Pages

Monday, August 8, 2011

Mati bakar sampah

SEDIH...Radiah reda kematian suami. Gambar kecil, Mat Yaakob.
SEDIH...Radiah reda kematian suami. Gambar kecil, Mat Yaakob.
JITRA: Seorang warga emas rentung separuh badan selepas terbakar sebaik tiba-tiba rebah dipercayai terhidu asap tebal ketika membakar sampah di rumahnya di Kampung Batas, Napoh, di sini tengah hari kelmarin.
Ketika kejadian kira-kira jam 1.30 tengah hari itu, mangsa, Mat Yaakob, 64, sedang membakar sampah seorang diri walaupun ditegah isterinya, Radiah Abdul Hamid, 55, kerana ketika itu cuaca panas.

Difahamkan, api sampah yang dibakar itu marak dengan tinggi menyebabkan mangsa yang tidak sedarkan diri rentung dari bahagian pinggang hingga ke kaki ketika ditemui adik iparnya.

Radiah yang menghidap penyakit angin ahmar berkata, sebelum kejadian dia sudah melarang arwah membakar sampah kerana waktu itu cuaca panas terik, tetapi dia degil dan terus membakar sampah sebelum api merebak membakar rumput kering di kawasan sekitar.

Mangsa dipercayai meninggal dunia di tempat kejadian berkemungkinan akibat terhidu asap tebal sebelum rebah dan dibakar api yang sedang marak sebelum ditemui adik iparnya (Kalsom, 50) yang mencari abang iparnya itu, jam 2 petang.

Menurut Radiah, dia berasa tidak sedap hati apabila suaminya tidak kelihatan selepas api sampah itu menjulang tinggi dan menghubungi adiknya yang berjiran supaya mencari arwah.


Beliau berkata, dia yang tidak sihat hanya mampu menghubungi Kalsom meminta bantuan mencari suaminya dan mungkin mampu menyelamatkan arwah jika mampu bergerak.

“Kalsom dan suaminya, Khamis Mat Taib, 59, kemudian berlari dan memberitahu mak cik bahawa suami sudah meninggal dunia dalam keadaan tangannya mengerekot serta badannya sudah tidak bergerak.
“Mak cik tak tahu nak cakap apa ketika itu dan cuma mampu menangis serta meraung sekuat hati kerana kejadian berlaku terlalu pantas, namun reda dengan apa yang berlaku,” katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini.

Radiah berkata, arwah suaminya menunjukkan perubahan sikap malam kelmarin apabila makan terlalu banyak ketika berbuka seolah-olah buat kali terakhir.

Katanya, dia turut menegur suaminya supaya makan dengan perlahan dan jangan banyak makan kuih manis kerana dia menghidap penyakit kencing manis, darah tinggi dan asma.

“Mak cik terkilan hasrat arwah berbuka puasa dengan keluarga anak sulung, Mahathir Mat di rumah mereka di Kuala Muda, Sungai Petani tidak tercapai,” katanya.

Pasangan itu yang memiliki tujuh anak berusia antara 13 dan 40-an tinggal bersama dengan anak bongsu mereka.

Jenazah mangsa dibawa ke Bilik Mayat Hospital Jitra untuk pemeriksaan sebelum dituntut keluarganya untuk dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Bendang Perang selepas solat Tarawih.hmetro

2 terselamat


BERTUNGKUS-LUMUS...pasukan penyelamat mencari mangsa yang terperangkap dalam tanah runtuh, malam tadi.
BERTUNGKUS-LUMUS...pasukan penyelamat mencari mangsa yang terperangkap dalam tanah runtuh, malam tadi.


ANGKAT...mangsa yang berjaya diselamatkan, malam tadi.
ANGKAT...mangsa yang berjaya diselamatkan, malam tadi.




CAMERON HIGHLANDS: Tujuh penduduk Orang Asli terbunuh, manakala dua cedera apabila lima rumah di perkampungan Orang Asli Sungai Ruil, Tanah Rata, di sini, ditimbus tanah runtuh dalam kejadian hujan lebat, kira-kira 5.45 petang semalam.Dalam kejadian itu, tiga daripada lima rumah terbabit tertimbus menyebabkan nasib semua penghuninya belum diketahui.Sehingga tengah malam tadi, sumber mengesahkan mangsa maut ialah empat wanita dan tiga lelaki.Ketua Polis daerah Cameron Highlands Deputi Superintendan, Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, mangsa yang maut bersama dua yang cedera dibawa ke Hospital Hajah Kalsom, Tanah Rata, sebelum dipindahkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh, kira-kira 10 malam tadi.Mangsa yang pertama dikeluarkan dari tempat kejadian jam 6.30 petang manakala dua yang cedera dikenali Bah Anjang Besar Alang, 39, dan remaja perempuan, Strry Priry, 15.Katanya, pasukan penyelamat termasuk polis, anggota bomba dan penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan unit anjing pengesan dihantar ke tempat kejadian.Sehingga ini, katanya, penghuni dua rumah yang terkena runtuhan itu sudah diselamatkan dan dibawa ke tempat lebih selamat.Sumber berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan kejadian itu berpunca daripada runtuhan lereng bukit yang ditarah bagi membangunkan projek perumahan berdekatan tempat kejadian.


