Pages

Sunday, June 26, 2011

Kisah benar Nang Nak di Kulim

PADA sekitar 1950-an, Ismail Omar atau dikenali sebagai Pak Meh atau Meh Pok merupakan anggota polis dalam PVR atau Sukarelawan Polis di daerah Kulim, Kedah. PVR walaupun ‘sukarela’ pada era sebelum dan be berapa tahun selepas Merdeka, ada yang menjawat jawatan itu secara tetap dan fungsi PVR wujud hingga ke hari ini. Pak Meh menjalankan tugas seperti polis biasa, lengkap dengan balai, kuasa menangkap dan sebagainya.
Tugasnya membawa beliau ke segenap penjuru daerah Kulim dan pada 1950-an, ia adalah pekan kecil dengan penduduknya tinggal di kawasan berjarak jauh antara satu dengan yang lain. Satu hari, Pak Meh menerima aduan daripada seorang lelaki bernama Mat (bukan nama sebenar) yang melaporkan kematian seorang lagi anaknya setelah kematian dua anaknya dua tahun berturut-turut sebelum ini.
Lazimnya, laporan kematian pada era pra-Kemerdekaan di kampung-kampung akan diterima, dicatat dan dikeluarkan sijil pengesahan kematian, melainkan wujud elemen kesangsian yang tinggi dalam sesuatu laporan. Dalam kes Mat ini, Pak Meh mendapati wujud elemen tersebut. Tiga anak Mat mati setiap tahun berturut-turut. Kes itu dirujuk Pak Meh kepada OCPD Polis British yang menyokong cadangannya agar kes itu diselidik lebih lanjut. Apakah kematian mereka berkaitan wabak penyakit, binatang buas atau jena yah?
Pak Meh terpaksa meredah hutan untuk sampai ke rumah Mat, yang menunggu kedatangannya. Sepan jang masa di situ, isteri Mat langsung tidak kelihatan walaupun Mat mengakui dia ada di dalam. Tidak mengapa, segan atau masih sugul agaknya. Pak Meh walaupun berpegang pada prinsip kepolisan dalam mengumpul fakta, terdetik rasa ke anehan pada kawasan sekitar rumah Mat. Pak Meh memberitahu Mat yang dia akan kembali esok untuk meneruskan siasatan.
Pak Meh tidak memberitahu Mat bahawa dia membawa Pak Din yang memiliki pengetahuan mengenai alam jin. Di rumah Mat, Pak Meh meminta Mat memanggil isterinya tetapi dia enggan menunjukkan diri. Pak Din memberi isyarat pada Pak Meh supaya beredar. Tanpa pengetahuan Mat, Pak Din telah meninggalkan sebiji telur rebus dan limau purut di perkarangan rumah Mat. Esoknya, mereka kembali dan mendapati telur itu telah ‘dimakan’. Pak Din berkata memang ada ‘sesuatu’ di sini. Malah, Mat memberitahu Pak Meh anak ketiganya yang mati ada kesan luka di leher.
Ketika mereka bertiga berbual di bawah tangga (rumah orang Melayu tradisional), tidak semena-mena kelihatan tangan dari kawasan dapur keluar dan turun memungut sudu di atas tanah. Dan jarak antara aras lantai rumah dengan tanah adalah 1.524 meter. Kejadian itu dilihat oleh ketiga-tiga mereka. Dan bagaikan satu cahaya, Mat tersedar ba hawa orang yang disangka isterinya adalah satu jelmaan Iblis. Selama ini, Mat diperdaya mata oleh Iblis yang menjelma menjadi isterinya.
Siasatan rapi Pak Meh mendapati isteri Mat sebenarnya sudah mati tiga tahun lalu ketika melahirkan anak, dan sejak itu Iblis menjelma sebagai isteri Mat dan menjalani kehidupan seperti biasa tetapi jika tidak kerana kematian anak, kisah ini tidak akan diketahui.
utusanlfc.blogspot.com: Kisah benar Nang Nak di Kulim

20 maut, 25 cedera letupan di Afghanistan

PULI ALAM, Afghanistan 25 Jun - Kira-kira 20 orang terbunuh, sementara 25 yang lain cedera apabila satu letupan kereta menggegarkan sebuah hospital di wilayah Logar, selatan Kabul hari ini.
Kementerian Kesihatan Awam dalam satu kenyataan berkata, kanak-kanak dan wanita merupakan antara yang terbunuh dalam kejadian itu.
"Tindakan ini tidak berperikemanusiaan kerana mensasarkan tempat orang yang cedera menerima rawatan,'' jelas kenyataan itu.
Jurucakap wilayah Logar, Din Mohammad Darwaish berkata, letupan itu dipercayai merupakan serangan berani mati.
Ketua Majlis Wilayah Logar, Abdul Wali Wakeel yang mengesahkan angka korban berkata, pegawai tempatan telah menghubungi pasukan antarabangsa bagi meminta bantuan menyelamatkan mangsa-mangsa yang cedera.
Taliban menafikan pihaknya mendalangi serangan bom tersebut.
Jurucakap Taliban, Zabihullah Mujahid berkata, pihaknya mengutuk serangan itu dan ia merupakan satu cubaan untuk memfitnah kumpulan militannya.
Serangan bom tersebut berlaku beberapa hari selepas Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama mengumumkan pengunduran 33,000 tenteranya dari Afghanistan bermula musim panas akan datang. - AFP
Utusan Malaysia Online - Luar Negara

AS bantu risikan Filipina


MANILA 25 Jun - Washington akan membantu meningkatkan keupayaan risikan Filipina di Laut China Selatan, ketika perebutan wilayah maritim dengan China semakin tegang di perairan itu, kata Manila hari ini.

Perkara itu dicapai dalam pertemuan antara Pengarah Risikan Kebangsaan Amerika Syarikat (NDI), James Clapper dengan Setiausaha Luar Filipina, Albert del Rosario di Washington.

"Pegawai AS berikrar untuk meningkatkan perkongsian risikan NDI dengan Filipina berhubung pemantauan situasi maritim di Laut China Selatan,'' kata Jabatan Luar Filipina dalam satu kenyataan.

Clapper dipetik sebagai berkata, mereka akan membantu Filipina dalam aspek berkenaan selain melahirkan kebimbangan berhubung perkembangan yang berlaku di kawasan perairan tersebut.

Keputusan itu dibuat dua hari selepas AS menyatakan kesediaan untuk membekalkan kelengkapan moden tentera kepada Filipina berhubung isu sama.

Dalam perkembangan berkaitan, Kementerian Pertahanan Jepun berkata, sebanyak 11 kapal perang China dikesan di kawasan perairan antarabangsa berdekatan Okinawa.

Jepun tidak mendakwa berlakunya sebarang pencerobohan, tetapi kedudukan kapal perang itu Khamis lalu menimbulkan kebimbangan ekoran perbalahan tuntutan kawasan perairan berkenaan.

Jurucakap kementerian itu, Shuichi Fukuya berkata, kapal-kapal perang itu dipercayai dalam perjalanan pulang daripada latihan ketenteraan di kawasan perairan kira-kira 1,500 kilometer dari Okinawa. - AP/AFP

Utusan Malaysia Online - Luar Negara

Ibu bimbang keselamatan anak gadis hilang



Azliza Md. Isa


KEPALA BATAS 25 Jun – Seorang ibu tunggal, Aishah Md. Amin bimbang dengan keselamatan anak bongsunya, Azliza Md. Isa, 28, yang menghilangkan diri sejak tiga bulan lalu selepas dipercayai berkahwin tanpa persetujuan keluarga.

Aishah, 62, dari Taman Serdang di sini memberitahu, selepas Azliza meninggalkan rumah Mei lalu, dia bersama ahli keluarga yang lain menjalankan usaha mencari dan terkejut apabila mengetahui anaknya itu sudah berkahwin dengan seorang lelaki yang baru dikenali.

Lebih membingungkan katanya, lelaki tersebut dikatakan sudah berkahwin sebanyak dua kali malah status pendaftaran perkahwinannya sebelum ini juga diragui kerana bernikah di negara jiran.

“Saya kesal apabila Azliza sanggup membelakangkan kami dengan menikahi lelaki itu sedangkan sebelum ini dia hampir berkahwin dengan tunangnya selepas lapan tahun menjalin hubungan.

“Tindakannya itu amat memalukan kami sekeluarga kerana dia memilih suami orang sedangkan tunangnya amat baik dan setia menantinya selama ini,” katanya di sini, hari ini.

Menurut Aishah, dia amat bimbang Azliza akan diabaikan serta menerima nasib sama seperti yang dialami dua isteri dan beberapa anak lelaki berkenaan.

Malah, katanya, siasatan di kampung lelaki berkenaan di Kedah mendapati, dia tidak mempunyai pekerjaan tetap dan dikhuatiri tidak mampu menyara isteri lebih daripada seorang.

“Kami juga diberitahu mengenai sikap lelaki berkenaan yang agak kasar dan kami bimbang ia bakal mengundang masalah lebih-lebih lagi Azliza merupakan seorang anak yang sensitif,” jelasnya.

Aishah yang bekerja sebagai pembantu gerai makan di sini menambah, Azliza keluar rumah pada 26 Mei lalu selepas dimarahi kerana menjalin hubungan dengan suami orang sedangkan dia sudah bertunang dan bakal berkahwin.

