January 9, 2012
TUNIS - Adakah Tunisia akan dilanda gelombang kedua revolusi kebangkitan rakyat pada tahun ini selepas dua orang penduduk dilaporkan membakar diri pada minggu lalu?
Ini kerana, Tunisia sekali lagi dikejutkan dengan insiden bakar diri melibatkan seorang lelaki yang didakwa mempunyai rekod pesakit mental dalam tempoh dua hari selepas kejadian sama berlaku di selatan negara itu.
Daoud Bouhli, 50, dipercayai menyiram tubuhnya dengan minyak sebelum membakar dirinya di hadapan majlis perbandaran Bizerte terletak di utara negara tersebut.
Khamis lalu, penganggur dan bapa kepada tiga anak, Ammar Gharsalli, 45, juga membakar dirinya di hadapan majlis perbandaran Gafsa yang menjadi pusat utama perlombongan fosfat di selatan Tunisia.
Gharsalli mengambil tindakan sama seperti dilakukan wira revolusi Timur Tengah, si penjual buah, Mohamed Bouazizi selepas dilarang masuk untuk bertemu dengan delegasi yang melawat para menteri kerajaan.
Gharsalli dan Bouhli kini dilaporkan berada dalam kritikal selepas mengalami kesan lecur teruk akibat tindakan berani mati mereka itu.
Kejadian membakar diri di negara di Afrika Utara seakan menjadi simbol protes rakyat terutamanya bagi golo-ngan penganggur yang kecewa dan putus asa dengan pemerintahan kerajaan.
'via Blog this'