Pages

Sunday, August 7, 2011

Seorang maut, ramai terperangkap dalam tanah runtuh di Tanah Rata

CAMERON HIGHLANDS: Lima rumah di perkampungan Orang Asli Sungai Ruil di Tanah Rata di sini, ditimbus tanah runtuh dalam kejadian jam 5.45 petang tadi.Sumber polis mengesahkan setakat ini satu mayat ditemui manakala dua lagi cedera dan kini dirawat di Hospital Hajah Kalsom, Tanah Rata
Dipercayai lebih ramai mangsa terperangkap berikutan tiga daripada lima rumah berkenaan ditimbus sepenuhnya dan nasib penghuninya belum diketahui.
Pasukan penyelamat kini bertungkus lumus mencari mangsa. bharian

Kereta peronda polis, bas dan kedai dibakar perusuh di London


PENUNJUK perasaan di London membakar kedai dan kereta polis bagi membantah tindakan anggota polis menembak mati seorang lelaki berusia 29 tahun. Polis anti-rusuhan cuba mengawal pergerakan kumpulan penunjuk perasaan yang berkumpul di jalan utama di Tottenham, London Utara, hari ini. - Foto AFP


LONDON: Polis anti-rusuhan dikerahkan ke satu daerah di utara London bagi membanteras kekacauan yang ditimbulkan penunjuk perasaan susulan kejadian membabitkan seorang lelaki yang terbunuh selepas ditembak polis, hari ini. 
Penunjuk perasaan membakar dua kereta peronda polis, sebuah bas dan kedai iaitu tindak balas selepas tidak puas hati dengan kejadian yang mengakibatkan seorang lelaki berusia 29 tahun terbunuh terkena tembakan.

Selain membakar kereta peronda polis serta bas dua tingkat dan memecahkan tingkap kedai, sejumlah besar penunjuk perasaan kelihatan berkumpul di balai polis di High Road, Tottenham.
Wartawan yang berada di tempat kejadian, berkata kejadian mencuri semakin merebak di kawasan padat. 

Katanya, pesanan yang disiarkan menerusi laman sosial Twitter turut mengajak orang ramai menyertai tindakan ganas berkenaan. 

Sementara itu, jurucakap polis Metropolitan, berkata polis anti-rusuhan berada dalam keadaan berselerak dan mereka diserang seperti peluru berpandu. 

“Beberapa botol dilemparkan ke arah kereta peronda polis, di mana satu daripadanya dibakar dan kereta yang kedua ditolak sehingga ke tengah jalan raya High Road. kemudian, kereta terbabit turut dibakar,” katanya di sini. - AFP bharian

Kronologi: Kemalangan terburuk tentera NATO di Afghanistan

WASHINGTON: Berikut adalah kronologi kemalangan atau anggota NATO yang diserang pemberontak sejak pencerobohan tentera Amerika Syarikat (AS) di Afghanistan pada 7 Oktober 2001: 
*6 Ogos 2011:

Kemalangan sebuah helikopter Chinook, CH-47 di wilayah timur Afghanistan, Wardak, meragut 31 nyawa anggota unit operasi khas AS dan tujuh komando Afghanistan. *21 September 2010:
Helikopter tentera AS, Blackhawk terhempas di wilayah selatan Afghanistan, Zabul dan mengakibatkan sembilan anggota tentera yang di atas kapal termasuk empat anjing laut Tentera Laut terbunuh.

*30 Mei 2007:
Kemalangan helikopter Chinook AS ketika berada di selatan Afghanistan, Helmand, dan seorang warga Britain, Kanada dan lima tentera AS terbunuh.

*18 Februari 2007:
Helikopter Chinook membawa 22 tentera AS terhempas di wilayah selatan Afghanistan, Zabul, meragut lapan nyawa dan mencederakan 14 yang lain.
*2 September 2006:
Kemalangan pesawat Britain, Nimrod di selatan Afghanistan berhampiran Kandahar meragut nyawa 14 anak kapal.

*5 Mei 2006:
Helikopter Chinook AS terhempas ketika cuba mendarat pada waktu malam di puncak gunung kecil di wilayah timur Afghanistan, Kunar dan 10 tentera AS terkorban.

*16 Ogos 2005:
Kemalangan helikopter Sepanyol berhampiran barat Herat dan membunuh 17 anggota tentera.

*28 Jun 2005:
Helikopter AS ditembak jatuh di wilayah timur Afghanistan, Kunar ketika menjalankan operasi menyelamat dan 16 tentera operasi khas disahkan terbunuh.

*6 April 2005:
Helikopter Chinook AS terhempas dalam badai pasir berhampiran timur Afghanistan, Ghazni meragut nyawa 15 tentera AS dan tiga kontraktor awam.

*21 Disember 2002:
Helikopter angkatan tentera Jerman terhempas di Kabul, tujuh terbunuh.

*4 Mac 2002:
Helikopter Chinook AS ditembak jatuh di timur Afghanistan, membunuh tujuh anggota tentera. - AP bharian

Noraniza, tunang buat kerja amal



NORANIZA bersama Jeffri pada program Ziarah Ramadan anjuran Pemuda UMNO Bahagian Tebrau di Johor Bahru semalam.


JOHOR BAHRU - Penyanyi etnik kreatif, Noraniza Idris dan tunangnya, Jeffrey Iman membuat kerja amal dengan menyertai Program Ziarah Ramadan 7 di sekitar daerah ini semalam.
Noraniza turut menyampaikan ceramah motivasi kepada anak-anak yatim Rumah Berkat di sini selain menyanyikan beberapa buah lagu ketika mengunjungi orang kurang upaya dan warga emas di Rumah Kenangan dan Sinar Harapan.
Program berkenaan dianjurkan oleh Pemuda UMNO Tebrau dengan kerjasama Gerakan Belia 4B Johor dan Gerakan Belia 4B Tebrau.
Ketua Pemudanya, Syahrin Md. Jamaludin berkata, Noraniza merupakan ikon bagi program Gerakan Belia 4B Johor.
"Selain itu, kita turut mengambil kesempatan untuk mempromosikan program Kahwin-kahwin Mashyur 1Malaysia yang akan diadakan pada 29 September hingga 1 Oktober depan di Plaza Angsana," tambahnya.
Katanya, pada program berkenaan, Noraniza dan tunangnya akan turut bersanding dan satu sidang akhbar khas mengenai persandingan itu akan diadakan di Kuala Lumpur pada 9 Ogos ini.
Noraniza, 43, bertunang dengan Jeffri, 52, pada 22 April lalu.
Beliau sebelum ini berkahwin dengan penyanyi Fareez sebelum bercerai dan berkahwin pula dengan seorang usahawan yang juga berakhir dengan penceraian.kosmo

Lemak lembu bakar pembuka selera




ANUAR DERIS membakar lemak yang dijadikan juadah 
Ramadan di Bazar Stadium Muhammad IV, Kota Bharu.


