Pages

Thursday, April 22, 2010

Alter Terahsia Bangsa Melayu – Bahagian 7



Pada tahun 1998,seorang sarjana kelahiran British telah menerbitkan kajiannya yang berjudul Eden in the East: The Drowned Continent of Southeast Asia,telah mengungkapkan konsep Sundaland,berdasarkan bukti-bukti geografi dan antropologi mengatakan bahawa penduduk Nusantara berasal dari satu peradaban purba yang maju disebut Sundaland ini.Kemudian akibat dari sebab-sebab perubahan cuaca dan geografi seperti bencana alam,bangsa Sundaland ini telah berpindah ke lain-lain kawasan di dunia dan menimbulkan kaum-kaum baru.Teorinya telah menimbulkan kegemparan dan kontroversi di kalangan cendekiawan arkeologi dan antropologi sejak ramai sarjana mula berminat dengan teori tamadun manusia sebenarnya bermula di kawasan Asia Tenggara bukannya di Timur Tengah,atau sekurang-kurangnya wujud pada selang masa yang tidak begitu jauh.
Dua pentas benua, Pentas Sunda dan Pentas Sahul sememangnya menimbulkan misteri kepada pakar-pakar geografi sejak sekian lama.Jika Pentas Sunda diangkat,seluruh Kepulauan Melayu sebenarnya menjadi satu benua baru yang besar.
Inilah asas kepada Teori Lemuria-Atlantis seperti yang diutarakan oleh Profesor Arysio Santos.
Terdapat perbezaan ketara di antara pandangan orientalis-imperialis Barat, dengan para sarjana dan cendekiawan mereka tentang dunia Melayu dan bangsanya.
Sebahagiannya mengetahui satu rahsia,tetapi mendiamkan diri dan cuba menutup-nutupnya,sesetengahnya yang lain mula mencari-cari rahsia itu dan cuba berfikir tentangnya.
Beribu tahun dahulu,satu rombongan dari Kerajaan Israel Raya kelihatan berlayar ke Timur.Ketua mereka sedang mencari arah perjalanan satu wilayah yang pernah dikunjungi kerajaan Mesir Kuno dahulu.Mereka sedang mencari sesuatu yang amat berharga.Sesuatu yang membuatkan tempat itu dinamakan sempena dengannya.
‘THE KING SOLOMON’S MINES’

‘It cannot be valued with the gold of Ophir, with the precious onyx, or the sapphire’
(Book of Job 28:16 -King James Version)
Untuk membuka peti-peti rahsia di ‘Gua Rahsia’ kita perlu tahu katakuncinya (password) terlebih dahulu.Tetapi ada peraturannya.Peraturannya ialah MANUSIA BERUBAH MENGIKUT PEREDARAN ZAMAN.Sebagaimana perubahan Bahasa Melayu dari zaman ke zaman,begitu juga bangsanya.Kita tidak boleh membayangkan seorang pedagang Melayu yang sedang berniaga rempah dan kayu-kayu cendana di lorong-lorong bazar di Kota Uruk,Sumeria serupa dengan Abang Mat yang berniaga ikan di pasar malam di Teluk Intan pada hari ini misalnya.Kita tidak boleh membayangkan seorang gadis Melayu yang berkahwin dengan seorang raja Chaldea misalnya sebagai tanda persefahaman ekonomi dan politik lebih 1500 tahun dahulu adalah berbaju kebaya atau berbaju kurung dan berselendang merah jenama ‘Samarinda’.Antara kesilapan ketara peti-peti ini tidak boleh dibuka walaupun diberi katakunci ialah SUDUT PANDANGAN YANG SALAH diberikan sewaktu menafsir rahsia di dalam peti.Bukan sahaja pakaian malah namanya juga pun boleh berbeza.Kita tidak boleh mengatakan nama seorang raja,Fan Shih-Man adalah seorang Cina hanya kerana namanya bukan Kasim Selamat Bin Pak Man (Fan Shih-Man adalah gelaran yang diberikan oleh orang China Purba kepada seorang raja Melayu Funan).Atau Cambhuwarman mahupun Parameswara adalah seorang India yang serupa dengan Encik Gopal,jiran sebelah rumah kita misalnya,yang menjadi raja memerintah negarakota-negarakota bangsa Mala (tidak kira yang keMelayuan atau KeJawaan) hanya kerana namanya bukan Ali Bin Abu atau Wak Kandar Bin Wak Seman.
Jika anda mempunyai asas yang kuat dalam kronologi sejarah bangsa anda,anda tidak akan terperangkap dengan teori Hang Tuah berasal dari Cina hanya kerana terdapat peristiwa rombongan Hang Li Po di Melaka.Hanya orang yang tidak pernah membaca biografi Hang Tuah sahaja yang mula goyang tidak semena-mena apabila ditunjal oleh teori-teori yang pelik sebegini.Mengapa tidak mengambilkira teori yang lebih awal seperti Hang Tuah yang berasal dari Pulau Duyung,atau dari Orang Laut atau dari sukukaum Bugis-Makasar.Ini lebih meyakinkan dari mereka-reka nama Melayu seperti Tuah kepada Too Ah atau Jebat kepada Jee Fat.Jika Hang Tuah hidup di zaman ini sekalipun dan tiba-tiba melihat anak-anak Melayu berpogo di gig-gig punk,beliau tidak akan mengenal bangsanya sendiri,dan mungkin menyangka mereka adalah askar Rom yang tengah berpesta kemenangan akibat gaya rambut trojan mereka.INGAT!MANUSIA BERUBAH MENGIKUT PEREDARAN ZAMAN.Terutama sekali bangsa Melayu yang terkenal sebagai bangsa pelaut dan pedagang pada masa dahulu,tinggal di Nusantara yang strategik sebagai laluan perdagangan antarabangsa,mudah menyerap tamadun asing dan gemar berinteraksi dengan bangsa asing yang lain.
Kita lihat kembali katakunci yang baru terkumpul:
Gunung
Laut
Pantai
Pulau
Bunga
Wangi-wangian
Nusantara
Pelbagai bangsa
Nabi Ibrahim
Budaya Vedic
Anak-anak Keturah
Madyan
Madai/Madayu
Malai/Malayu
Iskandar Zulkarnain
Parsi
Nabi Nuh
The Land of The Gods
Sundaland
Mesir Kuno
Rempah dan kemenyan
Judah
Nabi Sulaiman
Ophir
Gunung Ledang
Suvarnabhumi
Golden Chersonese
EMAS
Kita akan lihat beberapa katakunci baru ini dan apa yang akan dapat kita buka jika menggunakan katakunci ini.Ingat,hanya orang Melayu yang berdarah Melayu sahaja yang boleh menimbulkan ‘instinct’ menjejak asal-usulnya.Sesetengahnya akan terbuka ‘vision’ dengan sendirinya apabila melihat katakunci sahaja.Sesetengahnya perlukan masa,mengkaji dan mengkaji.Sesetengahnya berputus asa,dan menganggap dirinya berasal dari orang Cina,dari Yunnan atau pendatang asing juga,entah dari mana,dari Planet Zargus agaknya.’Madyan’ adalah satu bangsa yang disatukan dengan suku-suku Parsi yang lain oleh Cyrus The Great yang dikatakan orang yang sama dengan Iskandar Zulkarnain dalam AlQuran.Jadi cuba semak kembali Sejarah Melayu,kenapa kitab ini mendakwa raja-raja Melayu berasal dari Iskandar Zulkarnain.Abaikan kata ‘Makaduniah’ kerana perkataan ‘ Zulkarnain’ itu didapati dari teks AlQuran dan kata ‘Makaduniah’ tidak pula muncul dalam AlQuran.Ingat,di permulaan kitab itu,Tun Seri Lanang ada menyebutkan kata ‘Goa’.Kekeliruan terjadi disini apabila ilmuwan mencari-cari siapakah Iskandar Zulkarnain itu,dan sarjana India mencadangkan Iskandar Makaduniah (Macedon) sebagai maksud ‘Iskandar Zulkarnain’ itu.Alexander The Great memang terkenal dalam sejarah India sebab beliau pernah menyerang benua itu satu masa dahulu.Jika Sejarah Melayu menyebutkan kata ‘Iskandar Agung’ ini boleh diterima kerana bertepatan dengan gelaran yang diberi oleh sarjana Macedonia,Athens dan Rom kepada raja itu.
Cyrus The Great
Tetapi dari mana datangnya ‘Zulkarnain’ ini?’Zulkarnain’ bermaksud pemilik dua tanduk,dan tidak pula raja Yunani itu bergelar Alexander ‘The Two Horns Keeper’.Tetapi pada ukiran Cyrus The Great di Persepolis,gambar raja Parsi itu menunjukkan mahkotanya terdapat dua cabang besar di atasnya.Dan kebiasaan raja purba dahulu terutama di kawasan Timur Tengah,para pengikut raja menghormati raja mereka dengan tidak memanggil nama raja itu tetapi gelarannya.Mereka tidak memanggil,’Wahai Tuanku Iskandar’ tetapi dengan gelaran ‘Wahai Pemilik Dua Tanduk’ menunjukkan kemegahan dan penghormatan kepada raja besar itu.Sama seperti Nabi Muhammad s.a.w.Baginda kerapkali dipanggil oleh para sahabat sebagai ‘Ya Rasulullah…’ bukannya ‘Ya Muhammad….’
Dari kata ‘Rempah dan Kemenyan’ kita boleh tahu pada masa dahulu perdagangan rempah,kayu-kayan dan herba adalah ekonomi utama bangsa Malayo-Polynesian pada zaman purba.Pada zaman dahulu (juga hingga kini) laluan Kepulauan Melayu adalah laluan kapal-kapal perdagangan antara China,India dan Barat (Timur Tengah).Satu teori yang munasabah ialah,rempah-rempah ini sampai dahulu ke tangan para pedagang India,kemudian oleh bangsa Aryan (Parsi) yang membawanya ke Tanah Arab dan Sumeria dan kemudian diketahui oleh para Firaun dan ahli sihir dirajanya.Para pedagang India dan Melayu telah sekian lama berurusan sejak beribu tahun dahulu dan tidak hairanlah kerajaan-kerajaan Melayu dahulu telah ‘diindiakan’ sebagai pertukaran budaya kerana sebab-sebab keagamaan.Fikirkan,jika kita katakan bahawa Tamadun China itu adalah agung,hebat dan sememangnya menjadi ‘kuasa besar’ di sebelah Timur,bagaimana empayar-empayar seperti Babylon,Chaldea,Sumeria,Median dan Parsi berhubungan dengan mereka?Pada masa dahulu jalan darat ke China adalah satu mitos sebab itu apabila Marco Polo berjaya mencari jalan darat ke China,masyarakat Barat berasa amat pelik dengan barangan yang dibawa oleh Marco Polo dari China.Marco Polo juga diketahui cuba untuk menutup panduan jalan darat ke China kerana dengan itu hanya dialah yang mampu memonopoli jualan barangan dari China.PADA MASA DAHULU MEREKA BERHUBUNGAN MELALUI JALAN LAUT dan mahu tidak mahu terpaksa melalui Kepulauan Melayu.Daripada mereka menyeberangi dataran-dataran tinggi China,gurun dan padang-padang steppe berbahaya dan berhadapan dengan kaum-kaum barbarian,nomad juga Monggol,lebih baik mereka berlayar dengan kapal-kapal.Ini lebih mudah dan sudah tentu raja-raja Judah misalnya akan bertemu dengan pelaut-pelaut Melayu yang peramah dan terlebih mesra dengan bangsa asing ini,bukan kaum nomad yang ganas dan hauskan kepala manusia.
Pada masa dahulu emas dianggap simbol kekayaan dan keagungan.Orang yang memiliki emas adalah dianggap orang kaya yang terhormat.Emas dijadikan perhiasan,mahkota dan pinggan mangkuk.Emas juga dijadikan matawang dan disadur ke dinding istana dan kuil-kuil.Warna emas yang kuning kemilau menjadi rebutan pelbagai bangsa dan empayar-empayar.Sesiapa yang dapat menguasai tempat emas dihasilkan;dia akan menjadi raja dan menguasai kekayaan.Emas melambangkan tuah,dan tempat yang dinisbatkan dengan nama emas ini adalah bumi bertuah dan menggamit kekayaan tiada hentinya.Ramai yang mati akibat perebutan logam berharga ini.Ramai pula yang mengaut keuntungan darinya.Bangsa yang tinggal di tempat emas dihasilkan bukanlah bangsa picisan yang masih duduk di atas pokok dan bermain dengan tupai,tetapi bangsa yang mengenal apa itu emas merah,emas tulen dan kekayaan.Bangsa yang dikaitkan dengan logam ini mustahil tidak dikunjungi oleh pelbagai bangsa lain;sama ada sebagai kunjungan perdagangan mahupun asakan peperangan,merebut lombong-lombong kekayaan bangsa tersebut.BANGSA YANG MENGENAL CAMPURAN 7 JENIS BESI DAN KEMAHIRAN MENEMPA LOGAM UNTUK SENJATAmustahil tidak mengenal nilai kekayaan emas.Apakah itu besi Kursani?
Manuskrip-manuskrip purba telah mengenal satu kawasan di dunia yang dipanggil ‘BUMI EMAS’ walaupun lombong-lombong emas juga diusahakan di Afrika dan oleh orang Nubia,namun tempat mereka tidak pula terkenal sebagai ’semenanjung emas’,'pulau emas’ mahupun ‘bumi emas’.Namun sejak berabad lamanya nama Suvarnabhumi meniti dikalangan bibir para Brahmin yang membaca kitab Purana dan Ramayana merujuk satu wilayah yang kaya dengan emas.
The Golden Chersonese
Nusantara adalah satu gelaran yang mula-mula dikesan dipakai oleh Patih Gajah Mada sekitar tahun 1360 Masehi,namun tahukah anda apakah gelaran antarabangsa 2000 tahun dahulu kepada Nusantara ini?Gelaran politik antarabangsa kini kepada dunia Nusantara adalah Southeast Asia atau Asia Tenggara.Tetapi pada zaman dahulu para Kaisar Rom,Kisra Parsi dan raja-raja Yunani mengenal wilayah ini sebagai ‘wilayah emas’.Dari manakah gelaran ini berasal?
Gelaran ini berasal dari kitab-kitab purba Hindu seperti Puranas, Ramayana, Arthasastra, Raghuvamsa yang ada menyebutkan nama Nusantara ini.Dan ia sebenarnya berasal dari Tamadun Aryan yang bersambung pula dengan empayar-empayar Tamadun Sumeria seperti Babylon,Ur,Kish dan Uruk.Jika sudah terdengar oleh raja Chaldea,Assyria dan Babilon,sudah pasti raja-raja Israel dan Judah mendengarnya juga.Mengikut kitab-kitab Hindu ini,Nusantara pada zaman kuno terbahagi kepada dua bahagian:
*Suvarnabhumi (Bumi Emas-Semenanjung Tanah Melayu)
*Suvarnadvipa (Pulau Emas-merujuk kepada Pulau Sumatera terutamanya serta Pulau Jawa)
Di dalam naskah Buddha yang paling tertua juga iaitu Jataka ada menceritakan perjalanan pelaut-pelaut India Kuno berlayar hingga ke Suvarnabhumi.Dalam Ramayana,ada disebutkan Suvarnadvipa,tempat dimana Rama mencari Sita yang diculik Ravana.LIHAT, KISAH-KISAH KUNO HINDU ADA MENYEBUTKAN NUSANTARA INI.Jika kita melihat hikayat Ramayana ini,Rama dan Sita adalah setaraf dewa-dewi Hindu dan dewa-dewi Hindu pun menamakan pulau-pulau Melayu sebagai ‘Pulau Emas’.Di dalam Kathasagaras,satu kitab kuno India ada menyebutkan Nusantara ini ‘the fabulous Land of Gold’-iaitu Tanah Emas Yang Menakjubkan, sama seperti yang diutarakan oleh Kitab Buddha Jataka.Apakah maksud ‘menakjubkan’ itu?Adakah mereka bertemu dengan orang Melayu yang bercawat dan tinggal di atas pokok sambil bermain dengan tupai dan melukis gambar awan di batang pokok lalu para dewa-dewi atau bangsawan India ini mengatakan ‘Wow!Menakjubkan!’?
Jika banyak terdapat emas sekalipun di sini bagaimana Tamadun India Kuno mengetahuinya jika tidak mereka melihat kesan-kesan fizikal darinya.JIka para raja-raja atau dewa-dewi Hindu ini sampai ke pulau-pulau Melayu yang dipenuhi hutan rimba sahaja adakah ini layak digelar ‘the fabulous Land of Gold’??
SEBENARNYA MEREKA TELAH MENEMUI SATU TAMADUN YANG MENGGUNAKAN EMAS SECARA BERLELUASA DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN.Mungkin mereka menemui istana emas,raja-raja yang memakai mahkota emas,permaisurinya memakai gelang dan dokoh emas.Ada kemungkinan para dewa-dewi ini berurusan dengan pedagang Mala menggunakan matawang emas.Mungkin ketika itu terselit keris emas dipinggang seorang laksamana Melayu.
Seorang pendeta dan pengembara China; I-Tsing (634-713), yang bertahun-tahun menetap di Sriwijaya (Palembang) pada abad ke-7, menyebut pulau Sumatera dengan nama Chin-chou yang bererti ‘Negeri Emas’.Ini tidak menghairankan kerana ketika itu Emperor-emperor Melayu Sriwijaya telah mampu mengeluarkan matawang emas.
Berabad-abad lamanya para musafir Arab menyebut pulau Sumatera dengan nama Suwarandib dan kemudian orang-orang Melayu era Klasik menyebutnya sebagai Tanah Serendib (rujuk Sejarah Melayu), di mana kata ‘Suwarandib’ ini sebenarnya adalah penjelmaan dari nama ‘Suvarnadwipa’ dalam lenggok lidah orang Arab. Abu Raihan Al-Biruni, ahli geografi berbangsa Parsi yang mengunjungi Sriwijaya pada tahun 1030 Masehi, ada mencatatkan bahawa negeri Sriwijaya terletak di Pulau Suwarandib;Pulau Emas yang menakjubkan itu.
Pada zaman dahulu sekiranya pedagang India tidak memperolehi emas dari pedagang Parsi dan Yunani,mereka akan berlayar ke Nusantara untuk mendapatkan bekalan emas,bagi perhiasan istana dan kuil-kuil mereka.Sejak Emperor Vespasian dari empayar Rom menghentikan bekalan syiling emas kepada para pedagang India;disebabkan ketidakseimbangan ekonomi akibat pembelian emas besar-besaran oleh pedagang India ini,mereka terus tertumpu ke Suvarnabhumi;Nusantara untuk mendapatkan bekalan emas.
Di kalangan bangsa Yunani purba, Pulau Sumatera sudah dikenali dengan nama Taprobana. Nama Taprobana Insula telah dipakai oleh Claudios Ptolemy, ahli geografi Yunani abad kedua Masehi, tepatnya tahun 165, ketika beliau menghuraikan daerah Asia Tenggara dalam karyanya Geographike Hyphegesis. Ptolemy menulis bahwa di Pulau Taprobana terdapat negeri Barousai.Mungkin sekali negeri yang dimaksudkan adalah Barus di pantai barat Sumatera, yang terkenal sejak zaman purba sebagai penghasil kapur barus;juga tumpuan para pedagang Mesir Kuno untuk mendapatkan rempah-rempah bagi mengawet mumia misalnya.
Naskah Yunani tahun 70 Masehi, Periplous tes Erythras Thalasses, mengungkapkan bahwa Taprobana juga dijuluki Chryse Nesos, yang ertinya Pulau Emas.
OLEH ITU,TIDAK HAIRANLAH PTOLEMY MENAMAKAN SEMENANJUNG TANAH MELAYU SEBAGAI ‘GOLDEN CHERSONESE’ nama antarabangsa baginya ketika zaman kuno dahulu,nama yang diberikan oleh para Firaun dan Emperor Babilon,juga raja-raja India malah dewa-dewi mereka juga membisik-bisikkan nama ‘Pulau Emas Yang Menakjubkan’ sesama mereka di dalam hikayat Ramayana dan Purana.
Jika Ptolemy menamakan semenanjung ini sebagai ‘Monkey Chersonese’ sudah tentu dirinya akan dihina dan diperlecehkan oleh para sarjana Yunani dan Parsi,mungkin petanya tidak dipedulikan atau dibakar kerana mengelirukan para pengembara dan pedagang lain.
Telah diterangkan di dalam siri ATBM sebelumnya bahawa pada zaman purba Nusantara terkenal dengan pengeluaran rempah ratus,kemenyan dan wangi-wangian.Para pedagang,raja-raja dari daerah sekitar Laut Tengah sudah mendatangi Nusantara,terutamanya Pulau Sumatera.Di samping mencari emas,mereka turut mencari kemenyan (styrax sumatrana) dan kapur barus (dryobalanops aromatica) yang saat itu hanya ada di Sumatera. Sebaliknya, para pedagang Nusantara pun sudah memperdagangkan komoditi mereka sampai ke Asia Barat dan Afrika Timur,sebagaimana tercantum pada naskah Historia Naturalis karya Plini pada abad pertama Masehi.
Jadi bayangkan para Firaun sedang menerima delegasi-delegasi pedagang yang mempersembahkan rempah ratus dari Timur Jauh.BAYANGKAN SEORANG PENIAGA MELAYU SEDANG MENJAJA KEMENYAN,REMPAH DAN KAYU CENDANA DI BAZAR-BAZAR KOTA UR,URUK DAN KISH.
Katakan kayu-kayu perhiasan di dalam Solomon’s Temple adalah dari kayu-kayu cendana Sumatera,perhiasan Cherubim,meja altar yang menempatkan perunggu lilin adalah emas dari Suvarnabhumi dan lilin-lilin adalah diperbuat dari kemenyan wangi styrax sumatrana;Lubban Jawi yang terbaik.Dinding dan lantai adalah dari emas Suvarnadvipa.