Mangsa tanah runtuh stabil

ANGGOTA bomba dan penyelamat mengeluarkan seorang mangsa yang terperangkap dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Orang Asli Sungai Ruil dekat Tanah Rata, Cameron Highlands. Foto: L Manimaran (08/08/2011)
ANGGOTA bomba dan penyelamat mengeluarkan seorang mangsa yang terperangkap dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Orang Asli Sungai Ruil dekat Tanah Rata, Cameron Highlands. Foto: L Manimaran (08/08/2011)
IPOH: Dua mangsa tragedi tanah runtuh di Cameron Highlands yang dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun berada dalam keadaan stabil.Serry Priska a/p Saari, 15, disahkan patah kaki kanan manakala bapa saudaranya, Bah Anjang Besar a/k Alang, 39, patah tulang punggung dan bahu. EXCO Kesihatan Perak, Datuk Dr Mah Hang Soon, yang melawat mangsa sebentar tadi mengesahkan mangsa stabil.bharian

Gempa bumi lemah dikesan berhampiran Laut Jawa

KUALA LUMPUR: Satu gempa bumi berukuran 4.9 pada skala Richter dikesan berhampiran Laut Jawa, Indonesia, kira-kira jam 10.35 pagi tadi.Berdasarkan satu kenyataan Jabatan Meteorologi, pusat gempa terletak di kedudukan 166 kilometer dari Timur Laut Semarang, Indonesia dan 758 kilometer dari Barat Daya Lubok Antu, Sarawak. Tiada ancaman tsunami dikesan susulan gempa itu. - BERNAMAbharian

Tanah runtuh: Lapan jam keluarkan mangsa

MANGSA yang maut dalam tragedi tanah runtuh dibawa menaiki trak untuk dihantar ke hospital di Kampung Orang Asli Sungai Ruil dekat Tanah Rata, Cameron Highlands. Foto: L Manimaran (08/08/2011)
MANGSA yang maut dalam tragedi tanah runtuh dibawa menaiki trak untuk dihantar ke hospital di Kampung Orang Asli Sungai Ruil dekat Tanah Rata, Cameron Highlands. Foto: L Manimaran (08/08/2011)
ANGGOTA bomba dan penyelamat bertungkus lumus menggunakan jengkaut untuk mengeluarkan mangsa yang terperangkap di Kampung Orang Asli Sungai Ruil dekat Tanah Rata, Cameron Highlands. Foto: L Manimaran (08/08/2011)
ANGGOTA bomba dan penyelamat bertungkus lumus menggunakan jengkaut untuk mengeluarkan mangsa yang terperangkap di Kampung Orang Asli Sungai Ruil dekat Tanah Rata, Cameron Highlands. Foto: L Manimaran (08/08/2011)
IPOH: Pasukan mencari dan menyelamat mengambil masa lapan jam untuk mengeluarkan sembilan mangsa dalam kejadian tanah runtuh di perkampungan Orang Asli Sungai Ruil, di sini.Pengarah Bomba Pahang Datuk Abdul Wahab Mat Yasin berkata operasi bermula jam 6.15 petang dan ditamatkan pada jam 2.15 pagi tadi selepas mangsa terakhir ditemui kira-kira jam 1.20 pagi. Katanya, operasi membabitkan 248 anggota dan pegawai daripada pelbagai agensi termasuk Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat, pasukan Smart dan Majlis Perbandaran Cameron Highlands.
Beliau berkata sebanyak tiga jentolak digunakan untuk mengalih timbunan tanah serta anjing pengesan dari Jabatan Bomba dan Penyelamat bagi membantu mengesan kedudukan mangsa.Kejadian itu mengorbankan tujuh nyawa termasuk empat wanita manakala dua lagi cedera parah. />Mangsa yang maut ialah Normadiah Lasik, 69, Ali Hassan, 50, Jaafar, 49, Mohd Ikbal Jaafar, 15, Sara Gunung, 37, Norma Gunung, 51, dan Yusnizan Yusof, 22, dan mayat dihantar ke Hospital Sultanah Hajjah Kalsom, Tanah Rata untuk bedah siasat.Sementara itu, dua mangsa yang cedera iaitu Bah Anjang Besar a/l Anjang, 39, dan Serry Priary a/p Suri, 15, dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk rawatan lanjut. - BERNAMA bharian

Letupan di rumah puak Syiah, enam maut

BAGHDAD 8 Ogos – Sekurang-kurangnya enam terbunuh dalam insiden letupan di sebuah rumah yang dipercayai didiami sebuah keluarga puak Syiah di bandar Sunni, selatan ibu kota Iraq, awal pagi ini.
Letupan tersebut turut memusnahkan beberapa buah rumah di Iskandiriyah yang terletak dalam kawasan kejadian.
Seorang doktor di hospital berhampiran bandar Hilla, Mohammed al-Shammari berkata, seramai enam maut manakala 11 cedera ketika letupan berlaku. – AFPutusan

