Pages

Wednesday, March 23, 2011

17 cedera diserang Israel



GAZA - Sekurang-kurangnya 17 orang cedera termasuk kanak-kanak dalam beberapa serangan udara rejim Israel ke atas Genting Gaza, lewat malam kelmarin.

Jet pejuang Israel melancarkan sekurang-kurangnya lima serangan di Baitul Lahiya dan Bandar Gaza.

Pejabat pasukan keselamatan pejuang Hamas, kem latihan dan kilang batu-bata di utara Gaza antara yang menjadi sasaran serangan rejim Zionis.

Angkatan tentera Israel seperti biasa menuduh pejuang Hamas memulakan serangan ke atas Israel dengan mendakwa sebanyak 56 peluru berpandu dilancarkan dari Gaza sejak Sabtu lalu.

Israel mengenakan sekatan tidak berperikemanusiaan ke atas 1.5 juta penduduk Gaza selepas pejuang Hamas berjaya mengawal Genting Gaza sejurus memenangi pilihan raya secara adil pada 2007.

Belasah suami


AMPANG: Hanya kerana meminta dihidangkan makanan dan diurut badan, seorang lelaki berusia 53 tahun yang terlantar akibat sakit buah pinggang kronik dibelasah dan ditendang isterinya hampir 30 minit di rumah mereka di Jalan Cempaka di sini.
Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam Ahad lalu itu, lelaki terbabit yang sakit sejak setahun lalu hanya mampu menutup kepalanya menggunakan kedua-dua tangan sambil merayu dikasihani isterinya yang berusia 40-an. Mangsa mendakwa kejadian itu bukanlah pertama kali berlaku, sebaliknya kekejaman isterinya itu terpaksa dilaluinya sejak enam bulan lalu dan secara keseluruhan sudah lebih 10 kali dia diperlakukan sedemikian.

Tidak tahan dengan perbuatan keji isterinya, mangsa ditemani beberapa rakan tampil membuat laporan di Balai Polis Ampang di sini, kelmarin, kerana bimbang keselamatannya.

Sumber polis berkata, mangsa mendirikan rumah tangga bersama pasangannya hampir 10 tahun, namun penyakit buah pinggang kronik dialaminya sejak setahun lalu menyebabkan dia terpaksa bergantung hidup kepada isterinya.

“Sejak menghidap penyakit berkenaan, setiap pergerakannya terbatas. Disebabkan itu, dia terpaksa meminta bantuan isterinya untuk mandi, makan, termasuk untuk bergerak ke tandas,” katanya.

Menurut sumber, enam bulan pertama, mangsa dijaga dengan baik oleh isterinya namun wanita terbabit dilaporkan hilang sabar sebaik masuk bulan seterusnya.


“Mungkin wanita itu tertekan untuk mencari nafkah dan dalam masa sama terpaksa menguruskan makan minum suaminya itu. Wanita itu, mula menunjukkan sikap tidak sepatutnya dan dikatakan mula mengabaikan tanggungjawabnya itu.

“Malah, jika suaminya meminta dia menyediakan makanan, mengurut badan yang sedang sakit wanita terbabit akan memaki hamun sebelum memukulnya,” katanya.
Sumber itu berkata, Ahad lalu, mangsa yang lapar dikatakan meminta pertolongan isterinya untuk menyediakan makanan.

“Wanita terbabit memarahinya namun lelaki terbabit masih bersabar. Selepas 10 minit, mangsa sekali lagi meminta isterinya mengurutkan badan dan kakinya yang sakit.

“Permintaan mangsa menimbulkan kemarahan isterinya sebelum mereka bertengkar. Isterinya yang hilang kawalan memukul suaminya.

“Wanita itu menumbuk, menendang dan memukul mangsa menggunakan kaki dan tangannya lebih 30 minit,” katanya.

Katanya, mangsa hanya merayu dikasihani dan menutup bahagian kepalanya menggunakan kedua tangan.

“Selepas melepaskan geram, wanita terbabit meninggalkan rumah berkenaan,” katanya.

Keesokan harinya (kelmarin), mangsa menghubungi beberapa rakannya meminta bantuan membawanya ke balai polis sebelum membuat laporan berhubung kejadian itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

Obama berdolak-dalik


SANTIAGO: Amerika Syarikat semalam memberi mesej berbeza mengenai matlamatnya menyerang Libya,
Presiden Barack Obama berkata pemimpin Libya, Muammar Gaddafi mesti digulingkan tetapi pada masa sama, berikrar tentera Amerika akan mematuhi mandat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

“Tindakan ketenteraan kami ialah menyokong mandat antarabangsa daripada Majlis Keselamatan yang secara khususnya tertumpu pada ancaman kemanusiaan Gaddafi terhadap rakyatnya sendiri,” kata Obama pada satu sidang akhbar.

“Serangan udara dan peluru berpandu yang dilancarkan hujung minggu lalu adalah untuk menyokong Ketetapan 1973 Majlis Keslamatan PBB yang secara khusus tertumpu pada usaha kemanusiaan. Kami akan bertindak berdasarkan mandat itu,” katanya.

Tetapi, pada masa sama, pemimpin Amerika Syarikat itu menegaskan: “Adalah menjadi dasar Amerika untuk melihat Gaddafi meletak jawatan.” Beliau menuduh pemimpin Libya itu yang sudah memerintah selama lebih empat dekad membunuh orang awam ketika cuba mematahkan kebangkitan pembangkang.

Pentadbiran Amerika berdepan dengan tekanan kerana tidak mendedahkan matlamat perang mereka di Libya walaupun Obama menegaskan beliau tidak akan mengerahkan tentera daratnya ke negara itu.


Pemerhati berpendapat, matlamat sebenar peperangan itu tidak dijelaskan dan tentera Amerika tidak mempunyai keupayaan untuk terbabit dalam satu lagi peperangan selepas Iraq dan Afghanistan.

Kecaman antarabangsa terhadap serangan yang dilancarkan oleh Amerika, Britain dan Perancis terhadap sistem pertahanan udara Libya juga semakin meningkat.
Pemerintah kanan tentera Amerika, Jeneral Carter Ham berkata, tentera bersekutu dengan jelas menumpukan serangan mereka untuk menguatkuasakan zon larangan terbang dan melindungi orang awam.

Beliau berkata, Gaddafi tidak menjadi sasaran dan kedudukannya tidak diketahui.

Tetapi, semalam, tentera bersekutu, buat kali kedua menyerang kompleks kediaman pemimpin Libya itu.

“Kami tidak mempunyai misi untuk membantu pemberontak Libya,” kaa Ham kepada wartawan di Pentagon. -AFP
metro

Barat tidak ada hak diLibya - India


NEW DELHI: Negara asing tidak berhak mencampuri urusan dalaman Libya, kata pemimpin India, semalam, sekali gus menambah kecaman antarabangsa terhadap kempen ketenteraan ke atas rejim Muammar Gaddafi.
India yang bersikap berkecuali terhadap undian Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi menguatkuasakan zon larangan terbang mengambil sikap sama seperti China dan Russia.

Ketiga-tiga negara itu mengecam serangan udara diketuai AS, Britain dan Perancis yang bertujuan melemahkan sistem pertahanan udara Libya.

Menteri Kewangan India, Pranab Mukherjee, berkata tiada mana-mana negara asing berhak campur tangan dalam konflik dalaman sesebuah kerajaan.

“Tiada negara boleh memutuskan untuk menukar sesuatu rejim,” katanya.

Sama ada rejim terbabit akan berubah atau tidak, kata Pranab, bergantung kepada rakyat negara itu sendiri.


Menteri Luar India, SM Krishna, pula menggesa konflik itu dihentikan segera.

