Pages

Thursday, October 8, 2015

Budak 10 tahun bunuh buaya gergasi

Buaya seberat 362 kilogram dan berukuran 3.9 meter panjang yang
Add caption
Buaya seberat 362 kilogram dan berukuran 3.9 meter panjang yang berjaya dibunuh oleh Ella Hawk (kiri), mempunyai saiz tiga kali ganda lebih besar berbanding kanak-kanak itu. AGENSI
TEXAS 6 Okt. - Seorang kanak-kanak pe­rempuan berusia 10 tahun di Amerika Syarikat mempamerkan kemahirannya untuk membunuh seekor buaya besar seberat 362 kilogram dan sepanjang 3.9 meter hanya menggunakan anak panah.
Laporan portal Mail Online menyebut, kanak-kanak terbabit, Ella Hawk membunuh buaya gergasi itu di Sungai Guadalupe berdekatan Victoria, Texas pada 27 September lalu ketika memburu reptilia berkenaan bersama jurulatihnya, Ryan Longer.
Menurut Longer, dia berjaya mengumpan dan menarik buaya tersebut ke tebing sungai sebelum Hawk melepaskan anak panah yang mengenai mata reptilia itu, sekali gus menyebabkan haiwan itu mati.
Namun sebagai langkah keselamatan, Longer melepaskan dua lagi anak panah bagi memastikan buaya tersebut tidak lagi bernyawa.
Ryan Longer menyifatkan Hawk sebagai pakar memanah yang setaraf dengan watak hero, Robin Hood yang mempunyai kemahiran memanah dengan tepat.
“Hawk mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap keupayaannya berbanding lelaki dewasa yang biasa memburu buaya atau haiwan buas lain,” katanya.
Hasil pemburuan Hawk tersebut sangat besar sehingga boleh merangkul tempat pertama dalam cabaran Trophy Game Records of the World, sebuah pertandingan yang dikhaskan untuk pemburu haiwan eksotik.
Lebih mengagumkan, Hawk berada pada kedudukan terbaik untuk merangkul Anugerah Pemburu Tahunan Terbaik Dunia, gelaran yang dimenangi pada tahun lalu.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/budak-10-tahun-bunuh-buaya-gergasi-1.143724#sthash.3lJ8Rd1B.dpuf

Jambatan kaca di China retak


BEIJING 7 Okt. – Sekumpulan pelancong China menjerit ketakutan semalam apabila satu panel di jamba­tan kaca yang baru dibuka sebagai tarikan pelancongan baharu, tiba-tiba retak pada ketinggian 1,078.9 meter.
Sekumpulan pelancong di jambatan kaca yang dibina di Henan, cemas apabila satu panel kaca retak dan pecah. Agensi
Seorang gadis berusia 20 tahun menyiarkan gambar yang didakwanya sebagai kaca yang retak dalam laman media sosial China, Weibo.
Laman web akhbar People’s Daily Online melaporkan, gadis yang di­kenali dengan nama pengguna ‘lidonghaishuohezainihaowodehai’ itu, berkongsi pengalaman buruk­nya selepas turun daripada jam­ba­tan tersebut yang terletak di wilayah Henan.
“Apabila saya hampir tiba di hujung laluan, saya dengar bunyi pecah tiba-tiba dan rasa gegaran di kaki saya.
“Ketika itu semua orang menjerit. Sangat menakutkan,’’ katanya.
Jambatan berbentuk U itu dibina di satu tebing menghadap Gunung Yuntai dan dibuka kepada orang awam pada 20 September lalu.
Pihak berkuasa mengesahkan kejadian terbabit dan bertindak menutup jambatan tersebut bagi me­lakukan kerja-kerja pembaikan.
Dalam pada itu, seorang jurucakap agensi Yuntai Mountain Scenic Spot berkata, panel kaca itu retak selepas seorang pelancong menjatuhkan cawan yang dibawanya.
“Bagaimanapun, hanya satu daripada tiga lapisan cermin laluan itu yang pecah, jadi tiada pelancong berada dalam bahaya,’’ katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/jambatan-kaca-di-china-retak-1.144063#sthash.YCvUOhPL.dpuf

Bayi bermata di dahi

Ibu dipercayai terdedah kepada radiasi

Seorang bayi yang lahir dalam keadaan mata di dahi di Mesir baru-baru

SEORANG bayi yang lahir dalam keadaan mata di dahi di Mesir baru-baru ini. Agensi
KAHERAH 7 Okt. - Sepasukan doktor di sebuah hospital di sini, gempar selepas seorang ibu baru-baru ini melahirkan bayi lelaki yang mempunyai hanya satu mata di dahi.
Daily Mail melaporkan, ke­adaan itu berlaku disebabkan ibu bayi berkenaan terdedah kepada radiasi dan doktor meramalkan jangka hayat bayi itu tidak lama.
Selain hanya mempunyai satu mata, bayi tersebut yang lahir di sebuah hospital swasta di El Senbellawein, timur laut Mesir juga tidak mempunyai hidung serta lemah jantung.
Menurut portal tersebut, bayi tersebut menderita sejenis penya­kit luar biasa di panggil ‘cylopia’ yang jarang sekali berlaku dalam dunia perubatan.
Cylopia adalah sejenis penyakit digeruni kerana bahagian mata tidak tumbuh dengan sempurna, ka­dangkala hanya satu mata, ma­lah ada kes dua mata menjadi satu.
Menurut doktor yang menjaga bayi tersebut, Ahmed Badruddin, bayi malang itu tidak akan mampu hidup lama kerana sebahagian organ badannya tidak cukup sifat.
“Ini adalah penyakit kelahiran yang jarang sekali berlaku. Bayi yang dilahirkan tidak akan dapat hidup lama.
“Ibu bayi ini mungkin ter­kena radiasi atau telah mengambil ubat-ubatan yang bercampur aduk sehingga menyebabkan keadaan sebegini,” ujarnya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/bayi-bermata-di-dahi-1.144068#sthash.gIWyyeGt.dpuf