Empat anggota tentera NATO terbunuh di Afghanistan

KABUL 8 Ogos – Seramai empat anggota tentera Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) terbunuh dan dua daripadanya merupakan tentera Perancis dalam dua serangan berasingan, sehari selepas kejadian helikopter tentera Amerika Syarikat (AS) terhempas yang mengorbankan 38 orang.
Dua daripadanya terbunuh dalam serangan kumpulan pemberontak di selatan Afghanistan manakala dua lagi dalam kejadian di timur negara ini, lapor Bantuan Keselamatan Antarabangsa (ISAF).
ISAF bagaimanapun tidak mengeluarkan butiran lanjut berhubung insiden tersebut. – AFPutusan

Serangan tentera Syria, 52 penduduk awam maut

NICOSIA 8 Ogos – Sekurang-kurangnya 42 penduduk di bandar Deir Ezzor terbunuh manakala 10 maut di bandar Hula selepas kereta kebal pasukan tentera Syria menggempur dua bandar tersebut hari ini.
“Seramai 42 penduduk di Deir Ezzor terbunuh dan lebih 100 cedera apabila pasukan keselamatan melancarkan tembakan.
“Manakala di Hula, 10 maut selepas pihak tentera menggempur kawasan tersebut,” kata Ketua Liga Hak Asasi Manusia Syria, Abdel karim Rihawi. – AFPutusan

Putera Alwaleed, paling berpengaruh di dunia Arab


RIYADH: Pengerusi Kingdom Holding Company (KHC) Putera Alwaleed bin Talal telah dinobatkan sebagai orang Arab paling berpengaruh tahun ini oleh Majalah Middle East.
Ini merupakan tahun ketiga berturut-turut, Putera Alwaleed mendapat tempat pertama antara 50 tokoh dalam senarai berkenaan.
Menurut majalah itu, “Putera Alwaleed yang merupakan seorang jutawan dan ahli perniagaan, juga seorang dermawan yang sangat terkenal di Arab Saudi.”

Dalam keadaan politik yang tidak menentu sekarang, usaha Putera Alwaleed untuk menyatu padukan rakyat yang mempunyai budaya dan agama yang berbeza dan juga usahanya untuk mengurangkan penderitaan manusia, telah mendapat pengiktirafan dunia.


Putera Alwaleed juga dikenali sebagai seorang ahli perniagaan yang sering mencari peluang perniagaan baru dan projek yang selari dengan naik turun ekonomi. - Agensihmetro

Tottenham dilanda rusuhan: 26 cedera

ROSAK TERUK...kerosakan bangunan awam yang disebabkan keganasan perusuh 
di Tottenham. Pegawai Scotland Yard menganggap kejadian itu “tidak dapat diterima sama sekali.”
ROSAK TERUK...kerosakan bangunan awam yang disebabkan keganasan perusuh di Tottenham. Pegawai Scotland Yard menganggap kejadian itu “tidak dapat diterima sama sekali.”
LONDON: Seramai 26 polis cedera semalam dalam rusuhan yang tercetus dua hari selepas seorang lelaki ditembak mati pihak berkuasa.
Menurut Scotland Yard, sekurang-kurangnya seorang anggota polis mengalami kecederaan kepala selepas penunjuk perasaan bertempur dengan pasukan keselamatan di Tottenham, utara London.
DUGGAN...mati ditembak selepas dituduh menyerang polis.
Kenyataan agensi keselamatan itu berkata, masih berlaku beberapa keganasan sesekali di kawasan Tottenham membabitkan sejumlah kecil perusuh.
Pegawai kanan Scotland Yard, Adrian Hanstock, berkata polis kini mengambil langkah perlu bagi menangani keadaan itu.
Foto
BERI BANTUAN...polis antirusuhan membantu perusuh yang cedera sebelum menahannya.
“Kejadian malam semalam (kelmarin) sama sekali tidak dapat diterima. “Tingkah laku penjenayah terbabit meletakkan anggota polis, bomba dan orang awam berdepan risiko besar,” katanya.

Foto
DIJILAT API...sebuah bangunan dibakar perusuh, semalam.
Kelmarin, seorang “gengster”, Mark Duggan, ditembak mati selepas kenderaannya diekori polis di Tottenham dalam operasi penyamaran pihak berkuasa.

Foto
TAK TERKAWAL...ratusan anggota polis terpaksa dikerah menghadapi rusuhan.