Semalam, media tempatan mengkritik sikap New Delhi yang kelihatan ‘keliru’ dan ‘naif’ terhadap isu berkenaan. - Reuters
metro

China bimbang serangan bakal cetus bencana kemanusiaan


BEIJING: China memberi amaran, bencana kemanusiaan boleh berlaku di Libya dan bimbang dengan laporan kematian orang awam di negara itu.
Beijing turut menggesa pertempuran di negara utara Afrika itu dihentikan serta-merta.

Jurucakap Kementerian Luar China, Jiang Yu, berkata negara itu menentang sebarang tindakan yang menyebabkan kematian lebih ramai orang awam melalui tindakan ketenteraan.

“Kita melihat laporan bagaimana penggunaan tentera menyebabkan lebih ramai orang awam maut dan China menentang keras sebarang tindakan membawa bencana kemanusiaan,” katanya.

Jiang tidak menyatakan secara langsung sama ada serangan itu melanggar resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Dalam undian terhadap usul ke atas Libya minggu lalu, 10 negara anggota Majlis Keselamatan PBB menyokong resolusi menguatkuasakan zon larangan terbang di Libya bagi melindungi orang ramai di situ daripada menjadi mangsa serangan tentera yang setia kepada Muammar Gaddafi.


Lima lagi anggota badan itu - termasuk China - mengambil sikap berkecuali.

Negara lain yang berkecuali adalah Russia dan India.
Bagaimanapun, Russia tidak menggunakan kuasa veto yang ada padanya sebagai anggota tetap Majlis Keselamatan PBB.

Akhbar rasmi China turut meningkatkan bantahan mereka terhadap serangan udara ke atas Libya, semalam dengan menganggap pihak yang menyokongnya melanggar undang-undang antarabangsa. - Reuters

Majoriti rakyat Britain bantah perang


LONDON: Kira-kira 53 peratus rakyat Britain berpendapat anggota tentera negara itu tidak perlu meletakkan diri mereka dalam bahaya untuk melindungi rakyat Libya daripada rejim Muammar Gaddafi.
Kajian pendapat terbaru juga mendapati, sebanyak 43 peratus daripada rakyat negara itu menentang serangan tentera terhadap negara itu. Hasil kajian itu yang dijalankan oleh ComRes Survey untuk stesen televisyen ITV News diumumkan semalam.

Hanya 35 peratus responden berkata, Britain bertindak betul untuk menyertai tindakan tentera antarabangsa bagi melaksanakan gencatan senjata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sementara 43 peratus tidak bersetuju dan 22 peratus lagi memberi jawapan tidak tahu.

Responden juga berbelah bagi mengenai sama ada tindakan itu memberi gambaran baik terhadap Perdana Menteri, David Cameron. - Reuters
metro

Tiada kebenaran sasar Gaddafi: Cameron


LONDON: Perdana Menteri Britain, David Cameron semalam berkata, tidak ada kebenaran rasmi untuk menukarkan rejim di Libya meskipun terdapat cadangan daripada menteri negara itu supaya Muammar Gaddafi menjadi sasaran serangan udara.
Selepas kompleks Gaddafi di Tripoli musnah dalam serangan tentera Barat, Cameron berkata, ketetapan Majlis Keselamatan PBB terhad pada penguatkuasaan gencatan senjata dan zon laran terbang bagi melindungi rakyat Libya.

“Ia secara khusus tidak menyebut mengenai kebenaran bagi menyingkirkan Gaddafi menerusi tindakan ketenteraan,” kata Cameron kepada Parlimen sebelum anggota Dewan mengundi mengenai serangan itu.

Namun, menurutnya, Barat masih mahu melihat pemerintahan Gaddafi selama 41 tahun berakhir.

“Pandangan kami adalah jelas. Tidak ada masa depan yang baik untuk Libya selagi Gaddafi masih berkuasa,” katanya.

Anggota Parlimen Britain memberi sokongan padu terhadap tindakan ketenteraan itu selepas jet dan kapal selam negara itu meneruskan serangan untuk hari kedua bersama-sama Perancis dan Amerika Syarikat.


Setiausaha Pertahanan, Liam Fox Ahad lalu berkata, ada kemungkinan tentera Britain mensasarkan Gaddafi.

Setiausaha Luar, William Hague tidak menolak kemungkinan itu. - Reuters

Beri pemberontak senjata: Iran


TEHERAN: Jika Barat mahu membantu orang awam di Libya, mereka perlu menyalurkan senjata kepada kumpulan penentang rejim Muammar Gaddafi, bukan mengebom pemimpin terbabit.
Dalam ucapan menyambut Nowruz (tahun baru Iran) semalam, pemimpin tertinggi negara itu, Ayatollah Ali Khamenei, berkata apa yang dilakukan Amerika Syarikat ke atas Libya hanyalah langkah strategik bagi mendapatkan tapak di negara kaya dengan petroleum itu.

Khamenei turut menyelar kenyataan Presiden AS, Barack Obama, yang menganggap penunjuk perasaan prodemokrasi di Iran sama seperti kebangkitan rakyat menentang kerajaan kuku besi di rantau Timur Tengah.

Sambil menyambut baik protes rakyat di dunia Arab sebagai ‘kebangkitan Islam, Khamenei turut mengecam keras pendekatan diambil Gaddafi.

“Iran mengecam 100 peratus pentadbiran Gaddafi dan bagaimana dia menguruskan kemarahan rakyatnya.

“Bagaimanapun, kita juga mengecam 100 peratus pencerobohan serta campur tangan AS serta Barat di negara itu,” katanya.


Sepatutnya, kata Khamenei, Barat menyalurkan senjata seperti kelengkapan antikapal terbang kepada pemberontak bagi menghadapi serangan rejim Gaddafi.

Katanya, AS bercadang menjadikan Libya sebagai tapak strategik bagi memantau kebangkitan revolusi di Tunisia dan Mesir.
“Itulah niat jahat Barat,” katanya. - Reuters

Pemandu dakwa 3 wartawan media antarabangsa hilang kini ditahan tentera rejim Libya


TOBRUK: Tiga wartawan Barat yang hilang di timur Libya minggu lalu, ditahan tentera yang setia kepada Muammar Gaddafi, kata pemandu mereka, semalam.
Petugas media terbabit - termasuk dua daripada Agence France-Presse (AFP), Dave Clark dan Roberto Schmidt - gagal dikesan sejak Sabtu lalu.

Seorang lagi petugas media yang ditawan adalah jurugambar Getty, Joe Raedle.

Pemandu wartawan itu, Mohammed Hamed, berkata dia membawa petugas media terbabit dari Tobruk menuju Ajdabiya bagi mendapatkan laporan pertempuran di antara pemberontak dengan tentera Gaddafi.

“Beberapa kilometer dari Ajdabiya, kami terserempak dengan konvoi tentera kerajaan.

“Kami berpatah balik tetapi dipintas kumpulan berkenaan,” katanya. - AFP

Wiens dapat wajah baru


WAJAH Wiens sebelum dibedah.

WAJAH Wiens sebelum dibedah.

BOSTON: Seorang lelaki yang cacat teruk di muka selepas terkena kejutan elektrik ketika menggunakan jentera pemetik ceri berjaya menjalani pembedahan pemindahan muka sepenuhnya, semalam, lapor sebuah hospital di Boston.
Dallas Wiens, 25, kini boleh menjalani kehidupan baru dengan wajah yang dibedah 30 petugas perubatan di Hospital Wanita Brigham. Ia dikatakan pembedahan transplan pertama muka sepenuhnya dilakukan di negara itu.

Walaupun pakar pembedahan plastik tidak dapat mengembalikan deria penglihatan Wiens, pemuda itu semakin pulih dan sudah boleh berbual dengan ketua doktor, Bohdan Pomahac.

