Pages

Saturday, January 24, 2015

Muncul setiap 200 tahun


Kuala Lumpur: Asteroid 2004 BL86 bersaiz 500 meter diameter (0.5km) yang menghampiri bumi setiap 200 tahun sekali muncul semula pada Selasa ini, jam 12.20 tengah malam.
Agensi Angkasa Negara (Angkasa) dalam satu kenyataan berkata, Asteroid itu berada paling hampir dengan bumi pada jarak 1.2 juta kilometer atau lebih kurang tiga kali jarak bumi ke bulan.
“Kecerahan Asteroid 2004 BL86 dianggarkan pada magnitud kesembilan dan bergerak pada orbitnya mengelilingi matahari dengan kelajuan 56,420km sejam pada 26 dan 27 Januari.
“Pada kedudukan ini, ia kelihatan bergerak di hadapan bintang dan dapat dilihat hanya menerusi teleskop atau binokular berkuasa tinggi,” menurut kenyataan itu.
Asteroid 2004 BL86 ini ditemukan oleh teleskop Lincoln Near-Earth Asteroid Research (LINEAR) di White Sands, New Mexico pada 30 Januari 2004.
“Penyelidik di seluruh dunia menjangkakan, selepas kemunculan Asteroid 2004 BL86 pada tahun ini, tiada asteroid lain yang diketahui berada paling hampir dengan bumi sehingga tahun 2027.
“Orang ramai tidak perlu bimbang kerana ia tidak mendatangkan bahaya kepada bumi,” menurut kenyataan itu.
Untuk mencerap, orang ramai boleh merujuk kepada buruj Cancer dan tempat pencerapan mestilah jauh daripada pencemaran cahaya di kawasan lapang.
“Observatori Negara Langkawi (ONL) dengan kerjasama Angkasa juga menjalankan pencerapan Asteroid 2004 BL86 pada Selasa ini,” katanya.
Angkasa mengalakkan orang ramai yang memiliki teleskop sendiri, berkongsi gambar di laman sosial Angkasa iaitu Facebook: Agensi Angkasa Negara dan Twitter: angkasamalaysia. Imej yang dimuat naik juga boleh diletakkan hashtag: #ASTEROID2004BL86Malaysia.
Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi ONL di talian 04-966 8870 atau Planetarium Negara di talian 03-2273 4303 dan e-mel di webmaster@angkasa.gov.myplanetariumweb@angkasa.gov.my.– BERNAMA
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 24 January 2015 @ 5:56 AM


- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/26022#sthash.ZyuwaIq5.dpuf

Chupacabras si penghisap darah kambing


Bangkai yang dipercayai sebagai  Chupacabras
Bangkai yang dipercayai sebagai Chupacabras
MONTE PATRIA - CHILE. Sekumpulan petani hidup dalam ketakutan selepas menjumpai dua bangkai misteri yang dipercayai haiwan penghisap darah kambing yang digelar "Chupacabra".

Perternak kambing, Javier Prohens, 45, berkata, bangkai tersebut ditemui di sebuah kilang arak.

"Pada mulanya, kami syak ia adalah bangkai kelawar, tetapi selepas diteliti, ia adalah haiwan lain kerana kepalanya lebih besar dari kelawar.

"Ada yang mengatakan ia seperti Chupacabras," katanya.

Chupacabras adalah sejenis haiwan pelik yang dikenali sebagai  "parisit kambing" yang kebiasaannya ditemui di sekitar selatan dan tengah Amerika Syarikat (AS) dan ia dikatakan boleh melompat seakan-seakan kanggaru.

Haiwan ini dikatakan sejenis haiwan dongeng reptilia yang mempunyai kulit berwana kelabu kehijauan dan berduri tajam di bahagian bawah.

Menurut seorang penternak kambing, Querubin Lebron, 38, penduduk agak bimbang dengan keselamatan binatang ternakan mereka kerana ia adalah punca rezeki mereka.

"Walaupun haiwan tersebut dikatakan hanya menyerang haiwan, tapi siapa tahu jika ia akan menyerang anak-anak kita juga, " katanya dipetik Mirror Online.

Asteroid hampiri Bumi 27 Januari




LAKARAN mengenai Asteroid 2004 BL86 yang mempunyai jarak 1.2 juta kilometer dari Bumi.