‘And the navy also of Hiram, that brought gold from Ophir, brought in from Ophir great plenty of almug trees, and precious stones’
(1 Kings 10:11 -King James Version)

Nabi Sulaiman yang juga seorang raja Kerajaan Israel Raya,memerintahkan pembinaan tempat ibadat yang agung dan dipenuhi perhiasan-perhiasan keemasan.
‘Even three thousand talents of gold, of the gold of Ophir, and seven thousand talents of refined silver, to overlay the walls of the houses withal’
(1 Chronicles 29:4 -King James Version)
Sememangnya di dalam kitab Yahudi, Melakim (Raja-raja), fasal 9, diterangkan bahawa Nabi Sulaiman raja Kerajaan Israel Raya menerima 420 talenta emas dari Hiram, raja Tirus yang menjadi bawahan beliau. Emas itu didapati dari negeri Ophir. Kitab Al-Quran, Surat Al-Anbiya‘ ayat 81, menerangkan bahwa kapal-kapal Nabi Sulaiman a.s. berlayar ke “tanah yang Kami berkati atasnya” (Al-Ardha l-lati Barak-Na fiha).

‘Dan (telah Kami tundukkan) untuk Sulaiman angin yang sangat kencang tiupannya yang berhembus dengan perintahnya ke negeri yang kami telah memberkatinya. Dan adalah Kami Maha Mengetahui segala sesuatu’
(Al-Anbiya’ ayat 81)
Yang menjadi persoalan sekarang,DIMANAKAH TERLETAKNYA NEGERI OPHIR ITU??Pelbagai hipotesis telah diajukan oleh pelbagai sarjana termasuklah lokasi-lokasi di Afrika,Arab dan Israel.Namun penemuan manuskrip pengembara Eropah ada mencatatkan lokasi Ophir ini di Filipina;iaitu salah satu Kepulauan Melayu.Sebuah catatan pengembara Sepanyol yang dikompilasikan bertajuk Collecion General de Documentos Relativos a las Islas Filipinas ada menyebutkan panduan laluan laut ke Ophir,

‘Ophir can be found by travelling from the Cape of Good Hope in Africa, to India, to Burma, to Sumatra, to Moluccas, to Borneo, to Sulu, to China, then finally Ophir. Ophir was said to be …. in front of China towards the sea, of many islands where the Moluccans, Chinese, and Lequios met to trade…’
Para sarjana menolak Kepulauan Jepun kerana Moluccans tidak berada berdekatan dengannya,bukan juga Taiwan kerana petunjuk menyebut ‘banyak pulau’.Mereka bersepakat mengatakan ia adalah Kepulauan Fiipina.