“Dia sudah bangun dan bersembang di telefon bimbit,” katanya.

“Kejayaan itu mencatat sejarah penting dalam pembedahan transplan di Hospital Wanita Brigham. Pencapaian sulung yang dilakukan pasukan perubatan transplan itu adalah hasil sumbangan organ individu kepada orang lain,” kata Presiden hospital berkenaan, Betsy Nable . Wiens dari Texas mengalami kecederaan pada November 2008 apabila kepalanya menyentuh wayar elektrik bervoltan tinggi ketika bekerja menggunakan jentera pemetik ceri. Kejutan elektrik mencacatkan hampir keseluruhan wajahnya.

Pohamac mengetuai pasukan doktor, jururawat dan pakar bius selama 15 jam bagi menggantikan hidung, bibir, kulit wajah, otot muka dan urat saraf yang memberi rangsangan pada wajah Wiens.


Pembedahan memakan kos AS$300,000 (RM900,000) itu dibiaya Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat sebagai sebahagian penyelidikan bagi membantu kakitangan perkhidmatannya yang mengalami cedera parah. Datuk Wiens, Del Peterson mengucapkan terima kasih kepada pasukan doktor yang berhempas-pulas merawat cucunya. - AFP

Bandar kabilah Guededfa jadi sasaran


TRIPOLI: Tentera bersekutu yang diketuai Amerika Syarikat, Britain dan Perancis semalam mengebom bandar Sebha di selatan Libya yang menjadi kubu kuat kabilah Guededfa, suku kaum Muammar Gaddafi.
“Sejak Sabtu lalu, pakatan musuh melancarkan serangan udara dan peluru berpandu terhadap Tripoli, Zuwarah, Misrata, Sirte dan Sebha, dengan menjadikan lapangan terbang sasaran utama,” kata jurucakap kerajaan, Mussa Ibrahim pada sidang akhbar di Tripoli.

“Ya, Sebha diserang hari ini (semalam),” katanya ketika menjawab satu soalan mengenai bandar yang terletak 750 kilometer ke selatan Tripoli.

Menurutnya, tentera bersekutu juga menyerang sebuah ‘pelabuhan nelayan kecil,’ 27 kilometer ke barat Tripoli.

Menurut Ibrahim, serangan semalam menyebabkan beberapa orang awam terbunuh, terutamanya di Sirte, bandar kelahiran Gaddafi, 360 kilometer ke timur Tripoli.

Mussa turut memberi amaran kepada Eropah mengenai kebanjiran pendatang Afrika. - Reuters

Rahsia Denmark


OSLO: Sejumlah negara Barat menyertai kempen ketenteraan Amerika Syarikat, Britain dan Perancis ke atas Libya dengan membawa motif berlainan, kata penganalisis.
Ekoran pelaksanaan Resolusi 1973 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Norway, Denmark, Kanada dan Belgium menghantar jet pejuang masing-masing ke Laut Mediterrenean untuk menyerang rejim Muammar Gaddafi.

Penganalisis berkata, Denmark mahu memainkan peranan penting menyokong kebangkitan rakyat di dunia Arab, berbeza dengan sikap meraka terhadap isu Afghanistan dan Iraq.

“Peranan Denmark di Libya mendapat sokongan kuat di dalam negara,” katanya.

Jumaat lalu, Perdana Menteri Denmark, Lars Loekke Rasmussen, berkata negara itu memberi sokongan penuh terhadap perjuangan rakyat rantau Arab.

“Walaupun Denmark kecil, tetapi kita memiliki tanggungjawab dari segi sejarah melaksanakan tanggungjawab antarabangsa,” katanya.


Menjelang pilihan raya umum - dijangka sebelum November ini, keputusan Rasmussen dijangka memberi kelebihan kepada partinya untuk mendapat mandat sekali lagi.

Pakar konflik Afrika di Institut Hal Ehwal Antarabangsa Denmark, Bjoern Moeller, berkata keputusan kerajaan turut dapat memenangi sokongan Washington.
Pandangan itu turut disokong Ketua Institut Hal Ehwal Antarabangsa Norway, Jan Egeland.

Kata Egeland, selepas beberapa tahun, Denmark kini memiliki peluang terbaik untuk memberi sokongan kuat kepada pembabitan tentera AS di negara luar.

“Bagi Norway pula, kerajaan mahu menunjukkan kepada semua pihak terhadap komitmen mereka menyokong setiap resolusi PBB,” katanya. - AFP
metro

Kediaman Gaddafi diserang lagi


TRIPOLI: Kompleks kediaman pemimpin Libya, Muammar Gaddafi dibom sekali lagi awal pagi tadi.
Kubu kuatnya di selatan negara itu dan sebuah pangkalan tentera laut juga menjadi sasaran serangan ketika kecaman antarabangsa mengenai serangan udara terhadap Libya meningkat.

Televisyen Libya melaporkan, serangan terhadap Tripoli dilakukan waktu malam.

Letupan kuat dan tembakan anti pesawat kedengaran berhampiran kediaman Gaddafi pada jam 3 pagi (waktu Malaysia).

Letupan sama menggegarkan Tripoli malam Ahad lalu dengan pegawai pasukan bersekutu berkata bangunan pentadbiran dalam kompleks kediaman pemimpin Libya itu musnah selepas terkena bedilan satu peluru berpandu.

Saksi berkata, pangkalan tentera laut Libya yang terletak kira-kira 10 kilometer ke timur Tripoli turut dibom awal semalam.


Jurucakap kerajaan, Mussa Ibrahim turut mendakwa, Misrata, bandar ketiga terbesar Libya, 214 kilometer ke Tripoli, berjaya dibebaskan tiga hari lalu dan tentera Gaddafi kini melancarkan gerakan memburu ‘elemen pengganas.’ Bagaimanapun, seorang jurucakap pemberontak di Misrata yang dihubungi menerusi telefon berkata, bandar itu tetap dalam penguasaan kumpulan berkenaan meskipun berdepan dengan serangan tentera Gaddafi.

Seorang pegawai perubatan di Misrata mengesahkan, 40 orang terbunuh dan 300 cedera dalam pertempuran.
Dalam pada itu, tentera Libya berundur 100 kilometer dari Benghazi, bandar yang masih dikuasai pemberontak, selepas diserang secara besar-besaran oleh pesawat pengebom tentera bersekutu.

Bagaimanapun, pasukan yang setia kepada Gaddafi itu berjaya menyekat kemaraan di kedudukan baru mereka di Ajdabiya. - AFP

Tiada siapa tahu di mana Gaddafi


GADDAFI...nasibnya jadi tanda tanya.
GADDAFI...nasibnya jadi tanda tanya.

WASHINGTON: Pegawai kanan tentera Amerika Syarikat berkata, tidak banyak maklumat diketahui mengenai keadaan dan lokasi Muammar Gaddafi selepas Barat melancarkan serangan ke atas Libya awal pagi Ahad lalu.
Pegawai pemerintah tentera AS di Afrika, Jeneral Carter Ham, berkata tentera juga tidak melancarkan sebarang usaha bagi mengesan di mana Gaddafi berada.

“Saya tak tahu banyak mengenai lokasi pemimpin Libya itu,” katanya.

Dalam serangan diketuai AS itu, satu daripada peluru berpandu dilancarkan memusnahkan bangunan yang menjadi kubu Gaddafi di Tripoli.

Kemusnahan itu menimbulkan tanda tanya sama ada Barat memang mahu membunuh Gaddafi.

Menurut Carter, serangan udara ke atas Libya disasarkan untuk memusnahkan pusat kawalan tentera Gaddafi.