KUALA LUMPUR – Peminat bidang astronomi tanah air berpeluang menyaksikan sebuah asteroid yang hanya melintasi Bumi sekali bagi setiap 200 tahun, apabila objek berkenaan akan muncul sekitar pukul 12.20 tengah malam pada 27 Januari ini.
Menurut Agensi Angkasa Negara (Angkasa), asteroid yang diberi nama Asteroid 2004 BL86 itu dijangka berada paling hampir dengan Bumi pada jarak 1.2 juta kilometer (km) atau lebih kurang tiga kali jarak Bumi ke bulan.
Bagaimanapun, Angkasa dan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika Syarikat (NASA) menegaskan, orang ramai tidak perlu bimbang dengan kemunculan asteroid yang mempunyai saiz diameter 0.5 kilometer itu kerana ia tidak mendatangkan bahaya kepada Bumi.
“Kecerahan Asteroid 2004 BL86 dianggarkan pada magnitud kesembilan dan bergerak pada orbitnya mengelilingi Matahari dengan kelajuan 56,420 km sejam pada 26 dan 27 Januari ini.
“Pada kedudukan ini, ia kelihatan bergerak di hadapan bintang-bintang dan dapat dilihat hanya menerusi teleskop atau binokular berkuasa tinggi,” menurut Angkasa dalam satu kenyataan semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0124&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz3PhSGhigS 
Hakcipta terpelihara 

Google Earth bantu temukan anak terpisah ibu selama 25 tahun



AGENSI - BRIERLEY bersama ibu kandungnya setelah hampir 25 tahun terpisah dan ditemukan semula dengan menggunakan aplikasi Google Earth.



CANBERRA, Australia – Seorang lelaki di sini berjaya menemui semula ibu kandungnya setelah terpisah hampir 25 tahun dengan menggunakan bantuan aplikasi Google Earth.
Lelaki tersebut, Saroo Brierley, 29, yang kini menetap di Australia bersama keluarga angkat telah terpisah dengan keluarga kandungnya di Madhya Pradesh, India selepas menaiki kereta api dengan abangnya.
“Ketika itu kami tertidur di sebuah stesen, tetapi sebaik terjaga, abang saya telah tiada di sisi sebelum saya menaiki tren ke Kolkota,” jelas Brierley.
Katanya, kejadian ketika dia berusia empat tahun itu menyebabkan dia menjadi pengemis sebelum sebuah badan kebajikan mengambilnya lalu dijadikan anak angkat kepada sebuah keluarga di Australia,
Setelah tamat pengajian, Brierley memulakan misinya itu dengan menggunakan aplikasi Google Earth dan dalam pencarian itu, dia berjaya mengingati semula persekitaran rumahnya yang terdapat air terjun dan empangan meskipun tidak mengingati nama kampung dan bandar.
Keadaan berubah menjadi sayu saat Brierley melihat wajah ibunya di kampung Khandwa di Madhya Pradesh yang pada awalnya disangkakan telah meninggal dunia.
– Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0124&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_06.htm#ixzz3PhQo9KAG 
Hakcipta terpelihara 

Budak 8 tahun hisap dua kotak rokok sehari


JJ sedang asyik menghisap rokok di rumahnya di Cikidang, Sukabumi
JJ sedang asyik menghisap rokok di rumahnya di Cikidang, Sukabumi dekat Bandung.
BANDUNG, Jawa Barat – Seperti lagak orang dewasa, seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun dari Cikidang daerah Sukabumi sudah ketagihan rokok dan mampu menghabiskan sehingga dua kotak rokok sehari.
Menurut laporan detik.com, kanak-kanak yang hanya dikenali sebagai JJ itu sudah mula merokok sejak berusia enam tahun.
“Sudah dua tahun anak saya merokok dan ketagihan itu sukar dihentikan. Apabila saya dan suami melarang, malah dia lari menghilangkan diri dari rumah,’’ kata Nursari, ibu JJ ketika ditemui di rumahnya, Selasa lalu.
Jelas Nursari, ketagihan anak lelaki ketiganya itu bukan sahaja sudah diketahui jirannya, malah guru sekolahnya.
Malah, seperti gaya orang dewasa, JJ akan merokok sambil minum kopi dan berbual dengan individu yang jauh lebih dewasa daripadanya.
“Kadang-kadang, dia akan merokok sambil ditemani bapa saudara atau jirannya. Ini membuatkan saya bingung bagaimana untuk menguruskannya. Pernah saya membawa JJ ke rumah orang pintar namun tidak membuahkan hasil,’’ katanya.
Kedatangan para wartawan ke rumah JJ langsung tidak dipedulikan kanak-kanak itu yang leka menghisap sebatang demi sebatang rokok.
Sementara itu, Ketua Pegawai Kesihatan Daerah Sukabumi ketika dihubungi detik.com mengaku bahawa beliau baru mengetahui tentang ketagihan kanak-kanak tersebut.
“Saya baru dengar maklumat ini, nanti kita akan selaraskan dengan Pusat Kesihatan Cikidang yang tidak berapa jauh dengan rumah kanak-kanak itu supaya dapat kita ambil langkah awal supaya ketagihan itu tidak berlanjutan,’’ katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/budak-8-tahun-hisap-dua-kotak-rokok-sehari-1.51617#sthash.X5UQwjTR.dpuf