‘And Huram sent him by the hands of his servants ships, and servants that had knowledge of the sea; and they went with the servants of Solomon to Ophir, and took thence four hundred and fifty talents of gold, and brought them to king Solomon’
(2 Chronicles 8:18 -King James Version)
Namun satu pendapat dari sarjana lain mengatakan ia terletak di sekitar Sumatera dan Semenanjung Tanah Melayu.Ini adalah kerana,kota Tirus (Hiram yang disebut dalam sumber Yahudi itu adalah Raja negeri Tirus yang kini terletak di Lebanon) merupakan pusat pemasaran barang-barang dari Timur Jauh. Ptolemy pun menulis Geographike Hyphegesis berdasarkan maklumat dari seorang pedagang Tirus yang bernama Marinus.Sudah tentu Marinus telah membawa emas,rempah,kemenyan dan kayu-kayu cendana dari Nusantara ketika itu dan memperdagangkannya di Tirus dan kota-kota Hellenistik yang lain.
‘Lombong Emas Raja Sulaiman’
Sejak zaman berzaman umat manusia terpukau dengan kecantikan dan sifat-sifat bitara logam emas, menyebabkan permintaan terhadap logam ini sentiasa mengatasi bekalan. Keunggulan sifat-sifat fizikal logam ini, seperti kebolehtempaan dan kebolehaliran, dan sifat-sifat kimianya seperti kelengaian membuat logam ini tiada tandingan. Kelimpahan logam ini dalam kerak bumi amat lanka menyebabkan proses perlombongannya sukar dan mahal, membuatkan harganya tinggi. Bekalan emas dunia kebanyakannya datang dari Afrika Selatan, Amerika Syarikat, Australia dan lain-lain dan rizab terbesar terdapat dalam batuan konglomerat Prakambrian di Afrika Selatan, manakala emas epiterma yang terdapat di negara-negara keliling lautan Pasifik terletak di tangga kedua daripada segi jumlah pengeluaran.
Sejak lama dahulu, Semenanjung Tanah Melayu telah dikenali oleh orang-orang luar sebagai tempat pengeluar emas. Maka itu Ptolemy yang menulis pada abad kedua Masehi telah menyebut tentang sebuah Semenanjung Emas,Aurum Khersonese (Aurum diambil dari kata Aurea,Aurea Chersonese) yang terletak di antara negeri China dengan negeri India. Mengikut pengetahuan hari ini taburan penemuan emas utama di Semenanjung Tanah Melayu terdapat di Jalur Tengah, iaitu dari Batu Melintang di Kelantan, menuju ke selatan melalui Sokor, Pulai, Selinsing, Raub, Chenderas hinggalah ke Gunung Ledang di Johor. Jumpaan terbaru dibuat di Jalur Timur iaitu di kawasan Mersing di Johor dan Lubuk Mandi di Terengganu. Walaupun kelihatan rawak, taburan ini sebenarnya dikawal oleh proses geologi iaitu lengkung volkano pada zaman Perm-Trias di Semenanjung Malaysia. Jenis pemineralan emas Semenanjung Malaysia ditemui adalah sebagai telerang kuartza, dalam sulfida masif,dalam skarn, dan berkaitan rejahan igneus. Ciri-ciri longgokan emas boleh dilihat daripada kajian di Lubuk Mandi dan Penjom. Emas terdapat dalam telerang kuartza berkemiringan curam berarah Utara-Selatan. Perubahan batuan dinding yang terbentuk adalah jenis suhu-tekanan sederhana iaitu pensilisifikasian, pengargilitan dan pengkloritan-pempropilitan. Minerologi kebanyakan bijih adalah mudah iaitu mineral utama terdiri daripada pirit dan arsenopirit bersama sedikit sfalerit dan kalkopirit kecuali di lombong Ajmal di mana terdapat banyak galena, tetrahedrit dan mineral-mineral telurida. Kehadiran grafit adalah minor kecuali di Penjom di mana jumlahnya cukup banyak hingga menyebabkan gangguan dalam proses pemisahan emas. Kajian bendalir terkepung menunjukkan suhu pembentukan yang rendah. Daripada bukti-bukti yang ada, longgokan emas di Semenanjung Tanah Melayu boleh dikelaskan sebagai emas longgokan mesoterma, terhasil secara orogeni. Potensi adanya lagi longgokan emas primer seperti di Penjom cukup tinggi memandangkan kerja-kerja menjelajah longgokan primer ini masih rendah.
Mengapakah Gunung Ledang digelar ‘Mount Ophir’?
Ledang, menurut Kamus Dewan ialah dari segi Bahasa Jawa yang bererti menunjuk-nunjukkan diri seseorang yang ego.Adalah dipercayai, nama Gunung Ledang ini dicipta oleh Kerajaan Majapahit yang telah berkuasa di negeri ini sebelum kebangkitan kerajaan Melaka. Maksudnya Gunung Ledang itu ialah gunung yang tinggi.Maklumat daripada Sejarah China pula, Laksamana Cheng Ho dikatakan pernah melawat Gunung Ledang. Beliau dikatakan melawat lombong-lombong emas di Gunung Ledang dan mengambil contoh emas-emas tersebut untuk pengetahuan rajanya.Di keliling kemuncak Gunung Ledang terdapat 7 buah kemuncak rendah. Setiap satunya mempunyai legendanya yang tersendiri.Yang paling aneh sekali ialah Legenda Gunung Gemih yang ceritanya ada sebuah gua emas yang dikawal rapi oleh penunggunya seekor lembu emas.Dalam peta lama Portugis, nama GEMIH ini ditulis sebagai Gummay yang bermaksud sebuah pusat perusahaan emas.Menurut kolonel Gerini ( 1904 ), Gemih masih merupakan pusat perlombongan emas orang-orang Melayu di Gunung Ledang sehingga tahun 1817.
Rounsevelle Wildman, seorang penulis terkenal dari Amerika Syarikat telah menemui seketul logam yang diambil dari kawasan lombong di tebing Sungai Gemih pada tahun 1894, apabila dileburkan didapati mengandungi emas.
Sebab itu tanah semenanjung ini dan kepulauannya menjadi rebutan pelbagai bangsa.Kita boleh membayangkan kekayaan emas yang melimpah ruah itu jika kita melawat binaan teragung orang Mon yang masih ada iaitu Pagoda Shwe Dagon yang diperbuat dari emas.Seperti yang telah dibincangkan sebelum ini,Orang Mon adalah etnik selatan China yang pertama sekali berinteraksi dengan etnik-etnik Malayo-Polynesian.Renungkan puncak pagoda ini,kemilauan emasnya dan kekayaan di waktu itu,di Bumi Emas dan Semenanjung Emas yang menakjubkan ini.
Pada tahun 1854,seorang ahli sejarah British telah mendaki Gunung Ledang.Ketika itu suasana berkabus dan sejuk sekali.Lelaki British itu berjalan perlahan-lahan ke hadapan walaupun kabus masih tebal dalam cuaca sejuk.Tiba-tiba kabus semakin berkurangan,dan alangkah terkejutnya dia apabila mendapati dirinya berada di sebuah taman yang penuh dengan bunga orkid yang indah dan tersusun rapi.
Apakah yang ditemui oleh Alfred Wakauce,ahli sejarah British itu di Taman Bunga-bungaan Gunung Ledang??
Alter Terahsia Bangsa Melayu VIII
-XXXXXXX
-XXXXXXX
-Kesultanan dan Empayar
-XXXXXXX
-Gangga Negara,Srivijaya dan Funan
-Peperangan dengan bangsa Yahudi
-Peperangan dengan barbarian
-Serangan ke atas etnik-etnik India
-XXXXXXX
-Laluan rahsia ke lombong emas
-Kunci rahsia Lombong Emas Raja Sulaiman
-XXXXXX
-XXXXXXX
-ITEMS LOCKED

