Seekor arnab sedang berlatih melompat palang di kawasan latihan di Farmer Copleys, Pontefract, West Yorkshire, Britain.
LUMRAH arnab berkebolehan melompat dengan laju. Tetapi pernahkah anda melihat haiwan comel itu menyertai pertandingan melompat palang seperti kuda?
Sebenarnya, pertandingan ini dicetuskan menerusi hobi sekumpulan penjaga arnab di Sweden pada 1980-an.
Setiap arnab wajib melompat melepasi palang yang disediakan dalam kelajuan maksimum.
Menarik sekali, pertandingan ini tidak diadakan di atas tanah sebaliknya di atas tikar getah disebabkan sifat arnab yang suka memakan rumput.
"Jika tidak menggunakan tikar getah, sudah tentu kejohanan ini tidak menjadi kerana arnab akan hilang fokus jika melihat rumput yang dianggap sebagai makanannya," kata pelatih arnab, Kayleigh Hopkinson, dipetik dari MailOnline.