SIAPA tidak mengenali, Bonnie dan Clyde, pasangan penjenayah terkenal dunia berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) sekitar 1931 hingga 1934.
Mereka melakukan rompakan di lebih 15 bank, premis perniagaan dan meragut bergerak aktif bersama kumpulannya dikenali sebagai Barrow Geng dianggotai Buck Barrow, Blanche Barrow, Raymond Hamilton, W D Jones, Joe Palmer, Ralph Fults dan Henry Methvin.
Sepanjang melakukan jenayah, mereka dilaporkan membunuh 13 orang termasuk sembilan anggota polis sehingga diberkas dan ditembak mati di Louisiana.
Kematian dan segala kegiatan jenayah dilakukan membuatkan pasangan itu popular sehingga dilabelkan sebagai penjenayah kelas dunia apabila kisah hidup pasangan ini difilemkan oleh pengarah Fritz Lang berjudul You Only Live Once pada 1937.
Pada 1958, pengarah William Witney kemudiannya turut memfilemkan kisah hidup pasangan jenayah ini dengan judul The Bonnie Parker Story.
Sepuluh tahun kemudian, stesen televisyen tempatan membuat drama bersiri mengangkat kisah pasangan ini melalui Bonnie & Clyde: The True Story.
Plot kisah mereka mudah. Memaparkan pasangan romantis seperti Romeo & Juliet melakukan rompakan, membunuh, mencuri dan akhirnya menemui ajal bersama.
Di sebalik keganasan dilakukan, Bonnie dikatakan seorang ‘penjenayah sentimental’ susulan penemuan ratusan puisi cinta oleh anggota penyiasat ketika menggeledah kediaman mereka.
Selain itu, kumpulan penyiasat turut menemui beberapa keping foto romantis mereka bergaya bersama puluhan senjata yang digunakan untuk melakukan jenayah.
Kini, kesemua senjata berkenaan di pamerkan di National Museum of Criminal and Punishment.
Bonnie
Bonnie merupakan anak kedua daripada tiga beradik hasil pasangan Charles Parker dan Emma Krause. Beliau dilahirkan dilahirkan di Rowena, Texas. Ketika berusia 4 tahun, ayahnya meninggal dunia dan mereka berpindah ke kampung halamannya di Cement City, Dallas.
Sepanjang berada di bangku sekolah, Bonnie merupakan pelajar paling menonjol terutama dalam penulisan puisi dan pengucapan awam. Sehingga ke hari ini, karyanya boleh diperoleh melalui buku The story of Suicide Sal dan The Trail’s End.
Ketika berada di gred dua sekolah tinggi, Bonnie yang ketika itu berusia 16 tahun jatuh cinta dengan rakan sekelasnya Roy Thornton, lalu mereka berkahwin pada 1926 dan berhenti sekolah.
Bagaimanapun usia perkahwinan mereka hanya bertahan tiga tahun. Tetapi, penceraian itu dikatakan tidak dilakukan secara rasmi. Media melaporkan, ketika Bonnie ditembak mati, beliau masih memakai cincin perkahwinannya itu.
Lebih mengejutkan, ketika Bonnie ditembak, Thornton merupakan salah seorang daripada anggota polis yang terlibat ketika serbuan terbabit.
Clyde
Clyde dilahirkan di Ellis County, Texas, selatan Dallas. Beliau merupakan anak lima dari tujuh beradik dari hasil perkahwinan Henry Basil Barrow dan Cumie T Walker. Membesar dalam keluarga miskin, mereka kemudiannya berpindah ke barat Dallas pada awal 1920 kerana kemelesetan ekonomi dunia. Pada bulan pertama mereka berpindah, keluarganya hanya berteduh di gerabak kereta api usang.
Kali pertama Clyde ditahan polis adalah pada 1926 kerana gagal memulangkan kereta yang disewa pada masa yang ditetapkan. Beliau kemudiannya sekali lagi ditahan bersama abangnya Marvin 'Buck' Barrow, atas kesalahan mencuri ayam belanda. Setahun kemudian, beliau terus aktif mencuri hingga dipenjarakan dua tahun di Eastham Prison Farm.
Cinta Bonnie, Clyde
Jika dilihat dari sudut latar belakang keluarga Bonnie, beliau bukan gadis kasar.
Namun, sejak berkenalan dengan Clyde dalam satu majlis di rumah sahabatnya menjadikan Bonnie seorang gadis liar. Mulai saat perkenalan itu, Bonnie yang ketika itu berusia 19 tahun mula berjinak dengan kumpulan Barrow.
Beliau sanggup mengikut jejak Clyde gara-gara kemaruk cinta. Maka itu tidak hairan pasangan ini dikenal sebagai penjenayah dua sejoli kerana sering melakukan kegiatan jenayah bersama.
Selain aktif melakukan jenayah, pasangan ini juga dikatakan sering mengambil gambar bersama mangsa.
Mereka melakukan kegiatan jenayah dan pembunuhan di Texas, Oklahoma, New Mexico dan Missouri.
Kematian
Pada 1934, merupakan tahun puncak kegiatan mereka tumpas. Pasangan itu ditembak mati oleh enam anggota polis dalam serbuan di Bienville Parish Louisiana.