini berselindung di sebalik kegiatan kebajikan dengan menawarkan wang tunai, tempat tinggal dan makan minum percuma kepada golongan miskin dan menghadapi masalah kewangan yang beragama Islam sebelum memesongkan akidah mereka hingga sanggup menukar agama akibat desakan hidup.

Difahamkan, ada individu Islam menerima elaun tetap sehingga RM1,000 sebulan dengan hanya mengikuti program pertubuhan itu dua kali seminggu. Malah segelintir peserta turut mengakui menerima bantuan menyelesaikan beban hutang, termasuk ansuran kenderaan, rumah dan kad kredit.
Ia dipercayai taktik pertubuhan terbabit bagi menarik orang ramai mengikut program mereka dengan sebahagian besar sasaran adalah golongan gelandangan dan ibu tunggal yang tidak berpendapatan tetap serta dibebani masalah kewangan.
Setiap peserta turut dijanjikan `kehidupan baru’ oleh pemimpin pertubuhan terbabit yang menggambarkan dirinya seolah-olah `penyelamat’ jika mengikuti segala program diatur, termasuk kesediaan menukar agama.

Bekas pengikut pertubuhan itu yang mahu dikenali sebagai Adazhan, 30-an, mengakui pernah dilatih menjadi paderi sepanjang 10 tahun menjadi pengikut program berkenaan, termasuk menukar agama isteri dan anak-anaknya sebelum kembali ke pangkal jalan.

Ketika ‘diselamatkan’ daripada kesempitan hidup, Adazhan mengakui menerima tawaran bantuan pertubuhan itu adalah pilihan hidup untuk menyelamatkan keluarga daripada kepompong kemiskinan.

Malah, kesungguhannya mengikut program membolehkannya menghadiri kursus menjadi paderi dan dijanjikan Rumah Doa sendiri dengan pembiayaan penuh pertubuhan untuk menjalankan aktiviti keagamaan.
“Dulu saya terima bantuan kewangan RM500 sebulan. Bagi yang ada isteri, mereka diberi tambahan RM300 dan RM100 bagi seorang anak. Bagi saya yang hidup merempat ketika itu, cuma itu pilihan terbaik. Sekarang, jumlah bantuan bertambah dan difahamkan, ada yang dapat lebih RM1,000 sebulan.

“Saya percaya ramai sudah terpedaya selepas termakan pujukan dan terhutang budi dengan bantuan diterima. Cuma, mereka takut menukar status agama dalam MyKad,” katanya kepada Berita Harian, semalam.

Beliau mencadangkan supaya mereka yang terpedaya, tidak dikenakan hukuman atau ditangkap kerana bimbang menyebabkan keadaan lebih teruk, sebaliknya didekati secara lembut dengan membetulkan semula akidah dan diberi bantuan sepatutnya bagi mengelakkan kejadian sama berulang.

Kelmarin, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyerbu majlis makan malam anjuran sebuah komuniti gereja di Damansara Utama, Petaling Jaya, susulan laporan terdapat unsur penyebaran agama lain kepada orang Islam yang bertentangan Artikel 11 (4) Perlembagaan Persekutuan.

Difahamkan, 50 orang Islam menghadiri majlis itu ketika serbuan dibuat, namun hanya 12 daripada mereka termasuk lapan wanita berjaya ditahan dan diarahkan memberi keterangan di Ibu Pejabat JAIS di Shah Alam, 9 Ogos ini kerana melakukan kesalahan mengikut Seksyen 10, Enakmen Jenayah Syariah 1995.

Sementara itu, salah seorang peserta wanita yang ditahan dalam serbuan berkenaan mendedahkan peserta Islam ditegah mempercayai Nabi Muhammad SAW, tetapi diminta mengikut suruhan Nabi Isa melalui ceramah dan nyanyian sepanjang majlis berlangsung.

Hanya mahu dikenali sebagai Jasmine, wanita itu berkata, pertubuhan terbabit mensasarkan individu yang menghadapi masalah kewangan seperti kumpulan mualaf dan golongan yang kecewa dengan kerajaan sebagai ahli sebelum ejen berperwatakan alim seperti haji dan imam dihantar mendekati mangsa.