Utusan Malaysia Online - Utara

Pencemaran udara sejak era Firaun



KEADAAN mumia yang ditemui dalam pelbagai stail.
KEADAAN mumia yang ditemui dalam pelbagai stail.

Kesan teruk dikesan pada mumia Mesir

KAHERAH: Masyarakat Mesir purba mungkin menghadapi masalah pencemaran udara yang teruk, sama seperti yang berlaku sekarang, lapor jurnal LiveScience.
Walaupun punca pencemaran tidak sama dengan pencemaran zaman ini, kesan ke atas tubuh tidak banyak berbeza dan dalam banyak kes, ia menyebabkan kematian.
Akhbar Daily Mail melaporkan, seorang pelajar ijazah lanjutan bioperubatan di Universiti Manchester, England, Roger Montgomerie berjaya menemui zarah tercemar dalam tisu paru-paru 15 mumia berasingan, termasuk golongan bangsawan dan pendita agama.

Zarah yang ditemui mempunyai kaitan dengan pelbagai penyakit zaman moden termasuk penyakit jantung dan barah.

“Saya berpendapat kesannya kurang berbanding era moden, tetapi perbezaannya tidak begitu jauh. Memang aneh apabila anda memikirkannya, apabila kita melihat begitu banyak pembakaran bahan api fosil dan pencemaran yang berlaku sejak revolusi industri,” katanya.

Beliau berkata, mumia yang dikajinya datang dari semua peringkat masyarakat Mesir. Sebilangan mereka adalah pekerja yang hidup kira-kira 1,800 tahun lalu di sebuah kawasan terpencil dikenali Oasis Dakhleh, manakala yang lain dari kelas atasan dan pendita.
“Setiap kelompok masyarakat mempunyai tahap pencemaran tersendiri dan ia tidak membabitkan hanya satu kumpulan sosial,” katanya.

Daily Mail menyatakan adalah dipercayai bahawa peningkatan industri dan pembakaran bahan api fosil menjadi punca peningkatan zarah tercemar di dalam udara.

Masyarakat Mesir purba hanya terbabit dalam industri kecil, tetapi penduduknya memasak, bekerja di sektor pembuatan barangan logam dan perlombongan, semua aktiviti yang boleh menjadi punca pencemaran udara.

Iklim Mesir yang panas dengan gurun dan ribut pasir, mungkin menjadi punca zarah tercemar naik ke udara sebelum dihidu penduduknya.

Dalam usaha untuk membuktikan sumber zarah terbabit, Montgomerie membakar beberapa sumber bahan api yang digunakan penduduk purba Mesir sebelum mengumpulkannya.

Beliau juga mengumpulkan pasir di kawasan arkeologi dan membandingkannya dengan zarah yang ditemui di dalam paru-paru.

Hasilnya, Montgomerie mendapati, penyakit paru-paru bukan saja masalah kesihatan yang dihadapi rakyat Mesir purba.

Awal bulan ini, satu siasatan ke atas 44 mumia, seorang daripadanya puteri yang meninggal dunia pada 1550 SM, mendedahkan bahawa mereka menghadapi masalah arteri menjadi keras, penyakit yang dikenali ‘atherosclerosis’. – Agensi
Berita Harian Online | Pencemaran udara sejak era Firaun

Israel roboh 103 kediaman Palestin



KELUARGA Badwi Palestin memeriksa harta benda selepas tentera Israel memusnahkan kediaman mereka di perkampungan Fasa'il di Lembah Jordan, Tebing Barat.
KELUARGA Badwi Palestin memeriksa harta benda selepas tentera Israel memusnahkan kediaman mereka di perkampungan Fasa'il di Lembah Jordan, Tebing Barat.

Badan hak asasi Yahudi dedah kemusnahan terbanyak tahun ini

TEL AVIV: Tentera Israel memperhebat pemusnahan kediaman Palestin di Tebing Barat tahun ini menyebabkan 700 orang kehilangan tempat tinggal.
Kumpulan hak asasi manusianya, B'Tselem dalam kenyataan berkata, tentera Israel memusnahkan 103 kediaman tahun ini membabitkan 700 penghuni.
Angka kemusnahan itu lebih tinggi berbanding pada 2010 apabila 86 kediaman dimusnahkan dengan rejim Zionis mendakwa hanya memusnahkan kediaman yang dibina tanpa permit.

B'Tselem berkata, penduduk Palestin tiada pilihan lain kerana Israel yang menguasai Tebing Barat jarang memberi kebenaran kepada penduduk Palestin membina rumah.

Selasa lalu, jentolak Israel memusnahkan beberapa kediaman Palestin di bandar al-Khalil (Hebron) di selatan Tebing Barat.

Israel menawan Tebing Barat bersama wilayah Palestin lain di al-Quds (Baitulmaqdis) pada 1967.
Selepas laporan itu disiarkan, pertubuhan Human Rights Watch menghubungi Tel Aviv bagi memintanya berhenti memusnahkan kediaman penduduk.

Perkembangan itu berlaku ketika Tel Aviv meneruskan pembinaan untuk kaum Yahudi selain memperhebat penempatan dan perluasan di kawasan dicerobohi.

“Pihak berkuasa Israel enggan memberi permit bina kediaman kepada penduduk Palestin, sebaliknya terus merobohnya dan memberi hak kepada pendatang Yahudi untuk membina sebelah rumah.

“Masyarakat antarabangsa patut mendesak Israel segera menamatkan tindakan diskriminasi itu.

Undang-undang penjajahan termasuk di Tebing Barat melarang tentera Israel memusnahkan hartanah awam Palestin serta memindahkan mereka
“Tentera Israel juga tidak menuntut tempat itu sebagai miliknya dan hanya memberitahu memerlukan faktor keselamatan,” katanya. – Agensi
Berita Harian Online | Israel roboh 103 kediaman Palestin

Tiada wang tetap sayang

NEW YORK: Kebanyakan wanita berkahwin kerana cinta dan bukannya wang, melainkan jika lelaki itu menganggur, menurut satu tinjauan baru.

Tiga daripada empat wanita berkata, mereka tidak akan berkahwin dengan penganggur dan 65 peratus berasakan tidak selesa mengikat tali perkahwinan jika mereka sendiri tidak bekerja.

Namun lebih 91 peratus wanita bujang berkata, mereka akan berkahwin kerana cinta berbanding wang.
“Ironi jika wanita lebih menitikberatkan cinta berbanding wang, namun mereka tidak berkahwin jika mereka atau bakal suami tidak bekerja,” kata Meghan Casserly, dari ForbesWoman yang menjalankan tinjauan dengan laman web YourTango.com.

Malah, katanya, 77 peratus wanita percaya mereka boleh mendapat kedua-duanya, satu hubungan yang memuaskan dan kehidupan berkeluarga, di samping kerjaya yang berkembang.

Namun 63 peratus wanita berkata, mereka bekerja 40-59 jam dan 62 peratus wanita dalam satu perhubungan berkata, mereka hanya menghabiskan tiga jam atau kurang bersama pasangan ketika minggu bekerja.

“Kerjaya benar-benar membawa kedudukan nombor satu buat wanita bekerja,” kata Casserly. “Agak ironi wanita ini percaya mereka boleh memiliki segala-galanya. Bagaimana? Bila?”
Dua daripada lima wanita dalam satu hubungan berkata, kerjaya memaksa mereka berjaga pada waktu malam, menurut tinjauan ke atas 625 wanita. – Reuters
Berita Harian Online | Tiada wang tetap sayang

Penggodam aktif di seluruh dunia




Tony Blair
Tony Blair

Bekas PM Britain, NATO mangsa ceroboh terbaru

LONDON: Penggodam komputer berjaya menceroboh dan menyiarkan butir-butir peribadi bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair selepas mendedahkan nombor insurans pemimpin itu di internet.
Fail yang digodam mengandungi nama, alamat dan nombor telefon kenalan Blair dan disiarkan pada laman Twitter sejak Jumaat lalu, lapor akhbar The Telegraph, semalam.
Pengguna siber boleh melihat data itu pada web Pastebin yang disiarkan oleh Twitter menggunakan akaun ‘TeaMp0isoN’ bersama mesej ‘Tony Blair should be locked up, he is a war criminal’ (Tony Blair patut dipenjara, beliau penjenayah perang).

Web pastebin.com itu membenarkan pengguna memuat naik teks. Antara kenalan Blair dalam fail itu termasuk Lord dan Lady Irvine; ahli Parlimen Parti Buruh, Denis MacShane dan butir-butir peribadi keluarga Blair dan Booth - nama keluarga isteri bekas pemimpin itu, Cherie, selain nombor telefon doktor gigi.

Laman web PCmag.com melaporkan, satu anggota pasukan penggodam menggunakan nama ‘Trick’ daripada ‘Team Poison’ memiliki data Blair selama setahun sebelum menyiarkannya.

Mereka juga merancang menyiarkan data peribadi penasihat Blair termasuk ahli perundangan yang menyokong perang Iraq.
Penyiaran data itu disusuli amaran majalah pelancongan, Travelodge lepada pelanggan bahawa butir-butir peribadi mereka mungkin dicuri penggodam daripada pangkalan datanya.