BUKAN SEBARANG LEMAK. Itu yang terlintas setelah kita melihat juadah lemak lembu bakar di Bazar Ramadan di Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Bharu, Kelantan.
Ia dianggap juadah yang cukup istimewa kerana lemak lembu bakar atau turut dikenali sebagai lemak selo itu merupakan juadah yang hanya dijual pada bulan Ramadan.
Pengusaha Gerai Kak Su Special, Anuar Deris, 36, berkata, dia menjual lebih 300 cucuk lemak lembu bakar setiap hari dan biasanya ia habis dijual pada pukul 5 petang.
"Saya jual lemak bakar pada bulan puasa sahaja. Ia memang susah nak jumpa pada bulan lain. Saya akui lemak bakar ini banyak kolesterol tetapi untuk bulan Ramadan sahaja," katanya ketika ditemuiKosmo! Ahad semalam.
Menurut Anuar, juadah itu menjadi tarikan kerana ia menjadi pembuka selera ketika berbuka dan dimakan dengan nasi.
"Rahsianya, ia menyebabkan kita rasa lebih berselera untuk makan nasi semasa berbuka," katanya yang menjualnya dijual pada harga RM4 secucuk, manakala daging lembu bakar RM5 secucuk.kosmo

Kerapu gergasi 168kg dijual RM7,560


KAH SENG (kiri) bersama ikan kerapu gergasi yang dijual pada harga RM7,560 di George Town semalam.


GERGASI. Lapan nelayan terpaksa memerah keringat untuk menaikkan ikan kerapu sepanjang dua meter dan berat 168 kilogram sewaktu ia masuk ke dalam pukat di perairan Teluk Bahang, Pulau Pinang kelmarin.
Ikan itu kemudian dijual oleh peniaga, Tan Kah Seng di pasar Lebuh Cecil, George Town semalam kepada pemilik restoran, Che Kean Ghee dengan harga RM7,560. - Bernamakosmo

Mogok lapar elak dihantar ke Malaysia



JULIA GILLARD


CANBBERA, Australia - Mogok lapar tidak akan menjejaskan rancangan kerajaan Australia menghantar pencari suaka politik ke Malaysia di bawah perjanjian pertukaran pelarian bersama Kuala Lumpur, kata Perdana Menteri Julia Gillard.
Kelmarin, sebuah pertubuhan bukan kerajaan, Pakatan Bertindak Pelarian (RAC) menyatakan, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada beberapa pencari suaka di Pulau Krismas.
RAC menyatakan, panggilan tersebut untuk memaklumkan mengenai tindakan sebahagian pencari suaka yang melancarkan mogok lapar kerana membantah rancangan penghantaran mereka ke Malaysia.
Kumpulan yang terdiri daripada 54 pencari suaka politik termasuk 18 kanak-kanak itu dengan kebanyakannya dari Afghanistan, tiba di Pulau Krismas pada Khamis lalu.
Mereka merupakan kumpulan orang hanyut pertama yang akan dipindahkan ke Malaysia di bawah perjanjian bersama Kuala Lumpur - Canberra.
Mengulas mengenai perkara itu, Gillard berkata, laporan mengenai mogok lapar itu tidak akan mengubah pendirian kerajaan Australia.
"Sebarang isu berbangkit akan ditangani para pegawai jabatan imigresen kita," kata Gillard semalam.
Pada 26 Julai lalu, kerajaan Australia memeterai perjanjian untuk menghantar 800 pencari suaka politik ke Malaysia dan sebagai balasan, Australia akan menerima 4,000 orang berstatus pelarian dari Malaysia untuk ditempatkan semula di negara itu dalam tempoh empat tahun. - Agensikosmo

Cef popular saman keluarga mertua


GORDON RAMSAY bersama isterinya Tana di Los 
Angeles. Gambar kecil Chris Hutcheson.



LONDON, Britain - Cef selebriti, Gordon Ramsay menyaman bapa mertuanya, Chris Hutcheson kerana menggodam e-mel peribadinya dan menggelapkan wang empayar restorannya sebanyak £1.4 juta (RM5.9 juta) untuk berfoya-foya dengan perempuan, lapor sebuah akhbar semalam.
Ramsay, 44, yang popular menerusi program realiti masakan, Hell's Kitchen mengisytiharkan perang terhadap keluarga isterinya dengan menyaman bapa mertua, ibu mertua dan adik serta kakak iparnya, birasnya malah, perempuan simpanan bapa mertuanya turut disaman.
Mereka dinamakan sebagai defendan dalam saman itu yang dikemukakan di Mahkamah Tinggi Britain kelmarin.
Ramsay menuntut pampasan beberapa juta pound sterling daripada bapa mertuanya selepas dia memecat lelaki itusebagai ketua eksekutif empayar restorannya Oktober tahun lalu.
Dalam samannya, Ramsay mendakwa mereka berulang kali menceroboh e-mel peribadinya.
Keluarga mertuanya turut didakwa menggelapkan wang syarikat termasuk bapa mertuanya yang melesapkan £1.4 juta untuk berfoya-foya bersama perempuan simpanannya. - Agensikosmo

Remaja maut dibaham beruang kutub


Beruang kutub dewasa cenderung menyerang manusia.


KEPULAUAN SVALBARD, Norway - Seorang remaja lelaki, Horatio Chappleon, 17, mati dibaham beruang kutub ketika dia tidur di khemahnya di sebuah glasier di sini, dekat Norway, lapor sebuah akhbar semalam.
Beruang berbulu putih dan bertaring panjang itu menyerang sekumpulan peserta kembara Britain pada Khamis lalu dan turut mencederakan empat yang lain.
Seorang saksi, Terry Flinders berkata, semasa kejadian anak lelakinya, Patrick, 16, sedang berbaring di khemahnya apabila beruang lapar itu menyerbu masuk dan menggigit kepala Horatio yang tidur di sebelahnya lalu membunuh mangsa.
Horatio Chappleon


"Ia kemudian menerkam Patrick. Anak saya menumbuk hidung beruang kutub itu untuk menyelamatkan diri. Dia sempat berlari ke keluar khemah tetapi mengalami kecederaan di kepala dan tangan akibat dicakar," kata Terry.
Tiga lagi mangsa serangan beruang lapar itu berada dalam keadaan kritikal dan dirawat di sebuah hospital berdekatan.
Binatang buas itu akhirnya ditembak mati oleh anggota kumpulan pelancong berkenaan.
Mereka kemudian menghubungi pihak berkuasa yang tiba di lokasi dengan menaiki sebuah helikopter tidak lama kemudian.
Beberapa hari sebelum kejadian, seorang peserta kembara itu memberitahu, mereka termasuk Horatio berasa gembira apabila ternampak seekor beruang kutub tidak jauh dari tapak perkhemahan mereka.

BEBERAPA petugas penyelamat mengangkut bangkai
beruang kutub yang membunuh seorang remaja Britain.