Duggan, 29, didakwa melepaskan tembakan ke arah skuad elit Scotland Yard, CO19, sebelum pihak berkuasa membalas tembakan berkenaan beberapa detik kemudian.Suspek mati di tempat kejadian, manakala seorang polis yang terbabit dalam kejadian itu cedera, tetapi dibenarkan pulang selepas mendapatkan rawatan di hospital.Hanstock berkata, polis kesal dengan kematian Duggan dan kes berkenaan kini disiasat badan bebas.Memang tragik apabila seseorang terbunuh, tetapi ia tidak memberikan kumpulan penjenayah yang minoriti hak untuk merosakkan kehidupan masyarakat setempat,” katanya.Kata Hanstock, pada peringkat awal, tiada sebarang tanda menunjukkan protes itu akan merebak, tetapi polis percaya ada pihak tertentu yang tidak berkaitan mengambil kesempatan mencetuskan huru-hara dan menyerang pihak berkuasa.Polis percaya apa yang berlaku ini tidak dikehendaki orang ramai,” katanya.Sehingga malam tadi, 42 orang ditahan berhubung insiden itu.Setiausaha Dalam Negara, Theresa May, berkata pihak berkuasa tidak boleh bertolak-ansur terhadap tindakan mengancam keselamatan orang awam.Saya memberikan sokongan penuh kepada pasukan polis yang mengawal keadaan di situ,” katanya.Datuk Bandar London, Boris Johnson, berkata dia terkejut melihat kesan rusuhan di Tottenham.Polis memberi jaminan akan melakukan apa yang termampu bagi memulihkan semula keadaan di bandar itu,” katanya.Lebih 100 anggota keselamatan dan polis antirusuhan ditugaskan menghadapi lebih 500 perusuh yang didakwa mahu menuntut pembelaan atas kematian Duggan itu. - DMhmetro

Susulan serbuan ke gereja: Rasuah orang susah


KUALA LUMPUR: Tindakan gereja yang menggunakan pendekatan membantu golongan susah dan kemudian menarik mereka secara perlahan-lahan untuk menganut Kristian adalah rasuah yang tak bermoral.
Bekas Pengerusi Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Datuk Mohd Nakhaie Ahmad berkata, perbuatan itu yang dilaksana pendakwah Kristian jelas terkeluar daripada ajaran sebenar agama terbabit yang mengetengahkan pembentukan moraliti. “Tindakan gereja itu satu rasuah yang tak bermoral apabila menggunakan orang susah, membantu mereka dan kemudian menarik mereka perlahan-lahan menganut Kristian.

“Kita tahu cara itu bukan ajaran Kristian sebab didikannya sangat mementingkan pembentukan moral, tapi apa yang dibuat itu adalah daripada pendakwahnya yang tidak bermoral.

“Kalaupun mungkin terdesak untuk mendapatkan penganut, mereka (gereja) tak boleh melanggar moral, nilai Kristian...tetapi apa yang saya bimbang golongan ini gunakan Kristian untuk rosakkan negara kita,” katanya, semalam.

Ahli Majlis Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) itu menjelaskan, keamanan dalam Malaysia selaku negara Islam berkemungkinan besar dicemburui pihak tertentu yang cuba merosakkannya dengan pelbagai cara.

“Kami tahu negara Islam banyak yang bergolak disebabkan campur tangan negara asing, penjajah dan sebagainya, (jadi) saya bimbang ia berlaku di negara kita (menerusi pendekatan di gunakan gereja) sedangkan ajaran Kristian tidak membenarkan begitu.



“Tak ada masalah kalau mahu mengajar, ajarlah...tetapi jangan sampai menggunakan orang susah, konon membantu mereka dan tarik mereka untuk menukar agama.....tak wajar,” katanya.

Beliau juga bersetuju pembongkaran Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) terhadap perkara itu suatu yang perlu dilakukan bagi menyedarkan semua pihak sekali gus menggerakkan usaha mengekang penularan aktiviti itu.
Katanya, selain Jais, polis juga perlu sama menyiasat perkara terbabit sama ada wujud kemungkinan campur tangan pihak luar yang berselindung di sebalik gerakan gereja untuk mengucar-kacirkan keamanan negara.

“Perkara ini kalau tidak didedahkan akan berlaku krisis agama....lagi parah seperti yang berlaku di negara lain, mungkin akan ada orang Islam ekstrim yang bertindak membakar gereja, kita tak nak ia berlaku.

“Jadi sudah tiba masanya umat Islam bersatu atas dasar akidah walaupun berbeza fahaman politik. Kita kena tegas dalam soal akidah. Jangan ada ahli politik yang menggunakan isu ini dalam tawar menawar politik,” katanya.hmetro

Penggodam balas dendam

LAS VEGAS: Sekumpulan penggodam semalam mendakwa berjaya menceroboh dan memusnahkan banyak laman sesawang agensi polis Amerika Syarikat sebagai tindak balas penahanan seorang remaja.
Menggelar diri mereka sebagai AntiSec - singkatan kepada anti-security - mereka mendakwa mendedahkan banyak maklumat rahsia yang pasti memalukan pegawai polis di seluruh AS.

“Kami melakukan ini sebagai tanda sokongan terhadap Topiary dan Anonymous PayPal LOIC serta tahanan politik lain yang berdepan dengan sistem mahkamah yang menyeleweng,” kata kumpulan itu. Awal minggu lalu, remaja Britain, Jack Davis, 18, dibenarkan diikat jamin selepas ditahan kerana disyaki menjadi jurucakap kumpulan penggodam Lulz Security (LulzSec) dan Anonymous.