Bulan ini, penggodam menyiarkan di internet nama, tarikh lahit, alamat, emel, nombor telefon dan kata kunci mereka yang menyertai pertandingan anjuran Sony.

Sebuah kumpulan penggodam LulzSec, berkata ia bertanggungjawab menceroboh sistem syarikat itu. Penggodam juga menceroboh laman web syarikat Citigroup dan Senat Amerika Syarikat.

Pegawai berkata, penggodam mencuri AS$2.7 juta (RM8.1 juta) daripada pelanggan Citigroup selepas pencerobohan berlaku bulan lalu.

Terbaru, penggodam menceroboh laman web agensi perangkaan Brazil, IBGE yang lumpuh lima jam selepas serangan berlaku.

Dalam serangan itu, penggodam menggantikan laman utamanya dengan gambar mata dan bendera kebangsaan Brazil.

Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) juga melaporkan laman webnya digodam tetapi menekankan ia tidak mengandungi sebarang data sulit. – Agensi
Berita Harian Online | Penggodam aktif di seluruh dunia

Maut tertembak kepala


TRAGEDI... ahli keluarga dan penduduk setempat mengusung jenazah Basri untuk dikebumikan, semalam.
TRAGEDI... ahli keluarga dan penduduk setempat mengusung jenazah Basri untuk dikebumikan, semalam.


SUNGAI SIPUT: Ngeri apabila seorang lelaki bujang yang sedang leka membersihkan muncung senapangnya, tertembak kepala sendiri menyebabkan peluru menembusi dahi hingga ke otak mangsa.
Kejadian itu berlaku ketika mangsa, Basri Din, 50, mencuci senapang angin buatan sendiri di belakang dapur rumahnya di 66 A Felda Lasah, Lintang, di sini.

Mangsa yang bertarung nyawa lebih tiga jam menerima rawatan kecemasan bagaimanapun menghembus nafas terakhir di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh, kira-kira jam 6 petang, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintendan Azman Salim, berkata kejadian dipercayai berlaku apabila mangsa yang tinggal bersama kedua ibu bapa serta adik beradik lain di rumah itu tertembak diri sendiri ketika membersihkan senapang angin, kira-kira jam 2.30 petang.


“Sebelum kejadian, mangsa berseorangan di beranda dapur belakang rumah dan sibuk membersihkan senapang buatan sendiri. Ibu bapa dan adik beradiknya yang lain berada di dalam rumah menonton televisyen.

“Tiba-tiba seorang daripada ahli keluarga mangsa terdengar letupan kuat dari belakang rumah dan menyangkakan bunyi itu berpunca daripada tayar motosikal yang meletup,” katanya.

Bagaimanapun, seorang daripada adik mangsa yang menjenguk ke bahagian belakang rumah mendapati abangnya sudah terbaring berlumuran darah.

Azman berkata, mangsa dikejarkan ke HRPB untuk menerima rawatan dan akhirnya meninggal dunia.

“Bedah siasat mendapati mangsa mengalami pendarahan serius di kepala selepas tembakan senapang itu yang mengenai kening kanan sebelum pelurunya melekat ke bahagian otak lelaki itu.

“Siasatan awal juga mendapati, mangsa dipercayai gemar berburu dan tidak mempunyai lesen senjata api sehingga dia bertindak mereka sendiri senapang berkenaan," katanya.

Menurutnya, ada kemungkinan mangsa tertekan picu senapang itu ketika membersihkannya sebelum tertembak diri sendiri.

"Senapang angin itu sudah diambil untuk tindakan lanjut oleh pegawai penyiasat Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Siput. Polis mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut," katanya.

Sementara itu, keluarga mangsa yang ditemui di tanah perkuburan Islam Felda Lasah enggan memberikan sebarang ulasan berhubung kejadian itu selepas mangsa selamat disemadikan pagi semalam.
myMetroMaut tertembak kepala

Tiga sekeluarga rentung


KAWAL... anggota bomba dan penyelamat memadam api yang marak di sebuah rumah yang mengorbankan tiga nyawa pagi semalam.
KAWAL... anggota bomba dan penyelamat memadam api yang marak di sebuah rumah yang mengorbankan tiga nyawa pagi semalam.


KUCHING: Menyayat hati apabila seorang nenek ditemui rentung dalam keadaan mencangkung sambil memeluk cucunya dalam bilik tidur utama selepas kediaman mereka musnah dalam kebakaran di Taman Heng Guan, Jalan Matang, awal pagi semalam.
Kejadian berlaku ketika Chin Yok Hui, 42, tidur dalam bilik bersama Wong Kok Liong, cucu lelaki berusia dua bulan, terjaga selepas terasa bahang panas disusuli bau asap, jam 4.45 pagi.

Selain mereka, turut rentung dalam kejadian itu adalah seorang lagi anak perempuan Chin, Liau Jee Khim, 18, selepas ketiga-tiga mangsa malang itu gagal membuka jeriji besi bagi menyelamatkan diri berikutan api marak dengan cepat.

Liau ditemui rentung dalam tandas bilik utama banglo terbabit, dalam kebakaran yang dipercayai berpunca daripada api dinyalakan di tempat sembahyang yang diletakkan di ruang tamu rumah terbabit.


Jiran mangsa, Radiah Aznie berusia 40-an, berkata dia terdengar bunyi bising dari luar rumah dan menyangka berlaku pergaduhan namun terkejut apabila diberitahu anak perempuannya ternampak kepulan asap dan api keluar dari kediaman mangsa.

“Saya terus bergegas keluar kerana mengetahui ada penghuni dalam rumah berkenaan dan ketika itu, saya ternampak api sudah marak di bahagian hadapan rumah terbabit, diikuti letupan kuat beberapa kali.

“Pada masa sama, saya mendengar jeritan seorang wanita meminta tolong. Saya bersama jiran lain menyuruh mereka keluar melalui pintu belakang namun hanya beberapa minit suara jeritan itu terus tenggelam,” katanya.

Api marak dan merebak dengan cepat ke bahagian rumah lain, selain pagar kediaman terbabit berkunci menyukarkan Radiah serta jiran membantu mangsa.

“Kami tidak mampu berbuat apa-apa dan hanya berdoa semoga penghuni berkenaan berjaya menyelamatkan diri. Pada masa sama, saya sebelum itu menghubungi bomba bagi meminta bantuan,” katanya.

Kata Radiah, disebabkan mangsa kurang bergaul dengan jiran lain, orang ramai berada dalam kebingungan kerana tidak mengetahui bilangan penghuni dalam rumah terbabit.

“Apa yang saya tahu, isteri tuan rumah terbabit baru melahirkan seorang bayi dua bulan lalu, selain sering melihat kehadiran beberapa kanak-kanak lain,” katanya.

Difahamkan, banglo terbabit disewa seorang kontraktor berasal dari Bintangor sejak dua tahun lalu dan ketika kejadian, dia bersama isteri serta anak perempuan berusia enam tahun berada di Miri atas urusan perniagaan.

Kejadian itu menyebabkan kereta Proton Savy, Lexus, Toyota Alphard serta beberapa buah motosikal turut musnah.

Sementara itu, Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, Abdul Fathul Muen berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan orang ramai kira-kira jam 5 pagi sebelum jentera pertama dari Balai Bomba Petra Jaya tiba di tempat kejadian enam minit kemudian.

“Jentera kedua dari Balai Bomba Padungan tiba 10 minit kemudian dan anggota mengambil masa kira-kira setengah jam untuk mengawal kebakaran. Api berjaya dipadamkan sepenuhnya sejam kemudian,” katanya.

Beliau berkata, ketika usaha mencari dan menyelamat dilakukan, pihaknya menemui seorang wanita dan bayi lelaki dalam keadaan berpelukan dalam sebuah bilik tidur bahagian belakang banglo terbabit manakala seorang lagi dalam tandas.

“Kita percaya mangsa cuba menyelamatkan diri namun gagal berbuat demikian kerana semua tingkap dan pintu dipasang jeriji dengan anggota bomba sendiri terpaksa menggunakan gergaji bagi memasuki rumah berkenaan.

“Kami masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian dan jumlah kerugian. Mayat ketiga-tiga mangsa dihantar ke Hospital Umum Sarawak untuk bedah siasat,” katanya.
myMetroTiga sekeluarga rentung

Pikat 1,600 jadi ahli


BONGKAR... Ayish dedahkan kehidupan songsangnya.
BONGKAR... Ayish dedahkan kehidupan songsangnya.


KUALA LUMPUR: Merisaukan apabila satu laman web pengkid mampu menarik lebih 1,600 ahli dari seluruh negara dengan segelintir daripadanya secara terang-terangan mendakwa gemar menjalin hubungan sejenis, seolah-olah menggambarkan kegiatan itu semakin berleluasa sejak kebelakangan ini.
Golongan songsang ini tanpa segan silu memaparkan nama dan nombor telefon bimbit masing-masing dalam laman web berkenaan supaya mudah dihubungi mereka yang berminat.

Tidak cukup dengan itu, ada antara mereka sanggup mengajak pasangan yang baru dikenali daripada laman web berkenaan untuk mengadakan seks rambang dengan rakan mereka.

Pemerhatian Metro Ahad mendapati kebanyakan gadis yang menyertai laman cari teman berkenaan terdiri daripada lingkungan umur 19 hingga 30 tahun.