Mangsa-mangsa terselamat berkata, kejadian berlaku kerana sistem kawat penggera di keliling tapak perkhemahan tersebut gagal berfungsi.
Sistem itu sepatutnya melepaskan letupan bunga api ke udara untuk menakutkan beruang kutub yang tersadung kawat dawai berkenaan.
Terdapat sekitar 27,000 ekor beruang kutub di dunia dengan 60 peratus haiwan itu tinggal di Kanada.
Beruang kutub yang berbulu putih turut ditemui di Alaska, Rusia, Greenland dan Norway. - Agensikosmo

‘Banyak usaha pujuk umat Islam murtad’

Pihak berkuasa agama kurang tegas: Mufti Perak
KUALA LUMPUR: Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, berkata banyak usaha dilakukan pihak tertentu untuk mempengaruhi dan memurtadkan umat Islam di negara ini, namun tiada tindakan diambil pihak berkuasa agama Islam termasuk pimpinan tertinggi bagi menyekat aktiviti berkenaan.Beliau berkata, keadaan itu menyebabkan bukan saja ramai umat Islam memeluk Kristian, malah ada yang memeluk agama Hindu dan agama lain terutama saudara baru seperti India Muslim.
“Apabila saya dedahkan laporan Persatuan Paderi Malaysia yang mengisytiharkan lebih 230,000 umat Islam memeluk Kristian pada 2008, tiada tindakan diambil, malah kata saya itu didustakan.
“Hakikatnya banyak (murtad), bukan sekadar masuk Kristian tapi Hindu pun ramai, saya tahu banyak usaha dibuat bukan Islam untuk pengaruhi Islam, malah ada mengakui poketnya sentiasa ada RM30,000 hingga RM50,000 bagi mempengaruhi umat Islam memasuki agama mereka,” katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran Siri Bicara Agung Panggung Dakwah di sini, semalam.

Majlis itu dilancarkan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Datuk Che Mat Che Ali.

Harussani berkata, antara strategi diguna gereja mempengaruhi umat Islam termasuk mengadakan aktiviti memberi makanan seperti di sekitar masjid pada waktu solat Jumaat dan Maghrib selain mengedar risalah agama ke rumah dan memberi wang kepada pelajar.

“Pernah terjadi sekumpulan pemimpin dari Subang Jaya termasuk bergelar Datuk berjumpa saya untuk memberitahu ada gereja sebarkan agama pada pelajar, beri duit dan bible dan perkara terbabit dilaporkan pada polis, tapi tiada tindakan. Saya juga hubungi pihak berkuasa, tapi jawapannya, kami nak buat macam mana,” katanya.
Beliau yang kesal dengan sikap itu, meminta pimpinan tertinggi membanteras aktiviti berkenaan daripada menjadi serius selaras kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara. bharian

Mesir bukan keturunan firaun

WAJAH Tutankhamun disiarkan kepada umum selepas melalui proses imbasan.
WAJAH Tutankhamun disiarkan kepada umum selepas melalui proses imbasan.



ZURICH: Hampir separuh daripada semua lelaki Eropah ada kaitan dengan Firaun Mesir, Tutankhamun atau King Tut, berdasarkan kajian sepasukan saintis Switzerland yang dipetik media Britain. 

Saintis di pusat genetik DNA di sini membuat penemuan itu selepas membina semula profil DNA firaun itu yang naik takhta pada usia sembilan tahun lebih 3,000 tahun lalu.
Keputusan itu menunjukkan Tutankhamun berada dalam kumpulan genetik yang dimiliki lebih 50 peratus semua lelaki di Eropah Barat, sekali gus menunjukkan mereka berkongsi keturunan yang sama.bharian

38 terbunuh helikopter AS kena tembak

GAMBAR fail  menunjukkan tentera AS dan Afghanistan dalam satu operasi di sempadan Afghanistan-Pakistan.
GAMBAR fail menunjukkan tentera AS dan Afghanistan dalam satu operasi di sempadan Afghanistan-Pakistan.

Serangan dilakukan pejuang Taliban

PULI ALAM: Sekurang-kurangnya 31 askar pasukan khas Amerika dan tujuh tentera Afghanistan terbunuh apabila pejuang Taliban menembak jatuh helikopter yang mereka naiki dalam operasi anti pemisah di wilayah Wardak di barat daya Kabul semalam, kata pegawai dan saksi.

Walaupun pegawai kerajaan Afghanistan berkata mereka sedang berusaha mendapatkan maklumat terperinci mengenai nahas yang berlaku, saksi di tempat kejadian mendakwa helikopter terbabit terhempas ketika pertempuran antara pejuang Taliban dengan tentera pakatan.
Seorang penduduk tempatan, Mohammed Saber, berkata helikopter malang itu terhempas dalam satu operasi di kawasan perkampungannya.
“Kami mendengar bunyi helikopter kira-kira jam 10 malam tadi (waktu tempatan). Saya dan keluarga berada di dalam rumah. Kami melihat helikopter itu mendarat di bumbung rumah seorang panglima Taliban dan selepas itu tembakan mula kedengaran.

“Helikopter terbabit cuba terbang semula, tetapi sejurus kemudian ia jatuh dan terhempas. Ada beberapa helikopter lain berlegar-legar di situ,” katanya.

Jurucakap Taliban Zabiullah Mujahid mengaku pihaknya bertanggungjawab berikutan kejadian itu dan berkata pejuang menembak jatuh helikopter terbabit dan mengesahkan lapan pengikutnya turut terbunuh. – AFP
bharian

Arab Mesir benci Ramadan Mubarak

Ucapan sambut puasa cetus pelbagai pandangan rakyat terhadap bekas presiden disingkir
KAHERAH: Ketika umat Islam menjalani ibadat puasa bulan Ramadan, ada banyak ucapan ‘Ramadan Mubarak’ disebut. Pada hakikatnya, ia adalah ucapan tradisi di seluruh negara yang menjadi topik biasa Mesir dalam Twitter kerana menganggapnya ada kaitan dengan bekas Presiden Hosni Mubarak.Namun ketika beberapa orang menuding dalam laman mikro blog itu, frasa itu mempunyai kesan berbeza terhadap kebangkitan rakyat yang mengakibatkan pengunduran ketika pemberontakan Arab - namanya dan perkataan ‘berkat’ seperti cadangan terjemahan, pada hakikatnya sama makna.
“Jangan sebut Ramadan Mubarak kepada rakan Mesir anda, mereka benci dengan nama itu. Sebaliknya gunakan ucapan Ramadan Kareem,” kata pakar Asia Barat Turki Ufuk Ulutas menasihatkan, antara lain menyokong cadangan Jenan Moussa dari televisyen Al Aan.
Tulisan Twitter Gaza Youth Break Out menawarkan panduan sama: “Saya benci mengingati Mubarak, katakan Ramadan Kareem. Syukur tiada lagi pemimpin Arab lain digelar kareem.Mungkin semua ini menjelaskan mengapa Presiden Barack Obama memberi ucapan kepada umat Islam seluruh dunia satu ‘bulan diberkati’ dalam bahasa Inggeris dan ‘Ramadan Kareem’ dalam bahasa Arab.Anda akan fikir mereka akhirnya menganggap Mubarak sebagai ucapan biasa yang tiada kena mengena dengan mereka,” beliau menulis.Ramadan Mubarak seperti pada 2010. Kini kita mengucapkan Ramadan Tantawi,” tulis aktivis Mesir Hussein Allam, sebagai rujukan kepada Mohamed Hussein Tantawi, ketua majlis pemerintah Mesir.Tampar diri anda jika anda fikir Ramadan Mubarak merujuk kepada anak lelaki Hosni Mubarak,” kata penulis blog Kenya, Gidi O Gidi.Namun, tidak semua orang geli hati. “Saya, secara serius tidak akan mengikuti sesiapa yang menulis jenaka menghina mengenai Ramadan ‘Mubarak’ dan Eid ‘Mubarak’,” pengguna Twitter Mesir @sselhelw memberi amaran.Hari pertama Ramadan, pada hakikatnya agak tegang di Mesir. Sehari selepas satu gabungan parti politik dan aktivis pro-demokrasi mengumumkan mereka menunda bantahan di Dataran Tahrir dan akan mengadakannya semula selepas Ramadan. – Agensi bharian