“Setakat ini serangan itu berkesan,” katanya. - AFP

Pesawat pengebom Amerika terhempas



ORANG ramai melihat rangka pesawat  F-15E Amerika Syarikat yang terhempas berhampiran bandar Benghazi, semalam.
ORANG ramai melihat rangka pesawat F-15E Amerika Syarikat yang terhempas berhampiran bandar Benghazi, semalam.



SEBAHAGIAN serpihan pesawat yang dikatakan terhempas akibat kerosakan teknikal.
SEBAHAGIAN serpihan pesawat yang dikatakan terhempas akibat kerosakan teknikal.

WASHINGTON: Sebuah pesawat pengebom F-15E tentera udara Amerika Syarikat terhempas di Libya malam tadi dan seorang krunya berjaya diselamatkan.
Jurucakap tentera Amerika di Markas Pemerintah Afrika, Vince Crawley berkata, usaha menyelamat seorang lagi kru masih dilakukan.

Menurutnya, kejadian itu mungkin disebabkan kerosakan mekanikal dan bukan kerana tembakan musuh.

Beliau berkata, kejadian berlaku sebelah malam tetapi enggan memberitahu lokasinya dan bagaimana kru pesawat berkenaan diselamatkan. - Reuters

Bekas Presiden Israel dipenjara



Bekas Presiden Israel, Moshe Katsav (tengah) diiringi pengawal peribadi dan ahli keluarganya di luar bangunan mahkamah daerah di Tel Aviv, semalam. - Reuters


TEL AVIV 22 Mac - Bekas Presiden Israel, Moshe Katsav hari ini dikenakan hukuman penjara tujuh tahun selepas didapati bersalah atas tuduhan merogol dan melakukan serangan seksual.
Panel hakim juga menjatuhkan hukuman penjara tergantung selama dua tahun ke atas Katsav dan mengarahkan bekas Presiden itu membayar ganti rugi 100,000 shekel (RM84,000) kepada mangsa utama yang hanya dikenali sebagai 'Aleph'.
Hukuman itu diputuskan oleh dua daripada tiga hakim mahkamah daerah Tel Aviv, yang diketuai oleh Hakim George Kara.
Katsav didapati bersalah pada Disember lalu atas tuduhan merogol, melakukan gangguan seksual, perbuatan tidak senonoh dan menghalang proses keadilan berikutan skandal selama empat tahun yang menggemparkan rakyat Israel.
Beliau mula menjerit ke arah hakim selepas keputusan dibacakan.
"Awak salah! Ini kemenangan untuk pembohong!" teriak Katsav yang mendakwa beliau tidak bersalah sepanjang prosiding itu.
Bekas Presiden itu dituduh merogol 'Aleph' dua kali semasa beliau menjadi Menteri Pelancongan, serta melakukan serangan dan gangguan seksual terhadap dua wanita lain sewaktu beliau menjadi Presiden. - AFP

Krisis nuklear belum berakhir



Seorang wanita berjalan di tengah-tengah kebinasaan dan serpihan akibat gempa bumi kuat dan tsunami yang melanda Jepun lebih seminggu lalu di Rikuzentakata, Iwate, semalam. - AFP


TOKYO 22 Mac - Dua reaktor paling berbahaya di kompleks tenaga nuklear Fukushima, timur laut Jepun mengeluarkan kepulan asap dan wap hari ini, menggambarkan usaha mencegah malapetaka nuklear dan menyekat radiasi daripada merebak dari loji itu masih belum berhasil.
Pasukan juruteknik yang bertungkus-lumus di dalam zon bahaya di sekitar loji tersebut telah memasang kabel elektrik ke semua enam reaktornya dan menghidupkan sebuah pam untuk menyejukkan rod tenaga nuklear yang terlampau panas.
Bagaimanapun agensi berita Kyodo berkata, wap kelihatan keluar dari reaktor No. 2 manakala asap putih dikesan di atas reaktor No. 3, memaksa kerja ditangguhkan sementara waktu.
Semasa krisis itu, reaktor tersebut telah beberapa kali meletup dengan mengeluarkan wap yang dipercayai melepaskan sejumlah kecil zarah radioaktif.
Operator loji, Tokyo Electric Co. (TEPCO) kemudian berkata, keadaan di loji itu kini dianggap selamat untuk membolehkan kerja diteruskan bagi mengawal reaktor.
Selain krisis di loji tersebut, semakin banyak radiasi dikesan dalam sayur-sayuran, air dan susu, menimbulkan kebimbangan di kalangan rakyat Jepun dan di luar negara sekalipun kerajaan memberi jaminan parasnya tidak berbahaya.
TEPCO berkata, radiasi dikesan di Lautan Pasifik berdekatan loji Fukushima, sesuatu yang tidak mengejutkan kerana berlaku hujan dan reaktor disejukkan dengan air laut.
Pakar berkata, mereka tidak pasti di mana akhirnya air laut yang telah digunakan itu dibuang.
Iodin radioaktif dalam sampel air laut didapati 126.7 kali lebih tinggi daripada paras dibenarkan, manakala bahan radioaktif caesium dikesan 24.8 kali lebih tinggi, lapor Kyodo.
Namun TEPCO berkata, paras tersebut masih tidak membahayakan kesihatan.
"Air itu perlu diminum sepanjang tahun untuk seseorang menyerap radiasi satu milisievert," kata seorang pegawai TEPCO yang merujuk kepada unit ukuran radiasi yang standard.
Manusia selalunya terdedah kepada satu hingga 10 milisievert setahun daripada radiasi sekitar berpunca daripada bahan di dalam air dan tanah. - Reuters
utusan

AS terus desak pengunduran Gaddafi



Seorang lelaki memerhatikan senjata milik pemimpin Libya, Muammar Gaddafi yang musnah selepas dibedil tentera Bersekutu di sepanjang jalan antara Benghazi dan Ajdabiyah, kelmarin. - Reuters


SANTIAGO 22 Mac - Amerika Syarikat (AS) memberi mesej bercanggah mengenai objektifnya di Libya, apabila Presiden Barack Obama berkata Muammar Gaddafi mesti berundur, tetapi berikrar tentera AS akan tetap mematuhi mandat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang terbatas.
"Tindakan ketenteraan kita adalah untuk menyokong mandat antarabangsa daripada Majlis Keselamatan PBB yang khusus tertumpu kepada ancaman kemanusiaan yang ditimbulkan oleh Kolonel Gaddafi terhadap rakyatnya," kata Obama pada sidang media di ibu negara Chile ini semalam.
Katanya, serangan udara dan peluru berpandu yang dilancarkan pada hujung minggu lalu adalah untuk menyokong Resolusi 1973 Majlis Keselamatan yang khusus memperkatakan usaha kemanusiaan dan Washington akan memastikan tenteranya berpegang pada mandat itu.
Obama bagaimanapun menegaskan, menjadi 'dasar AS bahawa Gaddafi mesti berundur' dan beliau menuduh pemimpin veteran yang memerintah Libya selama lebih empat dekad itu membunuh penduduk awam dalam usahanya untuk mematahkan pemberontakan.
Pentadbiran AS menghadapi tekanan kerana tidak menjelaskan matlamat perangnya di Libya, meskipun Obama selaku panglima angkatan bersenjata AS memberi jaminan tiada askar AS akan dihantar ke Libya.
Pemerhati berasa bimbang kesudahan campur tangan tentera Barat itu tidak dinyatakan dengan jelas dan tentera AS yang sudah pun terbeban dengan kempen perang di Iraq dan Afghanistan, tidak memiliki keupayaan untuk menangani satu lagi konflik berlarutan.
Komander AS yang mengetuai operasi Libya, Jeneral Carter Ham berkata, fokus tentera bersekutu adalah untuk menguatkuasakan zon larangan terbang dan melindungi penduduk awam, dan Gaddafi tidak menjadi sasaran dan tidak juga diketahui di mana beliau berada.
"Kami tidak mempunyai misi untuk menyokong tentera pemberontak sekiranya mereka melancarkan operasi serangan," kata Ham di Pentagon. - AFP