Alter Terahsia Bangsa Melayu – Bahagian 6



Mengapakah wajah Melayu mengalami variasi yang kompleks?Jika kita melihat kepada bangsa Cina,kita tahu ‘trademark’ wajah mereka,begitu juga dengan orang India.Tetapi wajah Melayu adalah yang paling ‘international’.Apakah maksud ‘Nusantara’?Jika kita terbalikkan perkataan ini kepada ‘antara nusa’,apakah yang dapat kita fikirkan.Mungkin yang tercetus adalah perkataan ‘antarabangsa’.Pernahkah anda mendengar istilah ‘nusa bangsa’?Bangsa Mala adalah satu bangsa yang mengandungi beratus-ratus etnik dan juga bahasa daerah.Tinggal di SISTEM KEPULAUAN TERBESAR DUNIA menjadikan interaksi antarabangsa bangsa Mala dengan empayar-empayar purba seperti Judea (Kerajaan Nabi Sulaiman dan Nabi Daud),Assyria,Mesir Kuno,Chaldea,Parsi,Babilon,Dinasti China,Kerajaan-kerajaan India,Rom dan Yunani tidak dapat dielakkan.Adalah satu kekeliruan jika bangsa pelaut dan kepulauan tidak bertemu dengan tamadun-tamadun lain.
Sebab itu seorang saintis Jerman,Johann Friedrich Blumenbach telah menambah satu lagi ‘race’ dalam kajian antropologinya pada tahun 1795 menjadikan bangsa-bangsa utama dunia menurut teorinya ialah,Caucasian (kulit putih), Ethiopian (kulit gelap), Native American (kulit kemerahan),Mongolian (kulit kuning) dan yang terakhir Malay di mana penerangannya tentang warna kulitnya ialah:
‘…a brown color, from olive and a clear mahogany to the darkest clove or chestnut brown.’
Apakah rahsia bangsa Melayu 2500 tahun dahulu?Apakah yang ditemui oleh rombongan kerajaan Nabi Sulaiman di Nusantara?Apakah perjanjian rahsia para Firaun di The Land of The Gods?
Kunci Rahsia Para Firaun dan Emperor Babilon
Sebelum kita meneruskan perbincangan,mari perhatikan beberapa katakunci yang kita kumpulkan setakat ini berkaitan bangsa misteri:
Gunung
Laut
Pantai
Pulau
Bunga
Wangi-wangian
Nusantara
Pelbagai bangsa
Nabi Ibrahim
Budaya Vedic
Lihat,dari kata kunci di atas kita boleh menerbitkan petunjuk-petunjuk lain.Kita ambil katakunci ‘Laut’.Ini akan membawa kepada kemahiran dan profesion bangsa misteri dalam bidang Oceanography (kelautan).Kemahiran membina kapal,ilmu perbintangan dan arah mata angin adalah ciri bangsa misteri.Jika kita ambil katakunci ‘Vedic’ ini akan membawa kita menjelajah epik bangsa misteri ketika bersama-sama bangsa Aryan lain membina kerajaan-kerajaan di Asia Tengah hingga ke Benua India.’Gunung’ akan membawa kita kepada rahsia banjaran Himalaya yang digelar ‘Bumbung Dunia’ di mana banjarannya boleh dikesan sehingga Indochina bersisa sampai ke Segenting Kera dan bersambung dengan banjaran Titiwangsa.Katakunci ini akan menerbitkan katakunci lain seperti ‘Malai’,Phnom’,'Funan’ dan ‘Sailendra’.Perhatikan suffix ‘nung’ dan ‘nom’ dan ‘nam’.Kesemua kata ini bermaksud gunung atau bukit.Perhatikan dari mana mitos Gunung Mahameru diambil dalam budaya Vedic Hindu.’Wangsa’ adalah gaya purba bahasa Melayu Kuno yang kini huruf ‘w’ digantikan dengan huruf ‘b’ dalam bahasa Melayu Moden.Contoh yang lain ialah ‘wulan’ dan ‘bulan’.Perkataan ‘titiwangsa’ bermaksud ‘hubungan antara bangsa’.Apakah kaitan antara Himalaya dan Titiwangsa?Kedua-dua banjaran ini mempunyai hubungan dan sejarah terahsia zaman-berzaman.Jadi,dapatkah anda lihat perkaitan ‘Nusantara’ dengan ‘Titiwangsa’?
Kita ambil katakunci ke-7 iaitu ‘Nusantara’.'Nusa’ adalah sama ertinya dengan ‘bangsa’.Nusantara bermaksud ‘antarabangsa’ jika kita ingin memahaminya dalam konteks dunia hari ini.Sebab itu Patih Gajah Mada menyebut seluruh Alam Melayu ini dengan Nusantara,kerana betapa banyaknya bahasa dan etnik yang berbilang di dalamnya.Walaupun berbilang kaum dan bahasa namun bahasa Melayu (Melayu Kuno) telah menjadi lingua franca dalam pentadbiran dan perdagangan di Alam Melayu.Raja-raja Melayu dan Jawa dalam empayar-empayar mereka menggunakan bahasa Melayu Kuno sebagai bahasa perantaraan dan kesusasteraan,ditemui buktinya pada prasti-prasasti dan batu bersurat.Bahasa Melayu Kuno adalah bahasa yang bercampuraduk antara bahasa Sanskrit dan bahasa-bahasa etnik Mala tempatan.Mengapa Sanskrit?Jika kita faham siapakah yang sebenarnya memiliki bahasa purba ini,kita akan faham mengapa kerajaan-kerajaan Melayu Purba beragama Hindu dan menggunakan bahasa Sanskrit.Semua rahsia terdapat dalam peti berlabel ‘Vedic’.Kita akan menjelajah lebih dalam segala misteri ini dan kelak kita akan tahu mengapa raja-raja Khmer dan Angkor mencedok budaya Kejawaan Sailendra,Jawa dan Bali dalam kostum dan kesenian mereka,mengapa mereka tidak menggunakan bahasa Sanskrit (majoriti teks agama dalam bahasa Pali dan selebihnya Khmer Kuno) dan mengapa etnik Tai beragama Buddha ( manakala kerajaan-kerajaan Melayu dan Jawa (bangsa Mala) beragama Hindu (khasnya di IndoChina) dan menggunakan Sanskrit.
Empayar dan Negarakota Bangsa Mala
Jika kita perhalusi segala misteri ini dan mengkaji dengan mendalam,mengapakah bangsa Melayu (tidak kira Melayu Jawa atau Melayu Kelantan) amat suka menubuhkan kerajaan dan melantik raja-raja?Bangsa Melayu adalah bangsa yang amat degil mempertahankan sistem beraja.Mereka suka menubuhkan kerajaan dan empayar di sana-sini tanpa bersatu padu.Kaum Tai misalnya juga mempunyai raja dan bersatu setelah juga menghadapi perpecahan sebelum itu.Tetapi ini dapat diterima kerana kaum Tai yang berasal dari Shan di wilayah China tidaklah sebesar dan serumit bangsa Mala.Jika kita ingin melihat dari sudut lain,misalnya dari segi bangsa-bangsa Kecinaan,kita juga menemui masalah yang sama.Pertelingkahan antara mereka juga sama dengan bangsa Mala.Sebab itu kaum-kaum di wilayah-wilayah selatan China terpaksa mengalah dan berundur ke IndoChina dan lebih ke selatan untuk mengelakkan bala tentera etnik China yang menang perang antara etnik-etnik keCinaan yang lain.Trend di Tanah Besar China ialah,etnik yang menang perang,merekalah yang berhak menabalkan maharaja dan memulakan dinasti pemerintahan.Sama seperti bangsa Monggol yang menang perang dengan bangsa Cina,mereka menubuhkan Empayar Monggol Yuan di Tanah Besar China.Perlu diingat,bahawa sebelum ini,kaum-kaum selatan China ini tidaklah mempunyai kerajaan dan raja sebelum ini dalam ertikata sebenarnya.Kehidupan yang mencabar setelah diasak oleh etnik-etnik Cina dari wilayah tengah,menyebabkan mereka terpaksa menjadi pelarian dan kaum gasar di tengah-tengah kerajaan-kerajaan purba bangsa Mala di IndoChina.Ketika itu,bangsa Mala telah lama menubuhkan kerajaan-kerajaan mereka sendiri.
Dari katakunci ‘Vedic’,kita tahu siapa yang membawa budaya Avestan yang mempengaruhi bahasa Sanskrit di India.Kaum misteri Kambojas adalah antara sub bangsa Aryan yang diiktiraf memang pakar dalam budaya Sanskrit Veda-Avestan.Deutro Mala yang berasal dari keturunan Keturah dan Abraham bersama-sama bangsa Aryan yang lain (Medes,Parsi) menyerang Benua India dan memaksa kaum-kaum asli India (lebih dikenali sebagai etnik-etnik Dravidia) bergerak lebih selatan.Sebab itu kita dapati bahasa Hindi/Urdu (etnik-etnik Hindustan mendiami utara India) bercampur antara Arab,Parsi dan Sanskrit.Kita boleh tahu jika kita adalah penggemar filem-filem Bollywood.’Mohabbatein’ sebuah filem Hindustan Bollywood yang diarahkan oleh Aditya Chopra,lakonan Shah Rukh Khan dan Aishwariya Rai adalah kata Hindi-Urdu yang bermaksud ‘Kisah Cinta’ berasal dari kata Arab ‘Mahabbah’ iaitu ‘cinta’.Kaum India yang dibawa British ke Tanah Melayu bukanlah dari etnik Hindustan tetapi majoritinya dari etnik Tamil atau etnik Dravidia (Malayalam,Telugu) yang berkasta rendah dalam agama Hindu;tepatnya diistilahkan sebagai Vaisya,Sudra dan Paraiyar/Pariah atau Adi-Dravida (sistem ini memang kejam dan melanggar hak asasi manusia). Etnik Hindustan adalah etnik yang dihormati,tinggi budayanya dan berkasta tinggi.Jika kita membicarakan tentang filem-filem Bollywood,bermakna kita sedang membicarakan filem-filem yang berbahasa Hindi-Urdu.Bahasa Hindi-Urdu digunakan di wilayah sebelah utara India dan di Pakistan manakala di sebelah selatan India,penduduknya menggunakan bahasa Dravidian seperti Tamil.Kita boleh lihat pola artis Hindustan (budaya Hindustan adalah budaya Bollywood dan sememangnya mereka yang mendominasi industri Bollywood) dengan artis Tamil misalnya.Orang Hindustan biasanya berkulit cerah,berhidung mancung,lelakinya tampan-tampan dan wanitanya jelita,secantik Preity Zinta atau Madhuri Dixit.
Mereka biasanya berkasta Brahmin,ini tidak menghairankan jika etnik-etnik di sebelah utara India ini yang tinggal di kawasan pergunungan yang indah dan berlatar belakangkan Himalaya yang bersalji adalah berasal dari etnik-etnik Aryan yang membawa budaya Vedic dan bahasa Sanskrit beribu tahun dahulu.Agama Hindu berasal dari agama purba;agama Ibrahim yang menyembah Tuhan yang satu,dibawa oleh bangsa misteri sebagai wasiat Nabi mulia itu.Keturunan Nabi Ibrahim yang lain seperti dari Siti Sarah (menurunkan bangsa Yahudi) tidak pernah mengembara beramai-ramai sampai ke India.Juga dari Siti Hajar (menurunkan bangsa Arab) juga lebih selesa menetap di Tanah Arab,bermain-main dengan unta padang pasir dan memetik buah kurma.Tetapi keturunan Keturahlah yang diberi tanggungjawab dan amanah berat berpindah ke Timur Jauh,The Land of The East untuk membawa agama Ibrahim dan mencari tanah nenek moyang mereka dari sebelah ibu,iaitu gadis misteri wangi-wangian,Siti Keturah.
‘Abraham left everything he owned to Isaac.But while he was still living, he gave gifts to the sons of his wife and sent them away from his son Isaac to THE LAND OF THE EAST
(Genesis 25:5-6)
Perihal berhijrah ini bukanlah sesuatu yang baru bagi Nabi Ibrahim kerana sebelum itu baginda juga pernah diwahyukan supaya membawa Siti Hajar dan Nabi Ismail jauh dari Tanah Kanaan iaitu ke Tanah Arab,memisahkan mereka dengan Siti Sarah dan Nabi Ishak (Isaac).
‘Ya Tuhan kami, sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian keturunanku di lembah yang tidak mempunyai tanam-tanaman di dekat rumah Engkau (Baitullah) yang dihormati. ‘
(QS. Ibrahim: 37)
Kini baginda diwahyukan lagi supaya membawa keturunan Siti Keturah jauh dari Tanah Kanaan iaitu ke Timur Jauh.
Para sarjana Barat ada mengkaji tentang bangsa Deutro Mala yang ada kaitan dengan kaum Kambojas,satu kaum berkasta Ksatria yang dikatakan menubuhkan kerajaan Kambujadesa,Champadesa dan Gangga Negara di Nusantara.
‘Combination of the colonial Kambujas of Hindu-Buddhism faith, the Indo-Persian royalties and traders as well as traders from southern China and elsewhere along the ancient trade routes, these peoples together with the aborigine Negrito Orang Asli and native seafarers and Proto Malays intermarried each others and thus a new group of peoples was formed and became to be known as the Deutero Malays, today they are commonly known as the Malays’.
(Kambojas and Malays)
Perkataan ‘colonial Kambujas’ dan ‘Indo-Persian royalties’ adalah katakunci kepada sub bangsa Aryan yang membawa budaya Vedic-Avestan ke India.Mereka berasal dari bangsa Mada-yu dan Mala-yu (Deutro Mala) yang membentuk balatentera Aryan yang menakluk India ketika itu.’along the ancient trade routes’ adalah petunjuk kepada katakunci ‘bangsa yang mengembara’.DEUTRO MALA IALAH HASIL DARI PERKAHWINAN NABI IBRAHIM A.S DAN SITI KETURAH.Ketika bergerak ke arah timur,keturunan mereka telah berasimilasi dengan kaum-kaum Indo-Iranian dan Indo-European atau secara amnya dikenali sebagai bangsa Aryan.Mereka mengembara mencari ‘The Promised Land’ dan bertemu dengan saudara mereka dari sebelah ibu,PROTO MALA.Sejarah bangsa Melayu bukanlah seperti sejarah etnik-etnik yang menjadi pelarian diasak oleh bangsa lain yang lebih gagah.SEJARAH MELAYU ADA KAITAN DENGAN SEJARAH NABI-NABI.Bangsa Keturah telah muncul menjadi ‘colonial kambujas’ menunjukkan ia adalah bangsa penakluk tetapi pada masa yang sama kaya dengan nilai kebudayaan dan seni.Bangsa ini juga menjadi ‘Indo-Persian royalties’ menunjukkan mereka dari kasta tinggi,bangsawan dan kerabat diraja.’Traders’ adalah katakunci menunjukkan budaya berdagang memang wujud pada bangsa misteri.Jika kita mengambilkira pandangan Barat ini tentang Melayu (perlu diingat,pandangan Barat ada dua,pertama pandangan orientalis-imperialis dan kedua,pandangan ilmuan dan sarjana) atau tepatnya Deutro Malay,darah yang mengalir di dalam setiap orang Melayu adalah darah penakluk agung yang tinggi budaya kesusasteraannya,darah bangsawan dan kerabat diraja dan darah pada pedagang dan peniaga.Jika kita faham rahsia ini,kita akan faham rahsia seterusnya iaitu tentang pola empayar-empayar di Nusantara ini.
Jika kita kaji pola yang terdapat di antara kerajaan-kerajaan purba di Indochina dan Nusantara misalnya kita akan nampak rahsia kehadiran bangsa Deutro Mala di Nusantara.Kerajaan-kerajaan terkemudian seperti Khmer,Thai,Viet atau Burma adalah penganut Buddha.Manakala kerajaan-kerajaan purba yang lebih awal di Indochina seperti Funan dan Champa adalah kerajaan Hindu.Begitu juga kerajaan Tarumanagara dan Gangga Negara.Agama Hindu terbentuk lebih awal dari agama Buddha dan Gautama Buddha itu sendiri asalnya beragama Hindu.Jadi etnik-etnik kecinaan di Indochina seperti Tai dan Khmer adalah beragama Buddha.Tidak pernah pula Tanah Besar China mengalami zaman Hindu secara besar-besaran.Istilah ‘Indochina’ merujuk kepada ‘Indo’ iaitu bangsa Deutro Mala yang menganut agama Hindu dan ‘China’ iaitu etnik-etnik kecinaan yang menganut Buddha.Kerajaan Angkor-Khmer asalnya adalah kerajaan purba Kambojadesa yang ada benang-benang merah dengan dinasti Sailendra.Sebab itu raja-raja awal Khmer lebih cenderung kepada agama keHinduan sebelum menerima agama Buddha.Orang Khmer boleh dikatakan kaum yang kedua terawal berinteraksi dan berhubungan dengan etnik-etnik Mala di IndoChina selepas orang Mon.Ini mungkin kerana orang Mon dan Khmer serumpun dari segi linguistik bahasa malah bahasa mereka boleh dikategorikan sebagai Mon-Khmer.
Kostum raja dan ratu Jawa Kuno
Sailendra bermaksud ‘Dewa Gunung’ dalam bahasa Sanskrit.Raja-raja Khmer sendiri mendakwa mereka dari keturunan pahlawan Kambojas.Terdapat misteri pada sejarah kerajaan Khmer Purba bermula di Kemboja.Jayavarman II yang mengasaskan kerajaan Angkor telah tinggal lama di Jawa tepatnya di dalam istana kerajaan Sailendra di mana Sailendra adalah kerajaan yang mengambil ajaran Buddha sebagai anutan.Ada dua teori tentang Jayavarman ini,pertama beliau seorang putera Jawa yang dihantar ke Kemboja untuk memerintah di sana.Kedua,beliau orang Mon atau Khmer yang datang ke Jawa untuk belajar ilmu pentadbiran dan budaya kerana ketika itu Kemboja di bawah naungan kerajaan Sailendra atau kerajaan Jawa Kuno.Rekod terkini dari prasasti Khmer menceritakan sebelum Jayavarman II menaiki takhtanya,beliau pernah mengunjungi Jawa. SEBAB ITU JIKA KITA LIHAT BUDAYA KHMER PURBA,BUDAYA MEREKA ADALAH SAMA DENGAN BUDAYA SRIVIJAYA,SAILENDRA ATAU YANG TERKINI BALIterutamanya pada ‘headgear’ mereka.


Atas adalah ukiran di Angkor Wat,bawah adalah ukiran di Borobudur menggambarkan suasana di dalam istana Sailendra,perhatikan ‘headgear’ mereka.Juga persamaan kostum mereka.