“Mereka menabur janji mampu menyelesaikan masalah dihadapi sebelum sasaran dibawa menghadiri majlis suai kenal dan sesi ceramah secara sulit. Biasanya, minat menyertai pertubuhan ini timbul selepas mendengar syarahan ketua agama dari Sabah, Sarawak dan Indonesia,” katanya yang menyertai pertubuhan itu bersama suami dua tahun lalu.

Jasmine yang dijanjikan bantuan kewangan untuk menyelesaikan hutang dan keperluan harian, berkata dalam setiap program dianjurkan, peserta diberikan kitab Injil berbahasa Melayu seterusnya diajar menyanyi lagu dakwah Kristian, disusuli diberikan ‘minuman istimewa’ diikuti upacara pembaptisan. bharian

Anak Gaddafi dipercayai maut


pix_gal0
Serangan udara tentera NATO turut korbankan lebih 30 askar kerajaan

BENGHAZI: Seorang lagi anak pemimpin Libya Muammar Gaddafi, Khamis al-Gaddafi, 28, dilaporkan terbunuh dalam serangan udara tentera Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) di bandar Zliten di barat Libya malam semalam, selain mengorbankan lebih 30 askar kerajaan. 

Jurucakap Pasukan Revolusi Bersatu, Mohammed Zawawi yang memetik maklumat sumber perisikan pemberontak berkata, Khamis disahkan antara yang terbunuh dalam serangan itu.
“Dalam serangan udara NATO ke atas bilik operasi Gaddafi di Zliten malam semalam, kira-kira 32 orang askar kerajaan terkorban. Salah seorang daripada mereka ialah Khamis,” katanya.
Pada masa sama kumpulan pemberontak berkata bilik operasi mereka di timur Libya berjaya memintas perbualan radio yang memberi isyarat anak Gaddafi, Khamis, maut dalam serangan itu. 

Pada 30 April lalu, anak keenam Gaddafi, Saif al-Arab, 29, terkorban dalam satu serangan udara NATO ke atas rumahnya yang turut mengorbankan tiga cucu pemimpin itu. 

Jika kematian Khamis disahkan, ia adalah tamparan terbaru kepada rejim pemerintahan Gaddafi yang masih meneruskan pertempuran dengan pemberontak. 
Sementara itu ibu pejabat operasi NATO Libya di Naples ketika dihubungi berkata, pihak masih menyiasat maklumat itu. 
Khamis yang mendapat latihan di akademi tentera Russia adalah pemimpin Briged Khamis, salah satu unit tempur paling cekap di Libya dan penyokong kuat kepemimpinan Gadadfi. 

Selepas kembali ke Libya bagi membantu ayahnya, Khamis mengetuai serangan ke atas al-Zawiyah dan berjaya menawan semula bandar itu dari tangan pemberontak. 
Serangan ke atas Zliten berlaku hanya beberapa jam selepas pegawai di Tripoli membawa wartawan melawat bahagian tengah bandar Zliten, bagi menafikan dakwaan pemberontak bahawa bandar itu diserang NATO. 

Jurucakap kerajaan Libya Moussa Ibrahim bagaimanapun menafikan kematian Khamis dan menyifatkannya sebagai berita palsu. 

“Mereka menyebarkan berita kematian Khamis di Zliten bagi menutup pembunuhan yang dilakukan. Ini adalah taktik kotor bagi melindungi jenayah yang dilakukan,” katanya. 

Askar daripada kumpulan pemisah di Misrata, kira-kira 60 kilometer ke timur Libya minggu lalu mengumumkan bahawa mereka semakin meluaskan pengaruh di Zliten, sebuah bandar tepi pantai yang strategik. 

Bagaimanapun, pihak berkuasa di Tripoli segera menafikan dakwaan itu mengatakan bahawa mereka mengawal seluruh bandar berkenaan. – AFP bharian

Sel tunjang hasil sperma tiruan


 TIGA ekor anak tikus berjaya dilahirkan melalui proses penghasilan sperma tiruan  hasil kajian saintis Jepun.
TIGA ekor anak tikus berjaya dilahirkan melalui proses penghasilan sperma tiruan hasil kajian saintis Jepun.

TOKYO: Saintis Jepun mencipta sperma tiruan menggunakan sel tunjang buat kali pertama dalam kejayaan saintifik yang bakal membuka jalan menyediakan rawatan baru bagi lelaki tidak subur.