Serangan di Libya diperhebat



Penduduk Libya berkumpul untuk melihat bangkai pesawat F-15 milik Amerika Syarikat (AS) yang terhempas selepas mengalami kegagalan mekanikal di Ghot Sultan, tenggara Benghazi, semalam. Ketika kejadian pesawat itu dalam misi menyerang pertahanan udara pemimpin Libya, Muammar Gaddafi. - AFP


ZWITINA, Libya 22 Mac - Tentera Bersekutu membedil Libya untuk tiga malam berturut-turut malam tadi, dengan menyasarkan sistem pertahanan udara dan tentera pemimpin Libya, Muammar Gaddafi serta kompleks kediamannya di Tripoli.
Serangan sejak Sabtu lalu itu berjaya menyekat kemaraan askar Gaddafi dan mengembalikan sedikit momentum kepada pemberontak yang berada di ambang kekalahan pada minggu lepas.
Namun unit-unit tentera pemberontak yang tidak tersusun belum memanfaatkan kempen bedilan kuasa Barat itu, sekali gus meningkatkan kebimbangan konflik di negara ini boleh membawa kepada kebuntuan berlarutan.
AS menolak tindakan khusus untuk menggulingkan Gaddafi, meskipun Perancis semalam berkata, Paris berharap kerajaan Libya akan runtuh dari dalam.
Dalam pada itu, komander tentera AS dalam operasi Libya, Jeneral Carter Ham berkata, tentera bersekutu mungkin mengurangkan serangannya.
"Saya merasakan kita mungkin melihat kekerapan serangan berkurangan kecuali berlaku sesuatu yang luar biasa atau di luar jangkaan," kata Ham.
Presiden AS, Barack Obama berkata, Washington akan menyerahkan kuasa pemerintahan ke atas operasi Libya dalam masa beberapa hari lagi.
Beliau tidak menyatakan negara atau pertubuhan mana yang akan mengambil alih kuasa itu, tetapi Britain dan Perancis telah memainkan peranan utama dalam menuntut campur tangan ketenteraan di Libya.
Serangan peluru berpandu dan pengeboman itu cukup meluas sehingga memusnahkan sebahagian besar sistem pertahanan udara Libya.
Sementara itu, sebuah jet pejuang F-15 milik AS terhempas hari ini selepas mengalami kegagalan mekanikal di tenggara Benghazi, bagaimanapun juruterbangnya berjaya keluar dari pesawat sebelum ia terhempas. - AP/AFP

Perompak kebas RM1.2j wang peti besi





2011/03/23

MIYAGI: Perompak untung besar selepas mengambil £250,000 (RM1.2 juta) dari sebuah peti besi bank yang terbuka akibat dilanda bencana gempa dan tsunami di sini. 

Gegaran gempa dan ombak tsunami melumpuhkan mekanisme keselamatan bank berkenaan menyebabkan perompak mudah melarikan wang tunai itu yang bernilai 40 juta yen.
Ombak tsunami melanda Bank Shinkin di Kesennuma dan kekuatannya diikuti dengan bekalan elektrik terputus menyebabkan peti besi itu terbuka, kata polis.
“Air menenggelami bank itu dan semua benda berkecamuk, semuanya dalam keadaan kelam kabut. Ada orang yang mencuri wang itu ketika keadaan huru hara,” kata jurucakap polis di sini. 

Pengurusan bank terbabit memaklumkan kecurian itu kepada polis semalam, 12 hari selepas bencana alam itu melanda Jepun. 

Sementara itu, di Fukuoka, dua lelaki mencuri kotak sumbangan derma bagi mangsa gempa bumi dan tsunami di sebuah restoran gyugon (daging yang hidang dengan nasi) di Fukuoka malam Ahad, kata polis. 

Akhbar Japan Today melaporkan, dalam kejadian 8.05 malam waktu tempatan itu, seorang lelaki memasuki restoran itu sementara seorang lagi menunggu dengan motosikal. 
Lelaki yang pertama masuk ke restoran itu dan mengambil kotak derma yang mengandungi 10,000 yen (RM374) yang diletakkan di tepi meja juruwang. 

Pekerja dapur mengejar lelaki berkenaan bagaimanapun gagal menahannya. 
Lelaki itu setinggi 1.7 meter, kurus dan memakai topi serta dipercayai pelajar sekolah. – Agensi


bharian

Ancaman radioaktif belum reda





2011/03/23

Radiasi dikesan di Pasifik, produk makanan tercemar

TOKYO: Asap serta wap keluar daripada dua rektor loji nuklear Fukushima semalam, selepas rosak disebabkan gempa bumi dan tsunami dua minggu lalu ketika pencemaran radiasi terus membimbangkan kerana partikel radiasi dikesan di laut manakala bayam dan susu juga tercemar. 

Krisis nuklear paling teruk di dunia sejak 25 tahun lalu berlaku di kawasan terletak 240 kilometer utara Tokyo berikutan gempa bumi kuat dan tsunami pada 11 Mac mengakibatkan 21,000 nyawa melayang atau hilang.
Juruteknik di zon pengosongan di loji Fukushima Daiichi, timur laut Pasifik berjaya menyambungkan kabel tenaga ke semua enam reaktor dan menghidupkan pam di salah satu reaktor untuk menyejukkan besi bahan bakar nuklear yang terlalu panas.
Agensi berita Kyodo berkata, wap keluar dari reaktor Unit 2 dan asap putih dikesan di atas reaktor Unit 3. 

Reaktor itu meletup beberapa kali dan pakar memberitahu ia mungkin disebabkan pembebasan partikel radioaktif kerana menggunakan air laut untuk menyejukkan reaktor nuklear Fukushima. 

Pengendali loji Tokyo Electric Power Co (TEPCO) berkata asap itu kemudian bertukar wap dan ia dianggap selamat untuk terus menjalankan tugas memastikan loji dapat dikawal. 

TEPCO berkata radiasi didapati di Lautan Pasifik. Contoh air laut mendapati iodin radioaktif 126.7 kali ganda lebih tinggi daripada yang dibenarkan, sementara bahan cesium pula 24.8 kali lebih tinggi, lapor Kyodo. 
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata kesan radiasi lebih serius daripada jangkaan, apabila ia dijangka dihadkan dalam lingkungan 20 hingga 30 kilometer dari loji. 

Bagaimanapun, jurucakap WHO, Peter Cordingley, berkata tiada bukti pencemaran makanan sampai ke negara lain. 

Jepun banyak mengimport makanan tetapi negara itu juga pengeksport buah, sayur, produk tenusu dan makanan laut dengan pasaran terbesar di Hong Kong, China dan Amerika Syarikat. 

Akhbar Japan Times melaporkan Perdana Menteri Naoto Kan mengumumkan pengharaman bayam dan beberapa lagi sayur yang ditanam di Fukushima dan wilayah berjiran selepas contoh sayuran itu didapati mengandungi kadar radiasi yang melebihi tahap normal. Beliau turut menggantung penghantaran susu dari Fukushima. 

Sabtu lalu, Kementerian Kesihatan, Kebajikan dan Buruh mendedahkan kadar radiasi tinggi dijumpai dalam bayam dan susu yang diperoleh dari loji nuklear itu. 

Bayam yang diambil dari ladang di Hitachi, wilayah Ibaraki didapati mempunyai 54,000 becquerels iodin radioaktif satu kilogram atau 27 kali tahap yang dibenarkan, manakala 5,250 becquerels dikesan dalam sekilogram susu dari kampung Iitate, Fukushima atau 17 kali lebih tinggi daripada had biasa. 