Tentera SEAL AS terbunuh tidak terbabit misi bunuh Osama: NATO

WASHINGTON: Barack Obama menyifatkan kematian anggota tentera negara itu susulan serangan helikopter semalam, adalah satu peringatan terhadap harga "luar biasa" yang perlu dibayar tentera Amerika Syarikat (AS) dalam peperangan di AfghanistanPresiden AS dalam kenyataannya tidak mengesahkan angka yang terbunuh atau maklumat lanjut berhubung kemalangan itu.
Bagaimanapun, Presiden Afghanistan, Hamid Karzai, berkata 31 anggota pasukan operasi khas AS terbunuh manakala tujuh anggota komando Afghanistan.
Sementara itu, difahamkan lebih 20 anggota pasukan tentera laut SEAL terbunuh dan tiada seorang pun dipercayai terbabit dengan misi pasukan itu membunuh pengganas yang dikehendaki, Osama Laden.Menurut sumber, mereka dipercayai daripada unit sama dengan pasukan yang terbabit ketika misi membunuh Osama Laden. - AP bharian

PBB arahkan Assad henti operasi ketenteraan di Syria

PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (PBB): Ban Ki-Moon mengarahkan presiden Syria menamatkan kempen ketenteraan terhadap lawannya, kata PBB selepas Setiausaha Agung PBB itu menelefon Bashar al-Assad, awal hari ini.Dalam satu perbualan telefon dengan Presiden Assad di Syria, hari ini, setiausaha agung menyuarakan kebimbangannya. Beliau juga bimbang terhadap keganasan yang semakin memuncak dan angka kematian di negara itu sejak beberapa hari," kata jurucakap PBB, Martin Nesirky. - AFPbharian

Lelaki terbakar

TERSEPIT... anggota bomba dan penyelamat mengeluarkan mangsa yang maut dalam kemalangan semalam.
TERSEPIT... anggota bomba dan penyelamat mengeluarkan mangsa yang maut dalam kemalangan semalam.
ALOR GAJAH: “Saya nampak pemandu Proton Wira itu bergerak lemah sebelum kenderaannya terbakar,” kata seorang pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang terbabit kemalangan di jalan Kampung Paya Rumput-Lubok China, di sini, pagi semalam.
Pelajar itu yang hanya ingin dikenali sebagai Mohd Fadhli, 19, berkata dia tidak sempat membantu pemandu kereta itu kerana api marak dengan cepat.

“Saya dan beberapa pelajar lain segera berlari ke belakang bas kerana bimbang kereta dan bas meletup.

“Pemandu bas segera menghubungi talian kecemasan dan bomba tiba dalam masa beberapa minit untuk memadam kebakaran,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 8.30 pagi, Khairul Fazli Suli, 33, maut dan badannya melecur hampir 40 peratus selepas kereta dipandunya bertembung dengan sebuah bas UiTM kampus Lendu.

Bagaimanapun, 24 pelajar dan dua pensyarah serta pemandu dan pembantunya di dalam bas itu tidak cedera.

Metro Ahad difahamkan, Khairul Fazli dari Port Dickson, Negeri Sembilan yang bekerja di stesen penapisan minyak sebuah syarikat di Sungai Udang datang dari arah Lubok China menuju ke Masjid Tanah sebelum kereta dipandunya dikatakan hilang kawalan.Menceritakan kejadian itu, Mohd Fadhli berkata, dia dan beberapa penumpang lain terkejut selepas pemandu bas menekan brek kecemasan.Katanya, pemandu bas mengelak ke kanan namun bertembung dengan kereta berkenaan.Sebaik berlaku kemalangan, pemandu bas segera turun dan membuka pintu kecemasan lalu mengarahkan semua penumpang turun kerana bimbang bas terbakar.Kami sepatutnya menghadiri satu program di Eagle Ranch, Pasir Panjang namun terkandas di tengah jalan kerana kejadian ini,” katanya.Sementara itu, pemandu bas, Mohamad Amin, 46, berkata ketika di tempat kejadian, sebuah kereta dilihat hilang kawalan lalu merempuh bahagian depan bas dipandunya.Saya cuba tekan brek sejauh 50 meter namun disebabkan jalan licin, bas terus bergerak dan pada masa sama saya cuba mengelak ke kiri jalan.“Bagaimanapun, bas dipandu tetap terbabit kemalangan dengan kereta itu. Sebaik berlaku kemalangan, saya segera turun dan mengarahkan penumpang turun melalui pintu kecemasan,” katanya yang bertolak dari UiTM Lendu jam 8.10 pagi menuju ke Pasir Panjang, Negeri Sembilan.Menurutnya, dia bersyukur semua penumpang bas tidak cedera, namun terkilan kerana tidak dapat membantu Khairul Fazli yang melecur.hmetro

Pengawal curiga bongkar jenayah

TAKUT... Bukhari masih terbayangkan wajah mangsa ketika menyelak cadar yang membalut mayatnya.
TAKUT... Bukhari masih terbayangkan wajah mangsa ketika menyelak cadar yang membalut mayatnya.
IPOH: “Saya tak kenal perempuan ini... dia sakit, saya mahu hantar dia ke hospital.” Itu reaksi spontan seorang daripada suspek dipercayai terbabit dalam kes bunuh Timbalan Pengarah (Kesihatan) Jabatan Veterinar Perak, Dr Rohani Kasim, 38, Khamis lalu.
Seorang pengawal keselamatan dikenali sebagai Bukhari, 62, berkata lelaki terbabit yang juga jiran kepada mangsa mengatakan demikian selepas dia menghampirinya kerana curiga melihat suspek memikul cadar pada awal pagi.

“Saya bersama seorang rakan setugas baru melangkah dua anak tangga dan belum sempat kami bertanya, dia terus memberitahu dia tidak mengenali perempuan ini.

“Ketika itu baru saya perasan kaki manusia terjulur keluar daripada hujung cadar dalam keadaan terikat dan melihat kami semakin mendekatinya, lelaki terbabit terus meletakkan cadar berkenaan ke lantai tangga,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, semalam.

Bukhari adalah individu penting dalam membantu polis menyelesaikan kes pembunuhan Rohani yang mati dicekik di rumahnya di unit F-1-09, Pangsapuri Permai Lake View, Tambun, dekat sini, hingga tertangkapnya empat suspek, termasuk lelaki yang memikul cadar berisi mayat mangsa, dalam tempoh kurang 24 jam selepas kejadian.

Malah, sikap bertanggungjawab Bukhari yang hampir lima tahun bertugas sebagai pengawal keselamatan di pangsapuri itu menyiasat gelagat mencurigakan berhampiran kediaman mangsa berjaya menghalang niat jahat suspek yang dipercayai cuba membawa keluar mayat untuk dibuang di tempat lain.