Penyelidik kesuburan mencipta sel benih yang menghasilkan sperma dalam makmal dan memindahkannya kepada tikus tidak subur dan mendapati haiwan itu mampu melahirkan anak selepas rawatan.Perkembangan itu, dianggap pakar sebagai amat menarik, dipercayai dapat membantu beribu lelaki tidak subur menjadi bapa jika kaedah itu terbukti memberi kesan sama kepada manusia.Penyelidikan yang diketuai Dr Katsuhiko Hayashi menyuntik sperma tiruan ke dalam te-lur tikus dan memasukkannya ke dalam saluran peranakan tikus betina, yang melahirkan anak sihat.Anak tikus itu apabila dewasa mampu melahirkan anak secara semula jadi,” kata Dr Katsuhiko dalam kajian diterbitkan jurnal Cell.Uji kaji sebelum ini bertujuan menghasilkan sperma daripada sel saraf tunjang janin tidak begitu berjaya dan dalam kebanyakan kes melahirkan anak tidak sihat yang kemudian mati.Pakar kesuburan dan pensyarah kanan bidang andrologi di Universiti Sheffield, Dr Allan Pacey, berkata kejayaan itu langkah hebat bagi mengembangkan proses menghasilkan sperma untuk merawat lelaki tidak subur.Rawatan ini memerlukan doktor mengambil sel kulit atau tulang sum-sum pesakit untuk diuji. Namun banyak lagi kajian perlu dibuat untuk menapis proses ini,” katanya.Sementara itu, jurucakap Persatuan Kesuburan Britain yang juga perunding pakar sakit puan di Pusat Kesuburan Newcastle, Dr Jane Stewart, berkata kemampuan menghasilkan sel mengeluarkan sperma manusia dalam makmal menjadi kejayaan dalam rawatan kesuburan. – Agensi BHARIAN

Cap jari, bukti dalam BMW



AKHTAR (berkopiah) melihat kereta BMW Ahmad Kamil di lobi Kompleks Mahkamah Tinggi Shah Alam semalam.


SHAH ALAM – Mahkamah Tinggi di sini yang mendengar perbicaraan kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain semalam diberitahu terdapat tiga kesan cap jari serta lapan bukti lain ditemui dalam kereta jenis BMW milik peguam Ahmad Kamil Abdul Karim.
Pegawai Forensik Bukit Aman, Deputi Supritendan Sheikh Zainal Abidin Sheikh Omar (gambar) berkata, cap jari itu dikesan pada sekeping kad smart dan touch & go serta pewangi lavendar. Barang itu terdapat dalam kereta yang dilaporkan hilang pada 30 Ogos 2010 itu.
“Selain itu kami jumpa kertas iklan TM, diari, stereng kenderaan, tombol gear dan surat khabar The Sun. Kereta yang menggunakan nombor pendaftaran AAJ 5 itu kemudian ditanda sebagai bukti,” katanya sambil menambah kereta itu dijumpai semula di Jalan SS12/1B dekat sini tujuh hari kemudian.
Saksi ke-34 pendakwaan itu memberi keterangan semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Saiful Edris Zainuddin dalam perbicaraan bekas peguam N. Pathmanabhan, 41, bersama T. Thilaiyagan, 19, R. Matan, 20, dan R. Kathavarayan, 30.
Mereka didakwa membunuh Sosilawati, pemandunya, Kamaruddin Shamsuddin, 47, Ahmad Kamil, 32, dan pegawai Bank CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, di Lot No. 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat dekat sini antara pukul 8.30 malam dan 9.45 malam, 30 Ogos tahun lalu.
Dakwaan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Zainal Abidin berkata, dia mendapat panggilan pada 6 September 2010 mengatakan pihak polis telah menjumpai sebuah kenderaan berkaitan dengan kehilangan Sosilawati dan tiga yang lain.
“Kami mendapat panggilan pada pukul 9.40 malam dan terus ke tempat kereta itu dijumpai lalu membuat pemeriksaan menyeluruh,” katanya.
Zainal Abidin turut menambah, pada pukul 10 pagi 14 September 2010, dia memberi bantuan forensik di Sungai Kanchong, Banting bersama empat anggota bagi mencari zink yang dipercayai dibuang.
Jelas saksi, selepas enam keping zink itu diserah kepadanya, dia mengarahkan anggota membuat rajah kasar, menyusun zink, buat label penandaan dan membalutnya.
Saiful kemudian memohon untuk membawa saksi membuat pengecaman sebuah kenderaan iaitu kereta jenis BMW berwarna hitam tersebut milik Ahmad Kamil di lobi mahkamah.
Dalam pada itu, Zainal Abidin berang apabila diasak peguam bela, Manjeet Singh berhubung kertas minyak yang diguna untuk membalut zink sehingga terpaksa ditenangkan Hakim Datuk Akhtar Tahir.
Dakwa saksi, dia tidak tahu mengenai bahan yang digunakan untuk membuat kertas minyak dan meminta Manjeet untuk tidak bertanyakan soalan yang tidak sesuai kepadanya.
Perbicaraan bersambung Isnin depan.KOSMO

