Pages

Saturday, March 15, 2014

Rumah pokok unik

Rumah pokok unik
 Apartmen ini direka hasil cetusan idea pereka Perancis dan Jepun. 
15 Mac 2014
SEBUAH apartmen setinggi 17 tingkat menyerupai pokok gergasi dan berlatarbelakangkan pemandangan gunung serta pantai akan dibina di Montpellier, selatan Perancis.

Projek L'Arbre Blanc atau The White Tree hasil kerjasama pereka tempatan dan Jepun yang menggabungkan seni arkitek abad ke-21 itu diilhamkan dari imej pokok sebenar.

Premis tersebut akan dilengkapi 120 unit kediaman dengan balkoni yang mengunjur ke luar pada arah berbeza seperti dahan pokok.

Selain itu, beberapa unit pejabat, restoran dan galeri seni juga bakal dibina bagi menarik lebih ramai pengunjung ke menara setinggi 56 meter tersebut.

Gizmodo.com.au melaporkan setiap apartmen itu turut menyediakan ruang balkoni terbuka untuk penduduk menikmati udara segar.

Difahamkan menurut DailyMail, projek pembinaan The White Tree akan bermula pada Julai 2015 dan dijangka siap sepenuhnya menjelang Disember 2017.

Nasib mangsa Agen Oren

Nasib mangsa Agen Oren
Puluhan kanak-kanak di rumah anak yatim ini mengalami kecacatan fizikal dan mental. 
15 Mac 2014
SEKUMPULAN kanak-kanak cacat ditempatkan di sebuah rumah anak yatim di luar Ho Chi Minh selepas ditinggalkan tanpa perikemanusiaan oleh ibu bapa mereka.

Puluhan budak itu adalah antara ribuan mangsa yang terpaksa menanggung derita akibat daripada penggunaan senjata kimia oleh Amerika Syarikat (AS) ketika Perang Vietnam antara 1962 dan 1971.

Kebanyakan mereka mengalami kecacatan fizikal dan mental sejak lahir dan ia berpunca daripada racun terbabit yang disemburkan pesawat AS lebih 50 tahun lalu, namun kesannya berlarutan hingga kini.

Difahamkan, kesemua kanak-kanak tersebut dijaga secara bergilir-gilir oleh kumpulan sukarelawan.

Seorang jurugambar dari Illinois yang merakamkan keadaan kanak-kanak di rumah yatim tersebut melahirkan rasa kecewa kerana Washington masih belum mengambil sebarang tindakan untuk membela nasib mangsa Agen Oren.

"AS sepatutnya bertanggungjawab dalam hal ini dan mereka perlu menyalurkan bantuan untuk meringankan beban penduduk di Vietnam," kata Matt Lief Anderson.

Menurut laporan Palang Merah Vietnam kepada Daily Mail, kira-kira sejuta penduduk menderita pelbagai penyakit manakala 150,000 kanak-kanak dilahirkan cacat akibat senjata kimia digunakan AS lebih lima dekad lalu.

Bintang kuning gergasi ditemui

Bintang kuning gergasi ditemui
Bintang kuning gergasi seperti HR 5171 A ini jarang ditemui dalam galaksi Bima Sakti. 
14 Mac 2014
PARIS - Ahli astronomi menemui bintang kuning gergasi di dalam galaksi Bima Sakti dan didakwa berukuran 1,300 kali ganda lebih besar dari matahari.

Menurut saintis di Observatoire de la Cote d'Azur di Nice, bintang HR 5171 A yang disenaraikan sebagai 10 bintang gergasi itu juga adalah sejuta kali ganda lebih terang daripada matahari.

"Walaupun terletak hampir 12,000 tahun cahaya dari bumi, objek tersebut masih dapat dilihat dengan mata kasar. Kedudukan bintang berkembar itu sangat rapat dan ia seakan menyentuh seluruh sistem serta menyerupai seperti kacang gergasi," kata Olivier Chesneau kepada AFP.

Kumpulan saintis tersebut menganggarkan, HR 5171 A adalah 50 peratus lebih besar dari bintang merah gergasi Betelgeuse.

Difahamkan, penemuan bintang gergasi baharu itu dibuat menggunakan Very Large Telescope Interferometer (VLTI) di Balai Pencerap Eropah Selatan di Paranal di Chile.

Lukis mural guna aising

Lukis mural guna aising
Satu daripada lukisan mural beliau yang menghiasi tembok jalanan. 
15 Mac 2014
 ARTIS dari Montreal ini menggunakan aising yang biasanya dijadikan hiasan pada permukaan kek untuk menghasilkan lukisan mural pada tembok jalanan.