Kostum,budaya dan seni ukiran mereka adalah dari sumber yang sama.Budaya tarian dan pakaian tradisi kaum Khmer pada hari ini adalah tinggalan dari budaya Jawa Kuno pada masa dahulu.Angkor Wat misalnya masih menimbulkan misteri adakah benar-benar Survarman II yang membinanya.Ada kajian menunjukkan kisah peperangan yang diukir pada salah satu tembok menceritakan peperangan pada zaman Babilon dan kerajaan Judea.
Contoh senibina Srivijaya di Thailand,gambar atas kompleks candi era Srivijaya di Jawa
Empayar Khmer adalah empayar kedua terbesar.Setelah kerajaan Jawa Kuno (pengkaji lebih merujuknya sebagai Sailendra) yang menaunginya semakin lemah setelah kebangkitan kerajaan Melayu-Jawa Sriwijaya,raja-raja Khmer pun memisahkan diri mereka dari pusat pemerintahan di Jawa.Sebelum itu etnik Mala yang keJawaan sudah lama menjalinkan hubungan secara perkahwinan dengan kaum Khmer yang datang dari utara.
Etnik Khmer mewarisi kebudayaan Jawa Kuno Sailendra berserta segala kesenian termasuk Angkor Wat itu sendiri.Empayar Melayu Sriwijaya semakin menunjukkan kuasanya setelah menakluk kerajaan-kerajaan Melayu-Jawa di sekeliling mereka.Empayar ini amat luas,merangkumi hampir seluruh Nusantara iaitu seluruh Indonesia hari ini,dan Semenanjung Malaysia sehingga sempadan Empayar Khmer di Indochina menjadikan Empayar Melayu Sriwijaya ini adalah empayar terbesar di Asia Tenggara.
Ketika itu Thailand,Laos dan Kemboja pada hari ini adalah jajahan Khmer Purba.Pada suatu ketika kedua-dua empayar ini bertembung,namun Sriwijaya tetap merupakan empayar terkuat ketika itu dengan segala jajahannya yang amat luas.Sehingga pada kira-kira 851 M,seorang raja Khmer dengan angkuh mengatakan mahu menyantap kepala Emperor Sriwijaya di atas pinggan hidangannya.Berita itu sampai ke pengetahuan Emperor Sriwijaya,dengan perasaan murka baginda memerintahkan balatentera seluruh jajahan berangkat menyerang ibukota Khmer,dan memenggal kepala raja Khmer yang angkuh itu.Semua ini terdapat dalam catatan pelayaran Abu Zaid Hasan,seorang pedagang Arab.

Atas ialah relief dari Borobudur dan bawah patung dari Angkor Thom
Sebelum kehadiran etnik Tai,Khmer,Burma dan Viet,Indochina telah lama di diami oleh Proto Mala yang terdiri dari etnik-etnik aborigine,etnik kejawaan dan etnik Mon.Orang Mon adalah kaum selatan China pertama yang berinteraksi dan tinggal bersama-sama dengan Proto Mala.Sebab itu jika kita lihat pakaian tradisi mereka berkain sarung dan memakai ikat kepala seperti mahu bertanjak pula berbeza dengan etnik Tai atau Khmer.Mereka telah lama mendirikan kerajaan bersama-sama bangsa Mala seperti Champadesa,Kambujadesa dan Funan.Antara hasil seni orang Mon yang hebat ialah Pagoda Shwemawdaw dan Pagoda Shwe Dagon yang disaluti emas itu.
Antara kerajaan orang Mon ialah Honsawati, Dvaravati dan Hariphunchai.Champadesa atau Champaka Sari didirikan oleh kaum Cham,satu sukukaum Proto Mala yang memiliki kemahiran maritim yang tinggi.Champa beragama Hindu dan antara negarakota-negarakota yang dibina oleh kaum Cham ialah Inderapura,Amaravati,Vijaya,Kauthara dan Panduranga.Kaum Cham mengikut kajian antropologi adalah serumpun dengan orang Aceh.Hari ini di Kemboja masih terdapat penempatan mereka seperti di Kampong Cham yang merupakan wilayah terpadat populasinya di Kemboja.Di Kemboja juga masih terdapat nama-nama tempat yang bermula dengan nama ‘Kampong’ seperti Kampong Siem. Antara binaan kaum Melayu Cham ini yang terkenal ialah Cham Tower atau menara Cham yang penuh misteri itu.
Cham Tower,antara senibina Melayu Champa,adakah ketika itu orang Melayu Champa sedang melukis gambar monyet di gua-gua?
Sebahagian kesenian arkitek bangsa Khmer dan Viet adalah diambil dari seni kaum Cham Purba ini serta orang Mon.Etnik Tai yang pernah berada dibawah pemerintahan Empayar Khmer pula telah mencedok budaya Khmer termasuk tulisan mereka.Raja Tai bernama Ramkhamhaeng telah mengubahsuai tulisan Khmer Purba menjadi tulisan Tai yang ada sekarang ini.Tulisan jenis ini berasal dari tulisan Brahmi.Tulisan Brahmi adalah tulisan yang digunakan oleh bangsa India serta penduduk Asia Tenggara sejak ajaran Hindu diperkenalkan.Tulisan yang digunakan oleh penduduk Asia Tenggara adalah Pallava (subBrahmi) yang juga digunakan oleh kerajaan-kerajaan India Selatan.Sebutan ‘Khmer script’ dalam istilah Khmer adalah ‘aksar’ mempunyai kaitan dengan ‘aksara’ iaitu tulisan Nusantara yang dimodifikasi dari tulisan Brahmi.Dari skrip Pallava,penduduk Nusantara mengubahsuainya menjadi tulisan Kawi dan dari Kawi ini bertebaran tulisan-tulisan lain.Skrip Brahmi adalah berasal dari tulisan Aramaik Purba yang digunakan oleh Empayar Parsi Achaemenid yang diasaskan oleh Cyrus The Great (ingat bangsa Mada-yu?).JADI AKHIRNYA ‘PUZZLE’ INI KEMBALI KEPADA ISKANDAR ZULKARNAIN JUGA.Bangsa Mala (Old Persian:Malai Assyrian:Malayu) bersama-sama bangsa Aryan Avestan yang lain membawa tulisan Brahmi berserta budaya Vedic dan agama Abraham (Brahmi,Brahman,Abraham) ke Benua India beribu tahun dahulu.
Kerajaan Srivijaya juga menggunakan skrip Pallava dalam penulisan bahasa Melayu Kuno mereka.Ini tercatat dalam Prasasti Kedukan Bukit:
‘Swasti, sri. Sakawarsatita 604 ekadasi suklapaksa wulan Waisakha Dapunta Hyang naik di samwau mangalap siddhayatra. Di saptami suklapaksa wulan Jyestha Dapunta Hyang marlapas dari Minanga tamwan mamawa yang wala dua laksa dangan kosa dua ratus cara di samwau, dangan jalan sariwu telu ratus sapulu dua wanyaknya, datang di Mukha Upang sukhacitta. Di pancami suklapaksa wulan Asada laghu mudita datang marwuat wanua ….. Sriwijaya jayasiddhayatra subhiksa’
Maksudnya:
Selamat dan bahagia! Dalam Shaka 605, pada sebelas
hari bulan terang dari bulan Waisyakha Baginda naik
kapal mencari untungnya pada tujuh
hari bulan terang dari bulan Jyestha Baginda berangkat
dari muara Tamvan membawa bala dua laksa dengan
… dua ratus pawang di kapal dengan yang jalan kaki seribu
tiga ratus dua belas banyaknya datang di Matajap
suka cita. Pada lima hari bulan terang dari bulan Asada
belayar mudik, datang membuat benua …
Srivijaya kota yang berjaya, yang bahagia, dan yang makmur!
Pada tahun 671 seorang pendeta Buddha dari negeri China bernama I Tsing dalam perjalanannya ke India beliau telah singgah ke Srivijaya untuk belajar tatabahasa Sanskrit, memperlihatkan betapa pentingnya Sriwijaya waktu itu.Bayangkan seorang pendeta Cina melanjutkan pelajarannya dalam bidang Tatabahasa Sanskrit di universiti Kerajaan Melayu Sriwijaya.Mengapa tidak belajar di India?Ingat,teks agama Buddha kebanyakannya ditulis dalam bahasa Pali.Bangsa Mala amat tinggi kemahirannya dalam bahasa Sanskrit,yang merupakan bahasa kerabat istana,para Brahmin dan bangsawan,manakala Pali adalah bahasa rakyat atau kebanyakan.
I Tsing juga mencatatkan di Sriwijaya ada lebih dari seribu pendeta. Setelah tinggal selama 6 bulan di Sriwijaya,beliau bertolak ke Nalanda, India untuk belajar di Universiti Buddha mempelajari ajaran Buddha Mahayana, selama 13 tahun di sana. Kemudian pada tahun 685 kembali ke Sriwijaya untuk menterjemahkan teks Budha ke dalam Bahasa China dan menyusun buku memoirnya yang memakan waktu 4 tahun di Sriwijaya. Pada tahun 689 kerana keperluan alat tulis dan pembantu maka I Tsing bertolak ke Kanton dan kembali ke Sriwijaya dengan 4 orang teman untuk menyiapkan memoirnya yang akhirnya diselesaikan pada 692 dan pada 695 beliau kembali ke China.
Pada tahun 1005 seorang raja Sriwijaya membangun sebuah biara di Nagapatam, pantai Timur India, dan Raja Chola, menghadiahkan hasil pajak tahunannya sebuah tempat bagi para saudagar Sriwijaya untuk singgah, tinggal dan menjalankan aktiviti keagamaan. Perkara ini menunjukkan pada waktu itu sudah ada hubungan dagang antara Sriwijaya dengan India. Pada era bersamaan ada sebuah catatan China yang mengatakan bahawa pada masa itu hidup Seorang reformis Agama Budha di Tibet bernama Atisa yang mencatatkan bahawa beliau telah belajar di Sriwijaya dari tahun 1011 sehingga tahun 1023 dengan seorang mahaguru Melayu bernama Dharmakirti,seorang ketua pendeta kuil Buddha di Sumatera.Dalam biografi Atisa disebutkan Sumatera merupakan pusat terbesar agama Budha dan Dharmakirti adalah sarjana terbesar pada masa itu.Bayangkan seorang sami muda dari Tibet sedang tunduk berlutut sambil mencium bumi di hadapan gurunya,seorang pendeta Melayu berkasta tinggi,seorang sarjana terbesar agama Buddha seluruh dunia.Segala rahsia mistik dan ’sufism’ agama Buddha adalah dalam kepala pendeta Melayu ini.
JIka kita memahami misteri yang menyelubungi Nusantara setakat ini,kita akan memahami adakah bangsa misteri masih tinggal di dalam gua sambil mengail ikan atau melukis gambar monyet di dinding-dinding.Kita akan tahu mengapa para Firaun mengatakan dunia sebelah sini adalah The Land of The Gods dan asal nenek moyang mereka.Bangsa yang duduk di SISTEM PULAU TERBESAR mustahil tidak memiliki pengetahuan bintang yang tinggi.Ini kerana di tengah-tengah lautan,di waktu malam,bintang-bintang adalah kompas dan peta yang besar.Bangsa yang memiliki ilmu perbintangan pasti sudah biasa dengan buruj Orion.Dan susunan Piramid Giza adalah mengarah sejajar dengan kedudukan bintang-bintang Orion.
Sebelum kita mengakhiri perbincangan kita setakat ini,mari kita hayati catatan seorang ilmuan dari Universiti Skovde iaitu Daniel Kaplan.
‘Abraham was 99 when Sarah gave birth to Isaac, from whom descended the Jews and later the Christians. His first son was Ishmael, patriarch of the Moslems, born to his servant Hagar.Some even say that Abraham had other children who went east and became the Brahmins, or the highest caste of Hindus and early priests of Buddhism. All this because God told him to ‘Go yourself.’ ‘Through you’, God told Abraham, ‘all the people will be blessed.”
(Danial Kaplan,Walking With Abraham-I’m Coming Home)
Alter Terahsia Bangsa Melayu VII
-Pelayaran Bangsa Misteri 
-Ilmu Perbintangan Bangsa Misteri
 
-Kerajaan Nabi Sulaiman
 
-The King Solomon Mines
 
-Ritual Para Firaun
 
-Apa yang dibincangkan para Firaun di Nusantara?
 
-Isteri raja Kapur Barus
 
-Seri Melati dan Cik Siti Wan Kembang
 
-Di manakah Ophir dan lombong emas?
 
-Tanah Nenek Moyang Firaun
 
-Budaya Vedic di Benua Kecil
 
-Peperangan dengan bangsa Yahudi
 
-Peperangan dengan barbarian
 
-Serangan ke atas etnik-etnik India
 
-Peperangan dan asimilasi di selatan China
 
-’Saudara jauh yang bermusuh’ di Indochina
-Segenting Kera dan Sekangkang Kera
 
-Langkasuka dan Pattani
 
-Warisan Kesultanan Melayu
 
-Kerajaan dan Empayar
 
-Kesultanan Melayu Melaka
 
-Kesultanan Brunei,Sulu (Filipina) dan Jawa (Indonesia)
 
-Pedang Cura Simanjakini
Pengembaraan menjejak kunci rahsia bangsa misteri semakin aneh!

