Pages

Monday, May 20, 2013

Kisah kedermawanan seorang budak hitam



Al-Imam Ibnu Qudamah Rohimahullaah mencantumkan kisah yang menakjubkan tentang kedermawanan seorang budak hitam dalam kitab beliau Mukhtashor Minhajul Qoshidin. Semoga bisa kita ambil pelajaran.

Al-Imam Ibnu Qudamah menuturkan,
“Abdullah bin Ja’far keluar melihat-lihat tanah miliknya, lalu beliau singgah di sebuah kebun milik suatu kaum. Di sana ada seorang budak hitam yang sedang bekerja, makanan budak tersebut disediakan, saat dia hendak makan, tiba-tiba seekor anjing masuk ke dalam kebun, anjing itu mendekat kepada budak hitam, budak tersebut melemparkan sepotong roti, maka anjing itu memakannya, kemudian budak itu melempar potongan kedua dan anjing itu memakannya, kemudian budak itu melempar potongan ketiga dan anjing itu memakannya sementara ibnu Ja’far melihatnya. 

Maka dia (Abdullah bin Ja’far) mendekat dan berkata (kepada budak itu), “Fulan, berapa banyak jatah makanmu dalam sehari?”

Dia menjawab, “Seperti yang engkau lihat.”

Ibnu Ja’far bertanya, “Lalu mengapa kamu memberikannya kepada anjing itu?”

Dia menjawab, “Daerah ini bukan daerah anjing, maka anjing itu sepertinya datang dari jauh, dia lapar, maka aku tidak ingin menolaknya.”

Ibnu Ja’far bertanya, “Lalu apa yang kamu lakukan?”

Dia menjawab, “Menahan lapar hari ini.”

Ibnu Ja’far berkata kepada dirinya sendiri, “Aku disalahkan karena banyak memberi, ternyata budak ini lebih murah hatinya daripada diriku.” Lalu Abdullah bin Ja’far membeli kebun sekaligus peralatannya, dia membeli budak itu, memerdekakannya dan memberikan kebun tersebut kepadanya.”


*Sungguh ini adalah perniagaan yang menguntungkan…!!!

Isteri ke-14 Raja Mswati?

Foto
TINTSWALO percaya dia boleh ditahan atau dibunuh
 jika kembali ke Swaziland.

London: Seorang gadis kini memohon suaka di Britain selepas dia ingin dijadikan isteri ke-14 pemerintah Swaziland, Raja Mswati III.

Tintswalo Ngobeni, 22, melarikan diri dari negara di selatan Afrika itu ke England ketika masih berusia belasan tahun selepas menarik perhatian raja berkenaan yang terkenal dengan gaya hidup mewahnya. Sebagai sebahagian daripada adat Swaziland, Mswati III, 45, dibenarkan memilih isteri baru pada setiap tahun. Tintswalo berkata, dia meninggalkan negara kelahirannya ketika berusia 15 tahun dan kini menetap di Birmingham.


Menceritakan pengalamannya dilamar, Tintswalo berkata, dia menarik perhatian raja itu ketika melawat istana isteri keempatnya, LaNgangaza.


Foto
SEBAGAI adat di Swaziland, Mswati III dibenarkan
memilih isteri baru setiap tahun.
“Sejak itu dia mula menghubungi saya di sekolah dan bertanya jika saya mahu menjadi sebahagian daripada keluarganya.


“Walaupun ketakutan, saya mendiamkan perasaan itu,” katanya.


Menurut Tintswalo, dia sedar jika memberi persetujuan menjadi isteri Mswati III, seluruh hidupnya akan ditumpukan kepada raja itu. Seperti isteri lain Mswati III, dia akan ditempatkan dalam istana dengan dijaga pengawal peribadi dan tidak boleh pergi ke mana-mana tanpa izin.


Satu-satunya lawatan yang dibenarkan Mswati III kepada isterinya ialah mengunjungi Amerika Syarikat setahun sekali untuk membeli-belah. Justeru, Tintswalo nekad mengetepikan hidup dan pendidikannya yang selesa di sebuah sekolah berasrama swasta dan merancang melarikan diri ke England.


Kata Tintswalo, rancangan itu dilakukan dengan bantuan ibu saudaranya.

“Saya tak ada pilihan.


“Tiada sesiapa pernah menolak kemahuan raja sebelum ini atau mengingkari hajatnya,” katanya.


Akhirnya Tintswalo meninggalkan Swaziland dan menuju ke England untuk menetap bersama ibunya yang sudah ke Birmingham lima tahun sebelum itu.


Ibu Tintswalo meninggalkan Swaziland untuk menjauhkan diri daripada suaminya yang suka mendera. Sejak tiba di England, Tintswalo menjadi pengkritik utama kepada rejim Swaziland - negara yang mengharamkan parti politik dan aktivis pula ditahan atau diganasi dari semasa ke semasa. - Daily Mail

Wanita Arab Saudi pertama takluki Everest



RAHA MOHARRAK (empat dari kiri) bersama beberapa 
pendaki lain mengibarkan bendera Arab Saudi sebelum memulakan pendakian.- Agensi


KATHMANDU - Seorang graduan universiti berusia 25 tahun menjadi wanita Arab Saudi pertama yang menakluki Gunung Everest, kata pihak berkuasa Nepal kelmarin.
Raha Moharrak tiba di puncak Everest sekitar pukul 8 pagi kelmarin, kata pegawai Jabatan Pendakian Gunung Nepal, Tilak Pandey.
Raha menganggotai kumpulan ekspedisi seramai empat pendaki termasuk seorang warga Qatar dan Palestin yang cuba menakluki gunung tertinggi di dunia itu.
Kumpulan tersebut, Arabs with Attitude, menyiarkan mesej di laman Twitternya untuk mengucapkan tahniah di atas kejayaan Raha.
"Wanita Arab Saudi pertama yang mendaki Gunung Everest telah tiba di puncak!! Hebat Raha Moharrak. Kami tabik anda," kata kenyataan tersebut.
Raha juga merupakan warga Arab Saudi paling muda yang sampai ke puncak dunia itu.
Mereka melakukan pendakian tersebut dalam usaha mengutip dana AS$1 juta (RM3 juta) untuk mengisi tabung pendidikan di Nepal.
Secara keseluruhan, seramai 35 warga asing dan 29 rakyat Nepal mendaki Gunung Everest pada minggu lalu.
Mei merupakan bulan pendakian paling sibuk kerana disifatkan waktu terbaik untuk mendaki gunung tersebut berbanding bulan-bulan lain.
Lebih 3,000 orang telah mendaki Gunung Everest sejak ia dibuka kepada dunia pada 1953 manakala beratus-ratus orang turut hilang nyawa dalam usaha menaklukinya.- dpa


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0520&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz2TmJVfguo 
Hakcipta terpelihara