Davis - menggunakan nama samaran Topiary di dunia siber - dituduh menceroboh pelbagai laman sesawang sensitif, termasuk milik Agensi Jenayah Berat Britain. - AFPhmetro

Melucah dalam kokpit

HONG KONG: Syarikat penerbangan Cathay Pacific semalam berkata, mereka menjalankan “siasatan penuh” ke atas penyebaran sejumlah gambar didakwa menunjukkan seorang kru melakukan seks oral terhadap juruterbang di udara.
Jurucakap Cathay Pacific berkata, setakat ini syarikat penerbangan Hong Kong itu mendapati ada kemungkinan pramugari yang dipaparkan dalam gambar berkenaan adalah kru kabin mereka.

“Siasatan masih diteruskan dan kami tiada sebarang komen lanjut setakat ini,” katanya.

Kenyataan itu dibuat selepas beberapa media tempatan menyiarkan beberapa gambar menunjukkan seorang wanita berpakaian merah seperti seragam Cathay Pacific melakukan seks oral ke atas seorang lelaki.

Lelaki terbabit didakwa juruterbang syarikat berkenaan, tetapi melalui gambar itu, dia kelihatan tidak memakai pakaian seragam juruterbang.

Jurucakap Cathay Pacific berkata, tiada bukti menunjukkan aksi lucah itu berlaku dalam penerbangan.


“Kami juga mendapati tiada sebab untuk percaya bahawa aspek keselamatan diabaikan ketika itu,” katanya.

Dalam komen berasingan kepada akhbar South China Morning Post, seorang jurucakap Cathay Pacific berkata, satu daripada gambar berkenaan diambil dalam ruang kokpit pesawat mereka.
“Tidak dapat dipastikan sama ada ia berlaku ketika pesawat di udara atau bukan,” katanya. Laporan menyatakan, gambar itu didakwa tersebar luas di ruangan forum Internet untuk juruterbang.

Sumber berkata, individu yang dirakam dalam aksi lucah itu sebenarnya pasangan kekasih.

Akhbar Apple Daily pula melaporkan, juruterbang itu- seorang warga asing - mengemukakan saman kepada akhbar dengan mendakwa gambar berkenaan dicuri dari komputer peribadinya.

Dia juga mendakwa membuat laporan polis mengenai kejadian berkenaan. - AFPhmetro

7 mati tertimbus


ANGGOTA Bomba dan Penyelamat bertungkus-lumus berusaha mengeluarkan mangsa yang terperangkap di Kampung Orang Asli Sungai Ruil dekat Tanah Rata, Cameron Highlands, semalam.
ANGGOTA Bomba dan Penyelamat bertungkus-lumus berusaha mengeluarkan mangsa yang terperangkap di Kampung Orang Asli Sungai Ruil dekat Tanah Rata, Cameron Highlands, semalam.

dua lagi parah dalam kejadian tanah runtuh hempap lima rumah di Sungai Ruil, Cameron highlands

CAMERON HIGHLANDS: Tujuh terbunuh dan dua parah dalam kejadian tanah runtuh di Perkampungan Orang Asli Sungai Ruil, Tanah Rata, di sini, pada jam 5.45 petang semalam.

Mayat mangsa pertama ditemui jam 6.30 petang manakala tiga mayat terakhir termasuk bayi ditemui jam 1.30 pagi.
Dua mangsa yang cedera belum dikenal pasti.
Ketua Polis Daerah Cameron Highlands Deputi Superintendan Wan Mohd Dahari Wan Busu, berkata mayat pertama seorang wanita dikeluarkan pada jam 6.30 petang, manakala lelaki jam 11.25 malam. Dua lagi masing-masing jam 12.25 pagi dan 12.35 pagi. Tiga mangsa terakhir dikeluarkan jam 1.30 pagi.

“Dalam kejadian di perkampungan yang terletak di bawah bukit itu, lima rumah tertimbus dengan empat daripada tertimbus sepenuhnya,” katanya.

Kejadian tanah runtuh terbabit dipercayai berpunca akibat hujan lebat di kawasan berkenaan sejak jam 4 petang dan sebuah pondok polis sudah dibuka sejurus kejadian itu bagi menyelaras aktiviti menyelamat oleh semua pihak terbabit.

“Kawasan yang tertimbus membabitkan 13 meter panjang dan 50 meter lebar selepas tanah pada ketinggian 100 meter runtuh,” katanya.
Katanya, pasukan penyelamat terdiri daripada 100 anggota bomba dan penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), polis, Majlis Daerah Cameron Highlands dan dibantu orang awam sedang bertungkus-lumus melakukan kerja mencari dan menyelamat (SAR) di tempat kejadian.

“Satu platun Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) juga digerakkan untuk memberi bantuan menyelamat,” katanya.
Wan Mohd Dahari berkata, tugas SAR mungkin berdepan kesukaran kerana keadaan gelap.