Profil kebanyakan gadis terbabit menunjukkan mereka berpelajaran tinggi, menuntut di universiti terkenal tempatan dan ada juga yang bekerja serta mempunyai jawatan bertaraf eksekutif di beberapa syarikat besar.

Hasil pemerhatian itu juga mendapati, kelompok songsang ini menjadikan laman web berkenaan sebagai tempat untuk meluahkan perasaan selain membuka ruang untuk ahli baru mendaftarkan diri.

Wartawan yang melakukan penyamaran turut mendaftarkan diri dalam laman web berkenaan. Malah, siasatan yang dilakukan berjaya membawa wartawan bertemu dua gadis yang mengaku pengkid dan lesbian.

Gadis yang ditemui mengaku laman web berkenaan menjadi tumpuan golongan bernafsu songsang mencari kenalan dan bertukar-tukar pasangan. Selain itu, tidak kurang juga yang cuba mencari ‘cinta sejati’ daripada kaum sejenis.

Malah, selain portal berkenaan, mereka turut menyertai pelbagai ‘kelab’ lesbian dan pengkid di alam siber itu. Pemerhatian wartawan turut mendapati pasangan lesbian mahupun pengkid lebih mesra, penyayang dan saling mengambil berat antara satu sama lain.

Ikuti kisah gadis pengkid dan lesbian ini menerusi penyamaran yang dilakukan wartawan.


> AYISH, 23:

MENURUT Ayish, dia mula menyertai laman web berkenaan sejak tujuh bulan lalu bagi memudahkannya berjumpa dan berkenalan dengan kaum sejenis.

“Sejak menyertai laman web berkenaan, saya sudah berjumpa dengan 10 gadis yang masing-masing meminati pengkid. Malah, ada antaranya pernah menjadi teman wanita dan tidak kurang juga ‘skandal’.

“Jika di luar sana, pasti sukar untuk mendekati gadis. Lagipun, nanti orang pandang serong pula. Tetapi dengan laman web berkenaan, semuanya secara terbuka dan mereka yang menyertainya mempunyai minat yang sama,” katanya.

Menjelaskan mengapa dia beralih arah kepada pengkid dan meminati kaum sejenis, Ayish berkata, dia mencari cinta sejati daripada mereka yang sudi memberinya.

Ini kerana dia ditinggalkan teman lelakinya yang bernafsu songsang hingga mula berpaling kepada wanita gara-gara ‘patah hati’ dengan lelaki.

“Saya mula mengubah perwatakan sejak di bangku sekolah lagi. Waktu itu, saya mempunyai seorang teman lelaki. Selepas bertahun-tahun bercinta, akhirnya dia mengakui dirinya gay dan lebih meminati kaum lelaki. Kerana kecewa dengan kenyataan itu, saya mula membenci lelaki. Sejak itu, saya cuba membalas perbuatannya dan lama kelamaan, perasaan saya semakin menebal terhadap kaum sejenis.

“Sejak itu juga, saya mula menukar penampilan seperti lelaki, memakai bengkung, memotong rambut dan mencari gadis yang sudi berkenalan serta memadu kasih. Selama menjadi pengkid, saya mempunyai ramai teman wanita dan kebanyakannya dicari menerusi laman web sama,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, semuanya tidak bertahan apabila hubungan mereka sering putus di tengah jalan.

“Sebab itu, saya mahukan seorang gadis yang betul-betul boleh mengisi kekosongan dalam hati ini. Saya mahu gadis yang benar-benar mencintai saya. Saya juga tidak pasti sampai bilakah saya akan jadi seperti ini. Kerana lelaki, saya yang merana. Kalau nak diikutkan, saya memang mahu berubah.

“Begitupun, saya hanya akan berubah jika teman lelaki saya yang dulu berubah. Selagi dia tidak ke pangkal jalan dan mengenepikan nafsunya, saya juga tidak akan melakukan perkara sama,” katanya.

> SHIMA, 26:

BAGI Shima, dia lebih gemar menjadi lesbian kerana tidak perlu menukar penampilan seperti seorang lelaki selain dapat memadu kasih dengan kaum sejenis ataupun lelaki.

Menurutnya, dia mula terbabit dengan kegiatan songsang itu ketika masih menuntut di bangku sekolah.

Ini kerana, katanya, bercinta dengan gadis lebih menyeronokkan berbanding lelaki.

“Kebanyakan kenalan yang saya temui bermula daripada laman web berkenaan. Sejak menyertainya tiga tahun lalu, saya mempunyai ramai kenalan lesbian dan pengkid.

“Bagaimanapun, saya lebih gemarkan wanita yang berperwatakan ayu dan manja. Saya tidak berapa meminati pengkid kerana mereka lebih cenderung meniru gaya kaum lelaki.

“Bagi saya, seorang wanita lebih mengambil berat, penyayang dan memahami hati serta perasaan saya. Sebab itu, saya rasa bahagia setiap kali bersama dengan wanita yang saya sukai,” katanya.

Menurut Shima, dia pernah mempunyai teman lelaki dan pada masa sama mempunyai kawan rapat yang juga seorang gadis.

Ketika sedang hangat bercinta, katanya, dia sering kecewa dengan layanan teman lelaki namun si gadis pula lebih banyak membantu ketika dalam kesusahan.

“Diam-diam, kami mula menjadi akrab dan kemudian menaruh perasaan terhadap satu sama lain. Sejak itu, saya mula gemar menjalinkan hubungan dengan kaum sejenis. Tidak ada lelaki yang dapat memahami perasaan wanita. Kami mahukan belaian yang lembut dan romantik tetapi kebanyakan lelaki lebih kasar dan sentiasa mengambil ringan mengenai sesuatu perkara.

“Lagipun, jika saya menjadi lesbian, saya boleh merasa ‘nikmat’ bersama gadis lesbian atau pengkid. Malah, saya juga boleh mempunyai teman lelaki.

“Terus terang, laman web seperti ini memberi peluang kepada golongan seperti kami berjumpa antara satu sama lain dan berkenalan. Malah, sepanjang tiga tahun mengikuti laman web berkenaan, saya sudah menemui ramai kenalan lesbian dan ada antaranya pernah menjadi kekasih,” katanya.

Bagi Shima, tidak salah menjadi pengkid dan lesbian kerana ia membabitkan perasaan dan hati seseorang itu.

“Lagipun, jangan pandang golongan seperti kami ini sebelah mata. Rata-ratanya, lesbian dan pengkid mempunyai pendidikan tinggi dan kerjaya yang hebat.

“Mungkin juga disebabkan perkara ini, saya lebih cenderung memilih wanita sebagai teman kerana tidak mahu menerima pelbagai tekanan lain. Buat buat masa ini saya lebih gemar bersama ‘teman wanita’ berbanding lelaki. Tengoklah nanti jika saya bertemu dengan lelaki yang benar-benar memahami hati dan perasaan saya, baru saya akan berubah kembali,” katanya.
myMetroPikat 1,600 jadi ahli

Kurang ajar ketika solat

KUALA LUMPUR: Kecetekan ilmu dalam bidang agama menyebabkan ramai di kalangan umat Islam bersikap kurang ajar ketika melakukan solat berjemaah dan tidak lagi tahu menghormati kesucian masjid.Penceramah bebas dan perunding motivasi, Che Nordin Che Ibrahim berkata, ini disebabkan mereka tidak menggunakan rumah ibadat itu untuk beribadah sepenuhnya, sebaliknya untuk bersembang dan mengganggu jemaah lain.
Antara tabiat buruk sesetengah jemaah ialah bersembang dengan kuat ketika imam membacakan khutbahmeninggikan suara ketika dalam solatlalu di depan orang yang sedang bersolat, selain tidak menghabiskan solat dengan doa.“Kita melihat perkara ini sebagai isu yang kebanyakannya tidak disedari masyarakat masa kini sedangkan jika diteliti, ia membuktikan ramai antara kita sebenarnya cetek didikan agama dan kurang ajar.
“Paling nyata, kita boleh lihat ada kalangan jemaah ini kurang ajar dengan meninggikan suara ketika solat berjemaah selain berbual sewaktu imam sedang berkhutbah, sekali gus mencerminkan betapa teruknya sikap masyarakat pada hari ini,” katanya ketika ditemui selepas Bengkel Pengukuhan solat yang diadakan di Masjid Al-Ghufran, di sini, semalam.
Program itu anjuran Human Capital Development Services (HCDS) Menurut Che Nordin, walaupun isu terbabit nampak kecil, namun satu perkara yang perlu diberi perhatian oleh umat Islam.“Memang jika dilihat ia macam isu kecil, tetapi apa yang saya hendak tekankan di sini adalah, apabila perbuatan itu dilakukan maka ia mensia-siakan saja solat yang dilakukan dan boleh mengganggu solat orang lain,” katanya.Bengkel Pengukuhan Solat anjuran HCDS itu bertujuan memperkasa dan memantapkan lagi ibadat solat sekali gus mendidik peserta mengenai adab untuk melakukan solat, termasuk solat jemaah di masjid.Dalam program dihadiri 100 peserta, termasuk dua dari Singapura itu, mereka diajar cara tertib bagi melaksanakan solat dan solat dari aspek kesihatan tubuh badan.myMetroKurang ajar ketika solat

Anak Netanyahu hina Islam, Arab dalam Facebook

BAITULMAQDIS: Anak lelaki Perdana Menteri Israel - kini bertugas sebagai jurucakap tentera Zionis - mengirim komen menghina Arab dan Islam dalam Facebook, lapor media semalam.

