Pages

Monday, August 5, 2013

Anjing bawa jodoh

Foto
GAFFEY dan Claire bersama anjing mereka.
London: Semuanya bermula gara-gara sepasang anjing milik dua individu cacat penglihatan, Venice dan Rodd.
Kedua-dua anjing itu dibawa pemilik mereka menghadiri latihan selama dua minggu dan akhirnya haiwan berkenaan menjadi rapat.

Keadaan itu kemudian mendorong pemilik Venice, Claire Johnson, 50, berkenalan dengan tuan Rodd, Mark Gaffey, 52.
Dalam tempoh dua minggu menghadiri kursus berkenaan, bukan saja Venice dan Rodd menemui pasangan, sebaliknya Claire dan Gaffey saling berkenan dan mula bercinta.

Sebelas bulan kemudian, pasangan Claire dan Gaffey akhirnya memutuskan untuk berumah tangga.

Media semalam melaporkan, Gaffey mengesyaki Venice dan Rodd mengetahui sesuatu yang tidak mereka sangka. “Venice dan Rodd sentiasa bermain bersama-sama dan jurulatih kami memberitahu, anjing peliharaan kami sedang bercinta,” katanya ketika ditemui.

Dalam keadaan begitu, kata Gaffey, dia juga terdorong untuk mengenali Claire dengan lebih dekat.

Sementara itu Claire berkata ketika dia tidak akan melupakan detik ditunangkan dengan Gaffey, peristiwa yang menemukan mereka berdua juga akan kekal dalam ingatannya.
“Kami tidak akan bersama tanpa Venice dan Rodd,” katanya. Di rumah, kata Claire, mereka berkongsi kegembiraan dengan anjing masing-masing.

“Venice dan Rodd berkongsi katil, sama seperti saya dan Gaffey.

“Apabila kami dikahwinkan nanti, Venice dan Rodd akan mengiringi kami untuk disahkan sebagai suami isteri,” katanya dalam temu bual. - Agensi

Jepun hantar robot sebagai teman angkasawan


ROBOT humanoid Kirobo setinggi 34 sentimeter dan seberat satu kilogram ini akan menjadi peneman kepada angkasawan Koichi Wakata dari Jepun.


TOKYO - Jepun telah berjaya melancarkan roket yang membawa bekalan kepada kru di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS).
Turut dihantar sebuah robot kecil untuk menjadi teman angkasawan di sana.
Imej yang disediakan oleh pihak Agensi Eksplorasi Angkasa Lepas Jepun (JAXA) menunjukkan roket H-2B berlepas dari Pusat Angkasa Lepas Tanegashima di Tanegashima, selatan Jepun pada Sabtu, pukul 4.48 pagi waktu tempatan.
Modul roket tersebut dijangka berlabuh di ISS pada 9 Ogos ini. Roket yang tidak dikendalikan oleh manusia itu membawa bekalan air minuman, makanan, pakaian dan peralatan untuk bertugas seberat lima tan kepada enam angkasawan di ISS.
Sebuah robot dikenali sebagai Kirobo turut menyertai misi tersebut. Android itu direka sebagai teman berbual kepada angkasawan Koichi Wakata yang dijadual tiba di ISS menjelang akhir tahun ini.
Memiliki ketinggian 34 sentimeter dan seberat satu kilogram, Kirobo diprogram untuk berkomunikasi dalam bahasa Jepun. Ia juga akan merekodkan perbualannya dengan Wakata yang menjadi angkasawan Jepun pertama mengetuai ISS.
"Kirobo boleh mengecam wajah Wakata. Ia akan menjadi robot pertama tiba di ISS," kata pereka Kirobo, Tomotaka Takahashi.
Penghantaran robot ke angkasa lepas adalah sebahagian daripada kajian yang bertujuan untuk melihat bagaimana robot mampu menawarkan sokongan emosi kepada angkasawan dan perlu berada di angkasa lepas bagi tempoh lama. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0805&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz2b2kQtHLW 
Hakcipta terpelihara 

Kelly Clarkson dihalang bawa pulang cincin Jane Austen

CINCIN milik novelis terkenal Britain, Jane Austen yang dijual pada harga RM739,157 dalam satu acara lelongan tahun lalu.


LONDON - Kerajaan Britain kini dikatakan cuba untuk menghalang penyanyi pop terkenal Amerika Syarikat (AS), Kelly Clarkson (gambar) daripada membawa keluar sebentuk cincin emas dengan batu berwarna biru dari negara itu.
Cincin itu pernah dimiliki oleh novelis terkenal, Jane Austen. Pemenang pertama pertandingan nyanyian American Idol itu membeli cincin tersebut dalam satu acara lelongan tahun lalu pada harga AS$227,000 (RM739,157).
Menteri Kebudayaan Britain, Ed Vaizey membuat keputusan untuk tidak memberikan lesen import cincin tersebut atas dasar ia mempunyai hubungan rapat dengan sejarah Britain, jelas satu kenyataan daripada Jabatan Budaya, Media dan Sukan Britain.
"Gaya hidup Jane Austen dan kematian awalnya bermakna apa jua barangan yang berkaitan dengannya sangat sukar ditemui.
"Saya harap orang Britain tampil untuk membelinya kembali. Jadi, cincin ini boleh kekal berada di Britain," kata Vaizey.
Cincin berkenaan adalah satu daripada tiga barang kemas yang dimiliki oleh penulis ikonik tersebut. Austen pernah manghasilkan karya-karya hebat seperti Pride and PrejudiceEmma dan Persuasion.
Para pembeli berpotensi mempunyai tempoh sehingga 30 September depan untuk membeli cincin itu yang ditawarkan pada harga AS$232,836 (RM758,160).
Sekiranya tiada siapa yang berminat, lesen import akan diberikan kepada Clarkson selepas 30 Disember 2013. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0805&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz2b2k9JNCC 
Hakcipta terpelihara