Alter Terahsia Bangsa Melayu – Bahagian 5



Mari menyusun seroja 
Bunga seroja 
Hiasan sanggul remaja 
Puteri remaja Rupa yang elok 
Di manja jangan dimanja 
Puja lah ia sekadar Oh sekadar saja
Mengapa kau bermenung 
Oh adik berhati binggung 
Mengapa kau bermenung 
Oh adik berhati binggung
Lupakan saja asmara 
Pada asmara… 
Lupakan saja asmara 
Pada asmara… 
Mari menyusun seroja 
Bunga seroja 
Hiasan sanggul remaja 
Puteri remaja 
Rupa yang elok 
Di manja jangan dimanja 
Puja lah ia sekadar 
Oh sekadar saja
(S. Effendy)
Selamat datang ke ‘Gua Rahsia’.Tuan-tuan dan Puan-puan!…di sini terdapat beberapa peti.Peti-peti ini telah disimpan di sini sejak sekian lama,tetapi awas!ada pihak yang mahu mengambil peti ini dan menyimpannya di tempat mereka.Mari kita lihat peti-peti ini.
Peti yang bertanda ‘Bangsa Gunung’ telah dibuka.Anda sudah tahu apakah isinya dan mengapa bangsa misteri digelar dengan bangsa gunung atau bangsa Tanah Tinggi oleh bangsa-bangsa lain.Anda juga boleh menggelar mereka ‘Highlander’ aha…jika anda mahu.Lihat peti sebelah kiri,peti ini berlabelkan ‘Laut’.Ini adalah petunjuk jika kita mahu mengenali karakter bangsa misteri.Bangsa yang menyebar di kepulauan sudah tentu mempunyai kemahiran kelautan yang tinggi,perbintangan dan arah angin serta ilmu membina kapal-kapal.Bangsa kelautan (maritim) juga sudah pasti berinteraksi dengan bangsa-bangsa lain dan bertukar-tukar pengetahuan dan budaya.
Ada sekumpulan peti yang terletak di atas batu leper.Peti yang pertama berlabel, ‘Abraham dan Keturah’.Ini adalah nama sepasang suami isteri yang dikaitkan dengan bangsa misteri.Peti sebelahnya bertanda ‘Parsi dan Sumeria’.Peti ini jika dibuka akan ditemukan helaian-helaian berlabel ‘Vedic’ dan ‘Aryan’.Peti yang dihadapannya berlabel ‘Emas’,dan jika dibuka anda akan tahu mengapa Nabi Sulaiman (King Solomon) sanggup menghantar delegasi mencari emas terbaik di sini dan mengapa raja-raja Melayu Srivijaya mampu mengeluarkan syiling-syiling emas sebagai matawang.Terdapat beberapa peti yang lain,yang kita akan pergi melihatnya kelak,tetapi mari kita buka satu peti ini,yang terletak terasing sedikit di sudut pintu gua.
Peti ini mempunyai ukiran bunga melur yang indah di atasnya.Peti ini berlabel ‘Wangi-wangian’.
RAHSIA DARI WANGI-WANGIAN
‘Dang Nila memangku puan
Berembang buah pedada
Adakah gila bagimu tuan
Burung terbang dipipiskan lada
(Bunga Tanjung Biru -Sejarah Melayu)
Untuk membicarakan sejarah Melayu,kita tidak seharusnya mengongkong diri dengan sempadan geografi.Kita mesti berfikir secara global.Atau lebih tepat secara Alam Melayu.Atau secara ‘Nusantara’.Dahulu,beratus tahun atau beribu-ribu tahun dahulu tiada apa yang dinamakan ‘Malaysia’ atau ‘Indonesia’ atau ‘Brunei’ atau sebagainya.Yang ada ialah Alam Melayu atau Nusantara.Perkataan ‘Melayu’ itu sendiri diketahui oleh bangsa-bangsa lain seperti yang terdapat dalam arkib Sanskrit dan Tamil,Parsi,China dan Eropah menunjukkan bangsa ini telah lama bertamadun dan yang penting mereka tahu bahawa budaya,bahasa dan tempat tinggal mereka adalah sama iaitu Alam Melayu yang meliputi Benua Siam (IndoChina),Semenanjung dan kepulauan Melayu merangkumi pulau-pulau Indonesia,Filipina sehingga ke Taiwan dan mencapai pulau-pulau selatan Jepun,pulau-pulau kecil di lautan Hindi hingga mencapai Madagaskar.Perkataan ‘Nusantara’ pula setakat ini diketahui dikesan dalam Sumpah Palapa yang diucap oleh Gajah Mada iaitu Mahapatih Majapahit (Menteri Besar) bagi kerajaan Majapahit (1334-1359)
‘Sira Gajah Madapatih Amangkubhumi tan ayun amuktia palapa, sira Gajah Mada: ‘Lamun huwus kalah nusantara isun amukti palapa, lamun kalah ring Gurun, ring Seran, Tañjung Pura, ring Haru, ring Pahang, Dompo, ring Bali, Sunda, Palembang, Tumasik, samana isun amukti palapa’.
(Gajah Mada Mahapatih Majapahit)
Maksudnya:Beliau Gajah Mada Patih Amangkubumi tidak ingin melepaskan puasa.Beliau Gajah Mada, ‘Jika telah mengalahkanNusantara, saya (baru akan) melepaskan puasa. Jika mengalahkan Gurun, Seram, Tanjung Pura, Haru, Pahang, Dompo, Bali, Sunda, Palembang, Tumasik, demikianlah saya (baru akan) melepaskan puasa’.
Gajah Mada adalah seorang negarawan ulung Alam Melayu ketika itu.Istilah ‘Nusantara’ yang disebut olehnya menunjukkan bahawa kata ini telah digunakan sejak sekian lama di seluruh kepulauan Melayu.Bangsa Malai yang mendominasi Nusantara terdiri daripada etnik-etnik Mala-Aborigine;mereka biasanya berambut kerinting,berkulit gelap,bertubuh pendek dan tinggal di pinggir-pinggir hutan dan bukit.Sebahagian besar mereka tinggal di kepulauan Melayu hingga ke Pasifik seperti Hawaii,Papua dan Easter. Kemudian etnik-etnik keJawaan;mereka ini berkulit sawo matang dan bertubuh tegap.Ada di antara mereka memiliki mata yang kecil.Mereka adalah etnik Mala yang rajin dan suka mendominasi sesuatu.Selebihnya ialah etnik Malai Polinesian iaitu etnik yang agak terbuka identiti etnik mereka.Warna kulit mereka pula bervariasi dari yang gelap,sawo matang,kuning langsat sehinggalah cerah.Mereka ini agak terbuka dengan bangsa asing yang ingin mengenali mereka dan bersikap peramah.Melayu Kedah (termasuk etnik semenanjung yang lain),Acheh,Cham,Siam,Pattani dan Bugis (sekadar menyebutkan beberapa contoh) adalah tergolong dalam kelompok ini.Mereka amat mementingkan kostum dan hias-hiasan pada tubuh mereka.Mereka juga digelar kaum Tanah Besar kerana majoriti mereka tinggal di semenanjung hingga ke Segenting Kera dan sejauh Indochina sehingga mencapai Yunnan,dan sebahagian yang lain ada yang tinggal di kepulauan seperti di Borneo dan Sulawesi.Ini adalah sekadar kategori sahaja berdasarkan cara hidup dan perubahan geografi yang merubah etnik-etnik Mala ini di The Land of The East.Hakikatnya mereka adalah dari rumpun yang sama iaitu NUSANTARA.
Bangsa Mala yang tinggal di kepulauan sudah semestinya berasal dari Tanah Besar juga,tetapi terdapat tiga kemungkinan,
1.Sama ada mereka berasal Tanah Kanaan,menuju ke Himalaya,merentasi Sungai Mekong hingga ke Yunnan seterusnya menurun ke Benua Siam (Indochina) dan belayar ke Kepulauan Melayu.Rujuk Teori Ibrahim-Keturah
2.Atau dari Tanah Kanaan,mereka menuju ke arah laut dan belayar hingga ke kepulauan Melayu.Rujuk Teori Pelayaran Raja Mus.
3.Mereka sememangnya tinggal di daratan Tanah Besar tetapi perubahan geografi menyebabkan Tanah Besar terpisah-pisah menyebabkan terjadinya pulau-pulau.Rujuk Teori Lemuria dan pencairan ais ketika berakhirnya Zaman Ais serta Teori Hanyutan Benua.
Perkataan ‘Mala’ adalah kata yang diambil dari satu manuskrip kuno (scriptures) yang menceritakan kehidupan,perjuangan untuk hidup dan peperangan yang terjadi di Nusantara beribu tahun dahulu.’Mala’ sebenarnya bermaksud ‘bunga’ atau ‘haruman’.'Mala’ adalah asas bagi nama bunga Melati dan Melur;dua bunga yang menjadi lambang yang bertahap ‘cult’ dalam mistik dan kesusasteraan Melayu.Nama gadis-gadis Melayu purba kerapkali diberi nama Melati atau Melur,menunjukkan nama dua bunga ini adalah nama yang tertua dan terkenal sekali di kalangan bangsa Mala.Perkataan Mala adalah nama asli bangsa ini,ketika di sebelah Parsi-Sumeria,bangsa ini digelar Mala-Ur atau negeri Mala/kaum Mala,tidak hairanlah sarjana Tamil atau Sanskrit Purba menamakan bangsa ini sebagai Malai-Ur atau Malayur,ini kerana sudah tentu mereka mengambil nama ini dari manuskrip Sanskrit dan Avesta kerana bangsa Aryanlah yang membawa budaya Vedic dan warisan ilmu pengetahuan dan kesusasteraan ke Benua Kecil India.Perhatikan kata Mala-Ur ini berubah menjadi Melur di lidah orang Melayu.Para sarjana China Purba pula menamakan bangsa ini Mo-Lo-Yue dan kata ini berasal dari kata Ma-La-Yu.’Mala-Yu’ adalah nama yang diberi oleh raja-raja Babylon dan Assyria kerana -Yu adalah suffix dalam bahasa kuno Avesta yang merujuk kepada budaya,pemikiran seterusnya kaum itu sendiri.Gadis yang bernama Mala,Melur atau Melati adalah lambang gadis suci yang penuh sopan-santun dan adat Melayu ketimuran.
Dari sukukata ‘Mala’,bangsa purba memberikan pelbagai panggilan dengan penambahan suffix yang berbeza.
Bunga,haruman dan wangi-wangian adalah salah satu kod rahsia bangsa misteri.Jika kita ingin mengenali bangsa ini,kita perlu tahu apakah signifikannya perlambangan bunga dan wangi-wangian kepada bangsa Melayu.Bangsa misteri ini telah sekian lama menghasilkan wangi-wangian untuk tujuan perubatan,mistik atau mengawet sesuatu.Bangsa misteri selain menggunakan bunga-bungaan,sering juga menggunakan rempah-rempah untuk mewangikan ruangan rumah atau balai.Mengapa kerajaan-kerajaan Eropah berlumba-lumba mahu menguasai Selat Melaka?Antara faktor terbesar ialah untuk menguasai perdagangan rempah.Rempah-ratus adalah bahan yang penting untuk memanaskan tubuh,sebagai ubat-ubatan dan resepi masakan.Dan perdagangan rempah sebenarnya telah dikuasai oleh pelabuhan-pelabuhan Melayu.Mengapa?Pada zaman dahulu ketika para pedagang Eropah mendapat bekalan rempah dari pedagang India dan Arab,mereka tertanya-tanya dari manakah para pedagang Arab dan India ini memperolehi bekalan rempah ini dalam jumlah yang banyak.Ini membuatkan mereka berusaha untuk mengetahui sumber segala rempah ratus ini dan berharap dapat menguasai tempat di mana rempah-rempah ini didapati.
Rempah adalah satu bahan yang penting dalam kehidupan mistik di dalam istana Firaun dan rahib-rahib Judea Kuno.Para ahli sihir Firaun adakalanya menaburkan rempah-rempah di dalam persembahan sihir mereka kerana bau rempah-rempah yang harum dan beraroma ini menimbulkan sensasi dan mengkhayalkan;membantu mereka dalam kerja-kerja sihir mereka.Para rahib Judea (Kerajaan Yahudi Kuno,selain kerajaan Samaria) kerapkali membakar kemenyan;salah satu campuran rempah dalam bentuk getah pepejal untuk melengkapkan ritual mereka.Pokok Kemenyan (Styrax benzoin Dryand) adalah pokok yang biasanya ditemui di Kepulauan Melayu.Sebab itu para Firaun secara rahsia mengimport rempah-ratus dan kemenyan dari Kepulauan Melayu.Di Kuil Hatshepshut,ada terukir kisah-kisah pelayaran delegasi Firaun ke Nusantara,dan terdapat ukiran pohon-pohon besar yang amat rendang seperti yang terdapat pada pokok Jati,Keruing atau Merapoh.Pohon-pohon besar ini juga ada yang dibawa ke Mesir untuk di tanam di sana.Kemenyan dan rempah sememangnya diketahui hanya didapati dari Nusantara.
Kemenyan dalam bahasa Inggeris ialah Benzoin Resin,dan resin bermaksud damar atau getah kemenyan itu.Perkataan ‘Benzoin’ (banjawin,benjamin) berasal dari bahasa Arab iaitu ‘lubban jawi’.Perkataan ‘jawi’ adalah nama tempat itu diambil iaitu Tanah Jawi,dan ini adalah fakta bahawa para pedagang Arab sedar dari mana kemenyan berasal iaitu sebagai contoh dari Sumatra (S.Benzoin -Sumatra benzoin),Benua Siam (S. tonkinensis -Siam benzoin) dan Jawa (Javan frankincense).’Lubban’ adalah nama Arab bagi wangi-wangian pepejal.Pada masa dahulu di Timur Tengah,wangi-wangian pepejal tempatan diperbuat dari campuran bunga-bungaan dan diproses menjadi pepejal yang wangi.Namun kemenyan dari ‘Jawi’ ini adalah ‘lubban’ yang terbaik dan memiliki kasta tertinggi dan kerap dijual dengan harga yang mahal kerana wangian kemenyan ini bukan berasal dari bunga-bunga tetapi getah resin (damar) asli yang sedia berbau wangi.
Rempah-ratus juga digunakan untuk upacara mengawet mayat.Mumia-mumia Firaun diawet dengan menggunakan rempah-ratus ini dan segala rempah-ratus ini terutamanya kapur barus dipercayai diimport melalui pelabuhan yang terletak di Barus,di Sumatera Utara.Kemenyan juga dikesan penggunaannya di dalam budaya Yahudi Kuno di dalam ritual-ritual mereka termasuk menyambut kelahiran bayi dan segala bekalan kemenyan ini di dapati dari Nusantara.
Sebab itu apabila apabila seorang gadis dari Nusantara telah disunting oleh seorang lelaki terhormat dari Tanah Kanaan,sumber-sumber Judeo-Sumeria menggelarkan gadis itu Keturah,atau ‘kemenyan/wangi-wangian’ dalam bahasa Ibrani menunjukkan nama sebenar gadis itu kemungkinan adalah ‘Melur’,'Melati’ atau ‘Damar Wangi’ dalam sebutan Nusantara.
Sebelum kita meneruskan topik yang semakin menarik dan misteri ini,mari kita telusuri beberapa jenis bunga yang popular dalam masyarakat Melayu.
Bunga Kemboja
Bunga Kemboja (Plumeria acuminata, famili Apocynaceae),adalah salah satu bunga purba yang dihormati bangsa Mala.Bunga ini adalah bunga yang kerapkali kita jumpa di perkuburan-perkuburan Melayu.Ini menunjukkan terdapat warisan ritual bunga-bungaan pada masa silam yang masih berbaki dalam masyarakat moden Melayu hari ini.Bunga Kemboja berwarna putih dengan pusat bunga berwarna kuning keemasan.Pokok ini sememangnya banyak ditanam di halaman candi (di Tanah Jawa) dan kawasan kubur.Kehadiran bunga Kemboja di perkuburan Melayu amatlah mengundang perasaan aneh dan misteri.Adakah bunga ini melambangkan kematian atau kehidupan selepas mati?Di Bali,Tarian Legong Keraton tidak akan lengkap tanpa bunga ini.Bunga ini selalu dipakai di telinga penari semasa upacara tarian itu berlangsung.Di Jawa pula, bunga Kemboja dilarang ditanam di halaman rumah kerana bunga ini boleh menimbulkan kesan seram seperti suasana kubur dan juga boleh mengundang roh jahat yang akan mengganggu ketenteraman penghuni rumah. Ada juga sebahagian masyarakat yang percaya bahawa mereka yang berjaya menemukan bunga Kemboja yang berkelopak genap (6 helai) akan mendapat rezeki.
Di Hawaii (nenek moyang mereka adalah dari Proto Mala), kalungan bunga Kemboja dipakai untuk menyambut tetamu.Nama kerajaan purba Melayu yang membina Angkor Wat diambil dari nama bunga ini.Sememangnya Angkor Wat asalnya adalah istana kota bangsa Mala sebelum diduduki oleh etnik Khmer dan mula menambah di sana-sini mengikut kepercayaan Buddha mereka.
Bunga Cempaka
Bunga Cempaka (Allamanda family Araceae) adalah juga salah satu bunga yang mendapat tempat pada budaya dan kesusasteraan Melayu purba.Bunga ini selalu juga digunakan di dalam seloka,gurindam dan juga prosa Melayu dahulukala.Bunga cempaka adalah bunga yang cantik.Tidak hairanlah terdapat manuskrip Melayu dinamakan Cempaka Sari dan nama kerajaan purba Melayu dahulukala juga di ambil dari nama bunga ini.Tumbuhan bunga ini mempunyai kelebihan dari segi perubatan.
Bunga cempaka kuning, khasiatnya adalah sesuai untuk wanita selepas bersalin, kencing tidak lawas dan demam selsema.Cemnpaka putih pula sesuai untuk merawat pitam,bisul atau radang tengkuk.
Bunga Kenanga