Sehingga semalam, tiada garis panduan yang ditetapkan kerajaan berhubung tahap radiasi dalam makanan yang mencetuskan kemarahan orang ramai. – Agensi


bharian

AS mahu Gaddafi lepas kuasa





2011/03/23

PENDUDUK Benghazi meninjau keadaan pesawat F-15E Amerika yang terhempas semalam tetapi juruterbangnya selamat.
PENDUDUK Benghazi meninjau keadaan pesawat F-15E Amerika yang terhempas semalam tetapi juruterbangnya selamat.


Jet pasukan tentera bersekutu serang pertahanan Libya, lindungi pemberontak

TRIPOLI: Presiden Amerika Syarikat mahu Muammar Gaddafi menyerah kuasa tetapi mengakui tidak ada mandat untuk menggulingkan ketua negara itu ketika serangan diteruskan terhadap pertahanan Libya buat hari ketiga bagi mewujudkan zon larangan terbang meliputi bandar dikuasai pemberontak hingga ibu negara, Tripoli. 

Pada masa sama, Obama berharap ‘senjata’ lain yang digunakan termasuk membekukan aset Libya bernilai berbilion dolar dapat membantu menjatuhkan Gaddafi.
Bedilan senjata antipesawat terus kedengaran di ibu negara Libya buat hari ketiga, ketika serangan udara dilaporkan di timur Libya.
Dalam tempoh 24 jam lalu, tentera Amerika dan Britain melancarkan 12 peluru berpandu Tomahawk terhadap pangkalan tentera Libya termasuk markas pelancaran Scud. Kira-kira 80 serangan udara dilakukan kelmarin. 

Stesen televisyen Libya berkata beberapa kawasan di Tripoli diserang kelmarin. 
Serangan peluru berpandu bagaimanapun sudah cukup memusnahkan kebanyakan pertahanan udara Libya. 

Stesen televisyen Libya melaporkan, beberapa kawasan di Tripoli menjadi sasaran serangan baru oleh apa yang disifatkan ‘musuh tentera salib’. 
“Serangan ini tidak akan menakutkan rakyat Libya,” kata stesen televisyen itu. Stesen televisyen al-Jazeera melaporkan dua sistem radar di dua pangkalan udara di timur terkena serangan itu. 

Sementara itu, penduduk yang terkepung di dua bandar yang dikuasai pemerontak di Misrata dan Zintan di selatan Libya berkata mereka diserang tentera Gaddafi. 

Penganalisis keselamatan berkata mereka percaya tentera kerajaan cuba memasuki kawasan orang awam untuk mengelak serangan udara. 

Kuasa Barat, bagaimanapun, tidak mengesahkan serangan terbaru selepas Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meluluskan zon larangan terbang dan semua tindakan wajar bagi melindungi orang awam daripada serangan tentera Gaddafi. – Reuters/Agensi


bharian

Orang Gaddafi cari jalan keluar: Clinton





2011/03/23

WASHINGTON: Mereka yang rapat dengan Muammar Gaddafi menghubungi sekutu Libya di seluruh dunia untuk melihat bagaimana mereka dapat "keluar", kata Setiausaha ANegara Amerika Syarikat, Hillary Clinton, kepada ABC News. - AFP


bharian

Pertempuran masih berterusan di Libya





2011/03/23

TRIPOLI: Pertempuran masih meletus di antara tentera yang setia dengan pemimpin Libya, Muamar Gaddafi, dan pemberontak di beberapa bandar biarpun zon larangan terbang yang diluluskan PBB sedang dikuatkuasakan. 

Seorang pegawai kanan Amerika Syarikat berkata tentera Gaddafi masih menyerang orang awam dan keraguan berhubung cara terbaik meneruskan kempen itu dan hala tujunya berterusan.
Menteri Luar Perancis, Alain Juppe, berkata tindakan pada masa depan pakatan Barat yang memulakan serangan udara Sabtu lalu terhadap kemudahan tentera Gaddafi, bergantung kepada tindakan pemimpin Libya itu.
“Tindakan ketenteraan boleh berhenti pada bila-bila masa saja. Apa yang perlu ialah rejim Tripoli mematuhi sepenuhnya resolusi Majlis Keselamatan PBB dan menerima gencatan senjata sebenar,” katanya. 

Beliau menggesa Gaddafi mengundurkan tenteranya yang sedang mara ke kawasan pemberontak dan membawa "mereka pulang ke berek". 

Sementara itu, tembakan antipesawat dilepaskan di Tripoli malam tadi ketika beberapa letupan sayup kedengaran. - AFP 

Israel bunuh 8 rakyat Palestin di Gaza



ORANG ramai mengangkat mangsa yang tercedera dalam serangan udara dan tembakan meriam Israel yang membunuh lapan rakyat Palestin ke hospital Al-Shifa di Semenanjung Gaza, hari ini. Dalam kejadian itu, tiga remaja berusia 12, 16 dan 17 tahun yang sedang bermain bola sepak dan seorang saudara dewasa terbunuh dan empat pejuang pula terkorban dalam serangan di tempat lain di Gaza. - Foto REUTERS/Ismail Zaydah


2011/03/23

GAZA: Serangan udara dan tembakan meriam Israel membunuh lapan rakyat Palestin di Semenanjung Gaza. 

Pegawai perubatan Palestin berkata, tiga remaja berusia 12, 16 dan 17 tahun yang sedang bermain bola sepak dan seorang saudara dewasa terbunuh akibat tembakan Israel dan empat pejuang pula terkorban dalam serangan di tempat lain di Gaza.
Angka korban itu adalah yang tertinggi dalam tempoh sehari sejak beberapa bulan lalu, menyebabkan gesaan pejuang lain untuk menuntut bela dan tuntutan pemimpin Palestin untuk campur tangan asing bagi menghentikan keganasan itu.
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, memohon maaf ke atas kematian orang awam dan berkata Israel tidak berniat meneruskan konflik itu tetapi akan mempertahankan diri terhadap serangan roket ke atas warganya. - Reuters
bharian

Kucing duduk seperti manusia




PENYIARAN gambar yang menunjukkan seekor kucing sedang duduk kini menjadi trend dalam kalangan pengguna Internet.


LONDON - Bukan sahaja manusia memerlukan masa berehat dan untuk menenangkan fikiran tetapi kucing juga perlu melakukan perkara yang sama, lapor sebuah akhbar semalam.
Kini terdapat trend dalam kalangan pengguna komputer di beberapa laman web, e-mel dan blog yang menyiarkan foto-foto kucing yang sedang duduk dengan gaya seperti seorang manusia sedang bersandar.
Kucing sering kali dikaitkan dengan manusia sejak hampir 9,500 tahun lalu dan merupakan haiwan peliharaan manusia yang paling popular di dunia.- Agensi
-kosmo

Kandungan radioaktif dalam laut




ASAP masih keluar dari loji jana kuasa nuklear Fukushima Daiichi 1 di Fukushima, Jepun kelmarin.


