Pages

Thursday, April 2, 2015

Wanita tertua meninggal dunia pada usia 117 tahun


MISAO OKAWA
MISAO OKAWA
TOKYO - JEPUN. Manusia tertua di dunia, Misao Okawa dari Jepun meninggal dunia pada usia 117 tahun, semalam.

Okawa yang juga wanita tertua di dunia menghembuskan nafas terakhirnya di sebuah pusat jagaan di barat Jepun, lapor agensi berita Kyodo News.

Pada usia 114 tahun, Okawa diiktiraf oleh rekod dunia Guiness sebagai wanita tertua pernah hidup di dunia pada Februari 2013.

Okawa memecah satu lagi rekod menjadi manusia tertua pernah hidup apabila dia mencecah usia 115 tahun pada Ogos 2013. - dpa

Pesawat futuristik


Tingkap pintar, penumpang nikmati pemandangan

Tingkap pintar yang dipatenkan Airbus membolehkan penumpang menikmati
Tingkap pintar yang dipatenkan Airbus membolehkan penumpang menikmati pemandangan sambil berbaring di kerusi pesawat. AGENSI
PARIS 1 April - Penumpang kapal terbang pada masa depan, berpeluang menikmati pemandangan alam semulajadi dari udara selepas syarikat pembuat kapal terbang, Airbus memfailkan paten tingkap dan skrin interaktif bagi menjadikan perkara itu sebagai kenyataan.
Hak itu difailkan Airbus kepada Pejabat Paten dan Cap Dagang Amerika Syarikat (AS) pada 19 Mac lalu.
Menurut portal pelancongan global, Skift yang dipetik Mail Online, penumpang hanya perlu menyentuh tingkap berteknologi tinggi itu bagi mengetahui maklumat lokasi menarik di sesebuah kawasan yang dilalui pesawat dinaiki mereka.
Matlamat syarikat itu adalah bagi mewujudkan platform pemandangan menarik untuk penumpang pesawat.
Imej yang disiarkan Airbus menunjukkan, sesebuah pesawat akan dilengkapi dengan dinding lutsinar sebelum dipasang dengan teknologi skrin sesentuh.
Penumpang akan mempu­nyai ruang yang mencukupi untuk meregangkan badan sambil menikmati pemandangan luar dengan kerusi yang membolehkan mereka berbaring.
Pesawat masa hadapan itu bakal menggantikan kabin penumpang kelas pertama, perniagaan, dan ekonomi dengan zon untuk santai berada di hadapan, bekerja di belakang, serta dilengkapi zon yang mempunyai bar bagi bersosial.
Selain itu, dinding pesawat akan berubah berdasarkan kea­daan cahaya dengan paparan permainan dan hiburan dalam pesawat dikuasakan oleh haba daripada badan penumpang.
Paten itu dikemukakan selepas Airbus berkongsi rancangan tentang sebuah konsep pesawat dilengkapi tingkap panorama yang mampu menjangkau sehingga bumbung kapal terbang, manakala konsep kabin pesawat pula akan menjadi struktur bio­nik yang meniru kecekapan tulang burung.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/pesawat-futuristik-1.76087#sthash.XIinYZe0.dpuf

Perkuburan purba di Universiti Cambridge


Tiga pakar Unit Arkeologi Cambridge menggali sebahagian 1,300
Tiga pakar Unit Arkeologi Cambridge menggali sebahagian 1,300 rangka manusia di tapak perkuburan purba di kawasan kolej di Universiti Cambridge, baru-baru ini. AGENSI
LONDON 1 April – Gambar sebuah tanah perkuburan purba terbesar ditemukan di dalam kawasan kolej Universiti Cambridge di England, disiarkan baru-baru ini selepas pasukan arkeologi melakukan penggalian sejak enam bulan lalu.
Menurut laporan portal Mail Online, kubur besar itu mengandungi kira-kira 1,800 rangka manusia yang dikebumikan sejak tahun 1195 ketika kawasan itu dimilik Hospital St. John the Evangelist.
Antara yang dikebumikan di situ adalah pensyarah Universiti Cambridge, gelandangan, dan golongan miskin yang hidup pada Zaman Pertengahan iaitu ketika England mengalami zaman kemerosotan ekonomi dan sosial.
Penggalian itu dilakukan di kawasan Sekolah Old Divinity, sebuah bangunan yang dimiliki oleh Kolej St. John yang diasaskan pada tahun 1511 dan nama­nya diambil sempena kawasan hospital berkenaan.
Pakar Unit Arkeologi Cambridge, Craig Cessford berkata, kawasan perkuburan hospital itu merupakan yang terbesar pernah ditemukan di Britain dan analisis asid deoksiribonukliek (DNA) terhadap rangka tersebut boleh menyingkap kehidupan pada Zaman Pertengahan.
Jelasnya, penemuan rangka manusia berasal antara abad ke-13 hingga ke-15 merupakan perkara yang menakjubkan dan kebanyakan rangka itu merupakan lelaki berusia antara 25 hingga 45 tahun.
“Cara mereka ditanam juga sangat kemas dan apabila tanah perkuburan itu penuh, mayat baharu akan ditanam di lapisan kedua di atas lapisan pertama.
“Identiti kesemua rangka itu masih misteri, tetapi laluan batu kerikil yang turut ditemukan, menunjukkan bahawa tanah perkuburan tersebut pernah dilawati oleh ahli keluarga masing-masing,” katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/perkuburan-purba-di-universiti-cambridge-1.76089#sthash.4xklYlL2.dpuf

Pelanduk dua serupa bertemu


John JEMISON (kiri) dan Neil Richardson mempunyai wajah seiras.
JOHN JEMISON (kiri) dan Neil Richardson mempunyai wajah seiras. AGENSI
LONDON 1 April – Seorang paderi yang baru berpindah ke Braintree, Essex, pada mulanya hairan selepas penduduk di situ sering menegur­nya seolah-olah dia begitu dikenali di kawasan berkenaan.
Kekeliruan Neil Richardson akhir­nya terjawab selepas dia bertemu dengan ‘kembarnya’, John Jemison seorang pesara guru yang saling tidak tumpah mempunyai wajah seirasnya.
Ketika itu, Richardson, 69, dan Jemison, 74, menaiki bas yang sama untuk lawatan ke pameran Magna Carta di Muzium Friends of Braintree.
“Saya tidak perasan tentang kehadiran Richardson, namun dia terlebih dahulu menegur saya.
“Isteri saya memandang kami dua kali ketika itu dan kami terus mengatur pertemuan seterusnya,” ujar Jemison.
Lebih menarik, kedua-dua lelaki itu berkongsi kisah hidup yang hampir serupa.
Kedua-duanya pernah belajar di Kolej St Mark and St John di Chelsea pada tahun 60-an dan memilih kerjaya yang sama iaitu guru pendidikan agama.
Richardson berkata, selepas bertemu ‘kembarnya’ itu, dia mengakui wajah mereka hampir serupa sehingga mengelirukan banyak pihak.
“Patutlah orang ramai sering memanggil saya Jemison. Sekarang saya tahu sebabnya,” ujar lelaki itu.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/pelanduk-dua-serupa-bertemu-1.76091#sthash.9xNALNxU.dpuf