“Saya melakukan rondaan rutin sekitar kawasan pangsapuri yang mempunyai sembilan blok ini apabila melihat kelibat seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan mundar-mandir di depan kawasan tangga Blok F berhampiran kediaman mangsa seperti memerhatikan sesuatu, jam 3.30 pagi.Saya memerhatikan tindak-tanduk lelaki terbabit dengan berselindung di sebalik sebuah kenderaan dan ketika itu juga saya menyedari dua lelaki dalam sebuah kereta Perodua Kancil yang dihidupkan enjin tetapi lampu ditutup parkir bersebelahan kereta mangsa,” katanya.Bukhari berkata, ketika itu dia terlihat kelibat seorang lagi lelaki memikul cadar berkenaan dan selepas lelaki itu memberi penjelasan pelik serta melihat kaki manusia terjulur, hatinya semakin berdebar-debar.Suspek kelihatan gelisah dan tidak semena-mena dia memberitahu pula mangsa sakit dan mahu menghantarnya ke hospital, sedangkan sebelum itu mengatakan tidak mengenalinya.Sebaik saya bertanya kenapa kaki dan tangan mangsa terikat, dia terus melarikan diri ke tingkat atas dan pada masa sama, tiga lagi lelaki yang dilihat sebelum itu, turut cabut dengan menaiki kereta,” katanya.Bukhari berkata, dia memberanikan diri membuka cadar untuk melihat keadaan mangsa dan mengucap panjang apabila mendapati mulut mangsa ditutup dengan pita pelekat serta mukanya lebam kebiruan.


Menurutnya, dia memaklumkan kejadian kepada ketua pengawal yang menghubungi polis. Keterangan Bukhari berjaya membantu polis menangkap dua suspek dalam tempoh kurang dua jam selepas kejadian di kawasan berhampiran diikuti penahanan dua lagi suspek pada hari sama.


“Saya masih terbayangkan keadaan muka mangsa ketika menyelak cadar itu dan sedih mengenangkan nasibnya diperlakukan sedemikian rupa.


“Saya mengenali keempat-empat lelaki yang saya lihat pada hari kejadian kerana mereka adalah jiran yang tinggal berdekatan rumah mangsa.


“Apapun, saya menyerahkan segala-galanya kepada polis untuk melakukan siasatan rapi dan mengheret individu bertanggungjawab ke muka pengadilan,” katanya.


Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Zakaria Yusof berkata, siasatan lanjut masih dijalankan tetapi pihaknya yakin kes dapat diselesaikan dengan tertangkapnya empat suspek terbabit.


“Tangkapan pertama dibuat terhadap dua lelaki masing-masing berumur 26 tahun di sekitar kawasan kejadian pada jam 4 pagi. Dua lagi suspek masing-masing berusia 20 dan 22 tahun berjaya ditahan di Tanjung Malim pada jam 4.30 petang dan di Slim River jam 10.25 malam hari sama.


“Polis percaya seorang daripada suspek mungkin terbabit dalam kes pecah rumah mangsa pada 14 Julai lalu berdasarkan penemuan barang kemas mangsa. Siasatan lanjut akan dijalankan dan punca kematian masih disiasat,” katanya.hmetro

Nur tiada pilihan


BANTU...  Nur menceritakan bagaimana dia mendapat bantuan daripada pihak gereja.
BANTU... Nur menceritakan bagaimana dia mendapat bantuan daripada pihak gereja.
SEREMBAN: “Saya tiada pilihan melainkan menerima bantuan makanan dan wang daripada pihak gereja,” kata seorang wanita mahu dikenali sebagai Nur, 40, yang mendakwa sering mendapat cemuhan segelintir pihak kerana mendapat bantuan daripada gereja untuk menyara kehidupannya sekeluarga.
Menurut ibu kepada empat cahaya mata itu, dia kini tidak dapat bekerja kerana menghidap pelbagai penyakit, terutama asma, kencing manis, darah tinggi dan buasir.

“Saya sedar tidak sepatutnya menerima bantuan daripada gereja, namun saya terdesak kerana memikirkan hidup anak yang mahu bersekolah dan makan. Oleh itu, saya terpaksa mengambil bantuan itu,” katanya ketika ditemui di rumah di Ampangan, di sini, semalam.

Nur yang pernah bekerja sebagai pembantu akaun mendakwa, dia terpaksa berhenti kerana masalah penyakit itu dan pernah beberapa kali pergi ke jabatan berkaitan, namun dicemuh umpama peminta sedekah.

“Saya sedih kerana pihak berkenaan yang sepatutnya membantu enggan melayan saya, sebaliknya saya ditolak ke sana sini hanya kerana bantuan berjumlah RM70.

“Yang membuatkan saya sedih adalah ketika mengenangkan nasib anak yang kadangkala tidak makan, malah yuran tuisyen dan sekolah mereka juga sudah lama tertunggak,” katanya yang reda dengan keadaan itu.

Menceritakan bagaimana dia berjumpa seorang pendakwah gereja, Nur mendakwa, dia disapa oleh wanita berkenaan April tahun lalu ketika dia kesedihan kerana permohonan untuk mendapatkan bantuan tidak berjaya.Dia (pendakwah gereja) kemudian menyarankan saya mendapatkan bantuan gereja milik mereka iaitu barang makanan berserta wang tunai.Saya tiada pilihan, malah hampir setahun saya menerima bantuan itu. Pihak gereja yang lebih inisiatif untuk tampil membantu nasib wanita seperti saya,” katanya.Dakwanya, setiap bulan pihak gereja membawa keperluan harian ke rumahnya, malah selalu menghubunginya untuk bertanyakan jika mempunyai masalah lain.Saya dan anak turut ditawarkan untuk tinggal di asrama mereka, malah mereka berjanji untuk membantu menyelesaikan yuran tuisyen dan sekolah anak.Namun, sampai bila saya dan anak harus mengharapkan bantuan pihak gereja, sedangkan saya beragama Islam,” katanya.Menurutnya, dia berharap ada sinar di penghujung hidupnya dan anaknya untuk mendapatkan bantuan daripada pihak tertentu.Jika mampu bekerja, saya akan cuba menyara hidup ini, namun Allah masih sayangkan kami apabila saya diuji dengan pelbagai ujian hidup,” katanya.hmetro

Disisih anak

GEMBIRA... Robiah bersama Brian Tan selepas menerima sumbangan daripada   Scenic Route Sdn Bhd.
GEMBIRA... Robiah bersama Brian Tan selepas menerima sumbangan daripada Scenic Route Sdn Bhd.
JOHOR BAHRU: “Makcik tetap menanti kepulangan mereka setiap kali menjelang Aidilfitri biar pun Ina sanggup menipu kononnya mahu bercuti ke New Zealand, sedangkan dia sebenarnya berhijrah ke sana semata-mata mahu melepaskan tanggung jawab menjaga mak cik,” kata warga emas, Robiah Razali, 66, di sini, semalam.
Menceritakan kisah malang hidupnya, Robiah berkata, dia hidup sebatang kara di perumahan Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) Taman Desa Bukit Mutiara, Tebrau, selain menagih kasih dan ihsan jiran selepas kedua-dua anaknya tidak lagi mempedulikannya.