Shelley Miller mendedahkan campuran gula, mentega dan putih telur itu dijadikan sebagai bahan utama hasil seninya selepas beliau mendapat inspirasi daripada rekaan kaligrafi dan seni menghias kek.

Menurutnya kepada DailyMail, tujuan asal beliau adalah untuk membuat perbandingan antara reka bentuk yang rumit dengan dinding usang.

Bagaimanapun, Miller terpaksa berhadapan risiko 'kehilangan' semua lukisannya dalam tempoh singkat kerana aising terbabit mudah mencair, namun ia bergantung kepada faktor cuaca dan suhu.
Difahamkan, salah satu projek seninya yang digelar Sugar Bomb pernah dipamerkan di Saskatoon, Saskatchewan pada Julai lalu.

"Sugar Bomb adalah lukisan yang mengetengahkan tema  lebih feminin selain menggunakan beberapa bahan utama seperti beg paip mengandungi aising dengan warna terang.

Miller turut berkongsi hasil seninya yang pernah dipamerkan di Brazil, Australia dan India menerusi Twitter dan Facebook.

Saudi haramkan 50 nama


Dubai: Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi mengharamkan penduduknya untuk menamakan anak mereka dengan 50 nama termasuk yang asing, berkaitan dengan keluarga diraja atau yang dianggap kufur.

Laman berita Saudi melaporkan, rakyat negara terbabit tidak lagi boleh menggunakan nama seperti Amir (putera), Linda atau Abdul Nabi (hamba Nabi).


Senarai nama itu dikeluarkan oleh jabatan hal ehwal awam.

Alasannya, nama berkenaan melanggar budaya atau agama negara terbabit, manakala nama yang asing (bukan Arab atau Islam) dianggap ‘tidak sesuai’ untuk digunakan oleh golongan ibu bapa terhadap anak mereka.


Beberapa nama lain yang disenaraikan bagaimanapun agak mengelirukan kerana tidak memasuki mana-mana kategori, seperti Binyamin dan Abdul Nasser.


Di samping itu, mengikut sejarah Islam, Binyamin adalah anak Nabi Yaakub namun kebetulan ia juga nama Perdana Menteri Israel.

Begitu juga dengan Abdul Naser yang juga nama seorang tokoh politik Mesir yang tidak sependapat dengan Arab Saudi.

Sementara itu, nama seperti Abdul Nabi dan Abdul Hussain yang sering digunakan golongan Syiah dianggap mengelirukan kerana boleh ditafsirkan dengan pelbagai cara berikutan ‘Abdul’ membawa erti ‘hamba.’

Senarai berkenaan turut merangkumi nama yang lazim digunakan orang Arab termasuk Malak (malaikat) dan Jibreel. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/15

Batal nikah kerana briyani


Bangalore: Satu majlis perkahwinan dibatalkan hanya kerana pihak lelaki dihidangkan briyani ayam dan bukannya kambing seperti diminta.

Media tempatan melaporkan, pihak lelaki mengamuk apabila makanan itu dihidangkan sehingga pertikaman lidah dengan keluarga pihak perempuan gagal dikawal.


Perkahwinan yang sepatutnya diadakan di sebuah masjid membabitkan pengantin lelaki yang bekerja di Dubai kemudian dibatalkan walaupun beberapa orang tua cuba meredakan keadaan.

Pihak perempuan kemudian dilaporkan berkata mereka enggan membiarkan gadis terbabit memasuki keluarga seperti itu yang tidak boleh berkompromi langsung walaupun mengenai isu kecil.


Bagaimanapun, tiada laporan polis dibuat malah pihak polis juga tidak mencampuri kejadian itu berikutan bimbang mengganggu sebarang rundingan antara kedua-dua pihak pada masa akan datang. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/15

Kali ini benar-benar mati


Akbar tempatan melaporkan Walter ‘Snowball’ Williams, disahkan meninggal dunia pagi semalam. 
“Pasukan perubatan kembali memeriksa ‘mayatnya’ pada jam 4.15 pagi,” kata sepupu Walter, Eddie Hester. 

Walter yang dimasukkan ke hospital pada Februari kerana masalah jantung, pada mulanya disahkan meninggal dunia pada 27 Februari selepas pihak hospital tidak mengesan denyutan nadinya.
Foto
WALTER ‘Snowball’ Williams menggemparkan dunia selepas dia ‘kembali’ dari kematiannya.

Ketika dia hendak dimasukkan ke dalam beg mayat di sebuah rumah mayat, Williams bergerak, memeranjatkan petugas.

Mereka kemudian memanggil ambulans untuk membawanya semula ke hospital. 

Ayah 11 anak itu berkata ketika itu dia cuma tidur nyenyak tetapi ahli keluarganya merasakan tuhan memberinya satu lagi peluang untuk hidup. 

“Ramai yang terkejut dengan kejadian itu. 