Dalam laman sesawang sosial itu, Yair Netanyahu, 19, berkata kononnya keganasan memiliki agama dan ia adalah Islam.

Haaretz melaporkan, kenyataan pada awal tahun ini dibuat Yair bagi mengulas kematian lima penduduk Israel yang ditikam penyerang Palestin.

Kata Yai, orang Islam memang “meraikan kebencian dan kematian.”

Dia juga berharap negara Palestin tidak wujud.


Komen itu kemudian mendapat kritikan daripada warga Palestin walaupun semakan mendapati, ia dibuang kira-kira dua jam kemudian.

Jurucakap Palestin, Husam Zomlot, berkata pandangan Yair itu sama seperti pendirian bapanya, Benjamin Netanyahu.

“Apa yang ditulisnya itu adalah kesan pendidikan bapanya.

“Itulah yang dihasilkan Netanyahu pada keluarga dan masyarakatnya,” katanya. - AP

myMetroAnak Netanyahu hina Islam, Arab dalam Facebook

Afghanistan padat rasuah



WASHINGTON: Menjelang pengunduran tentera AS dari Afghanistan, kajian menunjukkan, tidak banyak dilakukan pihak yang berkenaan bagi menamatkan amalan rasuah di negara itu.Laporan agensi International Crisis Group (ICG) menunjukkan, amalan rasuah memang diterima sebagai sebahagian daripada cara hidup di Afghanistan.
Amalan itu turut membabitkan hubungan di antara pegawai peringkat tertinggi kerajaan dengan kumpulan Taliban.Disediakan dalam 46 halaman, laporan ICG itu menyatakan, puluhan bilion ringgit bantuan antarabangsa memberi kekayaan bukan saja kepada pegawai kerajaan, malah pemberontak.
“Hasilnya, ekonomi Afghanistan terus didomimasi ahli perniagaan yang mempunyai hubungan baik dengan ahli politik tertentu,” kata laporan itu.
Pendedahan iu dibuat seminggu selepas Presiden AS, Barack Obama, menimbulkan kejayaan tentera negara itu di Afghanistan.Kata Obama, AS akan menarik balik 10,000 tentera dari Afghanistan tahun ini dan 23,000 lagi menjelang hujung musim panas depan.Bagaimanapun, Obama langsung tidak menyentuh isu rasuah dalam kenyataannya itu.Antara contoh dikemukakan ICG dalam laporan itu termasuk upah yang dibayar kepada Taliban bagi membolehkan lori buah melalui kawasan pinggir Kabul.
Gabenor wilayah juga sering menghantar anggota bersenjata menghalau pekerja jika majikan mereka gagal membayar wang perlindungan.
Bekalan gandum yang disediakan PBB juga tidak sampai kepada orang awam, sebaliknya mereka terpaksa membeli di pasaran gelap. Laporan lengkap ICG itu dijangka diterbitkan minggu depan. - APmyMetroAfghanistan padat rasuah

Sebelah wajah budak lelaki penuh bulu



AN QI, dari Dehui, Wilayah Jilin dilahirkan dengan sebelah wajahnya dipenuhi bulu.


DEHUI, China - Seorang budak lelaki membuatkan doktor-doktor bingung kerana sebelah wajahnya yang dipenuhi bulu, lapor sebuah akhbar semalam.

Sebelah wajah An Qi, 8, ditumbuhi bulu sejak dia dilahirkan tetapi bulu pada wajahnya itu semakin panjang apabila umurnya meningkat.

An Qi yang menetap di sini, Wilayah Jilin berkata, dia sedih mengenangkan keadaan dirinya yang kerap menjadi mangsa ejekan rakan-rakan sekelas.

Ayahnya, An Fenglin, meninggal dunia ketika An Qi berusia empat tahun manakala ibunya, Fan Chunfeng pula diserang sakit mental.

Dia kini tinggal bersama datuk dan neneknya.

Namun, nasib kanak-kanak malang itu bakal berubah tidak lama lagi selepas sebuah hospital tempatan menawarkan pembedahan percuma untuk membuang rambut lebat yang memenuhi sebelah wajahnya. - Agensi

Kosmo! Online - Dunia

Penderaan polis, tentera berleluasa di Indonesia

JAKARTA - Penderaan fizikal terhadap orang awam oleh anggota polis dan tentera masih berleluasa di Indonesia dengan ramai mangsa takut untuk membuat aduan, kata sebuah pertubuhan hak asasi manusia semalam.

"Sejak Julai 2010 hingga Jun tahun ini, kami mendapati tujuh kes penderaan melibatkan tentera dan 23 kes lagi dilakukan anggota polis," kata penyelidik Suruhanjaya Mangsa Keganasan dan Kehilangan Manusia (Kontras), Papang Hidayat.

Pada Januari lalu, mahkamah tentera Indonesia memenjarakan tiga anggota tentera hingga 10 bulan kerana melakukan penderaan selepas satu klip video menunjukkan mereka menyeksa orang awam di wilayah Papua.

Dalam klip video berkenaan yang disiarkan di YouTube, askar-askar terbabit dilihat mencucuh kayu terbakar pada kemaluan seorang lelaki tidak bersenjata dan mengugut rakannya dengan menggunakan pisau ketika mereka disoal siasat mengenai lokasi tempat simpanan senjata. - AFP

Kosmo! Online - Dunia

Wanita ada 'radar gay



KEINGINAN wanita mencari pasangan memberikannya naluri untuk mengecam kecenderungan seks lelaki.


TORONTO, Kanada - Sekiranya seorang wanita berkata, dia boleh mengecam lelaki gay dengan hanya memandangnya, dakwaan tersebut sememangnya benar, lapor sebuah akhbar semalam.

Sekumpulan saintis University Toronto, Kanada menyatakan, wanita memiliki naluri yang berfungsi seperti 'radar gay' untuk membantu mereka mengecam lelaki homoseks dengan hanya memandang wajahnya.

Kebolehan tersebut, kata mereka, paling kuat apabila wanita berada dalam fasa subur dan teruja untuk melakukan hubungan intim.

Penemuan unik itu berdasarkan tiga eksperimen melibatkan 40 wanita yang mana mereka diberikan gambar 80 lelaki mengandungi ekspresi wajah yang sama.

Para penyelidik seterusnya mendapati mereka dapat mengecam lelaki gay dan bukan gay dalam gambar-gambar itu.

Ketua kajian berkenaan, Profesor Nicholas Rule berkata, kebolehan semula jadi wanita dalam kajian itu didorong keinginan mereka untuk mencari pasangan dan memiliki anak.

"Namun, naluri wanita tidak ketara apabila dia diminta untuk mengecam kecenderungan seks wanita lain," katanya. - Agensi

Kosmo! Online - Dunia

AS komited bantu Filipina dalam isu Spratly

GAMBAR dirakam Agensi Berita Vietnam yang disiarkan pada 14 Jun 2011 menunjukkan Pulau Phan Vinh yang dituntut Vietnam di Kepulauan Spratly. - AFP


WASHINGTON - Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Hillary Rodham Clinton menegaskan bahawa AS komited terhadap pertahanan Filipina dan akan membekalkan negara berkenaan dengan persenjataan yang mampu ia miliki.

Kenyataan pada Khamis lepas itu dibuat Clinton susulan ketegangan di Laut China Selatan yang kian memuncak terutamanya melibatkan tuntutan bertindih ke atas Kepulauan Spratly.

Kawasan tersebut yang kaya dengan hasil minyak dan gas dituntut oleh Filipina, China, Taiwan, Vietnam, Brunei dan Malaysia.

Setiausaha Negara AS berkenaan bagaimanapun enggan mengulas ketika ditanya sama ada AS akan membantu Filipina jika berlaku serangan oleh China ke atas tentera negara itu berhampiran Kepulauan Spratly.

Beliau sebaliknya memberitahu, AS akan menghormati perjanjian pertahanan dengan sekutunya di Asia Tenggara itu.

"Saya tidak mahu membincangkan perkara berbentuk andaian tetapi saya mahu menegaskan komitmen kami (AS) terhadap pertahanan Filipina," kata Clinton pada satu sidang media di sini Khamis lepas selepas pertemuannya dengan Menteri Luar Filipina, Albert del Rosario.

Pada pertemuan tersebut, Rosario memaklumkan kepada Clinton bahawa China melakukan sembilan pencerobohan di perairan Spratly yang dituntut oleh Filipina sejak 25 Februari lalu.

Situasi berhubung tuntutan ke atas Kepulauan Spratly bertambah tegang selepas Vietnam turut terbabit dalam pertikaian diplomatik dengan China berhubung dua insiden di Laut China Selatan baru-baru ini.