Robiah berkata, anak sulungnya, Salim Ahmad, 40, melepaskan tanggung jawab untuk menyaranya dengan alasan tiada pekerjaan tetap di Kuala Lumpur manakala anak bongsunya, Ina, 36, gagal menghubunginya sejak lima tahun lalu apabila berhijrah ke New Zealand.

Menurut Robiah, keadaan itu menyebabkan dia terpaksa menguruskan hidupnya bersendirian biar pun dimamah usia selain menghidap kencing manis.

“Mak cik bukan mahu mengaibkan anak tetapi sekurang-kurangnya dapat meringankan beban di hati jika dapat berkongsi nasib malang ini.

“Mak cik kehilangan suami, Ahmad Budin, pada 1978 ketika berusia 33, sejak itu mak cik tidak pernah terlintas untuk berkahwin semula demi anak, mak cik membesarkan serta menyekolahkan anak dengan bekerja sebagai tukang masak di restoran selain wang pencen suami,” katanya.

Menurut Robiah, masalah timbul selepas kedua-dua anaknya berumah tangga dan kehadiran warga emas berkenaan dalam keluarga mereka dianggap sebagai beban.Robiah berkata, kini dia terputus hubungan dengan Salim mahu pun Ina yang tidak lagi menziarahinya, termasuk pada Aidilfitri.“Ina turut tergamak menipu mak cik dengan memberi alasan mahu bercuti ke New Zealand, sedangkan dia merancang meninggalkan mak cik dan kini hidup mewah di sana.Keadaan itu mengakibatkan mak cik terpaksa bergantung sepenuhnya kepada wang pencen bulanan arwah suami berjumlah RM350 yang perlu diagihkan untuk membayar sewa rumah,” katanya.Menurut Robiah, setiap kali bersahur, dia hanya meminum susu kerana bimbang kehabisan barangan dapur, namun bersyukur mempunyai jiran berhati mulia yang sanggup berkongsi makanan ketika berbuka puasa.Katanya, jiran juga pernah menyumbangkan bantuan ketika dia terputus bekalan makanan selain membelikan basikal elektrik bagi memudahkan pergerakannya untuk ke surau.Biarpun terguris dengan perbuatan anak, mak cik tidak pernah lupa mendoakan kebahagiaan mereka.Ibu mana yang tidak mengingati anak, mak cik harap dapat bertemu kembali dengan mereka dan cucu pada Aidilfitri ini dan seperti biasa, mak cik akan memasak juadah kegemaran mereka,” katanya.Robiah antara 100 penerima yang ditemui pada Penyampaian Bantuan Ibu Tunggal di PPRT Bukit Mutiara sumbangan ahli perniagaan, Baazlan Ibrahim selain Scenic Route Sdn Bhd yang diwakili pengarah eksekutifnya, Brian Tan Chong Beng.Scenic Route Sdn Bhd menaja sumbangan berbentuk barangan keperluan asas berjumlah RM4,000 dan menurut Brian, program julung kali syarikatnya itu bertujuan meringankan beban golongan memerlukan.hmetro

Noraniza pilih duda

BAHAGIA... bakal berkahwin buat kali ketiga.
BAHAGIA... bakal berkahwin buat kali ketiga.
“MEMANG tak sangka langsung pada usia 43 tahun saya kembali menjadi tunangan orang. Ingatkan dah tua-tua ini, dah tak laku. Rupa-rupanya ada juga yang berkenankan saya,” kata penyanyi etnik kreatif, Noraniza Idris, 43.
Luahan penyanyi yang lebih mesra disapa Ani itu membawa seribu erti, apatah lagi pada Ramadan ini apabila cintanya bersemi buat kali ketiga dengan duda anak empat, Jeffri Hudi, 52, iaitu ustaz dari Singapura yang berkhidmat sebagai bilal bebas di negaranya.

Bagaimanapun, menurut Noraniza, ketika Jeffri melamarnya, dia diberi tempoh untuk berfikir tetapi tidak melakukannya secara serius kerana dalam hati masih ada keraguan.

“Saya berfikiran negatif ketika itu dan takut untuk melangkah ke gerbang perkahwinan sekali lagi,” katanya.

Seminggu sebelum berakhirnya tempoh itu, baru Noraniza membuat keputusan dan menyedari dia tidak buat sebarang persiapan untuk bertunang.

“Mujur mereka di Akademi Tatih Seni (cawangan Johor) yang memahami keadaan saya, membuat persiapan mencarikan penaja pelamin dan baju untuk saya.


“Selepas bertunang, kami berdua sibuk dan tidak sempat mencari tarikh sesuai untuk mengadakan majlis pernikahan hinggalah keluarga mendesak kami segerakan perkara baik itu.Selasa ini saya akan mengadakan sidang akhbar mengumumkan tarikh pernikahan dan kenduri. Insya-Allah perkahwinan itu akan dilangsungkan tahun ini juga,” katanya yang mendapat restu anaknya.Noraniza berharap perkahwinannya kali ini berkekalan hingga ke akhir hayat.Di mana saya akan menetap selepas berkahwin, sama ada di Singapura atau di sini, tengoklah keadaan nanti,” katanya yang dihubungi Metro Ahad.Berbual dengannya di telefon, suara Noraniza kedengaran ceria dan perbualan itu juga diselang-seli dengan ketawa, bagaikan tanda bahagia di hati.Menceritakan detik pertemuan dengan bakal suaminya, jelas Noraniza, mereka bertemu pada Ramadan tahun lalu ketika melakukan kerja kebajikan di sebuah masjid di Johor Bahru.Noraniza bersama anak didiknya di Akademi Tatih Seni untuk menghulurkan sumbangan hasil jualan biskut raya.Ketika itu, dia berkata, Jeffri turut melawat masjid berkenaan bersama teman.Apabila saya melihat ada orang lain turut berada di masjid itu, saya pun bertegur sapa. Saya banyak berbual dengan kawannya dan Jeffri hanya mendengar. Ketika saya mahu balik, baru saya berkenalan dengan Jeffri dan memberi kad bisnes kepadanya.Selepas tahu dia orang Singapura, saya pun beritahu, adik saya berniaga di bazar Ramadan di negara itu,” katanya yang kemudian bertanya bolehkah adiknya menghulurkan sebarang sumbangan menerusi Jeffri.Itulah bermulanya bicara saya dengan dia. Rupa-rupanya dia kenal saya kerana sering menonton persembahan saya di televisyen dengan ibunya. Waktu itu saya masih menjadi isteri Fareez. Dia juga suka dengar lagu saya.Selepas pertemuan di masjid itu, dia hubungi saya dan lama kelamaan kami jadi rapat. Saya sangat menyanjungi peribadi Jeffri, walaupun dia orang beragama tetapi dia tidak memandang rendah artis macam saya. Dia boleh ‘masuk’ dalam dunia saya. Sesetengah orang, apabila jumpa artis pasti pandang sinis dan meletakkan jurang.Jeffri sangat pemalu tetapi saya selesa berkawan dengannya kerana pertuturannya lemah lembut dan tidak pernah marah. Jika dia hendak ‘tegur’, caranya sangat berhemah,” katanya.Noraniza seterusnya mengatakan selepas bercerai kali kedua, dia tidak pernah terfikir untuk berkahwin lagi dan membiarkan Allah SWT menentukan segala-galanya.Bagi artis itu, bukan dia tidak mahu berkahwin lagi tetapi biarlah jodoh itu datang sendiri.Hendak kata tak mahu pun (kahwin), kalau dah sampai masanya, saya terima saja ketentuan Ilahi. Selepas beberapa bulan berkawan, dia bawa saya berjumpa keluarganya di Singapura dan kemudian keluarganya datang berjumpa keluarga abang sulung saya di Masai, Johor.Kebetulan kisah hidup kami banyak persamaan. Justeru, kami menerima diri masing-masing seadanya kerana apa yang pernah terjadi, biar ia menjadi kenangan. Namun, kami bukan bercinta seperti orang muda. Hubungan kami atas rasa tanggungjawab, apatah lagi masing-masing ada anak.Sebenarnya selepas dua kali bercerai, saya fobia untuk berkahwin lagi. Kalau dulu memang perkahwinan menjadi keutamaan dalam hidup saya tetapi selepas bersendirian, saya tumpukan kepada kerjaya seni dan bisnes.Apabila ada orang mengambil berat pasal saya dengan sering menghubungi saya setiap hari walaupun berjauhan, membuatkan saya rasa dekat dengannya.Saya sudah mula rasa ada kawan mengisi kekosongan. Keadaan itu membuatkan saya rasa teringin berkahwin semula. Perasaan untuk mempunyai teman hidup itu wujud secara semula jadi,” katanya.Lalu atas persetujuan keluarga, Noraniza dan Jeffri bertunang pada 22 April lalu.Noraniza berkata biarpun dia sudah berkahwin dua kali, bakal ibu mentuanya sangat mementingkan adat lama.Ibunya tetap mahu hantar rombongan merisik. Selepas itu baru diadakan majlis pertunangan. Ingatkan selepas bertunang kali pertama pada usia 18 tahun, saya tidak akan bertunang lagi,” katanya.hmetro