OSAKA, Japan - Paras kandungan radioaktif yang tinggi daripada tahap normal dikesan dalam air laut berdekatan loji jana kuasa nuklear Fukushima Daiichi di Fukushima yang rosak akibat gempa bumi kuat pada 11 Mac lalu, lapor pengendali loji itu, syarikat Tokyo Electric Power Co. (TEPCO) semalam.
Menurut jurucakap syarikat TEPCO, Naoki Tsunoda, tahap iodin-131 meningkat sebanyak 126.7 kali ganda dan sesium-134 pula 24.8 kali ganda tinggi daripada paras yang dibenarkan oleh kerajaan.
Katanya, kandungan tersebut dikesan dalam sampel air laut yang diambil kelmarin pada jarak 100 kilometer dari arah selatan loji Fukushima No. 1.
"Selain itu, tahap sesium-137 juga meningkat sehingga 16.5 kali ganda dan kobalt-58 pula lebih rendah daripada biasa.
"Namun, paras kandungan radioaktif itu masih lagi tidak membahayakan kesihatan manusia," katanya.
Sementara itu, dalam perkembangan terbaru kerosakan reaktor di loji jana kuasa nuklear Fukushima, pekerja-pekerja masih lagi berusaha untuk mengurangkan kerosakan loji tersebut.
Menurut agensi berita Kyodo, asap dan wap kelihatan keluar lagi daripada reaktor yang rosak semalam.
Kepulan wap putih dilihat keluar dari reaktor No.2 manakala asap seperti jerebu putih pula dilihat keluar daripada reaktor No.3.
Usaha-usaha menyembur air dan mengembalikan semula bekalan elektrik telah diberhentikan buat sementara tetapi kerja-kerja baik pulih disambung semula.
Dalam perkembangan yang berkaitan, sejumlah partikel kecil radioaktif dipercayai dari loji janakuasa nuklear Fukushima, Jepun telah dikesan berada di Iceland, kata sumber diplomatik semalam.
Namun, bahan radioaktif itu terlalu rendah untuk menyebabkan sebarang kemudaratan kepada manusia.- Agensi

Warga Tripoli mula kecam Gaddafi




TENTERA Libya melepaskan tembakan penangkis pesawat ke arah je-jet pejuang tentera Barat di Tripoli kelmarin.


TRIPOLI - Beberapa hari selepas Barat melancarkan serangan udara, sebahagian penduduk di ibu kota Libya, di sini semalam semakin berani mengecam pemimpin mereka, Muammar Gaddafi dengan menyatakan, mereka mahukan beliau mati.
Sebahagian penduduk yang diwawancara beberapa wartawan Reuters di sini bagaimanapun, masih takut untuk mendedahkan nama mereka dan kembali memuji Gaddafi sebaik sahaja dihampiri oleh askar-askar yang setia kepadanya.
Namun, keberanian mereka untuk membuat kecaman terbuka terhadap pemimpin yang telah menerajui Libya selama empat dekad itu memberi isyarat bahawa perubahan sedang berlaku di bandar ini.
Sebelum ini, penduduk di sini takut untuk bercakap dengan pemberita kerana bimbang nyawa mereka melayang.
"Di sini, setiap orang sedang menunggu (penyingkiran Gaddafi). Ia tidak seperti masa lalu," kata seorang lelaki, yang mengajak wartawan menjauhkan diri daripada seorang tali barut kerajaan dengan menuju ke sebuah kedai kopi di bandar lama di sini supaya dia bebas bercakap.
"Anak-anak saya ketakutan tetapi saya tahu semua itu akan berubah. Kerajaan tidak berdaya untuk menguasai kami lagi," katanya.
Seorang ahli perniagaan tempatan yang hanya mahu dikenali sebagai Isa memuji Gaddafi apabila didekati seorang pemberi maklumat, tetapi mengecam pemimpin itu sebaik sahaja tali barut itu beredar.
"Inilah masanya. Keadaan kini getir. Bom-bom meledak sepanjang malam. Namun, apabila kami mendongak ke udara kami sedar bahawa dunia kini cuba membantu kami" katanya.
Menguasai pendapat umum supaya berpihak kepadanya adalah penting kepada Gaddafi untuk terus berkuasa di bandar ini yang merupakan kubu terkuatnya selepas dua bandar utama lain di Libya jatuh ke tangan pemberontak. - Reuters
-kosmo

Jet AS terhempas di Libya




ORANG ramai melihat sebuah jet pejuang F-15E yang terhempas dekat bandar Benghazi di Libya semalam.


LONDON – Sebuah jet pejuang Amerika Syarikat terhempas di sebuah kawasan lapang di Libya selepas ia mengalami kegagalan mekanikal lewat kelmarin.
Namun dua juruterbang tersebut telah diselamatkan oleh anggota-anggota pemberontak di kawasan dekat kubu kuat penentang pemimpin Libya, Muammar Gaddafi.
Menurut saksi, di tempat kejadian, jet pejuang yang terhempas itu adalah jenis F-15E Eagle.
“Kami baru sahaja menemui jet pejuang Amerika itu di sebuah kawasan lapang dan ia dipercayai mengalami kegagalan mekanikal yang menyebabkan ia terhempas.
“Krew-krew jet itu dipercayai selamat,” kata pemberita akhbar Daily Telegraph, Rob Crilly melalui laman Twitternya.
Jurucakap ibu pejabat perintah di Stuttgart, Karin Burzynski berkata, salah seorang krew telah berjaya diselamatkan dan pembedahan untuk menyelamatkan seorang lagi masih dilakukan.
Mereka hanya mengalami luka kecil selepas keluar dari jet dengan menggunakan kerusi anjal.
Sementara itu, jurucakap tentera Amerika, Vince Crawley mengesahkan nahas itu tetapi menolak untuk memberitahu lokasi sebenar tempat kemalangan.
Dia juga tidak mahu mendedahkan bagaimana dan ke mana krew pesawat telah dibawa.
Crawley menegaskan nahas itu berlaku adalah disebabkan oleh kegagalan mekanikal dan bukan kerana tembakan musuh.
Serangan udara pasukan tentera Barat sudah memasuki malam ketiga yang meletakkan sasaran untuk melindungi orang awam daripada pasukan tentera yang setia kepada pemimpin Libya, Muammar Gaddafi.
Kehadiran jet tentera itu adalah untuk menguatkuasakan zon larangan terbang di Libya setelah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang meluluskan resolusi untuk mengenakan larangan tersebut.
Pergolakan di Libya bermula sejak 15 Februari lalu apabila sejumlah penunjuk perasaan membuat tunjuk perasaan bagi menentang kepimpinan Gaddafi yang sudah memerintah hampir 42 tahun.
Tunjuk perasaan itu kemudian bertukar menjadi pertempuran antara para pemberontak dengan askar-askar Gaddafi.
Para penentang itu menganggap Gaddafi gagal memerintah dengan baik dan membazirkan wang negara. – Agensi

Pemimpin gila kuasa rakyat menderita

MENERUSI lensa visi-malam kelihatan misil yang dilepaskan dari kapal dan submarin US serta British di sepanjang pantai Libya. Foto: AFP (19/03/2011)
MENERUSI lensa visi-malam kelihatan misil yang dilepaskan dari kapal dan submarin US serta British di sepanjang pantai Libya. Foto: AFP (19/03/2011)-metro
SEORANG lelaki berdiri di hadapan kain rentang, menentang pengeboman Libya di Belgrade, Serbia. Amerika Syarikat dan Eropah melancarkan serangan ketenteraan ke atas Libya yang mengakibatkan kematian orang awam. Foto: AP (20/03/2011)
SEORANG lelaki berdiri di hadapan kain rentang, menentang pengeboman Libya di Belgrade, Serbia. Amerika Syarikat dan Eropah melancarkan serangan ketenteraan ke atas Libya yang mengakibatkan kematian orang awam. Foto: AP (20/03/2011)