Sementara itu, Timbalan Komander Operasi Komuniti, Kecemasan dan Bertindak Cameron Highlands, R Ramakrishnan, berkata pasukan penyelamat sudah memindahkan beberapa penduduk dari rumah berdekatan kejadian itu ke kawasan selamat di Dewan SRJK Cina, Brinchang. bharian

Tanah runtuh: 3 maut, 3 masih hilang


KEADAAN kawasan kejadian tanah runtuh di Perkampungan Orang Asli, Sungai Ruil, Brinchang, Tanah Rata, pagi tadi. - Foto Sairien Nafis


CAMERON HIGHLANDS: Tiga wanita terbunuh manakala tiga lagi, dua lelaki dan seorang wanita, cedera parah dalam kejadian tanah runtuh di perkampungan Orang Asli Sungai Ruil, Brinchang di sini hari ini. 
Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, DSP Wan Mohd Zahari Wan Busu, berkata kejadian pada 5.45 petang semalam berlaku semasa hujan lebat.

Ketiga-tiga mangsa yang terbunuh belum dikenal pasti manakala yang cedera ialah Bah Anjang Besar a/l Alang, 39, Serry Priary a/p Saari, 15, dan Ali Hassan, 50.
Tiga lagi mangsa dikhuatiri tertimbus terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita.

Pasukan bomba menemui mayat mangsa pada kira-kira 6.15 petang manakala dua yang cedera parah berjaya dikeluarkan kira-kira 20 minit kemudian.

Mayat wanita dan dua yang cedera itu dihantar ke Hospital Sultanah Hajjah Kalsom di Tanah Rata di sini.

Mangsa ketiga yang cedera, Ali dijumpai oleh pasukan penyelamat pada kira-kira 11.25 malam tadi dan dimasukkan ke hospital sama.
Dua lagi mangsa yang terkorban dijumpai pada kira-kira 12.25 tengah malam dan 12.35 tengah malam tadi.

Wan Mohd Zahari berkata tiga rumah terbabit dalam kejadian itu.

Lebih 100 anggota polis, bomba, Jabatan Pertahanan Awam dengan bantuan penduduk menjalankan usaha mencari sehingga tengah malam tadi.

Perkampungan berkenaan terletak kira-kira 2 kilometer dari Jalan Brinchang ke Tanah Rata dan pasukan penyelamat terpaksa berjalan kaki masuk ke kawasan kejadian. - BERNAMA bharian

Tanah runtuh: Satu lagi mayat dikeluarkan


ANGGOTA bomba dan penyelamat menggunakan jengkaut untuk mengeluarkan enam lagi mangsa yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di perkampungan Orang Asli Sungai Ruil di Tanah Rata, Cameron Highlands. - Foto NSTP


IPOH: Seorang lelaki mangsa tanah runtuh ditemui malam ini di perkampungan Orang Asli di Sungai Ruil, Tanah Rata, Cameron Highlands, menjadikan jumlah korban dua orang setakat ini, 
Mayat kedua itu dikeluarkan dari celah runtuhan jam 11.25 malam.

Anggota penyelamat kini menumpukan usaha mengeluar lima lagi mayat dari celah runtuhan lima rumah yang tertimbus dalam kejadian jam 5 petang tadi.bharian

Majlis Fatwa gesa siasat isu gereja

KUALA LUMPUR: Majlis Fatwa Kebangsaan mahu pihak berkuasa menyiasat segera motif sebenar umat Islam dijemput menghadiri majlis makan malam di sebuah gereja di Petaling Jaya, baru-baru ini. 
Pengerusinya, Prof Tan Sri Dr Abd Shukor Hussin yang kesal dengan kejadian itu turut mempersoalkan kenapa majlis itu diadakan ketika umat Islam menjalani ibadat puasa.

“Jika ia bertujuan untuk mempengaruhi individu supaya menukar agama, perkara itu jelas bertentangan dengan Perlembagaan negara.
“Jika ia sekadar program makan malam, ia tidak sesuai kerana itu adalah waktu berbuka puasa dan diadakan di gereja. Jadi kita kena tengok apa motif sebenar,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam. 

Baru-baru ini, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyerbu Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) di Petaling Jaya kerana mengadakan majlis yang turut dihadiri umat Islam. 

Majlis itu dianjurkan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang disyaki berselindung di sebalik kegiatan kebajikan dengan menawarkan wang tunai, tempat tinggal dan makan percuma kepada golongan miskin atau menghadapi masalah kewangan sebelum memesongkan akidah mereka. 

Sebahagian besar sasaran adalah golongan gelandangan dan ibu tunggal yang tidak berpendapatan tetap serta dibebani masalah kewangan. Pendedahan itu dibuat beberapa individu yang pernah menyertai program sama dan seorang daripadanya ditahan dalam serbuan itu. 
Sambil membidas NGO terbabit kerana tidak menghormati sensitiviti Islam terutama di bulan mulia ini, Abd Shukor meminta semua pihak supaya mengelak melakukan perkara sensitif termasuk menjemput orang Islam menghadiri majlis di gereja kerana ia jelas menimbulkan pelbagai tanggapan. 