Dendam: Letak ular sawa depan rumah jiran

 
ANGKARA DENDAM... ular sawa yang diletakkan di depan rumah seorang penyelia.
ANGKARA DENDAM... ular sawa yang diletakkan di depan rumah seorang penyelia.
KUALA LUMPUR: Angkara dendam yang tidak diketahui puncanya, seorang penyelia pembersihan syarikat swasta di sini ketakutan apabila seorang jiran meletakkan seekor ular sawa di depan rumahnya di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Bandar Tun Razak, di sini, malam kelmarin.
Ketua Polis Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh berkata, dalam kejadian jam 9.45 malam, penyelia berusia 28 tahun itu ternampak seorang jiran meletakkan guni berwarna putih di rumahnya di tingkat lapan.

Beliau berkata, akibat curiga dengan kandungan guni itu, mangsa hanya memerhatikan dari jauh sebelum mengejar suspek dan menahannya.

“Apabila disoal mengenai guni itu, suspek menafikannya selain enggan memberitahu tujuan meletakkannya di depan rumah. Ini menyebabkan penyelia itu membawa suspek ke rumahnya.

“Bagaimanapun, suspek enggan membuka guni itu, lalu mangsa membukanya sendiri dan terkejut apabila ternampak seekor ular sawa,” katanya pada sidang media, di sini, semalam.

Mohan berkata, penyelia itu segera menghubungi polis sebelum menyerahkan ular dan suspek kepada polis untuk tindakan lanjut.

“Suspek berusia 22 tahun itu kini ditahan reman empat hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 289 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.Ular itu pula akan diserahkan kepada Jabatan Perhilitan,” katanya.Sementara itu, Pengarah Jabatan Perhilitan Kuala Lumpur, Mohamad Hafid Rohani berkata, ular berkenaan dipercayai spesies ular sawa batik.Ia berukuran 3.6 meter. Seseorang perlu memiliki lesen sah untuk menyimpannya. Suspek juga boleh didakwa mengikut Akta Hidupan Liar,” katanya.hmetro

5 maut 8 banduan tunggu hukuman mati lari dari penjara

HILLA: Empat banduan dan seorang pengawal terbunuh dalam pertempuran di sebuah penjara di tengah Iraq, semalam.
Insiden berlaku ketika lapan banduan cuba memboloskan diri dari pusat tahanan berkenaan.

Pegawai keselamatan di penjara itu berkata, sembilan yang lain turut cedera dalam kekecohan berkenaan.

“Cubaan melarikan diri itu bermula selepas seorang banduan merampas raifal pengawal dan membunuhnya,” katanya.

Banduan juga membakar sebahagian daripada penjara berkenaan.

Berdasarkan siasatan awal, katanya, kejadian itu memang dirancang lebih awal dengan bantuan kumpulan lain yang menunggu di luar penjara.


Pegawai itu berkata, banduan yang lari terdiri daripada anggota kanan al-Qaeda dan militia Syiah.

“Semua mereka ditahan selepas dijatuhi hukuman mati oleh mahkamah,” katanya. - AFPhmetro

Militan Shebab tinggalkan kedudukan di Mogadishu

MOGADISHU: Ibu negara Somalia diisytihar “bebas sepenuhnya” daripada penguasaan pemberontak Shebab, kata Presiden Sharif Sheikh Ahmed, semalam.
“Mogadishu kini dibebaskan sepenuhnya daripada musuh dan seluruh Somalia juga akan dibebaskan,” katanya kepada media.

Kumpulan militan yang mempunyai kaitan dengan al-Qaeda itu dilaporkan meninggalkan kedudukan utama mereka di Mogadishu sejak kelmarin.

Lokasi itu kemudian dikawal tentera kerajaan.

Kata Sharif, kerajaan amat gembira dengan perkembangan itu yang dicapai hasil perjuangan getir tentera Somalia terhadap pemberontak.

Somalia dengan sokongan tentera Kesatuan Afrika memerangi kumpulan Shebab di Mogadishu bagi membolehkan bantuan kemanusiaan disampaikan kepada mangsa perang di situ.


Dianggarkan kira-kira 12 juta warga Somalia berdepan masalah kebuluran akibat krisis di negara berkenaan. Kata Sharif, Somalia berdepan dengan dua musuh ketika ini.

“Satu daripadanya ialah Shebab, manakala satu lagi ialah penjenayah di kalangan penduduk setempat yang merompak orang awam,” katanya. - AFPhmetro

Helikopter tentera AS terhempas, 31 terbunuh

PULI ALAM, Afghanistan 6 Ogos - Sebanyak 31 orang anggota pasukan khas Amerika Syarikat (AS) dan tujuh tentera tempatan terbunuh apabila helikopter yang mereka naiki terhempas akibat terkena tembakan roket pejuang Taliban di sini, semalam.
Menurut jurucakap pejabat Gabenor Wardak, helikopter Chinook itu terhempas dalam serangan militan Taliban di timur wilayah Wardak, di barat daya Kabul.
Jurucakap Taliban, Zabiullah Mujahid mengesahkan kumpulan militan itu bertanggungjawab terhadap serangan tersebut.
Sebanyak 25 mangsa yang terbunuh terdiri daripada anggota tentera marin AS, lapor rangkaian televisyen ABC News.
Ia merupakan nahas terburuk membabitkan tentera asing di Afghanistan sejak tentera AS dan barat menawan negara ini pada 2001.
Kali terakhir korban terbesar membabitkan tentera bersekutu di Afghanistan ialah pada 2005 apabila 16 tentera AS terbunuh dalam serangan roket Taliban ke atas helikopter Chinook di wilayah timur Kunar.
Komander tentera Afghan bagi wilayah itu, Jeneral Abdul Razeq mengesahkan helikopter itu ditembak jatuh akibat terkena tembakan roket musuh. - AFPutusan

Jurutera maut, kereta rempuh belakang bas


BEGINILAH keadaan bas ekspres dan kereta Perodua Myvi yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 297.1, Lebuh Raya Utara Selatan, semalam.