KAKITANGAN darat tentera udara Sepanyol menyiapkan sebuah pesawat F-18 di lapangan terbang Nato di Decimomannu, Pulau Sardinia di selatan Itali. Foto: Reuters (20/03/2011)
KAKITANGAN darat tentera udara Sepanyol menyiapkan sebuah pesawat F-18 di lapangan terbang Nato di Decimomannu, Pulau Sardinia di selatan Itali. Foto: Reuters (20/03/2011)-metro
MAYAT remaja Afrika yang menjadi tentera kerajaan, dibunuh di al-Wayfiyah, 35 kilometer di barat Benghazi. Foto: AFP (20/03/2011)
MAYAT remaja Afrika yang menjadi tentera kerajaan, dibunuh di al-Wayfiyah, 35 kilometer di barat Benghazi. Foto: AFP (20/03/2011)-metro
ANGGOTA tentera wanita yang menjadi pengikut Muammar Gaddafi melaungkan slogan memprotes serangan tentera bersekutu di Bab Al-Azizyah, baru-baru ini. - Foto REUTERS/Zohra Bensemra
ANGGOTA tentera wanita yang menjadi pengikut Muammar Gaddafi melaungkan slogan memprotes serangan tentera bersekutu di Bab Al-Azizyah, baru-baru ini. - Foto REUTERS/Zohra Bensemra
PENYOKONG Muammar Gaddafi melaungkan slogan memprotes serangan tentera bersekutu di Bab Al-Azizya, baru-baru ini. - Foto REUTERS/Zohra Bensemra
PENYOKONG Muammar Gaddafi melaungkan slogan memprotes serangan tentera bersekutu di Bab Al-Azizya, baru-baru ini. - Foto REUTERS/Zohra Bensemra
PENYOKONG Muammar Gaddafi menunjukkan isyarat
PENYOKONG Muammar Gaddafi menunjukkan isyarat "Aman" ketika tunjuk perasaan memprotes serangan tentera bersekutu di Bab Al-Azizyah, baru-baru ini. - Foto REUTERS/Zohra Bensemra
SEORANG lelaki bersenjata berikrar taat setia pada pemimpin Libya, Muammar Gaddafi ketika tunjuk perasaan di Bab Al-Azizyah, Tripoli, baru-baru ini. - Foto REUTERS/Zohra Bensemra
SEORANG lelaki bersenjata berikrar taat setia pada pemimpin Libya, Muammar Gaddafi ketika tunjuk perasaan di Bab Al-Azizyah, Tripoli, baru-baru ini. - Foto REUTERS/Zohra Bensemra
PENYOKONG Muammar Gaddafi melaungkan slogan memprotes serangan tentera bersekutu di Bab Al-Azizyah, baru-baru ini. - Foto REUTERS/Zohra Bensemra
PENYOKONG Muammar Gaddafi melaungkan slogan memprotes serangan tentera bersekutu di Bab Al-Azizyah, baru-baru ini. - Foto REUTERS/Zohra Bensemra
PESAWAT Pengawasan AWACS Tentera Udara Amerika Syarikat bersedia untuk mendarat di Lapangan Tentera Udara Diraja, Akrotiri, Cyprus, baru-baru ini. Tentera bersekutu melancarkan serangan ke arah tentera Muammar Gaddafi melalui udara dan darat di sepanjang persisiran pantai Libya bagi memberi tekanan agar pihak berkenaan berhenti menyerang orang awam. - Foto REUTERS/Andrew Winning
PESAWAT Pengawasan AWACS Tentera Udara Amerika Syarikat bersedia untuk mendarat di Lapangan Tentera Udara Diraja, Akrotiri, Cyprus, baru-baru ini. Tentera bersekutu melancarkan serangan ke arah tentera Muammar Gaddafi melalui udara dan darat di sepanjang persisiran pantai Libya bagi memberi tekanan agar pihak berkenaan berhenti menyerang orang awam. - Foto REUTERS/Andrew Winning
BEBERAPA kenderaan tentera Gaddafi  musnah dan terbakar dilihat di jalan menuju ke Benghazi semalam selepas terkena bedilan serangan udara tentera bersekutu awal pagi, semalam. Serangan udara itu diketuai Amerika Syarikat bersama Britain dan Perancis. - Foto REUTERS
BEBERAPA kenderaan tentera Gaddafi musnah dan terbakar dilihat di jalan menuju ke Benghazi semalam selepas terkena bedilan serangan udara tentera bersekutu awal pagi, semalam. Serangan udara itu diketuai Amerika Syarikat bersama Britain dan Perancis. - Foto REUTERS
KAPAL perang Amerika  Syarikat melancarkan peluru berpandu Tomahawk dari Laut Mediterranean. - Foto AP
KAPAL perang Amerika Syarikat melancarkan peluru berpandu Tomahawk dari Laut Mediterranean. - Foto AP
WARGA Libya membawa selimut untuk menutup mayat anggota tentera Muammar Gaddafi yang terbunuh dalam serangan udara di Benghazi, timur laut Libya, semalam. - Foto REUTERS/Finbarr O'Reilly
WARGA Libya membawa selimut untuk menutup mayat anggota tentera Muammar Gaddafi yang terbunuh dalam serangan udara di Benghazi, timur laut Libya, semalam. - Foto REUTERS/Finbarr O'Reilly
PENDUDUK melihat mayat tentera Gaddafi yang terbunuh 
di bawah selimut di Benghazi, semalam. - Foto REUTERS
PENDUDUK melihat mayat tentera Gaddafi yang terbunuh di bawah selimut di Benghazi, semalam. - Foto REUTERS
KERETA KEBAL tentera  Gaddafi  terbakar selepas kena serangan udara  tentera bersekutu Barat  di sempadan Benghazi dan  Ajdabiyah, semalam. - REUTERS
KERETA KEBAL tentera Gaddafi terbakar selepas kena serangan udara tentera bersekutu Barat di sempadan Benghazi dan Ajdabiyah, semalam. - REUTERS
ANTARA Kereta kebal tentera Muammar Gaddafi yang musnah selepas diserang pihak bersekutu di Benghazi, baru-baru ini. - Foto REUTERS/Goran Tomasevic
ANTARA Kereta kebal tentera Muammar Gaddafi yang musnah selepas diserang pihak bersekutu di Benghazi, baru-baru ini. - Foto REUTERS/Goran Tomasevic
TENTERA pemberontak puas selepas berjaya memusnahkan kereta kebal milik tentera Muammar Gaddafi di Benghazi, baru-baru ini. - Foto REUTERS/Goran Tomasevic
TENTERA pemberontak puas selepas berjaya memusnahkan kereta kebal milik tentera Muammar Gaddafi di Benghazi, baru-baru ini. - Foto REUTERS/Goran Tomasevic
PENYOKONG Muammar Gaddafi berang sambil menunjukkan serpihan peluru yang dijumpai pada bangunan Bab Al-Aziziyah, kubu kuat Gaddafi selepas tentera bersekutu menyerang bangunan berkenaan, malam tadi. - Foto REUTERS
PENYOKONG Muammar Gaddafi berang sambil menunjukkan serpihan peluru yang dijumpai pada bangunan Bab Al-Aziziyah, kubu kuat Gaddafi selepas tentera bersekutu menyerang bangunan berkenaan, malam tadi. - Foto REUTERS
ASKAR Libya meninjau kemusnahan bangunan yang terletak berdekatan khemah yang biasa digunakan  Muammar Gaddafi di Tripoli selepas dibom, semalam. Armada perang Barat melancarkan gelombang kedua bedilan dari udara terhadap sasaran di Libya semalam dengan satu serangan peluru berpandu dilancarkan terhadap kediaman pemimpin  itu ditafsirkan sebagai cubaan membunuhnya. - Foto REUTERS
ASKAR Libya meninjau kemusnahan bangunan yang terletak berdekatan khemah yang biasa digunakan Muammar Gaddafi di Tripoli selepas dibom, semalam. Armada perang Barat melancarkan gelombang kedua bedilan dari udara terhadap sasaran di Libya semalam dengan satu serangan peluru berpandu dilancarkan terhadap kediaman pemimpin itu ditafsirkan sebagai cubaan membunuhnya. - Foto REUTERS
Bharian