Abd Shukor juga menegaskan, JAIS tidak boleh dipersalahkan kerana jabatan itu hanya menjalankan tugas. 

Beliau meminta pihak yang menghentam JAIS supaya tidak mengelirukan rakyat mengenai tugas serta peranan jabatan berkenaan. bharian

Pembantu rumah haram banjiri Arab Saudi

RIYADH: Keputusan kerajaan Arab Saudi melarang kemasukan pembantu rumah asing dari Indonesia dan Filipina sejak awal bulan lalu mencetuskan fenomena kebanjiran pembantu rumah haram berikutan permintaan yang tinggi terutama menjelang Ramadan.
Sumber melaporkan, permintaan yang tinggi bagi pembantu rumah ketika bulan Ramadan ini menyebabkan gaji mereka meningkat sehingga 150 peratus.
Kebiasaannya, keluarga Arab Saudi amat bergantung kepada pembantu rumah untuk meringankan beban tugas mereka ketika Ramadan. Ini menyebabkan sebilangan ejen melakukan kegiatan haram dengan menyediakan pembantu rumah terutama kepada keluarga Arab Saudi kaya. Sebelum ini sesebuah keluarga mengambil seorang pembantu rumah dengan gaji bulanan mereka tidak lebih 2,000 riyal (RM1,603) tetapi kini bayaran mereka meningkat kepada 3,000 (RM2,405) hingga 4,000 riyal (RM3,207) sebulan.

Pengerusi Jawatankuasa Pengambilan di Majlis Dewan Perniagaan dan Industri Arab Saudi, Sa’ad Al Baddah, berkata bahawa pejabat merekrut berlesen tidak mempunyai sebarang kaitan dengan kebanjiran pembantu rumah haram terbabit. – Agensi bharian

Buka puasa, imsak berbeza di Burj Khalifa

Waktu terbenam, terbit matahari di tingkat 80 ke atas berbeza
DUBAI: Umat Islam yang menghuni di tingkat 80 dan tingkat lain yang lebih tinggi Burj Khalifa di Dubai dinasihatkan melewatkan waktu berbuka puasa mereka sepanjang Ramadan ini selama dua hingga tiga minit berikutan waktu terbenam matahari yang berbeza, kata Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Dubai. 

Waktu imsak mereka juga adalah dua minit lebih awal berbanding mereka yang tinggal di tingkat lebih rendah, kata jabatan yang sama dalam satu fatwa yang dikeluarkan.

“Penghuni di Burj Khalifa mempunyai waktu berbuka puasa, imsak dan solat Subuh yang berbeza bergantung kepada tingkat berapa mereka tinggal,” kata ketua bahagian fatwa jabatan itu, Ahmad Abdul Aziz Al Haddad.
Beliau berkata, penduduk Islam yang tinggal di tingkat 80 hingga 150 menara tertinggi di dunia itu, perlu menangguhkan waktu berbuka puasa mereka selama dua minit manakala mereka yang berada di tingkat 151 hingga 160 perlu berbuka kira-kira tiga minit lebih lewat. 

“Penghuni di tingkat 80 hingga 150 perlu menunaikan solat Asar dan isyak dua minit lewat manakala solat subuh dua minit lebih awal. 

“Mereka yang menghuni tingkat 150 ke atas perlu melambatkan solat Asar dan Isyak mereka tiga minit tetapi mempercepatkan waktu solat subuh tiga minit lebih awal berbanding waktu yang ditetapkan penduduk di tingkat lebih bawah,” katanya. 

Al Haddad berkata, perbezaan waktu ini bagi bangunan setinggi 160 tingkat itu adalah kerana waktu matahari terbenam bagi penduduk di tingkat atas tetapi penduduk terbabit adalah mula-mula dapat melihat matahari terbit pada awal pagi.” – Agensi
bharian

Apartmen paling kecil di AS


PINTU masuk ke apartmen paling kecil di Amerika Syarikat yang terletak di Manhattan, New York.



MANHATTAN, Amerika Syarikat (AS) - Sebuah apartmen dipercayai yang terkecil di AS, cuma seluas 7.2 meter persegi, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Kediaman tersebut yang dimiliki seorang arkitek, Luke Clark Tyler tidak memiliki dapur atau bilik mandi kerana kesempitan ruang.
Dikenali sebagai 'rumah kotak kasut', apartmen berkenaan dilengkapi sebuah katil sofa, ketuhar gelombang mikro dan peti sejuk mini yang dipasang pada meja tempat dia bekerja.
Tyler, 27, berkongsi bilik air dan tandas dengan tiga pemilik apartmen lain di sebuah bangunan apartmen di pusat bandar di sini.
Dia menyewa apartmen mini itu pada harga cuma AS$800 (RM2,406) sebulan.
Sewa tersebut dianggap murah berikutan harga hartanah di sini yang melambung tinggi. - Agensikosmo