Pada tahun 1988, beberapa pertempuran membabitkan tuntutan keatas Kepulauan Spratly antara China dan Vietnam telah meragut nyawa lebih 70 kelasi Vietnam. - Agensi

Kosmo! Online - Dunia

Kisah benar azab Allah kerana menari di atas al-Quran di malam tahun baru

gambar hiasan
[Tulahan] Kebiasaan penulis tunaikan solat Jumaat di sebuah dewan berhampiran rumah. Memandangkan anak-anak masih cuti sekolah, penulis ambil peluang bersolat di masjid yang agak jauh dengan rumah. Sampai di masjid, seorang penceramah berbangsa Arab sedang menyampaikan ceramah menggunakan bahasa Inggeris. Biasalah di negara orang putih, guna bahasa Inggeris.

Menjelang tahun baru 2011 , maka penceramah menyentuh isu tahun baru. Beliau memperingatkan jemaah solat Jumaat yang hadir supaya tidak melakukan perkara-perkara yang dilarang Allah kerana menyambut tahun baru.

Penceramah mengambil kisah Nabi Daud dan kisah azab Allah ke atas bani Israel yang melanggar larangan Allah menangkap ikan pada hari Sabtu.Penulis tidak akan menceritakan kisah azab Allah ke atas bani Israel sebab ramai yang tahu kisah ini. Penulis akan ceritakan kembali kisah benar yang diceritakan oleh penceramah sebelum beliau menutup ceramahnya.

Penceramah berkata, seorang komando tentera Turki beragama Islam memceritakan kepadanya satu peristiwa yang dialami pada tahun 1999 semasa malam menyambut tahun baru. Pada masa itu, mereka berada di suatu tempat untuk latihan ketenteraan. Pada malam berkenaan, seorang jeneral beragama Islam telah membawa penari perempuan untuk membuat persembahan kepada tentera yang membuat latihan sebagai hiburan menyambut tahun baru.

Terdapat tentera Islam termasuk komando berkenaan tidak bersetuju dengan tindakan jeneral berkenaan dan memberi amaran tentang azab Allah. Komando berkenaan berkata kepada jeneral berkenaan lebih baik mati menentang Israel daripada mati ditimpa azab Allah kerana melakukan perkara maksiat.

Jeneral berkenaan angkuh memandangkan beliau adalah ketua dan berkuasa. Beliau mempersendakan tentera Islam yang membantah malah lebih teruk lagi beliau telah mengambil al-Quran lalu meletakkannya ke lantai.

Jeneral itu kemudiannya, menyuruh penari perempuan menari di atas al-Quran berkenaan. Semasa penari berkenaan memijak dan menari di atas al Quran, komando itu menyatakan terasa ketakutan yang amat sangat akan berlaku azab Allah di kalangan tentera yang membantah.

Perasaan takut itu menyebabkan mereka melarikan diri dari tempat berkenaan. Semasa mereka melarikan diri terdengar satu letupan yang amat kuat dari tempat maksiat berkenaan.

Apabila memandang ke tempat berkenaan , sungguh mengejutkan mereka tempat itu sudah tengelam ke bawah dan membentuk kawasan seperti kolam. Seramai 37 orang telah lenyap tengelam sekelip mata.

Tidak lama selepas kejadian , pasukan tentera penyelam telah datang untuk mengambil mayat di dalam kolam berkenaan.

Amat mengejutkan lagi, apabila pasukan penyelam berkenaan menceritakan semasa mereka menyelam ke dalam kolam berkenaan. Kesemua mayat berkenaan sudah bertukar wajah menjadi wajah monyet dan babi.

Inilah yang kisah benar yang diceritakan penceramah berkenaan. Cumanya, beliau tidak memberitahu di manakah tempat berkenaan.

Anggaplah kisah benar ini sebagai peringatan kepada kita umat Islam supaya tidak melakukan perkara yang dilarang Allah, perkara yang boleh mendatangkan kemurkaan Allah.

Wassalam


Baca Seterusnya: http://meeudangpenang.blogspot.com/2011/04/kisah-benar-azab-allah-kerana-menari-di.html#ixzz1QIzkINrI
Kisah benar azab Allah kerana menari di atas al-Quran di malam tahun baru | RESTORAN MEE UDANG D' TANJUNG

Kelebihan Berselawat

Pada suatu hari, Abul Laits As Samarqandi sedangdalam perjalanan bermusafirbersama-sama ayahnya. Tiba-tiba dengan takdir Allah, ayahnya jatuh sakit.Semakin hari sakit ayahnya semakin melarat sehingga meninggal dunia.Tinggallah Abul Laits sendirian untuk meneruskan perjalanannya. Diamenunggu-nunggu jika muncul rombongan kafilah untuk meminta pertolonganmenguruskan jenazah ayahnya itu.Ketika menunggu, dia terlihat jenazahayahnya bertukar menjadi hitam pekat. Dia tertanya-tanya mengapa wajahayahnyaberubah. Abul Lait kemudian tertidur kerana terlalu keletihan. Ketikaitulah dia bermimpi seorangpemuda yang bercahaya wajahnya."Siapakah saudara?" Tanya Abul Laits."Saya ialah Muhamad bin Abdullah."Mengertilah Abul Laits yang hadir dalam mimpinya itualah Rasulullah SAW. Hatinya sungguh gembira."Ya Rasulullah, apakahmaksuddan tujuan kedatangan tuan ini?" "Saya datang keranahendak menziarahi jenazah ayahandamu."Setelah diizinkan, Rasulullah pun membukakain yang menutupi mayat ayah Abul Laits.Baginda kemudian berdoa kepada Allah SWT.Ketika itu juga Abul Lait melihat wajah ayahnya yang gelap tadi telahbertukar menjadi bercahaya. "Wahai Rasulullah, apakah yangmenyebabkan wajah ayahku menjadi hitam?""Ayahmu semasa hidup telah berbuat dosadalam keadaan orang lain tidak mengetahuinya.Tetapi pada waktu malam ketika orang lainsedang nyenyak tidur, dia telah bangun danmerintih kepada Allah. Dia mengadu kepada Allahakan hal dirinya yang sering berbuat dosakerana tidak mampu melawan hawa nafsunya.Ayahmu juga sentiasa basah lidahnya denganberselawat untuk saya. Oleh sebab itu, pada hari kematiannya Allahmemerintahkan saya untuk menziarahi mayatnya."Begitulah kisah yang dapat dipaparkan buatkali ini. Manusia memang selalu berbuatkesalahan kerana tidak mampu melawan hawa nafsu.Namun begitu, apa yang penting ialah kesedaran dan keinsafan perlusentiasa ada dalam diri kita. Kemudian kitabersungguh-sungguh mengadu dan memohon keampunanterhadap dosa-dosa yang dilakukan. Semoga dengan rahmat Allah yangmaha luas itu,Allah SWT mengampunkan dosa-dosa kita.Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa orang yangsentiasa bertaubat daripada dosa samalah seperti orang yang tiadadosa.Namun begitu, bertaubat hendaklah dengansebenar-benarnya daripada hatiyang tidak ingin lagi mengulangi dosa-dosa yang pernah dilakukan.Iktibar daripada kisah ini juga menunjukkanbetapa besarnya fadilat berselawat.Terdapat banyak kelebihan berselawatantaranya Rasulullah SAW pernah bersabda: "Orangyang paling utama bagiku di hari kiamat ialahorang yang paling banyak berselawat untukku.Barangsiapa yang membaca selawat 100 kaliuntukku pada hari Jumaat, kelak pada harikiamat dia datang dengan wajah bersinar-sinar.Sekiranya sinar itu dibahagi-bahagikan kepadasemua makhluk, nescaya mencukupi."
Cerita Agama @ Nur Ad'din: Kelebihan Berselawat

KEAMPUNAN DENGAN MENJAWAP AZAN

Diriwayatkan Siti Zubaidah adalah seorang wanita bangsawan yang kaya, hobinya suka mendengar muzik. Dia memiliki pentasnya sendiri serta beberapa orang penyanyi yang menjadi penghiburnya.
Apa yang menjadi kelebihannya ialah apabila terdengar saja seruan Azan dia akan segera memerintahkan penyanyi dan pemuziknya itu berhenti untuk seketika bagi menghormati azan.
Setelah selesai dan menjawap azan barulah disambung semula, hanya Itulah amalan yang sentiasa dijaganya.
Setelah dia meninggal ramai dari kalangan orang-orang yang soleh Telah bermimpi bertemu dengannya; tanya mereka, "Ibadah apakah yang Menyebabkan Allah mengampunkan dosamu, adakah kerana kamu telah menggali sebuah Kolam air antara Makkah dan Madinah?"
Jawap Zubaidah, Allah mengampunkan dosaku dengan banyak mengucapkan syukur.
Sebenarnya aku tidak banyak beribadah kecuali satu semasa hayatku Dulu iaitu apabila terdengar saja Azan sedangkan waktu itu aku tengah berhibur dan mendengar nyanyian maka dengan serta merta aku menyuruh mereka memberhentikannya bagi menghormati seruan azan.
Itulah ibadah yang aku benar-benar menjaganya. Sebagai balasan , Allah berfirman, "Kamu dilarang menyeksanya, jika tidak kerana iman yang ada di dalam dadanya masakan ia mahu menyebutKu dalam keadaan leka"
Cerita Agama @ Nur Ad'din: KEAMPUNAN DENGAN MENJAWAP AZAN