KUALA LUMPUR 6 Ogos - Tindakan dua lelaki yang menaiki sebuah kereta memaksa seorang pemandu bas ekspres berhenti di lorong kecemasan lebuh raya awal pagi ini mengundang padah apabila bas itu dirempuh oleh sebuah kereta lain mengakibatkan pemandunya terbunuh.
Kejadian pukul 1.30 pagi di Kilometer 297.1, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran susur keluar Bangi itu berlaku ketika bas tersebut dalam perjalanan dari Manjung, Perak ke Johor Bahru, Johor.
Bas itu kemudian dipintas dan diarah berhenti oleh kereta yang dinaiki oleh dua lelaki terbabit yang mendakwa kenderaan mereka telah bergesel dengan bas tersebut sebelum itu.
Sebaik sahaja bas tersebut berhenti, dua lelaki itu turun untuk memeriksa sisi kanan belakang kenderaan tersebut bagi mencari kesan geselan seperti didakwa mereka.
Tidak lama kemudian, sebuah kereta Perodua MyVi yang dipandu oleh seorang jurutera penyelenggara, Yoong Hou Chin, 36, gagal mengelak daripada merempuh belakang bas yang sedang berhenti itu sebelum kenderaannya terbabas dan melintang di tengah lebuh raya.
Difahamkan, salah seorang lelaki yang meminta bas ekspres berhenti sebelum itu turut mengalami kecederaan akibat rempuhan tersebut, tetapi dia bersama rakannya bertindak melarikan diri selepas kemalangan itu.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab. Rashid Ab. Wahab berkata, kemalangan itu menyebabkan Hou Chin yang bekerja sebagai jurutera penyelenggara di syarikat Numec Engineering, Jalan Klang Lama mati di tempat kejadian akibat cedera parah.
"Semasa kejadian, mangsa dalam perjalanan pulang ke Seremban, Negeri Sembilan dari ibu negara, manakala bas ekspres membawa 17 penumpang dari Manjung menghala ke Johor.
"Bagaimanapun, semua penumpang bas itu tidak mengalami kecederaan dan meneruskan perjalanan dengan menaiki bas lain," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini, hari ini.
Difahamkan, salah seorang daripada penumpang bas berkenaan adalah pegawai penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang sedang menjalankan tugas pemantauan terhadap pemandu bas ekspres dengan menyamar sebagai penumpang.
Abd. Rashid berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.utusan

Lima lemas terjun sungai



ORANG ramai melihat mayat seorang lelaki yang lemas selepas terjun ke dalam Sungai Muda di Kuala Lengkuas, Bukit Selambau, Sungai Petani, Kedah, semalam.


SUNGAI PETANI 6 Ogos - Lima lelaki yang sedang leka berjudi ditemui mati lemas hari ini selepas terjun ke dalam Sungai Muda di Kuala Lengkuas, Bukit Selambau dekat sini ketika cuba mengelak daripada ditahan polis dalam satu serbuan petang semalam.
Kesemua mereka merupakan warga tempatan berusia antara 40 hingga 60 tahun ditemui terapung di sungai berkenaan selepas operasi mencari dan menyelamat dijalankan pihak berkuasa.
Mayat pertama ditemui pukul 2 petang, diikuti mayat kedua pukul 5.30 petang tidak jauh dari lokasi mereka dikatakan terjun.
Mayat ketiga pula ditemui pukul 7.30 petang manakala dua mayat terakhir ditemui serentak pukul 7.45 petang ini.
Seorang penduduk kampung yang mahu dikenali sebagai Lai berkata, lebih 30 lelaki dikatakan bermain judi di kawasan semak hujung kampung itu kira-kira pukul 6 petang semalam.
"Selepas menyedari polis mengadakan serbuan, kesemua mereka melarikan diri dan ada yang bertindak terjun ke dalam sungai untuk mengelak daripada ditangkap," katanya ketika ditemui pemberita di tempat kejadian hari ini.
Mingguan Malaysia difahamkan, tujuh daripada mereka terjun ke dalam sungai itu ketika serbuan. Dua lagi dipercayai dapat menyelamatkan diri.
Lai berkata, kumpulan itu dikesan bermain judi di kawasan tersebut sejak beberapa minggu lalu.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hashim Ali ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.
Katanya, serbuan dilakukan sepasukan anggota dan pegawai dari Bahagian Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman berjaya menahan 12 lelaki yang terlibat dalam perjudian yang dinamakan 'judi belangkas' itu.
"Mayat kesemua lima lelaki itu dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim untuk bedah siasat," katanya.utusan

29,000 korban akibat kemarau



Seorang kanak-kanak yang kekurangan zat makanan menangis ketika menerima rawatan di Hospital Banadir di Mogadishu. - REUTERS


NAIROBI, Kenya 6 Ogos - Krisis kemarau dan kebuluran di Somalia telah mengorbankan lebih 29,000 orang terutama kanak-kanak di bawah umur lima tahun dalam tempoh tiga bulan lalu, menurut anggaran Amerika Syarikat (AS).
Seorang pegawai bantuan kerajaan AS, Nancy Lindborg memaklumkan kepada jawatankuasa Kongres di Washington Rabu lalu mengenai angka itu, yang kebanyakan berlaku di selatan Somalia.
Angka itu berdasarkan tinjauan pemakanan dan kematian yang disahkan oleh Pusat Pengawalan dan Pencegahan Penyakit AS.
Anggaran itu adalah yang pertama dikeluarkan mengenai angka korban akibat krisis kebuluran di negara Tanduk Afrika itu.
Sebelum ini, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan, berpuluh-puluh ribu rakyat Somalia telah mati akibat kemarau di negara itu, tanpa memberi angka rasmi, krisis terburuk dalam tempoh 60 tahun.
Menurut PBB, 640,000 kanak- kanak Somalia lagi turut berhadapan kekurangan makanan yang serius, statistik yang menunjukkan angka kematian kanak-kanak akan meningkat.
Dalam pada itu, PBB turut mengumumkan tiga lagi penambahan zon kebuluran di Somalia, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan zon kebuluruan kini berjumlah lima wilayah yang meliputi 7.5 juta penduduk.
Menurut PBB, 3.2 juta rakyat Somalia kini memerlukan bantuan segera.
Namun, usaha membawa masuk bantuan ke negara ini adalah sukar ekoran rangkaian kumpulan al- Qaeda, al-Shabab menguasai kebanyakan wilayah yang tandus di negara ini.
Al-Shabab menafikan kebuluran berlaku di kawasan mereka dan tidak mahu memberikan akses kepada Program Makanan Dunia.
utusan