Awan cerut gergasi


AWAN menyerupai cerut yang terbentuk di kaki langit di Devon, barat daya England baru-baru ini. - Agensi

DARTMOUTH, Britain - Sekumpulan nelayan menyangka mereka berada dalam filem seram klasik, The Fog apabila melihat formasi awan luar biasa di kaki langit, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Mereka sedang memancing di atas sebuah bot di Selat Inggeris baru-baru ini apabila awan gergasi mirip sebatang cerut tiba-tiba muncul beberapa kilometer di hadapan dalam kejadian yang berlaku baru-baru ini.
Awan rendah sepanjang 1.6 kilometer itu bergerak ke arah bot mereka, 48 kilometer ke selatan bandar ini dan menyelubunginya beberapa minit kemudian. - Agensikosmo

Huru-hara di utara London


BEBERAPA anggota polis pencegah rusuhan melihat sebuah bangunan dibakar di Tottenham, utara London semalam.



LONDON - Polis berusaha untuk memulihkan ketenteraman di bandar raya ini semalam selepas para perusuh mengamuk di utara London dengan membakar beberapa kenderaan dan bangunan.
Para perusuh itu mengamuk selepas seorang lelaki ditembak mati oleh polis.
Seramai lapan anggota polis cedera dalam kejadian yang berlaku itu.
Salah seorang anggota polis itu cedera di kepala.
Rusuhan itu bermula di Tottenham sebelum matahari terbenam.
Ia kemudian merebak dengan tunjuk perasaan membantah kematian seorang lelaki berusia 29 tahun yang mati semasa polis melepaskan tembakan.
Tunjuk perasaan itu bermula dengan aman di luar sebuah pejabat polis di Tottenham sebelum dua buah kereta polis dibakar dengan bom petrol.
Sebuah bas dua tingkat juga dibakar semasa keganasan berkenaan merebak.
Situasi kemudian dilihat gagal dikawal semasa ratusan orang mengamuk, membakar kedai dan beberapa buah kenderaan.
Terdapat kebimbangan bahawa kekacauan itu berlaku ekoran mesej hasutan di dalam media sosial.
Bagaimanapun, menjelang subuh semalam, polis menyatakan situasi tenang berlaku di Tottenham.
Tiada sebarang tangkapan dilaporkan.
"Berlaku insiden yang membimbangkan untuk penduduk London," kata seorang pegawai polis, Stephen Watson. - AFPkosmo

22 komando AS maut di Afghanistan


GAMBAR fail menunjukkan sebuah helikopter Chinook di sebuah pangkalantentera di daerah Arghandab, Afghanistan.


KABUL - Para pemberontak menembak jatuh sebuah helikopter tentera dalam satu pertempuran di timur Afghanistan menyebabkan 30 rakyat Amerika Syarikat (AS) mati, kata beberapa pegawai AS kelmarin.
Kebanyakan yang mati itu ialah anggota komando Tentera Laut AS iaitu unit SEAL.
SEAL merupakan unit komando elit yang bertanggungjawab melakukan serbuan ke atas persembunyian Ketua Al-Qaeda, Osama bin Laden yang mati ditembak pada awal tahun ini.
Seramai 22 anggota komando SEAL itu terbunuh dalam nahas helikopter tersebut.
Namun, mereka tidak terlibat dalam operasi membunuh Osama pada Mei lalu. Bangkai helikopter itu bertaburan di lokasi kejadian, kata seorang jurucakap Taliban.
Seorang pegawai kanan pentadbiran AS di Washington menyatakan helikopter berkenaan telah ditembak.
Presiden AS, Barack Obama menyatakan kematian anggota-anggota itu merupakan peringatan mengenai pengorbanan yang dilakukan oleh lelaki dan wanita yang berkhidmat dalam ketenteraan.
Turut terbunuh dalam nahas itu ialah tujuh anggota komando Afghanistan.
Helikopter Chinook itu terhempas di wilayah Maidan Wardak pada malam Jumaat lalu. - Agensikosmo

Kapal tangki berlanggar dengan kapal layar


SEBUAH kapal tangki berlanggar dengan sebuah kapal layar di Isle of Wight, Britain kelmarin.

ISLE OF WIGHT - Sebuah kapal layar dilanggar sebuah kapal tangki minyak dalam satu perlumbaan kapal layar di sini kelmarin, lapor sebuah akhbar semalam.
Ratusan orang melihat perlanggaran itu yang melibatkan kapal layar seberat 124,000 tan.
Dua orang dari kapal layar itu tercampak ke dalam laut akibat perlanggaran tersebut.
Kedua-dua orang itu diselamatkan oleh sebuah bot penyelamat dari Southampton.
Seorang anggota pelayaran itu dibawa ke sebuah hospital kerana mengalami kecederaan di kepala.
Para penyiasat kemalangan laut telah diberitahu mengenai kejadian itu.
Layar kapal layar itu tersangkut pada sauh kapal tangki tersebut.
Kapal tangki dari Norway itu dalam perjalanan ke sebuah pusat penapisan minyak di Fawley.- Agensikosmo