Bunga Kenanga (Canangium odoratum, famili Annonaceae) sangat sesuai ditanam di halaman rumah kerana ianya dapat menolak `black magic` seperti terkena buatan orang. Bunganya yang berbau harum digunakan untuk membuat bunga rampai atau dipakai semasa upacara adat tertentu.
Pokok kenanga merupakan pokok yang besar setinggi 38m dengan diameter batangnya 1m. Pokok kenanga yang ditanam untuk tanaman hiasan biasanya setinggi 1 hingga 2 m.
Bunga kenanga berwarna hijau kekuningan, tidak begitu menonjol dan tumbuh berkelompok yang terdiri daripada 6 hingga 10 kuntum pada satu tangkai. Kelopak bunga ini berbentuk pita yang agak terpilin sepanjang 5 – 10 cm.
Bunga Melati/Melur
Bunga Melati (Jasminum sambac, famili Oleaceae) telah dinobatkan sebagai bunga rasmi Indonesia oleh Presiden Soeharto pada 5 Julai 1990.Bunga ini merupakan simbol kepada kesucian, ketulusan dan kebersihan hati.Bunga Melati juga antara bunga yang menjadi lambang kemelayuan purba dan banayak hikayat yang menyebut nama bunga ini dan nama wanita yang dikaitkan dengan bunga ini juga adalah perkara biasa.
Melati sangat popular dalam kehidupan masyarakat Melayu, Betawi, Jawa, Sunda, Madura dan Bali kerana ianya dianggap melambangkan kesuburan, kesejahteraan dan kemakmuran.Pengantin tanpa lilitan untaian Melati pada keris yang dipakainya akan dianggap kurang sempurna pernikahannya.
Ibu-ibu yang mempunyai air susu yang kurang boleh menjadikan Melati sebagai ubatnya.Melati yang sudah digiling hendaklah disapu pada buah dadanya agar air susu yang dihasilkan bertambah banyak.
Melati dapat dibezakan kepada 2 jenis berdasarkan kepada mahkota bunganya, iaitu yang berbunga tunggal dan berkumpulan. Bunga Melati berwarna putih dan berbau harum.
Bunga Kemuning
Bunga Kemuning (Murraya paniculata famili Rutaceae) merupakan pokok yang setinggi 3 – 7 m, berbatang pendek, berdaun rimbun dan memberi manfaat sebagai tanaman pagar. Tanaman ini berbunga terus-menerus sepanjang tahun. Warna bunga ini pada peringkat awal ialah kehijau-hijauan dan setelah mekar penuh ianya bertukar menjadai putih bersih.
Daun dan bunganya jika digiling halus dan disapukan pada badan, akan membuatkan seseorang wanita lebih cantik dan berkulit kuning bersih. Kayunya yang berwarna kuning agak kecoklatan merupakan bahan yang sesuai untuk membuat sarung keris.
Bunga Seroja
Bunga Seroja (Nelumbo nucifera famili Nelumbonaceae) adalah bunga yang sering menjadi lambang dalam agama Buddha.Seroja sering terkeliru dengan bunga yang hampir sama dengannya iaitu Bunga Teratai.Bunga Seroja ditakrifkan sebagai lambang kebijaksanaan dan pencerahan.Adalah dipercayai,Bunga Seroja dibawa ke Mesir melalui ekspedisi-ekspedisi raja dan ratu Mesir ke Nusantara.Seroja sering dilihat sebagai bunga yang disucikan dan dihormati oleh agama misteri Firaun dan motif bunga ini diukir di dinding kuil selain ditanam di taman-taman diraja.Dari Mesir,bunga ini disebarkan ke Assyria,seterusnya ke Parsi,India dan China.
Bunga Teratai
Bunga Teratai (Nymphaea famili Nymphaeaceae) sering dikelirukan dengan bunga Seroja.Seroja memiliki tangkai bunga tegak dan bunganya tidak mengapung di permukaan air, sebagaimana pada teratai.Pada zaman dulu, orang memang sering mencampuradukkan antara tanaman ‘genus Nelumbo’ seperti seroja dengan ‘genus Nymphaea’ (teratai). Pada bunga jenis Nelumbo, bunga terdapat di atas permukaan air (tidak mengapung), kelopak berwarna merah (teratai berwarna putih hingga kuning), daun berbentuk lingkaran penuh dan rimpangnya biasa digunakan.Jika Seroja amat rapat dalam menerangkan pencerahan dan kebijaksanaan dalam agama Buddha,apabila umat Melayu menerima Islam,bunga Teratai menjadi ganti menerangkan falsafah yang kompleks.
Bunga Teratai menjadi perlambangan kepada ajaran Islam dan konsep ketuhanan sebagaimana kajian seorang pengkaji,Abdullah Bin Mohemed (lahir 1931) tentang konsep bunga Teratai di Alam Melayu:
Bagi tingkat ketuhanan tangkai adalah adalah lambang Zat Allah
yang kuat berpegang kepada sekuntum bunga. Zat Allah yang
dimaksudkan ialah Zat Allah yang berada pada “Tingkat al-Ahadiyah”.
Bila terjadi perdampaan di antara dua sifat Jamal dan Jalal maka lahirlah
seketul “kudup” bunga teratai, Ketika ini tangkai itu menjadi ghaib dan
wujudnya bersama kudup.
Kudup adalah melambangkan “Hakikat Muhammadiyah” yang
mula-mula lahir dalam alam hakikat, sebelum lahirnya hakikat-hakikat
segala sesuatu. Sebagaimana pada diri Hakikat Muhammdiyah terhimpun
hakikat-hakikat segala sesuatu, begitu juga pada kudup yang kuncup itu
terhimpun segala kelopak, stamen, rahim bunga, stigma dan lain-lain.
Selepas segala kelopak berkembang, segala stamen terbuka dan
segala-galanya wujud beberapa banyak, menjadi sekuntum bunga yang
berkembang. Bunga yang berkembang dari hakikat-hakikat segala sesuatu
yang terkeluar dari diri Hakikat Muhammadiyah.
Bagi lambang kejadian alam dalam tingkat kealaman, menurut
Abdullah,zat Tuhan kepada tangkai adalah sifat alam kejadian, apabila
berlakunya kejadian maka lahirlah kudup bunga teratai. Ketika itu tangkai
akan ghaib dan wujud bersama kudup. Kudup adalah melambangkan
manusia atau alam kecil yang mula kelahiran sebelum lahirnya alam besar.
Bagi tingkat kealaman ini Kudup bunga adalah sebagi lambang ‘Nur
Muhammad’. Sementara Sekuntum bunga teratai yang berkembang adalah
sebagai lambang alam besar. Setiap kelopak bunga itu adalah
melambangkan tiap-tiap peribadi makhluk.
Abdullah juga dalam kajian falsafah Teratai menyatakan bahawa bunga teratai adalah
lambang kejadian alam dan lambang bentuknya adalah suatu amalan
tradisi yang lama dalam masyarakat Melayu. Penggunaan motif atau
bunga teratai digunakan sejak sebelum kedatangan Islam lagi. Menurut
beliau sejak zaman raja Ahmad bentuk bunga teratai digunakan dalam
upacara tradisi dan mempunyai makna-makna tertentu.
Bunga telah lama menjadi tradisi bangsa Melayu.Amalan menabur bunga di perkuburan bukanlah ikut-ikutan budaya orang lain malah ini adalah budaya Melayu kuno zaman-berzaman.Amalan mandi bunga juga adalah salah satu rahsia perubatan orang Melayu lama sebelum terapi bunga-bungaan ditemui oleh orang Barat.Mandi Bunga memang merupakan ritual orang Melayu tradisonal yang mempunyai unsur-unsur yang sudah bercampur-aduk antara kepercayaan Dinamisme, Hinduisme dan ‘Popular Islam’. Dinamisme ialah kepercayaan adanya ‘tenaga tak berperibadi’ dalam diri manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan, benda-benda hidup, perkataan yang diucap atau ditulis, tanda-tanda yang dirakamkan dan sebagainya.Dalam bidang antropologi, tenaga ini juga biasa disebut sebagai ‘mana’, dengan meminjam istilah rumpun suku Polynesia. Ia dikenali sebagai ‘sahala’ oleh orang Batak dan ‘kesakten’ oleh orang Jawa.
Di kalangan orang Melayu tradisional, ‘mana’ dikenali sebagai ‘semangat’ seperti yang difahami oleh mereka dalam insiden ‘lemah semangat’, ‘kus semangat’ dan sebagainya. ‘Mana’ bagi golongan tertentu mempunyai gelaran yang khusus. ‘Mana’ bagi raja-raja dikenali sebagai ‘daulat’ dan ‘tulah’. Sedangkan ‘mana’ bagi para ahli agama baik golongan pawang dan dukun pada zaman Dinamisme, sami dan pendita pada zaman Hinduisme-Buddhisme, mahupun alim-ulama’ pada zaman Islam, dipanggil sebagai ‘berkat’ dan ‘keramat’.
Salah satu ramuan Mandi Bunga ialah limau yang dianggap dapat menjauhkan segala makhluk jahat.Limau bersama-sama sirih pinang adalah merupakan bahan utama untuk pelbagai kepercayaan dan ritual orang Melayu tradisional. Sebagai contoh:
1. Air tepung tawar yang ‘asasnya’ terdiri daripada campuran air, bahan-bahan lain dan limau purut yang dihiris.
2. Limau nipis digunakan sebagai pengeras bagi pelajar silat dan perubatan tradisional. Limau purut pula diperah dan dicampurkan dengan air bagi mengubat penyakit terkena buatan orang.
3. Upacara ‘mandi-mandi’ atau ‘berlimau’ diadakan dalam pakej adat perkahwinan Melayu tradisional iaitu selepas kedua-dua pengantin bersatu. Pengantin akan berpakaian lengkap dan duduk di bawah naungan kain yang diregangkan dengan pegangan dua orang di kiri dan kanan. Air dan campuran limau, sintuk dan lain-lain ramuan akan dijiruskan daripada atas menerusi kain tersebut.
4. Di Perak, mandi tolak bala dilakukan dengan menggunakan hirisan buah limau nipis yang digosok-gosokkan ke badan seperti mana sabun. Selepas itu, barulah sambungan kepada perkara-perkara yang dilakukan dalam ritual tersebut akan dilanjutkan.
5. Dalam upacara berdoa’ dan memanggil semangat padi di Sungai Dacing, Lenggeng, Negeri Sembilan; pawang akan ‘menawarkan’ limau-limau yang disediakan dengan cara menepung tawar, menjampi dan meludahnya sebanyak tiga kali. Selepas itu, limau akan dipotong-potong dan dibawa ke sawah untuk ditempatkan di tapak semaian padi, agar padi subur dan selamat dari bencana.
6. Wujud juga pantang-larang berkenaan limau dalam kehidupan orang Melayu tradisional. Salah satu daripadanya ialah larangan membawa limau purut jika mandi di sungai, nanti dibaham buaya. Kononnya buaya amat marah dan mungkin mengganas kerana buah limau itu menyerupai bonjol di atas kepalanya dan berhubung kait pula dengan asal usul kejadiannya.
Daun, bunga dan limau dengan sifat-sifat tertentu (misalnya daun bertemu urat dengan warna tertentu) dan bilangan tertentu (misalnya tujuh jenis bunga dipetik ketika pagi masih berembun), ditambah dengan mantera yang dibaca oleh bomoh akan mendatangkan ‘mana’ yang akan membawa manfaat yang diinginkan. Oleh yang demikian, unsur kepercayaan Dinamisme dalam amalan Mandi Bunga dapat dikesan apabila ramuan mandi yang telah mempunyai ‘mana’ tersendiri disatukan bagi membentuk gabungan ‘mana’ yang baru pula. Hasil daripada kewujudan ‘mana’ baru yang ‘lebih bertenaga’ ini, maka dipercayai kononnya ‘mana’ pada orang yang melakukan Mandi Bunga juga akan menjadi lebih kuat, berupaya menghalau segala sial dan sihir, serta mampu menarik lebih banyak tuah dan keuntungan.
Bau-bauan yang wangi dalam amalan Mandi Bunga ini juga dipersembahkan kononnya sebagai bahan pengorbanan kepada makhluk-makhluk halus yang akan membantu mengambil hati mereka. Maka apabila perbuatan ini dilakukan, makhluk halus yang jahat dan membawa sial akan meninggalkan diri pihak yang melaksanakan amalan Mandi Bunga itu. Makhluk halus yang baik pula dipercayai akan menggantikan tempat yang dikosongkan oleh makhluk halus yang jahat tadi dan sekaligus membawa manfaat kepada pihak tersebut.
Orang Melayu memang rapat dengan bunga dan tahu rahsia dan kekuatan setiap bunga-bungaan tersebut.Jika kita lihat halaman rumah orang Melayu di kampung-kampung,kita akan dapati pelbagai jenis bunga biasanya ditanam oleh orang-orang Melayu di halaman rumah.Gadis-gadis Melayu secara amnya memiliki naluri untuk menanam bunga di halaman rumah selepas berumahtangga walaupun tinggal di perumahan yang sesak atau di flet-flet.Setiap petang gadis-gadis Melayu ini tidak lupa untuk menyiram bunga-bungaan mereka ini yang ditanam di pasu-pasu mahupun ada yang tergantung.
Lambang bunga juga dijadikan simbol kerajaan Melayu Purba,malah menjadi motif bagi nisan raja-raja besar mereka.Bunga Teratai dan Seroja selalu dipilih untuk menghiasi bahagian atas nisan-nisan raja-raja Melayu.
Pada pintu gerbang kota juga lambang bunga dipahat dan terdapat juga lambang bunga di meriam-meriam Melayu dahulukala.Kegemaran bangsa Melayu menjadikan bunga sebagai lambang kerajaan mereka diwarisi oleh Indonesia yang menjadikan Bunga Melati sebagai bunga kebangsaan manakala Malaysia memilih Bunga Raya sebagai bunga rasmi negara.
Kemenyan adalah lambang ritual masyarakat Melayu.Dunia kedukunan Melayu tidak sah jika tidak menyertakankan wangi-wangian ini.Selain dijadikan alat perbomohan,kemenyan digunakan di istana-istana raja sebagai ‘perfume’ dan ia selalu dibakar di dalam dupa-dupa berkerawang yang indah buatannya.Jika colok menjadi lambang ritual dan keagamaan bangsa Cina,kemenyan adalah lambang ritual dan dunia mistik Melayu.Amalan membakar perasap dalam amalan Hindu sebenarnya berasal dari Nusantara kerana pedagang India mendapatkan bekalan kemenyan terbaik dari Nusantara.Ini tidak menghairankan jika pembaca memahami hubungan terahsia orang Melayu dengan budaya Vedic,Brahmin dan agama Ibrahim yang di bawa ke Benua India beribu tahun dahulu.Bangsa Melayu yang diiktiraf sebagai berkasta Brahmin dan Ksatria dalam agama Hindu akan dibincangkan dalam siri seterusnya.
Orang Melayu adalah bangsa bunga dan wangi-wangian,dan ini adalah karakter misteri yang sukar ditelah oleh orang lain kecuali Melayu sendiri.Setiap orang Melayu yang memahami rahsia bangsanya akan tahu rahsia ini.Hanya orang Melayu mengenal rahsia Melayu.Gadis-gadis Orang Asli yang gemar menyelitkan bunga dicelah telinga mereka mengingatkan rahsia yang terpendam dalam sejarah bangsa Mala.Di dalam dunia mistik Melayu,bunga mendapat tempat yang teristimewa.Sebab itu di dalam pengkisahan Tun Mamat di Gunung Ledang,penulisnya memilih karakter-karakter makhluk bunga untuk menerangkan suasana mistik yang menyelubungi Tun Mamat ketika di Gunung Ledang.Berada di taman bunga yang misteri di tengah hutan rimba,akan menimbulkan suasana seram dan suara-suara delusi di fikiran Tun Mamat:
Maka Tun Mamad pun naiklah dengan dua orang yang pantas berjalan sertanya, naik ke Gunung Ledang itu. Setelah datanglah had buluh perindu, maka Tun Mamad dengan dua orang yang naik itu, seperti akan terbanglah rasanya, daripada sangat amat keras angin bertiup; maka awan pun seperti dapat dicapai lakunya, dan bunyi buluh perindu itu terlalu merdu bunyinya, burung terbang dengan suatu taman, terlalu indah perbuatannya. Maka Tun Mamad pun masuk ke dalam taman itu, maka dilihatnya serba bunga yang ada di dalamnya pel¬bagai jenis, dan buah-buahan yang ada di dalam dunia ini ada¬lah didalam taman itu, sekaliannya lengkap dengan jambang¬annya, pelbagai rupa jambangannya
segala mergastua dan segala kayu-kayuan di dalam taman itu melihat Tun Mamad datang, maka segala burung itu pun berbunyi, pelbagai bunyinya; ada yang seperti orang bersyair, ada yang seperti orang berbait, ada yang seperti orang berseloka, ada yang seperti orang bergurindam; maka limau manggar pun bersorak, anggerik pun mengilai, delima pun tersenyum; maka bunga air mawar pun berpantun serta berseloka, katanya:
‘Asa-asaan gigi si Mambang, hendak makan ikan; 
Dalam telaga lagi bertelur, sisiknya gilang gemilang.’
Maka disahut oleh bunga tanjung, katanya:
‘Dang Nila memangku puan, 
Berembang buah pedada;
 