Kisah Isteri Yang Taat

Diriwayatkan ada seorang wanita yang sudah bersuami. Pada suatu hari bapa si wanita ini sakit tenat. Si isteri meminta izin kepada suami untuk keluar menziarahi bapanya, namun tidak diizinkan. Si wanita memberitahu hal ini pada Rasulullah dan bertanyakan kepada Rasulullah adakah dia boleh pergi menziarahi bapanya yang sakit sedangkan suaminya tidak mengizinkan. Rasulullah menjawab tidak. Kemudian si wanita mendapat tahu bahawa bapanya sakit tenat, lantas dia meminta izin suaminya untuk menziarahi bapanya. Si suami tidak mengizinkannya keluar rumah. Si wanita bertanyakan lagi kepada Rasulullah. Jawapan Rasulullah masih sama..tidak boleh. Akhirnya si wanita diberitakan bahawa bapanya telahpun meninggal dunia dan dia meminta keizinan suaminya untuk ke majlis solat jenazah dan pengebumian bapanya. Juga si suami tidak mengizinkan. Si wanita bertanyakan kepada Rasulullah. Rasulullah juga menjawab dia tidak boleh keluar rumah selagi tidak mendapat keizinan suami.Keesokan harinya, Rasulullah menyampaikan pesanan kepada wanita itu, bahawa sesungguhnya Allah telah mengampunkan dosanya dan dosa bapanya diatas ketaatannya kepada suami. Yang perlu difikir:- Adakah mungkin dosa si wanita dan bapanya diampukan sekiranya bapanya sempat bertemu dengan si wanita ketika dia sakit tenat?:- Adakah mungkin dosa si wanita dan bapanya diampunkan sekiranya si wanita ada di sisi bapanya di saat menjelang ajal si bapa?:- Adakah mungkin dosa si wanita dan bapanya diampunkan sekiranya si wanita ada bersama di majlis pengebumian bapanya?Dosa si wanita dan bapanya diampunkan kerana taatnya si wanita mematuhi perintah suaminya. Namun harus diingat juga, perlu ada timbangrasa di kalangan suami. Bukan bermakna si isteri perlu duduk di rumah bagaikan dalam penjara. Perlu diizinkan isteri keluar andainya perlu.Yang perting dalam perhubungan suami isteri adalah kepercayaan. Kepercayaan mudah diperoleh, tetapi sekali ianya dirosakkan, amat sukar didapatkan semula.
Cerita Agama @ Nur Ad'din: Kisah Isteri Yang Taat

Kisah Malaikat Maut Menyamar

Ada seorang dari kalangan Bani Israil yang asyik menimbun harta yang banyak, semua diambil dan dikumpulnya. Dia membina satu istana yang lengkap dengan pengawal-pengawalnya dan semua ahli keluarganya dikumpul bersama. Pada suatu malam, dia duduk sambil mengangkat salah satu kakinya dan pembantunya sedang duduk bersila makan malam, manakala setelah pembantunya selesai makan, dia berkata : "Wahai diriku, berilah aku ketenangan, kerana aku sudah menyediakan semua keperluanmu". Belum lagi habis kata-katanya, tiba-tiba datang malaikat Maut menyamar seperti pengemis, membawa kantung kosong seperti peminta sedekah. Kemudian dia menggoyang-goyangkan pintu dengan kuatnya sehingga mengejutkan semua penghuni rumah termasuk raja yang sedang goyang kaki di atas kerusinya.Pengawal menemui tetamu tersebut dan bertanya : "Apa maksudmu ?" Tetamu menjawab : "Tolong panggilkan tuanmu". Lantas pengawal istana menjawab : "Raja kami tidak mahu menemui tetamu seperti engkau". "Siapa engkau ?"Kata malaikat Maut lagi : "Katakan kepada tuanmu, aku mahu berjumpa dengannya. Bagaimanapun saya mesti menemuinya". Kemudian pintu digoyangkan lagi, jauh lebih kuat dari yang pertama. Oleh yang demikian, pengawal istana melompat ke arah tetamu. Kemudian tetamu itu berkata lagi :"Beritahu kepada tuanmu bahawa saya adalah malaikat Maut"Mereka dalam ketakutan dan tuannya pucat sambil berkata :"Elok-eloklah jika kamu bercakap kepadanya (malaikat maut)" Lalu pengawal itu menanya nyawa siapakah yang mahu diambil. Kemudian malaikat Maut masuk ke bilik tuan tadi dan berkata :"Lakulah apa yang tuan mahu dengan harta tuan, yang jelas saya tidak akan keluar dari rumah ini sebelum nyawa tuan melayang"Raja itu melihat dan menghitung semua hartanya dan berkata kepada hartanya : "Semoga engkau dilaknat Allah SWT, engkaulah yang membuat aku sibuk sehingga tidak sempat beribadah kepada Allah. Engkaulah yang menghalang aku daripada mengabdikan diri kepada Allah" Kemudian dengan kuasa Allah, harta itu menjawab : "Mengapa tuan mencela aku ? Tuan telah menjadi raja dengan sebabku dan memperalatkanku, tuan dapat berkahwin dan bersenang-senang dengan wanita cantik kerana aku. Tuan sudah menjadi raja dengan sebab aku, bahkan tuan telah menggunakan aku ke jalan yang tidak baik, namun aku diam sahaja. Seandainya tuan memanfaatkan aku ke jalan yang baik, jelas tuan akan beruntung. Kita sama-sama dari tanah, boleh saja mendapat kebaikan utaupun dosa." Lalu malaikat Maut mencabut nyawa lelaki itu sehingga mati....
Cerita Agama @ Nur Ad'din: Kisah Malaikat Maut Menyamar

Kisah Luqman dengan tiga pelacur

KISAH Luqman yang bijaksana ada termaktub dalam surah al-Luqman dalam al-Quran. Pengarang kitab Al-Kasyaf menjelaskan, dia adalah Luqman bin Baa'ura'. Hidup selama 1000 tahun, sehingga berjumpa dengan Daud a.s belajar ilmu dan pengetahuan daripadanya. Ibnu Abbas berkata bahawa Luqman bukan Nabi, juga bukan Raja, namun seorang penggembala, berkulit hitam, yang kemudian diberi kurnia kemerdekaan dan ilmu pengetahuan.Diriwayatkan oleh Sai'id bin Amir, ia berkata: " Telah bercerita kepada kami, Abu Ja'far, 'Luqman Al-Habasy' adalah seorang budak milik seorang lelaki. Suatu ketika dia dibawa ke pasar untuk di jual kepada seorang lelaki yang hendak membelinya, Luqman berkata:"Apa yang akan kamu lakukan terhadap diriku (setelah kamu beli nanti)?" Jawab lelaki itu, "Kamu akan ku suruh melakukan ini dan itu." "Aku mohon kepadamu agar mengurungkan niatmu untuk membeliku!" pinta Luqman. Sikap ini selalu diperlihatkan oleh Luqman kepada para calon pembelinya hingga datanglah calon pembeli lainnya. "Apa yang hendak kamu lakukan terhadap diriku (setelah kamu membeliku nanti)?" kata Luqman. "Kamu akan kuberi tugas sebagai penjaga rumahku," jawab lelaki calon pembelinya itu. "Jika demikian, aku mahu kamu beli!" kata Luqman.Laki-laki tersebut kemudian membayar dan mengajak Luqman pulang ke rumahnya. Majikan Luqman mempunyai tiga orang anak gadis yang menjadi pelacur di desa itu. Pada suatu ketika majikannya ingin pergi ke kebunnya. Sebelum berangkat dia berpesan kepada Luqman: "Aku telah menyiapkan makanan dan semua keperluan mereka di dalam bilik. Sepeninggalanku, kuncilah pintu ini dan kamu harus berjaga di sini pula. Dan janganlah sekali-kali kamu membuka pintunya sebelum aku kembali ke rumah!"Sejenak kemudian ketiga-tiga puteri majikannya datang dan berkata kepada Luqman, "Bukalah pintu ini!" Kerana telah menerima pesan dari majikan dan diamanahi untuk tidak membuka pintu dan namanya amanah akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah kelak, maka Luqman pun menolak untuk membukanya. Akhirnya ketiga-tiga gadis itu marah dan mencederainya. Luqman kemudian membersihkan darah yang membasahi tubuhnya dan kembali berjaga di depan pintu. Ketika majikan pulang dia tetap merahsiakan perilaku ketiga puteri majikan terhadapnya.Pada hari berikutnya majikannya sekali pergi ke kebunnya. Sebagaimana sebelumnya dia berpesan kepada Luqman: "Aku telah menyiapkan makanan dan semua keperluan. Oleh kerana itu jangan membolehkan mereka membuka pintu ini!" Demikianlah, selepas pemergian ayahnya, ketiga puteri majikannya itu bergegas menemui Luqman dan berkata kepadanya: "Bukalah pintu ini!" Sementara itu Luqman masih tetap memegang amanah yang dibebankan kepadanya tetap tidak bersedia membukakanya sebagaimana pesan dari majikannya. Akan tetapi, ketiga gadis itu kembali menyerang dan melukai Luqman yang tetap duduk di tempatnya. Si majikan telah pulang ke rumah, Luqman sekali lagi tidak mahu menceritakan perihal perilaku ketiga puterinya.Melihat keteguhan hati Luqman, puteri tertua majikannya kemudian rasa simpatinya datang dan berkata: "Mengapa budak Habasyi ini lebih mengutamakan ketaatan kepada Allah S.W.T berbanding aku? Demi Allah, aku akan bertaubat!" Dan puteri sulung majikan Luqman itu pun bertaubat kepada Allah S.W.T. Si bungsu berkata, "Mengapa budak Habasyi dan kakak sulungku lebih mengutamakan taat kepada Allah S.W.T? Demi Allah, aku juga akan bertaubat." Demikianlah si bongsu akhirnya mengikuti jejak kakak sulung dan keduanya dengan bertaubat. Setelah mengetahui bahawa kakak mahupun adiknya telah bertaubat, puteri kedua majikannya berkata "Mengapa dua orang saudaraku dan budak Habasyi ini lebih mengutamakan taat kepada Allah S.W.T berbanding aku? Demi aku, aku akan bertaubat juga!" Akhirnya dia pun bertaubat.Setelah ketiga puterinya yang berkerja sebagai wanita penghibur itu bertaubat, maka rakan yang sama bekerja denganya di desa berkata,"Mengapa budak Habasyi dan ketiga gadis itu lebih mengutamakan taat kepada Allah S.W.T berbanding kami?" Hal tersebut mendorong mereka untuk bertaubat sebagaimana ketiga-tiga rakannya sehingga jadilah mereka sebagai orang yang beribadat di desa itu.Demikianlah bahawa hidayah datangnya bukan lewat, dakwah berupa ucapan tapi juga tindakan, atau amalan yang ditunjukkan oleh Luqman al-Hakim dalam memegang teguh amanah yang sudah menjadi tugasnya. Sehingga fitrah seorang manusia untuk selalu beribadah kepadaNya menjadi terpukul tatkala melihat seorang yang mampu menjalankan ibadah itu dengan baik.
Cerita Agama @ Nur Ad'din: Kisah Luqman dengan tiga pelacur