“Ia akan kekal dalam ingatan mereka,” kata anaknya, Mary Williams. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/15

Bandar 'selfie' terbanyak di seluruh dunia


Obses dengan imej selfie, ada segelintir individu sanggup bergadai nyawa demi mendapatkan gambar yang diingini.
JIKA di Los Angeles, Amerika Syarikat, pelawak, pengacara televisyen dan pelakon Ellen DeGeneres dikatakan telah mengambil imej gambar sendiri atau selfie paling banyak dalam acara Oscar awal bulan ini, namun bandar yang beliau duduki itu tidak pula disenaraikan dalam senarai bandar raya paling banyak melakukan selfie yang dilakukan oleh majalah Time.
Sebaliknya, majalah itu menobatkan Makati, Filipina sebagai Selfie Capital of the World dengan jumlah 258 imej selfie bagi setiap 100,000 orang diikuti Manhattan, New York dengan jumlah 202 imej selfie bagi setiap 100,000 orang.
Di tempat ketiga pula, Miami, 155 imej selfie bagi setiap 100,000 manakala berkongsi tempat keempat, bandar Anaheim dan Santa Ana, California dengan 147 imej selfie bagi setiap 100,000 orang.
Malaysia boleh berbangga apabila Petaling Jaya disenaraikan sebagai bandar raya kelima paling banyak melakukan selfie, Georgetown, Pulau Pinang (ke-10) dan Kuala Lumpur (ke-21).
Biarpun Los Angeles, tidak disenaraikan antara 100 bandar teratas dalam senarai tersebut namun apa yang menjadikan bandar raya yang telah disenaraikan itu lebih popular daripada yang lain untuk penduduk setempat mahupun pelancong mengambil imej selfie berkemungkinan kerana lokasi bandar tersebut merupakan destinasi pelancongan terkenal contohnya, Anaheim yang terkenal dengan Disneyland, Manhattan pula mempunyai Times Square dan Miami sangat terkenal dengan kawasan pantai.
Bagi menghasilkan kajian itu, Time menggunakan data 400,000 imej bergambar yang diambil 10 hari terakhir pada bulan Januari dan awal Februari daripada laman sosial Instagram yang telah dimuat turun secara selfie termasuk koordinat geografi.
Jelas Time, kaedah kajian yang dilakukan mereka mendapati bagi setiap bandar di dunia, sekurang-kurangnya 250,000 penduduk telah memuat turun imej selfie yang diambil dalam jarak lima kilometer dan dibahagikan dengan jumlah penduduk bandar tersebut.
Bagaimanapun kajian yang dihasilkan itu masih tidak sempurna kerana tidak semua individu yang memuat turun imej selfie itu ke laman tersebut menandakan kordinasi lokasi gambar yang diambil. - Susunan: SYAHRIL


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140315/lu_01/Bandar-selfie-terbanyak-di-seluruh-dunia#ixzz2w4WpB4Te
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Bayi dua kepala dilahirkan


Menurut pakar perubatan, peluang untuk bayi perempuan yang dilahirkan dengan dua kepala ini untuk hidup rendah. - AGENSI
NEW DELHI 14 Mac - Seorang bayi perempuan di India, mengejutkan para doktor apabila bayi tersebut mempunyai dua kepala, satu keadaan yang dinamakan sebagai dicephalic parapagus atau kembar Siam luar biasa.
Bayi seberat 3.37 kilogram yang mempunyai dua kepala, dua tulang belakang namun berkongsi badan yang sama itu, dilahirkan Urmila Sharma, 28, di Hospital JK Hindu, Haryana, utara India, Rabu lalu menerusi kaedah pembedahan, lapor Mail Online.
Urmila, 28, dan suaminya Subhash, 32, yang mempunyai seorang lagi anak perempuan, tidak menjalani sebarang imbasan ultrabunyi sepanjang tempoh kehamilan kerana kemiskinan.
Perkara itu menyebabkan mereka tidak dapat mengetahui keadaan bayi yang dikandungnya.
Pakar obstetrik, Dr. Shikha Malik yang menyambut kelahiran bayi itu berkata, peluang untuk bayi tersebut hidup rendah, namun pihaknya sedang memantau rapi keadaannya.
Jelasnya, oleh kerana bayi berkenaan berkongsi badan yang sama, mereka tidak boleh dipisahkan kerana dibimbangi bakal berlaku perkara yang tidak diingini.
“Keluarga itu kini berada dalam keadaan yang sangat tertekan dan kami akan cuba sedaya mungkin bagi membantu mereka,’’ ujar Dr. Shikha. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140315/lu_04/Bayi-dua-kepala-dilahirkan#ixzz2vyXo2iLu
© Utusan Melayu (M) Bhd