Adakah gila bagimu tuan,

Burung terbang dipipiskan lada.’
Maka dijawab oleh bunga telipuk:
‘Kuning Ledang bagai dikarang, 
Riang-riang disambar wakab;
 
Hairan memandang dunia sekarang,

Bayang-bayang hendak ditangkap.’
Maka Tun Mamad ‘pun hairanlah mendengar reneana taman itu, seraya berjalan ke Terigah taman itu. Maka Tun Mamad pun bertemu dengan sebuah balai, semua perkakasnya tulang dan atapnya rambut; di atas balai itu ada seorang perempuan tua, baik rupanya, menyampai kain pendukung; empat orang perempuan muda-muda mengadap dia. Maka ia bertanya pada Tun Mamad, katanya, ‘Orang mana kamu ini, dan hendak ke mana kamu?’ Maka kata Tun Mamad, ‘Kami ini orang Melaka, nama hamba Tun Mamad, dititahkan oleh Sultan Mahmud Syah meminang Puteri Gunung Ledang, Lak¬samana dan Sang Setia ada di bawah gunung ini, tiada boleh naik, akan hamba disuruhnya; dan tuan hamba, siapa nama tuan hamba?’ Maka sahut perempuan itu, ‘Nama hamba Dang Raya Rani, hambalah pengetua Puteri Gunung Ledang; nantilah hamba di sini, biar hamba persembahkan segala kata tuan hamba itu pada tuan puteri.’
(Sejarah Melayu)
Jika kita ingin memahami rahsia bangsa Melayu dan segala alternya,’BUNGA’ dan ‘WANGI-WANGIAN’ adalah katakunci (password) untuk membuka peti-peti yang lain.Sememangnya bangsa Mala Proto di Nusantara dan Mala Deutro yang menetap di sepanjang laluan ke The Land of The East a.k.a The Promised Land di mana mereka tidak berniat untuk meneruskan perjalanan ke tanah nenek moyang mereka, tetap berhubungan sama ada melalui budaya atau perdagangan.
Pada tahun 600 Sebelum Masehi,seorang raja Babylon kelihatan sedang duduk termenung memikirkan satu masalah besar.Permaisuri barunya sudah 2 hari di dalam keadaan murung dan bersedih.Adakalanya tidak mahu makan dan minum.Biarpun dipujuk berkali-kali,namun permaisurinya itu yang bernama Amuhia,masih diam dan bersikap dingin.
Akhirnya setelah disiasat oleh dayang-dayang diraja,barulah Bukhtannasar (Nebuchadnezzar II) mengetahui sebab isteri barunya bersikap dingin.Isterinya itu merindui kampung halamannya yang jauh.Maka selepas itu raja Babylon Bukhtannasar pun memerintahkan ekspedisi-ekspedisi ke Timur untuk mengambil pohon-pohon besar dan benih-benih bunga terpilih untuk ditanam di taman agung yang dirancang olehnya.
Siapakah gadis misteri bernama Amuhia ini?Mengapa raja agung Babylon sanggup membina Taman Tergantung Babylon semata-mata untuk menanam bunga-bunga kesayangan gadis misteri ini?
Alter Terahsia Bangsa Melayu VI