Banyak negeri kekal kadar zakat fitrah






KUALA LUMPUR - Dua negeri iaitu Sabah dan Sarawak menaikkan kadar zakat fitrah negeri masing-masing pada tahun ini berbanding tahun sebelumnya.
Kadar zakat di Sarawak pada kadar RM6.20 berbanding sebelumnya iaitu RM5.20 dengan perbezaan sebanyak RM1. Ia diikuti oleh Sabah yang naik 0.20 sen kepada harga baharu iaitu RM7.
Bagaimanapun, Melaka dan Kelantan masih mengekalkan pada kadar RM6.50 dan RM7 seperti tahun lepas.
Bagi Johor, pada tahun ini mengekalkan dua kadar berasingan berdasarkan jenis beras dan kemampuan pembayar iaitu RM5 dan RM7.50 seperti tahun lalu.
Tetapi bagi Terengganu, negeri itu masih mengekalkan tiga kadar zakat fitrah seperti tahun lepas mengikut jenis beras dan kemampuan pembayar iaitu RM5, RM7 dan RM8.
Bagi Kedah, Perak, Selangor, Pahang dan Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan) pula, masing-masing mengekalkan kadar lama iaitu RM7.
Kadar zakat fitrah di Perlis dan Negeri Sembilan kekal dengan kadar RM6 dan RM6.50.
Bagi umat Islam di ibu kota, mereka boleh membayar zakat fitrah di Pejabat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan yang dibuka setiap hari sepanjang bulan Ramadan ini dari jam 8.15 pagi sehingga 4.30 petang.
Bagi sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi talian zakat 1-300-88-5757 atau layariwww.zakat.com.my atau www.facebook.com/zakat.my.
Menerusi laman web yang sama, pengguna juga boleh membayar pelbagai jenis zakat lain secara online dan laman sesawang itu turut dilengkapi dengan pelbagai maklumat dan aktiviti terkini mengenai pusat zakat dan kemudahan yang disediakan sepanjang bulan Ramadan.KOSMO

Pampasan cuma RM99



KEAN EWE (kanan) menunjukkan pampasan RM99 yang diterima kepada Swee Kong di Ipoh semalam.


IPOH - Sudahlah terlantar hampir dua minggu di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini akibat dirempuh pelesit rempit semasa menyertai satu operasi bersepadu, pampasan insurans yang diterimanya cuma RM99.
Demikian nasib anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela), Khaw Kean Ewe, 44, yang mendakwa nilai pampasan perlindungan insurans kelompok yang diterimanya tidak memadai dengan kecederaan serius yang dialami pada 9 September 2007 itu.
Katanya, dalam kemalangan pukul 3 pagi itu, dia mengalami kecederaan parah pada kaki, badan dan kedua-dua tangannya.
Menurutnya, harapan terhadap rayuan yang dikemukakan kepada pengurusan Rela dan syarikat insurans terbabit untuk mengkaji semula nilai pampasan yang diserahkan kepadanya pada Julai 2009 lalu tidak menjadi kenyataan.
"Hampir setiap bulan saya berulang-alik ke premis syarikat insurans berkenaan namun dua minggu lepas, saya diberitahu ia tidak lagi akan dipertimbangkan.
"Apa yang menyedihkan, sudahlah kos rawatan susulan mencecah ribuan ringgit, saya dimaklumkan setiap anggota Rela yang dimasukkan dalam wad boleh menerima sehingga RM100 sehari namun yang diterima sekadar RM99," katanya.KOSMO