Kisah 5 sen

Assalmmu'alaikum wbt.

Ustaz Halim (bukan nama sebenar), telah diganggu dengan suatu mimpi yang dia sendiri tidak memahaminya. Berbulan bulan dia tidak lelap tidur kerana mimpi tersebut. Dia bermimpi datang seorang lelaki yang dalam keadaan yang amat terseksa dan melambai-lambaikan tangan kepadanya dengan berkata "tolong bebas kan aku". Setelah bersolat hajat, bertanya dengan orang-orang 'alim akhirnya dia telah bertanya dengan ibunya dimanakah kubur bapanya. Ibunya bercerita, ketika berlaku serangan Jepun di Tanah Melayu, dia telah terpisah dengan suaminya. Hampir 40 tahun berlalu dia tidak pernah dengar langsung khabar berita. Maklumat yang diketahui ayahnya telah terbunuh ketika perang Jepun dahulu. Setelah berlalu beberapa bulan, Ustaz Halim tidak jemu-jemu bermunajat dan berdoa agar Allah memberikan petunjuk supaya dia dapat menyelesaikan mimpinya. Mengikut orang-orang 'alim, orang yang memanggilnya didalam mimpi tersebut ialah roh ayahnya. Ustaz Halim sentiasa berdoa kepada Allah supaya mengampuni dosa ayahnya dan melepaskan siksaan yang diderita oleh ayahnya. Namun setelah dua tahun berlalu dia masih diganggu oleh mimpi tersebut lagi. Masa berlalu, akhirnya dia dapat maklumat bahawa sebenarnya ayahnya baharu meninggal lebih kurang dua tahun yang lalu. Maklumat yang diterima, ayahnya adalah seorang yang berjaya dalam perniagaan dan telah banyak melakukan amal kebajikan untuk kabaikan Islam. Setelah terpisah ketika perang Jepun, aruah ayahnya telah berikthiar mencari isterinya namun tidak berjumpa. Ayahnya mendapat tahu isterinya telah meninggal dunia kemudian telah mendirikan rumahtangga dengan isteri kedua dan dikurniakan dengan lima orang anak perempuan. Ustaz Halim telah pergi ke rumah ibu tirinya untuk mengetahui jika ayahnya dahulu ada meninggalkan apa-apa hutang yang belum selesai. Ibu tirinya dan adik-adik tirinya tidak memberikan kerjasama yang baik setelah mengetahui bahawa Ustaz Halim adalah juga waris kepada simati. Dia takut Ustaz Halim akan menuntut haknya daripada harta simati. Bagimanapun daripada peguam keluarga ayahnya memberitahu bahawa semua hutang simati telah dijelaskan dan tidak ada satu pun yang tinggal. Ustaz Halim terus menyiasat, kepada semua kenalan aruah bapanya dan memohon semua kenalan bapanya jika ada salah dan silap ketika dia hidup harap diampunkan. Masa berlalu, mimpi masih terus menganggu. Suatu hari Ustaz Halim pergi semula kerumah ibu tirinya, menceritakan kepada ibu tirinya tentang mimpi yang dialaminya.Mimpi tersebut bermula setelah kematian ayahnya. Ibu tirinya merasakan tidak mungkin sebab aruah ayanya adalah seorang yang taat beribadah dan rajin bersedekah. Suka menolong orang susah. Tidak pernah lambat menjelaskan zakat perniagaannya. Bagaimana dia boleh terseksa. Ibu tirinya berpendapat itu mungkin bukan aruah suaminya. Mungkin orang lain. Setelah panjang lebar berbincang dengan ibu tirinya, dia pun mengambil keputusan untuk balik. Ketika keluar daripada rumah tersebut, dia bertemu dengan seorang lelaki. Lelaki tua tersebut bertanya ini kah rumah Datuk Azlan bin Affendi (bukan nama sebenar). Ustaz Halim menjawab betul. Dia ada dirumahkah? Tanya lelaki tua tersebut. Kemudian tanpa banyak soal, ustaz Halim membawa orang tua tersebut ke kubur aruah ayahnya. Di dalam perjalanan, Ustaz Halim menceritakan segala-galanya dan orang tua tersebut menceritakan pula dia adalah sahabat karib kepada kawannya Azlan. Beberapa minggu yang lepas dia terbaca satu buku dan dibelakang buku tersebut ada biodata kawannya itu. Lalu dia terus datang ke KL untuk berjumpa dengannya. Sebelum sampai ke kubur, mereka singgah sebentar minum di warung kopi. Ustaz Halim bertanya dengan orang tua tersebut. Pernahkan pakcik ber- selisih paham dengan ayah saya? Jawap orang tua tersebut, tidak pernah dan kalau adapun dia telah mengampunkan segala dosanya. Ustaz Halim terus bertanya berkenaan dengan hutang. Orang tua itu kata tidak pernah Azlan berhutang dengannya. Mereka terus ke kubur dan berdoa. Selesai berdoa orang tua terebut teringat peristiwa sebelum mereka berpisah ketika perang Jepun. Ketika itu kami sedang minum kopi di warung. Azlan telah tergesa-gesa pulang dan meminta dia membayarkan duit minum kopi yang berharga 5 sen dahulu. Dia berjanji akan membayar balik. Kemudian Jepun menyerang kampung kami dan kami terus berpisah. Orang tua tersebut terus berdao Ya Allah aku halalkan hutang lima sen yang kawan ku Azlan berhutang kepada ku. Setelah hari itu, Ustaz Halim tidak lagi diganggu dengan mimpi tersebut lagi. Ini adalah kisah benar (Nama sebenar dirahsiakan oleh penulis). Moral cerita; Renungilah hadith nabi berikut: Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah bermaksud: "Roh seorang mukmin yang berhutang jika hutangnya tidak dijelaskannya maka tergantung-gantunglah ia di antara langit dan bumi, yang bererti terseksalah roh itu hingga dibiarkan hutangnya itu" Dari kisah ini, Datuk Azlan masih beruntung kerana dia mendapat anak yang soleh (Ustaz Halim). Dan dengan berkat anak yang soleh ini dia dapat mengadu kepada anaknya didalam mimpi kemudian terbebas ia dari hutang yang sangat kecil iaitu 5 sen dan telah dapat terbebas dari seksaan yang dahshat iaitu Roh teawang-awang diantara langit dan bumi. Oleh itu, walaupun banyak amal ibadat kita, banyak sedekah kita, jika ada hutang yang tidak selesai walaupun satu sen pasti roh kita akan terseksa setelah kita mati. Oleh itu, jika berhutang hendaklah ditulis dan beritahu kepada waris kita sebelum kita mati supaya waris kita dapat menyelesaikannya. Seperti firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 282: "Wahai orang mukmin, apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan cara berhutang (yang bertempoh) hingga ke ssuatu masa yang tertentu maka hendaklah kamu menulisnya (kadarnya dan tempohnya) dan hendaklah ada jurutulis yang menulisnya dengan adil dan benar, dan janganlah seorang penulis itu enggan menulis/mencatit sebagaimana Allah telah ajarkan. Oleh itu hendaklah penulis itu mengikut yang merencanakan oleh pihak yang terlibat dengan penuh rasa taqwa kepada Allah Tuhannya dan janganlah dia mengurangkan sesuatupun dari jumlah atau kadar dan tempoh masa berhutang itu dimulakan hingga selesai dibayarkan balik dengan sempurna."

Sekian, wassalam
Cerita Agama @ Nur Ad'din: Kisah 5 sen